Clover's Revenge


Bass aku Clover (GSR200EX) seolah-olah sedang membalas dendam "menyeksa" jari-jariku dengan skalanya yang panjang, disebabkan aku telah membiarkannya terperap dalam gigbag beberapa bulan semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt.

Dah biasa main skala 24.75" tiba-tiba main skala 34", perbezaan hampir 10" tu...

Menghabiskan masa tengah malam dengan bermain bass bersama-sama Pandora Mini, sebagai persedian sekiranya ada sessi jamming petang nanti.

Kali ni Bob Kandar ajak aku dan Azrol jamming sebagai 3-piece band Hepi ;) dan bukan sebagai entiti Metuk Ulau Projekt, disebabkan Adi Herman sedang sibuk dengan urusan kerja manakala Korawk pula dah "bersara" dari bermain muzik.

Jadi aku kembali menggalas tugas sebagai bassist/vocalist seperti zaman aku menggunakan Black Ice jamming di Hepi ;) makeshift studio dulu...

_____
Ada apa: Back to the start.

Sekitar Opening Season Gig 2012 (Part 3)


High quality version of the performance is now available, uploaded last night by Korawk.

Hehe aku masih lagi rasa malu sebab awal-awal lagi dah salah lirik lagu Wasted Years dan begitu "jerman" waktu lagu The Trooper.

Kira video ni tribute untuk si Korawk yang katanya telah membuat keputusan mandatori untuk berhenti sepenuhnya dari bermain muzik kerana mengejar "jiwa" baru.

Kami dari geng-geng Hepi ;), Metuk Ulau Projekt, Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) dan tak lupa blog AADI berharap semoga anda berbahagia dengan kehidupan dan "jiwa" baru anda, selamat maju jaya.

_____
Ada apa: This is madness!

Ada Apa Dengan Mee Udang?


Beberapa hari lepas Mrs. Ijau teringin nak makan makanan berasaskan udang, kes terliur tengok udang salai dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Harga udang di Bintulu ni hampir dua kali ganda mahalnya berbanding di Dalat. Teringin nak makan punya pasal, belilah juga...

Kali ni Mrs. Ijau merajinkan diri untuk memasak mee udang (ekstra udang) sebagai juadah makan malam. Rasanya lebih kurang macam mee goreng kuah berperisa udang, tapi mee goreng digantikan dengan mee kerinting dan dengan tambahan udang kering dan udang salai.

Kalau tiga ekor udang salai tak cukup untuk semangkuk mee udang tadi, ada lagi beberapa ekor udang salai ekstra. Aku sebenarnya tak berapa minat makan udang, kalau udang bersaiz kecil oke lagi, kalau udang sebesar penumbuk agak loya aku nak makan hehehe~

Cerita pasal udang, kalau tiba musim udang di kampung Mrs. Ijau, tangkapan satu malam sebaldi boleh mencecah sehingga 3-5 kilo. Memang hari-hari pekena udang; sarapan - mee goreng udang, makan tengahari - kari udang, kudapan petang - cucur udang, makan malam - udang salai, sup udang. But that was another story...

_____
Ada apa: Gila udang!

Ada Apa Dengan Fontana? (Part 3)


Minggu lepas terjumpa dengan beberapa perisa baru minuman berjenama Fontana (Προϊον Κυπρου) di pasaraya NWM dengan harga promosi RM2.99 per kotak 1 liter. Antara perisa yang membuatkan aku teringin untuk mencubanya ialah perisa "exotic 8 fruits nectar".

Exotic 8 fruits nectar - apple juice 16%, pineapple 10%, orange 9%, kiwi 0.5%, made from concentrated juices and peach 6%, banana 6%, mango 1.5%, guava 1%, pulp, water, sugar, malic and citric acid, flavouring and vitamins A, C, E.

Mula-mula membuka penutupnya, aku terhidu bau yang agak meloyakan, seakan-akan bau Fontana mixed vegetables juice yang pernah aku beli dulu. But smells can be deceiving... Bila dah meneguknya, rasanya teramat-amat kimochi~ hahaha! Lihat saja isi kandungannya, campuran lapan jenis jus buah-buahan eksotik yang pasti akan membuatkan reseptor rasa pada lidah anda tertanya-tanya rasa buah apakah ini?

_____
Ada apa: Next, Fontana ice tea lemon.

Guitar Talk: New LTD EC-256 Variant


Walaupun terdapat beberapa model/varian baru LTD untuk Musikmesse 2012, tapi satu varian ni menarik perhatian aku...

Imej link dari website ESP Guitars.

Untuk Summer/Fall 2011 tahun lepas, varian EC-256P diperkenalkan (P for P90 pickups). Kali ni dengan varian terbaru EC-256, non-distressed finishes - lemon drop (LD) and cherry sunburst (CSB). Lemon drop tu membuatkan aku GAS!

Kebelakangan ni aku agak GAS dengan gitar jenis single-cut selain Les Paul - Eclipse, ART, Zenox.

_____
Ada apa: On-hold...

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 3)


Bungkusan poslaju diterima pada hari Jumaat lepas (23/3/2012) beralamat dari Music Master Studio (MMS).

Ia berisi Electro-Harmonix Nano Pocket Metal Muff, antara pedal Metal yang dah sekian lama aku GAS untuk memilikinya (selain Metal Zone, Death Metal dan Fullbore Metal).

Sebenarnya pedal ni juga merupakan hasil rampasan perang jualan gila-gila akhir tahun MMS Disember lepas (selain Rockcase ular dan JB SH-4). Pembelian yang tertangguh sekian lama dan baru sekarang berpeluang melangsaikannya daripada Clement D. Gapnap (hmmm, nice new nick).

Pedal itself, manual, warranty card, Electro-Harmonix product catalog and some complimentary Awe-In-One picks (thanks Clem!).

Saiz Pocket Metal Muff ni lebih kurang sama dengan saiz Speedbox XXL. Semenjak dah ada UPC-424, aku mula berminat dengan pedal/stompbox yang bersaiz kecil disebabkan ruang dalaman UPC-424 yang amat terhad.

Kawalan yang ringkas terdiri daripada dua tombol VOL (volume level) dan DIST (gain level), dan satu suis SCOOP (HI, LO, OFF), amat sesuai bagi mereka yang jenis "plug & play" malas nak mencari bunyi peribadi (personal sound) seperti aku. Btw, apa itu scoop?

Kelebihan

  1. Dua tombol sahaja! Tak perlu bersusah payah membuang masa mencari bunyi yang dikehendaki. Pulas tombol VOL untuk volume dan pulas tombol DIST untuk gain (lebih kurang macam Distortion+). Nak variasi? Pilih sama ada OFF, LO atau HI pada suis SCOOP.
  2. "Logam berat" pada saiz yang kecil.
  3. Made in USA, pada harga made in China/Taiwan.

Tiada ruangan khas untuk bateri, terpaksa buka bahagian belakang pedal.

Kelemahan

  1. Dua tombol sahaja? Agak "terhad" bagi mereka yang suka bermain-main mencari konfigurasi bunyi peribadi (personal sound) yang dikehendaki.
  2. Tiada ruangan khas untuk bateri, terpaksa buka bahagian belakang pedal dengan pemutar skru untuk memasang atau menukar bateri. Sesuatu yang agak leceh jika berlaku ketika sedang jamming atau gig.

Video demo oleh Jack Black gearmanndude yang membandingkan antara Pocket Metal Muff dan abangnya Micro Metal Muff.

Pedal/stompbox distortion lain yang aku ada:

Tiga keping pick berjenama Awe-In-One "complimentary" dengan pembelian Pocket Metal Muff ni, agak janggal bagi aku menggunakan pick jenis macam ni, sama seperti pick Dunlop Tortex Fins. Jadi secara rasminya ketiga-tiga pick ni masuk dalam kotak koleksi pick aku (macam kumpul setem).

_____
Ada apa: GAS apa lagi lepas ni?

Masa Untuk Panik! (Part 4)


Agak gembira dan sedikit terkejut setelah mendapat berita yang rakan blogger kita saudara Muspeed sudah bergelar bapa pagi Khamis (22/3/2012) yang lepas.

Suatu "wake-up call" bagi aku yang nampaknya masih bersahaja padahal due date Mrs. Ijau dijangka pada awal bulan Mei nanti (insya-Allah). Aku ada masa tak sampai dua bulan untuk meyakinkan diri bahawa aku bakal mengalami situasi yang sama...

Memang persediaan tu dah ada, semenjak awal bulan Mac ni aku dan Mrs. Ijau dah mula meronda-ronda pasaraya dan premis yang ada menjual barangan bayi di Bintulu ni (tak banyak mana pun). Oh ya, tak lupa dengan barangan dari The Spring Kuching hujung bulan lepas.

Sebenarnya aku agak "blur" bab ni, jadi aku biarkan Mrs. Ijau yang uruskan pembelian barangan bayi, aku cuma jadi peneman, tukang angkat barang dan penjana dana sahaja.

Masa untuk panik datang lagi...

_____
Ada apa: Daddy 101.

KRU - The Great


KRU - The Great, 20 Tahun - Suatu Mania. Entah apa yang menyebabkan aku tergerak hati nak beli album kompilasi KRU ni di Speedy Video waktu ronda-ronda di The Spring Kuching beberapa minggu lepas. Mungkin disebabkan faktor nostalgia kot?

(P)(C) 2011 EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Dengan harga RM27.90 untuk kompilasi dengan tiga keping CD, kira berbaloi. Kompilasi lagu-lagu terbaik KRU dari awal penglibatan mereka 20 tahun lepas sehingga yang terkini.

Tracklist
Disc 1

  1. Hanya Kau
  2. 20/20
  3. Generasiku
  4. Cherrina
  5. Janji Tinggal Janji
  6. Mengerti
  7. Inikah Ertinya Cinta
  8. KRU Is Wild (Makin' My Stand)
  9. Awas! (LP mix)
  10. Di Dalam Dilema (Latin mix)
  11. Untukmu
  12. Negatif
  13. Malam Kita
  14. 2
  15. Emilia

Disc 2

  1. I'll Be Waiting
  2. Apa Saja
  3. Ooh! La! La!
  4. Semuanya Ok
  5. Balada Hati
  6. Fanatik (feat. Indigo & Elite)
  7. Getaran Jiwa (feat. Tan Sri P. Ramlee)
  8. Mania Medley
  9. The Way We Jam
  10. For You
  11. More Than Forever
  12. Jangan Lafazkan
  13. Penjunjung Namaku
  14. Luarbiasa
  15. Formula

Disc 3

  1. With U
  2. Bidadari
  3. Saat Kupejamkan Mata
  4. Impak Maksima
  5. Sayang
  6. Perpisahan Terasing
  7. Mahaguru
  8. Babe
  9. Di Hatimu
  10. Terhangat Di Pasaran
  11. Gerenti Beres (feat. Adam)
  12. C'mon Lah
  13. Buat Hal Lagi
  14. Ya Habibati
  15. Ganas

KRU (Norman, Yusry dan Edry) - Antara artis Malaysia yang sinonim dengan kreativiti, inovasi, kontroversi dan isu sensasi - dari isu "mania" yang digam oleh Tok Mat, isu kontroversi vokal P. Ramlee dalam Getaran Jiwa, gambar hangat Edry dan Linda Rafar, isu Tyco, Yusry/Erra, KRU Studio, Cicakman, Hikayat Merong Mahawangsa, Edriqa (Edry dan *Pqot Thundergirl Iqa Mentor), Yusry/Lisa dan banyak lagi yang aku mungkin tak tau...

Aku tak tau nak ulas apa lagi pasal kompilasi KRU ni, walaupun aku bukanlah peminat tegar KRU tapi lagu-lagu mereka terutamanya dari era 90'an (especially ReKRUed era) sedikit sebanyak menggamet kembali memori aku ketika di sekolah menengah. Dan kadang-kadang teringin nak jadikan lagu Mengerti atau Fanatik (versi Dr. Kronik) sebagai lagu projek waktu sessi jamming Metuk Ulau Projekt akan datang.

Jom karaoke lagu Mengerti sama-sama hahaha!~

Aku cuba cari videoklip lagu 20/20 di YouTube tapi tak jumpa. Sebab aku memang menyampah tengok videoklip tu (bab Norman menari dengan rantai) 20 tahun yang lepas hahaha!~

Dan pertama kali aku tengok Mrs. Ijau terpinga-pinga kehairanan kenapa aku terhangguk-hangguk layan lagu rap KRU dalam Imago waktu perjalanan pergi/balik kerja 2-3 minggu ni. Katanya tak pernah-pernah dia tengok aku layan lagu rap sampai macam tu sekali hahaha!~

More KRU info on Wikipedia.

_____
Ada apa: *Masih menanti album debut Pqot Thundergirl Iqa Mentor.

Ada Sesuatu Dari KnK Fishing


Bungkusan poslaju yang diterima Jumaat minggu lepas (16/3/2012) beralamat dari KnK Fishing, Penang.

Ia sebenarnya merupakan pembelian dari eBay. Ya dari eBay Malaysia, berisi Okuma Salina II (model SA II 16000) spinning reel. Eh? Spining reel?

eBay purchase info

  • Purchased from: knkfishing
  • Location: Penang
  • Condition: New
  • Price paid: RM6xx
  • Ordered: 13/3/2012
  • Received: 16/3/2012

Spining reel berharga RM6xx? Pergh!

Selalunya aku menerima bungkusan yang berisi barangan muzik, kali barangan pancing pula? Ramai rakan sekerja (terutama kaki pancing) yang terkejut kenapa aku tiba-tiba buang tebiat beli barangan pancing, dah tu siap beli Okuma Salina II yang boleh dikira tahap "overkill" berbanding reel yang mereka ada.

Aku bukannya minat memancing, dan memancing tidak akan melekat menjadi hobi aku. Kali terakhir aku memancing hampir tiga tahun lepas waktu pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi JKM Bintulu. Sebab tu ramai yang hairan kenapa aku beli benda ni, Mrs. Ijau pun terkejut...

Benda ni sebenarnya diorder oleh seorang rakan kaki pancing (laut) yang tegar, orang yang sama order Pearl M1440 piccolo snare drum beberapa minggu lepas. Menumpang akaun eBay aku, katanya beli guna eBay lebih selamat (disebabkan polisi eBay yang melindungi pembeli) berbanding beli secara terus dari website kompeni ni.

Apa-apapun aku tak kisah, sekurang-kurangnya eBay aku dapat satu bintang lagi hasil pembelian benda ni, hehehe... Lagipun rakan ni order secara pra-bayar dan bukannya pasca-bayar.

_____
Ada apa: Huh~ Kalau RM6xx dah boleh beli Vox ToneLab ST dah ni.

Of Beer And So-Cal


Melayari dunia maya di tengah malam sambil layan minum beer...

Maksud aku minum root beer (Bundaberg root beer).

The Bard's Tale, antara PC game paling lawak yang pernah aku main.

Sambil-sambil berangan seketika, bilalah agaknya aku mampu beli boleh dapat benda ni?...

Candy green, yummy! - Imej link dari website Music Zoo.

Charvel USA So-Cal Style 1 - selain HH pickup config, side jack dan tanpa tombol tone, ia tak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Jackson San Dimas DK Adrian Smith signature. Harga? Aku agak harganya dalam RM3-4k, damn!

Skipped~

_____
Ada apa: Dari Jemapoh So-Cal ke Manchester San Dimas.

AADI = 50k!


Widget "AADI odometer" akhirnya telah mencecah angka 50000!

Sekadar gambar hiasan, link dari blog Dead Eye Guitars.

November lepas "AADI odometer" mencecah angka 35000, jika dikira dari segi statistik, secara puratanya blog AADI dilawati 106 kali sehari...

_____
Ada apa: Blog on! \m/

Ada Apa Dengan Earth Hour 2012?


Seperti tahun-tahun yang lepas (2011, 2010, 2009), blog AADI juga menyokong kempen Earth Hour 2012 yang akan berlangsung pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, tahun ni tarikhnya jatuh pada 31/3/2012.

Apa itu Earth Hour? Bagaimana cara untuk menyertai dan menyokong kempen ini? Artikel Wikipedia ni akan menerangkan segala-galanya.

Sila klik link ini jika anda mahu menambah widget Earth Hour pada blog atau website anda.

_____
Ada apa: Kempen...

Ada Apa Dengan Roti Jala? (Part 2)


Akhirnya, Mrs. Ijau dah pandai memasak satu daripada makanan kegemaran aku - roti jala! Setelah mencari resepi di Internet dan bertanyakan kepada rakan-rakan sepejabat yang lebih berpengalaman.

Lepas ni tak payahlah aku bersusah payah mencari-cari roti jala lagi di Bintulu ni, lebih-lebih lagi di bazaar Ramadhan kelak.

Dicicah dengan kari ayam. Hmmm... Kari ayam, but that was another story...

_____
Ada apa: Mencari resepi roti nan.

Perampas Dana!


Dana-dana yang kononnya dikumpul untuk beli gitar baru perhobian telah "dirampas" oleh mesin ni...

Disebabkan mesin lama (semi-auto berjenama J***n) yang dah lama nazak setelah digunakan hampir empat tahun (dari zaman bujang) sudah sampai seru dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Terpaksalah berkorban, keperluan harian keluarga lebih penting berbanding kemahuan perhobian peribadi.

_____
Ada apa: Takkan nak cuci baju secara manual kot?

Gerudi Api


Sedang bersengkang mata menyiapkan slaid untuk taklimat keselamatan pagi nanti. Tajuk yang diberikan kepada aku ialah fire drill.

Fire drill? Gerudi api? Terjemahan yang sesuai ialah kawat kebakaran.

Imej Wikipedia.

Sebagai sebuah organisasi yang memiliki persijilan MS 1722 dan OHSAS 18001, kawat kebakaran (atau kawat kecemasan yang lain) mandatori dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Gambar hiasan.

Tapi yang bakal dibentangkan nanti hanyalah taklimat, khusus untuk kakitangan baru dan pekerja kontrak (cleaner) disebabkan aku seorang daripada ahli ERT jabatan.

Sempena ulangtahun gempa bumi dan tsunami 311, bagaimana pula dengan pelan tindakan atau kawat kecemasan semasa bencana alam (banjir, ribut, gempa bumi, tsunami) atau serangan pengganas?

_____
Ada apa: Pernahkah kawat kebakaran dijalankan di tempat anda bekerja?

Ada Apa Dengan Dajal?


Oke, bukan nak cerita pasal entiti dajal (Masih ad-Dajjal), tapi lagu yang diinspirasikan oleh M. Nasir berkaitan entiti tersebut dan dipopularkan oleh Bumi Putra Rockers (BRP) suatu ketika dahulu.

Nampak macam SX EG-2K...

Dalam entri yang ni, aku pernah merapu pasal teringin nak cover lagu ni waktu jamming disebabkan muziknya yang agak catchy (Maiden-esque sound) ada unsur-unsur folk metal pada lick utamanya serta tema liriknya yang "gelap".

Sejak malam tadi aku karaoke kalau-oke lagu ni sorang-sorang, dalam bilik mandi, dalam perjalanan pi kerja, sambil menaip entri ni pun aku masih humming lagu ni... Daripada respon positif Korawk dan Adi Herman, ada kebarangkalian lagu ni akan tersenarai dalam setlist sessi jamming Metuk Ulau Projekt akan datang.

_____
Ada apa: "Manusia dipeluk rindu, pada dunia yang pelesu! Pelesu! Pelesu!"

Ada Apa Dengan Book Of Thel?


Teringin nak jamming lagu ni, cabaran tarik vokal tinggi hampir sepanjang lagu...

Serangan gitar V berganda... Roy Z dengan Gibson Flying V (with DiMarzio X2N?), H pula guna Jackson King V.

_____
Ada apa: Btw, apa itu Book Of Thel?

Ada Apa Dengan ART200FM?


Tahun lepas aku pernah merapu pasal Ibanez ART200FM. Waktu tu model ni merupakan model 2011 limited edition (seperti yang tercatat dalam website Ibanez ni).

Imej link dari blog Dead Eye Guitars.

Tapi untuk tahun 2012, ia disenaraikan semula dalam katalog Ibanez sebagai model "biasa" dan bukan lagi limited edition. Jika anda kaki peminat Ibanez, anda tak akan hairan sebab ini merupakan taktik biasa Ibanez, sama seperti kes model RG350M dan beberapa model limited edition lain yang diturun-taraf menjadi model "biasa" tahun berikutnya.

_____
Ada apa: Masih berharap agar model RG350MZ RGM akan berada di pasaran Asia Tenggara suatu hari nanti...

Iron Maiden - Edward The Great


Iron Maiden dan eBay lagi, bungkusan dari UK ni berisi CD album kompilasi Edward The Great - The Greatest Hits.

eBay purchase info

  • Purchased from: sandragans77
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £1.04+3.49 (RM22.15) menang bid
  • Ordered: 15/2/2012
  • Received: 29/3/2012
  • Label: (P)(C) 2002 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Made in: UK
  • Distributor: EMI Records Ltd.

Tak ada apa yang istimewa, ia hanyalah album kompilasi "best of" lagu-lagu Iron Maiden dari album The Number Of The Beast sehingga album Rock In Rio, untuk koleksi peribadi sahaja...

Seperti kompilasi Best Of The Beast, kompilasi Edward The Great ni memiliki dua buah lagu dari album X-Factor dan Virtual XI, dengan kata lain lagu bervokalkan Blaze Bayley iaitu Man On The Edge dan Futureal.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Nak cari The Essentials pula lepas ni...

Sepetang Di The Spring Kuching


Isnin minggu lepas (27/2/2012) aku berkesempatan singgah ke kompleks membeli-belah The Spring Kuching (Jalan Simpang Tiga), selepas habis berseminar KIK di *Bangunan Sultan Iskandar yang tidak berapa jauh (within walking distance) dari kompleks ni.

*Yang pernah heboh dengan tragedi ngeri beberapa tahun lepas.

Daripada apa yang aku dengar, The Spring ni merupakan kompleks membeli-belah terbesar di Kuching. Mungkinkah ia sebesar 1Borneo? Akupun tak tahu, dan aku tak ada masa nak meronda-ronda sepenuhnya untuk mengetahui sebesar dan seluas mana kompleks ni disebabkan faktor masa dan sakit kepala.

Tujuan utama aku ialah untuk mencari premis Parkson, lebih spesifik bahagian barangan bayi. Ya, barangan bayi... Aku dah berjanji dengan Mrs. Ijau untuk membeli beberapa pasang pakaian bayi (from new born up to three months sized), rasanya tak perlulah aku terangkan kenapa.

Sambil membelek-belek pakaian bayi yang ada, aku tertanya pada diri sendiri "Eh? Apa yang aku buat ni?"... Tiba-tiba aku terasa sebak, sedih kerana gembira (?) mengenangkan tak lama lagi aku akan naiktaraf status dari Ijau 2.0 kepada Ijau 3.0 (insya-Allah dua bulan lagi).

Aku mula "buta warna" bila membeli pakaian bayi ni,
when all else failed, say my name...

Dalam perjalanan menuju pintu keluar, aku ternampak premis Speedy Video. Seperti biasa kalau terjumpa premis Speedy di mana-mana kompleks membeli-belah, memang aku akan singgah walaupun sekejap...

Cukup sejam di The Spring ni, akupun balik ke hotel di area Kuching Waterfront, memandangkan sakit kepala aku ni tidak menunjukkan tanda-tanda nak reda selagi tak dibawa rehat/tidur.

Oh ya...

Hasil rampasan perang dari Parkson...
Abaikan warna yang dipilih.

Dan hasil rampasan perang dari Speedy.

Aku teringat komen Portdy tak lama dulu (aku dah lupa dalam entri yang mana satu)... Finally bro! AADI dah ada entri berkaitan pakaian bayi! Hahaha~

_____
Ada apa: KRU?

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 6)


Guava (jambu batu, biabas), satu daripada tiga perisa baru minuman ringan ala Ostorlia - Bundaberg, dua perisa lain - blood orange dan pink grapefruit.

Seperti biasa, didapati dari pasaraya M dengan harga RM13.60 per pek empat botol (340ml). Disarankan untuk menikmatinya dalam keadaan sejuk sebelum tahap beku (dalam 2-4°C). Rasanya? Lebih kurang macam rasa Jolly Shandy, hahaha!~

_____
Ada apa: Minuman ringan ala Ostorlia?

Sekitar Opening Season Gig 2012 (Part 2)


Bersempena dengan entri Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) ni, aku tak sangka pula video persembahan Metuk Ulau Projekt waktu Opening Season Gig 2012 minggu lepas dah dimuatnaik ke YouTube oleh Adi Herman.

Wasted Years - @0:26 awal-awal lagi aku dah salah lirik.
The Trooper - ada rangkap yang terlalu laju terpaksa dijermankan.

Sebelum ni video tersebut cuma ada di Facebook si Korawk (video dirakam oleh Apai Rijal si Gamer Sayur). Sayangnya, intro Caught Somewhere In Time dan Coming Home tak sempat dirakam. Korawk, kau memang tak mesra mic, @0:59 aku terpaksa bagi isyarat hahaha!~

Scream for me Bintulu! \m/

_____
Ada apa: Kadang-kadang terasa malu juga bila tengok balik video ni.

Ada Sesuatu Dari Crinson Music (Part 3)


Menerima bungkusan poslaju berupa kotak bersaiz agak sederhana Selasa minggu lepas (21/2/2012) dari Crinson Music.

Yang pasti barang di dalam kotak ni bukanlah aku yang order. Aku cuma tolong orderkan untuk seorang rakan drummer yang ingin mendapatkan sebiji snare drum untuk digunakan waktu Opening Season Gig 2012 nanti yang lepas.

Bukan, ia bukan diorder oleh Bob Kandar mahupun si Korawk, tapi diorder oleh seorang drummer kugiran bawah-tanah yang boleh dikatakan otai di Bintulu ni.

Dalam kotak berisi beg snare drum berjenama Ritter (cap helang).

Dalam beg snare Ritter berisi Pearl M1440 piccolo snare drum
dengan drumhead dari Remo.

Seperti biasa disertakan dengan manual, Pearl allen-key/wrench with pouch, resit, kad bisnes dan free gift (request) sepasang drumsticks berjenama Tama.

Ulasan? Ntah~ Aku tak reti main drum, jadi aku tak reti dan buat ulasan barangan berkaitan drum. Seperti gitaris, drummer juga perlu berbelanja banyak untuk memenuhi citarasa sendiri. Sebiji piccolo snare drum ni pun harganya dalam RM8xx, tu belum termasuk beg dan kos penghantaran lagi.

Nampaknya aku lupa nak buat entri pasal Medeli DD506 electronic drumset yang diorder oleh si Korawk bulan Disember lepas, aiseh...

_____
Ada apa: It's not cheap to be a musician (kecuali barang pinjam).

Ada Apa Dengan Biskut Wafer?


Biskut yang nostalgia...

Biskut wafer? Cap "Tiga Pokok Kelapa", old-school sungguh.

Jangan ditanya kenapa warna hijau yang dipilih.

Tapi biskut wafer yang aku beli ni agak tawar, tidak semanis yang pernah aku makan waktu kecil dulu. Tapi dengan harga RM2.80 seplastik besar tu, nak komplen apa lagi kan? Made in Sibu though...

Di tempat aku tahun 80an dulu, biskut wafer macam ni biasa dihidangkan bersama kopi O waktu pra-perkahwinan ketika sanak saudara dan jiran-jiran sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis (pasang khemah, pelamin, buat bunga telur, dll). Dulu-dulu mana ada pakej perkahwinan macam sekarang, semuanya dibuat secara gotong-royong.

_____
Ada apa: Those were the days...

March 2012, Rookie Bassist Turns Three


Seperti tahun-tahun lepas bila tibanya bulan Mac, secara tak rasminya aku akan "meraikan" ulangtahun keberkecimpungan aku dalam kancah kegitaran semenjak tahun 2009. Tahun ni merupakan ulangtahun yang ketiga, menjenguk sejenak apa yang berlaku dalam dunia kegitaran aku sepanjang setahun yang lepas...

Axology


Sepanjang tahun lepas, axology aku mengalami perubahan drastik, kesemua gitar-gitar aku Abominations, Black Ice, Replacement dan Ashdozen dah di"let-go" sepenuhnya (atas sebab-sebab tertentu) dan diganti dengan Goldie, Clover dan Mirage (dua gitar satu bass kira cukuplah tu kan?).


Tak lupa juga beberapa gajet tambahan (stompboxes, multi-effects, cases). Dan disebabkan Hepi ;) makeshift studio dah diberhentikan operasinya, kedua-dua amp besar aku CR50BXT dan VT40+ juga terpaksa di"let-go" demi kebaikan penjual dan pembeli.

Credits to Calvin (Dead Eye Guitars), Clement (.gapnap/Music Master), Bro Amizan (CK Music), Engbok (yNot/MMO Music), Jo (NoobAxe), LYN user (Ashportal, soad_vs_incubus) for the gears!


Tahun lepas juga aku memulakan projek menaiktaraf pikap gitar-gitar aku menggunakan jenama Tesla (AH-1, Plasma-2, Plasma-1/VR-1/VR-Extreme) dan DiMarzio (DP103/DP100) awal Februari lepas.


Suatu kepuasan terasa bila projek yang dijalankan menjadi dan hasilnya seperti yang dijangkakan. Seperti biasa kalau bab ni Bro Sub (The Guitar Addict) dan Yustech merupakan pengaruh utama.

Music Life


Semenjak Hepi ;) berkolaborasi dengan geng-geng Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) bulan September lepas, tugas bassist digalas oleh Adi Herman yang lebih berpengalaman, manakala aku pula lebih selesa menjadi "gitaris ketiga" selepas Azrol dan Naz Korawk untuk mencukupkan korum "three amigos" - kolaborasi ini secara rasminya kami namakan Metuk Ulau Projekt.


Dan dengan menggunakan nama Metuk Ulau Projekt ni, secara tidak langsung aku dah turut serta dalam pergerakan komuniti muzik bawah-tanah Bintulu (Bintulu scene) disebabkan Adi Herman dan Korawk merupakan antara yang berpengaruh dalam komuniti ni. Tanpa mereka, mungkin aku tak akan merasa bagaimana pengalaman "adrenaline-rush" waktu menyertai gig.

Imej cilok.
Dan aku agak segan bila Metuk Ulau Projekt dilabel sebagai band otai waktu OSG2012 lepas, sedangkan aku ni baru berkecimpung tiga tahun dan hanya pandai main open chords, power chords dan simple scaling saja.

Yang jelas, Bintulu scene ni agak "colourful" dan lebih meriah (Heavy Metal, Rock Kangkang, Deathcore, Buskers, Reggae, Ska, Indie, Alternatives) jika dibandingkan dengan Sibu dan Mukah scene yang agak ganas dan gelap (Black, Death Metal).

Tapi aku dah jarang main bass, rookie bassist tu dah agak kurang sesuai la pula. Apa-apapun... Scream for me Bintulu! \m/

_____
Ada apa: Masih rookie lagi ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger