MUP/BMF Jam Session #2


Rabu (27/2/2013) - Sessi latihan kedua persediaan Metuk Ulau Project untuk Bintulu Music Fest 2013 walaupun kali ni hanya sebagai entiti Hepi;) sebab hanya kami bertiga (aku, Azrol, Bob) sahaja yang datang (tanpa bassline lagi). Korawk dan Rashid akan turut serta untuk sessi ketiga malam esok. Seperti biasa, 36 Studio menjadi pilihan.


Bob Kandar berusaha bersungguh-sungguh untuk sessi kali ni, sebab malam esok sehingga Ahad dia akan bekerja syif malam dan tidak dapat turut serta untuk sessi latihan seterusnya. Oh ya, mengikut jadual persembahan BMF2013, MUP akan beraksi pada hari kedua iaitu Ahad 3/3/2013 11.20 pagi.


Aku mengambil keputusan menggunakan Calypso untuk BMF2013 nanti atas sebab-sebab keselesaan, tak banyak tombol (solitary volume knobs), dan pastinya disebabkan "mojo" warna hijau :)


Seperti dijanjikan, kali ni sessi pertama Azrol bersama gitar barunya Cort X-11 black cherry sunburst yang baru diperolehi pada sebelah pagi (from Dead Eye Guitars of course, via your's truly), nanti aku buat entri lain pasal gitar ni. Lepas ni Hepi;) dan MUP akan lebih "berwarna-warni".


Orang kuat Bintulu Independent Music Movement (Rezal) dan tauke 36 Studio (Borhan) sedang bertungkus-lumus memotong tiket-tiket untuk BMF2013 kelak sambil bersabar mendengar aku melalak tanpa mikrofon (iNuke NU3000 studio masih rosak).

_____
Ada apa: Ice cream for me Bintulu! \m/

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 15)



Standard headstock Cort.
Akhirnya sampai juga setelah menanti hampir sebulan selepas dipesan. Biasalah bila musim perayaan, tauke gitar bercuti panjang hehehe...

_____
Ada apa: Yup, Cort X-series.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 7)




_____
Ada apa: Guna PKB pinjam nama Mrs. Ijau, hehehe :)

MUP/BMF Jam Session #1


Sabtu (23/2/2013) - Sessi jamming "rasmi" pertama Metuk Ulau Project persediaan untuk gig Bintulu Music Fest 2013 minggu depan, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Kali ni dan seterusnya untuk gig kelak Korawk menggalas tugas sebagai bassist, menggantikan Adi Herman yang lebih berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga akan beraksi di pentas yang sama.


Tiada apa yang menarik untuk sessi kali ni kecuali sessi tanpa vokal, disebabkan power amp Behringer iNuke NU3000 studio yang menguasakan empat buah monitor amp Behringer VP1220F telah rosak (overload?) semasa sessi jamming oleh kumpulan lain pada hari sebelumnya.

Bersama ex-Clover aku
Semenjak bersama kumpulan Curse Of God sebagai bassist bertopeng bermusim (seasonist) untuk sessi rakaman dan beberapa sessi gig, Korawk nampaknya semakin mantap bermain bass. Tak lupa juga faktor ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) tu.


Kali ni aku menggunakan Goldie berbanding Calypso seperti minggu lepas. Walaupun membawa Zoom G2.1Nu ternyata menggunakan amp Marshall MG102FX secara terus (direct) lebih mudah dan ringkas. Sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada ingin menggunakan singlecut ataupun superstrat untuk gig kelak.

Rokok elektrik Korawk.
Selesai sessi jamming, berkesempatan melepak beramai-ramai di Farley Food Court yang terletak beberapa blok dari studio, sambil-sambil membincangkan setlist, pengurusan masa persembahan, kewangan dan gimik yang bakal digunakan.

3-layer tea (aka teh C special).
_____
Ada apa: Gimik "stokin" RHCP oke tak? Hahaha!~

Metuk Ulau Project Di Balairaya Kampung Assyakirin?


Malam semalam, Jumaat (22/2/2013) - Metuk Ulau Project (MUP) sempat membuat sessi soundcheck PA system dan set karaoke Bob Kandar yang disewa untuk majlis perkahwinan di Balairaya Kampung Assyakirin, Bintulu.

"Oh ex-Medeliku~"
Semua alatan muzik (multi-effects, drum digital dan mikrofon) disambung terus ke PA system Bob Kandar, kecuali bass yang menggunakan amp Orange CR50BXT yang juga kemudiannya disambung kembali ke (loop) PA system yang sama melalui line-out.

Second drummer MUP - Rashid, agak sukar untuk mengekang kekuatan ketukan.

Akhirnya sessi soundcheck kami terpaksa diberhentikan secara mendadak atas arahan tuan rumah (semasa pertengahan lagu, tak sporting langsung, kalau ya pun tunggulah sampai lagu habis) untuk memberi laluan kepada sessi soundcheck kugiran otai di sudut sebelah kiri pelamin memainkan lagu-lagu KLMJ mereka.

Jadi penonton layan pop yeyeah lah pula...
Tak sampai pun setengah jam sessi soundcheck kami, sempatlah berlatih memainkan 2-3 buah lagu yang bakal dimainkan pada Bintulu Music Fest 2013 nanti.

Gambar kenang-kenangan di tepi pelamin.
Juga dihadiri oleh beberapa orang ahli MUUVers lain, yang turut memberikan sokongan walaupun hanya sempat layan beberapa minit. Hmmm~ Masa dah makin suntuk, ada masa seminggu lagi untuk berlatih dan bagi mantap persembahan.

_____
Ada apa: Malam pesta muda-mudi...

UPC-688: Size Matters!


Perbandingan saiz antara Pod HD300 dan pedalcase Stagg UPC-688 yang diperolehi dari Music Master Studio beberapa minggu lepas.


Dengan dimensi dalaman 688 x 296 x 83 mm, ia cukup besar untuk menampung Vox ToneLab SE mahupun Zoom G9.2tt.

_____
Ada apa: Ada 1/3 lagi ruang kosong, nak isi apa?

Wordless Wednesday: PKB Ninetology?



Imej cilok dari Facebook Ninetology.
_____
Ada apa: Aku dah tak layak sebab umur dah melebihi 30.

Gitar Jenama Susah Nak Sebut


Gitar singlecut bolt-on terpakai berharga RM200 dibeli oleh anak rakan sekerja yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik, datang berjumpa aku untuk "dipandu-uji".

Sekali imbas nampak menarik, tapi baru perasan satu tombol tone dah hilang.
Untuk gitar berharga RM200 kira masih boleh diterima, hayat fret masih panjang, neck pun lurus dan bunyi pun boleh tahan. Cuma action sahaja yang terlalu tinggi tak dapat nak direndahkan lagi, kecuali jika diubahsuai sedikit sudut pada sambungan bolt-on gitar ni (shimming?).

Macam mana nak sebut AUSTRSUAX?

Dengan gitar ni, akhirnya ter"let-go" juga amp Roland Micro-Cube (paling lama dalam axology aku) disebabkan tuan punya gitar tadi tidak mempunyai amp mahupun sebarang pedal efek untuk digunakan di rumahnya. Kesempatan dalam kesulitan ni hahaha~

_____
Ada apa: Gali gali gali...

Sessi Jamming Hepi;) Di 36 Studio


Sabtu (16/2/2013) - Sessi jamming di 36 Studio yang pada mulanya dirancang sebagai sessi jamming Metuk Ulau Project (MUP) untuk persediaan Bintulu Music Fest 2013 (BMF2013). Tapi tak cukup korum sebab tiada pemain bass, Korawk tak dapat turun Bintulu sebab area Pandan banjir (selain masalah ekonomi).

Akhirnya ia menjadi sessi jamming Hepi;) sebab kami main 3-piece (aku, Bob Kandar, Azrol) macam zaman jamming di Hepi;) makeshift studio dulu-dulu.


I'm travelling light, seperti sessi lepas aku tidak menggunakan multi-effects, hanya membawa Calypso dan dua buah pedal preamp/booster sahaja iaitu Hartke VXL dan Moen Buffalo. Aku ingin mencuba pedal yang mana satu sesuai untuk boost distortion amp Marshall MG102FX studio.


Seperti yang disarankan oleh tauke studio, Bob Kandar membawa headphone sendiri iaitu Behringer HPM1000 sebagai personal monitor. 36 Studio ni masih lagi menghadapi masalah "echoing" disebabkan dinding studio yang masih belum "dirawat".


Secara peribadi, aku rasa bunyi yang dihasilkan oleh Tone Zone agak kurang "menyengat" berbanding Super Distortion jika disambung terus ke amp Marshall (crunch/drive channel). Masih dilema sama ada ingin menggunakan Calypso atau Goldie untuk BMF2013 nanti.


Sessi kali ni juga dihadiri oleh Rashid Malim (Curse Of God) yang datang selepas setengah jam (escape dari kerja, hehehe). Rashid akan menyertai persembahan MUP untuk BMF2013 nanti secara "featuring" untuk sebuah lagu cover yang agak thrash.


Oke, serius sessi kali ni kali terakhir Azrol menggunakan Ibanez GRX40 ni, untuk sessi-sessi seterusnya Azrol bakal menggunakan gitar baru berwarna "merah". Diharap dengan gitar baru nanti Azrol akan semakin "ganas". Gitar apa? Nantikan entri AADI minggu hadapan.


Bila jamming tanpa bunyi bass memang akan terasa macam suatu yang tak kena. Jadi untuk melepaskan geram aku menggunakan bass Craftsman kepunyaan Adi Herman studio untuk lagu-lagu "menyimpang". Dah lama tak serius main bass, jari-jari kanan cepat penat bila menggentel tali bass.


Tauke studio, saudara Borhan yang sedang tensen enjoy mendengar persembahan MUP. Untuk sessi ni kami sempat curi-curi masa mencuba dua buah lagu projek iaitu Prowler dan Bayangan Baiduri (yes!).

Selepas BMF2013 nanti, kami bercadang untuk cuba cover lebih banyak lagu-lagu rock Melayu, dan mungkin beberapa lagu Melayu bergenre lain (teringin nak nyanyi lagu Jerat Percintaan dan Kau Merubah Segalanya).

_____
Ada apa: Bayangan Baiduri, memang feel nyanyi lagu ni.

Far Cry 3 Mode


Gaming mode kembali, kali ni dengan game *Far Cry 3.


Seperti biasa, kalau main game bergenre FPS aku akan memilih "difficulty" paling susah, supaya akan berasa sakit hati bila susah nak lepas satu-satu misi atau rasa puas hati bila dapat lepas misi tersebut.


Lagu ni (Make It Bun Dem) secara automatik akan menjadi muzik latarbelakang dalam satu misi "membakar ladang ganja". Hahaha reggae remix yang mengasyikkan...

_____
Ada apa: *Versi lanun, sebab game ni memang lawan lanun.

Hari Ini, Dua Tahun Yang Lepas


Hari ini, dua tahun yang lepas (15/2/2011) masih segar dalam ingatan... Takilala, Jairo, Berteromber, Doc Ben dan Deaf-Angel antara rakan-rakan bloggers yang pasti akan tersengih mengenangkan peristiwa tersebut.

Sekadar gambar hiasan.
Kalau tahun ni atau tahun depan Flight 666 mengelilingi dunia dan singgah di Changi lagi mungkin aku hanya boleh memberi jawapan "50-50". Tapi kalau singgah di KLIA, itu lain cerita hahaha~

_____
Ada apa: Tapi kesian pula dengan si Korawk yang tak dapat pergi walaupun tiket konsert dah beli.

Wings - Opera Dalam Kenangan


Lagi album Wings dalam format CD audio yang dah masuk tahap "rare" selain Biru Mata Hitamku iaitu Opera Dalam Kenangan (Part 1 dan Part 2), diperolehi di Speedy Video Plaza Wawasan, Kota Kinabalu minggu lepas dengan harga RM13.90 seunit.


Album keluaran tahun 1994 zaman perantaraan Bazooka Penaka dan Orang Asing, iaitu zaman Wings belum ada vokalis tetap selepas Awie keluar parti.

Cuma aku agak kurang berpuas hati dengan kualiti cetakan pada inlay (macam album-album cetakan semula Wings yang lain) dan cetakan pada permukaan atas CD yang nampak ala kadar dan murahan seperti CD cetak rompak zaman penghujung 90an dulu. Inlay pun lipat-lipat dan distapler tak tentu arah susah untuk dibelek-belek.

_____
Ada apa: Ulasan?

Wordless Wednesday: Karan Tatap Marak




_____
Ada apa: Rescheduled and retitled...

Medicine - Memori Hits


CD kompilasi berkermbar yang diperolehi di premis Victoria Music Centre semasa ronda-ronda Amcorp Mall minggu lepas, Medicine - Memori Hits kompilasi tahun 2010 edaran NSR.


Kumpulan Medicine antara kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar penghujung 80an dan awal 90an dulu mungkin disebabkan imej mereka yang "bersih" (berbanding imej kumpulan lain ketika itu) menyebabkan mereka antara kumpulan yang selalu muncul di kaca TV.


Sebenarnya aku dah pegang-pegang CD kompilasi Bloodshed (seperti dalam entri Takilala ni), kemudian ternampak pula kompilasi Medicine ni. Bagi aku, lagu-lagu kumpulan Medicine lebih banyak mengembalikan memori zaman kanak-kanak aku berbanding lagu-lagu Bloodshed, sebab itu aku memilih Medicine.

Kenapa tak beli dua-dua sekaligus? Sebab dana-dana pada ketika itu amat terhad.

Tracklist.
Lagu-lagu seperi Titian, Tika Dan Saat Ini, Nostalgia Terluka, Rimba Cinta, Kerana Cinta dan Cinta Mistik merupakan antara lagu-lagu yang pasti mengembalikan nostalgia sekitar tahun 1988-1990 dahulu, terutamanya nostalgia ketika musim menuai padi.

Lirik lagu Titian memang dalam, sedalam lirik lagu Anugerah (Wings), rupanya-rupanya ditulis oleh orang yang sama.

_____
Ada apa: Oh ya, tiba-tiba aku teringat VCD belajar gitar bersama Ija Medicine (entri lama ni).

Kembali Kepada Asas


Kes nak melepas gian main gitar bila bercuti di kampung aku (Membakut) agak senang sebab boleh pinjam gitar anak buah aku. Aku taknak pinjam Tobi sebab gitar tu aku dah beri sebagai hadiah SPM (segan la, dah beri nak pinjam lagi) jadi aku pinjam gitar klasiknya, entah jenama apa...

Hijau~ Tinggal lima tali?
Dah biasa main gitar elektrik, tiba-tiba main gitar klasik memang suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi dengan action yang tinggi, neck yang tebal, tune selalu lari dan tali yang keras. Berusaha untuk main bending sampai putus tali pertama gitar ni, hehehe...

Setelah terkial-kial beberapa kali, baru aku sedar yang aku selama ni telah mengabaikan asas bermain gitar demi mengejar bunyi heavy metal. Aku juga tak sempat merasa zaman "kesusahan" seperti mana rakan-rakan aku (dan anak buah aku) yang bermula dari bawah pada zaman remaja, bermula dengan gitar klasik murahan yang kadang-kadang main sampai tali teruk berkarat.

_____
Ada apa: Apa nak dikata...

Selamat Tahun Ular


Kalau cerita pasal ular, satu benda sahaja yang aku dapat pikir sekarang ni...

Imej cilok.
Apa-apapun, AADI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina, selamat tahun ular, gong xi fa chai!

_____
Ada apa: Migrain...

Sepetang Di Music Master Studio (Part 2)


Jumaat (1/2/2013) - Semenjak hari Isnin lagi aku dah rancang nak pergi ke Music Master Studio (MMS) di SS2, tapi baru hari ni ada peluang dan mood nak pergi. Balik dari kursus terus ke stesen PUTRA Taman Jaya menuju stesen Taman Bahagia.


Turun dari stesen PUTRA Taman Bahagia, kemudian menapak lebih kurang 10-15 minit melalui kawasan perumahan untuk sampai ke MMS, berpeluh juga dibuatnya.

Dah hampir dua tahun aku tak datang ke sini, kali terakhir (dan pertama) aku datang penghujung bulan April 2011. Banyak perubahan, nampak lebih luas sebab banyak barang-barang telah dipindahkan ke MMS Cheras.

Dengan kebenaran tauke Clement (aka gapnap), ada banyak gambar aku snap (guna k618i yang klasik) tapi aku hanya letak gambar-gambar yang menarik sahaja.

Tanglewood TSB58, a good Les Paul copy.
Anda minat dengan bentuk singlecut (Les Paul) tapi tak mampu nak beli Epiphone? Well, Tanglewood TSB58 was the closest thing you can get, dengan harga 2/3 hingga 1/2 daripada harga Epiphone.

Spear RF-150M strat copies - good craftsmanship with glossy maple fretboards.
Strat copy Spear ni juga menarik perhatian. Walaupun harganya sekitar RM5xx tapi pertukangannya pada tahap RM15xx, serius! Aku pernah teringin untuk memiliki strat copy Spear ni dulu (dalam entri ni). Cuma aku tak suka headstock yang agak "cangkuk", sebab itu aku memilih Tanglewood TSB6 (aka Tobi).


Antara gitar terpakai yang sempat dicuba ialah Ibanez RGRT47DX (kiri sekali). Antara RG yang mempunyai ciri-ciri kegemaranku - Edge Pro bridge, sharktooth inlays, reversed headstock, neck-thru. Cuma fretboard yang "full scalloped" membuatkannya agak janggal dimainkan bagi mereka yang dah biasa dengan fretboard rata.

MIJ and MIA Fender Stratocasters.
The Gibbies
Sebenarnya aku ni seorang yang penyegan dan pemalu, sebab itu walaupun diberi peluang oleh gapnap untuk mencuba apa sahaja gitar yang ada di dalam premis MMS ni, tapi aku hanya mencuba dua buah gitar iaitu RGRT47DX tadi dan Les Paul Classic, bukan Epiphone tapi Gibson hehehe...

Akhirnya, dapat juga aku merasa main gitar Gibson. Sebelum ini gitar yang paling premium pernah aku main hanyalah Jackson RR24.

Test rig - Ceriatone with TC Electronics pedals.
Ini merupakan test rig yang digunakan, sederet stompbox pedal dari jenama TC Electronics disambung pada clean channel amp Ceriatone. Kalau dari segi distortion, aku lebih suka Rottweiler berbanding Dark Matter.

Sayangnya pedal sig Petrucci The Dreamscape tak ada dalam deretan. Nasib baiklah aku dah masuk kem multi-effects, kalau nak main stompbox pun mungkin aku pilih jenama lain yang lebih ekonomi (contohnya Joyo atau Nux).

The Lunchbox dari ZT Amplifier.
Aku ingatkan amp The Lunchbox ni sebesar microwave oven, rupa-rupanya lebih kecil lagi, sebesar lunchbox (duh~) dengan speaker 6.5" sahaja (lebih kurang Micro-Cube). Pada pendapat aku walaupun ia berkuasa 200 watt, tapi amaun udara yang disesarkan oleh speaker 6.5" tadi tidaklah sebanyak mana.

Jika anda memiliki amp ni, ada baiknya disambungkan kepada kabinet berspeaker besar (atleast 1x12 or 2x10) untuk keriangan yang maksimum.

Peavey Bandit 112, one of my wishlist.
Dan pada harga yang lebih kurang sama dengan amp The Lunchbox tadi, ada baiknya anda memilih Bandit 112 ni. Amp yang tak perlu diperkenalkan lagi, biasa dijumpai di studio-studio jamming (versi lama). Dengan kuasa 80 watt (or 100 watt with external 4 ohm speaker), amp ni memang "tahan pukul" dan cukup kuat untuk digunakan semasa jamming mahupun gig kecil-kecilan, KIV dulu.


Antara produk terbaru di MMS ialah Bare Knuckle Pickups (BKP). MMS merupakan pengedar rasmi BKP di Malaysia. Tapi bagi aku, harganya terlalu premium, dengan harga seketul pikap BKP ni aku boleh dapat dua ketul pikap DiMarzio, oleh yang demikian aku masih setia menetap dalam kem DiMarzio.


Sejam lebih di MMS ini sajalah yang dibeli hehehe, barang kecil-kecilan sahaja tak ada yang istimewa - Stagg UPC-688 pedalcase, Hennessey straplocks (lagi) dan pick Awe-In-One dalam bekas tin yang berisi lima keping (sebagai penggenap bayaran).

Clip-on tuner tu pula dikira sebagai hadiah sempena CNY, hahaha thanks gapster. Juga terima kasih kepada staff MMS bernama Jayson kerana menghantar aku dari MMS kembali ke stesen PUTRA Taman Bahagia (atas arahan tauke, hehehe), tak perlu aku penat-penat menapak lagi.

_____
Ada apa: Yang lain-lain, mungkin akan dibeli secara online.

Metuk Ulau Project At Bintulu Music Fest 2013?


Metuk Ulau Project (MUP) secara rasminya dah masuk dalam senarai kugiran yang bakal beraksi untuk Bintulu Music Fest 2013 bulan Mac nanti. Bila tengok senarai nama-nama besar kugiran lain (yang dah ada EP dan singles) rasa seganlah pula sebab MUP hanyalah "just another cover band".

Disebabkan berkomitmen dengan kugiran utamanya Tresno yang juga akan beraksi pada hari tersebut (dan bakal sibuk sebagai penganjur), Adi Herman tidak menyertai persembahan MUP untuk kali ni, maka tugas bassist akan digalas oleh rockers serba boleh Korawk.


Video pendek dari Facebook Metuk Ulau Underground Voices (oleh Nasuki Malim), sessi latihan Merdeka Raya bulan September lepas.

Masa dan peluang untuk berlatih agak terhad, lebih-lebih lagi disebabkan Korawk yang tinggal nun jauh di Pandan (area swamp people). Jadi kami mengambil keputusan untuk "play safe" dengan memainkan lagu-lagu cover yang biasa dimainkan ketika jamming, supaya tak perlu banyak sessi latihan.

_____
Ada apa; Yup, just another cover band...

Wordless Wednesday: Bintulu Music Fest 2013



Imej cilok dari Facebook Es (Bintulu Buskers).
_____
Ada apa: Scream for me Bintulu?

Gerhana 2013


ESP LTD Eclipse series (EC) pasca NAMM 2013. Kalau ada ruang dan peluang, memang teringin nak menambah sebuah EC dalam axology aku.

EC-330FM See Thru Green Sunburst - bakal IDK Sig Mark IV?
EC-256 Metallic Gold - boleh diabaikan, sebab aku dah ada goldtop.
EC-256 Black - Les Paul Custom wannabe.
EC-256FM Lemon Drop - yang ni model 2012, GAS yang belum kesampaian.
Ya, semuanya model-model yang disenaraikan masih dalam kategori "mampu milik", tiada model-model dari level ESP, LTD Elite, 1000-series (Deluxe) mahupun 400-series.

All images linked from ESP Guitars website.

_____
Ada apa: Jika ada ruang dan peluang sahaja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (48) anniversary (61) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (24) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (29) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (72) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (8) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (13) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (614) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (25) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (132) irt-pulse (1) isu semasa (221) j5 (2) jackson (30) jamming (121) jamtank (21) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (81) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (317) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (5) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (11) membakut (41) memori (294) mercyful fate (10) metallica (69) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (156) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (95) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (37) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (42) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (10) sr300 (22) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (87) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (31) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (6) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (118) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (215) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger