Membakut, Here I Come! (Part 4)


Sabtu nanti (3/7/2010) aku nak balik Membakut, cuti-cuti rehat seminggu kat kampung. Kebiasaannya aku ambil cuti balik kampung antara hujung bulan Mei dan awal bulan Jun, tapi pasal hari tu dah "bercuti" pi Dalat, jadi terpaksalah ditunda...

Aku suka realign kat Metro Tires ni, sebab equipmentnya baru dan fully digital.

Dan sudah menjadi kebiasaan pertengahan tahun, aku akan realign Imago aku sebelum balik kampung (aku buat alignment setahun sekali). Beberapa minggu lepas pulak tukar tayar dua biji, rabak jugak RM3xx. Dan semalam dah bayar insurans dan roadtax untuk birthday Imago aku 11/7/2010 kelak, rabak lagi RM4xx [sigh]~ Kalau campur-campur semua boleh beli amp 30W sebijik ooo...

Tengah kemas-kemas barang sambil pilih-pilih sepuluh CD yang bakal dibawa sebagai bekalan pemanduan aku Sabtu nanti. Dan kepada Oriaj, kebarangkalian besar Abominations aku tak bawa balik. Aku bawa Mephisto dan Kelly Kelly sahaja, hehehe...

_____
Ada apa: B2 dan G1M pun aku bawa.

Sepagi Di Jalan Imbi


Sambungan dari ronda-ronda kat Jalan Masjid India.

Selasa 22/6/2010 - Dalam pukul 11.40 pagi aku sampai kat area Jalan Imbi, turun beberapa meter dari Ultimate Music (malas nak menapak naik STAR/Monorail, aku naik teksi dari Jalan TAR).

Oke, Ultimate Music, pengedar barangan Blackstar, Behringer, Bugera, Schecter, BC Rich, Stagg, Sonor dan banyak lagi. Aku tak masuk sebab tadak benda yang menarik (atau yang bakal ditarget) kat dalam ni. So, off to next two doors... JS Music.

Tidak seperti Ultimate Music, JS Music ni terletak kat tingkat satu dan dua. JS Music pulak pengedar barangan Aguilar, DW Drums, Dean, Warwick (Rockcase, Rockbag, Rockstand), Gallien-Krueger, Orange, DiMarzio, MXR, Electro Harmonix dan banyak lagi.

Masuk-masuk je JS Music aku disambut oleh seorang patron bernama Mr. Athrun, aku terus bertanya gigbag untuk V-shaped guitar namely VMNTx, dan dia ajak naik atas (tingkat dua) tengok Warwick Rockbag deluxe gigbag dengan price tag RM19x. Aku mintak kebenaran daripada patron tadi nak snap beberapa gambar tapi dia tak bagi, katanya apa-apa gambar boleh check kat Facebook JS Music.

Kat JS ni jugak aku sempat pegang-pegang bass amp Orange Crush Pix 50BXT (dah ada stok) dan Gallien-Krueger Backline BL110 yang pernah masuk dalam list bass amp survey suatu ketika dulu. Damn~ waktu aku nak beli dulu tadak stok la pulak (bajet nak beli amp dah lari pi Dinoscars).

Antara stuff best yang menarik perhatian aku kat dalam JS ni (selain Dean dan Orange) ialah Electro Harmonics pedals (namely Metal Muff, Bass Big Muff Pie, Bass Blogger), MXR pedals dan DiMarzio pickups (pikap-pikap ni tak boleh cakap kuat-kuat, nanti Oriaj teruja). In the end aku tak beli apa-apa pun kat JS ni takut nanti bajet lari... So off to next destination, CK Music.

CK Music ni mula-mula aku terlepas pandang. Padahal ia sebaris dan hanya beberapa pintu dari Ultimate dan JS. Aku siap call tauke DEG tanya CK Music kat mana, Hahaha...

CK Music ("adik" kepada City Music Singapore) ni pengedar barangan Vox, Line 6, Hartke, Korg, Zoom, Bogner, Mono, Wharfedale Pro, Hamer, Craftsman dan banyak lagi. On the way pi kaunter sempat la curi-curi snap beberapa gambar :)

Line 6 products.

Vox Night Train, memang antara idaman aku ni.

Seperti yang telah dibincangkan dalam Facebook CK Music dan melalui SMS, aku dah order Hartke 8TP10 driver dan Zoom G1M. Sampai-sampai je terus berurusan dengan Mr. Ici (memandangkan Mr. Amizan outstation) check barang, isi warranty card dan bayar. Disebabkan kesuntukan masa (tadi dah buang masa kat JS), tak sempat aku nak ronda-ronda naik tingkat atas CK Music ni.

Aku dah plan nak jumpa dua orang geng trio-Bintulu (yang tengah shopping sakan kat Jalan Masjid India) kat KL Sentral sebelum pukul 1.00 tengahari sebab nak lunch sama-sama, jadi terpaksalah beredar cepat. Kalau tak impian aku bulan November yang lepas nak masuk Bentley Music showroom pastinya kesampaian. Inilah masalahnya kalau pi jalan-jalan berkumpulan, terpaksalah akur dengan keputusan majoriti...

_____
Ada apa: Dari dalam monorail aku sempat tengok pemandangan "sedih" Penjara Pudu, banyak memori jugak area-area stesen STAR/Monorail Hang Tuah ni, but that was another story...

Ada Apa Dengan Banglar King Kong?


Aku mula-mula tengok videoclip ni Ahad lepas kat Blog Serius, beberapa hari kemudian Oriaj pun ada share kat Facebook. Untuk tatapan geng-geng bloggers, here it is again (and again)...

Daripada 10 markah, aku rate preview ni 11.5/10!
Aku paling suka bab King Kong mengamuk.

Jadi kepada peminat filem-filem aksi, jangan lepaskan peluang anda menonton filem ni... Atau beli VCD yang original.

*Sapa tau filem keluaran tahun bila? [Edited 30/6/2010 @ 1.45 pm] - Filem ni filem baru, released on 28/5/2010 kat pawagam-pawagam Bangladesh. Antara review yang aku jumpa kat Internet:

Agak-agak nanti masuk Malaysia tak? Enjoy!

_____
Ada apa: Aku rasa best lagi filem King Kong versi 30an.

Opening Soon? (Part 2)


Bulan lepas aku ada buat entri pasal premis alat muzik ni. Semalam (Ahad 27/6/2010) aku berkesempatan menjenguk premis ni. Memang ternyata ia sebuah premis menjual alat muzik, jugak menyediakan kelas belajar muzik (piano, gitar, biola, vokal).

Nama premis ni My Music, pemilihan nama premis yang agak tawar (tawar macam nama The Guitar Store dan Guitar Collection). Agaknya premis ni belum dibuka secara rasmi, sebab tu signboard pun belum naik. Kat dalam premis pun tadak kad ucapan tahniah dan bunga-bunga.

Seperti biasa, kebanyakkan (diulangi - kebanyakkan, bukan semua) premis-premis milik orang Cina tak akan bagi pelanggan mengambil gambar suasana dalam premis, wtf? Dari dulu aku musykil... Adakah ini pantang larang orang Cina? Sebab tu aku snap dari luar.

Pada peminat gitar elektrik di sekitar Bintulu (seperti aku), premis ni bukanlah tempat untuk mencuci mata. Sebab di dalamnya cuma ada satu gitar elektrik (Washburn superstrat) dan satu gitar bass (Ashton P-bass), yang lain kebanyakkannya gitar akustik dan klasik (tong) berjenama Ashton dan Vantage (kalau nak cuci mata baik pi Zoso Music, sekurang-kurangnya ada Ibanez, Squier, LTD, Cort, AXL, SX, dll). Lain-lain instrument terdiri daripada keyboard, piano, biola, drumset dan percussions.

Btw, harga gitar-gitar kat premis ni masih lagi standard harga Borneo...

_____
Ada apa: Alaaa... Order je kat tauke DEG lagi senang dan murah.

Down Memory Lane At Jalan Masjid India


Selasa 22/6/2010 - Esok ada majlis penyampaian anugerah, hari ni ada raptai dalam pukul 3.00 petang, jadi belah pagi seawal 9.30 pagi kitorang (trio-Bintulu - aku, Kak Nor Pegawai Sains dan brader Manan Pengawal Keselamatan) pun ambil kesempatan nak pi KL, especially Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Yang dua orang tu memang dah plan dari Bintulu lagi nak shopping sakan kat sini. Aku terpaksalah ikut (walaupun sebenarnya aku plan nak pi Jalan Imbi atau Jalan Bukit Bintang) kurang-kurang dapat jugak belikan beberapa helai tudung untuk *ehem-ehem* aku (dengan bantuan Kak Nor) dan cari kain yang sesuai untuk buat baju Melayu bajet raya kelak. Oke, jom layan gambar...

Dah lama aku tak naik Putra LRT dalam keadaan yang tak sesak macam ni.

Stesen LRT Putra/STAR Masjid Jamek dah jauh berbeza.

Kali terakhir aku lalu area ni tahun 2006.

Ya Mydin, antara lokasi utama.

Shopping sakan la akak tu...

Aku memang tertarik dengan poster filem-filem Tamil yang agak cliche, kat Penang hari tu pun sama jugak sempat aku snap gambar poster filem Tamil kat pawagam Odeon.

Dalam pukul 11.00 pagi aku pun berpecah dari kumpulan trio-Bintulu menuju Jalan Imbi nak pi CK Music.

_____
Ada apa: Serius aku tak reti nak beli tudung hehehe...

Guitar Talk: Zoom G1M Michael Amott Signature Edition Pedal (Part 2)


Antara "buah tangan" dari CK Music selain Hartke 10TP8 driver (speaker). Zoom G1M Michael Amott signature pedal ni diperoleh dengan harga "sedikit diskaun" berbanding harga online kat website CK Music.

Credits to Mr. Ici sebab bagi diskaun untuk G1M ni dan Hartke 10TP8 walaupun aku tak mintak diskaun, maybe diorang tak sangka customer datang jauh-jauh dari Bintulu semata-mata nak melawat CK Music hehehe...

Kotak yang agak hype.

Isi kandungan pakej:

  • Zoom G1M pedal
  • User manuals (in six languages)
  • Patches list
  • Simplicity card (simplified manual)
  • Greeting card from the artist
  • Michael Amott poster
  • Michael Amott sticker
  • Michael Amott pick
  • CK Music warranty card (one year warranty)
AC adapter not included (sold separately), but since I already have Zoom AD0006E adapter, it's not big deal. Nak guna bateri pun boleh 4xAA tapi ikut pengalaman guna Zoom B1X, bateri AA biasa (non-alkaline) hanya boleh bertahan dalam beberapa jam sahaja.

Cara penggunaannya memang sama dengan Zoom G1X yang pernah aku beli dulu (dah letgo). Tapi tak seperti G1 yang lain, patches dalam G1M ni diolah/digubah sendiri (as mentioned in Zoom website) oleh Michael Amott mengikut citarasa beliau bersesuaian dengan muzik Arch Enemy, Carnage dan Carcass. Dan tak hairanlah hampir 80% patches dalam pedal ni adalah sound untuk muzik Metal, with variety of heavy distortions.

Btw, kenapa aku beli G1M ni? Kan aku dah ada Behemoth? Senang cerita, aku malas nak bawak multi-effects pedal besar waktu pi jamming, kalau terpaksa bawak pun atleast ada backup pedal (in-case main dua gitar macam sessi yang lepas). Dan disebabkan aku selalu main Metal, jadi patches dalam pedal ni memang sesuai (kes malas nak edit patch), dan dengan harga yang lebih kurang sama, ia lebih berbaloi dari aku beli distortions pedal sahaja. Imej kat kanan link dari website rasmi Arch Enemy.

Setakat ni, aku dah test pedal ni dengan Abominations directly to Sony MDR-XD100 headphone... Hmmm, not bad at all. Nanti nak tunggu sessi jamming yang seterusnya baru dapat dengar kualiti bunyinya kat amp besar.

[Edited 28/7/2010 @ 1.00 am: Aku bukanlah peminat Michael Amott, Arch Enemy, Carnage mahupun Carcass, but this pedal was suitable for my playing style and best effects pedal within the price range of RM240-250]

_____
Ada apa: Tyrant!

Abominate The United


Penantianku hampir lapan bulan berakhir malam Isnin yang lepas (21/6/2010). Aku pernah tawar hati dengan gitar Dean yang shipmentnya tak menentu (merapu kat entri ni). Enter Dean VMNTx "United Abominations" Dave Mustaine Signature V! I always wanted a V-shaped guitar in my collections (did I say collections?).

Tak sah kalau tak pose dengan album United Abominations.

Sedikit cerita, Dean VMNTx United Abominations ni merupakan gitar pertama yang aku order (bukan pertama dibeli, that would be my Black Ice) dengan Dead Eye Guitars dalam bulan Oktober tahun lepas, aku masih lagi dalam mood Megadeth (album Endgame baru released). Sebenarnya aku minat Angel Of Deth, tapi harganya di luar kemampuanku.

Waktu tu belum berapa kenal dengan tauke DEG ni, rasa was-was pulak nak order. Dia kata shipment Dean akan sampai dalam bulan Disember, kemudian berlarutan ke bulan Februari sampai aku naik tensen, ganti dengan Kelly Kelly. Hujung bulan April bila aku dapat tau shipment Dean dah sampai, aku cepat-cepat order dan booked lagi skali.

Dean VMNTx "United Abominations" Dave Mustaine Signature V

And finally...

Meet the VMNTx (spesifikasi)

  • Brand: Dean
  • Model: Dave Mustaine Signature V
  • Model Code: VMNTx United Abominations
  • Made In: China
  • Serial No: O09101266
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Mahogany
  • Neck: Maple (Dave Mustaine spec. D-shape neck)
  • Fingerboard: Rosewood (dot inlays)
  • Pickups: Dean DMT design humbucker pickups
  • Colour/Finish: United Abominations custom graphic (front) glossy black (back)
  • Hardware: Black, with Mini Grover 6 in-line tuners
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Tune-O-Matic with string thru-body
  • Price paid: RM1xxx + RM2xx (Dean lightweight ML, V, Z case)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Dean Guitars.

Yeah! Washington Is Next! Berbeza sedikit dari model asal VMNTx,
this United Abominations model don't have beveled edges.

Dean DMT humbucking pickups (masih berplastik), 3-way pickup selector, volume-volume-tone knobs, tune-o-matic (TOM) bridge.

Aku tak kisahlah kalau gitar ni masih dikategorikan gitar murah, tapi ayat "Dave Mustaine Signature V" tu yang "mahal" tu hehehe... Tapi kalau tengok betul-betul headstock VMNTx ni lebih kurang macam headstock Ibanez.

Mini Grover 6 in-line tuners. That sticker said "Inspected and adjusted in the USA by Dean Guitars" (boleh percaya ke?), but made in China though. Tidak seperti neck Jackson yang nipis, neck VMNTx ni tak jauh beza seperti neck Ibanez Gio.

Satu kecacatan yang aku perasan. Tulisan "Dean" kat bolt-on plate ni terbalik... Adakah memang terbalik atau QC tak check betul-betul? Skru strap button pun nampak macam tak berapa kukuh. Tapi secara peribadi, QC dan workmanship untuk gitar low-end Ibanez (Gio) lagi bagus dan halus berbanding Dean (dan Jackson), sebab tu aku suka Ibanez.

Ruang kaviti yang agak kemas lebih kurang macam kaviti Mephisto. Kat tone knob nampak kapasitor warna hijau (bukan oren), kat mana nak cari Orange drop cap eh?

Dengan harga yang agak menarik, tauke DEG bagi option Dean lightweight case ni. Made specially for Dean ML, V, Z guitars, tapi aku rasa bentuk-bentuk lain pun (Superstrat, Les Paul, Explorer, Warrior, Rhoads, King V, Kelly, Iceman, Xiphos) memang muat asalkan bukan bass, semi-hollow, acoustic atau classical (gitar tong).

Memang berbaloi case ni, dengan harga RM2xx gitar aku sampai Bintulu dengan selamat, but the size was a little bit annoying... I have to check-in at over-sized baggage counter at LCCT (with no extra charge).

Setakat ni aku baru test dengan Korg AX3000G (my Behemoth) direct with Sony MDR-XD100 headphone dan dengan Roland Micro-Cube. Nothing special though, the sound was pretty heavy in-par with my Kelly Kelly and Dinoscars, maybe because all three guitar was using in-house pickups made specially for high gain distortion. Tapi aku suka TOM (tune-o-matic) bridge ni berbanding Ibanez generic fixed bridge kat Dinoscars, sebab best kalau palm mute dan senang nak adjust action.

Tak lupa jugak, gitar ni agak stabil bila disangkutkan strap, well balanced like my Kelly Kelly. Hujung minggu ni kalau Bob Kandar ajak jamming, mungkin aku boleh test drive dengan amp besar (PA system) as loud as possible.

Nick? Ntah aku tak tau nak bagi nick apa gitar ni sebab dah ada trademark sendiri - United Abominations. Kalau macam tu aku gelar ABOMINATIONS sajalah. Damn... I may have to stop buying extreme-shaped guitars after this V, memang menyusahkan dari segi logistik dan penjagaan (tragedi Kelly Kelly masih tak dapat dilupakan dan masih belum selesai).

Iklan kat blog Dead Eye Guitars...

_____
Ada apa: Seperti yang dikomen oleh beberapa geng bloggers, aku kena belajar main lagu Megadeth la lepas ni... Setakat ni A Tout Le Monde je aku reti main.

Ada Apa Dengan Speaker?


Siapa yang gila sistem audio kereta (atau pernah), tanpa melihat label kat belakang cuba teka speaker apa ni? Xplode? Mohawk? Blaupunkt? Caliber? JBL?

10" aluminium cone.

Sebenarnya, ini ialah speaker (or some called driver) Hartke 10TP8 yang digunakan dalam cabinet bass Hartke dari Transporter TP series (now discontinued). Seperti dalam gambar "design specially for Hartke cabinets" dengan kuasa 75 watt pada impedens 8 ohm.

Thanks to Mr. Ici and CK Music guys for this Hartke driver and that "black" pedal.

To be continued...

_____
Ada apa: Hehehe... Sori Bro Sub, dah macam entri thE guitaR addicT! lah pulak :)

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 2)


Baru je lepas lepak-lepak dengan tauke Dead Eye Guitars kat lobi hotel Singgahsana sambil menonton perlawanan bola antara Chile dan Switzerland. Borak-borak pasal gitar berlarutan sampai 12.30 malam...

Jadi, ada apa dengan headstock?

Macam biasalah tunjuk headstock dulu, hehehe... Urusniaga VMNTx-UA yang terbengkalai sejak bulan lepas kini sudah selesai. Apa yang aku idam-idamkan dari bulan Oktober tahun lepas kini sudah berada dalam genggaman setelah hampir lapan bulan menunggu.

Aku jugak diracun dengan Grestch Electromatic Junior Jet (sunburst) dan Ibanez ART120 (white) damn!~ Kalau racun Electromatic Junior memang tak masuklah sebab not my taste lagipun with solitary P90 pickups, but that white ART120 really tempting! Tauke, you memang jahat lah!

_____
Ada apa: Washington is next!

Ada Apa Dengan Bickford's Creamy Soda?


Ya! Entri pasal Bickford's lagi... Kali ni dengan perisa creamy soda. Seperti perisa sarsaparilla, harga sebotol (275ml) kat Farley ialah RM4.20 lebih mahal dari Bundaberg (RM3.60). Macam mana rasa creamy soda ni? Ntah, aku pun tak reti nak terangkan, tapi sedikit macam ada rasa ceri atau krenberi gitu-gitu.

Seperti sarsaparilla, creamy soda ni jugak kurang manis dan kurang berkarbonat. Yang pastinya ia tak sesedap sarsaparilla yang warm and flat. Tapi setelah merasa dua jenis perisa minuman Bickford's ni, aku rasa Bundaberg lagi kick! Dari segi rasa, harga dan kepuasan. But I like the Bickford's bottle shape though.

Lain cerita...

By the time aku post entri ni (scheduled post), mungkin aku berada dalam penerbangan MH2743 menuju KLIA. Harap-harap kali ni cuaca baik sepanjang penerbangan, tak "storm riding experience" lagi macam bulan lepas. Dijangka sampai kat PJ dalam pukul 5.30-6.00 petang.

_____
Ada apa: Patutkah aku pi buat lawatan sosial ke CK, JS dan Bentley pagi esok?

Famowood Scratch Repair Stick


Aku jumpa benda ni kat hardware section, Farley Bintulu - Famowood scratch repair stick. Sapa-sapa yang pernah bertukang kayu pastinya biasa dengan wood putty. Teori dan konsep yang sapa digunakan kat scratch repair stick ni, but in a smaller package.

Aku belek-belek dalam banyak-banyak yang tergantung ni cuma ada dua warna sahaja; putih dan ash. Kalau ada warna hitam oke la jugak, boleh aku repair Kelly Kelly aku yang "luka" beberapa minggu yang lepas (and that's the reason for this entry in the first place).

Cara menggunakannya senang saja, aku yakin sapa-sapa yang pernah guna krayon pastinya tiada masalah. Apa? Krayon pun tak tau? Tapi dengan harga RM16.80 per stick (sebesar ibu jari), aku rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membelinya... Kalau ada masa, aku nak cuba cari kat kedai hardware la pulak (Soon Wong, SK Hardware), manalah tau harganya mungkin berbeza dan banyak pilihan dari segi warna.

More info at Famowood website (tapi aku tak jumpa pun produk ni).

_____
Ada apa: Dah lama aku tak bertukang kayu...

Sessi Jamming Yang Tadak Gambar


Sabtu 19/6/2010 - Dalam pukul 1.00 petang kitorang jamm kat makeshift studio, kali lebih kepada sessi latihan berbanding sessi jamming. Seperti biasa kitorang cuma main 3-piece (aku, Bob Kandar dan Azroy). Walaupun aku ada bawa Black Ice tapi kali ni kitorang main tanpa bassist sebab aku main gitar. Dan jugak tadak vocalist sebab lupa nak cilok mikrofon dari bilik sebelah (bilik mesyuarat). Dan seperti tajuknya, aku lupa nak snap gambar...

Disebabkan sessi ni lebih kepada sessi latihan, aku ambil kesempatan untuk jamm along (sambil belajar beberapa riff dan teknik) dengan Azroy main beberapa lagu yang selalu aku praktis sorang-sorang di rumah; Fade To Black, The Trooper dan Wasted Years. Aku main rhythm Azroy main lead dengan rig seperti berikut:

Gambar hiasan - My Dinoscars debut...

Ya aku tau BOD100 tu bass overdrive, tapi disebabkan aku cuma ada satu guitar effects pedal, jadi terpaksa improvised guna bass overdrive. Tapi best jugak guna overdrive bass untuk gitar (full gain and full overdrive), bunyinya seakan-akan bunyi distortions dari amp-amp British (Marshall, Vox, Orange). Hmmm... ni nak kena beli guitar effects lagi satu ni (hari tu ada Satchurator, tapi dah letgo), cari yang kecik senang sikit nak bawa jamming.

Sounds produced by my Dinoscars wasn't bad at all when hooked-up with bigger amp... Crispy crunch distortions sound and ringing cleans (typical PSND pickup's sound).

_____
Ada apa: Distortions pedal or small multi-effects pedal?

Guitar Talk: Zoom G1M Michael Amott Signature Edition Pedal


Zoom G1M, Michael Amott signature edition guitar pedal. Berbeza dengan model asalnya iaitu G1 (model baru G1N dan G1U), patches dalam G1M ni sememangnya dikhaskan untuk muzik Metal. Lebih-lebih lagi setting yang diolah oleh Michael Amott sendiri (as mentioned in Zoom website), berdasarkan muzik Arch Enemy (dan Carcass).

Sebelum ni aku pernah memiliki G1X (dah letgo), tapi patches dalam G1/G1X adalah versatile dan cover semua genre muzik dari Jazz, Country hinggalah ke Metal. Tapi setelah mendengar beberapa patches G1M ni, pastinya (yang selalu main Metal) akan tersengih macam kerang busuk... Patches list (PDF format).

Imej link dari website Zoom Japan.

Terdapat jugak artist signature G1 yang lain, iaitu G1J (John 5) dan G1K (Kiko Loureiro), tapi memandangkan latar belakang Amott yang agak "keras" jadi pedal G1M ni amat sesuai untuk penggemar multi effects Metal yang malas (nak edit patch) dan kurang dari segi bajet.

_____
Ada apa: Sebenarnya aku bukanlah peminat Michael Amott, Arch Enemy mahupun Carcass.

Ada Apa Dengan Scream?


Dipendekkan cerita, album terbaru dari Abang Ozzy, album studio ke-10 bertajuk Scream. Dari sumber Wikipedia, album ni akan dikeluarkan pada 22/6/2010. Seperti album Black Rain, pastinya (harap-harap) album ni akan masuk dalam pasaran Malaysia. Kalau tak masuk Malaysia memang aku akan beli dari eBay.

Imej link dari Wikipedia.

Aku dah dengar lagu demo Let Me Hear You Scream, memang ketara perbezaannya berbanding lagu-lagu dari album terdahulu Abang Ozzy. Mungkin disebabkan gaya petikan gitar Gus G. yang amat berbeza dengan gaya Zakk Wylde menyebabkan aku terasa lagu ni seperti sesuatu yang baru.

Kalau aku jumpa album ni nanti jual kat mana-mana kedai kaset/CD, memang aku akan beli.... KIV!

More info on Ozzy Osbourne official website.

_____
Ada apa: Scream for me Brazil! (Tiada kena mengena dengan Demam Piala Dunia...)

AC/DC - Iron Man 2


Ya, entri CD kembali lagi setelah lama menghilangkan diri. Kali ni dengan album kompilasi Iron Man 2 dari kugiran terkemuka AC/DC yang aku beli kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall bulan lepas dengan harga RM36.90 versi CD audio sahaja (ada jugak versi 2-disc CD audio + DVD).

This album is the hard loud companion to a movie about a Marvel Comics hero who takes care of business with heavy fists, steel will and righteous fury. But these fifteen songs were created and detonated by real iron men, with superhuman-boogie powers, no-surrender backbone and infinite rock & roll attitude.

- Artikel dari inlay oleh David Fricke,
Rolling Stone, January 2010

Nothing special about this album, cuma kompilasi lagu-lagu AC/DC yang top dan evergreen sepanjang zaman, kecuali War Machine dari album terbaru mereka Black Ice (bukan Black Ice bass aku). Sekiranya korang dah tengok muvi Iron Man 2 (dan peminat AC/DC) pastinya akan terhibur tengok muvi tersebut sambil diselang-selikan dengan lagu-lagu AC/DC ni. (C) 2010 Leidseplien Presse B.V. (P) 1976, 1977, 1978, 1979 J. Albert & Son Pty Ltd. 1980, 1981, 1983, 1990, 2008 Leidseplien Presse B.V. Distributed by Columbia Rrecords, a division of Sony Music Entertainment.

Tracklist

  1. Shoot To Thrill
  2. Rock 'N' Roll Damnation
  3. Guns For Hire
  4. Cold Hearted Man
  5. Back In Black
  6. Thunderstruck
  7. If You Want Blood (You've Got It)
  8. Evil Walks
  9. T.N.T.
  10. Hell Ain't A Bad Place To Be
  11. Have A Drink On Me
  12. The Razors Edge
  13. Let There Be Rock
  14. War Machine
  15. Highway To Hell

Walaupun aku bukanlah peminat tegar AC/DC tapi secara peribadi aku lebih suka lagu-lagu vokal Brian Johnson berbanding Bon Scott. Dan pastinya lagu Shoot To Thrill merupakan lagu kegemaran aku.

Design CD memang sama macam CD Black Ice, cuma beza dari segi tema warna sahaja.

Dalam inlay ada serba sedikit sejarah AC/DC ni yang diceritakan oleh David Fricke (Rolling Stone), gambar-gambar baru dan lama sewaktu konsert, diselang-selikan dengan gambar-gambar dan screenshot dari muvi Iron Man 2.

Cuma aku tak puas hati dengan cara CD ni dipasarkan, nak jimat kos sangat sampai tak buat dalam bentuk packaging jewel case ataupun digipak. Aku tak suka packaging jenis slipcase ni, susah nak keluarkan/masukkan CD, dan CD senang nak calar.

Seperti album-album AC/DC lain yang aku ada, lagu-lagu diorang amat sesuai dipasang sambil memandu disebabkan lagu-lagu Rock & Roll yang agak catchy and enjoy, tak berapa berat dan tak jugak terlampau mendayu-dayu.

_____
Ada apa: Hell Ain't A Bad Place To Be... Diorang pernah pi neraka ke?

Ada Apa Dengan Choki Choki?


Bilakah kali terakhir korang makan benda ni?

AyuChokiChoki pastinya suka...

Dan bilakah kali pertama korang makan choki choki ni? Seingat aku, benda ni mula diperkenalkan pertengahan 80an, rasa-rasanya sezaman dengan ding dang, tora dan nini (cokelat celup, celup celup).

And to make things nostalgic, these stuff - choki choki, ding dang, tora and nini still exist to this day and still managed to find their way to your local supermarket shelves, but not as famous as they used to be in the 80s... Mungkin disebabkan dah tadak iklan kat TV diiringi dengan suara evergreen Mat Sentul (hey, I was a fan of Mat Sentul and his "MAT" films).

_____
Ada apa: Entri tadak idea...

Antara Dwayne Johnson, The Rock Dan Tinju


Jika bahan bacaan bulanan aku terdiri dari majalah CHIP, PC Gamer, used Nat-Geo dan kadang-kadang majalah berkaitan gitar (back issue), housemate aku pulak ada yang beli majalah Kreko, Mastika dan Maskulin. Mastika memang aku dah boikot (semenjak kes Black Metal 9-10 tahun yang lepas). Kalau majalah Maskulin tu aku baca jugak sebab kadang-kadang ada artikel yang menarik perhatian aku.

Aku tertarik dengan artikel mengenai Dwayne Johanson dalam majalah Maskulin vol. 121 keluaran Mac 2010. Erk? Dwayne Johanson? Awal-awal lagi penulis artikel ni dah salah taip, sepatutnya Dwayne Johnson (Johnson not Johanson), sapa itu Dwayne Johnson? Ada apa dengan Dwayne Johnson?

Pada peminat gusti (wrestling) beliau lebih dikenali dengan nama Rocky Maivia dan seterusnya The Rock. Sebagai seorang peminat gusti, aku suatu ketika dahulu memang meminati The Rock ni disebabkan karisma, kepetahan beliau bercakap selain in-ring performance, with his trademark The People's Eyebrow (ala-ala Ziana Zain), Rock Bottom and the most electrifying moves in sports entertainment - The People's Elbow. Selain aksi gusti, beliau jugak membuatkan orang lain terhibur dengan hanya memegang mikrofon.

Disebabkan tertarik dengan artikel dalam Maskulin ni, aku pun membacanya sampai habis. "Jika dulu, dia hanya bertarung di gelanggang tinju..." Ah? Tinju? Sebelum bacaan lanjut, ada baiknya aku letak rujukan Wikipedia mengenai sukan tinju (boxing) dan gusti professional (pro-wrestling). Aku tak tau kalau Dwayne Johnson pernah "bertinju", kalau main American Football aku tau la, tapi nickname "The Rock" hanya digunakan ketika beliau "bergusti" dalam WWE (back then was WWF). Oke, mungkin penulis artikel tersilap taip, jadi aku teruskan membaca...

Ntah berapa kali perkataan "tinju" dinyatakan dalam artikel ni, tadak satu pun perkataan "gusti" dan setiap kali aku membacanya memang aku akan rasa menyampah... Memang sah bukan tersilap taip, nampak sangat penulis artikel ni tak tau nak bezakan antara sukan tinju dan gusti, or worst, he/she may not even a Dwayne "The Rock" Johnson's fans!

Dan tak mustahil artikel ni dicilok dari mana-mana artikel majalah atau website lain kemudiannya diterjemahkan langsung ke dalam Bahasa Melayu.

Aku agak kesal dengan artikel-artikel yang terdapat dalam kebanyakkan majalah-majalah tempatan, sebab ada sesetengahnya ditulis tanpa membuat sebarang homework terlebih dahulu, contoh paling ketara isu Black Metal suatu ketika dahulu. Tak kurang jugak yang salah dari segi ejaan, sepatutnya ketua editor sesebuah majalah merupakan seorang yang pakar dalam tatabahasa dan peka dengan kesalahan ejaan.

Tapi kalau penulis blog, takpa la kalau salah ejaan atau tatabahasa sebab kami penulis amatur dan menulis atas dasar luahan rasa mengikut kata hati sendiri - Aik? Macam pernah dengar ayat ni.

_____

Sekarang Dwayne Johnson lebih selesa menjadi seorang pelakon Hollywood, filem-filem seperti The Scorpion King, Walking Tall, The Rundown, Be Cool dan Doom (to name a few) yang memang menghiburkan. Dan aku berharap suatu hari nanti beliau akan kembali ke gelanggang WWE, maybe not as a wrestler, but as a guess host or something cameo. And hope someday he will be inducted in WWE Hall Of Fame like his father.

_____
Ada apa: Ada jugak mereka-mereka di luar sana masih sebut WWF sedangkan kompeni tersebut dah bertukar menjadi WWE hampir lapan tahun.

Ada Apa Dengan Piala Dunia?


Yup, musim demam Piala Dunia (World Cup) datang lagi, demam yang hanya akan datang empat tahun sekali. Seriously, walaupun aku bukanlah seorang kaki bangku (hey, aku pandai main bola tau), tapi aku jugak bukanlah kaki bola.

Apa-apa liga bolasepak kat dunia ni memang aku tak follow baik Premier League, La Liga, Serie A, Bundesliga mahupun bolasepak tempatan. Aku sebenarnya bukanlah layan sangat perlawanan bolasepak kat TV, tapi kalau dah tertengok biasanya aku akan tengok sampai habis.

Agaknya sebab tu kot aku kalau tiap-tiap petang main futsal kat gelanggang Jabatan, aku main tadak taktik (skill ada) main straight-forward hentam keromo, tak macam orang-orang yang kaki bola. (Imej Piala Dunia link dari Wikipedia).

_____

Jadi bila musim Piala Dunia ni memang aku akan teringat memori-memori di sebalik Piala Dunia yang lepas.

1994 USA - Lain-lain rasanya tadak memori, kecuali perlawanan terakhir Brazil lawan Itali. Kebetulan paginya aku demam dan tak datang sekolah (aku tingkatan tiga), member-member semua ingat aku ponteng sebab nak tengok Piala Dunia. Dan disebabkan timezone USA beza 12 jam, jadi kat TV live awal pagi dalam pukul 6.00 kalau tak silap. Piala Dunia kali ni Roberto Baggio memang hype, sehinggakan menjadi punca kekalahan Itali disebabkan sepakan penaltinya terbang ke angkasa.

1998 France - Aku rasa Piala Dunia kali ni meninggalkan memori paling best bagi aku, sebab waktu ni aku second year kat USM dan tinggal kat rumah sewa (apartment) bersama-sama sembilan orang yang lain (member sekepala). Bila ada perlawanan tengah malam pastinya kitorang akan tengok ramai-ramai dan bila saja gol dijaringkan pastinya riuh-rendah berteriak "GOL!" bukan setakat rumah kitorang, tingkat bawah, tingkat atas dan blok sebelah turut teriak sekali... Nun sayup-sayup kedengaran jeritan yang sama dari student yang tinggal kat asrama USM di seberang jalan.

2002 Japan/Korea - Piala Dunia kali ni tak banyak dan mungkin tadak memori sebab timezone Jepun/Korea beza dua jam dengan Malaysia, jadi semua perlawanan live kat TV disiarkan waktu aku sedang bekerja (kerja shift petang sampai malam). Jadi tadak masa nak tengok. Skip...

2006 Germany - Bulan April aku mula ditempatkan di Bintulu bekerja di Jabatan Kimia, dan bulan Jun aku mula menyewa rumah dan tinggal seorang (sebelum tu menumpang kat rumah officemate), kebetulan jugak aku baru sambung Astro kat rumah, pengalaman pertama layan dua perlawanan live sekaligus split-screen Stadium Astro (waktu tu Astro sports package masih lagi murah tak macam sekarang). Tiap-tiap malam layan Piala Dunia sorang-sorang (belum ada housemate lagi) "berkampung" bentang tilam depan TV kadang-kadang tertidur sampai pagi. Dan insiden Zidane waktu perlawanan akhir Itali lawan Perancis memang tak dapat dilupakan. (Imej Zidane link dari Wikipedia).

2010 South Africa - Ntahlah, kali ni belum ada satu perlawanan pun aku tengok, kecuali semalam sebelum pi tengok A-Team sempat jenguk perlawanan antara Korea lawan Greece. Malam tadi housemate dah "berkampung" depan TV sampai pagi... Malam ni kalau ada kelapangan nak jugak join tengok. Hmmm... Ni rasa nak pi kedai beli kacang dan Cola Bundaberg.

Mesti ada yang tanya, Piala Dunia kali ni aku sokong pasukan negara mana? Aku tak sokong mana-mana pasukan secara spesifik, tapi mungkin setiap perlawanan aku akan sokong pasukan underdog...

_____
Ada apa: Bola itu bulat, salah... Bola itu sfera!

United Nations? United Abominations!


Sedikit mengenai isu semasa (bukan Piala Dunia). Dunia masih lagi tertunggu-tunggu dengan tindakan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB (United Nations, UN) terhadap tindakan keji rejim Israel baru-baru ini... If you have no idea what am I talking about, then what's the point of having an Internet connected to your computer? Pi lawat laman Aljazeera English. (CNN, NBC, BBC, AP, Reuters memang tak boleh pakai...)

Ini mengingatkan aku album Megadeth United Abominations (Wikipedia). "There is no UN..." antara sebaris lirik dalam lagu United Abominations. Yup, aku rasa macam tu lah...

Imej link dari Wikipedia.

Speaking of United Abominations, reminds me about Dean VMNTx United Abominations... Hohoho, dah termimpi-mimpi dah benda ni... Hari tu dah pegang-pegang gitar ni waktu urusniaga Dinoscars dengan tauke DEG.

Imej link dari web rakuten.co.jp.

Before the year's end, I might acquire this awesome axe, hopefully before Aidilfitri. But that was another story...

_____
Ada apa: Haiya tauke DEG, tolong!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger