Home Workstation


Semenjak berpindah rumah (pindah lagi) penghujung Jun lepas, satu daripada tiga biliknya aku jadikan bilik hobi (macam tiru entri meletop koktel kan?). Di bilik inilah tempat aku menyimpan barang-barang yang berkaitan dengan hobi - gitar, amp, gigbag, hardcase, efek, koleksi CD, majalah, dll.

Baru-baru ni aku "menaiktaraf" bilik tersebut supaya dapat dijadikan workstation untuk kerja-kerja penyelenggaraan gitar seperti memasang pikap baru (cuma tak dapat nak buat kerja sambil tengok TV macam kes Re-teslarised minggu lepas). Dah ada workstation ni, makin bersemangat dibuatnya sampai tahap "ketagih" nak main pateri.

Looks familiar?

Aku ingin mencuba sesuatu yang dipelajari dari blog Yustech pada pada Goldie aku. Disebabkan aku tak ada dawai tembaga, jadi aku menggantikannya dengan dawai galvani (aka dawai penyidai kain, hahaha) untuk earth bridging (betul ke istilah ni?).

Walaupun pematerian tidak sehebat Yustech, tapi litar baru ni agak kemas dan ringkas jika dibandingkan dengan litar lama seperti gambar di bawah (dari entri ni) yang nampak agak berserabut. Ya, aku masih lagi mengekalkan setting series-parallel (bukan split-coil) pada suis push/pull kedua-dua pot.

Old wiring, stock Epiphone setting.

Pemasangan litar memakan masa dalam sejam (tahap amatur), semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kesalahan atau pengulangan. Dengan litar baru ni, output volume pada pikap Dimarzio Super Distortion (DP100) seolah-olah lebih kuat dan nyaring berbanding sebelumnya - the way I like it! Atau mungkin cuma perasaan aku...

Korawk, bila nak hantar GRG270 baru tu untuk di"Tesla"kan?

Credits to Yustech.

Entri Mini: Janji Ditepati

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-55. Sudahkan anda mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda? Kalau ciput sangat tak nak beli yang bersaiz besar, beli yang harga RM1.00 pun jadilah... Mengibarkan Jalur Gemilang pun nak dipolitikkan juga ke? Apa daa~

Gambar cilok dari ntah kat mana aku jumpa gambar ni...

Teruskan mengibarkannya sehingga Hari Malaysia nanti pada 16/9/2012.

_____
Ada apa: Teringat lagu Janji Manismu nyanyian Aishah yang top suatu ketika dahulu.

Ada Apa Dengan Cendol?


Antara entri yang sepatutnya disiarkan waktu Ramadhan yang lepas, tapi terlepas pandang. Agak susah untuk mencari cendol di Bintulu ni, maksud aku cendol yang buat sendiri dan bukannya cendol "water-colour" (cendol halus dan keras yang dijual di pasaraya) yang biasanya ditambah dalam hidangan ABC.

Sebungkus macam ni biasanya dijual dengan harga RM2.00 di bazaar Ramadhan atau gerai tepi jalan kawasan perumahan. Nampak je besar, tapi isipadunya dalam lingkungan 200-250 ml.

Rasanya memang rasa cendol sejati la bukan macam rasa cendol "water-colour" yang hampeh. Lagi best yang ditambah dengan gulapong (gulanau, gula nipah) yang rasanya lemak manis seakan-akan gula Melaka.

_____
Ada apa: Teringin nak makan cendol pulut.

Sepetang Bersama Kugiran Sanggam (Part 2)


Khamis (23/8/2012) - Seperti tahun lepas, tahun ni juga ada sessi jamming selepas raya bersama kugiran Sanggam (the other side of Manggas) yang diadakan di studio Beaufort Rock City (BRC).

Pada mulanya sessi ini bakal dihadiri oleh lapan orang iaitu ahli-ahli Manggas (Ymi, Raem, Joad aka Takilala, Jairo), Cimca, Cayonth, Ronzi dan aku. Tapi beberapa orang terpaksa tarik diri atas masalah kesihatan dan urusan peribadi/keluarga. Akhirnya tinggal empat orang sahaja yang masih berkomitmen - Ymi, Raem, Cayonth dan aku.

"Jedi Master" Ymi dan Cayonth.

Sessi kali ni Ymi menggunakan gitar sendiri iaitu Jackson DXMG Dinky (another Dead Eye Guitars "product"). Cayonth yang menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Jairo yang tidak dapat hadir (ada persembahan Mi Scusi di tempat lain) menggunakan bass Ibanez GSR (tak pasti apa model) milik studio.

Jamming rig yang digunakan oleh Ymi agak menarik, Jackson DXMG telah dipasang dengan pikap tambahan Roland GK-3 yang kemudiannya disambung kepada synthesizer Roland GR-09 (model lama) digandingkan secara selari dengan Zoom G2 milik studio. Dengan synthesizer ni, ada bunyi "keyboard' tambahan pada output gitar.

Aku yang pada mulanya turut serta sebagai groupies terpaksa menjadi vokalis/gitaris secara bidan terjun menggantikan Joad Takilala yang tidak dapat hadir sebab sakit hidung. Aku menggunakan "Fender" HSS+FR milik studio (rasa macam bukan Fender ori je).

Selain "tukang pukul", Raem juga menjadi vokalis untuk beberapa buah lagu yang aku tak tau lirik.

Seperti tahun lepas, terus-terang aku mengaku yang aku memang kekok dan segan jamming dengan Sanggam ni. Walaupun majoriti lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu Wings, tapi lagu-lagu yang dimainkan aku tak biasa dengar, contohnya Satelit Puaka, Sekeping Kertas Bemaruah, Peronda Jaket Biru. Tapi aku memang enjoy memainkan lagu-lagu dari album Teori Domino (Rantai, Romania, Bujang Senang) dan Jerangkung Dalam Almari (JDA, R'N'R Lu Punya Suka).

Cayonth juga seperti aku, agak kekok dan blur untuk beberapa buah lagu. Bila Ymi dan Raem mula main lagu yang aku dan Cayonth tak tahu, kami berdua mula menggaru dagu, hahaha!~

Satu lagi yang agak merisaukan kalau jamming dengan Sanggam/Manggas ni ialah tahap bunyi yang agak "merbahaya". Selain setting amp yang digunakan oleh Ymi seakan-akan full blast, ketukan snare drum Raem juga memang kuat. Mungkin disebabkan Raem menggunakan Pearl Joey Jordison signature snare (milik sendiri, bukan studio punya). Situasi macam ni lah ear muff amat-amat diperlukan, nasib baik aku ada bawa sepasang.

Kesimpulannya, disebabkan tahap permainan gitar aku teruk - bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Ymi - membuatkan aku rasa agak segan jamming dengan mereka ni. Begitu juga faktor pemilihan lagu yang agak "veto" sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kekok. Sessi jamming hanya satu jam, diakhiri dengan aktiviti makan-makan di restoran mamak berdekatan.

_____
Ada apa: Korawk, bila nak anjurkan sessi jamming Merdeka-Raya?

Ada Apa Dengan Zoom MS-50G?


Dalam keghairahan menunggu CK Music Year End Sale beberapa bulan lagi (sebab nak target Zoom G5 atau G3X), tiba-tiba muncul pula "stompbox" ni... Zoom Multi Stomp MS-50G.

Imej link dari website CK Music.

Sekali imbas ia merupakan multi-effects pedal dalam saiz stompbox, lebih kurang macam satu bahagian daripada G3 atau G5. Ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai music/audio interface (DAW recording?) sebab ada mini USB port di belakang.

Belum banyak lagi info pasal benda ni di Internet - dalam website Zoom Japan pun (setakat entri ni ditaip) belum ada info rasmi lagi. Kalau ada info tambahan, mungkin aku akan sambung entri ni...

_____
Ada apa: Tapi dengan harga RM3xx mungkin ia boleh disenaraikan dalam GAS list :)

Re-Teslarised Mirage!


Tahun lepas aku pernah memasang pikap Tesla Plasma-1 (neck), VR-1 (mid) dan VR-Extreme (bridge) pada Mirage aku. Kemudian bulan Mei baru-baru ni aku keluarkan pikap-pikap tersebut dan pasang semula pikap asalnya ESP LH-150/LS-120.

Ketika itu aku mengambil keputusan (dengan berat hati) ingin menjual Mirage aku untuk dana-dana tambahan "maternity mood". Tapi dengan pikap Tesla, harga yang aku tawarkan agak tinggi, sebab tu aku pasang semula pikap asal untuk menurunkan harga.

Alhamdulillah sekarang ekonomi rumahtangga dah mula stabil dan aku tak perlu lagi berasa berat hati untuk menjualnya. Mungkin ada hikmah kenapa pembeli berpotensi (potential buyer) tak jadi beli Mirage aku ni dan memilih untuk masuk kem Ibanez.

Dipendekkan cerita, malam minggu yang lepas (25/8/2012) aku kembali bermain-main dengan pateri. Mula-mula aku rancang nak pasang Plasma-RS1 (neck, mid) dan Seymour Duncan JB Model TB-4, tapi setelah memikirkan beberapa faktor, aku mengambil keputusan untuk memasang semula kombo Tesla seperti sebelum ini (Plasma-1/VR-1/VR-Extreme).

Ya, memang betul info Bro Sub seperti dalam komen entri ni, disebabkan VR-Extreme memiliki lebih lingkaran (coils), ia lebih "tebal" berbanding JB. So, more coils = more output?

Memasang pikap pada gitar jenis superstrat (1-volume, 1-tone, 5-way switch) agak mudah berbanding gitar jenis singlecut ala Les Paul (2-volume, 2-tone, 3-way switch). Selain kaviti yang luas, kita hanya perlu memateri wayar pikap (hot, ground) pada suis sahaja tanpa perlu mengusik pot volume dan tone.

Aku perasan ada lapan terminal pada suis lima arah (5-way switch) ni, dan tiga daripadanya tidak digunakan. Mungkin ia hanya digunakan jika ingin membuat opsyen suis split-coil atau parallel humbucker seperti gitar-gitar Ibanez RG berkonfigurasi HSH. Kalau nak kepastian dan info lebih lanjut, kena tanya Bro Yustech.

Teslarised Mirage - reloaded!

Kalau diikutkan, kerja pemasangan pikap ni sebenarnya tak lama, mungkin sekitar 30-45 minit (amateur level). Tapi disebabkan faktor Megan Fox dalam filem Transformers: Revenge Of The Fallen yang disiarkan di TV2 pada malam itu (aku buat kerja sambil tengok TV) sedikit sebanyak membuatkan aku terleka seketika, dan kerja-kerja berlarutan sehingga habis filem.

User summary, a very versatile configurations:

  • Plasma-1: modern singlecoil sound
  • VR-1: vintage singlecoil sound
  • VR-Extreme: High output for those heavy distortions

_____
Ada apa: Kembali ke alam blogging...

Ada Apa Dengan Fontana? (Part 7)


Fontana lagi, kali ni jus epal...

Rasa jus epal tipikal yang agak manis. Amat sesuai dinikmati bersama-sama ais ataupun dicairkan mengikut citarasa sendiri - contoh dua bahagian jus ditambah satu bahagian air.

Seperti biasa, minuman berjenama Fontana ni diperolehi di pasaraya NWM dengan harga promosi RM2.99 per kotak 1 liter.

_____
Ada apa: Jus nanas masih menjadi kegemaran.

All Men Play On Ten!


Battle Hymns - Manowar dari tiga era, bersatu! Tiga era gitaris - Ross The Boss, David Shankle dan Karl Logan, dan tiga era drummer - Scott Columbus (RIP), Rhino dan Donnie Hamzik. Bila tengok videoklip ni, peminat-peminat Manowar (baru dan lama) pasti akan teruja.

Dah lama aku tak mengikuti perkembangan Manowar, kali terakhir mungkin perantaraan album Warriors Of The World dan Gods Of War. Album terbaru mereka The Lord Of Steel pun aku belum ada masa nak "cekidaut".

Joey, apa dah jadi dengan Manowar?

_____
Ada apa: Teringin nak jamming lagu Manowar (especially Hail And Kill) suatu hari nanti...

Raya Pertama Dan Sepasang Kurung Biru


Menyambut raya pertama dengan versi 3.0 (sebagai seorang ayah)... Memang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walaupun line Celcom 3G dah full bar di kampung aku, tapi nak curi-curi masa berinternet memang susah.

Walau bagaimanapun, seperti tahun-tahun lepas, lagu raya kegemaranku tetap Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar.

Waktu sessi jamming minggu lepas kami ada main lagu ni, tapi tak berapa sesuai dengan tune suara aku, mungkin kena guna tune lebih tinggi (half or full step up). Mungkin lagu ni akan dimainkan sekali lagi oleh Hepi;) atau Metuk Ulau Projekt untuk sessi jamming khas Aidilfitri yang akan dirancangkan kelak.

Versi piano/keyboard ni aku baru jumpa, memang best.

Sebelum terlupa, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada pembaca blog AADI sama ada yang aktif atau senyap (silent reader). Tersinggung perasaan, terkasar bahasa, tersalah taip dan komen-komen yang riak tu adat biasa dalam dunia blogging. Dua-tiga hari ni mungkin tak ada entri, sibuk dengan perayaan, beraya, merayakan, dirayakan dan diraikan.

_____
Ada apa: Rock raya!

Bazaar Ramadhan - Pekan Papar


Dalam perjalanan balik dari KKIA ke Membakut, kami singgah sebentar di bazaar Ramadhan Pekan Papar, lebih kurang 40 km (38 to be exact) dari Kota Kinabalu. Bazaar Ramadhan di Pekan Papar ni antara yang tersohor di kawasan Pantai Barat Sabah dari segi variasi juadah yang dijual.

Walaupun minggu ni merupakan minggu terakhir Ramadhan, tapi bazaar ni masih lagi penuh sesak seperti minggu pertama Ramadhan. Berbeza dengan bazaar Ramadhan di tempat lain (contohnya Assyakirin, Bintulu) yang biasanya dah mula lengang.

Ya, taufufah begitu mudah didapati di bazaar ni dengan harga RM1.30 semangkuk. Perhatikan air gula yang lebih hitam dan pekat. Di mana ada dijual taufufah, di situ juga biasanya akan dijual air soya (vice-versa), warna-warni oh~

Cakui (atau cakoi) - makanan berasaskan tepung doh (macam tepung pastri) yang kemudiannya digoreng. Dijual dengan harga RM0.70 sebiji atau RM2.00 untuk tiga biji.

Cakui di Sabah dan di Sarawak walaupun sama resepinya, tapi cara ia dihidangkan agak berbeza. Cakui Sabah dihidangkan seperti roti, disapu dengan kaya dan marjerin, manakala cakui Sarawak pula dihidangkan seperti keropok lekor, dicicah dengan sos.

Rojak - antara makanan tempatan kegemaranku. Rojak memang terkenal di bahagian Pantai Barat Sabah, ia tidak sama seperti rojak di Semenanjung (rojak buah).

Rojak di Sabah merujuk kepada makanan yang berasaskan mee kuning, ditambah ayam/daging, telur, tauhu, tauge secukup rasa dan dituang dengan kuah kacang (macam kuah sate). Lebih kurang macam mee Jawa di Sarawak, cuma berbeza dari segi kuahnya.

Sotong gergasi?

Dan inilah entri bazaar Ramadhan terakhir didokumentasikan dalam AADI untuk Ramadhan tahun ni. Semoga tahun hadapan bazaar Ramadhan (khususnya di Bintulu) akan lebih meriah, ceria dan yang penting lebih variasi dan sanitasi.

_____
Ada apa: Berbuka puasa dengan burger GCB dan Dunkin' Donuts.

Antara MASwings, Cuti Raya Dan McDonald's


Khamis (16/8/2012) - Penerbangan MASwings dari Bintulu ke Kota Kinabalu dijadualkan pada pukul 1.00 petang, seawal 11.30 pagi kami sekeluarga dah berada di Lapangan Terbang Bintulu.

Ya, raya tahun ni aku tak balik kampung menggunakan jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku tak sanggup dan tak sampai hati nak bawa Lil'Ijau dalam perjalanan jauh yang mengambil masa sehari suntuk (8-10 jam, 500+ km). Tunggulah bila Lil'Ijau dah berusia setahun lebih nanti...

Januari lepas waktu cuti CNY dikira kali pertama balik Sabah naik flight berdua (dua setengah), kali ni merupakan kali pertama bertiga pula :) Mula-mula agak risau juga kalau-kalau Lil'Ijau tak selesa dan "buat perangai" dalam kabin, tapi alhamdulillah Lil'Ijau tidur nyenyak sepanjang penerbangan sejam suku ke Kota Kinabalu.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar 2.30 petang. Menapau Dunkin' Donuts telah menjadi kebiasaan, selain itu aku juga mengambil peluang untuk menapau McDonald's, terutamanya burger bermusim GCB.

Akhirnya tercapai juga hasrat Mrs. Ijau untuk berbuka puasa dengan burger McDonald's... Apa yang istimewa sangat pasal McDonald's ni? Tak ada apa yang istimewa, cuma Bintulu tak ada McDonald's (dan Dunkin' Donuts), hehehe~ Jadi, bagi kami makanan dari kedua-dua franchise ni boleh dikirakan eksotik dan bermusim.

_____
Ada apa: Tobi juga dibawa bersama.

Bazaar Ramadhan - Assyakirin (Part 3)


Rabu (15/8/2012) - Bazaar Ramadhan Assyakirin telah kembali beroperasi, aku tak pasti bila ia beroperasi semula (mungkin semalam, atau beberapa hari lepas) selepas tutup hampir seminggu.

Walaupun sudah kembali beroperasi, tapi boleh dikatakan hanya tinggal separuh sahaja gerai yang berniaga. Yang lainnya mungkin dah tawar hati nak berniaga atau mungkin disebabkan dah mood raya (minggu terakhir Ramadhan).

Suasana agak lengang, daripada apa yang aku perhatikan kebanyakan gerai-gerai yang tidak beroperasi adalah gerai-gerai yang menjual minuman dan gerai menjual makanan salai (ikan, kepak ayam, kerang, dll), mungkin disebabkan gerai-gerai jenis ni berisiko tinggi dicemari kolera.

Ini merupakan lawatan terakhir ke bazaar Ramadhan Assyakirin (dan Bintulu amnya) untuk Ramadhan tahun ini, sebab esok aku sekeluarga akan balik kampung beraya di Sabah. Kali ni balik naik belon flight MASwings, tak sanggup aku nak memandu jarak jauh membawa Lil'Ijau yang baru berusia tiga bulan.

_____
Ada apa: Tak ada entri The Tripleness Of Long Distance Driver untuk tahun ni.

Ada Apa Dengan Frost Root Beer?


Aku rasa root beer jenama Frost ni antara root beer yang paling senang dijumpai di mana-mana pasaraya atau premis-premis runcit yang lain.

Rasanya pun boleh tahan, ada rasa lemak-lemak dan kurang manis berbanding sarsi. Lagi best jika dinikmati bersama ais dan diletakkan dua skup aiskrim vanilla ketika berbuka puasa...

_____
Ada apa: Bir akar?

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 6)


Bungkusan pos parcel beralamat dari Johor Bahru ni diterima pada hari yang sama aku menerima gitar si Korawk, iaitu pada Isnin dua minggu lepas (30/7/2012).

Pembelian dari LYN Street Mart kali ni berisi sebuah amp terpakai (used) Laney Extreme LX12 yang diperolehi dari LYN user parttime, pada harga separuh daripada harga amp yang baru (LX12 new unit price @ RM3xx). Walaupun berstatus terpakai, amp ni nampak masih baru, cuma diselaputi debu-debu liar.

Memang dah lama aku nak amp kecil 10-15 watt (practice amp) lebih-lebih lagi yang memiliki 3-band EQ (bass, mid, treble) untuk kegunaan di rumah. Micro-Cube yang sedia ada tidak mempunyai "true" clean channel, manakala Micro Crush pula tidak praktikal untuk sessi bedroom guitarist (bukan TJ).

Juga tidak praktikal untuk aku memiliki amp yang besar (over 30 watt) di rumah, sebab tu aku let-go VT40+ dan CR50BXT dulu. Dengan amp 10 watt ni pun aku tak berani nak pulas tombol volume melebihi separuh untuk menjaga keamanan suasana di rumah dan kejiranan. Nak main full blast, pergi ke Z Studio :)

Tanpa sebarang efek (direct to amp), bunyi clean channel amp ni memang pristine, lebih-lebih lagi jika menggunakan pikap singlecoil atau jenis PAF. Manakala crunch channel kira boleh tahan jugalah, crunch level 6-8 can get that "British" sound. Walaupun memiliki crunch channel, tapi aku lebih mengaplikasikan clean channel untuk dipadankan dengan jamming rig aku (G2Nu dan VXL) ataupun Pandora Mini.

Seperti biasa tak perlulah aku letak sound demo dalam entri ni, sebab ia sama sahaja seperti ulasan-ulasan lain dalam blog AADI ni, semuanya temberang belaka~

_____
Ada apa: Masuk kem Laney pula...

Bazaar Ramadhan - Assyakirin (Part 2)


Semalam lepas balik dari jamming di Z Studio kononnya nak singgah di bazaar Ramadhan di Bintulu Esplanade, tapi aku agak hairan kenapa tiada satu gerai pun yang berniaga. Mungkin kurang sambutan kot? Jadi akupun pergi ke bazaar Ramadhan Assyakirin...

Agak mengejutkan juga bila bazaar Ramadhan di Assyakirin ni pun lengang, sama seperti Bintulu Esplanade tiada satu gerai pun yang berniaga.

Laluan yang sebelum ini ditutup sepanjang bulan Ramadhan kini sudah boleh dilalui kenderaan. Kalau tak silap kali terakhir aku ke bazaar Ramadhan hari Rabu lepas (8/8/2012), semuanya masih normal.

Aku mula teringat beberapa hari lepas ada pegawai dari Pejabat Kesihatan Bintulu datang ke makmal kami menghantar sampel makanan yang diambil dari bazaar Ramadhan, disyaki telah dicemari oleh bakteria vibrio cholerae (kolera). Kebetulan sekarang wabak kolera/taun semakin menjadi-jadi di Bintulu ni.

Jadi, aku berpendapat mungkin kedua-dua bazaar Ramadhan (Esplanade dan Assyakirin) ditutup atas arahan Pejabat Kesihatan Bintulu. Esok aku akan cuba mendapatkan maklumat rasmi.

_____
Ada apa: Mencari cendol...

Sessi Jamming Z Studio (Part 4)


Sabtu (11/8/2012) - Sessi jamming kelolaan Korawk kali ni bukanlah sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) disebabkan tak cukup korum (tidak disertai oleh Adi Herman) jadi ia hanyalah sessi jamming biasa di Z Studio.

Ternyata sessi kali ni juga bukanlah sessi yang serius (mungkin disebabkan puasa), tapi lebih kepada platform untuk "memandu-uji" beberapa alatan muzik yang baru diperolehi. Jamming tanpa bassline dan mencuba lagu raya Sepasang Gitar Kurung Biru (haha!~).

Korawk dengan gitar barunya - Ibanez Gio GRG270 BMB (beam blue). Ya, dialah tuan punya gitar yang aku order dari Crinson Music beberapa minggu lepas (codename: Projek Engkol). Selamat datang ke kem Ibanez, dan selamat datang ke dunia jambatan terapung (floating bridge).

Aku pula ingin mencuba Tanglewood TSB-6 strat-copy (aka Tobi) sebelum dibawa balik ke Membakut minggu depan. Pikap-pikap Entwistle X1 yang ada pada gitar ni memang tidak menghampakan.

Dan disebabkan tahap ketidak-seriusan sessi kali ni, aku hanya menggunakan jamming rig yang paling ringkas iaitu Korg Pandora Mini, paling menang dari segi logistik. Sessi kali ni jugak tidak mempunyai setlist seperti sessi-sessi sebelumnya, semua lagu yang dimainkan ikut suka hati sajalah.

Bob Kandar menggayakan t-shirt Iron Maiden (bootleg) barunya. Menurut Bob Kandar memang susah nak cari saiz yang sesuai. Diskriminasi saiz, hahaha...

Azrol yang masih setia dengan GRX40, pernah suatu ketika beberapa bulan lepas ingin menaik-taraf kepada Schecter 7-stringer, tapi malangnya dana-dana yang ada terpaksa disalurkan kepada benda lain...

Korawk juga menggayakan strap Planet Lock Joe Satriani "Up In Flames" yang baru diperolehi beberapa hari lepas dari Pusak Muzik Reco (via yours truly, of course). Bila lagi nak buat ulasan bro? Blog GKS dah beberapa bulan terbengkalai...

Seperti sessi MUP yang lepas, sessi kali ni juga disertai oleh drummer Curse Of God, Rashid Malim yang juga merupakan drummer asal MUP. Bergilir-gilir dengan Bob Kandar main drum tatkala seorang kepenatan.

Yang pasti, jamming ketika puasa taklah seteruk yang disangkakan, tapi mungkin disebabkan sessi ni agak santai (tanpa bassline) ia lebih kepada sessi bersosial bersama rakan-rakan di hujung minggu.

_____
Ada apa: Balik jamming singgah bazaar Ramadhan, tapi terkejut sebab bazaar tutup!

Antara Tanglewood Dan Alice


Menggantikan tali gitar pada strat-copy aku iaitu Tanglewood TSB-6 (aka Tobi) yang semenjak diperolehi beberapa minggu lepas cepat sangat out-of-tune. Selepas post-mortem didapati masalah berpunca dari pemasangan tali gitar yang cincai (dari kilang atau kedai?), hanya dua lingkaran pada machine-head (tuner).

Kali ni aku menggunakan tali gitar jenama Alice. Tali gitar asal aku tak buang sebab masih baru, ia akan dikitar-semula pada gitar berskala pendek ataupun yang mempunyai locking nut. Eh~ Jangan pandang rendah pada jenama Alice ni, walaupun ia jenama murahan tapi ia antara jenama yang berkualiti dan "mesra" pada hujung jari anda (fretting fingers).

_____
Ada apa: Akan digunakan untuk sessi jamming esok...

Ada Apa Dengan Excel 8?


Minuman isotonik berperisa kola, agak gempak bunyinya kan?

Tapi bila dah menikmati isotonik berperisa kola daripada Excel 8 ni, seperti ada sesuatu yang tak kena...

Tiada pun rasa kola (pendapat peribadi) tapi lebih kepada rasa sintetik macam sejenis beri (maybe cranberries or blueberries), ia mungkin memualkan bagi mereka yang tak biasa minum minuman atau jus eksotik. Walaupun aku tak mual, tapi mungkin lepas ni ada baiknya aku beli isotonik jenama 100plus atau Revive sahaja.

_____
Ada apa: Selamat bersindrom 9 Ogos!

Ada Sesuatu Dari Crinson Music (Part 4)


Bungkusan yang diterima Isnin minggu lepas (30/7/2012) beralamat dari Crinson Music dihantar menggunakan khidmat ABX Express. Kotak yang berisi gitar Ibanez Gio seperti dalam entri minggu lepas.

Tapi untuk entri ni bukan nak cerita pasal gitar di dalamnya, sebab gitar ni bukan aku yang punya, biarlah tuannya sendiri yang buat ulasan kelak (kalau dia rajin lah, dah tiga bulan tak update blog).

Cuma nak cerita sikit pembelian sampingan (yang ni aku punya) bersama-sama gitar tersebut yang berupa aksesori kecil-kecilan iaitu Snark SN-8 Super Tight clip-on tuner dan DR Neon String Hi-Def Orange.

Pembelian aksesori kecil-kecilan ni sebenarnya menumpang supaya dapat jimat kos penghantaran hehehe...

Pada mulanya aku ingin memesan Korg Pitchclip, tapi paparan Pitchclip tak dapat dipusing 360 darjah dan paparan skrinnya agak low-tech. Jadi aku memilih model terbaru Snark iaitu SN-8 Super Tight clip-on tuner pada harga yang sama.

Kelebihan model ni ia memberikan respon yang cepat dengan paparan yang lebih ringkas berbanding model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru). Kelemahannya pula ia hanya mengesan bunyi secara getaran (vibration) sahaja dan tidak mempunyai internal mic seperti SN-2.

Hi-Def Orange ni pula kononnya bakal dipasang pada Goldie supaya serasi dengan tema warna emas dan jingga/oren. Dua tali gitar jenama DR pemberian Bro Sub iaitu Hi-Def Green dan Evergreen pun masih ada dalam simpanan dan belum digunakan lagi.

Kepada tuan punya gitar Ibanez Gio, bila nak buat entri ulasan kecil-kecilan?

_____
Ada apa: Snark lagi...

Ada Apa Dengan LTD EC-256FM Lemon Drop? (Part 2)


Beberapa bulan lepas aku ada merapu mengenai varian terbaru LTD EC-256 iaitu varian flamed maple (EC-256FM) dengan kemasan Lemon Drop (LD). Menurut info tak rasmi, varian ni belum ada lagi di pasaran Malaysia.

Image linked from ESP message board.

Walaupun permukaan atasnya (top) hanyalah faux flamed maple (seperti Mirage aku) tapi ia tetap nampak menarik, ada iras-iras Slash Appetite Les Paul. Harap-harap harganya tak jauh berbeza dari varian EC-256 yang lain (tahap mampu milik). Boleh masuk dalam wishlist tahun depan ni...

_____
Ada apa: Singlecut lagi.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 5)


Bungkusan poslaju ni diterima Selasa minggu lepas (31/7/2012) beralamat dari Music Master Studio (SS2, from Gapnap).

Ia berisi pikap gitar berjenama Seymour Duncan versi pukal (bulk version). Apa beza versi pukal dengan versi runcit (retail version)? Beza utama adalah dari segi harga, versi pukal harganya 30-40% lebih murah berbanding versi runcit tanpa kotak dan manual (who needs box and manual anyway?).

Selain pikap, ia juga disertakan dengan Warwick Rockcable 3-way daisy chain yang diperolehi secara percuma. Percuma? Ya, maklumat lebih lanjut sila layari entri ni.

Pikap kali ni masih lagi Seymour Duncan JB Model tapi versi trembucker (TB-4) dan bukannya versi biasa (SH-4) seperti yang diperolehi beberapa bulan lepas. Selain skru dan spring, ia juga disertakan dengan sebiji kapasitor (unknown brand).

20111102 - 2nd November 2011? Baru lagi ni...

Versi TB-4 ni sesuai untuk gitar yang mempunyai tremolo (floating atau vintage type) sebab jarak antara kutub hujung ke hujung ialah 52-52.5 mm, berbanding 50 mm untuk versi SH-4 (yang telah dijual melalui GKC, sebab aku tak guna). Pastinya 80% kebarangkalian ia akan dipasang pada Mirage aku, 20% lagi mungkin disimpan sebagai stok atau dijual semula. Bila nak pasang? Entahlah...

_____
Ada apa: Duncanised?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger