Ada Apa Dengan Fontana? (Part 5)


Fontana grape juice...

Rasanya lebih kurang macam rasa blackcurrant, seolah-olah macam minum Sunquick blackcurrant atau Ribena (bancuh)... Dengan kata lain, tak best, tapi taklah sampai tahap memualkan macam mixed vegetables juice.

Setakat ni, Fontana nanas masih lagi perisa kegemaranku.

_____
Ada apa: Ribena Mobile?

Sessi Latihan Hepi;)


Sekitar sessi latihan Hepi;) selepas waktu kerja di garasi Jabatan, sebagai persiapan untuk persembahan "live band" sempena Sambutan Ngiling Tikai dan Penutup Karnival Sukan Jumaat 29/6/2012 nanti.

Sessi pertama - Rabu 27/6/2012

Sessi latihan pertama bersama bass baru yang diterima pada sebelah paginya. Dah lama tak main bass memang rasa kekok, terlalu banyak kesalahan semasa memainkan lagu-lagu standard jamming bersama Metuk Ulau Projekt (MUP).

Bass and vocal rig - Oren Besar tu sekarang dah dimiliki oleh Bob Kandar setelah dijual oleh pembeli pertamanya beberapa bulan lepas.

Sila abaikan perut yang...

Oke, bass baru aku tu ialah Ibanez GARTB20 MSS (metallic silver sunburst), bass "murahan" berskala pendek 30.3" dengan bentuk ART series - singlecut ala Les Paul. Yup, dengan kemasan (finish) silver sunburst atau silverburst yang diGASkan dalam entri lepas, hehehe... Ada masa nanti aku buat ulasan ringkas pasal bass ni.

Sessi kedua - Khamis 28/6/2012

Menerima VT40+ yang dipinjam daripada seorang rakan MUUV dalam pukul 3.30 petang, yang merupakan bekas mantan amp aku dulu. Bersama-sama dengan Oren Besar, kedua-duanya bagai sirih pulang ke gagang.

Juga mendapatkan khidmat Jo sebagai bassist jemputan untuk memeriahkan suasana dan supaya nampak seperti "band" Jabatan, dimainkan sepenuhnya oleh staff Jabatan (kecuali Azrol, anak staff Jabatan), manakala aku mengambil keputusan untuk menggunakan Goldie.

Jo yang pada mulanya tak berapa serasi dengan cara permainan kami bertiga yang agak kasar (biasa main metal). Jo ni memang pandai main gitar malahan gitar kapok Jo merupakan tempat aku mula-mula belajar main gitar waktu kami menyewa rumah yang sama dulu.

Disebabkan slot yang diberikan untuk persembahan kami hanyalah 20-25 minit, jadi kami memilih lagu-lagu berikut yang difikirkan agak sesuai dengan suasana majlis:

  1. Intro - Caught Somewhere In Time (trademark MUP)
  2. Sejati
  3. Hati Emas
  4. Anak Kampung
  5. Acoustic Song

In the end, beli bass baru tapi bukan aku yang main... *sigh~*

_____
Ada apa: Hehehe, macam bass Bro Sub.

Guitar Talk: Silverburst Finish


Aku tak pasti kompeni mana yang mula-mula mengeluarkan gitar dengan kemasan (finish) silverburst ni selain Gibson/Epiphone, sebab kompeni lain seperti ESP/LTD, PRS dan Ibanez juga mempunyai gitar yang memiliki kemasan yang sama.

Silverburst Les Paul Custom.
Image linked from MyLesPaul forum.

Yang ni versi Epiphone, ngam kalau digandingkan dengan Goldie (gold and silver). Jadi, ada apa dengan kemasan silverburst?

_____
Ada apa: GAS?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 10)


Baru diterima sekitar pukul 9.30 pagi tadi via ABX, tiba tepat seperti yang dijadualkan...

Gio, ya bass murahan lagi.

Another smooth express transaction from Dead Eye Guitars (DEG). Unofficially, it's my 10th axe bought from DEG, dah boleh masuk kategori pelanggan tetap ni...

Model apa?

_____
Ada apa: Where musicians get their gears?

Bass Talk: I Need Bass! (Part 2)


Ya, aku dah BELI bass baru, dipesan terus tak lain tak bukan dari Dead Eye Guitars (DEG), dijangka sampai esok atau lusa...

Two soapbar type pickups. Image courtesy of Dead Eye Guitars.

Walaupun ia bass yang murah (sebab bajet terhad), tapi ia bukanlah bass yang cikai. Dan yang pasti ia bukan Craftsman SRB20 Stingray copy.

_____
Ada apa: If you can't borrow it, buy it!

Ada Apa Dengan Perlindungan Telinga?


Khamis nanti bakal menjalani audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), dan entri kali ni ada kaitan dengan OSH. Disebabkan tempat aku bekerja memang menitikberatkan OSH dan penggunaan alat perlindungan diri (PPE), jadi entri kali ni ada kaitan dengan PPE dan dunia muzik - earplug.

Ada beberapa jenis earplug boleh didapati di pasaran, yang paling senang dan murah ialah jenis pakai-buang (disposable) sama ada jenis silikon atau foam yang mudah didapati di premis-premis menjual perkakasan pertukangan dengan harga sekitar RM2.00-5.00 sepasang, 3M antara jenama kegemaranku. Aku suka jenis foam sebab ia agak selesa dipakai dalam jangkamasa yang lama berbanding jenis silikon.

Earplug yang dipakai ketika Opening Season Gig 2012.

Semenjak serik dengan tahap bunyi yang memekakkan ketika sessi jamming Manggas beberapa tahun lepas, aku sentiasa bersedia dengan sepasang earplug (biasanya disimpan dalam gigbag atau pedalcase). Begitu juga ketika menonton konsert atau gig, memang aku akan bawa sepasang earplug dan hanya akan dipakai jika tahap bunyi ketika itu agak memudaratkan (konsert Iron Maiden hari tu aku tak pakai pun~).

Aku tak kisahlah orang nak kata aku "poyo" atau "false metal" sebab pakai earplug waktu tengok konsert, gig atau semasa sessi jamming. Nanti kalau pendengaran dah terjejas (temporary or permanently) "true metal" ke "false metal" ke dah tak ada maknanya lagi.

_____
Ada apa: Tapi kalau pakai earmuff, nampak melampau pula kan?

Bass Talk: I Need Bass!


Hepi;) dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Penutup Karnival Sukan & Sambutan Penutup Gawai (Ngiling Tikai) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan pada Jumaat minggu depan 29/6/2012.

Sebenarnya dah lama Hepi;) tak beraksi semenjak diserap masuk ke dalam Metuk Ulau Projekt (MUP). Dan semenjak itu aku dah lama tak main bass yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk me"let-go" bass aku Clover seperti dalam entri lepas.

Warwick Vampyre, ada berani?

Sekarang aku dah tak ada bass, nak pinjam bass daripada rakan-rakan ahli muzik di Bintulu ni agak leceh (sebenarnya akupun segan nak pinjam). Petang tadi kami dah mula berlatih (tanpa bass - aku guna Goldie), main muzik tanpa bass memang akan terasa sesuatu yang tak kena.

[Edited @ 25/6/2012 8.40 am] Bob Kandar sekarang dah guna drumset digital Medeli DD506, drumset lama Tama dah jual. Eh? Medeli DD506 dan amp Orange? Macam pernah nampak je...

Long story short, I need bass!

_____
Ada apa: Rookie bassist tanpa bass...

Sacrifice... Is it worthed? (Part 3)


Semenjak mengalami sindrom "paternity mood" dan "baby blues" aku telah membuat beberapa keputusan yang agak sukar dan drastik, me"let-go" beberapa peralatan muzik aku (ya, jual lagi...) yang aku rasa tidak begitu berkepentingan buat masa sekarang.

Bass aku, Clover (GSR200EX) dah di"letgo" kepada seorang rakan MUUV (bassist Curse Of God) pada awal April lepas disebabkan aku dah jarang main bass semenjak menyertai Metuk Ulau Projekt, dan kebetulan waktu itu aku perlukan "fast-cash" untuk persediaan menyambut kelahiran Lil'Ijau.

Begitu juga dengan si kacang merah ni (Pod X3) yang menerima nasib yang sama apabila di"letg-go" juga kepada seorang lagi rakan MUUV (yang dah gila rakam-merakam) pada awal bulan ni. Mungkin ia lebih "bermakna" jika digunakan oleh rakan tersebut berbanding aku yang tak pernah menggunakan fungsi rakaman dan Pod Farm semenjak ia dibeli.

Antara barangan lain yang dah mengalami nasib yang - Pocket Metal Muff, Speedbox XXL dan GDI21, yang di"let-go" melalui GKC dan LYN. Aku harap keputusan yang aku buat ni berbaloi dan tidak akan membuatkan aku menyesal kemudian hari...

_____
Ada apa: Tapi atas sebab-sebab tertentu, sekarang aku perlukan sebuah bass...

Mr. Jackson And Mr. Smith


Video youtube terbaru dari JacksonGuitarsUSA yang menarik perhatianku...

Oh ya, tak lupa nak cerita sikit pasal gitar signature series Adrian Smith yang (tak berapa) baru iaitu SDX. Ia merupakan versi "murahan" berbanding signature series utama iaitu San Dimas DK. Antara perbezaannya (SDX vs DK):

  • Made in: (SDX) India? Japan? (DK) USA
  • Pickups: (SDX) Jackson in-house HSS, (DK) Fender SCN x2, DiMarzio Super Distortion
  • Bridge: (SDX) Floyd Rose Special, (DK) Floyd Rose Original
  • Tuners: (SDX) Jackson in-house tuners, (DK) Gotoh tuners

Kalau diikutkan dari segi spesifikasi SDX ni taklah hebat mana, kalau ia bukan "signature series" mungkin ia setaraf dengan JS-series atau X-series.

[Edited @ 22/6/2012 8:50 am] Lain cerita...

Ada harapan Flight 666 akan mengelilingi dunia lagi tahun depan, betul tak Deaf? Hmmm... Singapore lagi? Atau KL masuk dalam senarai?

_____
Ada apa: Sama macam kes Demmelition dan PDX ni...

PC Talk: Display Upgrade


Dah lama aku teringin nak upgrade display card pada komputer aku (outdated AMD Athon 64 X2 "Brisbane" system) yang sekarang ni masih lagi menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (GeForce 9500 GT) yang dah berusia empat tahun.

Setelah sabar menanti hampir enam bulan, akhirnya hari ni aku memperolehi display card baru iaitu Gigabyte GV-N440-2GI (GeForce GT 440). Ia bukanlah display card yang paling hebat ataupun yang terkini, tapi hanya dalam kategori "cukup-cukup makan" untuk standard PC games sekarang.

Heatsink dan kipas yang agak besar (80mm). Mempunyai tiga jenis output - DVI, D-sub dan HDMI. Monitor widescreen LCD aku jenis low-end masih lagi menggunakan D-sub.

Owh, rupanya sekarang produk Gigabyte diedarkan oleh ScanArt Data System (SDS). Produk edaran ScanArt antara yang tak leceh untuk proses tuntutan RMA (commonly known as warranty claim), ikut pengalaman aku kerja di Penang dulu la. Begitu juga dengan M-Link, AMT dan Intranet. Kompeni lain kebanyakkannya lambat dan leceh, tapi tu semua cerita lain...

Bila nak pasang display card ni? Entahlah, aku masih dalam proses memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru secara berperingkat. Komputer aku masih lagi dalam kotak, dan barang-barang di rumah baru ni pun masih belum dikemas sepenuhnya, online pun cuma guna netbook.

_____
Ada apa: Gamer mode will be activated again?

Hukum Berteromber (Part 2)


Kesinambungan daripada entri Bon Jovi dalam blog Berteromber minggu lepas. Pagi semalam aku menerima bungkusan pos ekspres yang berisi dua buah CD audio Bon Jovi, album Slippery When Wet dan These Days yang dipesan dari abang NN (aka Berteromber) kita.

Aku bukanlah peminat tegar Bon Jovi dan aku tak pernah ada material mereka selain CD kompilasi Cross Road dan This Left Feels Right (versi pasar malam), tapi beberapa lagu mereka memang aku suka dengar terutamanya lagu-lagu era 80an dan 90an mereka.

Dengan harga RM9.90 per CD (harga asal RM33.90), memang harga yang paling berbaloi untuk CD audio original. Dua album yang aku pilih ni disebabkan nilai-nilai sentimental dan nostalgik.

Slippery When Wet mengandungi beberapa lagu killer Bon Jovi yang pasti ramai di antara kita menyukainya - You Give Love A Bad Name, Living On A Prayer dan Wanted Dead Or Alive, Never Say Goodbye. Ia merupakan antara lagu-lagu Bon Jovi yang terawal aku dengar dan secara tidak langsung memperkenalkan aku kepada Bon Jovi penghujung 80an dulu.

These Days pula antara CD audio terawal aku pasang pada sistem hi-fi Sony yang baru dibeli oleh abang aku ketika itu (CD kepunyaan abang Takilala). Memang suatu pengalaman yang mengujakan bila mendengar muzik yang begitu jelas dihasilkan oleh CD audio yang dipasang pada sistem hi-fi. Lagu-lagu seperti Hey God, Something For The Pain, These Ain't A Love Song, These Days, My Guitar Lies Bleeding In My Arm dan Heart Breaking Even antara lagu yang selalu aku pasang ketika itu.

Kedua-dua album ni merupakan special edition (2010 remastered, baru lagi ni) oleh The Island Def Jam Music Group, diedarkan oleh Universal Music yang mengandungi 2-3 lagu bonus (live), replika "back-stage pass", info Facebook dan ringtone DiGi. Inlay juga berbeza dari cetakan asal (inlay These Days cetakan pertama dulu memang lain), inlay special edition ni hanyalah selembar kertas panjang dilipat empat mengandungi sinopsis setiap album.

Aku tak buat ulasan untuk kedua-dua album ni, biarlah peminat tegar Bon Jovi saja yang mengomennya. Tapi yang pasti kedua-dua album ni aku boleh kategorikan sebagai super album.

_____
Ada: Ada kaitan dengan entri Hukum Karma beberapa tahun lepas...

Ada Apa Dengan A&W Sarsaparilla?


Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla...

Ya, sarsaparilla dan root beer merupakan dua minuman yang berbeza walaupun sarsaparilla adalah sejenis root beer dan rasanya lebih kurang sama (for untrained tongue). Beza antara A&W sarsaparilla dan A&W root beer ialah rasa yang lebih lemak pada root beer. Sekarang ni A&W root beer *mungkin hanya terdapat di restoran A&W.

Mungkin kita di Malaysia ni lebih biasa menyebut sarsi berbanding sarsaparilla. Sarsi pula merupakan minuman ringan berasaskan sarsaparilla... Hah? Pening dah aku! Tapi kalau kategori sarsi, bagi aku yang paling best ialah sarsi F&N, memang manis...

_____
Ada apa: *Di mana lagi kita boleh dapat cari A&W root beer?

Selamat Hari Ayah


Mula-mula kita layan youtube dulu, walaupun aku tak hafal lirik dan tak reti main lagu ni, tapi ia amat sesuai bersempena dengan hari ayah hari ni...


Selamat menyambut hari ayah, abah, bapa, papa, daddy, father, apai, apak, beliau dan apa saja istilahnya kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca (active or silent) blog AADI, terutama kepada yang pertama kali menyambutnya seperti Muspeed :)

[image removed]

Bila dah jadi ayah, baru terasa betapa bermaknanya erti hari ayah, sebab ayah (atuk Lil'Ijau di kampung) adalah wiraku...

_____
Ada apa: Mula-mula aku nak letak lagu Father oleh Manowar, tapi terlalu serius...

Antara Mirage, Kucing Dan Kemas Barang


Rehat di malam minggu sambil layan Mirage bersama-sama G2Nu, selepas penat mengemas barang-barang...

Pincis (Princess) si pengacau yang nakal, anak kucing aku yang berumur lima bulan. Memang dah perangai anak kucing, tak kuasa tengok kabel bergerak-gerak mesti nak main.

Oh ya, sedang mengemas barang-barang untuk berpindah rumah (lagi) esok, sebab tu banyak kotak-kotak di belakang Mirage tu.

_____
Ada apa: Of course I have cats in my house...

Nokia Nostalgia


Dua buah telefon bimbit (sebut handphone lagi senang) Nokia aku yang dah lama "ditamatkan" perkhidmatannya atas sebab-sebab teknikal (rosak) tapi masih ada dalam arkib simpanan - Nokia 3610 dan Nokia 3210.

Kalau aku nak cerita pasal sejarah dan kenangan kedua-dua handphone ni (terutamanya zaman di Penang) memang akan jadi panjang entri ni, dan aku memang malas nak buat entri yang panjang berjela-jela.

Yang pasti, Nokia 3210 merupakan handphone Nokia pertama yang aku guna (dibeli pertengahan tahun 2000), sebelum tu aku guna Siemens C25.

Model-model Nokia yang pernah aku guna:

  • 3210 (2000-2001)
  • 3310 (2001-2003, stolen)
  • 8210 (2003-2003, stolen)
  • 3610 (2003-2007)
  • 2100 (2003-2004, traded)
  • 6610i (2004-2005, traded)
  • 6600 (2005-still active, as backup)

Mulai 2007, aku mula menggunakan Sony Ericsson K618i (handphone berteknologi 3G termurah ketika itu) dan masih bertahan sehingga kini...

Pernah juga terpikir nak beli handphone baru, *smartphone (telefon pintar?) ataupun tablet ikut trend semasa...

_____
Ada apa: *Tapi bila congak-congak balik harganya, baik aku beli gitar baru, muahaha!~

10th DEG Poison?


Entri yang malas tak banyak menaip...

All images linked from Dead Eye Guitars blog...

_____
Ada apa: Hmmm...

Opeth - Lamentations


Kesinambungan daripada album Opeth Damnation yang diterima beberapa minggu lepas, aku terus memesan DVD Lamentations ni dari eBay seller yang sama.

Opeth - Lamentations, live at Shepherd's Bush Empire 2003.

eBay purchase info

  • Purchased from: grooves-inc
  • Location: Germany
  • Condition: new and sealed
  • Price paid: €6.59+2.99 (RM38.96)
  • Ordered: 17/5/2012
  • Received: 4/6/2012
  • Label: (P) 2003 Music For Nations (C) 2006 Sony BMG Music Entertainment (UK) Ltd.
  • Made in: EU (UK?)
  • Distributed by: Sony BMG Music Entertainment

Walaupun DVD ni mungkin buatan UK, tapi nampaknya ia memang untuk pasaran Jerman atau negara-negara Eropah lain yang menggunakan bahasa Jerman (Austria, Switzerland, Liechtenstein). Aku tak kisahlah, asalkan DVD ni jenis region 0 (aka region free).

Tracklist

  1. Windowpane
  2. In My Time Of Need
  3. Death Whispered A Lullaby
  4. Closure
  5. Hope Leaves
  6. To Rid The Disease
  7. Ending Credits
  8. Harvet
  9. Weakness
  10. Master's Apprentices
  11. The Drapery Falls
  12. Deliverance
  13. The Lepper Affinity
  14. A Fair Judgement
    Documentary
  15. The Making of "Deliverance" & "Damnation"

Bahagian pertama Opeth memainkan lagu-lagu dari album Damnation yang agak mengasyikkan seperti sedang menonton sebuah persembahan jazz atau akustika. Manakala bahagian kedua segala-galanya berubah bila Opeth memainkan lagu-lagu "keras" kebanyakkannya dari album Deliverance.

Walaupun aku bukanlah peminat tegar Opeth, tapi aku memang respek dengan Opeth ni, lebih-lebih lagi terutama teraju utamanya Mikael Akerfeldt yang mempunyai dua vokal yang unik (both in angelic cleans and devilish growl) selain pemain gitar yang hebat - ya, vokal sambil main gitar secara live bukannya senang.

Lain-lain info tambahan, mungkin peminat tegar Opeth di kalangan geng bloggers boleh tambah pada ruangan komen di bawah. Tapi, sekali imbas Akerfeldt ni nampak iras-iras macam Dave Grohl kan?

_____
Ada apa: Pergh! Konsert metal guna gitar PRS Custom 24 memang gempak!~

Perampas Dana! (Part 2)


Dana-dana yang kononnya dikumpul untuk beli gitar baru perhobian telah "dirampas" sekali lagi. Kalau dulu dirampas oleh mesin basuh, kali ni dirampas oleh ketuhar gelombang mikro (microwave oven, atau lebih senang sebut microwave sahaja).

Samsung lagi...

Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak beli microwave ni, sejak dari zaman aku bujang lagi. Tapi waktu tu rumah sewa berkongsi dengan rakan-rakan, agak kedekut kurang sesuai jika dibeli waktu tu.

Dan sekarang disebabkan kesian dengan Mrs. Ijau yang sibuk menjaga Lil'Ijau sampai kadang-kadang tak sempat nak memasak makanan aku, maka terbeli juga microwave ni akhirnya (supaya senang untuk aku memasak sendiri, hehehe). Tapi kalau diikutkan, taklah mahal mana pun harga microwave ni, mahal lagi harga Hartke VXL. Untuk kesenangan diri sendiri dan juga keluarga, buat apa nak berkira sangat kan?.

_____
Ada apa: Tertangguh lagi SKT tahun ni.

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 8)


Semenjak dah menjadi duta (tak bertauliah, hahaha!) CK Music, sering kali rakan-rakan turut memesan barangan CK Music melalui aku, walaupun aku tidak mendapat apa-apa diskaun tambahan dari CK Music.

Bungkusan poslaju dari CK Music kali ni diterima pagi tadi, berisi benda yang dipesan minggu lepas oleh rakan seMUUV yang kini lebih berminat kepada fotografi dan rakam-merakam iaitu si Korawk.

Ia berisi Zoom Q3HD handy video recorder, dibeli dengan harga diskaun 30% (RM749) sempena 2012 Spring Clearance & Promotion CK Music, ia lebih murah berbanding harga ketika Year End Sale tahun lepas (RM802.50). Harganya turun mungkin disebabkan faktor model baru Q2HD yang lebih canggih bakal dilancarkan Ogos nanti.

Package includes Q3HD itself, 2x Maxell AA alkaline batteries, Kingston 2GB SD memory card, manuals, warranty card, CK Music receipt and some assorted Planet Waves and in-house picks.

Pada mulanya, Korawk ingin memesan model H1 yang katanya ingin digunakan untuk merakam audio sessi gig di Sibu bulan Julai nanti. Tapi atas sebab-sebab peribadi, ia ditukar dengan model Q3HD. Daripada cuma dapat merakam audio, lebih bagus merakam videonya sekali kan? In high definition yo!

Masih lagi virgin berplastik (sealed). Jangan khuatir Korawk, aku keluarkan hanya untuk sessi fotografi sahaja, biarlah tuan punya yang merasmikan dan memandu-ujinya kelak. Harap-harap ada entri khas untuk ulasan benda ni di blog GKS.

In-house (CK Music's) and Planet Waves picks, yang ni sebenarnya untuk menggenapkan bayaran menjadi gandaan RM10. Lagipun aku memang nak sangat pick CK Music tu untuk koleksi aku, kali terakhir aku dapat pick CK Music ni waktu beli B2 tiga tahun lepas.

Korawk, ada apa dengan Zoom Q3HD?

_____
Ada apa: Lepas ni boleh rakam sessi jamming Metuk Ulau Projekt, in high definition!

Ada Apa Dengan ThunderCats?


Semenjak minggu lepas aku tertonton animasi ThunderCats di TV3 setiap Sabtu 7.00 malam. Ya, ThunderCats (Ho!), tapi bukan ThunderCats yang kita tonton era 80-an zaman kita membesar dulu, tapi versi baru 2011 atau reboot.

Thundercats 2011, imej Wikia.

Setakat yang aku tonton mungkin baru episod 2-3 kot, animasinya agak bersih dan cantik (Japanese animator beb) berbanding standard Cartoon Network yang lain, dan jalan cerita yang agak berbeza dari ThunderCats lama (reboot la katakan) walaupun masih mengekalkan watak-watak lama - Lion-O, Tygra, Cheetara, Jaga, Snarf, Phantro, Mum-Ra, dll.

Tapi yang ketara, watak-watak ThunderCats baru ni dah tak pakai "seluar kecik" lagi, semua kostum diolah supaya lebih sesuai dengan imej adiwira alaf baru.

ThunderCats asal malaslah aku nak ulas, biarlah ia sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak dulu bersama-sama SilverHawks, He-Man, GI Joe, Brave Starr, Spiral Zone, dll.

_____
Ada apa: Sebenarnya watak Lion-O ni agak poyo, bila gaduh je panggil geng hahaha...

Non-Maiden Weekend Mood


Hujung minggu ni, aku layan dua super album yang dipasang secara maksimum optimum dalam *Imago aku (semenjak kembali sementara menjadi lonely driver).

Promise And Terror dan Tyranny Of Souls, antara album "solo" kegemaranku dari vokalis dan bekas vokalis Iron Maiden - Bruce Dickinson dan Blaze Bayley. Walaupun kedua-dua vokalis ni mempunyai julat suara yang berbeza, tapi kedua-duanya mempunyai keunikan masing-masing.

"Iron what? Hahaha!" - image linked from ScreamForMe forum.

Nak lari sekejap dari muzik Iron Maiden, walaupun kedua-dua album ni ada kaitan dengan Iron Maiden, tapi dari segi konsep, muzik dan lirik kedua-duanya memang jauh berbeza daripada tipikal Iron Maiden yang biasa kita dengar - lebih pantas, lebih keras, lebih berat, lebih padat dan lebih layan~

_____
Ada apa: *Bukannya selalu dapat peluang pasang lagu kuat-kuat dalam Imago sekarang ni.

Rage Against Maxis!


ISP utama aku ialah Celcom postpaid broadband (semenjak 2007), aku juga menggunakan jenis prepaid sebagai backup tapi dari ISP lain.

Minggu lepas aku membeli starter pack DiGi prepaid broadband sebagai backup, setelah kecewa dengan prestasi dan perkhidmatan Maxis.

Sebelum ni aku menggunakan Maxis prepaid broadband sebagai backup. Tapi atas sebab-sebab yang tak perlu aku ceritakan di sini...

...aku memang RAGE dengan Maxis! Dan sudah pasti lepas ni memang aku tak akan guna Maxis lagi, tak kisah apapun jenis perkhidmatannya. Anggap saja pembelian DiGi di atas tadi sebagai tanda protes dan RAGE aku terhadap Maxis!

Kenapa tak laporkan saja kepada SKMM?

_____
Ada apa: I will follow you~

Antara Nat-Geo Dan D-Day


Entri ringkas hari ni bersempena dengan ulangtahun ke-68 D-Day (6/6/1944), satu daripada "back-issue" majalah National Geographic (Nat-Geo) dalam arkib aku yang sempat aku snap waktu mengorek koleksi PC Gamer awal Januari lepas.

Ia merupakan keluaran Jun 2002, tapi aku membelinya tahun 2005 di sebuah kiosk menjual buku terpakai di Ampang Point. Tak dapat nak buat ulasan pasal majalah ni, sebab ia ada di kampung - tapi yang pasti, ceritanya lebih kurang macam beberapa dokumentari mengenai D-Day yang disiarkan di saluran Discovery, National Geographic dan History sepanjang minggu ni.

_____
Ada apa: Esok pula, ulang tahun pertama pertabalan di-Raja.

Sepetang Di My Music (Part 3)


Singgah sekejap di premis My Music lepas balik kerja, mencari tali gitar yang dijual secara berasingan (individual strings) sebagai "backup" sekiranya tali Gibson Brite Wires yang teruk berkarat (dalam entri lepas) tiba-tiba buat hal.

Di premis ni hanya tali gitar berjenama Alice dijual secara berasingan, aku membeli tiga tali pertama (unwounded strings, GBE), dan juga yang dijual sebagai set (9-42) untuk disimpan dalam stok - bertambah lagi stok tali gitar aku. Dua keping pick *tengkorak tu pula dibeli sebagai koleksi (geng dengan pick tengkorak yang didapati dari Pusat Muzik Reco).

Jangan pandang rendah pada tali gitar jenama Alice ni, walaupun ia dikategorikan jenama murahan, tapi ia merupakan antara tali murahan yang lembut, tegap dan lambat berkarat. Sekurang-kurangnya ia tak berkarat sebelum digunakan, tak seperti tali jenama "mahal" tu...

_____
Ada apa: *Tengkorak merah tu pastinya Diablo II, yang hijau aku tak pasti di mana aku pernah tengok.

Ada Apa Dengan Coca-Cola?


Terjumpa Coca-Cola dalam botol kaca (250 ml) ni di pasaraya NWM Sabtu lepas. Dengan harga promosi RM1.20 sebotol, memang aku terus membelinya memandangkan Coca-Cola botol sebegini dijual di pasaraya lain dengan harga RM2.00-4.00 sebotol!

Ya, ini merupakan Coca-Cola buatan Thailand (imported). Setahu aku, pada masa kini Coca-Cola Malaysia hanya memasarkan Coca-Cola dalam bentuk tin (365 ml) dan botol plastik (500, 1500 dan 2000 ml) sahaja. Tidak lagi seperti tahun 80an dulu, Coca-Cola (dan beberapa minuman ringan jenama lain) dijual dalam bentuk botol kaca 285 ml (biasa didapati di restoran mamak).

Oh ya, rasanya juga sedikit berbeza dengan Coca-Cola tempatan, mungkin disebabkan gas (karbonat) yang banyak menyebabkan lidah terasa sedikit pedih bila meminumnya - seperti rasa Coca-Cola pertama yang kita minum dulu...

_____
Ada apa: Atas dasar hoarder collector (pengumpul), botol kaca tu aku tak buang, hehehe...

Antara Epiphone Dan Gibson


Tiba giliran untuk memasang tali gitar Gibson Brite Wires pada Goldie aku. GHS Boomers yang dipasang sebelum ini memang boleh bertahan lama sehingga 5-6 bulan (dengan penjagaan yang rapi), sama seperti Dean Markley yang pernah aku guna dahulu.

Walaupun tali Brite Wires ni disimpan dalam sampul kertas yang dibungkus lagi sekali dengan plastik kedap udara, tapi karat pada tiga tali pertama yang tak berlilit (unwounded strings, GBE) jelas ketara, dan ia lebih teruk daripada karat yang ada pada tali Rotosound dan Ernie Ball.

Aku tak menaruh harapan yang tinggi pada kualiti dan ketahanan Brite Wires ni, ditambah dengan komen-komen yang agak negatif dari rakan-rakan yang pernah menggunakannya (sebab tali terlalu lembut). Dan pastinya selepas ini aku tak akan menggunakan tali jenama ni lagi walaupun ia berjenama "Gibson".

"so they've made high quality guitars, but forgot to make high quality strings... nobody's perfect :)"

_____
Ada apa: Epiphone ada buat tali gitar sendiri tak?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger