Sepetang Di Amcorp Mall (Part 3)


Rabu 19/5/2010 - Lepas habis exam PTK paper generic, aku mula-mula terpikir nak pi KL memandangkan masih lagi awal dalam pukul 4.00 petang dan cuaca amat baik tak macam semalam hujan je manjang. Tapi bila teringat belanjawan aku yang amat terhad, aku terpaksa batalkan hasrat nak pi KL.

Bagi menghilangkan perasaan bosan duduk kat bilik hotel main Internet (sebilik dengan veteran), seperti biasa Amcorp Mall merupakan hala tuju utama. Pi Giant beli sedikit makanan ringan dan minuman, kemudian beli majalah Guitar Legends dan PC Gamer UK kat kedai Reissued Magazine. Tak nak singgah kat Victoria Music Centre sebab semalam dah beli dua CD.

Aku perasan kat basement level (sama level dengan Giant) bawah escalator ada sebuah premis menjual barang-barang lelong, aku lupa nama kedai tu. Macam-macam yang dijual dari majalah, novel, komik lama, vinyl, CD, kaset, baju, kasut, gitar... Apa? Gitar pun ada? Yup memang ada jual gitar, tapi semuanya tak best, paling best pun gitar Kramer vintage made in Korea tapi harga tak berbaloi. Aku berminat dengan satu hardcase bentuk Les Paul (sesuai untuk Dinoscars aku) dengan harga RM80 sahaja! Tapi lepas aku periksa betul-betul dah banyak karat, pun tak berbaloi nak beli.

Aku jugak terkejut kat premis ni ada lelong effect pedals dan stompboxes berjenama Vox, Zoom dan Line 6! Mata aku tertumpu pada Korg Pitchblack tuner, dalam hati kalau benda ni dilelong dengan harga bawah RM100 memang aku beli. Tapi aku amat terkejut bila tengok pricetag untuk Pitchblack yang dilelong ni lebih kurang dengan harga "baru" kat CK Music!

Kemudian aku tengok pricetag untuk pedals dan stompboxes yang lain, disebabkan aku ada katalog CK Music dan selalu browse website CK Music, jadi aku tau harga pasaran produk-produk Vox, Zoom dan Line 6. Yup, memang semua barang yang ada, harganya lebih kurang harga "baru" dan ada sesetengahnya lebih mahal berbanding yang "baru". Apalaaa... Dah nama premis lelong, jual lah dengan harga lelong. Aku geram sangat tengok Pitchblack, Pitchblack+ dan Pocket Pod...

Tak kurang jugak dengan amplifier berjenama Line 6, Hartke, Peavey dan Marshall jugak ada dilelong dengan harga yang kurang menarik, harga memang tak berbaloi dengan status barangan lelong. Baik beli yang baru, kurang-kurang ada waranti...

Kat ruangan CD, Vinyl dan kaset memang banyak pilihan dan dengan harga yang agak berpatutan. Tapi kebanyakkannya artis yang aku tak kenal... Kalau Takilala ada ni, mesti abis dia selongkar semua vinyl ni. Vinyl paling best aku jumpa Michael Jackson Thriller, Bad (used) dan Metallica Death Magnetic (new & sealed) tapi dengan harga tiga digit.

Banyak komik-komik DC dan Marvel best-best kat sini, harga per copy pun berbaloi dalam RM3.00-5.00 kot? Tapi aku bukanlah pengumpul komik, hobi ni dah lama akau tinggalkan (zaman rajin kumpul komik Raja Rimba). Jadi, satu apa pun aku tak beli dari premis ni, Kalaulah effect pedals dan stompboxes tadi dijual dengan harga lelong...

_____
Ada apa: Aku ada jumpa bass B. C. Rich bentuk macam Fender Jazz bass kat premis ni tapi tak sempat nak ambil gambar. Gambar yang ada kat atas pun aku curi-curi snap.

Ada Apa Dengan Bickford's Sarsaparilla?


Asyik-asyik Bundaberg je kan? Kali ni jumpa satu lagi minuman ringan ala Australia (seperti dalam entri krenmaut ni) iaitu Bickford's. Aku jumpa minuman ni kat Farley, cuma ada dua perisa sahaja yang ada dijual kat Farley iaitu sarsaparilla dan creamy soda (275ml) dengan harga RM4.20 sedikit mahal daripada Bundaberg (RM3.40-3.80).

Heh, sekali tengok nampak macam botol liquor kan?

Macam mana rasanya? Sarsaparilla ni agak unik sebab kurang manis dan kurang berkarbonat. Kalau dibandingkan skala kemanisan dengan sarsi F&N (10/10) atau sarsaparilla Bundaberg (8/10), aku rasa manisnya dalam skala 6/10. Ia jugak agak sedap kalau diminum tanpa disejukkan (warm and flat), jadi amat sesuai dibawa semasa travelling atau aktiviti luar. Cuma harganya saja yang kurang menarik, biasalah barang import. Nanti nak cuba creamy soda pulak...

Maklumat lanjut boleh layari website rasmi Bickford's Australia.

_____
Ada apa: Waktu aku bayar kat cashier, pakcik kat belakang aku tengok aku semacam je... Apa dia ingat aku beli arak ke?

Ada Apa Dengan Katalog Ibanez 2010?


Pagi tadi aku berkesempatan singgah kejap kat Zoso Music sementara menunggu *ehem-ehem* aku hantar thermopotnya yang rosak kat Kuan Sing Electric (next door from Zoso).

Kali ni aku nampak ada banyak katalog alat muzik yang dijual dengan harga RM5.00 per copy. Satu daripada katalog tu ialah Ibanez Electric Guitars, Electric Basses, Amplifiers, Effects & Accessories 2010, katalog yang sama seperti yang aku dapat dari Bro Sub dalam entri ni. Katalog-katalog lain? Mostly drum products (Tama, Sonor, Pearl). Kan best kalau ada katalog ESP/LTD, Jackson ataupun Epiphone...

Jadi, kepada saudara Muspeed, sekiranya hang berminat (aku tau hang memang minat pun) sila hubungi aku untuk urusan seterusnya...

Btw, patron Zoso Music (Mr. Jot) ada bagitau aku yang diorang sediakan servis tukar pickup dengan cas RM30 untuk passive pickup dan RM50 untuk active (pickup lain harga) and he's also quite familiar with orange drop capacitor. So, to Bro Sub... I've found a Jedi Master here in Bintulu hehehe...

_____
Ada apa: Aku tak pasti lagi tahapnya, sama ada betul-betul Jedi Master atau masih lagi Padawan Learner.

Opening Soon?


Khamis 27/5/2010, lepas bayar bil kat TM Point (Medan Raya Bintulu), sebelum aku menapau nasik mamak (ala-ala nasik kandaq) kat Kamil Cafe, aku ternampak banner ni...

Petang tadi baru aku berkesempatan snap gambar ni.

Music instrument showroom, OPENING SOON... Yang tulisan Cina tu aku tak paham tapi mungkin mempunyai maksud yang sama. Ini sudah kira bagus! Ada lagi sebuah kedai/showroom/premis alat muzik bakal dibuka di Bintulu (selain Zoso Music dan Fotomax Colour Lab).

Aku akan ikuti perkembangan lanjut premis ni dari masa ke semasa sehingga ia dibuka dengan rasminya...

_____
Ada apa: Tapi kalau harga instrument masih sama "cekik leher" macam kedai lain, tak guna jugak...

Ada Apa Dengan Prince Of Persia?


Baru kejap tadi balik dari tengok muvi Prince Of Persia: The Sands Of Time. Yup aku tau apa-apa muvi yang diadaptasi daripada games, komik dan animasi (kartun) pastinya akan "sucks" dari segi jalan cerita, macam-macam yang telah diubah dari versi asal.

Macam kes Tomb Raider, Hitman, X-Men Trilogy, X-Men Origin: Wolverine, G. I. Joe, Transformers dan beberapa muvi malang yang lain. Sebab tu aku dah set minda aku supaya menonton muvi ni tanpa sebarang kaitan dengan cliche games Prince Of Persia (POP).

Lain-lain aku tak nak komen banyak, kalau korang tak pernah main games POP atau tak tau langsung pasal kewujudan siri games POP, pastinya muvi ni memang best tahap kaw-kaw Jerry Bruckheimer standard! Thumbs up for that... Tapi pada yang dah sebati dengan watak Prince dalam games POP (macam aku) pastinya akan menonton muvi ni dengan sedikit perasaan kecewa.

Kecewa bukan pasal apa, walaupun banyak aksi-aksi parkour ditunjukkan, tapi trademark wallrun POP (berlari kat dinding ala-ala ninja) cuma ditunjukkan dalam masa setengah saat saja sepanjang muvi *sigh~*

Cuba bandingkan banner muvi (imej no. 2 kat atas) dengan *imej dari Wikipedia ni. Perhatikan pedang di tangan kanan dah ditukar dengan Dagger Of Time.

Prince Of Persia: The Forgotten Sands

Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal game baru dalam siri Prince Of Persia bertajuk The Forgotten Sands. Game ni tadak kaitan dengan muvi Prince Of Persia: The Sands Of Time yang sedang ditayangkan di farmasi-farmasi pawagam-pawagam berdekatan anda. Walaupun release date muvi dan game dekat-dekat sama. I'm looking forward to play this game since I've been a fan of POP series.

*The Forgotten Sands @ POPTFS (2010).

Pada sapa-sapa yang mengikuti trilogi Prince Of Persia: The Sands Of Time ni (The Sands Of Time, Warrior Within, The Two Thrones) pastinya akan kembali teruja sebab "the real douche" Prince kembali! Tak seperti "the Prince wannabe" dalam game Prince Of Persia tahun 2008 (gloved Prince). The original trilogy (zaman MS-DOS) tak payah ceritalah... Bacaan lanjut? Klik saja mana-mana link yang ada kat entri ni.

*The Sands Of Time @ POPSOT (2003).

*Warrior Within @ POPWW (2004).

*The Two Thrones @ POPT2T (2005).

*Prince Of Persia (2008). Separate character, gameplay and background,
tadak kaitan dengan tiga siri POP kat atas

Jalan cerita POPTFS ni adalah di antara POPSOT dan POPWW, jadi ia bukanlah sequel atau prequel. Kalau ditanya siri POP mana yang aku paling suka? Aku akan jawab Warrior Within, kenapa? Sebab Warrior Within mempunyai gameplay yang panjang dan mencabar, aksi lawan pedang yang brutal, ganas (with complex finishing moves), secret and bonus material, dan diiringi muzik latar berunsur Arabic/Indian fusioned with Hard Rock/Heavy Metal! Ada dua lagu Godsmack menjadi soundtrack untuk Warrior Within iaitu I Stand Alone dan Straight Out Of Line.

Btw, Shahdee and Kaileena was yummy~

Info Wikipedia, Prince Of Persia game official website. Semua imej bertanda * aku link dari Wikipedia.

_____
Ada apa: STALKER Call Of Pripyat pun belum habis main lagi...

thE guitaR addicT! (Part 3)


Petang tadi aku terima bungkusan bersetem Singapore, and as usual no return address... Aku dah boleh agak daripada siapa, tak lain tak bukan dari Bro Sub yang terkenal dengan blog thE guitaR addicT!, complimentary for being one of the regular commentor on his blog. Tapi bungkusan kali ni besar tapi nipis, dan pastinya bukan guitar strings :)

Cantik jugak setem raja udang ni. Amacam mhagnoth?

Bungkusan kali ni berisi *dua buah katalog Ibanez (seperti yang dijanjikan dalam ruangan komen entri ni). Katalog pertama merupakan Ibanez Electric Guitars, Electric Basses 2010, katalog 12 mukasurat berwarna ni bercerita mengenai model-model terbaru Ibanez untuk tahun 2010 yang lebih spesifik kepada model-model GIO series. Tak lupa dua model signature series yang agak low-end iaitu JEM JR dan PGM3.

Katalog kedua yang agak tebal (full coloured 100 pages) merupakan Ibanez Electric Guitar, Electric Basses, Aplifiers, Effects & Accessories 2010. Katalog yang agak detail mengenai produk Ibanez untuk tahun 2010. Apa yang best pasal katalog ni ialah muka depannya (cover) terpampang Ibanez custom 7-string RGA kepunyaan Chris Broderick (walaupun tak nampak muka).

Katalog ni boleh dikira sebagai rujukan untuk produk-produk Ibanez tahun 2010 (tak termasuk special/limited edition). Sekiranya produk atau model tertentu tadak dalam katalog ni, maknanya pihak Ibanez dah stop production untuk produk/model tersebut (walaupun stok lama masih boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan). Yang pastinya tahun ni RG420EG-BAM Bio Armor (RG idaman aku dari dulu) dah tadak dalam list...

Yeah! Chris Broderick, one of my favourite Ibanez player. Hey! Broderick deserves to have his own signature model/series rather than custom models.

Thanks again Bro Sub, sememangnya kita meminati gitar-gitar Ibanez ni especially RG models. Tapi model-model ART memang mengiurkan! Lebih-lebih lagi ART120 dan ART300 cayman, tak lupa jugak Darkstone DN500. This catalogue is a must-have item for all Ibanez fans. Tengok katalog pun dan "biru mata hitamku" apatah lagi kalau masuk showroom?

*Harap maaf aku tak nak upload banyak-banyak gambar, memang tak relavan kalau aku upload setiap mukasurat kan?

_____
Ada apa: Nak upgrade GRG series kepada RG series hehehe...

Ada Apa Dengan Akai Jenuh?


Sebenarnya bungkusan Pos Ekspress ni dah lama aku terima, 5/5/2010 yang lepas. Bungkusan dari Penang, daripada geng blogger brader mhagnoth yang terkenal dengan blog akaijenuhnya. Entri kali ni adalah kesinambungan daripada entri ni, dan entri mengenai first day cover (FDC) dan setem aku.

Aku tau hang dapat nama dan alamat aku sebab selalu terpampang kat gambar bungkusan eBay dalam blog aku ni, itu aku tak kisah sebab aku guna alamat pejabat. Cuma aku tergelak tengok nombor telefon tu, dari mana hang dapat nombor telefon tu? Ntah nombor malang sapa ntah hang tulih tu... Serius aku cakap salah nombor, aku guna Celcom bukan Maxis (019-4xxxxxx).

Oke berbalik pada bungkusan tadi, apa isinya? Dua keping CD audio iaitu Metallica Ride The Lightning dan Megadeth Peace Sells, But Who's Buying? Pada mulanya aku ingatkan dapat Peace Sell, But Who's Buying? sahaja, tapi tak sangka pulak brader mhagnoth ni bagi sekali dengan Ride The Lightning.

Album kedua Metallica, Ride The Lightning yang famous dengan lagu-lagu epik seperti For Whom The Bell Tolls, Fade To Black, Creeping Death dan The Call Of Ktulu . Walaupun CD ni ada tulis (P) 1984 dan (C) 1989, tapi aku tau CD ni bukan first pressing, tapi first pressing yang dicetak semula (reprint) untuk pasaran Malaysia di bawah label Universal Music.

Dah lama aku bercadang nak beli album-album lama Metallica (Kill, Lightning, Puppets, Justice dan Black) tapi selalu saja dipotong oleh CD lain. But that was another story...

Peace Sells, But Who's Buying? Yang ni confirmed first pressing (P)(C) 1986 Capitol Records, Inc. dan merupakan US pressing. Hey, kat mana hang beli CD ni dulu? Nak kena review jugak ke album ni? Ye ye aku tau, that was another story too...

Printing CD dulu-dulu memang tak menarik kan? Hahaha...
Nanti nak cari versi Remixed & Remastered kat eBay pulak.

Bertambah lagi koleksi Metallica dan Megadeth aku. Terima kasih sekali lagi pada brader mhagnoth. Kalau hang tengah baca entri ni, aku lupa nak salin alamat hang kat belakang sampul tu. Sampul dah buang... Bagi nama, alamat dan nombor telefon hang kat emel aku kucinghijau[at]gmail[dot]com. Sorilah bulan Mei ni memang aku sibuk dari perasmian JKM Cawangan Sibu, Karnival Sukan dan baru balik exam PTK kat PJ minggu lepas. Mungkin awal bulan Jun nanti aku pos setem-setem dan FDC untuk hang...

_____
Ada apa: Rasanya aku kena bagi semua koleksi setem aku kat hang supaya adil dari segi nilai estatikanya...

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 2)


Selasa 18/5/2010 - Dari KLIA tadi (storm riding experience) sampai ke PJ, Lembah Kelang ni kalau hujan, paham-paham sajalah memang teruk. Nasib baik waktu aku sampai kat stesen LRT Taman Jaya hujan dah reda sikit, kalau tak memang basah kuyup sampai kat hotel.

Selepas check-in kat Shah's Village Hotel dalam pukul 6.30 petang, aku mengambil keputusan untuk ronda-ronda kat Amcorp Mall saja, disebabkan aku malas nak pi KL (rush hour + hujan).

Kali terakhir aku ronda-ronda kat Amcorp Mall ni bulan November tahun lepas, waktu tu pun hujan... Nak kena pi beli payung jugak ni.

Victoria Music Centre, premis yang wajib aku singgah kalau aku pi ronda-ronda kat Amcorp Mall ni. Jom serbu! Target utama, area new albums, best selling dan promo items. Tapi yang kurang best, tahun ni UOB tak buat promosi untuk pemegang UOB VOX card seperti tahun-tahun lepas. Kalau tak, sekurang-kurangnya dapat diskaun 15% untuk item-item terpilih kat VMC ni.

AC/DC newest album! (Compilation album that is). Iron Man 2, ada dua versi (1) versi CD audio sahaja berharga RM36.90 (2) versi 2-disc, CD audio + DVD (DVD includes AC/DC video clip, concerts, the making of, multimedia contents, etc...) berharga RM62.00! Berbaloi ke aku beli versi 2-disc ni?

Patron VMC jugak ada tunjukkan aku versi limited deluxe edition (collector's edition) berharga RM1xx! Isi kat dalam CD, DVD, poster Iron Man 2, komik Marvel Iron Man #1 (edisi reprint) dan kalau tak silap ada sticker. Disebabkan aku bukanlah peminat tegar AC/DC mahupun Iron Man, versi CD audio sudah cukup memadai untuk koleksi aku.

Iron Maiden's live album Death On The Road berharga RM59.90, album live Iron Maiden bukanlah priority dalam koleksi aku. Album-album studio Iron Maiden kat VMC ni semuanya aku dah ada, jadi boleh skip.

Ella 30110. Versi cetakan semula berharga RM15.90... Memang tension, versi yang aku beli dulu versi Album Rock Terunggul yang agak hampeh tanpa sebarang info kat dalam inlay selain tracklist sahaja. Yang lagi tension versi cetakan semula ni harganya jauh lebih murah daripada yang aku beli dulu.

Sama kes dengan Ella USA ni, album Ella yang paling aku suka (selain 30110) versi cetakan semula dengan harga yang sama RM15.90, versi Album Rock Terunggul yang Portdy belikan haritu harganya RM25.90 sama kes macam 30110 kat atas tadi, versi yang aku ada tadak apa-apa info kat dalam inlay kecuali tracklist.

Versi cetakan semula ni mempunyai info yang cukup lengkap kat dalam inlay seperti tracklist, pencipta lagu, penulis lirik, ahli muzik yang terlibat dan lain-lain info yang patut ada dalam inlay sesuatu CD... Walaupun CD kat dalam masih sama warna ungu. Disebabkan aku memang mencari album USA ni dari bulan lepas (bersama-sama Takilala, sebelum tengok gig Sickening Art) tapi tak jumpa, jadi kali ni memang aku tak lepaskan...

Ada beberapa lagi CD yang agak menarik aku jumpa kat VMC tapi tak sampai tahap nak beli...

Sikit lagi aku nak beli CD kompilasi Best Of Belantara ni (bukan Bentara).
Menurut info dari Berteromber, lagu-lagu dalam album ni semua lagu slow.

Rhoma Irama Edisi Platinum! Someday, I'll buy this CD!

Malas nak browse CD lain, aku cuma beli AC/DC Iron Man 2 dan Ella USA sahaja. Memandangkan bajet tak berapa mengizinkan untuk membeli CD melebihi RM60. Aku paling tak suka kalau dapat kursus, latihan (or exam in this case) waktu belum dapat gaji, lebih-lebih lagi kalau dapat pi area Lembah Kelang, hilang mood nak cuci mata pi Bentley, CK Music, JS Music dan kedai-kedai gitar yang lain. Nasib baik Dinoscars dah setelkan awal (prabayar) sebelum datang jumpa tauke DEG.

Setelah penat ronda-ronda kat Amcorp Mall, sebelum balik hotel... Aku singgah kat restoran A&W PJ Drive-In pekena Coney Tuesday. Yup sampai malam hujan renyai-renyai... Nasib baik waktu beli stationeries kat Popular tadi aku ada beli payung.

Sampai hotel, bukak buku study untuk exam esok sambil menikmati Coney Tuesday dan Root Beer float A&W, bukan selalu dapat pekena A&W ni.

To be continued...

_____
Ada apa: Ada sapa-sapa tau, apa dah jadi kat kedai Mahogany kat Amcorp Mall?

The Law Of The Jurassic Period


Urusniaga aku dengan Dead Eye Guitars (my primary source for guitars) untuk GAX010LTD dah selesai malam Khamis lepas, sambil-sambil menjenguk VMNTx-UA.

Seperti model-model GIO yang lain, model ni tak datang dengan gigbag. Jadi aku order sekali dengan gigbag murahan Antler. Tak lupa extra D'Addario strings, dan capo cap ayam. Sebenarnya tauke DEG tersalah order gigbag untuk bass, sebab tu panjang.

Extra strings D'Addario .012-.052 jazz light gauge (apa kejadah aku order gauge besar ni?) dan capo cap ayam, memandangkan aku regular customer DEG (urusniaga keenam, gitar keempat), jadi aku dapat capo ni as a free gift walaupun pada mulanya aku order. Thanks bro!

Ibanez GAX010LTD 2010 Spring Special Edition (Limited)

"Here comes a stranger from strange distant past where the weakest link gets destroyed. It's voice is strong, and the scars on it's body tell of the intense battles it has seen. Once you step into the battlefield with this this stranger, you will never rest again."

- artikel dari website Ibanez.

Tak berapa nampak warna hijaunya...

"My scars I show you now my scars, my scars... They prove my life was real my scars, my scars" - The Trace Of Things That Have No Words, Blaze Bayley.

Meet the Dino (spesifikasi)

  • Brand: Ibanez
  • Model: GIO 2010 Spring Special (Limited Edition)
  • Model Code: GAX010LTD
  • Made In: Indonesia
  • Serial No: I100202093
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Agathis
  • Neck: GAX1 maple neck
  • Fingerboard: Rosewood (no inlays, three red scars centering on 12th fret marker)
  • Pickups: Ibanez PSND powersound pickups
  • Colour/Finish: GSF - green shadow flat
  • Hardware: Black
  • Scale: 24.75"
  • Fret: 22 medium
  • Bridge: Ibanez fixed bridge with string thru-body
  • Extra feature: Cool engraved red scars on body
  • Price paid: RM7xx

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website Ibanez.

Black non-glossy (satin?) headstock finish, and yes it's a GIO.
With cool sliding truss rod cover.

Made in Indonesia.

No inlays, just three red scars centering on 12th fret marker.
Reminds me of Les Pirate with red SX logo on it's 12th fret marker.

Bolt-on area with Ibanez engraved plate.

Powersound pickup (PSND), Ibanez generic fixed bridge,
3-way pickup selector, volume and tone knob.

Dari sessi "pandu-uji" dengan Behemoth + Sony MDR-XD100 headphone dan juga Micro-Cube (tapi impak bunyinya mungkin berbeza jika menggunakan amp besar 100+ watt), menggunakan factory setting (without any personal tweak) - bunyi yang dihasilkan oleh Powersound pickups agak berat dan tak jauh beza seperti Les Pirate aku dulu (dah let go).

Neck pickup bunyinya lebih bassy berbanding bridge pickup yang lebih nyaring, mungkin pickups heights belum optimum lagi. Clean sound? Bolehlah kalau setakat ikut standard aku, yang pastinya aku tak main clean guna gitar ni. Tapi kalau nak main clean jugak, ada baiknya ditambah dengan sedikit efek reverb atau delay dan amaun chorus yang bersesuaian. Atau guna apa-apa clean modelling kat amp atau pedal. In my case I used "JC clean" on my Micro-Cube.

Disebabkan bunyinya yang agak berat, ia amat sesuai untuk drop tuning. Setakat ni, aku dah cuba D-tuning dan C-tuning. D-tuning masih oke, tapi C-tuning agak kusam bunyinya (maybe amp related) dan banyak fret buzz sebab strings dah agak longgar. Nanti kalau ada masa aku nak buat eksperimen B-tuning guna string .012-.052 gauge (D'Addario string kat atas tadi) ala-ala setting 7-string minus higher E string.

Kaviti yang agak luas, berpotensi untuk upgrade
macam-macam di masa akan datang.

Might as well trying these simple guitar setup based on Bro Sub's thE guitaR addicT! entries (Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 and Part 5).

Masa untuk nickname. Sewaktu berurusan dengan DEG, kitorang selalu istilahkan gitar ni dengan nick DINO. Dalam website Ibanez pun ia diistilahkan sedemikian rupa (probably a velociraptor). Dan disebabkan calar-balar merah yang agak gempak, jadi aku tambah SCARS kat belakang... So DINOSCARS, welcome to my collection. This Dinoscars was set in D-tuning for heavier mood.

[Edited 13/6/2010 8.28 pm] Tauke DEG baru nak buat entri pasal GAX010LTD ni kat blognya, here's the link.

_____
Ada apa: Ijau D. Koceng IDK (self-proclaimed) signature series la kononnya hehehe...

Guitar Talk: Ijau D. Koceng Signature Series (Part 4)


Sibuk-sibuk cerita pasal VMNTx-UA, terlupa "stok baru" yang aku bawa balik dari PJ semalam. Ibanez GAX010LTD. Thanks Calvin (Dead Eye Guitars) sebab susah-susah carikan model ni kat negara di sebelah selatan tu, VMNTx-UA tu nanti boleh kita bincang lagi...

Macam biasa, tunjuk headstock dulu.

Ni dah kira calar tahap kritikal ni!

Selama ni gitar-gitar yang aku miliki (atau pernah dimiliki) kesemuanya berwarna hitam (Crows, Nandung, Mephisto, Black Ice, Les Pirate, Kelly Kelly), akhirnya aku berjaya memiliki gitar yang berwana hijau (say my name, say my name), susah nak cari gitar berwarna hijau ni lebih-lebih lagi yang hype macam GAX010LTD ni. That's why I called it Ijau D. Koceng signature series in the first place (perasan ada signature series sendiri).

Nanti aku buat review selepas sessi "test power"...

_____
Ada apa: Macam belang tarung Pendekat Laut eh?

Guitar Talk: Dean VMNTx United Abominations (Part 2)


Malam tadi (Khamis 20/5/2010) aku memang dah buat appointment nak jumpa Calvin, tauke Dead Eye Guitars sebab nak ambil "stok baru" yang telah diorder iaitu GAX010LTD.

Calvin ni pandai buat surprise, waktu nak ambil GAX010LTD dalam keretanya tiba-tiba dia tunjukkan aku *softcase besar berlogo Dean yang berisi (tak lain tak bukan) Dean VMNTx United Abominations Dave Mustaine signature series (VMNTx-UA)! Walauwei!~

"I saja taknak bagitau you, nak bagi surprise... Hahaha!"

Sebenarnya VMNTx-UA ni merupakan gitar yang mula-mula aku order kat DEG (bulan September tahun lepas), atas sebab-sebab tertentu hasratku untuk memilikinya tak kesampaian dan akhirnya digantikan dengan pembelian Kelly Kelly.

Tapi bila dah dapat tau yang JS Music dah bawa masuk banyak stok baru gitar-gitar Dean awal bulan ni, aku sentiasa "follow-up" dengan Calvin supaya cepat-cepat bookingkan aku VMNTx-UA ni (with some ammount of deposit, of course) yang dikhabarkan cuma ada 3-4 unit sahaja kat JS Music.

Imej link dari website Dean Guitars.

Jadi, VMNTx-UA sudah selamat berada dalam simpanan DEG, bila aku nak ambil? Aku pun belum tau lagi, selagi masalah-masalah berkaitan logistik dan kewangan belum selesai. Sekarang ni aku tengah berusaha menyelesaikan kes Kelly Kelly. Kalau dipikirkan, macam ada hikmah di sebalik kes Kelly Kelly aku tu kan?

Anyway, thanks to Dead Eye Guitars for making it happens! Memang betul dan tepat slogannya "Where musician get their gears". Hey, aku lupa pulak nak cerita pasal GAX010LTD, well that was another story...

*Dean softcase sold saperately.

_____
Ada apa: Best jugak ada kawan tauke gitar ni kan?

Guitar Talk: Dean VMNTx United Abominations


Bila dah tengok Dean VMNTx United Abominations ni depan mata, memang terliur dibuatnya...

Credits to Calvin (Dead Eye Guitars) for the VMNTx.

Owh, btw Ijau D. Koceng signature series sudah berjaya dimiliki... Hehehe ;)

To be continued...

_____
Ada apa: Sabar-U-Dean

Guitar Talk: Ijau D. Koceng Signature Series (Part 3)


Semakin ia dekat denganku, semakin resah rasa hatiku... (Aik? Macam pernah aku dengar ayat ni...)

Besar gila calar gitar ni...

Thanks Calvin (Dead Eye Guitars) for the last minute picture. Hardcase not included, for decoration purpose only.

_____
Ada apa: Bro Sub, dah dapat tangkap seekor dinosaur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) acoustic (10) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (128) amplitude music (3) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (122) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (46) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (62) console games (7) converse (3) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (33) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (3) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (226) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (83) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (30) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (141) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (40) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (18) footwear (2) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (76) gigrig (10) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (16) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (644) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (58) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (182) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (9) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (19) karisma (4) kaset (32) kawan (263) kazanna (1) kempen (35) kerja (74) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (20) kkdn (6) koleksi (288) konsert (84) kopi (22) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (16) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (5) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (339) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (24) new album (27) new gear (166) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (64) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (25) pedal/stompbox (281) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (106) planet waves (9) playstation (9) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (14) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (42) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (23) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (23) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) slipgate (4) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (25) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (4) tamil (11) tanglewood (10) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (20) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (7) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (243) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (105) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger