The Loneliness Of The Long Distance Driver (Final Part?)


Untuk episod TLOTLDD 2009 boleh rujuk di sini (part 1, part 2, part 3, part 4, part 5).

Entri versi malas menaip ayat, kalau ayat/perenggan panjang pun mungkin aku tengah emosional (bukan trans-nasional)...

Bertolak dari Bintulu seawal 6.00 pagi. Perjalanan yang lancar dari Bintulu ke Miri, dengan pemanduan santai 80-90 km/j bertemankan lagu-lagu Blaze Bayley.

9.15 pagi - Sampai di area Permyjaya, Miri (dah dekat dengan sempadan Brunei), singgah McDonald's drive-thru, bukan order drive-thru tapi singgah eat-in...

Eat-in sebab nak online, nak tengok emel, Facebook, Blogger dan check entri ni (scheduled-entry). Menu masih lagi menu breakfast. Huha huha terlalai online dalam sejam dibuatnya...

10.23 pagi - Bila sampai imigresen Sungai Tujoh (Brunei side), my worst nightmare begin, jem... Sangkut dalam 15-20 minit. Awat imigresen belah Malaysia tadi tak jem?

12.37 tengahari - Hampir dua jam kemudian bila sampai imigresen Kuala Lurah (Brunei), jem lagi... Sangkut dalam 30 minit, puas aku karaoke lagu Blaze Bayley menahan geram.

Beginilah keadaan biasa dalam cockpit Imago aku (tanpa co-pilot), sebakul bekalan makanan dan minuman untuk 10-12 jam pemanduan (100 Plus, Red Bull, Milo/Nescafe tin, RO water, Chipsmore), bakul kecik berisi 10 CD metal (oops, kantoi burger McD). Kalau balik waktu bulan puasa (balik raya), lain pula ceritanya...

2.31 petang - Di penghujung area Limbang menuju feri Pandaruan, sempadan Limbang dan Temburong (Brunei), jem nanas satu jam lebih menunggu giliran naik feri.

Padahal menyeberangi Sungai Pandaruan menaiki feri ni bukannya jauh mana pun (kononnya 20 meter), tak sampai 10 minit. Nak harapkan jambatan? Baru sekarang kerajaan Malaysia dan Brunei terpikir nak buat jambatan...

"LIMBANG: Pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan yang memisahkan Limbang di Malaysia dan Temburung di Brunei bakal dibina tahun ini dengan kos RM25 juta..." - artikel Berita Harian Online.

Kalau tahun ni (2011) mula pembinaan, maknanya paling cepat dua tahun baru siap, macam jambatan Sungai Trusan di Lawas (alhamdulillah dah mula beroperasi waktu raya tahun lepas).

3.49 petang - Setengah jam kemudian di imigresen Labu (Brunei), aik? Jem nanas juga? Kurang-kurang sangkut lagi 15-20 minit.

Ini bukanlah jem paling teruk aku pernah alami, masih boleh dikira tahap "biasa". Paling teruk aku pernah sangkut dalam jem hampir 3 kilometer panjang (bersamaan hampir 3 jam) di imigresen Kuala Lurah penghujung 2006 dulu (esoknya nak Raya Haji).

Imigresen Malaysia tadak masalah sebab kompleks CIQ Sungai Tujoh (Miri), Tedungan (Limbang) dan Mengkalap (Lawas) semuanya jenis moden, mempunyai banyak lorong yang akan beroperasi semaksimum bila musim-musim tertentu, hari-hari biasa mungkin cuma 2-3 lorong saja yang beroperasi.

Cuma aku tak berapa puas hati dengan imigresen Pandaruan (Limbang) dan imigresen Merapok (sempadan Sabah/Sarawak) yang suka buka kaunter di sebelah kiri pemandu, agak menyusahkan bagi yang memandu solo (macam aku), apa dia ingat ni Amerika kah?

Gambar hiasan - Bank Rakyat Pekan Beaufort. Banyaknya sampah slip!

Secara rasmi aku tiba di Pekan Beaufort dalam pukul 6.00 petang. Selalunya kalau imigresen dan feri lancar, aku akan tiba dalam pukul 4.00-5.00 petang. Dah tadak mood nak ronda-ronda Pekan Beaufort, lepas singgah di Bank Rakyat (duit dah habis ooo) aku terus balik Membakut dan seterusnya Kampung Pimping... TAMMAT (tiru ayat blog Geng Kereta Sapu)

[Entri Mini] Selamat Hari Gawai Dayak

Selamat menyambut Hari Gawai Dayak kepada rakan-rakan Iban, Bidayuh, Orang Ulu Sarawakian dan pembaca/pengikut blog AADI (terutamanya Garyjazz) yang menyambutnya esok dan lusa (1-2/6/2011) dengan ucapan Gayu Guru Gerai Nyamai. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni (one of my favourite Iban song)...

Anang palau tiga ari tiga malam ngirup tuak...

_____
Ada apa: Garu-garu rasa nyamai...

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 5)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan balik ke Membakut, seperti biasa pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) seorang diri. Mungkin ini kali terakhir aku memandu trans-Borneo seorang diri, lepas ni akan ada co-pilot.

Korg Pandora Mini, sesuai untuk travelling guitarist/bassist.

Seperti biasa aku sediakan 10 CD Metal sebagai bekalan pemanduan, anti-stress dan anti-mengantuk. Senarai untuk pemanduan kali ni - Silicon Messiah, Blood & Believe, The Man Who Would Not Die, Promise And Terror, Aeronautics, Time To Be King, Death On The Road, Flight 666, The Final Frontier dan Scream.

Gambar hiasan - McDonald's drive-thru Permyjaya, Miri.

Balik bercuti rehat di kampung dalam 4-5 hari, akan kembali semula ke Bintulu dan seterusnya ke Mukah/Dalat pada hari Sabtu nanti (bersama rombongan) untuk pelaksanaan Projek Mega 2011 minggu depan.

[Entri Mini] Tadau Kaamatan

Selamat menyambut Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan kepada rakan-rakan Dusun, Kadazan, Murut, Rungus Sabahan dan pembaca/pengikut blog AADI yang menyambutnya hari ini dan esok, dengan ucapan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni...

_____
Ada apa: Oriaj, nanti belanja aku burger mega.

Membakut, Here I Come! (Part 9)


Secara rasminya hari ni aku dah mula bercuti panjang (cuti Projek Mega 2011) selama tiga minggu dan akan balik ke Membakut (trans-Borneo aka tour de Brunei) Isnin nanti. Dalam kesempatan yang ada aku pi kedai tayar untuk servis tayar (wheel rotation, balancing & alignment) Imago kesayanganku, yang kebiasaannya akan aku lakukan setahun sekali.

Mungkin disebabkan cuti sekolah dah bermula dan Gawai Dayak minggu depan, hampir semua kedai tayar yang aku survey di sekitar Bandar Bintulu mempunyai ramai pelanggan, termasuk Perodua Servis yang kekurangan kakitangan (sebab ramai mekanik dah bercuti Gawai). Masing-masing buat persediaan pemanduan nak balik beraya.

Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan servis tayar di Metro Tyre Service Centre (Parkcity) seperti tahun-tahun lepas. Proses servis (rotation, balancing & alignment) yang kebiasaannya akan siap dalam masa tak sampai sejam kali ni mengambil masa hampir dua jam! Aku siap tertidur di customer lounge menunggu giliran Imago aku untuk diservis.

Itu ini itu ini melayang juga RM6x dibuatnya, tapi takpa bab-bab keselamatan pemanduan ni tak payahlah nak berkira sangat.

_____
Ada apa: Apa khabarnya Cik Elle? Odometer dah cecah 10,000km ke?

Doom 3 = Doom Doom Doom!


Dah habis main game Crysis 2 (veteran mode) minggu lepas walaupun sakit hati sebab sistem selalu crashed. Semalam aku cuba install Doom 3, teringin nak main lagi sekali. Kali terakhir aku main game ni kalau tak silap penghujung 2004.

Imej Wikipedia.

Aku sebenarnya benci main Doom 3 ni sebab:

  • Area sempit dan gelap, hampir 70-80% area dalam game ni gelap, kenapa mesti gelap? Fear of the dark? Jeng jeng jeng jeng jeng... (intro lagu FOTD)
  • Senjata terlalu canggih, tapi tidak mempunyai attachable light source (diperbaiki dalam game Quake 4). Nak suluh area gelap? Terpaksa keluarkan lampu suluh secara manual (macam pak guard), very very lame... For so-called sophisticated Mars UAC base in 2145!
  • Hampir 40-50% masa main game ni dihabiskan untuk mendengar voice log atau membaca emel pada PDA.

I miss the old Doom, ah~ those DOS-based game era...

Aku ingat waktu aku main Doom 3 tahun 2004 dulu, PC aku masih menggunakan graphic card GeCube (ATi Radeon 9200 chipset). Terpaksa guna lowest quality setting baru dapat main dengan lancar. Sejurus sebelum game Half-Life 2 berada di pasaran, aku upgrade graphic card kepada Gigabyte GV-R955128D.

Imej link dari website Gigabyte.

Selama aku menggunakan graphic card ni (2004-2007) memang banyak game yang best-best aku dapat main dengan lancar (with medium quality) - Half-Life 2, The Bard's Tale, Prince Of Persia: Warrior Within, Prince Of Persia: The Two Thrones, The Chronicles Of Riddick: Escape From Butcher Bay, Call Of Duty 2, FEAR, Quake 4, Tomb Raider Legend, Neverwinter's Night 2, bla bla bla...

Boleh dikirakan "cheap optimum/mainstream graphic card" pada ketika itu. Cuma kelemahan graphic card ni ialah ia tidak mempunyai kipas pada heatsink, terpaksa modified/customised tambah kipas sendiri. But that was another story...

Ya ya... Graphic card versus PC games (conspiracy) again~

_____
Ada apa: Macam mana agaknya nanti game Doom 4?

Let-Go: Roland Cube-15


Dalam entri-entri lepas, aku ada cerita pasal mamat Ganu kenalan Facebook yang nak sangat Cube-15 aku ni. Dipendekkan cerita, beberapa hari lepas dia ada hubungi aku semula mengenai hasratnya suatu ketika dahulu (nak beli kiub ni daripada aku).

Daripada apa yang diceritakan, nampaknya dia ni jenis tak berapa bernasib baik dari segi dana-dana bulanan (jenis kumpul duit dulu, dah cukup baru beli). Takpalah, nampaknya dia lebih memerlukan kiub ni berbanding aku, the very least I can do as an enthusiast to another enthusiast.

Sempatlah masuk dalam "axology list" aku selama tiga bulan.

Lagipun aku jual dengan harga yang sama seperti aku beli dari Jo NoobAxe dulu, kira "win-win situation" untuk kedua-dua pihak - dia dapat amp murah dan aku tak rugi apa-apa. Sekurang-kurangnya dapat juga dana tambahan nak beli gitar akustik 12-strings duit poket dekat-dekat nak jadi raja ni. Petang tadi dah selamat dipos ke Pahang (eh? Pahang? Bukan Ganu ke?).

Btw, aku dah ada dua buah amp gitar; VT40+ dan Micro-Cube, cukuplah tu kan?

_____
Ada apa: Baru balik lepas tengok cerita lanun-lanun Karibean...

PC Talk: PC Games Vs Graphic Cards


[Filler entry] Conspiracy between game developer (GD) and graphic card manufacturer (GCM)?

  • GD developed a new game (with new game engine) which demands cutting edge graphic technology from GCM.
  • GCM manufactured a new cutting edge technology in graphic cards (so called X chip), it needs to be tested out (to the limit), so they ask GD to develop a new game suitable for it.

Screenshot CryEngine 3 - dah tak nampak macam imej PC game
(imej link dari Wikipedia)

Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah gamers... Tiap kali ada PC game baru, soalan pertama yang akan ditanya "adakah PC aku mampu untuk memainkannya pada tahap optimum?" dan "Perlukah aku upgrade graphic card supaya dapat mencapai tahap klimaks semasa bermain?".

Aku? Aku masih lagi guna Gigabyte GV-N95TOC-512I (nVidia GeForce 9500 GT chipset) sejak pertengahan tahun 2008. Dulu aku upgrade semata-mata sebab nak main Fallout 3. Sebelum tu aku guna Inno3D nVidia GeForce 7100 GS.

Imej link dari website Gigabyte.

Kenapa kebanyakkan GD berlumba-lumba membuat game yang mempunyai grafik yang amat hebat, tapi terlupa faktor gameplay dan storyline. Apa guna grafik cantik mengalahkan filem animasi 3D Hollywood kalau jalan cerita agak hambar, linear and predictable.

Sebenarnya aku tak puas hati dengan game Crysis 2 (achieved with CryEngine 3), dalam seminggu aku main manjang je system crash! Setelah post-mortem dijalankan, didapati masalahnya berpunca dari graphic card yang tidak berapa serasi (compatible) dengan grafik 3D game terkini, bukan masalah game... See what I mean? Upgrade or not? Upgrade or not? Kalau aku upgrade, melepas lagilah dana-dana untuk Hartke VXL...

Semenjak aku berkecimpung dalam hobi baru (gitar/bass) dua tahun lepas, dah lama aku tak enjoy main PC games. Kali terakhir aku enjoy main PC games waktu main Tomb Raider Underworld awal 2009 dulu...

Lepas ni nak cuba Fallout: New Vegas pula, harap-harap sistem stabil, bukan begitu ke Encik KORawk?

_____
Ada apa: Hardcore gamer since 1997...

Sepetang Di Restoran Chop & Steak


Tertarik dengan entri blog langit pusing hitam, pasal sarapan di Kampung Baru... Akupun ada cerita pasal makan-makan di Kampung Baru.

Jumaat (29/4/2011) - Disebabkan Ketua Pengarah (KP) dah ajak Team KK dan Team Bintulu (dua team ni saja yang tinggal, team yang lain semua dah balik) untuk makan malam dalam pukul 7.00 malam, jadi terpaksalah kami bergegas balik dari Music Master Studio (kalau tak memang aku lepak lama-lama di Music Master).



Oke, dipendekkan cerita, KP ajak kami makan malam (belanja la tu) di Restoran Chop & Steak *Kampung Baru, yang agak terkenal dengan nama kiasan "restoran kapal".

Aku tak banyak info pasal restoran kapal ni, tapi aku rasa ia antara restoran bercirikan western food yang terkenal di area Kampung Baru mahupun KL. Ni ada dua blog yang sempat aku baca cerita pasal restoran kapal ni - My Mesra dan AizatShafiq.com.


Disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan (traffic jam, Team KK shopping tak ingat dunia di Jalan Masjid India) kami sampai di tempat kejadian dalam pukul 8.00 malam. Dah siap reserved tiga meja untuk 12 orang.

Dan sudah menjadi tradisi AADI cerita pasal makanan, aku tak lupa untuk snap gambar makanan (sesempat yang mungkin) sebelum ia dijamah. Kebetulan aku ada bawa Cyber-shot DSC-S930 dalam beg, kalau harapkan K618i memang underexpose macam gambar pertama di atas. Here goes...


Black pepper chicken.

Fish and chip.

Sirloin steak - yang ni aku yang order :)

T-bone steak.

Kalau diikutkan western food di sini biasa-biasa saja, cuma agak banyak variasi berbanding restoran western food yang pernah aku pi sebelum ni. Tapi bab dekorasi luaran dan dalaman bertemakan kapal laut, restoran ni memang gempak!

Cerita pasal western food ni aku teringat Naza Cafe di Medan Selera Seagate. Muspeed, wujud lagi ke Naza Cafe ni?



Kebetulan waktu tengah makan ada bebudak busking betul-betul depan meja tempat kami makan. Aku tak tau sama ada mereka saja-saja busking atau memang permanent performer di restoran ni. Roland Micro-Cube dikesan di situ...

*Ya, Kampung Baru... Memang banyak nostalgia area ni. Lebih-lebih lagi restoran ni tak berapa jauh dari simpang Jalan Raja Bot. Dulu-dulu selalu dating dengan budak Kampung Baru, jadi boleh kira selalu sangat lalu area ni.

_____
Ada apa: Aku teringin nak makan cheese nan + tandoori ayam...

Sepetang Di My Music


Petang tadi lepas habis main bola tampar, aku TERsinggah di premis My Music - kedai menjual alat muzik (kebanyakannya gitar akustik, ukulele, biola dan piano) dan juga kelas muzik.

Aku sebenarnya TERtarik dengan iklan "SALE" di depan pintu masuk. Antara barangan "SALE" ialah gitar-gitar akustik dari jenama Ashton, Yamaha, Samick, Takamine dan Ibanez (tadak satu pun yang cap ayam).

Harap maaf, tak dapat nak snap gambar dalam premis.

Aku tertarik dengan beberapa gitar akustik 12-strings (pengaruh intro lagu ni) yang ada. Antaranya Ashton D25/12 dan SL29/12CEQ. Tauke premis ni, Mr. Hii bermurah hati membenarkan aku mencuba kedua-dua gitar 12-strings ni. Sebelum ni memang aku tak pernah main gitar 12-strings, jadi inilah peluangnya.

Ashton D25/12 12-string acoustic guitar
selling at RM4xx (image linked from DV247.com)

Ashton SL29/12CEQ 12-string electro-acoustic guitar
selling at RM6xx (image linked from DV247.com)

Walaupun chords sama macam 6-strings, tapi memang terkial-kial jari dibuatnya, jari-jari dah biasa tekan fret gitar elektrik (low actions) tiba-tiba tekan fret gitar akustik, 12-strings pula tu! Selain 12-strings, aku cuma sempat mencuba beberapa gitar akustik biasa (6-strings) antaranya Ibanez V50NJP Jampack dan sebuah model (aku lupa) dari Samick. Takamine dan Yamaha harga melebihi RM1k, tak berani aku nak cuba hehehe...

Ibanez V50NJP Jampack acoustic guitar pack
image linked from DV247.com

Credits to Mr. Hii for letting me test-drive some of the acoustic guitars. Treng-treng-treng, tak sedar hampir sejam juga aku "melepak" dalam premis ni, hahaha... Tapi serius, bunyi akustik 12-strings memang best! Crystal clear sound with resonating natural chorus effects, gonna get myself one of these stuff someday...

Btw, click here for My Music Bintulu's blog (non-sale related).

_____
Ada apa: Dah terkena racun 12-strings pula~

Sepagi Di Amcorp Mall


Sabtu 30/4/2011 - Setelah empat hari berada di Petaling Jaya, baru hari ni aku berpeluang menyeberang (dari Shah's Village Hotel) pi Amcorp Mall. Dua-tiga hari lepas sama ada faktor sibuk, hujan atau malas menyebabkan aku tidak berpeluang menyeberang.

CK Music dan Music Master Studio yang jauh sempat pula aku pi...

Seperti biasa, premis pertama yang aku akan singgah kalau pi Amcorp Mall ni tak lain tak bukan Victoria Music Centre. Kali terakhir aku pi Victoria ni kalau tak silap setahun yang lepas (merapu dalam entri ni).

Wajah baru Victoria Music Centre,
tak banyak yang berubah kecuali signboard je kot?

Oke, sebenarnya ada banyak gambar-gambar CD yang aku snap (patron Victoria tu pun buat derk je tengok aku snap gambar), tapi aku pilih beberapa sahaja yang aku rasa menarik untuk dimuatkan dalam entri kali ni. Here goes...

Dua album klasik remastered Abang Ozzy (Osbourne) - Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz versi imported. Dengan harga melebihi RM50 per CD, tak berbaloi aku nak beli sebab album-album ni boleh dapat murah di eBay.

Seksyen artis tempatan pula sememangnya banyak CD tahap "rare" yang susah nak cari di premis-premis lain, yang penting rajin korek.

Empat album Papa Rock Ramli Sarip versi remastered, seperti yang diiklankan oleh Takilala dalam Facebook. Aku tak kumpul Ramli Sarip, kompilasi Ruh Zaman pun aku dah jual. Tapi pada peminat (dan pengumpul album) Ramli Sarip, apa tunggu lagi?

Look what I've found! Aku tak berapa sangat dengan album-album jenis macam ni, tapi album ni boleh dikira tahap "rare" dah ni. Sapa-sapa peminat arwah Samad, cepat-cepat pi Victoria, kebas album ni!

Bumi Putra Rockers (BPR) Megapack 3 in 1, bila dah balik Bintulu baru aku rasa menyesal sebab tak beli set ni.

Hahaha! Sama seperti BPR tadi yang ni pun rasanya menyesal tak beli, takpelah ada rezeki lain kali kalau ada peluang pi Victoria (dan Amcorp Mall) lagi memang CD Salih Yaacob dan BPR masuk dalam senarai harus dibeli.

"Aku tekan butang ini... Komputer muzik!"

Disebabkan takut over-spent, aku cuma beli dua CD sahaja - Ella 30110 (yang dah lama aku target) dan kompilasi Dio The Collection. Sebenarnya kompilasi Dio tu pun boleh dikira collateral purchase...

Habis menggeledah Victoria, aku turun pi area basement mencari sesuatu, but that was another story....

_____
Ada apa: Sup selipar?

Guitar Talk: Strings And Chemicals


Mungkin disebabkan perangai aku yang selalu "cuci" strings setiap kali selepas main gitar terutamanya selepas sessi jamming, menyebabkan strings pada gitar aku mampu bertahan sehingga 4-6 bulan, juga bergantung kepada kualiti, saduran (coating) dan jenama.

Akibatnya, disebabkan ada beberapa stok strings dalam simpanan, secara tak langsung aku dapat hobi baru - mengumpul strings pelbagai jenama, termasuk kotak/plastik bagi strings yang sudah digunakan.

Hampir separuh daripada stok aku merupakan pemberian orang, sama ada "saguhati" bila berurusan dengan tauke Dead Eye Guitars, ataupun complimentary gift from Bro Sub (tHe gUitaR aDDict).

Strings in stock: DR Extra Life Evergreen, DR Neon, Martin & Co. Darco, Rotosound R9, D'Addario (EXL120, EJ21), Pyramid, Dunlop KFK, GHS Boomer, Gibson Bright Wires. Kebanyakkannya bersaiz 9-42, kecuali Dunlop KFK (10-46) dan D'Addario EJ21 (12-52).

Chemicals: Dunlop products (Fingerboard Cleaner & Prep, String Cleaner & Conditioner, Ultimate Lemon Oil, Polish & Cleaner), the iconic GHS Fast Fret, Kyser Klassics Dr. Stringfellow Lem-Oil.

Disebabkan botol-botol chemicals kegitaran tu pun nampak comel, ada harapan untuk dikumpul juga ni (dah dasar collector)...

_____
Ada apa: Ini semua pengaruh tHe gUitaR aDDict.

The Original Gigbag (OGB) Airline Blue


Antara harta rampasan perang yang diperolehi dari Music Master Studio beberapa minggu lepas - The Original Gig Bag (OGB) Airline Blue. Dengan harga di bawah RM100, ia merupakan pembelian yang berbaloi, sebab susah nak cari gigbag di bawah RM100 yang memiliki ciri-ciri seperti gigbag ni (thick padding, padded shoulder straps, extra pockets, neck support with velcro strap), it looks cool too...

Spesifikasi OGB Airline Blue (copy/paste dari website Tanglewood):

  • 20mm new lightweight foam padding
  • 600 denier rain resistance treated cloth
  • 2x oversized shoulder straps with metal to metal clips
  • Neck pocket for accessories
  • A4 music book pocket
  • Dual soft leather carry handles to side and front of bag
  • Ventilated padded mesh cloth to rear of bag
  • Blue cosmetic with matching blue zipper pulls

Terdapat dalam tiga warna - Airline Blue, Airline Red dan Airline White. Tapi sayangnya di Music Master cuma ada Airline Blue sahaja, kalau tak memang aku ambil Airline White.

"Dual soft leather carry handles to side and front of bag",
"Blue cosmetic with matching blue zipper pulls"

"2x oversized shoulder straps with metal to metal clips" - strap yang memang selesa dan clip yang tegap, walaupun anda menggalas gitar yang agak berat berkayu mahogany (contohnya sebuah Les Paul solid).

Neck support sponge block with velcro strap, yang kebiasaannya cuma ada pada gigbag premium, ciri-ciri yang membuatkan gigbag ni agak unik.

Disebabkan bentuknya yang "standard", apa-apa gitar berbentuk strat, tele, superstrat, singlecut (Les Paul), SG atau doublecut yang lain memang muat dalam gigbag ni. Semi-hollow pun berkebarangkalian boleh muat. Pada Mat Metal yang memiliki gitar berbentuk ekstrim, harap maaf... Anda terpaksa cari gigbag cap buaya macam ni atau gigbag v-shape macam ni.

Credits to Music Master Studio and Clement (gapnap) for this cool gigbag. Tolong promote Music Master lagi ni, hehehe...

_____
Ada apa: Yang dalam entri ni pun boleh tahan juga...

Ada Apa Dengan Tadak Entri? (Part 3)


[Filler entry] Dua hari yang lepas, semua tau yang Blogger (blogspot) mengalami sedikit masalah yang hanya diberitahu sebagai "house-keeping", ia hanya boleh diakses secara "read only" sahaja. Jadi semua bloggers (yang guna blogspot) tak dapat nak post entri baru dan pembaca tak dapat nak mengomen sehingga pagi semalam (kalau tak silap). Ramai yang mengeluh, termasuklah aku...

Tapi tu bukan sebab kenapa AADI tadak entri, sebenarnya aku sedang "sibuk" main game Crysis 2, hahaha!

Imej link dari Wikipedia.

I'm a little bit disappointed with Crysis 2 storyline and gameplay (too linear)... And there's no Nomad, Psycho, KPA and (earlier) Crysis' aliens in this game, though Prophet made an appearance earlier in the intro movie.

_____
Ada apa: Credits to KORawk, atas usaha anda yang bersungguh-sungguh.

Ada Sesuatu Dari Rock At Large


Baru sebentar tadi aku menerima bungkusan poslaju. Bungkusan dari "kedai CD" Abang Ben kita iaitu Rock At Large, berisi empat buah CD:

  1. Blaze - Silicon Messiah
  2. Blaze - Blood & Belief
  3. Nevermore - This Godless Endeavor
  4. Danzig - Thrall-Demonsweatlive

Sebenarnya aku cuma beli dua CD daripada Blaze (Bayley) ni saja, yang Danzig dan Nevermore tu percuma dari dalam senarai ni, memang susah aku nak pilih yang mana satu, sebab tadak satu pun yang aku minat atau kumpul.

Review? Krenmaut ada buat review untuk album Silicon Messiah. Review versi AADI tengoklah nanti kalau aku ada masa nak buat review.

Nak cari di eBay memang ada, tapi album lama Blaze ni dah masuk tahap rare memang susah nak cari harga di bawah RM50 (after forex + shipment). Dan sememangnya aku peminat Blaze Bayley (post-Maiden), jadi bila Abang Ben iklankan di Rock At Large, aku terus sambar!

_____
Ada apa: Abang Ben, bila nak iklankan Tenth Dimension?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (65) 58 explorer (9) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (49) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (87) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (131) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (13) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (610) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (3) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (175) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (73) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (314) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (46) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (21) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger