Ada Apa Dengan Headstock? (Part 13)


Kali ni sesuatu yang agak klasik.

Ibanez Roadstar II Series.

_____
Ada apa: Bukan, gitar ni bukan aku yang punya...

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 12)


Ya, aku "beli" gitar lagi... Hahaha!

Bodoh? Tak. Gila? Mungkin... Tapi tak semestinya aku "beli" untuk diri sendiri kan?

Ibanez Gio? With locking nuts (gitar raya).

Reputasi aku sebagai "tukang beli" alatan muzik (dan alatan pancing) di kalangan rakan-rakan ahli muzik se-Bintulu makin menjadi-jadi...

_____
Ada apa: Welcome to the Ibanez camp bro!

Ada Apa Dengan RM6.50?


Tahun 2010 kadarnya RM5.20, tahun lepas RM6.20, tahun ni pula kadarnya RM6.50, naik 30 sen je...

Tahun lepas dua keping, tahun ni dah jadi tiga keping :) alhamdulillah~

Aku rasa kadar zakat fitrah di Sarawak antara yang termurah di Malaysia. Sabah pula RM7.00, berapa pula kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
Ada apa: Bayar awal-awal.

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 4)


Pic of the day - Di Bintulu dah ada premis Digitech?

Pada rakan-rakan gitaris di Bintulu yang ingin mencari stompbox atau multi-effects pedal berjenama Digitech seperti RP500, RP1000, Bad Monkey atau Death Metal, mungkin boleh didapati di dalam premis ni, hahaha... Jangan marah eh~

Digitech RP1000 - imej link dari website Digitech.

_____
Ada apa: Lyra pun pastinya ada.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 4)


Bungkusan pos parcel yang diterima semalam (26/7/2012) bukanlah dari Music Master SS2 (Clement @ Gapnap), tapi dari Music Master Cheras (Terrence). Dan walaupun bungkusannya tertera tulisan "Spear" tapi isinya bukannya gitar berjenama Spear.

Ya, aku beli gitar lagi... *sigh* kenapa tak boleh ke? Mungkin aku gila, tapi membeli gitar di bulan puasa dengan duit sendiri bukanlah sesuatu yang bodoh (btw, ia dibeli pada 12/7/2012) - merujuk kepada komen dalam entri semalam.

Pembelian yang ada kaitan dengan entri ni, aku ingin mencari gitar murah (tapi berkualiti) untuk dibawa balik kampung waktu cuti raya nanti, dan kemudiannya akan "diwariskan" kepada anak buah aku (yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik) selepas dia tamat SPM hujung tahun ni nanti.

Tanglewood TSB6 tobacco burst strat-copy. Zhar, you got it right!
(Hmm... Maiden-esque looks eh?)

Terdapat sedikit calar-calar halus pada badan dan karat yang mula timbul pada skru dan pikap, ia masih boleh dikatakan gitar baru sebab ia merupakan "showcase/display guitar". Dengan kata lain - gitar yang tergantung di kedai gitar dan selalu di"pandu-uji" oleh pelanggan. Dibeli dengan harga yang cukup berbaloi (stock clearance price?), lebih murah daripada harga pasaran sebuah pedal Boss MT-2 Metal Zone.

Headstock yang tak jauh berbeza dari headstock Fender/Squier. Kebanyakan strat-copy lain (seperti SX, Craftsman dan Spear) memiliki headstock yang berbentuk "cangkuk".

Secara fizikal, pertukangan (craftsmanship) gitar Tanglewood ni agak halus, tak nampak seperti gitar murah (retail price was around RM500-600). Mungkin kualiti kayu yang digunakan membuatkan harganya murah.

Standard strat setting - three singlecoil pickups, 5-way blade switch, volume-tone-tone knobs, vintage tremolo bridge, side cable jack.

Kemasan tobacco burst yang menarik, walaupun corak urat kayu yang tertera sebenarnya adalah tiruan (faux), sama seperti corak urat kayu yang terdapat pada perabot papan lapis.

Entwistle X1 singlecoil pickups - pikap yang agak berjenama (walaupun tak berapa dikenali), sesuatu yang agak jarang terdapat pada gitar-gitar murahan.

Pendapat peribadi? Ini merupakan gitar strat-copy pertama yang aku miliki, terus-terang aku agak kekok pada mulanya sebab sebelum ni dah biasa dengan bentuk superstrat dan singlecut. Lebih-lebih lagi dengan neck profile dan fretboard yang agak rata dengan fret yang kecil.

Maple brothers.

Sound? (Ini komen temberang) Hahaha... Tapi rasanya tak perlulah aku upgrade dengan set pikap Plasma-RS1 sebab setakat ni aku berpuas hati dengan bunyi pikap Entwistle X1 ni. Sekiranya sessi jamming Ramadhan special kelolaan si Korawk pada 10/8/2011 nanti jadi, mungkin aku akan guna gitar ni.

Nick? Aku rasa nak bagi nick TOBI, disebabkan kemasan tobacco burst (dan Tobi Akatsuki).

_____
Ada apa: Problem solved with "mutual-respect" - credits to Terrence and Clement of Music Master.

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 11)


Agak-agak headstock gitar apa ni?

Info di bahagian belakang headstock ni telah diedit
(untuk memesongkan perhatian)

_____
Ada apa: Ia bukanlah seperti yang anda fikirkan...

Antara Kereta Sapu, Sayur Dan Projek Engkol


Selasa 24/7/2012 - Dikunjungi oleh dua orang "Pandan Men" iaitu tauke Geng Kereta Sapu si Korawk dan Apai Rijal si Gamer Sayur.

Pandan Men (aka swamp people, hehehe...)

Selain menuntut beberapa item, ia juga menandakan bermulanya fasa pertama projek mini si Korawk yang dinamakan "Projek Engkol".

_____
Ada apa: Eh? Yeke dapat bonus? Boleh beli gitar lagi HDTV kali ni :)

Bazaar Ramadhan - Bintulu Esplanade (Part 6)


Isnin 23/7/2012 - Bintulu Esplanade... Sama seperti tahun lepas, agak lengang berbanding bazaar Ramadhan di Assyakirin.

Kurang sambutan...

Kali pertama aku jumpa gerai menjual serunding.

Nasi briyani Abida Cafe, juga sama seperti tahun-tahun lepas... Karinya agak masin, mungkin "trade mark" resepi mereka kot?

Secara umumnya, tak ada juadah yang menarik perhatian di bazaar ni, kebanyakkannya adalah sama seperti juadah di pasar malam Bintulu sebab kebanyakkan pengusaha pasar malam berniaga ke Esplanade ni sepanjang bulan Ramadhan.

_____
Ada apa: Belum jumpa roti jala...

Bazaar Ramadhan - Assyakirin


Sabtu 21/7/2012 - Hari pertama Ramadhan aku merajinkan diri untuk bazaar Ramadhan yang terletak di area Assyakirin Commerce Centre (sebelum ini lebih dikenali sebagai Medan Raya).

Tujuan utama bukan untuk mencari juadah berbuka, tapi semata-mata mencari bahan untuk entri AADI seperti tahun-tahun lepas. Tapi hari pertama Ramadhan, bazaar ni memang penuh sesak dengan manusia sampai tahap bergesel bahu.

Kanopi camo ni memang gempak berbanding kanopi gerai lain.

Antara "gerai baru" yang ada di bazaar Ramadhan tahun ni.

Setakat dua kali tawaf, aku tak jumpa apa yang aku cari - roti jala, taufufah, char koey teow dan nasi briyani. Mungkin disebabkan terlalu ramai pengunjung menyebabkan aku tak dapat nak memerhatikan setiap gerai yang ada (atau memang tak dijual tahun ni?).

Eh? Rendang kambing tinggal sesenduk?

Antara juadah kegemaran yang biasa aku cari di bazaar Ramadhan (selain yang aku senaraikan di atas tadi) ialah nasi lemak kukus pandan. Dari segi rasa, masih tak boleh lawan nasi lemak kukus dalam entri ni.

Dalam perjalanan balik singgah sekejap di premis 7-Eleven, kononnya nak beli slurpee untuk minuman berbuka. Tapi malangnya (seperti kebanyakkan premis 7-Eleven lain) mesin slurpee tidak berfungsee berfungsi. Face it (not Facebook), 7-Eleven tanpa slurpee tak layak digelar 7-Eleven!

_____
Ada apa: Ada dua lagi bazaar Ramadhan di Bintulu ni iaitu di Esplanade dan Kidurong.

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 5)


Kalau diikutkan tracking e-parcel sepatutnya barang ni sampai hari Jumaat (19/7/2012), tapi atas sebab-sebab dalaman pejabat pos terpaksa aku ambil sendiri pagi semalam.

Diperolehi dari LYN Street Mart daripada user supercolossal dan dipos dari Penang. Ia merupakan pedalcase terpakai (used) berjenama Road Ready yang diperolehi daripada Music Master Studio (custom made kot?).

Pedalcase ni bersaiz 56 x 36 x 12 cm pada mulanya dibeli untuk penyimpanan logistik powered mixer baru Bob Kandar, tapi malangnya saiz mixer terlebih tinggi hanya beberapa mm.

Perbandingan saiz dengan pedalcase Stagg UPC-424, hampir dua kali ganda besarnya. Materialnya juga lebih tegap berbanding UPC-424.

Keluasan ruang dalaman pedalcase ni, boleh muat lapan unit G2Nu! Tapi aku tak ada pedal sebanyak tu... Jadi, aku nak buat apa dengan pedalcase besar ni? Isi baju untuk balik raya kot?

_____
Ada apa: Korawk, anda berminat?

Ramadhan Pertama... (Part 2)


Kalau tahun lepas adalah Ramadhan pertama sebagai seorang suami, tahun ni pula sebagai seorang ayah, sungguh cepat masa berlalu. Hari pertama bersahur sambil mendodoikan anak merupakan satu pengalaman yang baru...

Apa-apapun selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog AADI tidak kira di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun dari negara-negara lain (ayat tahun lepas).

_____
Ada apa: Dr. Ben, Muspeed, tahun ni tak ada kelolakan aktiviti blog khas Ramadhan ke?

Ada Sesuatu Dari Rock At Large (Part 2)


Bungkusan posdaftar ni diterima semalam berisi dua buah CD audio yang diperolehi dari "kedai CD" Dr. Ben kita iaitu Rock At Large.

Ozzy Osbourne Down To Earth dan Gary Moore Still Got The Blues.

Sekali-sekala dengar rock and roll dan blues memang layan!
(First pressing woo~)

Berteromber pasti tak suka album Down To Earth ni atas faktor-faktor pinch harmonics Zakk Wlyde kan?

Ulasan? Tengoklah nanti kalau aku rajin...

_____
Ada apa: Dr. Ben, bila nak jual album Blaze Tenth Dimension? (Entah kali keberapa aku tanya soalan ni).

Ada Apa Dengan British Lion?


Berapa banyak populasi singa di Britain?

Nampak macam serigala je...
Imej link dari Facebook Iron Maiden.

Agaknya bassline lagu-lagu dalam album ni bunyi "ketung-ketung" juga kot?

_____
Ada apa: Up the lions!

Sepagi Di Klinik Kesihatan Bintulu


Selasa 17/7/2012 - Hari ni Mrs. Ijau dan Lil'Ijau ada temujanji bulanan/imunisasi di Klinik Kesihatan Bintulu (KKB) sekitar pukul 11.00 pagi. Kali ni kami tidak lagi ke KKB lama yang agak "old school" seperti bulan-bulan lepas kerana KKB baru (yang terletak bersebelahan Balai Bomba Bintulu) telah mula beroperasi mulai 16/7/2012.

Bangunan KKB baru yang juga menempatkan Pejabat Kesihatan Bintulu di bahagian atasnya. Ia memiliki kawasan yang agak luas dengan tempat meletak kereta yang banyak, jadi mencari tempat letak kereta kini tidak lagi menjadi masalah.

Kaunter pendaftaran dengan tempat menunggu giliran yang luas dan selesa. Keseluruhan ruangan dalaman KKB ni berhawa dingin, "haruman 1Malaysia" juga tidak lagi menjengkelkan hidung anda.

Panduan aras dan pelan lantai yang ringkas, tak mungkin anda akan sesat di KKB ni, kecuali anda jenis buta arah macam Roronoa Zoro.

Klinik Ibu dan Anak tetap sesak seperti di KKB lama. Disebabkan KKB ni baru beroperasi hari sebelumnya, mungkin temujanji minggu lepas dibawa ke minggu ni kot? Tapi tak mengapa, walaupun keadaan yang sesak, masa menunggu giliran tidak sampai pun 15 minit (kelebihan sistem temujanji).

Temujanji bulanan/imunisasi Lil'Ijau yang berikutnya adalah pada 17/8/2012 (dah dekat raya ni), maka temujanji berikutnya akan dibuat di Klinik Kesihatan Membakut...

_____
Ada apa: Temujanji? Janji ditepati?

Hepi;) Lagi? (Part 2)


Isnin 16/7/2012 - Seperti yang diterangkan dalam entri lepas, Hepi;) dijemput disuruh oleh pihak pengurusan untuk membuat persembahan live band semasa majlis "informal" berambeh bersama Ketua Pengarah (KP).

Persembahan tidak mengikut setlist, kedua-dua lagu D'Lloyd yang pada mulanya dirancang dinyanyikan oleh KP terpaksa dikeluarkan daripada setlist atas sebab-sebab yang akan diterangkan kemudian. Aku malas nak cerita pasal aktiviti lain semasa majlis berambeh ni, tak ada apa yang menarik selain makan-makan dan karaoke.

Bob Kandar dan Azrol merangkap DJ yang bertugas pada malam itu. Ini merupakan kali pertama Bob Kandar menggunakan set PA system baru berjenama Denn setelah mendapat durian runtuh beberapa minggu lepas.

Seperti biasa, gambar-gambar berikut (bertanda ©RA) aku perolehi daripada jurukamera rasmi jabatan.

Oh ya, persembahan Hepi;) diserikan lagi dengan kehadiran bassist (bawah-tanah) tersohor di Bintulu - Adi Herman, kali ni menggunakan Silverado aku. Namun line-up kali ni tak boleh digelar Metuk Ulau Projekt sebab kekurangan seorang ahli iaitu si Korawk. Untuk persembahan kali ni aku menggunakan Mirage, manakala Goldie direhatkan...

Lagu Anak Kampung yang dinyanyikan secara duet oleh dua
orang pengawal keselamatan (yang pakai cap tu ayah Azrol).

Sepanjang persembahan, aku rasa serba tak kena, baik dari segi permainan mahupun bunyi gitar aku yang agak tenggelam (nasib baik vokal tak ada masalah). Mungkin petang tadi tak sempat nak soundcheck betul-betul Mirage dan efek aku sebab kelam kabut baru balik dari Dalat. Ataupun mungkin disebabkan kurang latihan, ataupun mungkin disebabkan ketiadaan mojo Goldie. Apapun sebabnya, ia berpunca daripada aku dan bukannya ahli kumpulan yang lain...

Persembahan live band Hepi;) kali ni sebenarnya adalah idea mantan pengarah pada majlis sebelumnya. Dan daripada info yang agak rasmi, KP memang suka menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd terutamanya Cinta Hampa dan Keagungan Tuhan. Tapi ada satu info yang tidak disampaikan pada kami - KP hanya biasa menyanyi secara karaoke dan tak biasa menyanyi dengan iringan live band.

Akhirnya KP menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd secara karaoke sahaja. Sebenarnya kami pun berasa agak lega sebab kami kurang yakin (terutamanya aku) untuk memainkan lagu-lagu D'Lloyd yang sememangnya agak asing bagi kami.

Dan seperti majlis sebelumnya, persembahan live band agak kurang mendapat sambutan berbanding karaoke (berebut-rebut orang nak berkaraoke). Sedikit sebanyak mengganggu mood persembahan.

Selepas ni sekiranya Hepi;) dijemput (atau disuruh) membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran jabatan mahupun kelab, berkebarangkalian besar aku akan tolak... Dengan alasan karaoke lebih senang, kurang beban (equipment setup) dan lebih mendapat sambutan.

Sebagai wakil Hepi;) aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adi Herman kerana sudi meluangkan masa datang memeriahkan persembahan Hepi;) yang tak seberapa ni.

_____
Ada apa: Setakat ni, persembahan kami di Telaga Kumang merupakan yang paling happening!

Borrow Me?


Hehehe~ Filler entry kembali...

_____
Ada apa: Oh my Engrish!

Sepagi Di Tamu Dalat


Ahad 15/7/2012 - Sebelah pagi berkesempatan ke tamu Dalat bersama Mrs. Ijau untuk membeli buah tangan yang bakal dibawa balik ke Bintulu keesokan harinya. Tamu ni terletak di pekan Dalat, lebih kuran 5 km dari kampung Mrs. Ijau, dan tak jauh berbeza daripada tamu di pekan-pekan lain di Borneo ni (contohnya tamu pekan Membakut).

Menjual hasil kraftangan dan kuih-muih tempatan.

Selama ber*ehem-ehem*kan dan seterusnya beristerikan orang Dalat, kira inilah kali pertama aku pergi ke tamu Dalat, sebelum ni aku hanya ke pekan Dalat pada hari-hari biasa dan tidak berkesempatan ke pekan Dalat pada pagi hari Ahad.

Antara buah tangan yang dibeli ialah kuih-muih tempatan yang juga tak berbeza daripada apa yang dijual di tamu-tamu lain. Cuma yang agak menarik perhatian aku ialah cara pembungkusannya yang agak comel dengan harga antara RM1.00-1.50 sebungkus.

Tebaloi mini.

Sebelum ni aku cuma pernah membeli tebaloi (sejenis kuih tradisional masyarakat Melanau) yang bersaiz anggaran 10 x 10 cm, tapi di gerai ni ia didapati pada saiz yang agak mini anggaran 5 x 5 cm.

Sekali imbas nampak macam taufufah, tapi urgh~ rupa-rupanya jeruk ikan (ikan pun boleh dibuat jeruk?). Aku tak makan ikan, jadi aku tak berapa nak ambil tahu makanan yang diproses daripada ikan. Mungkin resepinya lebih kurang macam budu dengan spesies ikan yang berbeza kot?

Di tamu Dalat ni pun ada juga dijual pakaian "bundle", tapi nampak tak menarik dan kurang pilihan, tidak seperti di tamu pekan Beaufort yang jenuh nak memilih sebab terlalu banyak.

Lain-lain barangan yang dijual di tamu ni rasanya tak ada yang menarik, sama sahaja seperti tamu, pasar tani atau pasar malam lain...

_____
Ada apa: Tebaloi memang berbaloi.

Ronda-Ronda Di Bandar Mukah (Part 3)


Hari kedua bercuti di kampung Mrs. Ijau di Dalat, berkesempatan turun ke bandar Mukah untuk membeli beberapa barangan runcit dan yang pastinya saja nak jalan-jalan menghilangkan kebosanan...

Glory Mukah, antara pasaraya yang terkenal di Mukah (seperti Farley, Sing Kwong dan MDS di Bintulu). Sebenarnya aku terlupa membawa beg kitar semula untuk membeli-belah seperti hari-hari Sabtu lain di Bintulu (kempen hari Sabtu tanpa beg plastik).

Aku harus memuji pihak pengurusan Glory Mukah ni, sebab memberikan alternatif lain untuk pelanggan yang lupa/tidak membawa beg sendiri dan tidak mahu membayar RM0.20 untuk beg plastik semasa hari Sabtu...

Mereka menggunakan kotak untuk mengisi barang-barang yang dibeli pelanggan tanpa sebarang cas. Dalam masa yang sama kaedah ini dapat menyenangkan pihak pasaraya daripada kerja-kerja membuang lambakan kotak-kotak yang tidak digunakan.

Oh ya, sebelum tu aku melepak dengan si Korawk di Bolhassan Cafe yang terletak di area "old town" Mukah.

Melepak sampai kedai tutup, hahaha...

Korawk yang juga sudah berada di Mukah semenjak semalam atas urusan cinta, hahaha! Tiada apa yang menarik dibincangkan hampir dua jam selain merancang aktiviti Metuk Ulau Projekt sebelum dan selepas Hari Raya, Thirty Six Studio, alatan muzik dan masa depan pergerakan bawah-tanah Bintulu...

_____
Ada apa: Mukah pun ada Marrybrown.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (49) anniversary (63) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (245) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (18) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (30) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (62) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (183) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (89) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (8) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (14) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (120) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (71) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (64) guitar/bass (620) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (178) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (2) jackson (31) jamming (121) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (279) konsert (82) kopi (17) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (322) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (10) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (11) membakut (42) memori (298) mercyful fate (10) metallica (70) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (100) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (21) pedal/stompbox (268) pedaltrain (13) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (48) pick (50) pickups (95) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (89) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (12) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (6) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (10) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (33) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (66) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (2) wordless wednesday (222) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (99) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger