Borneo International Kite Festival 2011


Sabtu (24/9/2011) - Dalam perjalanan balik dari klinik *tut* bersama Mrs. Ijau dan adik-adik ipar yang sedang bercuti di Bintulu, lalu di area Airport Lama Bintulu, berkesempatan singgah menjenguk Borneo International Kite Festival 2011.

Kalau bukan pasal adik-adik ipar nak tengok (kali pertama mereka tengok festival ni) memang aku tak berhenti di sini. Bukan apa, jem satu hal, nak cari parkir pun susah, panas pula tu... Nasib baik dalam Imago aku topi ranger hutan dan payung.

Sama saja macam tahun-tahun lepas (2009, 2010), Borneo International Kite Festival ni merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Bintulu sejak 2005, bla bla bla info lebih lanjut sila layari website rasminya.

Tahun ni ia berlangsung dari 22 hingga 25/9/2011, dari hari Khamis hingga Ahad. Tiada apa yang menarik hari ni, layang-layang nak diterbangkan macam sama saja tiap-tiap tahun (kecuali beberapa layang-layang baru untuk tahun ni).

Pemandangan biasa tiap-tiap tahun.

Tahun ni aku rasa layang-layang paus ni merupakan antara yang terbesar dan menarik. Tapi sayangnya waktu aku datang ia dah terdampar di pantai (kes angin tak cukup kuat), tidak seperti dua hari yang lepas, ia "mengganas" di ruang udara Bintulu.

Menyelam di udara?

Yes, I did took your photo...

Belon (helium) yang paling popular tahun ni - Angry Birds!

Aku pun sebenarnya malas nak meronda lama-lama tengah panas, Mrs. Ijau pun dah tak larat nak berjalan dan berdiri lama (almaklumlah~), ronda-ronda sekejap pun sempat beli snowcap rasta berwarna hijau :) hahaha...

_____
Ada apa: Alhamdulillah~ Bersyukur walaupun panik...

Snark Attack!


Pembelian sampingan (collateral puchase?) bersama-sama amp Orange "Metuk Ulau" CR25BX minggu lepas - Snark SN-1.

Snark? Apa itu snark? Ada apa dengan snark? pada yang kaki PC Games tu pastinya teringat akan "makhluk" comel dalam game klasik Half-Life.

Alaa... Makhluk kemerah-merahan bermata satu warna hijau yang menjadi satu daripada "senjata" dalam game tersebut.

Inilah dia snark! (Imej link dari Half-Life Wikia).

Tapi bukan snark Half-Life tu yang nak diceritakan dalam entri ni, tapi Snark SN-1 guitar tuner. Dengar-dengar Snark ni merupakan keluaran Danelectro, tapi tak tau betul ke tak. Pada mulanya aku memesan model SN-2 (versi merah) dari Dead Eye Guitars (DEG) tapi kehabisan stok cuma ada model SN-1 (versi biru).

Snark SN-1 (versi biru), bateri CR2032, manual dan beg kecil (pouch).

Ia merupakan tuner jenis clip-on yang mengesan frekuensi getaran pada badan gitar berbanding mengesan frekuensi bunyi atau signal elektrik seperti tuner jenis handheld atau stompbox.

Dan seperti model SN-2 (versi merah) dalam entri Bro Sub, model SN-1 juga mempunyai metronome. Tapi metronome cuma ada visual "blinking heart" tanpa ada bunyi.

Cuma perbezaan ketara antara SN-1 dan SN-2 ialah SN-2 mempunyai mikrofon dalaman (internal mic) untuk mengesan frekuensi bunyi, selain menggunakan pengesan getaran (vibration sensor). Jadi ia boleh digunakan untuk alatan muzik yang lain selain gitar atau bass.

Kelebihan

  1. Tuner yang amat sensitif mengesan getaran pada badan gitar.
  2. Paparan yang berwarna-warni.
  3. "Kepala" yang boleh dipusing 360 darjah.
  4. Flat tuning sehingga dua full-step (bbbb).
  5. Mempunyai fungsi metronome, walaupun rasanya aku tak guna.
  6. Menggunakan bateri CR2032 yang mudah diperolehi.
  7. Bentuk yang "comel".
  8. Harga yang ekonomi (harga pasaran RM4x).

Snark patah.

Kelemahan

  1. Senang patah - Snark yang aku terima ni memang dah patah sebab "dihempat" oleh amp Orange semasa dalam perjalanan.
  2. Metronome yang tidak berbunyi.
  3. Tidak mempunyai model yang berwarna hijau, hehehe...

Selain gitar, ia juga boleh digunakan untuk bass.

Pada mulanya aku ingin membeli tuner jenis clip-on ni untuk dihadiahkan kepada anak buah aku yang baru berjinak-jinak dengan gitar (main kidal ooo...). Waktu cuti raya lepas kesian aku tengok dengar gitar "akustik"nya yang selalu out-of-tune tapi dia tak pandai nak tune dan tidak ada tuner untuk membantu.

Tapi disebabkan tuner Snark ni agak kvlt, versatile dan murah jika dibandingkan dengan tuner clip-on jenama lain pada harga yang sama, mungkin yang ni aku simpan untuk kegunaan sendiri (selain Korg GA-1) dan akan memesan lagi beberapa unit pada masa akan datang (especially SN-2), hahaha!

_____
Ada apa: Teringat watak Orb dalam game Quake III Arena.

Ada Apa Dengan The Spell Of Iron MMXI?


Album studio "terbaru" Tarot bertajuk The Spell Of Iron MMXI (released on 6/4/2011). Ia merupakan rakaman semula (re-recorded) album pertama Tarot pada tahun 1986 iaitu The Spell Of Iron bersempena dengan ulangtahun ke-25 Tarot. More info please visit Tarot official website.

Cover art versi 2011 (imej link dari website Tarot).

Cover art versi asal (imej link dari website Tarot).

Masa untuk mencari album ni di eBay! Sementara tu, mari layan video clip Wings Of Darkness versi re-recorded...

Marco tetap setia dengan Warwick Infinity NT (semenjak menyertai Nightwish), manakala abangnya Zack seperti menggunakan custom Charvel - nampak macam ada logo Tarot pada area pickguard, adakah ia signature series atau sekadar custom made?

Apa kata layan versi asal?

Hehehe, your average 80's Metal~

Album-album Tarot yang aku ada setakat ni:

  1. Shining Black (compilation)
  2. Suffer Our Pleasures
  3. Undead Son, Mama (single)
  4. Crows Fly Black
  5. Undead Indeed (CD/DVD)
  6. Gravity Of Light

_____
Ada apa: Adakah ini idea yang dicilok daripada Battle Hymns MMXI Manowar?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 8)


Versi kembali kepada GIO...

Sepatutnya benda ni sampai Jumaat minggu lepas (23/9/2011), tapi atas masalah-masalah teknikal ABX Express dan cuti umum TYT Sarawak pada hari Sabtu (24/9/2011), baru pagi tadi selamat sampai.

Credits to Dead Eye Guitars again...

_____
Ada apa: Crows fly black back?

Ada Sesuatu Dari Steven Guitars


Jumaat (23/9/2011) - Kalau sebelah pagi menerima bungkusan poslambat (parcel post), sebelah petang pula menerima bungkusan plastik Kangaroo Worldwide Express.

Beberapa hari lepas aku memesan sesuatu dari Steven Guitar melalui Facebook. Steven Guitar, antara nama "online seller" yang baru nak naik di bumi Kenyalang ni. Aku memesan satu jenama pedal efek gitar (stompbox) yang agak susah diperolehi di pasaran Malaysia - Modtone.

Walaupun aku memesannya dari Steven Guitar, tapi bungkusan yang diterima berinvois dari LG Art Enterprise, pengedar (distributor) jenama Modtone di Malaysia.

Pedal Modtone yang aku order ialah model Speedbox Distortion XXL MT-DS, dengan harga yang murah sedikit berbanding Boss DS-1. Pada mulanya aku ingin memesan Modtone Mini-Mod Distortion, tapi disebabkan perbezaan harga yang sedikit, it's better to order full-fledge Modtone.

Pedal, kotak dan manual ringkas.

Apa yang menarik pada pedal ni ialah warnanya yang HIJAU dengan corak "black flame" (Amaterasu?) yang menarik. Ya, jika pedal distortion lain kebanyakannya berwarna oren atau merah, tapi pedal ni memang sesuai dengan jiwaku :) Selalunya pedal overdrive yang berwarna hijau (mojo daripada Ibanez Tube Screamer).

Satu suis "bypass" dan tiga tombol ala DS-1; TONE, GAIN dan LEVEL.

Berbanding pedal-pedal Modtone yang lain, pedal Speedbox ni yang paling murah dengan harga di bawah RM200. Dan untuk rig yang ringkas (2-3 stompboxes), memang kebetulan aku hanya perlukan efek distortion sahaja, efek-efek lain seperti chorus, delay, phaser, flanger, tremolo dan pitch shifter aku boleh guna Behringer FX600.

Kedudukan AC power input yang terletak di bahagian atas pedal.

Seperti pedal EHX Bass Blogger aku, ia tidak mempunyai ruang bateri yang khas. Untuk menukar bateri, kita terpaksa membukanya menggunakan pemutar skru, sesuatu yang agak leceh.

Tonewise, tak jauh beza berbanding DS-1, cuma bunyinya lebih treble (berpasir?). Dan seperti DS-1 atau distortion lain, ia amat sesuai untuk bunyi Hard Rock dan old-school Heavy Metal, atau sebagai booster untuk hi-gain amplifier.

Lepas ni nak cuma pedal-pedal stompbox jenama/model China lain yang berharga sub RM200 - Beta Aivin, Joyo, Biyang, Moen (Moen lagi?).

_____
Ada apa: Teringat pula Satchurator...

Ada Apa Dengan Orange? (Part 3)


Jumaat (23/9/2011) - Pagi-pagi lagi dah menerima satu bungkusan (parcel post @ poslambat) yang sederhana besar yang dipos Isnin lepas.

Dah jadi gian pula membeli alatan muzik secara online ni, kalau bukan aku yang beli mesti aku tolong belikan untuk rakan-rakan di Bintulu ni (terutamanya rakan-rakan seperMETALan) yang belum biasa berurusan secara online. Macam kes G1N, AX5G, G2Nu dan ME-70 dulu.

Kali ni aku tolong belikan sesuatu dari Dead Eye Guitars (DEG) untuk rakan dari Metuk Ulau Projekt, yang ingin mencari sebuah amp kecil untuk bass 10-15 watt (practice amp) kerana dia kini mengambil keputusan ingin fokus kepada bass berbanding gitar.

Ya, tak lain tak bukan seperti tajuk entri ni, ia berisi amp bass Orange Crush Pix CR25BX. Pada lingkungan harga yang sama, amp bass jenama lain hanya memiliki kuasa dalam 10-15 watt sahaja, tapi Orange ni memiliki 25 watt, jadi ia agak berbaloi untuk saiz dan kuasanya (price per wattage).

Spesifikasi

  • Power: 25 Watts
  • Channel configuration: Clean thru overdrive
  • Speaker: 8" Orange design
  • Clean channel controls: GAIN and VOLUME
  • EQ: 3-band EQ LOW, MID, HIGH
  • Headphone output
  • Line output
  • AUX MP3 CD player input
  • Weight: ? kg
  • Dimensions : 23 x 36 x 31 cm
  • Serial number: ?
  • Made in: PRC
  • Price paid: RM4xx + RM3x (normal parcel post)

Perbezaan antara CR25BX dan CR50BXT (Oren besar aku):

  1. Tentunya fizikal dan wattage yang berbeza; 25 watt (8" speaker) pada CR25BX dan 50 watt (12" speaker) pada CR50BXT.
  2. Tidak mempunyai built-in tuner (hence the letter T at CR50BXT)
  3. Tidak mempunyai (external) SPEAKER output jack.

More info please visit Orange website.

Tak sah kalau tak digandingkan dengan abang Oren besar.

Tonewise, aku tak sempat nak "pandu-uji" sebab aku dah suruh tuan punya tuntut dalam beberapa jam selepas ia sampai. Aku agak bunyinya sama saja macam model CR50BXT kecuali pada wattage yang kecil.

Dan seperti biasa pasti ada "collateral purchase", bersama-sama dengan pembelian kali ni aku order Ernie Ball Super Slinky Pink (9-42) dan Snark tuner (aiseh, versi biru). Snark tu mungkin aku akan buat entri berasingan (pengaruh Bro Sub ni).

_____
Ada apa: So mr. amp owner, how's the Orange kick?

Masa Untuk Panik!


Simptom-simptomnya sudah ada...

Menunggu keputusan dengan penuh debaran, dup dap dup dap! Macam entri blog Berteromber la pula...

Masa untuk panik!

_____
Ada apa: Muspeed, tunggu aku kejar hang!

Four Leaf Clover


"The four-leaf clover is an uncommon variation of the common, three-leaved clover. According to tradition, such leaves bring good luck to their finders, especially if found accidentally. According to legend, each leaf represents something: the first is for faith, the second is for hope, the third is for love, and the fourth is for luck."

- Artikel Wikipedia

PPD4 pickups (image courtesy of Dead Eye Guitars).

Ada apa dengan clover? Btw, clover dalam bahasa Melayu dipanggil apa eh? Tiba-tiba teringat lagu Ugly Kid Joe, Clover dari album Menace To Sobriety.

_____
Ada apa: IDK Sig Mark II wannabe?

Dual-Tone Or Two Rigs?


Sedang bermain-main dengan Pod X3 mencari setting dan personal tone yang sesuai untuk disimpan (save) dalam personal folder. Looking for Maiden-esque sound...

Lebih-lebih lagi bereksperimen dengan mode dual-tone dan two rigs (guitar+vocals or bass+vocals) yang bakal digunakan untuk sessi jamming yang akan datang. Dan tak lupa sinkronasi dengan FBV Express MkII.

Ternyata Pod X3 ni agak kompleks berbanding multi-efek lain yang pernah aku guna sebelum ni (especially AX3000G). Menggaru kepala juga dibuatnya sambil membelek-belek manual...

Ulasan (review) kecil-kecilan pun belum buat lagi pasal si kacang merah ni. Entah macam mana nak buat ulasan.

_____
Ada apa: "Our systems have detected unusual traffic from your computer network. Please try your request again later" erk?!

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 3)


Picture of the day - Adakah anda mengalami masalah dalam percintaan? Contohnya putus cinta, cinta terhalang, cinta tiga segi, tidak dicintai, dll. Anang irau Jangan risau, premis ni boleh membantu...

Lokasi: E-Mart Permyjaya, Miri.

Dan seperti biasa, tiada apa-apa yang salah (dari segi ejaan dan tatabahasa) pada papan tanda ni. Cuma pemilihan nama premis "Cinta" dan jenis premis "pusat rawatan" jika digabungkan boleh membuatkan kita tersengih.

_____
Ada apa: kalau "Kedai Kopi Nyaman", Korawk pastinya tau...

Ada Apa Dengan Mee Kari Ayam Goreng?


Kali ni bukan entri pasal makanan yang dimasak oleh Mrs. Ijau, tapi ia merupakan satu daripada menu eksotik yang terdapat di restoran Marrybrown - mee kari ayam goreng (walaupun aku tak jumpa menu ni di website Marrybrown).

Menu utama yang aku target setiap kali mengujungi restoran Marrybrown (ya, Bintulu ada Marrybrown). Contoh yang baik bagi restoran-restoran makanan segera francais yang lain, untuk menghidangkan menu makanan eksotik tempatan, selain makanan barat yang menjemukan (burger, kentang goreng, nugget, dll).

Sebenarnya rasa mee ni langsung tak sedap, tapi kuah karinya memang kick! Begitu juga dengan ayam goreng yang gebu (tak macam ayang goreng KFC). Rasanya mengingatkan aku kepada mee kari yang dijual di gerai depan restoran Kampungku (Gelugor, Pulau Pinang) suatu ketika dulu, waktu menunggu bas 12.00 tengah malam menuju ke Kuala Lumpur (ketika itu Terminal Bas Sungai Nibong masih belum wujud).

_____
Ada apa: Agaknya rasa laksa Sarawak boleh dimodifikasi jadi mee kari ni...

Sepetang Di Batang Oya


Batang Oya (Sungai Oya), merupakan nadi penggerak kehidupan masyarakat di sekitar Dalat dan Oya (serta kawasan-kawasan berhampiran) dari segi pengangkutan air dan mata pencarian rezeki.

Sekali-sekala menjalani kehidupan sebagai orang sungai (river people, bukan swamp people macam si Korawk, hehehe) ni best juga, itulah antara hikmah bertemu jodoh dengan orang Melanau ;)

Bersama-sama Mrs. Ijau (with mom and sis-in-laws) menaiki
*salui menyusuri Batang Oya menghala ke hilir...

Dan mendekati sebuah vessel (bot?) yang agak unik... What kinda vessel is this?

Ruangan "cockpit" vessel tersebut.

Ia sebenarnya merupakan sebuah kedai runcit terapung yang dipanggil "badung" (badong?) oleh orang-orang tempatan di sini.

Barang-barang yang dijual sama saja seperti kedai-kedai runcit kampung yang biasa, kebanyakkannya makanan, minuman, ubat-ubatan dan keperluan harian lain. Walaupun harganya sedikit mahal, lebih kurang macam harga di Kedai Mesra Petronas, 7-Eleven atau kedai-kedai 24-jam yang lain.

Walaupun dah berkali-kali aku tengok badung ni berulang-alik menyusuri Batang Oya setiap kali aku balik ke kampung Mrs. Ijau, tapi baru pertama kali ni aku menaiki dan merasai pengalaman membeli di kedai runcit terapung ni semata-mata nak beli tepung sagu (linut) untuk juadah makan malam nanti...

*Salui = perahu kecil berenjin 9-15 kuasa kuda.

_____
Ada apa: Teringat pula filem Waterworld...

Antara Conan, Black Pepper Chicken Dan Seafood Claypot Rice


Sabtu (3/9/2011) - Kalau raya tahun lepas kami menonton filem Resident Evil: Afterlife versi 3D (Mrs. Ijau masih lagi berstatus *ehem-ehem*) di GSC Suria Sabah, raya tahun ni pula kami menonton filem Conan The Barbarian. Disebabkan versi 3D tidak lagi disiarkan (biasanya selepas minggu ke-3) versi 2D pun jadilah, sebab aku memang nak sangat menonton filem Conan reboot ni (aka Conan 2011).

Malangnya aku hanya terhibur dalam 30-40 minit pertama sahaja, bila dah masuk bab Conan dah besar aksi ganas makin berkurangan dan jalan ceritanya sudah agak "cair", seakan-akan sudah jadi seperti filem-filem swords and sorceries yang lain (Kull, LOTR, Narnia).

Kalau dibandingkan dengan filem Conan The Barbarian (1982) lakonan Arnold Schusahnaksebut Schwarzenegger (aka Conan 1982), ternyata Conan 1982 jauh lebih "advance" berbanding Conan 2011 dari segi watak (companions Subotai, Valeria, Akiro), jalan cerita, prop (detailed weapons, armours, buildings), muzik (dengar saja theme song Anvil Of Crom ni memang sudah cukup meremangkan bulu roma) dan pemilihan lokasi penggambaran yang memang eksotik. Walaupun waktu itu (80an) kesan khas "movie magic" dan teknolgi CGI agak terbatas. Namun demikian, John Milius dan krew mampu menghasilkan filem yang memang kvlt!

Conan The Barbarian (1982)
Imej Wikipedia.

Pertama kali menontonnya di kaca TV sekitar 1989-90, filem Conan 1982 ni antara filem yang tersenarai dalam "my all-time favourite films" selain Star Wars, Back To The Future, Indiana Jones dan filem-filem Clint Eastwood. Btw, aku ada dua versi VCD Conan 1982 ni (versi lanun dan versi ori Speedy) aku dah lupa di mana aku simpan, mungkin ada di kampung. Agaknya versi DVD pun aku ada kot?

Gambar hiasan - Kucing dan Koceng?

Oke, lupakan sejenak cerita pasal Conan. Kebiasaan selepas selesai aktiviti tonton-menonton (bukan Toriton) di GSC Suria Sabah ni, kami akan menuju ke Suria foodcourt yang berada di tingkat 3. Dengan ruang makan yang agak luas dan pemandangan laut serta Pulau Gaya yang agak mendamaikan, begitu juga dengan makanannya...

Ada dua gerai yang menjadi pilihan kami (aku dah lupa nama gerai), satu menyediakan makanan jenis dalam claypot, satu lagi jenis sizzling western food.

Black pepper chicken pilihanku.

Seafood claypot rice pilihan Mrs. Ijau

Black pepper chicken tu sama saja seperti di tempat-tempat lain, yang membuatkan ia agak menarik sebab ia dihidangkan dalam keadaan sizzling (sos masih mendidih/membuak-buak). Seafood claypot rice juga tiada apa-apa yang istimewa selain nasi, seafood (udang, sotong, bebola ikan) dan telur dimasak di dalam mangkuk tembikar (hence the claypot name) dalam keadaan masih panas.

_____
Ada apa: Conan's gory head-chopped fried rice...

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 6)


Disebabkan hari ni cuti Hari Malaysia dan bersambung pula dengan cuti hujung minggu, jadi Mrs. Ijau ajak balik ke Dalat bercuti "balik kampung" untuk beberapa hari.

Sekadar gambar hiasan.

Kebetulan hujung minggu ni tak ada aktiviti-aktiviti Hepi ;) mahupun Metuk Ulau Projekt. Jadi ada baiknya bercuti-cuti 1Malaysia jauh dari kesibukan kota metropolitan (macamlah Bintulu tu kota metropolitan hahaha!)

[Entri Mini] Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia kepada bla bla bla (you know the rest)...

Aku suka imej ni, link dari blog yNot Studio. Good job Engbok!

Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, rumah, pejabat mahupun di premis-premis tempat anda bekerja sepanjang bulan Ogos sehingga hari ini?

_____
Ada apa: Jalur-jaluran...

Ada Apa Dengan Laksa Sarawak?


Laksa Sarawak, antara makanan ikonik negeri Sarawak (of course) selain mee kolok, linut, umai, ayam pansoh, kek lapis Sarawak (duh~) dan makanan berasaskan ikan terubok masin.

Malam tadi Mrs. Ijau "merajinkan" diri memasak laksa Sarawak untuk juadah makan malam kami. Dari hari Isnin lepas lagi dia nak masak, tapi disebabkan kekurangan bahan akhirnya tertangguh beberapa hari.

Hirisan daging ayam, udang, telur goreng, slurrrp!~

Rasa laksa Sarawak ni memang jauh berbeza dengan laksa Penang (aku tak suka laksa Penang sebab ada unsur-unsur ikan di dalamnya). Penampilan dan rasanya lebih kepada mee kari menggunakan bihun berbanding mee kuning (kebetulan aku baru lepas makan mee kari ayam goreng Marrybrown semalam), tapi ada sedikit rasa masam-masam, pedas mengikut citarasa sendiri (nak lagi pedas, letak sambal pedas banyak-banyak) dan rasa eksotik "trademark" laksa Sarawak yang susah aku nak terangkan.

_____
Ada apa: Esok nak balik Dalat...

Ada Apa Dengan Wonderfarm?


[Nanasmania] Satu lagi minuman import berasaskan nanas (bukan jus) yang aku jumpa di pasaraya NW. Wonderfarm Pineapple Drink, diimport dari Vietnam. Walaupun diimport, tapi harganya cuma RM1.30 (tin 320ml) mungkin disebabkan ia bukan jus nanas sebab tu agak murah.

Manufactured by Interfood Shareholding Co. Vietnam (website), imported by Pengurusan Cintrainti Sdn. Bhd. Prai, Penang. Ingredients: water, sugar, pineapple concentrate, synthetic pineapple flavour, citric acid, salt, synthetic sweetener, thickener, natural colour.

Rasa nanas yang agak sintetik dan agak pahit, pada pendapat aku minuman nanas Delight lagi sedap daripada Wonderpet Wonderfarm ni. Dan yang pastinya aku tak akan beli lagi minuman ni.

_____
Ada apa: Wonderpet?

Bass Talk: B. C. Rich Warlock One Bass


Pertama sekali, bass B. C. Rich Warlock One ni bukan aku yang punya (I'm not into B. C. Rich), tapi kepunyaan Mr. M yang sekian lama "melepak" di rumah Jairo.

Lepas beraya di rumahnya beberapa minggu lepas, Jairo meminta pertolonganku untuk menyelenggara ketinggian action pada bridge bass ni yang terlampau rendah.

B. C. Rich Warlock One Bass

Dan pada kesempatan yang ada, sebelum ia dibawa untuk sessi jamming bersama Sanggam dan dipulangkan keesokkan harinya, sempat juga aku buat ulasan (review) kecil-kecilan pasal bass ni.

Meet the Warlock (spesifikasi)

  • Brand: B. C. Rich
  • Model: Warlock One
  • Made in: China (of course)
  • Serial no: J01100164
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood
  • Neck: Maple
  • Fingerboard: Rosewood, with dot inlays
  • Pickups: B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups
  • Colour: Onyx black
  • Hardware: Chrome die-cast tuner
  • Scale: 34"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Adjustable stop?
  • Price: RM1xxx (owner bought it from Dead Eye Guitars too...)

Info lebih lanjut sila layari website B. C. Rich.

Four-in-line pointed headstock (macam headstock Ironbird Jairo), ini merupakan entry-level Warlock. High/medium-end Warlock memiliki headstock berbentuk Beast/Widow.

China mari.

Kelebihan

  1. Agak ringan untuk bass sebesar ni, mungkin disebabkan ia menggunakan kayu basswood dan bukan mahogany macam Black Ice aku dulu.
  2. Bentuk yang ikonik (Warlock), sesuai untuk penampilan mereka yang main muzik Metal yang ekstrim.

B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups, volume and tone knobs.

Kelemahan

  1. Entry-level bass with solitary p-bass style split pickup, but it gets the job done very well, don't worry.
  2. Tidak mempunyai built-in pre-amp untuk boost bottom end.
  3. Susah nak cari gigbag yang sesuai.

B. C. Rich neck plate.

Sekiranya anda jenis yang suka bass berbentuk ekstrim tanpa menghiraukan pakej dari segi pikap serta elektronik, dan agak ekonomi, Warlock One merupakan pilihan anda. Kalau ada bajet lebih, baik pilih Warlock Revenge. Tapi bentuk Warlock ni memang popular di kalangan rakan-rakan gitaris/bassist yang berjiwa Mental (Metal Kental).

Kalau ikut pendapat aku, pada harga yang sama aku akan memilih Ibanez SR300 ataupun Squier Vintage Modified Precision Bass yang agak "menang" dari segi ergonomik, pikap dan elektronik, atau mungkin disebabkan faktor aku tak minat B. C. Rich kot? Well, different people different taste... Rock on! \m/

_____
Ada apa: Jairo, adakah anda masih mengidamkan bass Virgin 4 yang kita tengok di Davis GMC bulan Februari lepas?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger