HBK - End Of An Era


Warning: Sekiranya anda bukan seorang peminat gusti (pro wrestling) dan tak paham langsung hal-ehwal dunia gusti, sila skip entri ni...

The Icon, The Headliner, The Main Event, The Showstopper, Mr. Wrestlemania, The Heartbreak Kid (HBK) - Shawn Michaels! Dan selepas Wrestlemania 26 semalam, dan WWE RAW kat Astro Supersport sebentar tadi, aku rasa HBK berhak mendapat gelaran The Legend (imej link dari Wikipedia).

Rasa sedih la pulak lepas tengok RAW tadi. Shawn Michaels farewell speech, lepas ni dia akan retired terus dari dunia gusti. So now I have a solid reason to stop watching wrestling shows. Kira akupun dah boleh retired daripada layan gusti.... It's been a wonderful experience.

Aku meminati Shawn Michaels semenjak zaman The Midnight Rockers (yang kemudian hanya dikenali sebagai The Rockers) circa 1988. Dan minat gila-gila pada zaman Attitude Era 1996-1998 ketika era kemuncak Degeneration-X (atau DX sahaja), Shawn Michaels memang amat menghiburkan, tak kisah di dalam gelanggang atau semasa memegang mikrofon (imej link dari Wikipedia).

Michael Shawn Hickenbottom, for the past 22 years (1988-2010) you have been my favourite wrestler of all time, much greater than Hulk Hogan, Ric Flair and Goldberg. Thank you for giving us the experience...

Thank you Shawn!

_____
Ada apa: Owh~ miss my long hair...

Iron Maiden - A Matter Of Life And Death


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #4]

Seperti kes Death Magnetic, album ni merupakan album studio terkini Iron Maiden (album studio ke-14) walaupun release empat tahun yang lepas 2006 - A Matter Of Life And Death atau lebih dikenali sebagai AMOLAD di kalangan Maiden fans. Yup aku tau diorang ada release album Flight 666, tapi itu kan album live bukan album studio.

(P)(C) 2006 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive license to EMI Records Ltd. Edaran EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Malaysian pressing la ni. CD ni aku beli pada 14/10/2006 dengan harga ntah aku lupa mungkin dalam RM32-35 kot, kat Imperial Mall, Miri . Yup, hari dan shopping complex yang sama waktu aku beli A Real Live Dead One, tapi beli kat kedai lain (proper CD/cassette shop) selepas tensen dengan tauke kedai yang satu tadi tu.

Dan merupakan CD original Iron Maiden yang kedua dalam koleksi aku. Semenjak album AMOLAD ni aku dah berhenti dari membeli versi kaset (sebenarnya semenjak album Dance Of Death lagi) and focus more to CD version, disebabkan versi CD lebih banyak kelebihannya (satu daripadanya senang aku nak pasang kat Imago).

Tracklist? Tak payah listdown la kan... Pastinya semua lagu dalam album-album Maiden memang best. Jadi, review pasal lagu-lagu dalam album ni aku serahkan kepada peminat tegar Iron Maiden untuk mengulasnya.

Dalam inlay seperti biasa, ada lirik lagu (Iron Maiden tak pernah kedekut lirik, tak macam sesetengah band lain) dan gambar band members, tapi gambar Adrian Smith kat atas ni menarik perhatian aku, double-headed custom Jackson Dinky yang aku rasa hanya digunakan dalam studio dan bukanlah gitar yang selesa dimainkan di atas pentas.

Owh btw, pada sapa-sapa yang minat firearms and military hardware pastinya akan perasan logo Eddie dan carbines (ala-ala logo lanun) tu ada kesilapannya. Magazine carbine M-16A tu terletak kat hujung barrel sememangnya bullshit kan? Hehehe... Sepatutnya diorang ganti dengan riffle bolt-action Lee-Enfield, barulah nampak lagi vintage British WWII.

Imej link dari Wikipedia.

Dan disebabkan tema cover-art merupakan tema WWII, Eddie pegang Thompson SMG dan uniform dan helmet skeleton army tu merupakan uniform US Army circa 1940 era WWII kalau dikirakan dah oke, tapi tank (errr kereta kebal) yang digunakan nampak macam Merkava atau modern Abrams, sepatutnya digantikan dengan Sherman atau Crusader. Aik? Melalut dah aku ni kritik pasal cover-art... Tapi selain 'kesilapan' yang aku mention tadi, cover-art album ni memang best! Antara cover-art Maiden yang berbeza daripada yang lain.

Review kat krenmaut pun ada, versi CD/DVD dan versi LP. Aku suka excerp dari entri krenmaut ni:

The album went 2x Platinum in India (40,000+), Platinum in Finland (30,000+), and gold in: UK (100,000+), Brazil (50,000+) Sweden (30,000+), Greece (10,000+), Canada (50,000+), Italy (40,000+) and Switzerland (15,000+).

Malaysia? Tak masuk chart pasal mat Metal semua main download je... sucks!!!

Jadi, renung-renungkanlah... "Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!" - ayat cilok profile Abang Ben.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Ada masa nanti nak cari versi CD/DVD pulak la kat eBay...

Dream Theater - Awake & Joe Satriani - Surfing With The Alien


Kalau aku tak silap, bungkusan ni merupakan bungkusan eBay yang pertama untuk tahun 2010 ni. Bungkusan dari UK berisi dua used CD iaitu Dream Theater - Awake dan Joe Satriani - Surfing With The Alien yang aku terima 8/2/2010 yang lepas. Ni pun kira aku menang joybid daripada eBay seller r4rock dengan harga £5.13 (RM28.58) untuk kedua-duanya termasuk kos penghantaran, seller yang sama untuk CD Dead Again.

Dream Theater - Awake

(P)(C) 1994 Atlantic Recording Corporation. German press. Bla bla bla... Jewel case dah retak sikit, tapi inlay dan CD dalam keadaan memuaskan.

Tracklist

  1. 6.00
  2. Caught In A Web
  3. Innocence Faded
  4. Erotomania (instrumental)
  5. Voices
  6. The Silent Man
  7. The Mirror
  8. Lie
  9. Lifting Shadows Off A Dream
  10. Scarred
  11. Space-Dye Vest

Aku tak reti nak review album Dream Theater ni, aku rasa sama je macam album-album Dream Theater yang lain. Lagipun aku menang joybid CD ni dengan harga yang murah. Bagi aku album Images And Words tetap menjadi poojaan hatiku... Jadi aku serahkan kepada peminat tegar Dream Theater untuk memberikan komen tentang album ni.

Tapi aku terus terang, vocal James Labrie ni sedikit sebanyak banyak mempengaruhi vocal style aku hehehe...

Joe Satriani - Surfing With The Alien

Slightly worn out inlay, cracked jewel case, tapi CD masih dalam keadaan memuaskan. Seller did mentioned about worn-out inlay sebab kena air, ntah air apa aku tak tau... (C) 1987 Strange Beautiful Music/ASCAP (C) 1987 Relativity Records, Inc.

Btw, watak Silver Surfer kat cover-art album ni ada copyrights TM & (C) 1987 Marvel Entertainment Group.

Tracklist

  1. Surfing With The Alien
  2. Ice 9
  3. Crushing Day
  4. Always With Me, Always With You
  5. Satch Boogie
  6. Hill Of The Skull
  7. Circles
  8. Lords Of Karma
  9. Midnight
  10. Echo

Aku sebenarnya bukanlah peminat Satch, aku joybid CD ni pun pasal nak tau macam mana muzik Joe Satriani ni, selepas aku membeli Satchurator hujung tahun lepas. Dan aku memilih album ni disebabkan hype album ni yang berjaya mengangkat nama Satch. Dan yang pastinya disebabkan ada sedikit Rock & Roll vibe, album ni sesuai didengar waktu tengah drive long distant.

Speaking of Ice 9, aku dapat info dari blog tHE gUITAR aDDICT! yang Vox akan keluarkan Joe Satriani signature Ice 9 Overdrive Pedal pertengahan tahun ni. Harap-harap harganya tak jauh beza daripada Satchurator yang aku ada. Ni kena tunggu CK Music Year End Sale hujung tahun ni kalau nak dapat harga yang berbaloi...

Ni ada sedikit video YouTube pasal Ice 9 Overdrive ni.

Aku tak tau nak review panjang-panjang... Tapi kalau korang meminati cool guitar works album, pastinya akan teruja mendengar alunan gitar Satch dalam album ni especially Always With Me, Always With You. Senang cerita semua lagu best!

_____
Ada apa: Ada Apa Dengan Joe Satriani?

Ada Apa Dengan Gravity Of Light?


New album from Finnish legendary Heavy Metal band, Tarot - Gravity Of Light, released 10/3/2010. Apa? Tak tau band Tarot? Hmm... Kalau band Nightwish tau kan? Ni la band asal Bassist Nightwish, Marco Hietala yang dah wujud since the 80's... Made famous with their Wings Of Darkness song (teringin nak cover lagu ni, tapi bandmates tak tau lagu ni, macam kes lagu Wasted Years)

Image link from Tarot official website.

Kat eBay album ni dah ada jual tapi memang mahal sebab pre-sell @ £29.99 (RM150 gila!). Kena tunggu beberapa bulan lagilah baru dapat harga yang agak berbaloi. Nak jumpa album ni kat Malaysia? Jangan haraplah! Album Crows Fly Black pun aku tak pernah jumpa kat kedai-kedai CD even from the reknowned big company such as Speedy Video, Victoria Music Station dan Tower Records.

[Edited: Sepatah haram aku tak paham bahasa Suomi ni...]

_____
Ada apa: Nak try sedut mp3 dulu la...

Metallica - Death Magnetic


Boleh dikirakan album terkini Metallica, walaupun dikeluarkan dua tahun lepas, 2008. Album yang aku rasa menaikkan semula nama Metallica setelah jatuh menjunam selepas album St. Anger yang hampeh. CD ni aku beli pada 29/9/2008 kat Speedy Video, Wawasan Plaza, KK dengan harga RM29.90.

Versi Malaysia Edition ni murah dalam RM10-15 daripada full imported version. Macam menyesal la pulak beli versi ni, walaupun ori tapi tak puas hati sebab ciput, kedekut, taik idung masin, inlay cuma sehelai kertas dilipat dua. Nanti ada masa aku nak cari lagi kat eBay used CD, cari yang lelong murah-murah, kalau dapat special atau digipak edition lagi bagus. Blog krenmaut pun pernah review album ni, versi Malaysia Edition dan review panjang lebar untuk versi digipak.

(C) 2008 Metallica under exclusive licence to Universal International Music. Edaran Universal Music Sdn. Bhd. Malaysian press ni... (dan nama pun Malaysia Edition).

Tracklist

  1. That Was Just Your Life
  2. The End Of The Line
  3. Broken, Beat & Scarred
  4. The Day That Never Comes
  5. All Nighmare Long
  6. Cyanide
  7. The Unforgiven III
  8. The Judas Kiss
  9. Suicide & Redemption
  10. My Apocalypse

Banyak lagu-lagu best dalam album ni, Metallica seolah-olah akur dengan permintaan peminat yang nak good'ol Metallica selepas menerima kritikan yang hebat melalui album St. Anger yang membuatkan peminat-peminat Metallica naik anger! (aku pun menyampah dengar snare drum tong-tong-tong Ulrich). Ternyata dalam album kali ni Metallica menggunakan formula-formula lama seperti dalam album-album 80'an mereka.

Kalau dengar baik-baik, beberapa lagu dalam album ni cedok/cilok style lagu-lagu lama, contohnya That Was Just Your Life ada iras-iras lagu Battery, The End Of The Line ada iras-iras lagu Creeping Death dan The Day That Never Comes ada iras-iras lagu Fade To Black.

Aku suka lagu The Day That Never Comes ni, melodic entry, mild-paced thrash chorus, tapi bila sampai part "this I swear, this I swear..." yang membuatkan lagu ni tiba-tiba menjunam, premature ejaculation, hilang stim terus! Tapi naik semula bila part outro dengan trademark muzik Metallica. Azroy Hammett penah cover lagu ni waktu sessi jamming yang hepi, tapi tak habis... Mamat tu suruh je main lagu-lagu Metallica memang dia pandai main, sebab tu aku letak gelaran "Hammett" kat belakang namanya.

Dan The Unforgiven III yang langsung tak best walaupun dengan adanya hype "Unforgiven". Atleast The Unforgiven II jauh lebih best daripada part III ni, walaupun tak sehebat legendary original The Unforgiven. Owh, tak lupa... Dalam album ni Metallica ada main instrumental Suicide & Redemption, bila last sekali album Metallica ada instrumental? ... And Justice For All kan?

Apa-apapun pada pendapat aku, album ni berjaya memujuk peminat-peminat lama Metallica yang dah merajuk since album Load sedekad yang lepas. Memang layan dengar dari awal sampai akhir. Kalau dengar album ni tapi tak hangguk-hangguk kepala, sememangnya anda bukanlah peminat Metallica. Oke, peminat tegar Metallica... Apa yang best pasal album ni?

_____
Ada apa: Nanti nak try belajar cover lagu The Day That Never Come dengan Azroy...


Ada Apa Dengan Earth Hour 2010? (Part 3)


Terima kasih kepada geng-geng bloggers yang support Earth Hour Malaysia 2010 tadi walaupun tahun ni kurang mendapat sambutan. Gambar kat bawah ni aku ambil beberapa hari yang lepas kat foyer Park City Mall, sekurang-kurangnya ada jugak sambutan di Bintulu ni walaupun tak seberapa...

Pukul 8.00 malam tadi aku keluar dengan *ehem-ehem* aku pi dinner kat Kuburia (Medan Selera Taman Ria - sebab dekat dengan kubur, ia lebih dikenali dengan nama Kuburia di kalangan penduduk Bintulu), konon-konon bolehlah nak makan ala-ala candle light dinner.

Tepat-tepat 8.30 malam aku tengok keliling tadak sapa pun yang tutup lampu like nothing happens, even Shell kat seberang jalan pun tak tutup lampu (tahun lepas diorang tutup hampir 90% lampu ooo...). Gerai sebelah sibuk pasang AF8 kat giant screen pun tak tutup lampu. Atleast tutuplah 50% lampu...

Apa dah jadi? Adakah majoriti komuniti Bintulu tak sokong kempen ni? Atau diorang memang tak sedar langsung kewujudan kempen ni? Tak taulah kat area-area lain kat bandar Bintulu ni, harap-harap adalah sambutan.

Tapi memang tahun ni kurang promosi kat TV, radio mahupun suratkhabar tak macam tahun lepas. Karam Singh Walia pun tahun ni sibuk dengan Jom Heboh kat Kelantan (siap kecek Klate lagi jual durian)...

Entri Mini: Ada Apa Dengan Papan Tanda?

Picture of the day, susah nak terangkan...

Aku rasa kedai ni namanya Kuan Jing Enterprise Sdn Bhd... Tapi dah diorang dekatkan jadi lawak la pulak bunyinya. Sama macam kes syampu Ba Wang, sebab tulisannya dekat jadilah syampu BAWANG... Ala syampu Jackie Chan tu lah.

Imej cilok dari blog Cursing Malay.

_____
Ada apa: Rupanya Jackie Chan pandai cakap Melayu...

Guitar Talk: Ijau D. Koceng Signature Series


Aku dapat info ni selepas baca artikel tHE gUITAR aDDICT! Ini dia Ibanez GAX010LTD 2010 Spring Special Limited Edition GIO model.

Imej link dari website Ibanez Wikia.

Semua spesikasi sama seperti model GAX30. GSF - green shadow flat finish, pastinya warna ni tak disukai ramai. Tapi bagi aku asalkan warna hijau memang aku suka, hahaha! Sebab tak banyak gitar/bass yang dikeluarkan dalam warna hijau (kalau ada pun, model-model mahal). Harap-harap harganya pun murah lebih kurang macam GAX30 jugak.

Btw, that red claw effects was engraved not painted.

Also, check out this interesting "signature" GIO bass GSR200EX, new model for 2010.

[Edited: Since it's green, and it's a GIO - I declared this one Ijau D. Koceng signature series hahaha! - perasan]

_____
Ada apa: Sapa-sapa masih ingat Pendekar Laut?

Ada Apa Dengan Kelly? (Part 3)


Green Kelly? Lazat sungguh!...

Jackson KE-2 Kelly Transparent Green.
Imej link dari website Rainbow Guitars.

Bigger image clik here.

Owh btw, retail price US$2149.99 (RM7.5k+) gila!

_____
Ada apa: Yang ni 4-5 bulan gaji aku baru lepas ni...

Children Of Bodom - Hate Crew Deathroll & Evanescence - Fallen


Mari, mari... CD eBay datang lagi! Aku rasa ni la bungkusan terakhir eBay tahun lepas yang belum aku review, dari UK diterima pada 11/11/2009. Berisi dua CD iaitu Children Of Bodom - Hate Crew Deathroll dan Evanescence - Fallen.

Macam biasa, malas aku nak korek balik invois dalam inbox Hotmail nak tengok dari seller mana dan berapa Pound Sterling aku menang bid kedua-dua CD ni. Yang pastinya kedua-duanya used walaupun jewel case dan retak-retak but everything else was in good condition.

Children Of Bodom - Hate Crew Deathroll

Kecuali album live Tokyo Warheart (dan Chaos Ridden Years versi CD), dengan adanya CD ni maka koleksi studio album COB aku dah lengkap (dan aku tak kumpul singles). Check-out Something Wild, Hatebreeder, Follow The Reaper, Are You Dead Yet?, Chaos Ridden Years DVD, Blooddrunk, Skeleton In The Closet. Dan CD ni merupakan satu-satunya album COB aku yang berstatus used setakat ni.

Jewel case dah retak, tapi sekarang ni aku dah ganti dengan yang baru. (P) (C) 2003 Spinefarm Records, A Universal Music Company. Made in the EU (UK press kot?).

Tracklist

  1. Needled 24/7
  2. Sixpounder
  3. Chokehold (Cocked 'N' Loaded)
  4. Bodom Beach Terror
  5. Angles Don't Kill
  6. Triple Corpse Hammerblow
  7. You're Better Off Dead
  8. Lil' Blooded Ridin' Hood
  9. Hate Crew Deathroll

Aku bukannya pakar mahupun peminat tahap tegar nak review setiap lagu-lagu (dan album) COB ni. Tapi seperti yang aku pernah review sebelum ni, lagu-lagu COB antara lagu growl & howl yang aku masih boleh digest. Selain In Flames (dan King Diamond), lagu-lagu growl & howl dari band lain memang aku susah dah nak layan sekarang ni.

Dan yang pastinya memang enjoy dengar muzik COB ni - heavy riff, cool licks, killer solo and especially disebabkan alunan keyboard Janne Wirman (Warmen) yang mengasyikkan selain solo Laiho yang killar (killer)... Walaupun kadang-kadang aku tak dapat tangkap sepatah haram apa yang Alexi sebut. Personal opinion - dari album ke album, COB ni nampak makin matang dari segi muzik dorang.

Owh btw, dengan overdrive BOD100 murahan aku dapat tuned-in bunyi seakan-akan bunyi bass Henkka.

Evanescence - Fallen

Debut album from Evanescence dengan lagu berhantu Bring Me To Life dan My Immortal kedua-duanya masuk dalam soundtrack filem Dare Devil. Aku mula-mula dengar lagu jadi lagu rasmi Pay-Per-View WWE penghujung 2002, kalau tak silap Survior Series kot? Yang lawaknya lagu Bring Me To Life ni member aku gelar lagu jatuh bangunan hahaha...

Amy Lee nampak nyum-nyum kat cover art ni. (P) & (C) 2003 Wind-up Entertainment Inc. Distributed by Sony Music. Jewel case pun dah retak-retak, sekarang dah tukar baru dah nampak macam CD baru.

Tracklist

  1. Going Under
  2. Bring Me To Life
  3. Everybody's Fool
  4. My Immortal
  5. Haunted
  6. Tourniquet
  7. Imaginary
  8. Taking Over Me
  9. Hello
  10. My Last Breath
  11. Whisper

Hampir semua lagu dalam album ni best-best. Kalau hayati betul-betul lirik kesemua lagu ni memang sedih-sedih je bunyi (lagu emo?) walaupun ada beberapa riff yang best... Aku rasa AyuChokiChoki suka la lagu-lagu macam ni. My personal favourite - Going Under and Tourniquet.

Aku bukan peminat Evanescence, sebab aku pernah try dengar album The Open Door, tapi macam tak boleh masuk. Beli album ni pun sebab ada nostalgic value, sekitar 2003 (tahun tadak gepren hahaha!) Penang's wasted years rajin main PC games - Warcraft III, NOLF2: Spy In The HARM's Way, main game sambil layan mp3 album ni, Let Go dan Something Wicked This Way Come. Bila dengar lagu-lagu dari album ni, memang akan teringat that spesific year.

Aku tadak apa-apa nak cerita pasal band ni, info lebih lanjut boleh layari website rasmi Evanescence atau Wikipedia.

_____
Ada apa: I'm going under...

Iron Maiden - A Real Live Dead One (Imported)


[2010 tribute to Iron Maiden viral entry #3]

Iron Maiden - A Real Live Dead One. Imported version enhanced CD, yang aku beli kat (ntah apa nama kedai) Imperial Mall, Miri pada 14/10/2006 dengan harga RM89.90 (mahal kan?). Untuk versi CD, album A Real Live One dan A Real Dead One digabungkan menjadi album berkembar A Real Live Dead One, tak macam versi kaset yang diasing-asingkan. Tracklist dan info-info lain tak payah cerita la kan? Aku ada korek artikel kremaut pasal album ni.

Ada cerita sebalik CD ni, sebenarnya sebelum aku beli CD ni aku dah beli dua CD daripada kedai yang sama iaitu King Diamond Fatal Portrait dan Iron Maiden Brave New World. Lepas beli baru aku perasan kedua-dua CD tadi versi "cap lanun" tapi jual dengan harga ori RM40+ per CD. Aku dengan tak puas hati datang balik kat kedai tu explain itu-ini tapi tauke taknak refund balik duit cuma dia bagi aku option cari CD lain.

Setelah membelek-belek, aku terjumpa CD ni walaupun lagi mahal daripada nilai dua CD yang aku beli tadi (tambah dalam RM10), sekurang-kurangnya aku berpuas hati sebab beli CD ori, imported and it's an Iron Maiden CD damn it! Btw, hanya beberapa CD saja yang ori kat kedai tu, hampir 80% merupakan "cap lanun" sebenarnya kedai ni bukanlah kedai kaset atau CD tapi kedai konsep Metal yang jual stuff Rock/Metal seperti t-shirt, accessories, patches, badges, dll macam Goblinz dan Helloween kat KK Plaza.

CD kiri @ A Real Live One, Eddie = Steve Harris? Hahaha...
Carta kat bawah tu salasilah "keturunan" ahli-ahli Iron Maiden.

Album A Real Live Dead One ni merupakan CD ori Iron Maiden yang pertama aku beli, sebelum-sebelum ni beli kaset je, kalau beli CD pun beli versi "cap lanun" pasar malam harga RM5.00 yang sekarang dah upgrade kepada versi ori antaranya Dance Of Death dan Best Of The Beast.


Yang ironinya (atau IronMaideninya), album A Real Live One versi kaset merupakan kaset ori Iron Maiden pertama yang aku beli (somewhere in 1997). Album yang bertanggungjawab membuatkan aku serius minat Iron Maiden sampai sekarang. Sebelum-sebelum ni semua kaset Iron Maiden aku pinjam daripada member (dulu-dulu kan suka trade kaset dengan member), kadang-kadang dubbing kaset lain. Lagu-lagu seperti Wasting Love, The Evil That Man Do, Afraid To Shoot Strangers dan Fear Of The Dark memang berhantu, enjoy dengar.

Bab-bab lainnya, aku serahkan kepada yang pakar dan peminat tegar yang lain untuk membuat ulasan di ruangan komen... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Kalau bukan disebabkan album ni, berkebarangkalian besar aku tak minat Iron Maiden...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2010? (Part 2)


Pada sapa-sapa yang lupa, buat-buat lupa atau tak tau langsung, Sabtu ni 27/3/2010 pukul 8.30-9.30 malam merupakan Earth Hour Malaysia 2010. Januari lepas aku dah buat entri pasal Earth Hour ni, two months in advance.

Poster link dari website Earth Hour Malaysia 2010.

Aku rasa kempen tahun ni tak berapa berjaya tak macam kempen tahun lepas, mungkin kekurangan penaja dan publisiti kat media terutama media massa. Macam tahun lepas ramai artis yang promote, iklan kat TV, radio, surat khabar dan majalah-malajah. Tapi tahun ni apa cerita?

Tapi takpa, janji kita semua geng-geng bloggers, rockers, metalheads semua pastinya akan sokong kempen ni, jangan lupa singgah kat website rasmi Earth Hour Malaysia 2010 atau join kat Facebook. Apalah sangat bergelap satu jam kan? Aik? Takkan takut gelap? Tak rok la kalau takut gelap...

_____
Ada apa: Fear of the dark?

Sessi Jamming Yang Terlampau


Sabtu 20/3/2010 - Seperti yang dirancang, pukul 5.00 petang kitorang jamming lagi kat Hepi ;) makeshift studio. Bob Kandar terlampau teruja nak suruh aku debut my Kelly Kelly. Selain Azroy, sessi kali ni jugak ada lagi sorang gitaris jemputan, Shahrin (yang dah diracun oleh Bob Kandar). Jadi kali ni ada dua gitaris, ini sudah bagus!

Efek fotografi - disengajakan ataupun "hikmat laungan singa ganas" aku tu terlampau kuat?

Aku datang sejam lebih awal sebab nak soundcheck Kelly Kelly aku supaya serasi dengan setting Behemoth dan sound sytem (cap ayam) yang digunakan. Selesai je soundcheck aku pi makan dulu...

Untuk sessi kali ni, Bob Kandar suruh aku cari atleast empat lirik dan chords lagu-lagu Wings. Sejati pastinya dah biasa main dan hafal lirik serta chords. Aku print tiga lirik/chords lagu-lagu Wings daripada website MalayOLGA - Opera Hidup, Taman Rashidah Utama dan Belenggu Irama.

Bob Kandar - tukang ketuk merangkap tukang racun.

Azroy Hammett - Tukang "pandu uji" Kelly Kelly dengan jari-jemarinya yang pantas. Katanya best main gitar Jackson ni, tapi dia lebih suka main Mephisto aku sebab ada tremolo.

Shahrin - gitaris kidal undangan kali ni, setelah dipujuk-pujuk supaya bawa gitar sendiri. Hehehe mula-mula aku ingat Jackson Dinky, rupa-rupanya Santa Cruz (aku sikit lagi nak terbeli gitar macam ni dulu). Bukan setakat bawa gitar, dia jugak bawa effect pedal (Digitech Grunge) dan amp sendiri (Ibanez Toneblaster 15R - cukup ke 15 watt?), ni mesti termakan pujukan politik Bob Kandar ni...

Effect pedals yang digunakan - Vox Satchurator (backup pedal), Behringer BOD100, Digitech Grunge (Shahrin punya) dan Korg AX3000G @ Behemoth.

Hepi ;) in full strength:

Bob Kandar - Drums
Azroy - 1st Guitar
Shahrin - 2nd Guitar/Drums/Vocals
Aku - Bass/Vocals

Antara lagu-lagu yang kitorang cover kali (yang aku ingatlah)

  • Tribute to Wings - Sejati (lagu wajib), Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Belenggu Irama.
  • Hati Emas (lagu wajib)
  • Beberapa lagu Metalika (tunggang-terbalik, hentam sajalah)
  • The Trooper (enjoy beb cover lagu ni, up the Irons!)
  • Fear Of The Dark (pun tunggang-terbalik, nak jadi lagu projek sessi akan datang)
  • Dan beberapa lagu lain yang diorang main tanpa bassline, sebab aku tak tau lagu tu.

Gambar ni ada *orang komplen "tinggi sangat la bro, Kelly tak sesuai main tinggi macam tu, kena rendahkan lagi..." Sebenarnya disengajakan tinggi sebab nak cover perut >:) hehehe...

*Calvin of Dead Eye Guitars

Rehat pukul 6.30 petang, sambung balik pukul 7.00 malam dan kemudiannya berlarutan sampai pukul 10.00 malam! Hah! Memang terlampau! Habis sengal-sengal bahu aku berjam-jam pikul Black Ice.

Yang pastinya lagu Opera Hidup menjadi lagu febret untuk sessi kali ni, ntah 4-5 kali kot kitorang main lagu ni... Dan selalunya waktu penghujung-penghujunglah lagi enjoy main, makin serasi dan mantap. Agaknya ni kelebihan ada studio sendiri ni, boleh main sepuas hati dan terlampau...

Antara yang best sessi kali ni:

  • Setting sound system memang best, especially for vocal (ehem)... Kurang feed-back, kurang reverb (echo), tarik pitch tinggi pun best (bukan falsetto eh).
  • Sebab ada dua gitaris, jadi muzik makin kompleks, harmonics dan makin banyak variasi.
  • Behringer BOD100 bass overdrive memang best, sound overdrive yang aku cari-cari selama ni. Senang-senang je dapat sound macam overdrive amp Warwick ala Marco Hietala. Walaupun aku guna bateri cap ayam (kedai RM2.00) tapi memang dapat bertahan main 4-5 jam.
  • Amp gitar Ibanez 15 watt yang Shahrin bawa memang mampu sama level dengan bunyi drums, tapi kena pulas volume full blast la (yang pastinya memendekkan hayat speaker)... Kalau macam tu, amp 30-40 watt aku rasa cukup kot untuk main kat makeshift studio ni.
  • Semua sekepala, minat genre muzik yang sama... So anything goes, goes well.

Bob Kandar dah sound lagi, minggu depan kalau line-clear nak ajak jamming lagi. Aku tak kisah, lagi selalu jamming lagi bagus sebab dapat improve skill dan keserasian antara bandmate...

Cuma yang tak best nak angkut semua equipment dari rumah - bass, gitar, pedal, kabel, dll... Nak simpan kat studio, almaklumlah studio kitorang ni jenis transformers - hari biasa jadi bilik analisis UV, hujung minggu convert jadi studio, habis main kena kemaskan nanti ada pegawai lain komplen. Aku lagi suka kalau aku cuma perlu bawa equipment yang aku guna sahaja (bassist equipment).

_____
Ada apa: Peduli apa orang nak kata, janji rok!

Ada Sesuatu Dari yNot Studio


Jumaat 19/3/2010 - Rabu lepas aku ada order Behringer BOD100 bass overdrive ni from Engbok @ yNot Studio, Penang (tempat aku beli Micro-Cube). Sebab Engbok jual lebih murah daripada tempat-tempat lain yang aku survey. Aik? Behringer?

Antara accessories yang aku order - patch cable (aku order sepasang, tapi awat dapat satu je?) dan beberapa pick Stagg (nak menggenapkan nilai).

Soalan yang biasa orang akan tanya,
"Awat hang beli Behringer? Plastik! Pijak beberapa kali dah pecah..."

Kalau tengok website Behringer, pedal BOD100 sepatutnya warna light purple, kalau dark purple macam ni untuk pedal BOD400. Tombol-tombol yang sama macam kat pedal Boss ODB-3 (dah namanya klon).

Masalah pertama yang korang akan hadapi kalau beli pedal-pedal Behringer ni ialah macam mana nak pasang bateri? Mana tempat nak letak bateri? Kat manual memang tak ada tulis pun. Abis semua skru aku bukak, tapi tak jumpa jugak... Lastly aku SMS Engbok.

Rupa-rupanya kat sini battery compartmentnya... Teknik membuka ni pun aku jumpa kat YouTube. Lepas aku tengok video ni barulah Engbok call... "Haha takpa Engbok, I dah jumpa kat Youtube"

Aku ada adapter Zoom AD-0006E 9V 300mA, tapi untuk pedal Behringer ni nak 100mA jadi tak berani la aku nak guna adapter (boleh ke?). Lainlah kalau aku banyak pedal-pedal Behringer ni bolehlah jugak aku nak order adapter (+daisy chain) Behringer from Engbok.

Esok (Sabtu) kitorang dah plan nak jamming (mungkin ada dua gitaris)... Jadi petang tadi lepas main futsal, aku dan Bob Kandar buat soundcheck kat makeshift studio, try pedal ni dengan Black Ice aku main lagu Opera Hidup (bass + drums only)... Hmmm, not bad! Memang bunyi overdrive yang aku cari. Full review selepas sessi jamming...

_____
Ada apa: Kenapa ramai yang pandang rendah kat produk-produk Behringer ni?

Meet Miss Kelly


Mula-mula aku nak buat tajuk entri ni sebagai "Kisah Cintaku Dengan Kelly", tapi nanti akan menginggung pihak-pihak tertentu. Setelah fed-up menunggu VMNTx yang tak kunjung tiba, jadi aku pun order Jackson JS32T Kelly sebagai ganti dari Dead Eye Guitars (macam biasalah).

Btw, JS32T series ni merupakan model baru untuk tahun 2010, up daripada model JS30 series dengan kelebihan sharkfin inlays, compound radius fretboard dan beserta sekali dengan gigbag Jackson yang amat menarik.

Jackson JS32T Kelly

Daripada shape Dinky, Warrior, Kelly, Rhoads dan King V untuk JS32T series ni aku tak pilih Dinky sebab nampak biasa saja (aku dah ada superstrat), Rhoads dan King V memang dah terkeluar dari list sebab tak selesa. Dan ada sesuatu pasal shape Kelly ni:

  1. Aku suka gitar-gitar shape Explorer ni, extreme yet still sleek dan masih sesuai dengan genre muzik yang selalu aku main, tak macam shape macam gitar-gitar B. C. Rich yang agak janggal kalau main genre muzik yang tak berapa keras.
  2. Aku ada suruh *ehem-ehem* aku pun pilih shape gitar-gitar Jackson, dan dia pilih Kelly (warna putih walaupun aku berkeras order warna hitam) berbanding shape yang lain.
  3. Daripada survey, 40% memilih JS32T Kelly berbanding calon-calon lain.

Meet the Kelly (spesifikasi)

  • Brand: Jackson
  • Model: JS3 series
  • Model Code: JS32T Kelly
  • Made In: India
  • Serial No: NHJ0907464
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Indian Cedro
  • Neck: Maple (compound radius)
  • Fingerboard: Rosewood (with legendary Jackson's Sharkfin inlays)
  • Pickups: Jackson CVR high output humbucker pickups
  • Colour/Finish: Glossy black
  • Hardware: Chrome
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Tune-O-Matic with string thru-body
  • Extra feature: Comes with cool Jackson gigbag
  • Price paid: RM13xx + RM40 (parcel post @ pos biasa)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Jackson Guitars.

At least I got "Jackson" emblem, not "by Jackson"

Jackson CVR high output pickups, volume knob, pickup selector, tone knob.
Walaupun in-house pickups, tapi nampak best pulak kan covered pickups ni?

Die cast plate dengan emblem Jackson dan serial number pada bolt-on neck joint.

Made in India, made in India...

Dari sessi "pandu-uji" dengan Behemoth + Sony MDR-XD100 headphone, sound yang dihasilkan tak jauh beza dengan Mephisto aku, macam biasa - neck pickup sesuai untuk solo dan clean channel, bridge pickup pulak sesuai untuk heavy riff dan powerchords. Orang kata high output pickups memang tak best main clean channel, tapi untuk pickup CVR ni aku dengar macam oke je clean channel, or is it just me and my onion opinion?

Tapi yang aku tak puas hati, string high-E putus waktu aku tengah test bend 2-3 solo note. Nasib baik putus kat pangkal, sekurang-kurangnya nanti boleh recycle pasang kat gitar lain yang guna locking tremolo. Aku dah restring dengan string Dean Markley yang aku dapat free dari subversion.sg @ tHE gUITAR aDDICT! - so far, feels like normal string. Have to wait for abusive vigourous punishment this weekend.

Dengan neck yang memang nipis (trademark gitar-gitar Jackson) dan jumbo frets, aku rasa senang nak main guna Kelly ni berbanding Mephisto. Nak buat powerchords laju-laju pun senang. Aku malas nak puji Kelly ni macam-macam nanti orang kata sebab hype gitar baru. Bagi aku, selain bentuk yang menarik, neck yang nipis dan jumbo frets... Yang lain-lainnya sama saja macam gitar-gitar lain. Tapi yang membuatkannya lebih menarik sebab ia datang sekali dengan gigbag yang amat menarik! (Bab cat terkopek tu malas aku nak cerita)

Jackson High Quality Gigbag

Made especially for Kelly, Warrior, Rhoads and King-V, and inclusive with every Jackson JS32T series. Jadi tak payah susah-susah cari gigbag (atau hardcase) untuk Kelly ni. Memandangkan memang susah nak mencari gigbag untuk gitar berbentuk ekstrim.

Cool Jackson gigbag

Made in China though (tak macam gitarnya yang made in India)

Padded handle

Jackson bomb?

Owh ya, sebelum aku lupa... Seperti biasa untuk gitar-gitar aku, pastinya akan ada nickname. Pasal malas nak pikir banyak, aku bagi gitar ni nick KELLY KELLY in tribute to WWE Dive Kelly Kelly and of course it's a Jackson Kelly in a first place damn it!

(Hehehe kucing aku seekor nama Dinky, seekor nama Kelly)

_____
Ada apa: Walaupun ada orang dah bagi nick Ky Elly untuk gitar aku ni tapi aku tetap nak bagi nick Kelly Kelly jugak - dengan alasan, gitar aku, aku punya sukalah! Hahaha~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger