Semenjak dapat akses hampir 130 saluran Astro (kecuali Astro First dan saluran HD) selama seminggu ni (sehingga 6/5/2012), aku mengambil peluang untuk menonton saluran filem iaitu HBO Asia, Cinemax dan Fox Movies Premium. Antara filem yang menarik ialah Age Of Heroes, yang boleh dikatakan filem baru (released 20/5/2011 in UK).
"Age of Heroes follows the exploits of Corporal Rains (Danny Dyer) as he is inducted into the newly formed 30 Commando unit in World War II. Rains and the rest of the platoon are put through intensive training under the watchful eye of Major Jones (Sean Bean), where their skills and endurance are pushed to the limit as they prepare for their first highly classified and dangerous mission: to parachute into occupied Norway and capture new radar technology from the Germans which could change the outcome of the war."
- Imej dan hype dari Wikipedia.
Seperti biasa, aku memang meminati filem-filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua (WWII), filem ni menceritakan penubuhan pasukan elit British 30 Commando unit dan operasi mereka (Operation Grendel) semasa WWII.
Dan semenjak menonton TLOTR: The Fellowship Of The Ring aku mula meminati lakonan Sean Bean (yang akan aku kenali dengan nama Boromir sampai bila-bila).
Jensen, codename Beowulf (Izabelle Miko),
image linked from izabellamiko.com.
Bagi aku walaupun filem ni boleh dikategorikan sebagai B-rated, tapi dari segi prop - pakaian, senjata, kenderaan dan bangunan - ia masih agak teliti.
Cuma aku kurang puas hati dengan penamat (finale) filem ni yang agak tersangkut - adakah tiga komando yang terselamat (Rains, Rollright, Jensen) berjaya menyeberangi sempadan ke Sweden? Dan apakah nasib yang menimpa dua orang komando (Jones, Mac) yang tertinggal?
Apa-apapun, selamat Hari Pekerja dan selamat bulan Mei.
_____
Ada apa: Comel juga Izabelle Miko ni...
2 komen:
1st haha...tentang Izabella Miko http://en.wikipedia.org/wiki/Izabella_Miko sebaya kita nih...haha
Post a Comment