Neon Mirage (Part 2)


Merujuk kepada komen Muspeed dalam entri ni, aku sedaya upaya mencuba menangkap gambar tali gitar DR Neon yang dipasang pada Mirage aku dengan cahaya hitam (UV) dalam bilik gelap tanpa flash kamera.

5-stringer?
Harap maaf, aku tak dapat nak ambil gambar gitar penuh sebab cahaya hitam yang aku gunakan tak cukup kuat (handheld/portable UV light) dan kamera ciput murahan aku (DSC-S930) pun tidak mempunyai ISO yang tinggi mahupun shutter speed yang rendah.


Walaupun DR Neon ni nampak gempak, tapi sebenarnya ia kurang praktikal kerana sadurannya (coating) membuatkan tali ni terasa kesat dan kurang licin. Sadurannya juga tidak tahan lama, lebih-lebih lagi jika anda shredder menggunakan pick secara agresif.

_____
Ada apa: Masih ada lagi sekotak DR Neon (hi-def green) dalam stok.

Tahun-Tahun Berongga?


Ini idea madness gila-gila dari si Korawk dan Rashid Malim...

Selepas sambutan yang memberangsangkan semasa Oktoberfest minggu lepas, kedua-dua mamat ni mencadangkan agar Metuk Ulau Project (MUP) cuba cover lagu-lagu Dream Theater pula (mostly the ballads).


Dan lagu projek yang dicadangkan untuk sessi jamming akan datang ialah lagu Hollow Years (versi studio, bukan versi live Bodukan seperti video di atas). Diberi masa satu minggu untuk berlatih...

Korawk, this is madness!

_____
Ada apa: Juga dicadangkan cover lagu Slayer?

Ada Apa Dengan Nestle Omega Plus?


Bila dah masuk "3-series" ni kena banyak minum susu rendah lemak dan tinggi kalsium. Kes malas nak bancuh susu tepung, beli yang dalam kotak siap untuk diminum sajalah...

Black Sabbath?
_____
Ada apa: Tapi kalau susu anak, mau tak mau kena rajinkan diri membancuh jugalah... Lagi syahdu bancuh susu anak tengah-tengah malam~

Far Cry 2 Mode


Beberapa hari lepas, aku ada merapu pasal PC game Far Cry 3. Semenjak semalam, aku mula memainkan semula siri kedua iaitu Far Cry 2, untuk mendapatkan "feel" siri-siri Far Cry dan mengasah semula FPS-skill aku yang dah agak "berkarat". Kali terakhir aku main PC game bergenre FPS ialah awal Januari lepas (mode F3AR).

Imej Wikipedia.
Dan kali terakhir aku memainkan game Far Cry 2 ni sekitar penghujung 2008 hingga awal 2009, ketika itu aku belum lagi terjerumus berkecimpung dalam dunia kegitaran, dan PC gaming merupakan hobi utama aku ketika itu.

Imej Wikipedia.
Waktu itu aku hanya menggunakan GeForce 9550 GT, manakala sekarang aku menggunakan GeForce GT 440 (entry level for today's gaming standard). Memang jauh berbeza dari segi grafik, beberapa tahun lepas aku hanya dapat memainkan game ni menggunakan setting grafik yang sederhana, sekarang aku dah boleh memainkannya dengan kapasiti penuh, this is madness!

_____
Ada apa: Mungkin lepas ni nak "korek" balik game Far Cry.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 6)


Bungkusan e-parcel yang diterima Selasa minggu lepas (16/10/2012) ni beralamat dari Music Master Studio (SS2), yup dari tauke yang baru sahaja beberapa bulan bergelar hubby suami (welcome to the 2.0 club, gapster).

Oh ya, kembali kepada cerita bungkusan tadi. Ia berisi Pedaltrain-Nano yang dibeli semata-mata untuk digunakan semasa Oktoberfest baru-baru ni - untuk menempatkan dua buah pedal kegemaran aku iaitu G2Nu dan VXL supaya lebih "mobile" dibawa berbanding UPC-424.


Tapi disebabkan pembelian sampingan (collateral purchase?) G2.1Nu terpakai yang tidak dijangka beberapa hari sebelumnya membuatkan cadangan menggunakan Pedaltrain-Nano untuk Oktoberfest terbantut, kembali menggunakan UPC-424.

Oleh yang demikian, Pedaltrain-Nano ni akan disimpan untuk kegunaan akan datang (3-stompbox simple jamming rig - CM-1, CC-1, MO-BA) atau bakal dijual kepada rakan-rakan gitaris di Bintulu ni sekiranya ada yang berminat.

_____
Ada apa: G2.1Nu?

Ada Apa Dengan Far Cry 3?


Satu lagi siri PC game kegemaranku yang bakal dikeluarkan pada mulanya 4/9/2012 tapi ditunda sehingga 29/11/2012 (Europe) dan 4/12/2012 (US) - Far Cry 3.

Imej Wikipedia.
Siri kali ni kembali berlatarbelakangkan kepulauan tropika seperti siri pertama (Far Cry) dan bukannya lagi savanna Afrika seperti siri kedua (Far Cry 2). Selain bergenre utama first-person shooter (FPS), siri kali juga khabarnya ada unsur-unsur role-playing game (RPG). Info lebih lanjut sila layari website rasmi ataupun Wikipedia.

Tapi dengan status aku sekarang, paling-paling aku hanya dapat meluangkan masa 2-3 jam sehari untuk main *game seperti ini. Tidak seperti zaman keseronokkan main berjam-jam lamanya seperti game siri pertama (2004) dan siri kedua (2008/2009). Satu hakikat yang aku harus terima seadanya...

Entri Mini: Salam Aidiladha


Imej cilok dari blog Bro Sub :)
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog AADI sama ada aktif atau pasif. Esok kita berlumuran darah (lembu/kambing).

_____
Ada apa: *Sama ada versi ori, lanun atau sedut.

Prequel: Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised!


Sekitar sessi "soundcheck" di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada petang Sabtu (20/10/2012). Sessi bermula sekitar 2.00 petang dihadiri oleh kumpulan-kumpulan yang bakal membuat persembahan pada sebelah malamnya, termasuklah Metuk Ulau Projekt Project (MUP).

Geng perut boboiboy bapa orang (+1 teruna?).
Gambar dicilok dari Facebook Ana & The Scene.
Out of tempo?
Peralatan yang digunakan (drums, amps, mixer) adalah disewa dari Z-Studio yang dah biasa kami gunakan, jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari kombinasi "sweet-spot" bunyi yang dikehendaki.

Mencari chords yang hilang (lagi).
Macam bersantai di tepi pantai kan?
Cuma susunan amp dan speaker (semasa sessi ni) agak kurang optimum dari segi akustik dan sonik, aku langsung tak dapat dengar bunyi gitar dari amp sebelah (Azrol). Dan seperti OSG2012, monitor speaker juga tidak disediakan, kenapa penganjur jarang menitikberatkan kepentingan monitor speaker?

Tuning while performing (without muting the volume) = failed, haha~
Kali ni Korawk dapat belajar sesuatu yang baru, jangan tune gitar semasa lagu sedang dimainkan. Kalau terpaksa juga, sila "mute" volume pada Pod X3 (si kacang merah) tu sebelum ia masuk dalam amp/mixer.

Korawk, ada masa nanti kita cuba optimumkan penggunaan Pod X3 tu semasa jamming atau gig.

_____
Ada apa: Segan nak keluarkan So-Cal dari gigbag...

Daripada G2Nu Menjadi G2.1Nu


Semenjak bulan April lepas aku menggunakan G2Nu sebagai efek utama aku ketika jamming, beberapa bulan lepas aku dah "upgrade" patches di dalamnya dengan patches G2.1DM.


Isnin lepas (15/10/2012) aku TERbeli G2.1Nu rakan sekampungku merangkap gitaris kumpulan Manggs yang menjualnya (dengan harga yang sukar ditolak) kerana ingin melompat masuk ke khemah stompbox.


Sememangnya aku lebih GAS G2.1Nu berbanding G2Nu (disebabkan expression pedal), tetapi harga G2.1Nu agak mahal (RM5xx) berbanding G2Nu (RM3xx), agak tidak berbaloi untuk membeli G2.1Nu pada ketika itu.


Pedal ini telahpun dirasmikan ketika sessi jamming persediaan untuk Oktoberfest minggu lepas, dan juga digunakan dengan jayanya semasa Oktoberfest beberapa hari lepas. Dengan tambahan expression pedal, lebih senang untuk mengawal volume dan beberapa parameter lain (gain, reverb, delay, etc), aku tak pandai main wah-wah, jadi ia tidak digunakan sebagai wah-wah pedal.

Begitu juga dengan patches kegemaranku yang ada di dalam G2Nu, telah dipindahkan ke dalam G2.1Nu dengan mudah menggunakan perisian Edit & Share, tidak lupa juga untuk upgrade kepada version 1.10. Pastinya ia akan menjadi gigrig utama aku untuk sessi jamming/gig yang akan datang.

Ini merupakan pedal multi-effects jenama Zoom kelapan aku miliki selepas B1X, G1X, B2, G1M, G1N, G1u, dan G2Nu (kecuali G2Nu, yang lainnya semua dah aku letgo).

_____
Ada apa: Mungkin aku akan letgo G2Nu selepas ni...

Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised!


Sambungan daripada entri semalam...

Metuk Ulau Projekt Project (MUP) merupakan kumpulan keempat daripada lima yang membuat persembahan pada malam tersebut. Persembahan MUP bermula sekitar 10.30 malam.

Caught somewhere in La Bistro?
Aku rasa ada "hikmahnya" kenapa persembahan MUP lewat sedikit. Jika kami menjadi kumpulan pertama atau kedua membuat persembahan, suasana pada ketika itu agak kurang sesuai untuk muzik heavy metal.

Aksi Adi Herman yang bakal "makan pari" tak lama lagi?
Sebelum persembahan, aku memulakan dengan ucapan yang ringkas, tak nak pening-pening intro berbelit macam kumpulan lain:
"Good evening, we are Metuk Ulau Project, just another cover band... You guys ready for some old-school heavy metal?!"
And the madness begins...

Korawk nampak lebih kacak bila tidak memakai cermin mata.
Setlist MUP @ Oktoberfest:
  1. Caught Somewhere In Time (intro part)
  2. Coming Home
  3. Tears Of The Dragon
  4. Wasted Years
  5. Fear Of The Duck Dark
  6. The Trooper
Tesla powered Korawk! This is madness!
Seperti sessi jamming latihan pada malam sebelumnya, Korawk menggunakan Samick Hybrid Les Paul copy dan tidak menggunakan Ibanez GRG270. Katanya disebabkan prestasi set pikap Tesla Plasma-2 yang dipasang pada gitar ni lebih mantap berbanding pikap stok yang ada pada GRG270.

Gitar hijau? Kabel pun hijau?
Ya ya, aku tau... Kali ni aku guna Charvel So-Cal Style 1 HH (belum ada nick, belum ada ulasan). Walaupun Goldie merupakan gitar "live" kegemaranku, tapi ia direhatkan untuk kali ni.

Azrol (dan Mirage aku) sedang beraksi.
Seperti OSG2012 Februari lepas, aku menyuruh Azrol menggunakan Mirage aku (also, Tesla powered) yang lebih "sesuai" untuk situasi pada malam tersebut. Solo-solo Azrol menerima banyak pujian sama ada dari pengunjung, patron La Bistro mahupun ahli-ahli kumpulan lain.

Mencari chords yang hilang?
Rata-rata yang menyerbu ke depan pentas adalah ahli-ahli dari kumpulan lain (The Once, Ana & The Scene, Wantwojuice, Majestica) dan geng-geng MUUV yang dipelopori oleh Rashid Malim dan Fadel BBKK.

Kali ni Bob siap-siap bawa bekal Gaviscon.
Bob Kandar mula menunjukkan tanda-tanda semput kepenatan bila tempo lagu FOTD mula menurun pada rangkap terakhir (faktor usia?).

Enjin belum panas.
Brader bertopi putih pakai t-shirt Gene Simmons (aka Bro Kiss), siapa tahu siapa brader ni? Menurut info Rezal (The Once) Bro Kiss ni "seorang otai", mungkin lagu-lagu Iron Maiden ni zaman-zaman dia juga kot?

And all the things I sometimes do, it isn't me but someone else...
Awas, enjin sudah panas!
Ketika kami memainkan lagu Wasted Years, Bro Kiss tadi tiba-tiba meluru ke depan dan "merampas" mikrofon Adi, dan tidak disangka-sangka terus menyanyi bersama-sama.

Enjin terlebih panas! Hahaha~
Selepas lagu FOTD, tiba-tiba Bro Kiss tadi sekali lagi "merampas" mikrofon Adi dan menuntut supaya kami memainkan lagu 2 Minutes To Midnight (yang tiada dalam setlist kami). Aku cuba menafikan tuntutan tadi dan menggantikannya dengan lagu kemuncak - The Trooper.

Why so serious?
Enjin aku pun terlampau panas, hahaha! Mungkin dapat aura daripada reaksi penonton kot? Kesimpulannya, MUP owns the night! La Bistro has been MAIDENised! Up The Irons! \m/

Selepas persembahan MUP, rata-rata pengunjung mula beredar meninggalkan bistro. Mungkin mereka ingat MUP adalah persembahan kemuncak (main event). Agak kurang adil bagi kumpulan terakhir Wantwojuice.

Zoom Q3HD (with APQ-3HD), sila abaikan latar belakang.
Yang pasti Q3HD ni telah berjaya menjalankan tugasnya, dapat merakam video persembahan MUP (in HD720) sekitar 35 minit. Walaupun visualnya agak gelap, tapi kualiti bunyi memang mantap, tak sia-sia Korawk beli benda ni, membuatkan aku terGAS untuk memiliki versi H1.

Juga terdapat gambar-gambar menarik yang diambil menggunakan kamera Canon si Korawk (jurufoto la katakan), sama-samalah kita menunggu entri dari blog Geng Kereta Sapu.

Credits to Nasuki Malim (The Once) for these wonderful pics (except the last pic) taken with my cheapo Cyber-Shot.

_____
Ada apa: Harap maaf kalau ayat-ayat aku ni agak angkat bakul bias - memang pun! Hahaha...

Sekitar Oktoberfest Di La Bistro Cafe, Kemena Hotel


Adi Herman dah awal lagi buat entri pasal Oktoberfest ni, yang berlangsung di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada malam semalam (Sabtu 20/10/2012). Aktiviti bermula sekitar 7.30 malam. Berikut adalah gambar-gambar yang diperolehi daripada kamera ciput murahan aku Sony Cyber-Shot DSC-S930.

Tiket rasmi.
Ahli-ahli kumpulan yang membuat persembahan boleh masuk tanpa tiket, tapi tak dapatlah kelebihan seperti pengunjung yang membeli tiket seperti makan secara buffet, cabutan bertuah, "minuman" sebotol dan beberapa cenderamata. Walau bagaimanapun, makanan untuk ahli-ahli kumpulan telah disediakan berasingan di dewan banquet.

Walaupun ringkas tapi sedap.
Urutan persembahan:
  1. Ana & The Scene The Once
  2. Majestica
  3. The Once Ana & The Scene
  4. Metuk Ulau Projekt (MUP)
  5. Wantwojuice
Persembahan "live band" bermula sekitar 9.00 malam dimulai dengan persembahan raggae berwarna-warni yang mengasyikkan daripada kumpulan The Once.

The Once.
Sepatutnya persembahan pertama ialah kumpulan Ana & The Scene, tapi disebabkan beberapa ahli kumpulan tersebut belum tiba (malam tu hujan lebat), jadi giliran mereka diambil alih oleh kumpulan The Once.

Persembahan antara kumpulan diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah dan beberapa permainan parti anjuran pihak bistro untuk memberikan masa persediaan bagi kumpulan yang bakal membuat persembahan seterusnya.

Majestica.
Persembahan yang mantap oleh Majestica, dengan muzik progresif dan sentuhan gitar ala-ala Petrucci memang memukau penonton. Cover lagu Perfect Stranger (Deep Purple) memang best! Dengar-dengar mereka ni bakal melancarkan album/EP/single (aku tak pasti) mereka tidak lama lagi.

Ana & The Scene.
Band indie/alternative tempatan Bintulu - Ana & The Scene, persembahan dan perkakasan yang telah dinaiktaraf semenjak gig OSH2012 Februari lepas. Baru berpeluang berkenalan dengan Chop Sudir (vokalis/gitaris) kumpulan ni.

Setiap kumpulan diperuntukkan masa sekitar 30 minit (5-6 buah lagu) untuk membuat persembahan. Walaupun tiada unsur-unsur pertandingan, tapi pada pendapat aku setiap kumpulan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton pada malam itu.

Wantwojuice.
Cuma aku kesian dengan kumpulan Wantwojuice ni, waktu mereka membuat persembahan (sebagai kumpulan terakhir) sekitar pukul 11.00 malam, ramai pengunjung yang coming home dah pulang. Adakah disebabkan perlawanan MU dah tamat? Yang tinggal hanyalah beberapa pengunjung di meja hadapan dan ahli-ahli dari kumpulan lain memberikan sokongan dengan menyanyi dan menari(?) bersama.

Oh ya, mesti ada yang tanya mana gambar persembahan MUP kan? Tengoklah nanti kalau aku rajin aku sambung, buat entri khas untuk persembahan MUP sahaja. Bias? Memang pun hahaha~

Bersambung...

_____
Ada apa: Selepas Oktoberfest ni, Metuk Ulau Projekt akan dikenali sebagai Metuk Ulau Project.

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt: Oktoberfest Training (Part 3)


Sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) persediaan untuk Oktoberfest yang terakhir diadakan Jumaat lepas (19/10/2012) kali ni sessi diadakan di REG Studio, studio yang agak "tersembunyi" dan hanya boleh diakses oleh orang-orang tertentu sahaja - sebab ia bukan studio jamming sewaan umum seperti Z-Studio atau Amazika. Mungkin Adi Herman boleh ulas sedikit pasal studio ni nanti.


Kebetulan selepas sessi jamming MUP, sessi seterusnya disambung oleh kumpulan kedua Adi Herman iaitu The Once. Tak ada apa nak aku ceritakan pasal sessi kali ni, setlist adalah seperti biasa cover lagu-lagu Iron Maiden dan Bruce Dickinson solo.

Masing-masing bergaya depan kamera.
Cuma perkakasan di REG Studio ni memang mantap! Dua buah amp gitar Marshall combo (bukan MG series, mungkin Haze series kot?), Fender Bassman head+cab untuk bass dan beberapa perkakasan canggih lain untuk rakaman.

Left - Korawk's rig (Pod X3 woo~), right - my rig (G2.1Nu?).
Ibanez Roadster(?) P-bass REG Studio.
Tesla powered madness! No GRG270 this time.
Dah buat "FOTD homework" 33 kali!
Feel - Azrol menggunakan Mirage aku.
So-Cal debut (belum ada nick) - personal review yet to come.
Lagu The Trooper memang berhantu, hahaha~
Bagus juga Adi bawa kami jamming di studio ni, selain sewa yang murah (harga kawan-kawan) dan perkakasan yang mantap, aku juga dapat berkenalan dengan beberapa kenalan baru terutama dari pihak studio dan ahli kumpulan The Once yang lain.

Sempat menjenguk The Once sedang beraksi.
Juga berkesempatan menjenguk Ibanez Proline V model lama (mungkin PL1660) kepunyaan studio yang agak "rare" yang katanya pernah dimiliki oleh gitaris kumpulan Shima (The Boys?) suatu ketika dahulu. Tapi aku lupa nak dokumentasikan, mungkin lain kali aku akan cuba...

_____
Ada apa: Habis baju aku bau asap rokok, hahaha~

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 9)


Bungkusan dari CK Music ni pula diterima Rabu minggu lepas (10/10/2012). Sekali lagi terima kasih kepada to Bro Amizan (of CK Music) untuk transaksi yang lancar.

Bungkusan kali ni berisi Zoom Q3HD Accessory Pack (APQ-3HD) dan adapter Zoom AD-16E. APQ-3HD ni adalah untuk Q3HD si Korawk sebagai persediaan untuk merakam persembahan Metuk Ulau Projekt dan band lain pada Oktoberfest malam esok.


Adapter Zoom AD-16E pula adalah untuk G2Nu aku yang sebelum ini menggunakan adapter Roland ACR-230E (Micro-Cube punya) yang mempunyai voltan dan arus yang sama (centre negative, 9V/500mA). AD-16E ni lebih ringan berbanding model AD-0006E (9V/350mA) yang pernah aku miliki dulu (zaman B1X, G1X, B2, G1M, G1u) tapi dah dibeli oleh Azrol.


Aku was-was nak guna adapter Behringer PSU-HSB-ALL yang ada disebabkan arusnya yang besar (1700mA) nanti bakal merosakkan G2Nu, dan kerosakkan sebegini biasanya tidak dilindungi oleh waranti. Dalam blog Yustech, pemilihan arus yang bersesuai untuk pedal selalu ditekankan (supaya tak kena kutuk, hahaha~ Jangan marah Bro Yus).

Windshield, mini tripod, AV cable, HDMI cable, pouch, AD-14E adapter.
Dengan adanya aksesori APQ-3HD ni, diharap proses rakaman tidak lagi dibebani dengan masalah kecil tapi serius seperti kehabisan bateri semasa rakaman. Dan kepada Korawk, lepas ni tiada lagi alasan habis bateri untuk rakaman sessi jamming atau gig. Harap-harap ia akan diulas dalam blog Geng Kereta Sapi Sapu nanti.

_____
Ada apa: Hari ni cuti kurang sihat, harap-harap tak menjejaskan prestasi persembahan esok.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger