2012 Yang Bermakna...


2012 bakal menutup tirainya beberapa hari lagi. Mengimbas kembali antara peristiwa penting, bersejarah dan menarik dalam AADI sepanjang 2012...

Music Life

1) Metuk Ulau Project (MUP) - Tahun 2012, MUP makin menjadi-jadi, hampir setiap bulan ada sessi jamming. MUP juga telah menyertai beberapa gig dan persembahan awam di Bintulu (ada kalanya sebagai entiti Hepi;) disebabkan korum MUP tak cukup), antaranya - Opening Season Gig 2012, Ngiling Tikai, Berambeh, Ramah Tamah Aidilfitri dan yang paling gempak setakat ini ialah Oktoberfest 2012.

Opening Season Gig 2012, Telaga Kumang, Tanjung Batu.

Oktoberfest 2012, La Bistro Cafe, Kemena Hotel.

2) Axology - Memperolehi beberapa buah gitar dan efek antaranya; Ibanez GARTB20, Tanglewood TSB6, Zoom G2Nu/G2.1Nu, Boss ODB-3, Vox StompLab IG dan Line 6 Pod HD300. Dan klimaks untuk 2012 ialah Charvel So-Cal Style 1 HH candy green - "final fantasy" yang menjadi kenyataan.


3) Pickup swap - Juga agak rancak menukar pikap gitar sama ada gitar sendiri mahupun gitar rakan-rakan kebelakangan ni. Antaranya; Tesla Plasma-2 gold set (gitar hibrid si Korawk), DiMarzio Super Distortion + PAF 36th Anniversary (Goldie), Tesla Plasma-X1 zebra set (Ibanez GAX30 Chop A&TS), Seymour Duncan JB Model TB-4 (Cort VX-2V Donny COG), servis Vantage 428B-DT, solitary Bill Lawrence L-500XL (Mirage).


Menoleh sejenak ke belakang ketika aku mula-mula teringin untuk bermain gitar beberapa tahun lepas...

Personal life

Aku jarang bercerita pasal kehidupan peribadi dan keluarga dalam AADI ni, tapi satu peristiwa yang paling bermakna tahun ini ialah ketika menyambut kelahiran puteriku (yang lebih dikenali sebagai Lil'Ijau dalam AADI) pada pukul 5.20 pagi 12/5/2012. Sekarang sudah upgrade jadi versi 3.0, tanggungjawab pun bertambah.


Mungkin ada lagi beberapa peristiwa dan perkara menarik sepanjang 2012 dalam AADI ni yang terlupa untuk dijadikan highlights of the year. Tapi yang pasti 2012 boleh aku rumuskan sebagai tahun batu loncatan dalam kehidupanku.

Dan berkebarangkalian besar ini merupakan entri terakhir aku untuk tahun 2012, kesibukan urusan keluarga dan internet yang agak kurang stabil di kampung ni sedikit sebanyak mengekang aku untuk berblog. Akan kembali ke Bintulu pada 1/1/2013 nanti, insya-Allah...

_____
Ada apa: AADI would like to wish you Happy New Year 2013 - three days in advance, rock on! \m/

Masjid Setia Raja Mukah


Masjid Setia Raja Mukah, pertama kali masuk AADI dalam entri tahun 2010 ni. Agak jarang aku turun ke bandar Mukah pada hari Jumaat ketika bercuti di Dalat, kalau adapun biasanya akan turun sebelah petang.

Tapi tengahari semalam (28/12/2012) berpeluang menunaikan fardhu Jumaat di masjid ni disebabkan ada urusan kewangan di Mukah yang perlu diselesaikan sebelum tengahari (kes Dalat tak ada Maybank). Dalam kesempatan yang ada, aku mengambil beberapa gambar untuk dijadikan modal entri AADI.


Kubah yang agak unik, berbentuk tarendak (topi kon berwarna-warni) trademark masyarakat Melanau di Mukah dan kawasan berhampiran. Hampir kesemua bangunan-bangunan penting dan mercu tanda di bandar Mukah ni memiliki tarendak di bahagian atasnya. Daripada segi senibina masjid aku kurang pasti, tapi macam ada unsur-unsur senibina Moorish dan Moghul dikacukkan dengan unsur senibina tempatan.


Pemandangan kubah dari bahagian dalam masjid dengan warna yang kontras. Dengan ruang luas sebegini agak menghairankan hanya sedikit penghawa dingin dan kipas digunakan, selebihnya adalah hasil pengudaraan (ventilation) yang agak "semulajadi" disebabkan rekabentuk masjid dan kubah tarendak ni.


Ruang solat yang luas (anggaran luas 2-3 gelanggang futsal) dengan hiasan yang ringkas dan sederhana tetapi masih nampak elegan. Daripada apa yang aku perhatikan jarak antara saf juga amat luas dan selesa, lebih panjang daripada ukuran standard sejadah. Tiada lagi perasaan was-was kepala terhantuk kaki jemaah di saf hadapan semasa sujud.

_____
Ada apa: Tertarik dengan entri berkaitan masjid dalam blog ku di halaman rindu (deaf-angel).

Sepetang Di McDonald's Bintulu


TERsinggah di McDonald's Bintulu petang (dah malam dah pun) Rabu minggu lepas (19/12/2012), aku berpesan pada diri sendiri supaya jangan singgah McDonald's Bintulu ni pada bulan pertama ia beroperasi (beroperasi secara rasminya pada 10/12/2012).


Bukan pasal kes boikot-memboikot, tapi aku tahu pasti ia akan sesak dengan pengunjung yang tak sabar-sabar untuk menikmati sesuatu yang belum pernah ada di Bintulu selama ini. Tapi entah macam mana aku boleh TERsinggah juga, sepatutnya aku balik rumah selepas urusan keluar-masuk ATM bank tadi (sehari selepas gajilah katakan).


Pada mulanya nak masuk kawasan pandu-lalu (drive-thru) tapi barisan dah panjang, nak menuju tempat letak kereta di belakang bangunan pun tak dapat sebab dah dihalang oleh kereta yang sedang berbaris. Mau tak mau, terpaksalah sangkut dalam lima minit, di belakang akupun dah dihalang oleh kereta lain yang turut sama berbaris.


Aku ingatkan di kawasan pandu-lalu sahaja yang berbaris panjang, rupa-rupanya di kaunter pun sama juga. Empat kaunter berbaris panjang, lebih kurang macam berbaris memesan untuk juadah berbuka puasa. Daripada apa yang aku perhatikan dan dengar, rata-rata hampir separuh daripada pengujung merupakan orang Semenanjung (pada ketika itu).

Di kaunter ni pula "terperangkap" dalam 15-20 minit. Nak berputus asa keluar barisan, alang-alanglah pula... Bersabar hampir 30 minit semata-mata untuk dua set Prosperity Burger (for me and Mrs. Ijau), this is madness! Tapi sekurang-kurangnya tak macam tahun lepas...

_____
Ada apa: Entri provokasi ke ni?

Wordless Wednesday: Perampas Dana! (Part 6)




_____
Ada apa: Agak janggal rasanya mengedit blog guna tablet ni...

Ada Apa Dengan The Hobbit?


Tatkala filem The Hobbit sedang hangat di pawagam, aku teringat aku ada memiliki novel buku The Hobbit yang dibeli ketika filem The Lord Of The Ring - The Return Of The King sedang hangat di pawagam hampir 10 tahun lepas (selongkar kotak).


Buku ni merupakan terbitan/cetakan semula 1998 (buku asal JRR Tolkien diterbitkan pada 1937) di bawah label Collins Modern Classic ISBN 0-00-675402-3. Ia dibeli di premis Popular Kompleks Bukit Jambul, Penang pada 21/12/2003 (aku ada catat tarikh beli pada buku ni).
Ironinya, aku belum pernah habis baca buku ni semenjak ia dibeli, seingat aku kali terakhir aku membaca buku ni ialah pada tahun 2009, dan itupun masih sangkut di Chapter 13 - Not At Home mukasurat 292 berdasarkan penanda buku yang aku letak. Nampak sangat aku malas membaca...
Aku teringin sangat nak menonton filem The Hobbit ni di pawagam seperti peminat trilogi LOTR yang lain. Tapi disebabkan pawagam di Bintulu ni agak menyedihkan, aku tak akan berpeluang untuk menonton filem ni (di Bintulu) sehingga tahun hadapan.

_____
Ada apa: Merry Christmas! Esok nak sambut Krismas bersama "in-laws" di Dalat.

Sessi Jamming Pasca-Doomsday


Sabtu (22/12/2012) - Sessi jamming yang sebenarnya bukanlah sessi jamming yang serius, hanya untuk melepaskan gian setelah sekian lama tidak jamming semenjak Oktoberfest. Seperti biasa, Z-Studio merupakan studio pilihan.

Sessi kali ni hanya disertai oleh tiga orang; aku, Azrol dan drummer jemputan Rashid Malim dari kugiran Curse Of God (COG), yang juga merupakan drummer asal Metuk Ulau Project (MUP) ketika mula penubuhannya. Korawk, Adi Herman dan Bob Kandar ketika ini sedang bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga.


Seperti sessi-sessi jamming (dan rakaman) COG, Rashid akan membawa kelengkapan sendiri - Pearl Demon Drive double-pedal, Pearl M1440 piccolo snare drum, drumsticks dan kerusi drummer sendiri (tu dia!).

Memang terasa perbezaan yang ketara pukulan Rashid ni berbanding pukulan Bob Kandar, hampir setiap lagu di"double-pedal"kan oleh Rashid.


Azrol yang masih setia dengan Ibanez GRX40, katanya bakal memperolehi gitar baru sebelum OSG2013 nanti (sekiranya MUP turut serta), finally! Aku tak tau jenama/model apa yang ingin diperolehi, tapi yang pasti ia sebuah superstrat.

Selain melepas gian, tujuan sekunder sessi jamming kali ni ialah untuk mencuba dua "barang" baru. Pertama, ingin memandu-uji Mirage yang telah dipasang dengan pikap Bill Lawrence L-500XL dalam entri lepas.

Solitary Bill Lawrence L-500XL.
Untuk distortion, memang tidak dinafikan L-500XL ni memang mantap! Untuk clean agak kelam-kabut aku memulas-mulas tombol volume untuk mengawal ouput L-500XL ni yang agak "liar".

Kesimpulannya, perlu ada satu pikap medium/vintage-output di bahagian neck untuk versatiliti - mungkin aku akan memasang L-250 untuk dipadankan dengan tema Bill Lawrence (kalau ada bajet lebihan 2012), ataupun memasang semula kombinasi "tested-and-true" HSS Tesla sebelum ini.


Kedua, untuk memandu-uji multi-effects terbaru aku, Line 6 Pod HD300 - mengkalibrasi amaun bunyi yang sesuai supaya serasi dengan bunyi gitar utama (Azrol) dan juga untuk "menikmati" bunyi amp modelling HD yang disambung dengan amp besar (Kustom KG100FX212) Z-Studio. Kesimpulannya, L-500XL + Cali Tread modelling + 100W amp = superb!

Semasa sessi ni, aku dapat mengesan satu kelemahan pada Pod HD300, iaitu terdapat jurang "pause" untuk beberapa milisaat semasa pertukaran antara dua patch, untuk bab ni pedal-pedal Zoom menang (world's fastest patch changes).

Jamming "serius" seterusnya mungkin minggu kedua bulan Januari 2013.

_____
Ada apa: COG (ft. Korawk) bakal menyertai gig Awakening Of The Damned hujung bulan Januari 2013 nanti.

Doomsday Shitwork


Aku agak "kurang selesa" dengan karekteristik bunyi singlecoil yang ada pada Mirage aku - Tesla Plasma-1 (neck), VR-1 (mid) - agak nyaring dan berdengung (humming, standard singlecoil's characteristic). Menyebabkan aku kurang gemar menggunakan Mirage berbanding Goldie semasa jamming atau persembahan live.

Jadi malam semalam (21/12/2012) aku mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan Plasma-RS1 neck/mid (rail-humbucker in singlecoil size) yang ada dalam simpananku. Ini merupakan pertukaran pikap yang keempat untuk Mirage.


Saiz kaviti singlecoil pada Mirage aku agak tirus dan sempit, aku terpaksa mengikis tapak plastik Plasma-RS1 ni supaya muat seperti kes mula-mula pasang Plasma-1/VR-1 dahulu. Proses mengikis dilakukan secara berhati-hati supaya penghujung lingkaran dawai konduktor kuprum pikap tidak terputus.


Tapi malangnya, walaupun sudah dikikis secara berhati-hati namum ia tetap tak muat pada kaviti pikap terutama pada bahagian bucu bulat pikap. Agak mustahil untuk aku meneruskan proses mengikis tapak plastik Plasma-RS1 ni tanpa merosakkan dawai kuprum tadi. Mau tak mau, aku terpaksa membatalkan projek ni.
Agaknya saiz kaviti singlecoil pada gitar LTD hanya muat untuk pikap ESP LS-120 atau Seymour Duncan sahaja kot? (Sebab ESP/LTD geng dengan Seymour Duncan, macam Ibanez geng dengan DiMarzio).

Untuk melepaskan geram, aku memasang pikap Bill Lawrence L-500XL yang diperolehi dari Nonuz bulan lepas secara tunggal (solitary) ala Jackson RR24 atau ESP/LTD Alexi-series. Ruang-ruang kaviti singlecoil dan lubang suis lima arah ditutup dengan pita penebat buat sementara waktu.

Mungkin aku akan mencuba Bill Lawrence L-250 untuk singlecoil (harap-harap muat) kalau ada dana-dana lebihan 2012 nanti.


Disebabkan aku memasang L-500XL ni secara tunggal untuk sementara waktu, jadi aku menggunakan sambungan sebegini supaya tidak menyusahkan diri sekiranya ingin menambah pikap neck/mid kelak ataupun menggantikannya dengan pikap lain (kes bosan).

L-500XL = bunyi agak "liar".

_____
Ada apa: I guess, I'm not into singlecoils after this...

Imago Dan Ekzos


Khamis (13/12/2012) - Mengular ke Sri Ting Auto (authorised Perodua Service Centre) untuk mengenalpasti apakah masalah ekzos Imago aku yang agak "longgar" dan kuat bergegar semenjak balik dari Dalat seminggu sebelumnya.

Bukan selalu dapat peluang menjenguk bahagian bawah Imago aku ni.
Oke, bocor bahagian ni dah lama aku perasan.

Rupa-rupanya ada lagi kebocoran besar di bahagian bawah (beyond repair/welding), yang boleh putus dan jatuh bila-bila masa sahaja. Kalau jatuh ketika berada di bandar Bintulu tiada masalah, kalau jatuh semasa dalam perjalanan balik Dalat minggu depan, pasti akan kelam-kabut.

_____
Ada apa: Nasib baiklah kos menggantinya tak sampai tiga digit...

Line 6 Doom!


Satu daripada tujuh model amp terbaru dalam Line 6 Pod HD300 (dan HD400) selepas flash memory v2.01 update ialah Line 6 Doom.
"...delivers maximum sludge by combining a Marshall® JCM800 preamp and Hiwatt® Custom 100 power amp with some additional tweaks"
- Hype Line 6.


Happy Doomsday 21.12.2012!

_____
Ada apa: Terasa nak main game Doom pula...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 11)


Bungkusan poslaju agak besar ni merupakan harta rampasan perang kedua dari CK Music 2012 Year End Sale (YES) diterima Jumaat minggu lepas (14/12/2012).

Pada mulanya agak sedih sebab banyak dana-dana yang dikumpul terpaksa dilaburkan ke arah servis Imago aku untuk beberapa kali (75k, shock absorbers, exhaust pipe).

Namun setelah bertekad dan berusaha untuk mendapatkannya tahun ini dan dengan suntikan dana hasil daripada jualan "gali-lobang-tutup-lobang" dan servis pasang pikap, akhirnya dapat juga aku memiliki GAS terakhir untuk tahun 2012.


Bungkusan tadi berisi Line 6 FG5 pedal bag - tapi bukan beg ni yang aku beli, beg ni sebenarnya merupakan hadiah percuma sempena YES dengan setiap pembelian...

Line 6 Pod HD300! Muahaha!
Ya, dengan setiap pembelian Line 6 Pod HD300 (atau HD400 dan HD500) di CK Music sempena YES tahun ini (walk-in or online), percuma Line 6 FG5 pedal bag (check price) seperti yang tercatat pada katalog YES. Hadiah percuma YES tahun ni lagi berbaloi berbanding YES tahun lepas yang hanya percuma kabel Vox Vintage Coil (kabel ni pun mahal juga, kabel idaman TJ).


Adapter DC-3, kabel USB, kad waranti, resit dan manual (aka pilot's handbook) yang nipis. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6 *sigh~*.


Pada mulanya aku ingin mendapatkan Pod HD Desktop (aka black bean) untuk menggantikan Pod X3 (aka red bean) yang telah dijual untuk dana-dana tambahan semasa menyambut kelahiran Lil'Ijau bulan Mei lepas. Tapi setelah memikirkan kos, fungsi dan logistik, akhirnya aku memilih Pod HD300.

Kenapa pilih Pod HD300?
  1. Sekarang dah selalu main "live" bersama Metuk Ulau Project (MUP), kalau guna Pod HD Desktop agak leceh sebab terpaksa beli lagi suis kaki (FBV, Shortboard) berasingan.
  2. Jika dibandingkan dengan Pod HD400, perbezaannya hanyalah tambahan beberapa suis kaki (bank up/down, effects loop) dan lubang-lubang sambungan I/O pada bahagian belakang (FX send/return, pedal 2), semua ini dengan tambahan harga RM300 tetapi aku tidak memerlukannya. Pod HD500? Yang ni tak payahlah aku cerita...
  3. Terdapat empat suis kaki ABCD untuk mengakses empat patches secara berasingan, maknanya dari A kita boleh terus akses D tanpa perlu melalui B dan C, toggle macam guna Zoom G2Nu atau Vox StompLab IG.
_____
Ada apa: Again, credits for Bro Amizan for yet another smooth online transaction.

Wordless Wednesday: Returned To Line 6 Camp




_____
Ada apa: Teringat beg buaya GK-2110 aku dulu.

Ada Apa Dengan Coca-Cola? (Part 2)


Coca-Cola? Kalau aku buat entri pasal Coca-Cola beberapa bulan lepas (macam entri ni) pasti tiada yang akan "tersinggung" berbanding musim-musim kemurungan mutakhir ni.


Promosi Krismas, beli tiga botol Coca-Cola (atau adik-beradiknya; A&W Sarsaparilla, Sprite dan Fanta) berisipadu 1.5 liter atau 2 liter di premis-premis yang menyertai promosi ni, percuma satu set kutleri (sudu dan garpu) Coca-Cola.

Together-gether lagi syok!
Bagi hoarder pengumpul macam aku, peluang untuk mendapatkan benda-benda sebegini pasti tidak akan dilepaskan. Dan bagi mereka yang rajin menonton Pawn Stars dan Kings Of Restoration pastinya tahu barangan "memoribilia" berkaitan Coca-Cola mempunyai nilai estatika dan kolektibiliti yang tinggi.

Entri Mini: AADI @ 80k


Odometer AADI dah mencecah angka 80k, agak-agak sempat tak masuk kelab 100k (macam berteromber) sebelum 2013?

_____
Ada apa: Dah pernah minum myCola?

Ada Apa Dengan 2012 CK Music Year End Sale? (Part 2)


Antara "saguhati" yang diterima daripada Bro Amizan bersama-sama harta rampasan perang terbaru dari CK Music Year End Sale (YES) - beberapa katalog YES, Zoom handy recorder, Zoom effect & amp simulator dan Zoom 2012 product.


Okela, masih ada masa untuk aku tolong mempromosikan YES dan produk Zoom di kalangan rakan-rakan ahli muzik sekitar Bintulu ni sebelum 2012 melabuhkan tirainya.

GAS aku dah reda... GAS anda bila lagi?

_____
Ada apa: Duta tak bertauliah CK Music?

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 2)


[Nanasmania] Dua tahun lepas aku pernah buat entri pasal jus nanas F&N Fruit Tree, aku perasan tahun ni ia didatangkan dengan label baru (face lift) yang lebih menarik, tapi masih mengekalkan tin jenis keras.

"Tahukah anda? Nenas nanas segar mengandungi enzim bromelain yang membantu memecah protein, ia biasanya digunakan dalam perapan untuk menghasilkan hidangan daging yang empuk dan lazat."
- Hype dari tin.

Dan jus nanas F&N Fruit Tree ni masih lagi menjadi penanda aras (benchmark) untuk jus nanas dalam tin kegemaranku, selain Fontana (kategori kotak UHT).

_____
Ada apa: F&N ni geng Coca-Cola...

Antara Sarsi Dan Si Ampal


Picture of the day - Bila kali terakhir anda menggunakan mesin macam gambar di bawah ni (vending machine) untuk membeli minuman dalam tin?

Usang, tapi masih berfungsi.
Aku suka membeli minuman dari mesin ni kerana ia lebih sejuk dan murah (RM1.10) berbanding di kantin berdekatan (RM1.80).

Tapi tiap kali aku menggunakan mesin ni, pasti aku akan teringat satu babak dalam telefilem Orang Kita yang dibintangi oleh Abu Bakar Ellah (aka Ampal).


_____
Ada apa: Tapi tiada minuman berperisa nanas dijual...

Ada Apa Dengan Opening Season Gig 2013?


Poster dah naik...

Imej cilok.
Opening Season Gig, merupakan gig tahunan anjuran Bintulu Independent Music Movement seperti OSG2012 Februari lepas. Kali ni mungkin lebih "happening" berbanding sebelumnya, harap-harap penganjur tak lari, hehehe~

Metuk Ulau Project nak turut serta ke? Itu kena tunggu keputusan daripada lembaga pengarah (board of directors) Metuk Ulau Underground Voices terlebih dahulu...

_____
Ada apa: Scream *again* for me Bintulu?

Gary Moore - The Platinum Collection


CD kompilasi Gary Moore - The Platinum Collection, diperolehi beberapa bulan lepas dari Victoria Music, Amcorp Mall (bersama-sama Biru Mata Hitamku) terlepas pandang nak buat entri.

Simple cover art.
Dengan harga RM33.90 untuk kompilasi tiga CD (imported) aku rasa ia agak berbaloi. Kompilasi ni merupakan keluaran tahun 2006, maknanya ia bukanlah kompilasi yang "tumbuh bak cendawan lepas hujan" selepas kematian beliau tahun lepas.

Jarang dah jumpa jewel case macam ni.
Kompilasi yang mengandungi tiga CD memuatkan lagu-lagu terbaik Gary Moore sepanjang zaman yang diasingkan mengikut genre; CD pertama - rock, CD kedua - blues dan CD ketiga - live (visit Wikipedia for track listing).

(P)(C) 2006 Vokill Virgin Records Ltd. Distributed by EMI International.
Aku bukanlah peminat tegar Gary Moore ni, karya seni beliau yang aku miliki hanyalah album Still Got The Blues (dan beberapa mp3 sedut). Tapi lagu-lagu seperti Parisienne Walkways, Wild Frontiers, Over The Hill And Far Away dan Still Got The Blues memang antara lagu-lagu yang menggamet memori. Dengan adanya kompilasi ni, aku dapat menikmati beberapa karya agung (masterpiece) beliau tanpa perlu mengumpul semua diskografi (belum sampai tahap tu lagi).

Gambar cilok.
Ya, selain Adrian Smith, Gary Moore juga merupakan antara pengaruh kenapa aku minat dan menggunakan gitar jenis Les Paul (walaupun aku hanya mampu memiliki versi Epiphone sahaja). Dan beliau juga membuktikan bahawa solo-solo gitar yang hebat tidak semestinya jenis "shredding" laju gila babi beratus-ratus bpm.

_____
Ada apa: Huh! Ada orang beli Les Paul Custom wooo~

Wordless Wednesday: 12.12.12 12:12




_____
Ada apa: 18.12.12?

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 7)


Pic of the day - Oke aku tau gambar penutup pembetung (manhole cover) di bawah ni bukanlah papan tanda, tapi aku tak terfikir tajuk lain yang sesuai untuk entri ni.

DBKK?
Lokasi gambar ni ialah di depan pasaraya F, Medan Jaya Bintulu. Adakah DBKK yang dimaksudkan ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu? Jika betul, macam mana boleh sesat ke Bintulu? Atau adakah ia di bawah selenggaraan pihak DBKK? Hehehe...

_____
Ada apa: Apa lagi maksud lain untuk DBKK?

Ada Apa Dengan Rubaaaly? (Part 2)


Entri minuman "berjenama lucu" lagi sekali - Rubaaaly, kali ni berperisa biabas jambu batu merah (pink guava). Pink = merah jambu, eh?


Rasanya? Lebih kurang macam rasa sirap/kordial bancuh... Tapi ia cuma "pink guava drink" dan bukannya "pink guava juice", jadi tak perlulah aku komplen lebih-lebih pasal rasanya yang tiada apa-apa keistimewaan.

_____
Ada apa: Biabas?

Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised! (Part 3)


By popular requests, aku memuatnaik satu lagi video persembahan Metuk Ulau Project (MUP) semasa Oktoberfest yang lepas - Tears Of The Dragon (Bruce Dickinson cover, aka "lagu naga").


All out solo by Azrol @2:54!

Walaupun ramai pengunjung yang tak pernah dengar lagu ni tapi ia merupakan antara lagu yang "enjoyable" sebab ada part reggae @4:10. Seperti biasa, video adalah hakmilik Korawk (© 2012 Noise Of Borneo?).

_____
Ada apa: Patutnya tajuk Maidenised entri ni diganti dengan Dickinsonised sebab ini bukan lagu Iron Maiden.

Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised! (Part 2)


Dah hampir dua bulan baru aku "ada masa" memuatnaik video persembahan Metuk Ulau Project (MUP) semasa Oktoberfest lepas. Itupun aku hanya memuatnaik satu video sahaja (kes nak jimat bandwidth) iaitu semasa lagu The Trooper (aka "a better song").

  • @2:05 solo yang selalu salah semasa jamming, akhirnya menjadi ;) terima kasih Danny Gill.
  • @2:49 mencari chords yang hilang.
Video adalah hakmilik Korawk (© 2012 Noise Of Borneo?) dan ia menjadi sebahagian daripada arkib Metuk Ulau Underground Voices (MUUV).

_____
Ada apa: @4:05 Terima kasih~

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 7)


Bungkusan poslaju yang sepatutnya sampai petang semalam (Rabu 5/12/2012) tetapi hanya diterima pagi tadi, dengan alasan "unable to deliver the item due to missed delivery". Tapi tak mengapalah, bukannya nak guna segera pun benda di dalamnya.

Bungkusan yang terima dari Music Master Studio (MMS) ni berisi dua buah pikap (kombo) gitar jenama DiMarzio. Kebetulan MMS pun ada buat promosi pikap DiMarzio untuk Year End Sale (YES) mereka. Hampir kesemua model pikap humbucker DiMarzio dijual pada harga rata RM299, manakala RM199 untuk singlecoil (check-out prices here).

Liquifire DP227, Crunch Lab DP228.
Kombo yang aku maksudkan ialah Liquifire dan Crunch Lab (aka John Petrucci set). Sebenarnya kombo ni dipesan oleh seorang rakan gitaris Bintulu yang meminati Petrucci dan Dream Theater. Aku? Aku juga ada memasan kombo lain (personal) yang akan menyusul kemudian - Air Norton DP193 dan D-Activator DP220.

Still sealed, of course distributed in Malaysia by JS Music.
Kebelakangan ni aku dah agak melencong ke arah kem DiMarzio berbanding kem lain (terutamanya Tesla). Dua buah gitar utama aku juga masing-masing menggunakan DiMarzio dengan kombo yang menarik:
Hanya Mirage sahaja yang masih setia dalam kem Tesla. Itupun kalau dapat tahan godaan racun DiMarzio YES MMS ni... Silap-silap ada juga TERpesan DiMarzio Velvet/Area/HS series ni nanti.

_____
Ada apa: Credits to Gapster for another smooth transaction.

Wordless Wednesday: Blood Drunk!





_____
Ada apa: Dah lama aku tak derma darah, kali terakhir penghujung 2009...

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 6)


Agak-agak papan tanda di bawah ni ada kesilapan tak?

Lokasi: depan Marrybrown Mukah.
Daripada apa yang aku perhatikan semenjak selalu ke Mukah beberapa tahun ni, terdapat banyak premis yang menjual fabrik dan tekstil di bandar Mukah ni berbanding Bintulu, murah dan banyak pilihan...

_____
Ada apa: Franchise Shah Rukh Khan?

Blaze Bayley - The King Of Metal


Ikut pengalaman aku, memang susah mencari album-album Blaze Bayley dengan harga yang murah di eBay. Sekiranya terjumpa dalam lingkungan harga RM40-60 (termasuk pos) kira dah murah dah tu. Jumaat lepas (30/11/2012) aku menerima bungkusan dari US berisi CD album studio terbaru Blaze Bayley - The King Of Metal (not to be confused with Kings Of Metal by Manowar).


eBay purchase info
  • Purchased from: get_importcds
  • Location: US
  • Condition: new and sealed
  • Price paid: US$14.42+2.95 (RM55.19)
  • Ordered: 7/11/2012
  • Received: 30/11/2012
  • Label: (C) (P) 2012 Blaze Bayley Recording
  • Made in: EU (UK la kot?)
  • Distributed by: Plastic Head Music Distribution Ltd.
Produced by Blaze Bayley himself.
Tracklist
  1. The King Of Metal
  2. Dimebag (tribute to Dimebag Darrel?)
  3. The Black Country
  4. The Rainbow Fades To Black (tribute to Ronnie James Dio?)
  5. Fate
  6. One More Step
  7. Fighter (lagu ni ada rentak seakan-akan joget)
  8. Judge Me
  9. Difficult
  10. Beginning
Gitar bentuk ML yang sinonim dengan Dimebag.
Rainbow and corna...
Aku berasa sedikit hampa dengan album kali ni, lagu-lagunya agak kurang "menyengat" dan kurang "berat" berbanding album-album semasa bersama kugiran Blaze Bayley (The Man Who Would Not Die, Promise And Terror) mahupun Blaze (Silicon Messiah, Tenth Dimension, Blood And Believe). Tetapi solo-solo gitar dalam beberapa lagu agak menarik.


Dalam banyak-banyak lagu dalam album ni (selepas 2-3 kali ulang dengar) hanya One More Step yang aku rasa agak "berhantu" mungkin disebabkan lagu ini dinyanyikan dengan penuh emosi. Tapi sebagai pengumpul koleksi diskografi Blaze Bayley yang selalunya tahap "rare", aku bangga memiliki album ini...

Up the Blaze! \m/

_____
Ada apa: Promise And Terror masih lagi album Blaze Bayley kegemaranku setakat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) acoustic (9) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (128) amplitude music (3) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (122) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (45) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (62) console games (7) converse (3) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (33) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (3) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (226) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (83) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (30) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (141) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (18) footwear (2) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (76) gigrig (10) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (16) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (643) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (58) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (182) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (9) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (263) kazanna (1) kempen (35) kerja (74) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (19) kkdn (6) koleksi (288) konsert (84) kopi (22) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (15) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (5) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (339) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (24) new album (27) new gear (166) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (64) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (25) pedal/stompbox (281) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (106) planet waves (9) playstation (9) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (14) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (42) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (22) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (23) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) slipgate (4) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (25) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (4) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (20) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (242) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (105) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger