Ada Apa Dengan Action Figure?


Mungkin ada di antara kita yang mempunyai hobi mengumpul action figure (patung aksi?). Aku? Meskipun aku seorang collector, tapi action figure bukanlah priority, walaupun impianku dari kecil untuk memiliki action figure mecha VF-1 Valkyrie atau AFC-01 Legioss masih belum kesampaian. But that was another story...

Sabtu lepas (27/11/2010), waktu berada di Comic Ace, Wisma Sanyan, Sibu (tempat aku beli Sandai Kitetsu dan Yubashiri), di premis ni juga ada banyak dijual action figure beberapa manga/anime yang popular. Tapi yang menarik perhatianku ialah almari showcase action figure pastinya dari siri One Piece! Sempat snap dua gambar sahaja, Ni pun curi-curi snap, sebab kebiasaannya premis-premis macam ni tak bagi kita snap gambar.

Versi besar (aku lupa skala) tapi dalam 6-8 inci tinggi.
Btw, Bartholomew Kuma di belakang mencecah 10 inci tinggi!

Versi kecik sikit, ada sale 20% off.

Action figure di sini agak murah berbanding action figure yang dijual di Amcorp Mall. Kebanyakkannya dijual dalam set (2-8 action figures per set) dengan harga yang agak berpatutan (untuk harga action figure la). Adakah ia official merchandise? Itu aku tak pasti, tapi dari pemerhatianku action figure yang dipamerkan memang detail. Bila *ehem-ehem* aku tengok aku dah macam "budak-budak kecik rambang mata" depan premis ni, dia kata nanti dia nak belikan untuk b'day aku yang akan datang...

"Lagi bagus belikan action figure daripada belikan gitar... Jimat kos~" - Aduih, macam kena sindir je ni...

_____
Ada apa: Tadak action figure hentai >:)

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 6)


Lagi entri pasal keychain dan One Piece. Kalau entri minggu lepas cerita pasal keychain katana Roronoa Zoro yang bernama Wadō Ichimonji, kali ni dua lagi katana Zoro iaitu Sandai Kitetsu dan Yubashiri.

Kedua-dua keychain ni aku beli semalam di premis Comic Ace, Wisma Sanyan, Sibu (tempat yang sama aku beli Wadō Ichimonji dulu) dengan harga RM12.88 per keychain. Macam mana nak bezakan antara kedua-dua katana ni?

Sandai Kitetsu, dengan tsuba bulat yang lebih decorated berbanding tsuba Wadō Ichimonji. Antara kesemua katana yang ada dalam siri One Piece, aku paling suka design tsuba Sandai Kitetsu ni.

Sandai Kitetsu, imej link dari One Piece Wikia.

Tsuba Yubashiri yang berbentuk palang (cross).

Yubashiri, imej link dari One Piece Wikia.

Dengan adanya Sandai Kitetsu dan Yubashiri, ketiga-tiga keychain katana Zoro termasuk Wadō Ichimonji kini telah aku miliki. Tapi dalam siri One Piece, Yubashiri telah mengalami kerosakan teruk dalam episod Enies Lobby, ia "dikuburkan" dalam episod Thriller Bark. Dan kemudiannya digantikan dengan Shuusui selepas menewaskan Samurai Ryuuma (pemilik asal Shuusui).

Err... Apa kejadahnya aku merapu pasal episod-episod One Piece pula ni?

Imej Zoro di sebelah kiri link dari One Piece Wikia.

Next target - Kokutou Yoru.

_____
Ada apa: Aku sememangnya meminati pedang terutamanya kelas katana, sabre dan scimitar.

Scream For Me, Singapore? (Part 6)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #26]

Pagi tadi aku menerima sampul pos ekspres dari Kajang, yup dari Takilala yang kini sedang "bercuti sekolah" di kampung mertua.

Disebabkan tajuk entri ni memang ada kaitan dengan Iron Maiden, pastinya sampul ni berisi tiket konsert Iron Maiden Singapore, tak payah nak agak-agak lagi.

Kenapa sampul ni besar? Sebab di dalamnya mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mewakilkan orang lain menuntut tiket bagi pihak aku. Dalam emel Sistic bukan main lagi suruh bawa itu ini kalau wakilkan orang lain, in the end satu apa pun tak guna selain transaction code.

Jadi, satu lagi misi berjaya diselesaikan. Maka misi-misi utama untuk tahun 2010 berjaya diselesaikan lebih awal daripada jangkaan.

  • Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!
  • Misi 2 - Upgrade passport. Mission accomplished!
  • Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!
  • Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd. Mission accomplished!

Beberapa misi tambahan bakal ditambah untuk 2011. Oke, let's get straight to the point. Here it is...

Tiket paling cikai je.

Btw, kalau tak silap Takilala ambil tiket kat Compas Coaches, Berjaya Times Square sampai 13 tiket sekaligus! Mostly tiket-tiket Pen A dari geng-geng Manggas dan rakan-rakan Metal dari Sabah, yang kini sedang sibuk merancang tentatif perjalanan untuk "hari Valentine 2011" kelak.

[Edited @ 10.30 pm] Imej link dari Facebook Takilala.

Info tambahan, ni antara link geng-geng bloggers yang dah buat entri riak tiket Maidenwi:

KORawk, sila tuntut tiket anda bila berada di area Bintulu town.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Takpe, cikai pun cikailah... Itu saja yang aku mampu.

Ada Apa Dengan The 2010 Great Music Sale?


It's that time of the year once again. It's time for CK Music Year End Sale (YES). Tahun ni lain sikit namanya "The 2010 Great Music Sale".

Patutlah dari pagi semalam aku tak dapat akses website CK Music, rupa-rupanya diorang tengah buat maintenance persediaan untuk YES.

Imej link dari website CK Music.

YES tahun lepas aku sempat rembat Zoom B2, Korg GA-1 dan Vox Satchurator. Tahun ni pada mulanya memang banyak stuff aku target (some Vox stuff maybe). Tapi disebabkan demam Iron Maiden Singapore, dana-dana yang pada mulanya diperuntukan untuk YES (lama kumpul ni wei) telah dibeloti untuk membeli tiket Sistic dan tiket Air Asia. Up the Irons! \m/

One of the participating outlet mentioned in the catalog was Zoso Music Bintulu. Tapi adakah harga yang ditawarkan di Zoso Music sama dengan CK Music? Aku berani cakap - HELL NO! Nanti kalau ada masa aku nak pi tengok showcase room baru Zoso Music yang kini telah berpindah dari Parkcity ke Medan Raya.

[Edited @ 9.25 pm] Info terkini daripada Jairo menyatakan bahawa participating outlets di Sabah (Hollywood Music House) menjual **** ** dengan harga yang sama seperti dalam katalog CK Music. Damn~ Esok nak kena singgah Zoso Music Bintulu juga ni.

[Edited @ 30/11/2010 10.45 pm] Petang tadi sempat singgah Zoso Music Bintulu. Walaupun showroom baru nampak lebih luas dan, tapi tadak apa-apa promosi walaupun rata-rata tertulis Zoso Music Bintulu pada katalog CK Music YES. Dan yang paling menyedihkan, kedai baru ni tadak studio jamming macam kedai lama.

Btw, you can download the 2010 YES catalog here.

_____
Ada apa: Tengah mengira duit syiling dalam tabung yang baru dipecahkan...

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 5)


Lagi sekali entri pasal keychain dan One Piece. Aku lupa bila aku beli keychain ni, tapi yang pastinya aku beli di premis Speedy Video, mungkin Speedy Video Miri waktu aku beli My Winter Storm kot?

Kali ni keychain merangkap pemotong kuku berbentuk log pose (not to be confused with eternal pose). Daripada imej Zoro yang sedang memegang Shuusui, pastinya keychain ni merupakan produk baru di pasaran (circa 2008). Harganya RM7.90 murah sikit dari keychain Kabuto Sogeking.

_____
Ada apa: Baru lepas baca episod terkini (605) manga One Piece at Manga2u.

Ada Apa Dengan Orange? (Part 2)


Sambungan entri yang lepas...

Tauke DEG pun dah mula gabra sebab dia kata dia tak sempat nak test sebelum pos, lepas dapat dari distributor kat Jalan Imbi terus dia pos ke Bintulu keesokkan harinya. Mau tak gabra, benda ni bukannya kecik, postage cost pun dah RM80+ kalau hantar balik (warranty claim) mau melayang RM160+ (akan aku cas atas akaun tauke DEG hahaha!). Tu belum lagi termasuk prosedur untuk warranty claim yang entah akan memakan masa beberapa hari atau minggu.

Oren oh oren!

Ni dah masuk kali ketiga aku bernasib malang dengan barang-barang DEG yang dihantar kepada aku melalui pos. Dua kes terdahulu ialah kes Black Ice dan Kelly Kelly. Tapi kira tauke DEG bernasib baik sebab kes macam ni kena kat regular customer macam aku yang senang nak kautim, kalau kena kat orang lain especially first time buyer apa cerita? Confirmed his reputation will drop dead! Cuma memang aku mengaku perasaan frust tu tetap ada, sapa tak frust beb? Order barang dah lama, bila dah sampai tapi barang tak boleh guna...

Disebabkan back panel amp ni tadak warranty seal atau amaran yang menyatakan "warranty void if seal is broken". Jadi aku mengambil keputusan untuk "membedah"nya, tapi back panel amp ni macam pernah dibuka sebelum ni, sebab ada beberapa skru yang longgar.

Nevermind, mari kita dissect satu persatu isi perut amp ni dan membuat post-mortem apa punca "kematian"nya.

Simple je amplification circuitry amp ni,
aku ingatkan kompleks macam CPU komputer.

Inilah perut dan usus amp oren ni.

There's your problem!

Sambungan wayar "hidup" pada suis utama tercabut, ya TERCABUT! Macam mana perkara ni boleh berlaku? Aku ada dua teori, (1) amp ni jatuh dengan kuat waktu dalam pengeposan, tapi tadak pula kesan-kesan jatuh, (2) distributor sengaja nak kenakan tauke DEG (supaya reputasi DEG jatuh), lagipun kat back panel amp ni macam pernah dibuka seperti yang aku cerita tadi. Tapi itu semua teori aku saja, betul tak betul wallahu'alam.

Ah kalau masalah ni, senang saja... Macam kemahiran hidup tingkatan satu. Solder balik sambungan... Voilà! Tak sampai lima minit dah siap. Selamat daripada membuang masa dan duit hantar balik untuk warranty claim. Wa punya hati pun manyak sinang~

Hah! Apa lagi? Bergegarlah bilik aku dibuatnya, test power dengan segala bass rig yang aku ada - Black Ice, B2, BOD100, BDI21 dan BLE100. Well, but that was another story...

_____
Ada apa: Review menyusul kemudian (kalau ada masa).

Ada Apa Dengan Orange?


Selasa 23/11/2010 - Okela tak banyak cerita, entri ni bukan cerita pasal buah oren, tapi pasal Orange amp yang aku order dari Dead Eye Guitars (DEG) minggu lepas sudah sampai pagi tadi. Aku ingatkan sampai petang semalam (Isnin).

Waktu posmen hantar bungkusan besar seberat 16 kg+ ni kat opis (aku memang guna alamat opis, kat rumah tadak orang) pagi tadi, semua staff yang nampak macam dah tau "ni mesti barang-barang gitar si Ijau", diorang dah tak hairan macam dulu-dulu.

Kelemahan menghantar barang menggunakan parcel post ni bila sampai mesti kotaknya dah renyuk-renyuk, macam kes AX3000G dulu. Kalau barang yang mudah pecah dan amat berharga (bukan dari segi nilai wang, tapi dari segi nilai estatika atau sentimental value) ada baiknya elakkan daripada menghantar menggunakan khidmat parcel post, walaupun dah lekat sticker "fragile, handle with care". Sila gunakan courier service... You may have pay more, but in the end you doesn't have to bang your head towards the wall in frustrations.

But in my case, this amp was woody, sturdy and rugged, no big deal whatsoever to use parcel post service. Dengan parcel post, amp seberat 16 kg+ ni pun dah kena charge RM80+ apa lagi kalau hantar guna poslaju atau courier service? So this is the economical yet acceptable option. Kalau nak lagi murah guna sea mail, tapi akan sampai dalam masa sebulan. Sanggup tunggu?

Orange emblem yang agak old school.

Dah lama aku GAS sebuah bass amp... Lebih-lebih lagi Orange Crush Pix 50BXT ni. Nah! Sekarang sudah ada depan mata. Menyesal aku tak bawa Black Ice pagi tadi. Mula-mula memang aku nak bawa, tapi memandangkan terlalu banyak barang nak di bawa turun (rumah aku tingkat tiga), jadi last minute tinggalkan saja di rumah.

Waktu lunch hour semua orang tadak kat opis, aku saja-saja nak cuba test power amp ni dengan mikrofon (yang aku cilok sekejap dari bilik mesyuarat). Bila aku hidupkan power switch... Eh? Power LED tak menyala. Aku tukar kabel lain guna kabel PC (sama saiz)... Tapi tak menyala juga!

ALAMAK!~

Maka bemulalah sessi marathon SMS dengan tauke DEG dari tengahari sampai ke petang.

To be continued...

_____
Ada apa: Moody sampai petang...

Sepetang Di Kaki Bukit UFO


Isnin 22/11/2010 - Hari ni masuk hari ketiga aku merajinkan diri beriadah dengan berjalan (bukan jogging) menuju puncak Bukit UFO (Hah? UFO?) yang jauhnya lebih kurang 1 km dari kaki bukit. Aku tak tau nama bukit ni, tapi memandangkan di puncaknya ada UFO, jadi aku menggelarnya Bukit UFO.

Sepatutnya petang ni nak main bola tampar lepas kerja seperti minggu-minggu lepas. Tapi disebabkan kekurangan pemain, maka ia ditunda esok. Sebab tu aku melarikan diri pi Bukit UFO ni.

Selain berjalan dan berjogging, ada juga pengunjung yang gemar berbasikal menaiki bukit ni. Hari biasa tak ramai, tapi kalau hujung minggu memang terasa meriah sebab ramai pengujung yang beriadah dari pelbagai kaum dan peringkat umur sama ada lone ranger, bersama orang tersayang atau sekeluarga sekaligus. Tapi dari pemerhatianku majoritinya adalah kaum Cina dan foreigners. Adakah "orang kita" malas beriadah?

Dan aku rasa kalau ada yang kaki drift (dan dibenarkan main drift), jalan ni memang sesuai untuk main drift sebab ia berselekoh seperti Bukit Akina dalam siri Initial-D, cuma jaraknya saja yang tak best. Tapi jangan haraplah dapat main drift di sini!

Inilah dia UFO yang aku maksudkan, bangunan Wisma BDA yang berbentuk kon (satu daripada ikon Bandar Bintulu) terletak betul-betul di puncak bukit. Beralamat No. 1 Jalan Tanjung Kidurong. Bangunan yang menempatkan pejabat utama BDA (Bintulu Development Authority - Lembaga Kemajuan Bintulu) dan beberapa pejabat Kerajaan Negeri dan Persekutuan antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Akauntan dan Lembaga Sumber Asli Dan Persekitaran Sarawak (NREB).

Wisma BDA ni mempunyai dua pintu masuk, satu dari Jalan Tanjung Kidurong (highway), satu lagi dari Jalan Tanjung Batu (pantai). Jalan dari Tanjung Batu merupakan tumpuan penduduk Bintulu yang tidak gemarkan *jungle trekking di Taman Tumbina (tidak jauh dari sini) untuk beriadah bersama keluarga seperti berjogging, berjalan atau berbasikal menaiki bukit di sebelah petang.

Percubaan untuk mengambil gambar matahari terbenam dalam perjalanan menuruni bukit menggunakan cameraphone Sony Ericsson K618i.

Kepada yang malas beriadah, aku rasa dengan berjalan (tak payah jogging) dua trip menaiki dan menuruni Bukit UFO ni sekurang-kurangnya dua kali seminggu sudah memadai untuk riadah mingguan anda, cukup 10000 langkah seperti yang disarankan dalam kempen berjalan untuk kesihatan.

Sebenarnya aku menyahut cabaran *ehem-ehem* untuk menurunkan berat badan aku yang hampir memasuki fasa obese sebelum projek mega tahun depan (bukan Iron Maiden Singapore).

Kalau dulu aku rajin main futsal lepas kerja di gelanggang futsal Jabatan, tapi sekarang dah kekurangan pemain (ada beberapa pemain utama dah berpindah), jadi futsal semakin dilupai dan digantikan dengan bola tampar, sekurang-kurangnya staff wanita pun dapat join sekali. Tapi penat futsal dengan penat bola tampar memang jauh berbeza...

*Nanti ada masa aku buat entri pasal jungle trekking di Taman Tumbina.

_____
Ada apa: Lepas ni nak buat graf berat badan... Tetapkan target.

Guitar Talk: Vox VT40+ Modelling Guitar Amp


Vox Valvetronix series amplifier memang terkenal dengan hype modelling amp berbanding siri-siri amplifier Vox yang lain (Modern Classic series, AC Custom series, VR Valve Reactor series, dll). Terbaru dari Vox ialah Valvetronix+ series.

Valvetronix+ series lebih kurang sama macam Valvetronix series tapi dengan beberapa penambahbaikan. Aku tak nak cerita banyak pasal Valvetronix+ series ni, info lebih lanjut boleh baca pada laman web Vox UK.

Kat sini aku cuma nak cerita pasal specific model iaitu VT40+

Vox VT40+ modelling guitar amp.
(Imej link dari website DV247.com).

Ni ada teaser video Youtube dari City Music Singapore (adik-beradik CK Music Malaysia).

Spesifikasi dan maklumat lebih lanjut boleh check-out sama ada kat website Vox UK atau CK Music. Antara kriteria VT40+ yang membuatkan aku tiba-tiba terasa GAS ialah:

  • It's a Vox!
  • Uses a 12AX7 vacuum tube - true tube tone.
  • 60 watts maximum power output at 8 ohm 10" speaker. Yes, it's 60 watts not 40.
  • Hybrid digital modeling - almost as good as multi-effects pedal.
  • RM75x at CK Music - teramat berbaloi dengan spesifikasi yang ada.
  • It's almost CK Music Year End Sale (YES) - so the sales price estimated around RM66x!

Dari pertengahan tahun aku menunggu CK Music YES ni. YES tahun lepas aku sempat sambar Zoom B2, Korg GA-1 dan Vox Satchurator. YES tahun ni memang dah kumpul dana-dana nak sambar guitar amp atau multi-effects pedal, tapi lebih daripada separuh dana-dana dah dirampas oleh Iron Maiden Singapore... Haiya~ Tak apa, priority lebih kepada Maiden! \m/

_____
Ada apa: Mula-mula GAS ToneLab ST.

Guitar Talk: Remembering My Ex-Pedals


Beberapa hari yang lepas merapu pasal ex-axes, kali ni merapu pasal ex-pedals pula. Dalam keghairahan, kerakusan dan ketamakan aku serta GAS untuk memiliki effects pedal tertentu, kebiasaannya aku akan let-go pedals yang jarang digunakan atau tak diperlukan lagi untuk mendapatkan dana-dana tambahan. Here's my ex-pedals in order of let-go'ness...

Zoom B1X bass multi-effects pedal - Effects pedal pertama yang aku miliki (in general) waktu mula-mula berkecimpung dalam dunia kegitaran (bass) dahulu. Mula-mula aku tak reti nak edit patches sendiri, jadi kebiasaannya waktu praktis atau jamming aku akan guna stock patches. Let-go sebab nak upgrade kepada Zoom B2.

Zoom G1X multi-effects pedal - Effects pedal (gitar) pertama aku miliki. Kalau ikutkan keperluan dan level aku, dengan pedal ni boleh dikirakan sudah memadai. Tapi sifat tamak haloba aku untuk memiliki effects pedal yang lebih advance membuatkan aku let-go pedal ni. Antara pedal yang aku rasa menyesal let-go. Nevermind, next time maybe I'll go for G1XN.

Vox Sarchurator Joe Satriani Signature distortion pedal - Aku beli disebabkan harga waktu CK Music Year End Sale tahun lepas yang amat mengiurkan dan tak lupa hype Satch. Great pedal especially with the existence of MORE switch for instant boost of volume and gain. In the end, terpaksa let-go bagi mendapatkan dana-dana tambahan untuk projek bass amp (yang kemudiannya dibelot oleh Dinoscars).

Zoom G1M Michael Amott Signature multi-effects pedal - Mempunyai patches yang terlalu keras dan tidak versatile untuk muzik-muzik lain selain Metal (it's Michael Amott signature in the first place), great for drop-tuned sound. So, have to let it go and find a more suitable and versatile pedals.

Zoom G1N multi-effects pedal - Seperti yang aku cerita dalam entrinya, pedal ni bukan aku punya. Aku cuma membelikannya untuk seorang kawan di Bintulu ni, tapi sempat juga guna dalam beberapa minggu, not bad... But the lack of expression pedal made this pedal's performance somewhat limited.

Moen MO-VM Violent Metal distortion pedal - Yang ni aku tak let-go, tapi atas masalah-masalah teknikal, ia perlu dipulangkan semula kepada pembekal, dan kemudiannya digantikan (upgrade) dengan Boss DS-1 distortion pedal.

Korg ToneWorks AX3000G multi-effects pedal - Nicknamed Behemoth, antara multi-effects pedal yang lama aku guna, rasa-rasanya mencecah setahun atau lebih. The only bad things about this pedal was it's Behemoth size (pun intended here) and the lacks of USB interface for direct PC recording (eleh, macamlah aku nak buat recording). Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk membiayai Replacement.

Let-go itu, let-go ini... Jadi sekarang apa cerita?

Untuk bass, aku masih memiliki Zoom B2 dan tiga pedal Behringer iaitu BOD100, BDI21 dan BLE100. Dan yang menyedihkan, buat masa ni untuk gitar aku cuma memiliki Boss DS-1 sahaja dan yang lainnya hanya bergantung efek-efek pada Micro-Cube.

Tak lama lagi CK Music bakal mengadakan acara tahunan iaitu CK Music Year End Sale yang berlangsung sepanjang bulan Disember, jadi manalah tau GAS datang lagi... But that was another story, right tauke DEG?

_____
Ada apa: Stompboxes camp or multi-effects camp?

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 4)


Satu lagi tambahan pada koleksi keychain One Piece aku. Sememangnya aku suka stuff One Piece ni, pantang tengok stuff kecil-kecilan One Piece (terutamanya keychain) mesti rasa nak beli.

Keychain ni aku beli beberapa minggu lepas di premis Comic Ace, Wisma Sanyan, Sibu dengan harga RM12.88 per set atau harga promosi "buy 2 free 1" RM24.00 untuk tiga set. Selain keychain One Piece, terdapat juga keychain Naruto, Bleach dan beberapa lagi manga/anime yang lain.

Kalau dalam entri Metallica S&M dulu aku beli lastik Sogeking - Kabuto, kali ni pula merupakan satu daripada tiga katana Roronoa Zoro (atau Zoro sahaja), iaitu Wadō Ichimonji.

Pada peminat tegar One Piece amnya dan Roronoa Zoro khasnya, pasti dapat membezakan antara Wadō Ichimonji, Sandai Kitetsu, Yubashiri dan Shuushui berdasarkan design tsuba pada katana.

Imej link dari One Piece Wikia.

Disebabkan waktu beli keychain ni dah bergegas nak balik Bintulu, jadi tak sempat nak mencari katana-katana Zoro yang lain. Kalau tak, memang aku nak cari ketiga-tiga Wadō Ichimonji, Sandai Kitetsu dan Yubashiri (menggunakan promosi buy 2 free 1 yang aku sebut tadi). Kalau bernasib baik terjumpa Shuushui lagi bagus, sebab Shuushui ni masih dikira katana baru Zoro dalam siri manga/anime One Piece.

More info at Wikipedia or One Piece Wikia.

_____
Ada apa: Kalau action-figure memang aku berpikir dua kali kalau nak beli...

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 3)


Lagi bab keychain (rantai kunci) berkaitan One Piece. Kali ni keychain One Piece murahan @ RM2.90 per chain, aku jumpa kat Syarikat Perniagaan Halim, Bintulu town (premis wholesale ala-ala kedai RM2.00 atau Super Save). Dah lama dah aku beli benda ni, mungkin sebelum bulan puasa lagi kot? Bila dah tadak idea nak buat entri, baru keluarkan...

Habis aku selongkar area keychain yang dah berhabuk kat premis tu semata-mata nak mencari keychain One Piece, borong sebanyak mungkin disebabkan murah. In the end, aku cuma jumpa keychain empat watak utama - Luffy, Zoro, Nami dan Usopp.

Selain keychain One Piece, terdapat juga keychain manga/anime lain, but that was another story...

_____
Ada apa: Aku silap post entri, sepatutnya entri ni (Part 3) dulu baru entri Wadō Ichimonji (Part 4), esok-esok aku rearrange balik. [Edited] Dah rearranged...

Double Trouble 2010 Live Concert In JB DVD


Minggu lepas aku dah tengok VCD dan DVD konsert Double Trouble ni dah mula dijual di kedai-kedai CD/DVD sekitar Bintulu. Syukur sebab ada juga diorang jual original material artis tempatan.

Bukan apa, aku sedih dengan kedai-kedai CD/DVD di sekitar Bintulu ni yang rata-ratanya lebih banyak menjual media cetak rompak berbanding original, kalau ada original pun kebanyakkannya VCD karaoke dan material artis Indonesia. Tapi aku rasa semuanya bergantung kepada pasaran dan permintaan kan?

Waktu survey minggu lepas, versi VCD (3-disc) dan DVD sama harga, kedai-kedai CD/DVD di City Point menjualnya dengan harga RM33.90 manakala di Parkcity Mall harganya RM35.90 and for sure I'll buy the DVD version in City Point.

Semalam (Raya Haji 17/11/2010) aku membelinya di kedai favourite aku Chin Chin Music (tempat aku beli DVD One Cold Winter's Night, That One Night, Blood In The Water) sebab di kedai ni aku boleh menawar harga berbanding kedai-kedai lain, in the end aku berjaya membelinya dengan harga RM32.00 (setelah diskaun RM1.90) kira okela untuk harga Bintulu kan?

Review panjang lebar pasal DVD ni boleh lawati entri blog Portdy. Aku tak nak review berjela-jela, kalau nak tau sila dapatkannya di kedai-kedai CD/DVD berhampiran anda dan pastikan anda membeli yang original. Tapi memang tak menyesal kalau korang membeli versi DVD (versi VCD aku tak tau), sebab sound memang mantap dan gambar pun clear (kecuali beberapa kamera zoom dari jarak jauh).

Pendapat peribadi, persembahan Wings lebih menonjol berbanding Search sebab showmanship Joe berbeza dengan showmanship Kid dan Din yang agak malu-malu kucing. Adakah aku bias Wings? Lagu favourite dalam konsert ni Sejati (of course), Ranggi Metropolis dan Medley Double Trouble.

Waktu Double Trouble, tiga gitaris (Joe, Kid dan Din) mungkin okela kot sebab boleh bahagi-bahagikan parts macam Iron Maiden. But two bassists and drummers in the same time? Tapi kira pandai juga diorang bahagi-bahagikan supaya bunyi bass dan drums tak bercelaru.

Btw, rasa-rasa aku nak order t-shirt rasmi DT yang diiklankan pada mukasurat terakhir inlay... Akhir kata, pada member-member peminat Wings/Search yang belum lagi memilikinya... Hah! Bila lagi bro?

_____
Ada apa: Err... Sapa perasan gitar Kramer putih Kid ada gambar Naruto?

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes


Sekarang dah pertengahan bulan November, tak lama lagi nak masuk dua tahun aku berkecimpung dalam dunia kegitaran sebagai hobi, yup I'm just a beginner with sub two years experience.

Selama setahun lebih ni aku pernah memiliki beberapa gitar yang sebahagiannya sudah berpindah milik (atau let-go) untuk mengejar model lain sama ada upgrade atau sekadar memuaskan nafsu *GAS aku yang membuak-buak (nafsu rakus bak kata Jairo). Jadi kali ni sebagai entri tadak idea, aku mengimbau kembali gitar-gitar yang pernah aku miliki, antaranya...

[Kiri] Pepatung XA Classic (Nandung) - My first guitar in general. Sebelum memiliki gitar elektrik, dengan gitar inilah terkial-kial aku belajar chords. Let-go kepada rakan sepejabat. The only thing I've regretted was to stick that Manowar sticker there hahaha... Setakat ni belum ada rasa GAS untuk memiliki gitar akustik/klasik yang lain.

[Tengah] Ibanez Gio GRG270 (Mephisto) - My first electric guitar. Belum pandai apa-apa dah beli gitar with floating bridge, akhirnya memang terkial-kial nak tune hahaha. Bila dah tau powerchords barulah rasa selesa dan confident untuk main gitar elektrik. Let-go kepada member sekampung merangkap gitaris kugiran Majestic East. Sebenarnya aku suka bentuk GRG/RG, sebab tu aku memilih RG350M (Replacement) untuk menggantikannya sebagai gitar utamaku.

[Kanan] Ibanez Gio GSR190J (Crows) - My first bass (my first axe in general), bought as a starter/jumpstart pack complete with 10W amp, gigbag, strap, tuner and pouch. Dengan bass inilah bermula segalanya, dari buta note sampai boleh jamming. Pernah digunakan oleh kugiran Manggas, Mi Scusi dan Celaru waktu Jairo's wedding opened-air gig. Let-go kepada bassist kugiran polis di Dalat, Mukah untuk upgrade kepada Black Ice, and never look back since then...

SX PEG2 Pirate Les Paul copy (Les Pirate) - Not your average Les Paul sound. Waktu beli dulu tak berapa serius, kira saja-saja beli sebab tension VMNTx yang diorder sejak Oktober 2009 tak sampai-sampai, lagipun harganya bawah RM600 sahaja. Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk Jackson JS32T Kelly (waktu tu tengah GAS extreme-shaped guitar).

Kadang-kadang rasa menyesal juga let-go sebab dah susah nak dapat gitar ni dengan harga bawah RM600 even for an SX brand. Sekarang gitar ni berada di Sibu, kalau tak silap dah berpindah tangan dua kali. Selalu sangat naik pentas Indie/Underground scene di Sibu.

Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly) - Well balanced guitar, my first extreme-shaped guitar, comes with cool deluxe gigbag too. Kalau bukan pasal tragedi Kelly Kelly memang aku tak let-go gitar ni. Sekarang ia berada di KK dan dimiliki oleh gitaris kugiran Pentuzera.

Kat website Jackson dah ada model JS3 series with floating bridge, kalau GAS Jackson datang melanda lagi maybe I'll go for another Kelly or Rhoads. But that was another story...

Ibanez Gio GAX010LTD "Law Of The Jurassic Period" 2010 limited edition (Dinoscars) - Hype 2010 limited edition, claw marks and in-fact it's green! Other than that, it's just a plain Gio GAX series. Gitar ni sebenarnya telah membeloti dana-dana untuk membeli bass amp yang sepatutnya aku beli pertengahan tahun ni.

Akhirnya setelah berpikir panjang dan atas sebab bass amp lebih diperlukan waktu jamming berbanding gitar, aku let-go kepada member atas member (geng KORawk). Dengan dana-dana yang ada, aku kembali melaburkannya kepada projek asal yang pernah dibeloti oleh gitar ni. Walaupun ia self-proclaim "Ijau D. Koceng IDK signature series", aku tak menyesal pun let-go gitar ni.

_____

Daripada keenam-enam gitar yang pernah aku miliki, cuma Les Pirate sahaja yang aku rasa agak menyesal sebab let-go... Walaupun ia cuma jenama SX (yang mungkin dilabel sebagai "cap ayam" oleh sesetengah orang) but for me SX brand was the best low budget guitar out there in terms of brand name, playability, quality and sound. Maybe someday I'll go for another SX Les Paul copy, maybe?

Sekarang aku cuma menghadkan semuanya kepada dua gitar dan satu bass sahaja. I'm not a guitar collector in the first place, but in future, who knows?... Hahaha!

*GAS - gear acquisition syndrome (Wiki).

_____
Ada apa: Sorry Bro Sub, sebab cilok idea untuk tajuk entri hehehe...

Ada Apa Dengan Fontana?


Entri pasal minuman, tapi kali ni pelik sikit. Petang tadi lepas balik kerja pi shopping groceries di New World Mart, aku terjumpa minuman jus buah-buahan jenama Fontana. Ada banyak perisa seperti anggur, oren, lemon, dll, tapi yang menarik perhatianku ialah mixed vegetables juice. Dengan harga RM2.99 per kotak 1 liter, in true spirit of trying any exotic juices and non alcoholic beverages, so I'll give it a shot...

"Vegetable juice made from concentrated tomato, carrots, celery, beetroot, parsley, onion, paprika, lettuce and spinach juice salt and spices..."

- Info dari kotak

Pergh!~ Aku yang tak suka makan sayur bila baca ramuannya pun dah rasa mual. Προϊον Κυπρου, err I mean it's product of Cyprus by New Sevegep Ltd. Kat kotak hampir 50% tulisan Greek, dan jangan tanya pasal logo halal mana-mana negara, memang tadak langsung hahaha!

Rasanya? Uweeek!~ Sekali teguk, macam meneguk sos tiram + Bovril + Maggi seasoning sauce! Yuck! Tak sanggup aku nak meneguk untuk kali kedua, tapi nak buang sayang pula. Mungkin nanti aku jadikan ia sebagai penambah perisa bila masak Maggi, hahaha...

[Entri Mini] Salam Aidiladha (Part 3)

Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog Ada Apa Dengan Ijau? tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader. Esok kita bermandi darah! (darah lembu)...

_____
Ada apa: Teringat entri Aidiladha tahun lepas...

Kamelot - Poetry For The Poisoned


Awal bulan Ogos dulu aku ada merapu pasal album studio terbaru Kamelot - Poetry For The Poisoned, yang bakal telah released 10/9/2010 yang lepas. Sebagai peminat Kamelot, pastinya aku tak nak ketinggalan untuk memilikinya seawal mungkin.

Bungkusan dari UK ni diterima Selasa minggu lepas (9/11/2010) ketika ramai di kalangan kita yang sedang sibuk menempah tiket Iron Maiden Singapore (tak habis-habis lagi cerita pasal Iron Maiden Singapore ni).

Kamelot memang terkenal dengan cover-art yang hodoh (kecuali The Black Halo). But don't let the ugly cover-art fools you, because their songs way much cooler than the cover.

eBay purchase info

  • Purchased from: fastdecision777
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: $6.99+5.50 (RM39.94) menang bid
  • Ordered: 21/10/2010
  • Received: 9/11/2010
  • Label: (P)(C) 2010 Edel Germany GmbH
  • Publisher: earMUSIC Edel Distribution
  • Made in: Germany

Walaupun berstatus used, tapi masih baru. Cuma jewel case saja yang dah retak-retak impak dari pengeposan. Tak apa, aku ada banyak stok jewel case. Aku suka order CD dari UK berbanding US atau negara-negara lain. Sebab bungkusan dari UK postage murah, cepat sampai dan biasanya tak banyak karenah birokrasi (pos, kastam dan KKDN).

Tracklist

  1. The Great Pandemonium
  2. If Tomorrow Came
  3. Dear Editor
  4. The Zodiac
  5. Hunter's Season
  6. House On A Hill
  7. Nercopolis
  8. My Train Of Thoughts
  9. Seal Of Woven Years
  10. Poetry For The Poisoned: Part I - Incubus
  11. Poetry For The Poisoned: Part II - So Long
  12. Poetry For The Poisoned: Part III - All Is Over
  13. Poetry For The Poisoned: Part IV - Dissection
  14. Once Upon A Time
  15. Where The Wild Wind Blows Roses Grow [bonus track]

Seperti album-album terdahulu, Kamelot menjemput beberapa artis ternama yang lain untuk berkolaborasi atau menyumbangkan suara dalam beberapa lagu, antaranya:

  • Bjorn "Speed" Strid - growler on The Great Pandemonium.
  • Simone Simons (awek Epica) - House, On A Hill, Poetry For The Poisoned Part II & III. Semenjak album The Black Halo, Simone dah macam menjadi sebahagian daripada Kamelot untuk berduet dengan Khan.
  • Jon Oliva - the mad voice on The Zodiac.
  • Gus G - guitar works on Hunter's Season.
  • Chanty Wunder - Where The Wild Wind Blows Roses Grow.

Tak lupa album kali ni juga Kamelot kembali bersama bassist asal mereka iaitu Sean Tibbetts (gila Warwick juga mamat ni) yang menggantikan long tenure great bassist Glenn Barry yang menarik diri atas masalah-masalah keluarga.

Kamelot memang sudah sinonim dengan penghasilan album-album konsep. Aku tak berapa pasti apa konsep untuk album kali sebab belum study lagi lirik-liriknya. Tapi yang pastinya album-album Kamelot tidak menghampakan peminat walaupun pada pendapat peribadi album ni belum dapat mengatasi ke"berhantu"an The Black Halo dan Epica, my all-time favourite Kamelot's albums.

Music wise pastinya trademark Kamelot, terutama guitar works Thomas Youngblood yang sememangnya best, ada beberapa solo yang menarik dan mainan gitar akustik/klasik yang memukau dalam lagu House On A Hill mengingatkan aku kepada lagu Don't You Cry dari album Karma. Tak lupa Sascha Paeth dan Miro yang aku tau berusaha di belakang tabir menghasilkan album-album bermutu Kamelot. Oh ya, vokal Roy Khan memang epic!

More info at Kamelot's official website atau Wikipedia.

_____
Ada apa: Bila Kamelot nak buat konsert kat Singapore? Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (65) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (1) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (247) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (22) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (60) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (31) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (63) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (13) emo (185) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (15) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar service (18) guitar talk (64) guitar/bass (624) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (55) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (5) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (5) jackson (31) jamming (122) jamtank (22) jim dunlop (50) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (280) konsert (83) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (11) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (39) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (325) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (72) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (271) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (49) pick (50) pickups (97) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (91) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (15) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (13) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (16) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (68) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (226) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger