Ada Sesuatu Dari Hashtag Music (Part 2)


Baru sebentar tadi menerima bungkusan poslaju yang sepatutnya dah sampai Sabtu lepas, tapi disebabkan aku guna alamat pejabat (Sabtu tak kerja) jadi baru hari ni poslaju menghantarnya.

Diterima daripada Hashtag Music (managed by fellow LYN user, soad_vs_incubus) yang pastinya berisi pikap gitar dari jenama Tesla, kali ni aku memesan Plasma-X1 set. Bagi anda yang ingin mendapatkan pikap-pikap jenama Tesla, senarai harga dan stok boleh dirujuk dalam thread LYN street mart ni.

Aku memang minat Plasma series yang secara amnya dicipta untuk distortion (rock, metal) tapi masih lagi sesuai dan lembut untuk main clean. Sebelum ni aku pernah menggunakan Plasma-2 gold set pada Goldie aku (kemudiannya lari ke gitar hibrid si Korawk), aku juga ada menyimpan stok Plasma-7 bridge (white) sama ada untuk kegunaan sendiri atau kalau-kalau ada rakan yang nak "pimp" gitar mereka. Tak lupa juga Plasma-1 neck (single coil) pada Mirage aku.

Zebra set, sedikit kelainan untuk penampilan.

Plasma series memang terkenal dengan output yang tinggi, tapi dari apa yang tercatat dalam website Tesla, Plasma-X1 ni mempunyai output yang medium sama seperti VR-Nitro tapi pada rintangan yang sedikit tinggi untuk pikap bridge (14.6kΩ berbanding 8.5kΩ pada VR-Nitro).

Aku memilih Plasma-X1 berbanding model lain disebabkan ia merupakan model baru dan agak murah berbanding model lain (antara sebab aku tak jadi ambil VR-Nitro set). Kedua, aku ingin mencuba pikap Tesla yang mempunyai output yang medium dan masih sesuai dalam lingkungan muzik rock dan metal. Fyi, Plasma-X1 ni bersaiz biasa (50 mm pole edge-to-edge) sesuai untuk gitar-gitar yang mempunyai TOM bridge.

Sedikit ulasan mengenai Plasma-X1 ni dari Mike of SV Guitars.

_____
Ada apa: Stok pikap dulu...

Ada Apa Dengan Dunkin' Donuts?


Dunkin' Donuts, antara perusahaan francais (restoran/kiosk) yang tidak terdapat di Bintulu atau mungkin di seluruh Sarawak secara amnya (sila betulkan jika salah). Kebiasaannya aku hanya berpeluang membelinya ketika berada di LCCT atau KKIA.

Mengintai Dunkin' Donuts dalam entri ni.

Dan kebetulan semalam ibu bapa aku datang ke Bintulu dua minggu awal daripada perancangan (tak sabar nak menimang cucu), jadi aku memesan supaya mereka membelikan sekotak (5+1) di KKIA.

Kalau diikutkan rasa Dunkin' Donuts ni biasa saja, taklah sedap sampai tahap "out-of-this-world" lebih kurang macam rasa donut yang terdapat di kedai-kedai kek.

Cuma mungkin disebabkan peluang untuk menikmatinya agak jarang, jadi nikmat bermusim (seasonal taste) tu yang membuatkannya "sedap", sama seperti makan *McDonald's, A&W, nasik kandaq, durian, dodol, ketupat, rendang dan lain-lain makanan bermusim.

_____
Ada apa: *Bintulu tak ada McDonald's, jangan hairan...

Goldie Turns One


Hari ni genap setahun Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (aka Goldie) berada dalam axology aku. Antara fakta-fakta menarik mengenai Goldie ni:

1) 27/4/2011 - Ambil sendiri (self-collect) dari tauke Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel, setelah TERkena racun dalam entri ni.


2) Perancangan awalnya ia ingin dijadikan sebahagian daripada Projek Mega 2011, tapi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Dengan kata lain, ia merupakan "gitar kahwin".

3) Ia pernah digunakan oleh Jedi Master Ymi (gitaris Manggas) semasa sessi jamming "beria keras bersama kugiran Sanggam".


4) Modifikasi pertama ialah menggantikan strap button asal kepada locking strap button jenama Hennessey yang lebih stabil, kukuh dan ekspress.

5) Mengalami dua kali modifikasi pikap - Tesla Plasma-2 gold set pada September 2011, kemudian dengan Dimarzio combo; PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) pada awal Februari yang lepas.


6) Walaupun ramai yang komplen gitar-gitar varian Les Paul ni berat, tapi bagi aku ia merupakan antara gitar yang paling selesa digalas setakat ni. Mungkin disebabkan sebelum ni aku dah biasa menggalas Black Ice yang lebih berat kot?

Imej cilok.
7) Gitar yang aku gunakan semasa gig pertamaku (first timer) dengan Metuk Ulau Projekt semasa Opening Season Gig 2012 penghujung Februari lepas.

8) Gitar yang pasti akan aku bawa bersama-sama sekiranya balik kampung (tak kisah Membakut atau Dalat) menggunakan jalan darat.

Harapanku agar gitar ni dapat bertahan selama mungkin, sehingga ke generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Walaupun aku suka bertukar-tukar gitar (rakus, bak kata Oriaj), tapi gitar ni tak akan aku jual setelah mendapat amaran keras daripada Mrs. Ijau (kecuali kalau ada orang tawarkan dengan harga RM5k hahaha~).

_____
Ada apa: Btw, ada apa dengan Goldtop?

Ada Apa Dengan Diablo III?


Setelah lebih 10 tahun menunggu, akhirnya Diablo III akan dilancarkan secara rasminya pada 15/5/2012 nanti (tarikh untuk pasaran Amerika dan Eropah). Jadi, apa celop?

"Development on Diablo III began in 2001 when Blizzard North was still in operation. The original artistic design differed from that shown at Blizzard Worldwide Invitational 2008 demonstration, and had undergone three revisions before reaching the standards felt necessary by the team behind Diablo III".

-Hype dari Wikipedia.

Imej Wikipedia.

Seperti biasa, pembikinan sesuatu PC game yang dikeluarkan oleh Blizzard Entertainment biasanya akan memakan masa 4-5 tahun (atau lebih) untuk disiapkan, lihat saja projek Diablo II, Warcraft III dan Starcraft II.

Lead guitarist, bassist, vocalist, drummer, rhythm guitarist - band apa ni?
Imej Wikipedia.

Tapi 10 tahun merupakan suatu jangkamasa yang agak lama, ia boleh membuatkan seseorang gamer tu tawar hati dan hilang minat untuk memainkannya, lebih kurang macam kes Duke Nukem Forever dulu. Tak kurang juga yang dah pencen hilang minat terus untuk bermain PC games dan bertukar angin main console games.

More info on Diablo III Blizzard's official website or Wikipedia.

_____
Ada apa: Pencen? Hilang minat? Tukar hobi baru?

Zoom G2Nu Version Upgrade


Stok G2Nu/G2.1Nu didatangkan dengan sistem versi 1.01 (mass production, December 2009), sekiranya sistem ini dikenalpasti mempunyai sebarang masalah (bugs) yang ia boleh diperbaiki dengan menaiktaraf dengan sistem terkini.

Stock version 1.01

Prosesnya lebih kurang sama macam upgrade flash BIOS pada motherboard. Cuma perlu sambung kepada PC menggunakan kabel USB, muat-turun versi terkini dari website Zoom, proses selanjutnya tak perlulah aku terangkan...

Latest version 1.10

"Version 1.10 - Released as following bug fix on October 2011:

1. G2Nu/G2.1Nu goes standby in some cases even though audio data is provided from input when turning 'eco' switch ON"

Aku dah tweak 10 patches yang ada pada G2Nu menjadi personal patches mengikut kesesuaian lagu yang selalu dimainkan ketika jamming. But that was another story...

_____
Ada apa: Sindrom 25 April makin terasa.

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 7)


Rabu lepas (18/4/2012) aku menerima bungkusan dari Bro Amizan of CK Music berisi multi-effects pedal dari jenama Zoom.

Berbekalkan dana-dana hasil jualan B2, beberapa pedal/stompbox dan aksesori lain di Facebook dan GKC (gali lobang tutup lobang le~), akhirnya dapat juga aku memiliki Zoom G2Nu ni.

Disebabkan tahun lepas aku pernah buat entri pasal G2Nu ni (yang dibeli oleh kawan si Korawk), jadi aku kitar-semula gambar-gambar G2Nu dari entri tersebut (kecuali gambar bungkusan di sebelah kanan tu).

Setelah memilih keputusan untuk kembali kepada kem multi-effects, aku memilih Zoom G2Nu berbanding beberapa jenama/model multi-effects yang ada di pasaran kerana:

  1. Aku dah biasa dan selesa dengan produk jenama Zoom.
  2. Saiz yang kecil, boleh muat dalam gigbag.
  3. Casis dan suis pijak (stomp switch) daripada logam yang pastinya lebih tegap berbanding plastik pada model G1N/G1XN.
  4. Skrin LCD yang besar dan lebih jelas berbanding 2-digit LED pada model G2/G2.1u (discontinued model).
  5. Boleh digunakan sebagai USB interface (sama seperti G1u), walaupun aku tak ada masa dan kepakaran nak buat "home recording" .
  6. Harganya yang dah turun mendadak (RM3xx) berbanding tahun lepas (RM4xx), mungkin disebabkan faktor model G3 yang mengganggu pasarannya.

Kenapa aku tak pilih G3? Atau G5 yang baru saja memasuki pasaran Malaysia? Selain daripada dana yang terhad, sebenarnya aku *tak perlukan multi-effects yang besar, canggih, hebat dan dahsyat, sebab aku dah ada Pod X3 "si Kacang Merah" untuk semua tu. Lagipun sekarang aku dah nak masuk mood maternity paternity, paham-paham sajalah.

Ulasan? Nantilah aku buat dalam entri lain...

_____
Ada apa: *Walaupun sebenarnya dalam hati berkenan dengan Pod HD500 hehehe...

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox (Part 2)


Dulu aku pernah memiliki beberapa multi-effects terutamanya dari jenama Zoom, antaranya G1X, G1M, G1N, G1XN, G1u, B1X dan B2. Tapi multi-effects yang paling dominan aku gunakan ialah Korg AX3000G (aka Behemoth). Disebabkan waktu itu aku lebih fokus kepada bass, ia juga menjadi mangsa "gali lobang tutup lobang".

Kebelakangan ni semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt sebagai vokalis dan "si gitaris ketiga", aku mengambil keputusan untuk hanya menggunakan stompbox dengan rig yang ringkas - distortion, chorus dan booster - dengan harapan senang dari segi logistik, setting dan tak perlu pening memilih efek mana (modeling) yang perlu digunakan.

Jamming rig #1 (MT-DS, Pocket Metal Muff, FX600, GDI21)

Tapi setelah beberapa sessi jamming (dan satu gig) menggunakan stompbox, aku rasa agak kelam-kabut sebab terpaksa menumpukan perhatian kepada tiga perkara sekaligus - vokal, gitar dan efek - mungkin disebabkan aku masih lagi n00b dan kurang pengalaman.

Jamming rig #2 (CM-1, CC-1, VXL), rig yang aku gunakan untuk Opening Season Gig 2012. Gambar link dari Facebook Es Oasiss.

Contoh paling senang ketika main lagu Coming Home yang agak progresif, daripada intro (distortion) kepada verse (clean) perlu off distortion kemudian on chorus (dan efek tambahan lain, jika ada), begitu juga seterusnya "vice-versa". Memang nampak senang dan ringkas, tapi kalau tersalah pijak memang kelam-kabut nak memulihkan keadaan.

To be continued...

_____
Ada apa: Selamat Hari Bumi...

Masterplan - Self-Titled Debut Album


Menerima bungkusan dari North Carolina US tengahari tadi, beralamat dari Red Tag Market. Ya, tak lain tak bukan CD yang diperolehi melalui eBay. Berisi album sulung daripada Masterplan dengan tajuk yang sama (self-titled) Masterplan.

eBay purchase info

  • Purchased from: redtagmarket
  • Location: US
  • Condition: new and sealed
  • Price paid: $10.21+5.95 (RM51.05)
  • Ordered: 30/3/2012
  • Received: 19/4/2012
  • Label: (P)(C) 2003 AFM Records GmbH
  • Made in: Germany

Antara album Masterplan yang dah lama aku nak beli (sejak aku gila eBay) baru sekarang berpeluang membelinya.

Tracklist

  1. Spirit Never Die
  2. Enlighten Me
  3. Kind Hearted Light
  4. Crystal Night
  5. Soulburn
  6. Heroes
  7. Sail On
  8. Into The Light
  9. Crawling From Hell
  10. Bleeding Eyes
  11. When Love Comes Close

Seperti album kedua mereka iaitu Aeronautics, album ni memang aku kategorikan sebagai super album disebabkan hampir semua lagu-lagu di dalamnya memang best, lebih-lebih lagi jika anda meminati genre power metal. Personal favourites - Enlighten Me, Kind Hearted Light, Heroes dan Sail On.

Album yang membuatkan aku terus melekat dengan muzik Masterplan selepas menyedut mp3nya hampir tujuh tahun lepas. Aku mula-mula mengenali Masterplan melalui videoklip/montaj anime One Piece nukilan Many Lemons yang dikolaborasikan dengan lagu Sail On.

Dan pastinya vokal Jørn Lande memang epik, antara vokalis idola aku selain Bruce Dickinson, Marco Hietala, Roy Khan, Joacim Cans, Hansi KĂ¼rsch, Eric Adams, RJD, and the list goes on and on and on...

Album sulung dah, album kedua Aeronautics dan album keempat Time To Be King pun dah ada. Cuma tinggal album ketiga MKII saja lagi belum ada, next~ More info please visit Masterplan official website. Daripada apa yang aku baca, Januari tahun depan mereka akan mengeluarkan album baru.

_____
Ada apa: Nak main power metal bersama Hepi;) atau Metuk Ulau Projekt?

I Love Labuan, Sarawak


Pic of the day - Terjumpa beberapa t-shirt menarik di pasaraya F petang tadi, ada satu t-shirt yang membuatkan aku musyrif musykil...

Sejak bila Labuan jadi sebahagian daripada Sarawak?

Format t-shirt ialah "I love [nama bandar], Sarawak". Antara nama bandar yang ada ialah Limbang, Sibu, Kapit, Sarikei, Kuching dan Labuan? Bintulu tak ada langsung! Mungkin "sold-out" kot?

_____
Ada apa: Juga ada t-shirt dengan gambar troll faces.

Ada Apa Dengan So-Cal?


Tertarik dengan entri Bro Sub beberapa hari lepas, entri berkaitan promosi Charvel di Swee Lee (especially So-Cal and San Dimas models). Tak lama dulu aku ada buat entri berangan pasal So-Cal ni...

Image linked from Spotlight Music Store.

Sememangnya So-Cal dan San Dimas Style 1 merupakan antara GAS "final fantasy" aku (no nonsense strat-shaped yet not a Fender, maple fretboard, FR-system, HH or HSS) selain DK2M dan RG Prestige.

Cuba bandingkan So-Cal Style 1 HH di bawah ni...

Image linked from Sound Mama.

Dengan San Dimas DK di bawah ni...

Image linked from Guitar Site.

Sebagai peminat Adrian Smith (dan 3-amigos Iron Maiden secara amnya) ia merupakan antara sebab kenapa aku minat So-Cal Style 1, tapi pada masa yang sama aku tak minat signature series. Nah~ you'll figure it out... Btw, Charvel dan Jackson ni adik-beradik, dan Fender sebagai boss mereka.

Image linked from Acapella Harmony Central forum.

Slurrp!~ So-Cal Style 1 HH hijau (MIA) dan putih (MIJ), kalaulah harga yang ditawarkan oleh Swee Lee valid sampai bila-bila (MIA @ SGD1150, MIJ @ SGD1050) kan bagus... Disebabkan sekarang ni aku dah nak masuk maternity paternity mood, segala idea yang gila-gila terpaksa dilupakan, dibatalkan atau ditangguhkan.

_____
Ada apa: So-Cal tu singkatan Southern California.

Ada Apa Dengan The Blue Max?


Baru lepas menonton filem The Blue Max di *TV2 sebentar tadi. Aku sememangnya suka filem-filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama (WWI) dan Kedua (WWII).

Imej Wikipedia.

"The Blue Max is an 1966 British war film about a German fighter pilot on the Western Front during World War I. It was directed by John Guillermin, stars George Peppard, James Mason and Ursula Andress, and features Karl Michael Vogler and Jeremy Kemp. The screenplay was written by David Pursall, Jack Seddon, and Gerald Hanley, based on the novel of the same name by Jack D. Hunter as adapted by Ben Barzman and Basilio Franchina."

- Hype Wikipedia.

Bagi aku filem ni memang epik, walaupun ia adalah filem keluaran tahun 1966, tapi ia boleh dikira setaraf dengan filem-filem berlatarbelakangkan WWI dan WWII yang moden tanpa perlu bantuan CGI (it's the 60's after all).

Pesawat (walaupun replika), kenderaan, senjata dan pakaian yang digunakan dalam filem ni memang teliti, terperinci dan sesuai dengan suasana WWI. Ini menunjukkan betapa seriusnya pembikinan filem barat. Jika dibandingkan dengan tahap keseriusan majoriti (bukan semua) filem-filem Malaysia sekarang, kita masih jauh ketinggalan...

* * * * *

*TV2 menyiarkan filem-filem retro dan klasik setiap malam minggu, beberapa minggu lepas ia dimonopoli oleh filem-filem klasik James Bond (sehingga Licence To Kill). Antara filem klasik lain yang menarik pernah ditayangkan ialah The Thief Of Bagdad, The Legend Of The Lone Ranger dan All Quiet On The Western Front.

_____
Ada apa: Tapi Kelly's Hero tetap menjadi filem klasik WWII kegemaranku.

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox


Ada yang kata multi-effects bagus, ada yang kata stompbox lagi bagus... Ada yang kata guna multi-effects ni poyo, ada yang kata guna stompbox baru ada "professional feel" (yela tu~). Ada pula yang kata guna multi-effects leceh, ada yang kata guna stompbox senang nak edit setting...

Oops, terlupa pula VXL Bass Attack.

Aku? Aku join kedua-dua kem, selain stompbox pedals di atas, aku juga menggunakan multi-effects iaitu Pod X3 dan Pandora Mini. Setakat ni Pod X3 "sikacang merah" merupakan multi-effects yang terbestest (ayat Dr. Ben) yang pernah aku guna (mungkin Pod HD-series lagi best, tapi aku belum pernah guna lagi). Cuma kelemahan Pod X3 ni ia agak leceh nak dibawa ke studio jamming, apatah lagi kalau bawa waktu gig?

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda berada di dalam kem multi-effects atau kem stompbox? Dan apa pendapat anda tentang isu "multi-effects versus stompbox" ni?

To be continued...

_____
Ada apa: Tiba-tiba rasa rindu pula nak main AX3000G aku (Behemoth).

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 5)


Rabu (11/4/2012) - Memandangkan hari ni merupakan cuti umum, ia merupakan hari yang sesuai untuk mengadakan sessi jamming Metuk Ulau Projekt. Seperti biasa, Z-Studio merupakan pilihan...

Sessi kali ni (dan mungkin sessi-sessi seterusnya) tidak disertai oleh Korawk disebabkan komitmen beliau untuk lebih fokus kepada dunia fotografi.

Sessi kali ni aku menggunakan jamming rig #1 dengan tambahan Pocket Metal Muff sebagai distortion utama, manakala jamming rig #2 (favourite rig) direhatkan.

Adi Herman dengan gembira menunjukkan gajet barunya (selipar?) yang baru diperolehi beberapa minggu lepas. Best ke bro? Hehehe...

Aku rasa sessi kali ni agak impromptu dan santai (banyak salah), aku sendiri pun tak sempat nak buat setlist, susunan lagu pun ikut hentam sajalah. Tapi kali ni ada beberapa tambahan lagu projek - Dajal, Half (versi tribute to Korawk) dan So What?

Azrol yang sentiasa Hepi;), dengar khabar angin Azrol ni nak beli gitar baru, atau mungkin nak "pimp" GRX40 tu dengan elektronik baru dan menggantikan pikap stok Ibanez PSND dengan pikap Tesla - yang ni aku yang racun sebab elektronik gitarnya (pikap, suis, pot) memang ada masalah.

Ritma ketukan drum Bob Kandar nampaknya ada kemajuan, mungkinkah ia disebabkan mood drumset digital yang baru diperolehinya semalam kot? Apa? Drumset digital? Fuiyooo!~

Senak pangkal perut, sensasi yang biasa dialami selepas meneran vokal tinggi untuk beberapa buah lagu (tembam?).

Bulan Mac lepas langsung tak ada sessi jamming (melanggar SKT 2012; jamming sekali sebulan), kali terakhir sessi jamming diadakan ialah pada penghujung bulan Februari lepas sebagai persediaan untuk Opening Season Gig 2012. Harap-harap hujung bulan ni nanti ada sessi jamming lagi sekali untuk "membayar" sessi jamming bulan Mac.

_____
Ada apa: Sessi yang akan datang mungkin aku nak guna Pod X3 lagi.

Fear Of The Dark Stage


Pengalaman diperolehi selepas menyertai Opening Season Gig 2012 (OSG2012) Februari lepas. Selalunya pentas gig yang biasa dianjurkan di Bintulu ni agak terang-benderang (ballroom hotel).

Tapi pentas OSG2012 bertempat di pub Telaga Kumang memang suram, agak sukar bagi aku yang jenis rabun ni untuk menyelenggara barangan terutama setting stompbox pedal tanpa bantuan cahaya yang mencukupi (harapkan pre-setting dari rumah).

Jadi, apa kata letak sebiji lampu comel macam ni?

Clip-on LED light, lampu comel cap ayam ni yang diperolehi di premis SS (ala-ala kedai RM2.00) beberapa hari lepas dengan harga RM2.99 seunit. Berbanding lampu khas untuk pedalboard (Mighty Bright) yang harganya mencecah puluhan atau mungkin ratusan ringgit, aku rasa lampu comel ni memang super-duper berbaloi.

Dengan hanya berbekalkan tenaga 4.5V daripada tiga biji bateri butang (button cell) jenis AG13, ia agak terang dan menyilaukan mata jika ditenung secara terus. Bateri jenis AG13 ni juga boleh didapati dengan senang, di premis SS ia dijual dengan harga RM3.99 per pek yang mengandungi 10 biji.

Lepas ni tak perlu risau lagi jika membuat persembahan di atas pentas yang gelap.

_____
Ada apa: Fear of the duck, kwek kwek!~

Guitar Talk: Digitech Lyra


Kalau ikutkan pedal Digitech Lyra ni asasnya lebih kurang macam pedal DF-7 Distortion Factory, ada tujuh jenis bunyi "modeling" dalam satu pedal...

Tapi "modeling" digital dalam pedal ni memang unik. Dah boleh masuk dalam kategori multi-effects dah ni.

Hype dari website Digitech:

"The DigiTech® Lyra pedal is a *limited-edition stompbox featuring 7 tones created for the music associated with the characters in the Eternal Descent comic book/CD created by Guitarist/Comic Book designer Llexi Leon. The music for the series features some of your favorite guitar heroes including Atreyu, Firewind, Shadows Fall, Static X and others!"

Images linked from Digitech website.

Pasti harganya pun lebih kurang macam DF-7, tapi kalaulah harganya berada dalam lingkungan RM300-400, mungkin ia boleh masuk dalam senarai GAS 2012 aku, muahahaha!~ (Jangan harap).

Purple...

_____
Ada apa: *Limited edition?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger