An Oral/Visual History


Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers With Brendan Mullen. Buku tebal penuh bergambar ni dijual dengan harga yang menarik RM19.90 (harga pasaran US$20 = RM75~).


Sempat membelek naskah showcase/unsealed di kaunter, bila tengok beberapa gambar lama mereka (terutama gambar The Abbey Road parody) mengingatkan aku waktu mula-mula mengenali RHCP sekitar awal 90an dulu melalui videoclip lagu Catholic School Girl Rules yang "menarik".

Aku bukanlah minat sangat dengan kumpulan Red Hot Chili Peppers (RHCP) ni, walaupun aku ada juga layan beberapa lagu-lagu mereka zaman Californication yang memang mengasyikkan. Mungkin disebabkan entri Berteromber ni membuatkan aku menghubungi seorang rakan di Bintulu yang juga minat RHCP, bertanyakan sama ada dia ingin memiliki buku ni atau tidak.

Untuk mengekalkan status sealed buku ni, aku tak dapat nak buat ulasan lebih lanjut. Biarlah tuan barunya sahaja nanti yang buat ulasan panjang lebar.

_____
Ada apa: Ada beberapa naskah lagi buku ni di premis Reissued Magazine tingkat atas.

Wordless Wednesday: About Time



_____
Ada apa: Pukul berapa?

PJ, Aku Datang Lagi...


Isnin (28/1/2013) - Berkunjung ke PJ untuk berkursus di Ibu Pejabat selama seminggu. Semenjak berkeluarga ni memang rasa berat hati nak berkursus, sebab malas nak berjauhan lebih-lebih lagi dengan Lil'Ijau.


Hujan renyai-renyai di PJ sejak tengahari, check-in Hotel Singgahsana sekitar 3.30 petang dengan baju dan beg basah kuyup sebab hujan tiba-tiba lebat waktu aku menapak dari stesen PUTRA Taman Jaya.

Memang dah plan nak pergi Music Master Studio, tapi disebabkan hujan tak reda-reda sampai lewat petang, hilang mood aku nak jalan-jalan walaupun setakat Victoria Music Centre, Amcorp Mall.

_____
Ada apa: Dana-dana pun terbatas...

Sepetang Di 36 Studio (Part 2)


Petang tadi aku dan Azrol sempat menjenguk sessi *traimming yang terakhir kugiran Curse Of God (COG) sebelum mereka bertolak ke Sabah untuk menyertai gig Awakening Of The Damned pada 30/1/2013 nanti. Kali ni mereka memilih 36 Studio sebagai tempat membeer sessi dijalankan, sebelum ini Z-Studio merupakan studio pilihan..

*traimming = training + jamming.

Korawk (bass), Donny (vocals/guitar), Rashid (drums), Fadel (guitar).
Eh? Ada Korawk? Sebenarnya Korawk dah hampir setahun sain kontrak menjadi bassist bermusim (seasoninst) COG untuk sessi rakaman dan gig disebabkan bassist asal telah "menghilangkan diri".

Aku juga sempat "memandu-uji" gitar Donny Cort VX-2V (gitar yang sama dalam entri ni) secara "live". Agak janggal bila guna gitar orang lain, bukan disebabkan bentuknya yang ekstrim sebab akupun pernah ada gitar berbentuk ekstrim (Kelly Kelly, Abominations) tapi disebabkan action yang agak tinggi dan setting tremolo yang pelik.


Korawk menggunakan ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) yang telahpun berada dalam inventori COG sejak bulan April tahun lepas. Kadang-kadang rindu juga bila tengok axology lama, tapi aku gembira sebab ia digunakan dengan seoptimumnya (minor battle scars detected) oleh rakan-rakan seMUUV.

Memikirkan masa hadapan...
Lepas habis sessi traimming, sempat melepak sekejap dengan geng-geng COG dan tauke 36 Studio di ruangan hadapan (kaunter?) yang masih lagi berstatus "projek terbengkalai". Juga sempat berbincang dengan Korawk mengenai info versi 2.0, bisnes alatan muzik dan penglibatan Metuk Ulau Project dalam Bintulu Music Fest 2013 bulan Mac nanti. Keputusannya? Tunggu awal bulan Februari nanti...

_____
Ada apa: Sesetengah gambar perlu ditapis.

Klorin Bahaya?


Pic of the day...

Apa kesilapan "Dr. Sukri" dalam strip komik ni?
_____
Ada apa: Strategi pemasaran.

Ada Apa Dengan Cort X-11?


Full specifications please click here.

Cort X-11 TCG (trans charcoal grey).
Sekali imbas, tak jauh beza Ibanez RG-series kan?

Untuk batch pasca-2011 pikap yang digunakan ialah Duncan Designed HB102 (based on Seymour Duncan JB/Jazz combo) humbucker dan Bluebucker Pro singlecoil, menggantikan EMG-HZ/SA untuk batch pra-2011 (seperti yang tercatat dalam katalog).

Sebenarnya aku tak berapa minat jenama Cort, satu-satunya Cort yang aku minat ialah model KX5-FR yang pernah masuk dalam senarai GAS suatu ketika dahulu.

_____
Ada apa: Tiba-tiba cerita pasal Cort?

Wordless Wednesday: Aiskrim Tiub



_____
Ada apa: Siapa yang memulakan viral "Wordless Wednesday" ni ye?

Ada Apa Dengan Raja Rimba?


Seperti rakan-rakan bloggers tegar yang lain, AADI juga terlepas pandang beberapa entri dalam bentuk draf yang terperap sekian lama. Contohnya entri ni yang sepatutnya menjadi kesinambungan entri ni, tapi terperap dalam bentuk draf hampir setahun (sepatutnya disiarkan bulan Januari 2012).

Here goes...

Awal 90an komik-komik manhua terjemahan bahasa Melayu keluaran New Media Publications mewarnai pasaran bahan bacaan serius santai remaja Malaysia. Antara tajuk komik manhua yang bertahun-tahun aku beli ikuti ialah Raja Rimba (originally was Black Panther in Hong Kong) dihasilkan oleh pelukis manhua terkenal iaitu Ma Wing Shing, yang juga popular dengan komik tajuk lain seperti Pedang Setiawan (Fung Wan) dan Wira Sakti (Chinese Hero).


Raja Rimba ni ada sedikit kelainan yang menarik berbanding komik tajuk lain kerana berlatar-belakangkan zaman sekarang (90an pada ketika itu) dan dikaitkan dengan isu sejagat (Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, komunisme China, kejatuhan Soviet, Hong Kong 1997), berbanding komik tajuk lain yang kebiasaannya berlatar-belakangkan zaman Dinasti China purba ataupun alam fantasi.

Isu #7, naskah pertama yang aku beli sekitar awal 1994.
Dan segala kung-fu, senjata dan hikmat yang digunakan agak masuk akal kerana watak-wataknya (Sang Rimau Kumbang, Waja Timur, Long San, dll) tidaklah sampai tahap "super-human" dan boleh mati jika ditikam, ditembak, jatuh bangunan atau kehilangan banyak darah.


Isu #155, isu terakhir musim pertama, kalau tak silap dikeluarkan sekitar tahun 2000 (final year USM). Episod penamat yang hebat, boleh dibuatkan sebuah filem yang epik kerana hero-hero secara teknikalnya tidak dapat mengalahkan watak jahat (Fushi Kamitake), hahaha!

Mulai isu #156 merupakan musim kedua dengan lukisan yang lebih kemas dan cantik. Dalam musim kedua ni rasanya lebih fokus kepada watak Waja Timur berbanding Sang Rimau Kumbang. Dalam musim kedua ni juga watak-wataknya mula menunjukkan tanda-tanda berevolusi menjadi "super human".


Episod terakhir untuk musim kedua ialah isu #255, agak kurang menarik dan tidak memuaskan hati kerana watak jahatnya yang sebelum ini terlalu hebat, kalah begitu sahaja oleh hero selepas mendapat kuasa mistik dari dalam gua.

Dan isu #256 merupakan permulaan musim ketiga yang membosankan, latar belakang cerita dibawa beberapa belas tahun ke masa hadapan, dan banyak benda-benda mengarut mula dikesan contohnya watak-watak dah jadi "super human" tahap komik Pendekar Laut (kehabisan idea?).


Isu #436 merupakan isu terakhir aku beli sekitar penghujung 2005. Secara serius dari isu #256 sehingga #436 aku langsung tak paham apa jalan cerita, tak ada satu babak pun yang aku ingat jika dibandingkan dengan musim pertama (#1-155) yang sampai sekarang aku boleh ceritakan semula jalan ceritanya.

Dan mulai tahun 2006, aku nekad berhenti membeli apa-apa komik manhua, mungkin disebabkan sudah tidak sesuai dengan gelora jiwaku pada ketika itu yang dah mula rajin membeli majalah-majalah berkaitan ICT (contohnya PC Gamer).

_____
Ada apa: Terfikir nak jual semula, tapi bukan sebagai kertas kitar semula.

Sessi Jamming Pertama Di 36 Studio


Sabtu 19/1/2013 - Sessi jamming yang agak "impromptu" dirancang oleh Bob Kandar setelah teruja dengan gambar drumset 36 Studio dalam entri yang lepas. Pada pendapat aku, sessi kali ni lebih kepada sessi "sound-check" dan mencuba kelengkapan studio berbanding sessi yang serius - studio baru dan luas lah katakan~

Checkout the drumset! - Imej cilok dari Facebook 36 Studio.
Ini merupakan sessi jamming pertama Metuk Ulau Project (MUP) di 36 Studio, tetapi sessi kali ni tidak disertai oleh Korawk kerana komitmennya dengan persiapan kugiran Curse Of God untuk gig Awakening Of The Damned di Kota Kinabalu hujung bulan nanti.


Bob Kandar antara yang paling teruja untuk sessi kali ni disebabkan drumset 36 Studio ni yang agak lengkap ala drumset Lars Ulrich. Terlalu banyak tom-tom dan simbal yang nak diketuk, kelam-kabut Bob dibuatnya.


Walaupun hanya "impromptu", tapi Adi Herman agak bersemangat memainkan bass, terlebih bersemangat sampai putus tali bass paling tebal dek main slap-pop meletup-letup, hahaha! Putus di bahagian ball stopper, memang dah sampai ajal masa tali tu nak putus sebab dah bertahun-tahun guna (alasan ulasan Adi).


Kali ni aku menggunakan Goldie yang disambung terus pada amp Marshall MG102FX tanpa menggunakan apa-apa pedal efek lain. Sememangnya semenjak intipan tinjauan minggu lepas, aku teringin untuk merasai ngauman overdrive amp Marshall 100 watt yang asli dan bukannya modelling (walaupun hanya MG-series).


Azrol pula lebih selesa menggunakan Zoom G1XN yang disambung pada clean channel amp Marshall MG102FX, disebabkan banyak pertukaran bunyi/efek yang digunakan oleh gitaris utama MUP ni.

Kesimpulan, komen dan komplen:
  1. Les Paul (with Super Distortion) + Marshall = awesome "British" sound!
  2. Hampir kesemua bunyi agak "berdengung" hasil pantulan bunyi disebabkan dinding studio yang masih rata dan belum dimodifikasi dengan bahan penyerap bunyi - boleh diperbaiki.
  3. Susunan amp serta speaker monitor agak kurang sesuai dari segi rangkuman sonik (sonic coverage) ada beberapa "interference-spot" dikesan - juga, boleh diperbaiki.
  4. Sekiranya jamming dengan tiga orang gitaris (full MUP line-up) di studio ni pada masa akan datang, sebagai gitaris ketiga mungkin aku akan menggunakan Pod HD300 dan disambung terus ke mixer studio.
_____
Ada apa: Berkebarangkalian besar minggu depan pun akan ada sessi jamming lagi...

Antara DiMarzio, D'Addario Dan Ernie Ball


Barang kecil-kecilan yang dipesan dari Dead Eye Guitars (DEG) - suis tiga arah DiMarzio EP1105 dan dua bungkus tali gitar masing-masing berjenama D'Addario EXL120 Super Light (9-42) dan Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) untuk penggenap bayaran.


Hampir dua tahun aku tak menggunakan tali gitar jenama D'Addario ni, kalau dulu-dulu setiap kali beli gitar baru dari DEG pasti akan dapat "free gift" tali D'Addario. Yang ni akan disimpan sebagai stok.

Ernie Ball pula stok simpanan khas untuk Goldie, semenjak mula menggunakannya Oktober lepas, aku rasa 9-46 amat sesuai untuk Goldie aku berbanding 9-42 atas sebab-sebab yang susah aku nak terangkan. Patutlah ramai yang suka tali gitar jenama Ernie Ball ni.

Made in Mexico though...
Suis tiga arah ni pula pada mulanya ingin digunakan untuk projek menukar konfigurasi pikap Mirage aku daripada HSS (lima arah) menjadi HS (tiga arah). Tapi projek ni terbengkalai, dan suis ni akan terperap menjadi stok dalam simpanan bersama-sama lambakan pikap yang ada.

_____
Ada apa: Dah dasar hoarder pengumpul...

Lima Album Rock Melayu Paling Dikehendaki AADI


Aku sedang mencari lima album rock Melayu berikut (yang sememangnya dah masuk tahap "rare") dalam format CD audio. Waktu album-album ni diterbitkan dulu aku masih lagi berstatus "student", jadi tak mampu nak beli versi CD, yang ada pun versi kaset (ada beberapa kaset dah berstatus pinjam-tapi-tak-kembali).

Imej Wikipedia.
  1. Search/Awie - Bikin Wilayah
  2. Wings - Biru Mata Hitamku sudah dapat!
  3. Awie - Awie self-titled debut solo album
    (alaa~ yang ada lagu Tragedi Oktober tu)
  4. Ramli Sarip - A-Live
  5. XPDC - Medley Rugged
Setakat ni cuma Biru Mata Hitamku sahaja yang telah diperolehi. Album-album lain yang tersenarai di atas tu sekiranya rakan-rakan bloggers terjumpa di mana-mana premis menjual CD, dengan pantas hubungi aku! Aku nak versi CD audio ye~ VCD karaoke, kaset, vinyl dan format-format lain aku tak berminat.

Btw, ada siapa-siapa berminat nak beli kaset?

_____
Ada apa: Tak jadi nak masukkan single Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan dalam senarai...

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 8)


Menerima sebuah bungkusan SkyNet petang Isnin lepas (14/1/2013) yang beralamat dari Music Master Studio (MMS), dihantar oleh gapnap Jumaat minggu lepas.

Aku rasa inilah harta rampasan perang terakhir dari Year End Sale (YES) MMS untuk tahun lepas. Err, MMS ada YES juga ke?

Apa pula isinya kali ni?

F-spaced version.
Ia berisi sebuah pikap DiMarzio D-Activator bridge (DP220). Pada mulanya aku memesan dua buah pikap sebagai kombo D-Activator untuk bridge dan Air Norton (DP193) untuk neck, tetapi Air Norton yang dipesan telah melencong lari ke Sabah (atas usaha gigih Jairo).

Distributed in Malaysia by JS Music.
Bertambah lagi stok pikap DiMarzio aku dalam simpanan (termasuk Petrucci set yang dah jadi sendirian berhad), selain Bill Lawrence (L-500XL) dan Tesla (Plasma-RS1 set, Plasma-7 bridge).

Apa kejadahnya aku simpan stok pikap banyak-banyak ni kalau tak ada gitar untuk dipasang? Gitar-gitar aku semuanya dah tukar pikap, tapi tangan masih "gatal" nak main pateri. Worse to worst, mungkin aku akan jual semula, atau tawarkan kepada rakan-rakan gitaris di Bintulu macam kes projek ni dan projek ni.

_____
Ada apa: Penghuni kem DiMarzio la jawabnya...

Wordless Wednesday: Gaming Rig Circa 2004-2007



_____
Ada apa: Still alive and kicking...

Sixth Blogger's Anniversary


15/1/2013 - Another year passed by, and AADI turns sixth today!

Chuck Norris approved! (imej cilok)
Get your own free Blogoversary button!

Seperti biasa, terima kasih atas sokongan anda melalui komen dan komplen (terutama kepada geng-geng bloggers). Terima kasih kerana menjengah AADI walaupun hanya sebentar....

_____
Ada apa: Harap-harap tahun ni AADI dapat menyertai kelab 100k (16k more hits to go).

Sepetang Di 36 Studio


Berkesempatan untuk melawat 36 Studio yang masih belum 100% beroperasi sekitar 9.00 malam tadi (ya malam, bukan petang), setelah diajak oleh Chop Sudir untuk menghadiri "mesyuarat" tertutup Bintulu Independent Music Movement (BIMM) membincangkan hal-hal berkaitan Bintulu Music Fest 2012.


"Mesyuarat" yang dihadiri oleh orang kuat BIMM iaitu Borhan (tauke studio), Rezal, Es, Adi Herman dan seorang rakan mereka lagi yang aku tak kenal (Adi, siapa lagi seorang malam tadi?). Aku datang tak dijemput (sebab bukan AJK), hanya sekadar menemankan Chop dan mencari modal untuk entri AADI ni.


Tujuan tersirat aku pada malam tadi ialah untuk mengintip meninjau peralatan dan kelengkapan muzik yang digunakan oleh studio ni setelah teruja dengan beberapa gambar dari Facebook 36 Studio. Hanya sebuah studio yang luas disediakan - memang luas, boleh buat mini gig dalam studio ni. Suasananya juga agak suram untuk "feel" yang lebih romantis profesional dan serius.


Walaupun aku tak berapa arif mengenai drums, tapi studio ni menyediakan drumset yang agak lengkap dan paling "hensem" di bandar Bintulu ni. Aku pasti Bob Kandar akan teruja kalau tengok drumset Pearl ni yang penuh dengan pelbagai jenis simbal dari jenama Paiste dan Zildjian (senarai lengkap).


Studio ni menggunakan dua unit amp gitar Marshall MG102FX (with footswitch) dimikrofonkan dengan mikrofon Shure yang disambung terus ke mixer studio (for monitoring or recording purpose). Studio tidak menyediakan sebarang efek pedal tambahan, tapi aku rasa dengan footswitch dan empat channel (CLEAN, CRUNCH, OD1, OD2) yang ada pada amp ni sudah kira cukup.

Sekiranya ada efek pedal tambahan, ada baiknya disambung menggunakan FX loop di belakang amp ni (proper way) berbanding disambung dari input gitar di hadapan.


Amp bass pula menggunakan Hartke HyDrive 5210C (whooping 350 watts!). DI output disambung terus ke mixer studio - antara kelebihan amp yang mempunyai DI output, tak perlu dimikrofonkan. Bila tengok amp Hartke ni memang terasa geram untuk menggunakannya.

Gitar bass mana? Hahaha... Bass yang digunakan ialah Craftsman FP10 berwarna hitam yang dikenali, disebabkan aku dah selalu tengok bass tu, jadi tak perlulah aku ambil gambar (jangan mare~).


Gitar studio ni ialah dua buah Ibanez GRX - aku kurang pasti apa model, mungkin GRX70. Dah biasa bawa gitar sendiri kalau jamming, jadi tak pandang sangat gitar studio (amboi~). Empat unit speaker monitor Behringer VP1220F juga disediakan untuk setiap pemain. Tiada lagi alasan out-of-tempo sebab tak dengar bunyi amp gitar/bass atau suara vokalis.


Mixer studio menggunakan Behringer Xenyx 2442FX, dan sebuah power amplifier iNuke NU3000 untuk menguasakan empat buah speaker monitor VP1220F tadi.

Oke, walaupun harga sewa yang dikenakan agak premium iaitu RM40 sejam (harga promosi), tapi jika diambil kira dari segi keselesaan dan peralatan yang digunakan ia amat memuaskan dan berbaloi (berbanding studio A*****a yang juga mengenakan sewa RM40 sejam tapi dengan peralatan yang tak seberapa).

Tapi pada pendapat aku, dengan harga sewa RM40 sejam ni skop pasaran agak terhad kepada kugiran yang serius dan berkerjaya. Kugiran budak-budak sekolah mungkin agak keberatan untuk menyewa studio ni.

Sekadar gambar hiasan.
Aku dah Chop beredar sekitar pukul 10.00 malam, memang kami dah plan taknak lepak lama-lama. Entah bila agaknya Metuk Ulau Project berpeluang menggunakan studio ni, kalau berpeluang alang-alang sewa dua jam terus... Minggu depan kugiran Chop - Ana & The Scene mungkin akan jamming di studio ni, kalau ada masa terluang mungkin akan ada liputan AADI.

_____
Ada apa: Kalau ada tiga gitaris?

Ada Apa Dengan Pokka Pulpy C?


[Nanasmania] Jus nanas Pulpy C keluaran syarikat Pokka.


Dengan hype "with real pineapple pulps & juice", rasanya lebih kurang macam rasa Juice Secret tapi dengan isi dan serat nanas yang lebih lembut, walaupun pada harga yang lebih kurang sama iaitu RM1.50-1.80 untuk tin 300 ml.

Walaupun minuman ni buatan Malaysia oleh Pokka Corporation (M) Sdn. Bhd., Klang, tapi pada asalnya ia adalah untuk pasaran Singapura, dan kemudiannya dilabel semula dengan sticker untuk pasaran tempatan (dua kali kerja).

_____
Ada apa: Nana nanana...

Wordless Wednesday: Audio CD



_____
Ada apa: Lagu naga?

Ada Apa Dengan Notis? (Part 4)


Pic of the day... Sebenarnya gambar ni gambar lama (2011), baru jumpa lepas mengorek folder koleksi gambar-gambar yang diambil menggunakan K618i (teruja dengan entri ni).


Notis tu ditulis "sila 'FLUSH' selepas menggunakan tandas". Oke, walaupun tiada kesalahan tatabahasa, tapi persoalannya - macam mana nak 'flush'?

_____
Ada apa: Nasib baik pili di tandas ni ada air, kalau tak...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 12)


Harta rampasan perang terakhir untuk Year End Sale (YES) CK Music tahun ni diterima Rabu minggu lepas (2/1/2013). Walaupun hari tu aku masih bercuti, tapi datang ke pejabat semata-mata nak menuntut bungkusan ni.

Ia dipesan oleh seorang rakan artis tempatan pada hari-hari terakhir YES sebelum CK Music tutup untuk cuti tahun baru.

Barang apa pula dipesan kali ni?


Bungkusan tadi berisi Zoom Multi Stomp MS-50G dan Korg Pitchclip tuner. Pitchclip tu aku yang punya (cerita entri ni), menumpang sekali untuk menjimatkan kos penghantaran hehehe...

Kandungan - pedal, manual, bateri (AAx2), resit dan kad waranti CK Music.
Badannya nampak macam plastik (macam BDI21), tapi sebenarnya logam.
Tuan punya memberi kebenaran untuk aku mencuba pedal ni (untuk entri AADI) sebelum ia dituntut pada sebelah malam. Aku pernah terGAS untuk memiliki pedal ni tidak lama dahulu, tapi tak jadi beli kerana aku memilih multi-effects yang lebih praktikal.


Sayangnya USB port yang ada hanya digunakan untuk firmware updates sahaja dan bukan untuk rakaman menggunakan perisian DAW. DC 9V 500mA, sesuai untuk adapter Zoom AD-16E (tidak disertakan). Oh lupa, juga boleh dikuasakan dengan menggunakan USB port tadi sama seperti pedal G-series lain (G1u, G2Nu, G3) yang mempunyai USB port.

Ruang bateri yang senang diakses.
Walaupun dalam manual dan website dikatakan boleh bertahan selama tujuh jam jika menggunakan bateri jenis alkali, tapi percayalah bateri amat tidak sesuai untuk multi-effects lebih-lebih lagi bateri jenis AA. Mengikut pengalaman (guna B2), paling lama bateri alkali boleh bertahan mungkin sekitar 2-3 jam sekiranya digunakan tanpa henti (jamming/gig). Penggunaan adapter amatlah disarankan dan sebaik-baiknya berarus 500mA seperti yang dinyatakan.

Simple test rig; Goldie - MS-50G - LX12.
Aku hanya sempat mencubanya dalam 30-45 minit sebelum ia dituntut oleh tuan punya sekitar 7-8 malam (leka bermain dengan Lil'Ijau), hanya sempat mencuba beberapa patches yang ada, tak sempat nak cuba fungsi-fungsi lain.

Kesimpulan?
  1. Ia merupakan G3/G5 yang diringkaskan menjadi sebuah stompbox.
  2. Standard bunyi macam Zoom G-series yang lain (chipset sama?).
  3. Berbaloi - jika anda belum ada apa-apa multi-effects atau anda seorang penghuni kem stompbox.
  4. Membazir - sekiranya anda sudah ada multi-effects Zoom G-series yang lain. Kalau beli untuk koleksi, itu lain cerita...

Oh ya, juga menerima sebuah mini album (EP kot?) dari kugiran tuan punya pedal ni secara percuma. Aku anggap ia sebagai hadiah harijadi hahaha... Thanks Chop. Ulasan? Mungkin entri lain.

_____
Ada apa: MUUV tak buat entri pasal EP ni?

Ada Apa Dengan Opening Season Gig 2013? (Part 2)


Opening Season Gig 2013 telah dinaiktaraf menjadi Bintulu Music Fest 2013 (info).

Terselit juga gambar aku dengan Goldie (sumber cilok).
_____
Ada apa: Pasti ramai yang akan mencari alatan muzik.

Ada Apa Dengan LTD EC-256 Varian 2013?


Lagi varian terbaru EC-256 untuk tahun 2013, MGO (metallic gold) dan BK (black)...


Nampak macam Goldie la pula kan? Skipped...

Hah! Les Paul Custom look-a-like, I like!
Tiba-tiba aku teringat Thomas Youngblood dan Ross The Boss.
Gitar-gitar singlecut (ala Les Paul) memang mengiurkan, dengan dua varian baru ni maka kedudukan EC-256FM Lemon Drop bakal tergugat...

Imej-mej aku link dari web 6-String.com

_____
Ada apa: Kuota dah penuh, sedih~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger