Mini 4WD Madness


Masih ingat dengan anime Dash! Yonkuro yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu? Anime yang menaikkan nama permainan kereta mini 4WD pertengahan 90an dulu. Walaupun aku tak berapa mengikuti anime (atau manga) tersebut, tapi aku masih terkena tempias-tempiasnya.

Aku masih lagi menyimpan dua buah kereta mini 4WD versi Tamiya ni (waktu rajin menyelongkar arkib minggu lepas). Kedua-dua model ni aku masih simpan disebabkan ia merupakan hadiah daripada amoi pen-pal aku dari Hong Kong, *Venus Chang (pen-pal woo~ waktu tu belum wujud muka buku laman sosial).

Big Bang Ghost - merupakan hadiah sempena harijadi aku yang ke-16.

Beak Spider - yang ni aku order dari Hong Kong melalui pen-pal tadi,
sebab susah nak cari model ni di tempat aku (ketika itu).

Aku juga pernah memiliki Magnum Saber (putih), Sonic Saber (hitam), Avante Jr. dan Toyota RAV4 versi Auldey yang digunakan untuk "bertarung" dengan rakan-rakan. Versi Auldey memang murah cuma RM15-20 per model dan mudah didapati di kedai runcit berdekatan berbanding versi Tamiya yang mencecah RM50 dan hanya boleh didapati di premis-premis hobi dan permainan sahaja.

Dan mungkin disebabkan versi Auldey tu murah sebab tu tak tau ke mana dah lesapnya keempat-empat model tu. Mungkin dah ditapau oleh anak-anak buah aku kot waktu aku masuk USM dulu...

_____
Ada apa: *Btw, aku masih lagi berhubung dengan pen-pal aku ni sampai sekarang, tapi cuma guna Facebook la...

Antara NAMM 2012, Jackson Dan Adrian Smith


Nak beli gitar ke bang? Lebar je senyum tu...

Image from Jackson Guitars blog.

_____
Ada apa: Korawk, 2012 tahun Jackson, hehehe...

Antara Tesla, Hashtag Music Dan Lowyat.Net


Berita baik kepada mereka yang ingin mendapatkan pikap-pikap jenama Tesla di Malaysia. Kini ia boleh didapati kembali di LYN Street Mart. Kali ni ia bukan diusahakan oleh ashportal, tapi oleh user soad_vs_incubus di bawah nama Hashtag Music (002094542-H) yang katanya merupakan pengedar Tesla di Malaysia.

Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal sedikit berbanding harga yang pernah ditawarkan oleh ashportal dulu, tapi sekurang-kurangnya ia masih lagi berbaloi dan sedikit murah jika dibandingkan dengan membelinya dari SV Guitars (with the forex, customs and SG-MY hassles) seperti yang pernah aku alami beberapa bulan lepas.

Ada masa nanti mungkin aku akan cuba order VR-Nitro, Opus-1 dan/atau Plasma-7. Korawk, ada berminat dengan mana-mana pikap Tesla secara spesifik? Manalah tau nanti kita boleh order sekali...

_____
Ada apa: Up the Tesla!

Ada Apa Dengan Utopia?


Dulu zaman aku kerja di Penang sekitar 2002-2005, boleh kira rajin juga aku beli majalah Gempak dan anak-anaknya Utopia dan Hype! Waktu tu harganya RM3.80, sekarang aku tak pasti, wujud lagi ke majalah-majalah Gempak, Utopia dan Hype! ni?

Disebabkan terlampau banyak nak bawa balik Sabah, aku cuma memilih beberapa isu tertentu Gempak, Utopia dan Hype! untuk disimpan dalam arkib, selebihnya aku jual dengan apek "surat kabar lama" hahaha!~

Antara isu Utopia yang masih aku simpan ialah isu no. 20 ni keluaran 15/10/2003 dengan hype "da otai Metal kembali". Tak lain tak bukan cerita pasal Iron Maiden yang waktu tu meletup dengan album studio ke-13 mereka iaitu Dance Of Death setelah hampir tiga tahun menyepi.

Tak banyak pun cerita pasal Iron Maiden dalam majalah ni dengan info-info biasa (yang sesuai untuk mereka yang tidak mengenali Iron Maiden) seperti sejarah penubuhan, cerita pasal Di'Anno, Dickinson dan Bayley, isu nombor 666, album-album, Eddie dan line-up terkini yang dipadatkan dalam dua muka surat.

Tapi yang best mengenai isu ni ialah percuma poster yang tak berapa besar line-up Iron Maiden, back-to-back dengan poster Linkin Park (sorry Linkin Park). Poster yang entah berapa kali aku tampal dan kopek semula bila pindah rumah lain. Sekarang poster tu masih ada dalam kotak bersama poster-poster lain yang sekarang dah tak berapa sesuai ditampal pada dinding rumah kelamin. Ada masa nanti aku buat entri lain pasal poster (yang sempat diselamatkan).

_____
Ada apa: U-topia - Mithali Cintaku.

Ada Apa Dengan PC Gamer? (Part 3)


Antara majalah perkomputeran yang ada dalam simpanan arkib aku di kampung (habis aku selongkar) ialah majalah PC Gamer Malaysia. Disebabkan majalah PC Gamer Malaysia telah menamatkan "perkhidmatan"nya dengan isu terakhir Disember 2011, jadi sebagai penghormatan (tribute) aku akan buat beberapa entri ringkas mengenai isu-isu lama PC Gamer Malaysia yang ada dalam simpananku secara berperingkat-peringkat.

Aku mula minat membeli PC Gamer Malaysia ni kalau tak silap pertengahan tahun 2004 (walaupun ia dilancarkan pada tahun 2003). Tapi aku membelinya bukanlah dengan kekerapan bulanan seperti CHIP Magazine, aku cuma akan beli isu-isu tertentu sahaja yang menarik perhatianku terutamanya kalau ada info, berita atau ulasan mengenai game terbaru yang aku minat atau bakal diminati terutamanya yang bergenre FPS.

Antara isu PC Gamer Malaysia yang berkaitan dengan game Half-Life 2.
Yang depan sekali tu PC Gamer UK, sebab tu berbeza sedikit.

Dan seperti majalah-majalah perkomputeran yang lain, PC Gamer Malaysia juga menyediakan ruangan khas untuk ulasan perkakasan (hardware) terbaru yang dicipta khas untuk PC gaming terutamanya display card, processor dan motherboard, sama ada dicedok bulat-bulat dari isu PC Gamer UK atau ulasan editor tempatan. Biasanya ulasan-ulasan sebegini akan dijadikan rujukan oleh gamers diluar sana.

Andai kata, ada antara editor PC Gamer Malaysia atau kakitangan Velocity Media Sdn. Bhd. terbaca entri ni - well guys, you've done a great job! Thanks for the great infos about PC gaming you've reviewed in PC Gamer Malaysia all these years...

[Tribute to PC Gamer Malaysia entry #1]

_____
Ada apa: PC Gaming isn't dead!

Antara MASwings, Cuti CNY Dan Dunkin' Donuts


Menghabiskan cuti hujung minggu dan cuti CNY dengan bercuti balik Sabah menggunakan tiket tahunan (PP Bil. 22/2008). Tahun ni ada sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ni dah layak tempah tiket tahunan untuk dua orang, tahun depan insya-Allah untuk tiga orang pula.

Naik MASwings je...

Teringat gambar kipas pesawat
dalam entri Adi Herman tak lama dulu.

Dah kebetulan ada kemudahan tiket tahunan, pakai sajalah kan? Lagipun sekali-sekala balik Sabah naik belon kapalterbang pun agak santai dan rileks juga, lebih-lebih lagi kali pertama terbang bersama Mrs. Ijau. Lagipun penerbangan dari Bintulu ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa 1 jam 15 minit.

Sempat mengintai Dunkin' Donuts di T1 KKIA.

Disebabkan line 3G di kampung aku agak terbatas dan lambat, sebab tu beberapa hari yang lepas aku macam malas nak buat entri blog, hehehe... Tapi tak apa, aku dah selongkar arkib dan koleksi lama aku di kampung, ada banyak benda yang boleh dibuatkan entri blog.

_____
Ada apa: Macam mana agaknya nanti kalau balik bertiga ye?

Guitar Talk: Ibanez S670SE


Sebenarnya kalau gitar-gitar superstrat Ibanez, aku lebih suka Road Gear (RG) series berbanding Saber (S) series. Kali ni nak cerita merapu sedikit pasal model S670SE, merupakan model keluaran 2008 yang katanya hanya untuk pasaran Jepun.

Imej Wikia.

Antara yang membuatkan S670SE ni menarik ialah:

  • Sleek body, nipis trademark S series.
  • Made in Korea for Japan market only.
  • Mahogany body with bound swirled ebony top yang agak mengiurkan.
  • Oval inlays.
  • Ibanez ZR (zero resistant) bridge with ZPS2.
  • Cosmo black hardware.

Yummy swirl ~ Imej Ishibashi.

Dan seperti Saber series (pre-2011 models) yang lain, ia hanya memiliki 22-fret. Kenapa pula tiba-tiba cerita pasal S670SE ni?

[Entri Mini] Selamat Tahun Naga

[Edited @ 6.45 pm] AADI ingin mengucapkan selamat bertahun naga kepada pembaca blog AADI terutama yang menyambut CNY esok. Terimalah lagu rasmi "naga" daripada Kapten Bruce & C0. sebagai hiburan kita bersama...

Lagu ni dah jadi antara lagu wajib untuk sessi jamming Hepi ;) mahupun Metuk Ulau Projekt.

_____
Ada apa: Bro Sub, ada apa-apa info tambahan untuk model S670SE ni tak?

Ada Apa Dengan Muruku Popo? (Part 4)


Aha! Entri pasal Muruku Popo lagi! Kali ni bukan aku beli, tapi aku dapat lepas bahagi-bahagikan hamper hadiah Karnival Sukan, memang aku dah target Muruku Popo ni dulu berbanding makanan lain.

Ini merupakan perisa original tapi dalam bentuk pukal yang berisi 40 paket kecil (15 gram), seperti yang tergantung di kedai-kedai runcit atau restoran mamak yang selalu kita beli waktu kecil dulu, ingat tak?

Nah ini dia paket kecil 15 gram yang suatu ketika dahulu harganya hanyalah 10-20 sen sahaja. Nampaknya kegilaan entri Muruku Popo ni sedikit sebanyak dah menular di kalangan geng-geng bloggers terutamanya Muspeed. Yustech pun pernah ada cameo appearance Muruku Popo ni dalam entrinya (aku lupa entri yang mana satu, nanti kalau dah jumpa aku letak link).

Dengan ini, apa-apa entri yang berkaitan dengan Muruku Popo aku labelkan sebagai Popomania!

_____
Ada apa: Petang ni flight BTU-BKI, cuti-cuti Malaysia...

Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (Part 2)


Bungkusan dari UK yang sampai serentak dengan bungkusan The Best Of Bruce Dickinson semalam. Pastinya berisi CD yang dibeli dari eBay...

Ia berisi CD album studio ke-14 Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (AMOLAD). Ya, aku dah ada CD ni (Malaysian press) kenapa beli lagi?

eBay purchase info

  • Purchased from: musicvirgin
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £5.00+3.20 (RM41.58) menang bid
  • Ordered: 14/12/2011
  • Received: 18/1/2012
  • Label: (P)(C) 2006 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Made in: EU (Germany?)
  • Distributor: EMI Records Ltd.

Kenapa aku beli lagi? Sebab ini merupakan versi limited edition with slipcase yang mengandungi bonus DVD.

Dalam bonus DVD ni mengandungi dokumentari "The Making Of A Matter Of Life And Death" berupa cerita di sebalik tabir pembikinan album AMOLAD ni serta temuramah dengan ahli kumpulan sepanjang proses rakaman di studio bersama Kevin "Caveman" Shirley.

Selain itu, ia juga mengandungi videoclip lagu The Reincarnation Of Benjamin Breeg, persembahan studio lagu Different World dan galeri foto. Memang best kalau ada studio jamming rakaman macam dalam video clip tu, siap ada isolation chambers lagi.

Bertambah lagi koleksi CD/DVD Iron Maiden aku...

_____
Ada apa: Hehe, lupa... Up the Irons! \m/

Bruce Dickinson - The Best Of


Dah lama aku tak order CD dari eBay, kali terakhir ialah Tooth And Nail bulan Oktober lepas. Pertengahan Disember lepas aku ada order tiga CD eBay, dua daripadanya baru sampai pagi tadi setelah hampir sebulan lebih menunggu.

CD eBay kali ni ialah album kompilasi The Best Of Bruce Dickinson. Aku order versi double CD yang agak rare, berbanding versi single CD, versi double CD ni agak susah nak cari di pasaran eBay pada harga yang murah, selalunya RM50 ke atas. Setelah sekian lama menunggu peluang, akhirnya aku bernasib baik sebab dapat CD kompilasi ni dengan harga RM30+ (termasuk kos pos).

eBay purchase info

  • Purchased from: martin3316
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.20+3.00 (RM31.45) menang bid
  • Ordered: 19/12/2011
  • Received: 18/1/2012
  • Label: (P)(C) 2001 Duellist Holdings Ltd.
  • Made in: England
  • Distributor: Sanctuary Record Group Ltd.

Walaupun berstatus used, tapi inlay dan kedua-dua CDnya masih lagi dalam keadaan yang amat memuaskan.

Tracklist

Disc 1 - the best of Bruce Dickinson

  1. Broken
  2. Tattooed Millionaire
  3. Laughing In The Hiding Bush (live)
  4. Tears Of The Dragon
  5. The Tower
  6. Born In '58
  7. Accident Of Birth
  8. Silver Wings
  9. Darkside Of Aquarius
  10. Chemical Wedding
  11. Back From The Edge
  12. Road To Hell
  13. Book Of Thel (live)

Disc 2 - Special edition, tracks from the vaults

  1. Bring Your Daughter... To The Slaughter (original soundtrack version)
  2. Darkness Be My Friend
  3. Wicker Man (rec. 1997) <- not to be confused with Iron Maiden's Wicker Man
  4. Real World
  5. Acoustic Song
  6. No Way Out... Continued
  7. Midnight Jam
  8. Man Of Sorrows <- extended version
  9. Ballad Of Mutt
  10. Re-Entry
  11. I'm In A Band With An Italian Drummer
  12. Jerusalem (live)
  13. The Voice Of Crube <- cakap-cakap 13 minit
  14. Dracula

My favourite song on Disc 2.

What's so special about this compilation? Yang istimewa ada pada disc 2, mengandungi lagu-lagu yang agak rare.

Aku dah ada semua CD album studio Bruce Dickinson, tapi bukan semua lagu dalam album-album tu best (kecuali album Tyranny Of Souls). Jadi album kompilasi macam the best of ni amat sesuai untuk dipasang semasa pemanduan jarak jauh mahupun dekat.

_____
Ada apa: Album apa yang ada lagu Tears Of The Dragon orchestral version?

Ada Apa Dengan HWM?


Satu daripada majalah yang agak rajin aku beli suatu ketika dahulu, tapi bukan pada kekerapan sebulan sekali macam PC Gamer Malaysia dan CHIP Malaysia, tapi beli bila rasa-rasa nak upgrade PC atau nak survey kelengkapan ICT lain - Hardware Magazine Malaysia aka HWM Malaysia, majalah rasmi Plaza Low Yat.

Tertarik dengan entri aku sendiri pasal display card beberapa hari lepas, aku cuba mendapatkan majalah ni di Popular Parkcity Mall Bintulu untuk mengetahui perkembangan teknologi gaming hardware terkini terutamanya display card dan motherboard.

Disebabkan keluaran Januari 2012 belum ada lagi (di Bintulu), jadi aku beli keluaran Disember 2011 dengan pakej merah (file/folder) yang agak menarik sempena sambutan Krismas - majalah HWM, Christmas gift guide dan katalog printer Canon.

Hah! Memang ketara aku dah jauh ketinggalan dari segi gaming hardware info... Kali terakhir aku follow-up setahu aku teknologi SLI/CrossFire cuma boleh support dua display card, sekarang ni dah boleh support sampai empat! Damn!~ Motherboard Gigabyte Z68X-UD7-B3 tu pun dah nampak macam dah guna teknologi Protoss.

Satu kelebihan majalah HWM ni berbanding majalah ICT Malaysia yang lain (CHIP, Max It), ia biasanya 2-3 kali lebih tebal (ikut musim) pada harga RM14 senaskah (harga Bintulu). Btw, aku langsung tak suka membaca majalah ICT yang berbahasa Melayu, jika anda juga seorang geek, pastinya anda akan tahu kenapa...

_____
Ada apa: Bahan bacaan berwarna-warni dan tebal macam ni memang sesuai dibaca ketika berada di dalam tandas.

The Pick, The Pawn And The Polish


Apa akan jadi bila tiga rancangan TV realiti kegemaranku di History (Astro channel 555) berkolaborasi pada malam yang sama?

The Pick - American Pickers aka The Pickers.

The Pawn - Pawn Stars (mana Chumlee?)

The Polish - Kings Of Restoration.

Hahaha, tiga episod "back-to-back" dan "cross-reference", semuanya gara-gara nak mencari 1957 Chevy 150 untuk dihadiahkan kepada The Old Man sempena ulang tahunnya yang ke-70.

As a fellow hoarder collector, aku memang suka rancangan macam ni. Benda yang "buruk" kadang-kadang nilainya mencecah empat digit. Kadang-kadang macam main game RPG la pula (Diablo, Baldur's Gate, Icewind Dale, Neverwinter Nights), bawa "unidentified" item jumpa pakar untuk mengetahui nama, jenis, fungsi dan nilai sebenar item tersebut.

_____

Selain tiga rancangan TV realiti di atas, antara rancangan TV lain di History yang aku suka ialah Top Shop Shot (bila nak keluar season 3?), Hidden Cities, Modern Marvels, dan apa-apa rancangan atau dokumentari yang berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.

Ice Road Truckers dan IRT Deadliest Roads kadang-kadang je aku tengok, itu pun pasal faktor Lisa Kelly.

All images linked from History website.

_____
Ada apa: Swamp People? Nah~ rancangan tu si Korawk saja yang suka.

Fifth Blogger's Anniversary


15/1/2012 - AADI turns five today! Terima kasih atas sokongan (komen) anda semua, terutamanya kepada geng-geng bloggers...

"You're (the readers) awesome!"
VT Rajendar, sekadar gambar hiasan (link).

Get your own free Blogoversary button!

_____
Ada apa: Untuk 2012, ada apa lagi dengan Ijau?

PC Talk: Radeon Or GeForce?


Kebelakangan ni atas provokasi Gamer Sayur, sedikit sebanyak aku telah kembali mengaktifkan "gamer mode" aku yang dah lama agak dorman. Seperti yang aku merapu dalam entri PC Games VS Graphic Card tahun lepas, setiap kali ada game baru yang perlukan powerful graphic processor, setiap kali juga gamers akan dalam dilema - nak upgrade display card atau tak?

Nak masuk kem AMD Radeon?

Atau kem nVidia GeForce?

Cerita pasal display card, berikut senarai display card yang pernah aku pakai (dan sedikit sebanyak sejarahnya) semenjak aku jadi PC gamer:

1) 1997-1998 - Tseng Lab ET6000 PCI. Waktu aku mula-mula beli customised PC, inilah display card yang aku guna. Waktu tu display card 4MB VRAM sudah kira hebat, dah boleh support full motion VCD tanpa perlukan MPEG card tambahan.

Tseng Lab ET6000 PCI, imej Wikipedia.

2) 1999 - Diamond Monster 3D add-on PCI 3D card (3dfx Voodoo2 chipset) + S3 ViRGE built-in. Yang ni aku pinjam member punya, kebetulan dia balik kampung cuti semester dan PCnya tinggal di rumah aku. Pengalaman pertama main PC game dengan grafik 3D yang hebat (ketika itu).

Generic 3Dfx Voodoo 2 PCI add-on card, imej Wikipedia.

3) 1999-2000 - Gigabyte (lupa apa model) with Intel 740 chipset. Display card pertama aku yang menggunakan AGP bus. Aku beli waktu PC Fair 1999 di Dome Komtar, Penang. Disebabkan heatsink display card ni cepat panas dan tidak disertakan dengan kipas, aku modified tambah kipas tambahan yang diambil daripada heatsink CPU lama bersaiz 486 - kira DIY-mod pertama yang aku buat ketika itu.

Generic Intel 740 AGP card, imej Wikipedia.

4) 2001-2003 - Generic nVidia Riva TNT2. Ketika itu display card dengan 32MB VRAM dah boleh kira tahap dewa.

5) 2003-2004 - Generic GeForce4 MX 440. Aku tak sempat merasa guna GeForce 256, GeForce 2 series dan GeForce 3 series, lepas Riva TNT2 aku upgrade terus kepada GeForce 4 series.

6) 2004 - GeCube Radeon 9200SE. Sempat guna display card ni sekejap saja, pada mulanya nak guna Radeon 9800 tapi harganya waktu itu memang mahal.

7) 2004 - Gigabyte GV-N55128D (GeForce FX5500 chipset). Lepas guna Radeon 9200SE, aku guna display card ni, ia juga mengalami nasib yang sama seperti Radeon 9200 aku guna beberapa bulan saja. Tapi disebabkan ketika itu aku bekerja di premis servis komputer, aku mempunyai kelebihan untuk "memandu-uji" setiap display card yang ada dalam stok sebelum membelinya.

8) 2004-2007 - Gigabyte GV-R966128D (Radeon 9550 chipset). Kes tak puas hati dengan Radeon 9200 dan FX5500, aku upgrade terus kepada Radeon 9550 yang pada ketika itu agak ekonomi (berbanding Radeon 9800) dan cukup untuk memainkan game 3D yang ada di pasaran ketika itu. Sama seperti kes i740, heatsink display card ni tidak mempunyai kipas. Some DIY-mod required.

9) 2007 - Galaxy GeForce FX5500. Pengganti kepada GV-R966128D yang tiba-tiba bermasalah penghujung tahun 2007. Sempat guna beberapa bulan sebelum aku upgrade PC dari sistem Pentium 4 yang menggunakan display AGP kepada sistem AMD Athlon 64 X2 yang menggunakan display PCI express (PCIe).

10) 2007-2008 - Inno3D GeForce 7100GS . Display card pertama aku yang menggunakan PCI express (PCIe). Yang ni boleh dikatakan display card sementara, sebab dah terlebih bajet waktu beli CPU AMD Athlon 64 X2, motherboard Abit AN52S, DDR2 RAM dan casing baru, upgrade semata-mata pasal nak main Crysis.

11) 2008-kini - Gigabyte GV-N95TOC-512l (GeForce 9500 GT chipset). Pengganti kepada GeForce 7100GS tadi, upgrade semata-mata pasal nak main Fallout 3 dan Far Cry 2. Sehingga kini aku masih lagi menggunakan display card ni, dan ia masih lagi mampu memainkan game semasa (Fallout: New Vegas, Starcraft II: Wings Of Liberty, Prince Of Persia: The Forgotten Sands, F3AR), walaupun kadang-kadang terpaksa menggunakan low setting untuk beberapa game.

Trivia:

  1. Nampaknya aku memang lebih cenderung kepada jenama Gigabyte.
  2. Display card boleh bertahan (dari segi kepuasan) purata dua tahun.
  3. Korang ingat aku suka bertukar-tukar gitar je? Sebelum ni sama juga kesnya dengan display card, hahaha!~

Game on!

_____
Ada apa: Adakah tahun 2012 ni tahun gaming?

F3AR Mode


Tak lama dahulu Gamer Sayur ada buat ulasan ringkas pasal game FEAR 3 ni (aka F3AR). Aku pun baru mula berjinak-jinak main game ni lepas habis main game Price Of Persia: The Forgotten Sands minggu lepas.

Siri-siri FEAR sebelum ni aku cuma sempat main FEAR sahaja, stand-alone expansions Extraction Point dan Perseus Mandate serta FEAR 2: Project Origin dan FEAR 2: Reborn semua tu aku tak sempat main.

Imej Wikipedia.

Walaupun game ni agak baru (released 21/7/2011), tapi ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding game FPS yang lain, antaranya:

  1. Masa loading yang sekejap.
  2. Tidak memerlukan graphic card yang canggih dan terkini (thanks to that heavily modified Despair Engine).
Aku masih menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (nVidia GeForce 9500 GT chipset) yang dah agak "ketinggalan zaman" untuk hardcore gamers, tapi tanpa perlu mengurangkan kualiti grafik aku masih lagi dapat memainkan game ni dengan lancar.

Imej Wikia.

Gameplay agak superb (minus the paranormal activities, aku dah tak takut dengan Alma), kadang-kadang senjata yang hebat bukanlah senjata yang sesuai - dengan hanya menggunakan riot-gear shield melee attack (kes kehabisan peluru), aku boleh kalahkan dua ekor orang phase commander.

Imej Wikia.

Kalau game jenis FPS aku lebih suka guna taktik kamikaze berbanding camping (sometimes it's proven to be "the only way" to overcome certain situation). Btw, aku main guna "fearless mode" difficulty, kadang-kadang sakit hati juga bila dikepung oleh scavengers terutamanya satu area di lapangan terbang Fairport dalam Interval 07, dah macam game Doom 3 pula rasanya.

This is madness!

[Edited @ 14/1/2012 2.00 am] Baru saja lepas menghabiskan game F3AR ni (fearless mode), aku agak terkejut dengan lagu yang mengiringi rolling credits, tak lain tak bukan lagu Danzig - Mother.

Hahaha... Memang sesuai la lagu Mother ni dengan ending F3AR, disebabkan Alma memang ibu kepada Point Man dan Fettel.

_____
Ada apa: Credits to Gamer Sayur.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 6)


Khamis (29/12/2011) - Waktu tengahari staff Jabatan SMS aku (yang sedang bercuti di rumah, esoknya nak balik Dalat), bagitau ada menerima bungkusan poslaju dari Johor untuk aku.

Kalau dari Johor tak lain tak bukan mesti Sandman Guitar, eh bukan lah! Aku tak ada order barang dari Sandman Guitar selepas Cool Cat Metal CM-1.

Bungkusan biru seperti bantal ni sebenarnya diterima daripada Jo @ NoobAxe Guitar (nice packaging bro), walaupun nama aku ditulis tak berapa betul, tapi sampai juga ye~ hehehe... Ini merupakan perolehan alatan kegitaran terakhir untuk tahun 2011.

Ia berisi Warwick Rockbag Deluxe RB 20505 B, gigbag untuk bass.

Sebenarnya aku tak "beli" Rockbag ni (bersama patch cable Planet Waves), tapi ber"sistem barter" dengan Jo, tukar-ganti (trade) dengan set pikap ESP LH-150 dan LS-120 yang baru dikeluarkan dari Mirage beberapa minggu lepas.

Walaupun nilai tukar-ganti (trade value) agak rendah disebabkan ia merupakan pikap-pikap stok (stock pickups), sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk menjualnya (dah macam Pawn Stars la pula).

Gigbag ni khas untuk Clover aku (Ibanez GSR200EX), sebelum ni guna gigbag Antler yang agak nipis. Nak kena main bass juga kalau ada masa lapang, kalau tak nanti jari-jemari terasa janggal terkial-kial dengan scale yang panjang.

Antara kelebihan gigbag ni selain tebal (walaupun tak setebal OGB Airline Blue), tahan lasak, mempunyai backstrap dan poket sampingan yang luas, ia juga mempunyai neck velcro strap (macam OGB) yang biasanya cuma terdapat pada gigbag jenis mahal. Hahaha kantoi kulat...

Hah Jo, nanti kalau dah ada stok Rockbag untuk gitar jangan lupa bagitau aku.

_____
Ada apa: Ritter untuk Explorer/Kelly tu nampak best, tapi nasib baik...

Ada Apa Dengan PC Gamer? (Part 2)


Kali terakhir aku membeli majalah PC Gamer Malaysia ni bulan Februari tahun lepas. Itu pun disebabkan ada liputan pasal game Duke Nukem Forever. Semalam waktu singgah di Popular, aku ternampak PC Gamer Malaysia isu Disember 2011 ni.

Sekali imbas muka depan ni memang aku tak berminat nak beli, sebab tak ada tajuk game atau hype yang menarik perhatian aku. Okela, mungkin aku ada berminat sikit cerita pasal Chris Avellone dan Lonesome Road (berkaitan dengan game Fallout: New Vegas ni), tapi bukan pasal tu yang aku nak highlight.

Ni hah! Final issue? Final issue apa kejadah?

Bila baca nota editor Simon Tan ni, baru aku paham apa yang dimaksudkan dengan final issue tadi. Aku taip semula perenggan ketiga:

"Okay, now for the bad news - this will be the final issue of PC Gamer Malaysia. After eight years, we've decided that it's no longer commercially viable to publish. PC gaming isn't dead however; it's just that local game distributor aren't willing to advertise and the desktop PC market has been stagnant for a while now. All this makes it very difficult to continue so unfortunately it's Game Over for the title."

Sedih juga bila dapat tau majalah yang suatu ketika dulu pernah menjadi bahan bacaan bulanan utama aku (selain Chip dan HWM) kini dah menamatkan "perkhidmatan"nya. Seingat aku, aku mula "gila" membeli PC Gamer Malaysia ni semenjak 2004 sehingga 2008, 2009 dah mula merosot sebab dah dapat hobi baru.

Jadi, sebagai seorang yang pernah menjadi pembaca setia majalah ni, aku membeli isu terakhir PC Gamer Malaysia ni sebagai koleksi kenang-kenangan yang bakal diarkibkan bersama-sama isu lama yang ada aku simpan.

So no more PC Gamer Malaysia for 2012...

_____
Ada apa: PC gaming isn't dead! (selagi ada Gamer Sayur, hehehe).

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger