Teslarised Chop's GAX30


Malam tadi menjalankan eksperimen projek memasang pikap Tesla Plasma-X1 zebra set (yang ada dalam stok aku) pada gitar Ibanez GAX30 kepunyaan rakan seMUUV, saudara Chop Sudir - vokalis/gitaris kumpulan indie/alternative Bintulu Ana & The Scene (A&TS).

Gitar yang pernah digunakan semasa OSG2012 Februari lepas, tetapi tidak digunakan semasa Oktoberfest baru-baru ni (Chop guna Squier Telecaster).

Tiba-tiba teringat ex-Dinoscars (GAX010LTD) aku dulu.
Kalau tak silap GAX30 ni adalah batch 2008 (black speed knobs, either AX or PSND pickups) yang agak berbeza dengan batch baru (chrome knobs, STD-H pickups) seperti GAX30 kepunyaan Adi Herman.

Ada yang tak kena dengan cara pemasangan tali gitar ni.
Sudah menjadi kebiasaan aku menggambar gitar dari beberapa sudut sebelum memulakan projek untuk diarkibkan dan juga sebagai bahan entri blog AADI (seperti yang anda baca sekarang ni).

Sisa-sisa residu manusia dikesan di situ.
Kadang-kadang hairan juga bila tengok gitar yang macam tak pernah dibersihkan, terutamanya sisa-sisa residu manusia yang masih melekat pada fretboard, yuck~ Don't worry Chop, cleaning process on it's way...

Pose terakhir sebelum dipasang dengan Tesla Plasma-X1 zebra set.
Ruang kaviti yang luas.
Seperti biasa, aku hanya akan mengikut litar asal gitar ni yang agak mudah, wayar pikap hanya perlu dipateri pada suis tiga hala (3-way switch) tanpa perlu mengganggu kedua-dua potentiometer volume dan tone. Tak perlu nak menyusahkan diri untuk opsyen split-coil atau parallel humbucker.

Kaviti pikap yang kemas.
Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus dan kemas, walaupun pada gitar pada siri Gio sama ada buatan China atau Indonesia. Setakat ni aku belum pernah jumpa gitar Ibanez siri Gio yang teruk dari segi pertukangan.

Dunlop cleaning product.
Aku memang agak cerewet kalau tengok gitar yang kotor, dalam kesempatan yang ada aku membersihkan fretboard gitar ni dengan produk Dunlop, walaupun ia tak seteruk sekotor gitar hibrid si Korawk. Juga membetulkan pemasangan tali pada tuner/machinehead gitar ni supaya lebih kemas.

Cuba kemaskan wayar-wayar yang berserabut.
Projek pemasangan pikap ni mengambil masa hampir dua jam (standard aku yang amatur) bermula sekitar 8.30 malam dan berakhir hampir 10.15 malam, termasuk proses pembersihan fretboard, rehat makan malam, rehat bancuh susu Lil'Ijau dan sessi pandu-uji dengan G2Nu + headphone.

Pose maut, Teslarised GAX30 dan CD demo A&TS.
Pendapat temberang peribadi aku mengenai Plasma-X1 ni, walaupun dalam website Tesla ia dikategorikan sebagai "medium output" tapi bunyinya memang mantap, sustain pun panjang. Mungkin ia adalah klon Seymour Duncan Alnico II Pro, who knows? Amat sesuai untuk muzik indie dan alternative yang dimainkan oleh A&TS.

_____
Ada apa: Ada lagi Plasma-7 dan Plasma-RS1 set dalam stok aku.

7 komen:

Skudal said...

wah...dah boleh buat part time repair gitar lepas ni

Adi Herman said...

Memang dah jadi bisnes side income pun bro Faizal,haha kitorg geng2 MUUV memang rujuk kat Ijau ajer kalo ada masalah yg berkaitan gitar...

esoasis said...

Lucu bro ! Hehehe terbaek...

Ijau D. Koceng said...

faizal:
side income tu blkg kira, terapi minda semasa proses memasang tu yg best

adi:
wow! GAX30 anda bila lagi?

es:
part apa yg lucu tu es?

speedrider said...

Kenapa tali di bahagian kanan tu pasang macam tu? sepatutnya pasang kena ada simmetri dengan yang bahagian kiri, baru nampak kemas sikit.

Owner super right handed player ni, semuanya nak kanan. Hahahahah

Unknown said...

Sebenarnya kan owner nya pemalas..hahah..patut aku pun rasa pelik semacam jak tali ya..hahah..arap bro ijau berik tips cara memasang tali dgn betul k..btw..nice artcle!love it!more to come..

Ijau D. Koceng said...

muspeed:
aku dah perbetulkan kesimetrian pemasangan tali tu

chop sudir:
tips pasang tali yg betul ada byk kat youtube, tp apa2pun kena selalu buat juga baru mahir dan kemas

more to come? come come lai lai~ tangan aku dah gatal nak main pateri

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger