Petruccised Korawk's GRG270


Atas sebab-sebab tertentu, Korawk yang pada mulanya ingin memesan Jackson SDX (sebagai pembelian gila-gila sebelum mengakhiri zaman bujang) akhirnya bertukar fikiran untuk menyalurkan dana-dana yang ada untuk projek modifikasi gitar "1Malaysia"nya iaitu Ibanez GRG270.


Projek yang bakal dilaksanakan - pasang pikap baru, servis masalah Edge-III bridge, bersihkan fretboard, pasang tali baru (Ernie Ball Super Slinky) dan polish badan sampai berkilat. Gitar ni baru berusia sekitar 6-7 bulan, tapi dah berkarat pada beberapa tempat, macam mana kau jaga gitar ni Korawk?


Korawk merupakan seorang peminat tegar Dream Theater, sudah pasti John Petrucci menjadi gitaris idolanya. Antara sebab dia memilih DiMarzio Petrucci Set - Liquifire (DP227) dan Crunch Lab (DP228) untuk dipasang pada gitar ni.

Ironinya, Korawklah yang pada mulanya memesan DiMarzio Petrucci set ni dulu (dalam entri ni) tapi tak jadi beli pada saat-saat akhir menyebabkannya berada beberapa bulan dalam entri GKC ni.


Kaviti pikap (routing) yang bersih dan kemas, walaupun ia versi Gio dan buatan China, tapi seni pertukangan (craftsmanship) Ibanez pasti tidak mengecewakan.


Kaviti "isi perut" pun agak kemas, aku tidak menggunakan pendawaian litar asal untuk pikap baru, tapi menggunakan pendawaian mengikut skematik pada fail PDF ni, yang agak sedikit berbeza.


Bahagian belakang Liquifire dan Crunch Lab berwarna hitam, berbeza dengan PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) berwarna kuning tembaga seperti dalam entri ni. Ia juga kurang berbau jeruk masam.


Antara teknik memasang tali pada gitar jenis floating bridge yang aku pelajari dari blog Bro Sub. Letak sekeping logam di bawah bridge, supaya ia berada dalam kedudukan "seimbang". Lapik dengan kain supaya  logam tadi tidak meninggalkan kesan tekanan pada badan gitar.

Keseluruhan proses mengambil masa sekitar tiga jam (tanpa sebarang kesilapan/pengulangan pematerian), ini termasuk proses servis/pelarasan Edge-III bridge, pembersihan fretboard dan pemasangan tali baru.


Cuma aku agak kecewa dengan kualiti tali Ernie Ball ni, terdapat beberapa tompok karat pada tali GBE padahal ia dibungkus dalam bungkusan yang kedap udara (tali Gibson dalam entri ni lagi teruk). Ini merupakan kali ketiga aku mengalami masalah yang sama dengan tali Ernie Ball, secara automatik Ernie Ball tidak akan menjadi jenama tali gitar kegemaranku.

Bunyi? Entah... Ia masih lagi berbunyi seperti gitar elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi trompet mahupun tamborin. Ikut pengalaman aku (yang amatur ni), sukar untuk membezakan bunyi dengan hanya menggunakan amp kecil 10 watt ataupun menggunakan headphone disambung pada multi-effects. Karekter sebenar pikap-pikap sebegini hanya akan dapat diketahui jika menggunakan amp besar pada volume yang tinggi (alasan untuk dibawa jamming).

Dan supaya tidak berasa cemburu, aku dah reset minda yang aku lebih suka kombo DiMarzio DP103/DP100 seperti yang ada pada Goldie aku.

_____
Ada apa: Korawk, are you ready?

Sessi Jamming Hepi;) Di REG Studio


Selasa (26/3/2013) - Pada mulanya dirancang sebagai sessi jamming Metuk Ulau Project (MUP/LPG jam session #2) akhirnya menjadi sessi jamming "3-piece band" Hepi;) kerana tidak disertai oleh Korawk.

REG Studio dipilih supaya dapat pre-soundcheck setting amp yang bakal digunakan semasa Love & Peace Gig (anjuran REG Studio) minggu depan.

Azrol's X-11 and my Mirage.
Kali ni aku menggunakan Mirage yang dah sekian lama terperap dalam hardcase ular, baru ada mood nak gunakan sebab dah tukar tali baru (Pyramid) minggu lepas.

Bob Kandar mencari ilham.
Bila jamming tanpa bunyi bass pasti akan terasa sesuatu yang tak kena, macam minum kola tak bergas. Oleh sebab itu, aku letakkan Mirage dan mula menggalas bass kepunyaan studio. Terasa kembali ke zaman Hepi;) dulu-dulu, zaman Black Ice.


Bass studio yang digunakan ialah Squier Vintage Modified Jazz Bass V (5-string) disambung terus pada Fender Bassman 100T head (model lama, grill biru) bersama custom 2x15 cabinet. Ini merupakan kali pertama aku menggunakan 5-string bass, memang terasa janggal dengan tapi B besar tu.

Standard gesture.
Azrol tidak mempunyai masalah, kerana dah biasa menggunakan Zoom G1XNnya sama ada semasa jamming mahupun gig. Jadi tak perlu pikir banyak pasal setting amp, cuma pilih clean channel, pulas semua EQ bass/mid/treble menjadi flat (12 o'clock) dan laraskan volume amp secukup rasa. Selebihnya setting pada pedal.

Main amp, AVT100.
Secondary amp, AVT50.
Inilah dua buah amp kepunyaan REG Studio, yang juga bakal digunakan semasa gig kelak, Marshall Valvestate 2000 series - AVT100 dan AVT50. Seperti biasa, "ngauman" overdrive channel amp Marshall memang mengujakan, lebih-lebih lagi bila disambung dengan Tubescreamer (atau klon) sebagai booster.

REG Studio hanya mempunyai satu footswitch untuk amp Marshall ni, itupun macam ada masalah. Walaupun aku suka "ngauman" overdrive amp Marshall, tapi aku mengambil keputusan untuk menggunakan multi-effects (atau stompbox distortion) untuk gig kelak untuk mengelakkan buang masa setting amp.

Rasanya akan ada sekali (atau dua) lagi sessi jamming persediaan sebelum gig, harap-harap Korawk bersedia...

_____
Ada apa: Ada apa dengan Marshall?

Let-Go: Silverado


Bass aku Silverado (Ibanez GARTB20) di"let-go" juga akhirnya setelah berada dalam axology aku hampir sembilan bulan. Dibeli oleh seorang rakan seMUUV, sama kes seperti bass aku sebelum ini Clover yang juga masih berada dalam lingkungan empayar MUUV. Sekurang-kurangnya ia masih/bakal berjasa dalam kancah muzik bawah-tanah Bintulu.


Pada mereka yang dah mengikuti AADI sejak 2009, entri "let-go" barangan muzik sebegini bukanlah fenomena yang baru. Antara barangan muzik lain yang aku dah "let-go" tapi tak sempat buat entri - Stagg UPC-424, Zoom G2Nu, Vox StompLab IG, Behringer Xenyx 502, Roland Micro-Cube dan Coolcat Chorus CC-1.

An "empty slot" is now available, yeah!~

_____
Ada apa: Keluar kem Ibanez?

Wordless Wednesday: Ensiklopedia Solat




_____
Ada apa: Ordered via MPH Online.

Telepathic Tuesday: Marshall GAS!


Marshall AVT50, Valvestate 2000 series, discontinued model, hybrid amp - tube/valve preamp with solid-state 50 watts of power, made in England.

Image courtesy of Music Master Studio.
_____
Ada apa: Ada apa dengan Marshall?

MUP/LPG Jam Session #1


Sabtu (23/3/2012) - Sessi jamming pertama persiapan untuk Love & Peace Gig yang kucar-kacir pada mulanya disebabkan jadual harian ahli-ahli Metuk Ulau Project yang tak menentu. Tapi pada saat-saat akhir ia menjadi juga, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Ini saja gambar yang sempat diambil.
Untuk sessi kali ni kami agak fokus untuk mencuba cover lagu Run To The Hills (tribute untuk Clive Burr), memang lagu ni agak "tinggi" dan cukup mencabar bagi aku (dan Korawk) untuk "menarik" vokalnya.

Sessi yang akan datang mungkin kami akan memilih REG Studio untuk membiasakan diri dengan kelengkapan yang bakal digunakan untuk gig tersebut, terutamanya amp Marshall AVT100.

_____
Ada apa: Selling them whiskey and taking their gold...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2013?


Tidak seperti tahun-tahun lepas (semenjak 2009), mungkin ini kali pertama aku tidak menyambut Earth Hour. Bila dah ada anak kecil ni memang tak dapat nak bergelap, lebih-lebih lagi pada waktu perdana.

Kitar semula imej tahun lepas.
Masa ni lah Pandora Mini berguna...

_____
Ada apa: Nanti tengah malam aku ganti Earth Hour, hehehe...

Ada Apa Dengan Kelly? (Part 4)


Oh Kelly~ Adakah cinta kita bakal berputik kembali?

Limited Edition KEXMG Kelly.
X-Series, cool white bevel (limited edition), sharkfin inlays (so Jackson!), EMG 81/85 on basswood body, neck-thru body, Floyd Rose Special (duh~), gigbag NOT included, made in India.

Images link from The Music Zoo
Spesifikasi per harga = GAS!

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringat ex-Kelly Kelly aku....

Blind Guardian - Live


Bungkusan eBay dari Jerman ni diterima semalam (20/3/2013) berisi CD audio berkembar Blind Guardian dengan album konsert live mereka yang hanya diberi nama Live (penamaan album yang tawar hahaha). Antara album "most wanted" Blind Guardian yang sekian lama aku cari di eBay, tapi yang ada sebelum ni semuanya mahal-mahal belaka (>RM50 with postage, even for a used CD).

Ada sedikit *pertikaian mengenai cover art album ni.
eBay purchase info
  • Purchased from: estock_deutschland
  • Location: Germany
  • Condition: used
  • Price paid: €8.86 + free postage (RM38.28)
  • Ordered: 14/2/2013
  • Received: 20/3/2013
  • Label: (P) + (C) 2003 Virgin Music, a division of EMI Music Germany GmbH & Co.
  • Made in: Germany
Double dragon disc.
Tracklist
CD1
  1. War Of Wrath
  2. Into The Storm
  3. Welcome To Dying
  4. Nightfall
  5. The Script Of My Requiem
  6. Harvester Harvest Of Sorrow
  7. The Soulforged
  8. Valhalla
  9. Majesty
  10. Mordred's Song
  11. Born In A Mourning Hall
CD2
  1. Under The Ice
  2. Bright Eyes
  3. Punishment Divine
  4. The Bard's Song (In The Forest)
  5. Imaginations From The Other Side
  6. Lost In The Twilight Hall
  7. A Past And Future Secrets
  8. Time Stand Still (At The Iron Hill)
  9. Journey Through The Dark
  10. Lord Of The Rings
  11. Mirror Mirror
Album live yang dirakamkan di beberapa tempat semasa konsert Blind Guardian World Tour 2002/2003; Tokyo, Stockholm, Lichtenfels, Venice, Dusseldorf, Milano, Firenze Barcelona, San Sebastian, Aviles, Madrid, Granada, Valencia, Bremen, Moscow, Hamburg, Berlin, Munchen, Stuttgart.
[Edited @ 4:50 pm] Hampir kesemua lagu dalam ni album dirakam sekali dengan suara puluhan ribu penonton, sama ada sing-a-long ataupun sebagai suara latar. Lebih kurang macam konsert Iron Maiden (ada ole ole ole~). Oh ya, part Valhalla yang penonton taknak berhenti tu memang best hahaha (thanks deaf-angel for mentioning this part).
Antara lagu-lagu klasik Blind Guardian kegemaranku sepanjang zaman ada dalam album live ni; Mordred's Song, Bright Eyes, The Bard's Song, A Past And Future Secrets dan Lord Of The Rings. Bila dengar lagu-lagu ni memang akan KLMJ zaman-zaman "wasted years" aku di Penang dulu.


Aku dah ada album ni dalam versi kaset berkembar (double cassettes) yang diperolehi dari dB Music Komtar (aka kedai Aunty Alice), kalau tak silap sekitar 2004-2005. Sebelum ada kaset, aku ada sedut mp3 album ni guna mIRC ketika album ni mula-mula dikeluarkan dulu.


Tapi aku rasa kaset ni hanya pernah dimainkan 2-3 kali saja kot, semenjak Walkman aku rosak aku malas nak beli pemain kaset yang lain. Nak dengar lagu daripada album ni biasanya aku pasang mp3 pada PC saja. KLMJ la sangat...

*Dalam dunia D&D, kaum Dwarf biasanya lebih suka menggunakan kapak berbanding pedang.

_____
Ada apa: Next target, Blind Guardian compilation.

Wordless Wednesday: Projek Terbengkalai




_____
Ada apa: Tangan dah gatal nak main pateri...

Ada Apa Dengan HFMD?


Minggu lepas Lil'Ijau demam panas yang pada mulanya kami fikirkan demam nak tumbuh gigi, bawa ke klinik bayi dan kanak-kanak dan dapat ubat-ubatan demam (paracetamol, antibiotics). Hari kedua Lil'Ijau mula menunjukkan simptom-simptom HFMD, dan ia disahkan oleh doktor setelah dibawa berjumpa untuk kali kedua.

Imej Wikipedia.
Cuma agak kesian dalam 2-3 hari memang Lil'Ijau menangis susah nak makan ataupun menyusu, mungkin disebabkan ulser pada mulut atau kerongkong, agak kurang selesa nak menelan. Tapi alhamdulillah hari keempat Lil'Ijau dah sembuh (hari ni hari ketujuh).

Hari ketiga Mrs. Ijau pula demam, dan hari keempat mula menunjukkan simptom-simptom HFMD. Aku mula-mula agak hairan sebab selama ni aku ingat HFMD hanya menyerang bayi dan kanak-kanak, tapi terkena pula pada orang dewasa. Mungkin bergantung kepada sistem imun badan juga kot, sebab aku tidak menunjukkan apa-apa simptom HFMD (ni kes dah selalu sangat makan antibiotik waktu selalu kena otitis dan tonsillitis dulu).

Imej Wikipedia.
Mrs. Ijau ni memang jenis cerewet bab-bab kebersihan dan sanitasi rumah, jadi aku rasa jangkitan HFMD bukanlah bermula dari rumah. Aku suspek sama ada dari rumah pengasuh, poliklinik ataupun tempat-tempat awam lain yang kami kunjungi beberapa hari sebelum Lil'Ijau demam.

Kesimpulannya, amalkanlah gaya hidup sihat dan bersih, hindari daripada membawa bayi atau anak kecil ke tempat-tempat awam yang dikhuatiri tahap kebersihannya.

Bacaan lanjut sila klik artikel ni.

_____
Ada apa: Memang sedih dan memilukan bila anak menangis tengah-tengah malam susah nak menyusu.

Metuk Ulau Project At Love & Peace Gig?


Aktiviti menarik untuk bulan April...

Imej cilok dari Facebook REG Studio.
Daripada lokasi dan senarai kumpulan yang bakal beraksi, aku dapat rasakan ini merupakan gig "lepas geram" hasil post-mortem Bintulu Music Fest 2013 beberapa minggu lepas, walaupun kali ni dianjurkan oleh REG Studio dan bukannya Bintulu Independent Music Movement mahupun 36 Studio (dua entiti ni hanya sebagai pihak sokongan).

Ice cream for me again Bintulu? \m/

_____
Ada apa: Kalau REG Studio pasti akan guna amp Marshall AVT100.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 10)


Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (13/3/2013) beralamat dari Music Master Studio, yup another one from Gapnap.

Dengan keberkesanan penggunaan Joyo JF-01 Vintage Overdrive semasa gig Bintulu Music Fest 2013 yang lepas, kali ni aku mendapatkan pula JF-03 Crunch Distortion dengan harga yang sama... Ya, pedal jenama Joyo lagi.

Jika pedal Vintage Overdrive yang merupakan klon Ibanez Tubescreamer, pedal Crunch Distortion ni pula merupakan klon MI Audio Crunch Box (discontinued).

Kotak dan isi yang ringkas
Ini merupakan pedal versi baru tanpa sebarang decal hanya tulisan "Crunch Distortion", pedal versi lama mempunyai decal dua ekor jerung sedang menganga. Aku lebih suka versi baru ni (walaupun tak menarik), sebab ia sepadan dengan Vintage Overdrive. Pada pendapat aku, hampir semua pedal Joyo memang tak menarik dari segi decal, kecuali JF-02 Ultimate Drive.

Warna merah yang agak pudar.
Aku kembali semula ke kem stompbox (tanpa meninggalkan kem multi-effects) disebabkan pengalaman menyertai beberapa gig sebelum ini. Biasanya satu kumpulan hanya akan diberi slot 20-30 minit untuk membuat persembahan termasuk soundcheck.

Dengan menggunakan pedal jenis stompbox, soundcheck biasanya tak sampai lima minit, dan jika menggunakan bateri (pastikan bateri baru) kita dapat menjimatkan masa daripada terkial-kial mencari punca bekalan elektrik. Juga bergantung kepada faktor muzik yang kami mainkan, jarang melibatkan banyak pertukaran bunyi.

Tombol-tombol GAIN, TONE, VOLUME yang senang dilaras.
Bunyinya memang "crunchy" tak jauh beza daripada pedal distortion (non-metallic) lain yang pernah aku miliki sebelum ini iaitu Boss DS-1 dan Modtone Speedbox XXL MT-DS, dan Vox Satchurator. Rasa sedikit menyesal pun ada sebab let-go pedal MT-DS hampir setahun yang lepas (sebab ia berwarna hijau?).

Juga mempunyai ruang bateri yang senang diakses.
Aku memilih distortion jenis "crunch" berbanding jenis "metal" untuk mendapat bunyi "British" sekiranya amp yang digunakan (semasa jamming atau gig) tidak mempunyai overdrive channel yang memuaskan (ataupun tidak mempunyai footswitch). Distortion jenis ni mempunyai mid-range yang ketara berbanding jenis metal yang lebih scooped.

Another cheap and good pedal by Joyo...

_____
Ada apa: Kalau nak bunyi metal juga, Pod HD300 ada :)

Trooper Running To The Hills


Mungkin masih belum terlambat untuk aku buat entri tribute kepada anggota keselamatan negara yang berjuang di Lahad Datu dan kawasan yang sewaktu dengannya. Terimalah lagu The Trooper sebagai pembakar semangat, dengan ucapan "kill'em all you'll take my life, but I'll take yours too!".

Harap-harap konflik ni akan berakhir secepat mungkin tidak merebak ke kawasan Pantai Barat Sabah dan Pedalaman Bawah (terutamanya Membakut).
Oh ya, tak lupa tribute kepada drummer Iron Maiden (untuk tiga album pertama) - Clive Burr yang telah meninggal dunia semalam. Cerita panjang boleh baca entri blog deaf-angel.

Ntah aku lupa dari mana aku cilok, lagipun ramai yang guna imej ni.
Aku yang kenal Iron Maiden ketika zaman Somewhere In Time dan hanya mula serius selepas zaman Fear Of The Dark mungkin tidak berapa mengenali Burr (sama kes macam Di'Anno dan Stratton), tapi aksi intro Burr ketuk drum dalam videoclip Run To The Hills memang stylo...


Mungkin lepas ni Metuk Ulau Project akan cuba cover lagu Run To The Hills ni sebagai tribute untuk Clive Burr.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Harap-harap aku dapat tarik vokal tanpa mengubah key asal lagu ni.

Wordless Wednesday: Earth Hour 2013




____
Ada apa: 23/3/2013

Pyramid Mirage


Tiba masa untuk memasang tali gitar baru pada Mirage, kali ni aku menggunakan tali jenama Pyramid bersaiz 9-42 yang dihadiahkan oleh Bro Sub hampir tiga tahun lepas. Baru sekarang ada peluang untuk dipasang (kes ikut giliran).


Walaupun dah hampir tiga tahun dalam simpanan, tapi kesemua tali masih lagi berkilat dan tiada tompok karat dikesan. Tidak seperti tali jenama Rotosound, Ernie Ball dan Gibson (paling teruk).

Pendapat peribadi?
  • Agak keras dan tegang berbanding tali bersaiz 9-42 yang digunakan pada Mirage sebelum ni.
  • Bunyi yang nyaring (secara akustik).
  • Kombinasi saiz yang agak berbeza (9-12-16-22-32-42) berbanding kombinasi jenama lain (9-11-16-24-32-42).
  • Ketahanan, kena tunggu dan lihat selepas beberapa bulan.
Tidak dinafikan DR Neon yang dipasang pada gitar ni awal bulan Oktober lepas masih lagi belum menunjukkan apa-apa tanda karat walaupun sadurannya (coating) dah banyak tertanggal. Tapi disebabkan rasa kesat pada tali gitar (walaupun dah sapu Fast Fret) agak menjengkelkan, antara sebab aku jarang menggunakan gitar ni.

_____
Ada apa: Baru ada semangat nak main Mirage.

BMF2013: Prequel


Jumaat (1/3/2013) - Beberapa gambar sekitar kerja-kerja buruh kasar dan soundcheck pada malam sebelum gig Bintulu Music Fest 2013 bertempat di Stadium Muhibah Bintulu.


Penganjur suruh aku datang sekitar 9.00 malam untuk tolong-tolong bab teknikal dan audio, tapi waktu aku sampai semua dah siap cuma tinggal soundcheck saja lagi.

Aku agak teruja melihat perkakasan ada di atas, di belakang dan di bawah pentas. Selain perkakasan asas 36 Studio, juga disokong oleh perkakasan "live concert" dari Vaie Entertainment dan Zoso Music.


Selain geng Metuk Ulau Project, ada juga beberapa kumpulan lain yang hadir pada malam tersebut untuk sessi soundcheck. Tapi kami dimaklumkan oleh pihak penganjur hanya dapat soundcheck selepas pukul 11.00 disebabkan tidak mahu mengganggu mereka yang masih main futsal di bawah (gelanggang futsal disewa sehingga 11.00 malam).


Tapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengah malam masih ada masalah teknikal yang dialami, antaranya amp bass Hartke HyDrive 5210C, nasib baik ada backup amp bass Peavey. Ramai ahli-ahli kumpulan yang datang untuk sessi soundcheck tadi mula beredar pulang seorang demi seorang...

Bob Kandar dan Rezal BIMM.
Aku nak cuba tolong troubleshoot pun rasa segan, sebab dah cukup ramai "kaki-tangan teknikal" yang ada ketika itu, seorang cakap lain seorang cakap lain, malaslah nak masuk campur. Aku pun beredar pulang sekitar 12.30 malam dengan hati yang agak hampa bukan sebab tak dapat soundcheck, tapi terlepas peluang nak tengok filem Rocky V di TV2.

_____
Ada apa: Daripada info kurang rasmi, pukul 3.00 pagi baru selesai masalah...

Azrol's X-11


Rabu 27/2/2013 - Menerima bungkusan yang dihantar oleh City-Link, pastinya berisi gitar baru yang diperolehi dari tak lain tak bukan Dead Eye Guitars (DEG).

Ini bukan gitar aku, tetapi gitar kepunyaan Azrol, gitaris utama kumpulan aku Hepi;) dan Metuk Ulau Project. Sudah tiba masanya Azrol menaiktaraf dan menggunakan gitar yang lebih sesuai dengan gaya permainannya.

Sebenarnya gitar ni sudah dipesan awal sebelum aku pergi berkursus di PJ penghujung Januari lepas, dengan harapan aku dapat membawanya balik sendiri. Tapi disebabkan ketiadaan stok di tempat pembekal dan juga cuti CNY (tauke DEG bercuti panjang) menyebabkan proses mendapatkan gitar ni tertangguh hampir sebulan. Nasib baik sempat sampai beberapa hari sebelum gig Bintulu Music Fest 2013.


Aku difahamkan oleh tauke DEG bahawa dengan setiap pembelian gitar jenama Cort akan disertakan dengan gigbag, jadi tak perlulah bersusah payah membeli gigbag berasingan. Gigbag yang disertakan ni walaupun tak nampak menarik tapi ia agak tebal.

Azrol memilih Cort X-11 berbanding jenama/model lain atas faktor-faktor kos, warna kemerahan (black cherry sunburst) dan best of NAMM 2012.

Spesifikasi penuh sila layari website Cort
Sekali imbas ia seakan-akan gitar Ibanez RG, dari segi feel/playability pun memang seakan-akan RG. Malah spesifikasi pun ala RG - basswood body, maple neck, rosewood fretboard, 24 jumbo frets, sharkish inlays, HSH pickups, double locking bridge, volume and tone knobs, 5-way blade switch, pointy cutaways. Kalau dah biasa guna RG/GRG pasti tak rasa kekok.

Matching headstock.
+1 on flamed maple burst top.
Konfigurasi pikap HSH, menggunakan pikap Duncan Designed HB102 untuk humbucker dan Bluebucker Pro untuk singlecoil. HB102 ni kalau tak silap klon Seymour Duncan JB/Jazz, kombo yang versatile. Ini merupakan batch baru (pre-2012 NAMM), batch lama menggunakan pikap EMG-HZ.

Coil tap switch on TONE knob, HSH to SSS in split second.
Kelebihan
  1. Harga, kualiti RG tapi pada harga yang lebih murah.
  2. Duncan Designed HB102 pickups, klon Seymour Duncan JB/Jazz.
  3. Coil tap, variasi bunyi HSH kepada SSS.
  4. Flamed maple top with matching headstock.
  5. Jackson-ish inlays, pastinya lebih menarik berbanding dot inlays.
  6. Ada gigbag, jimat duit beli gigbag lain.

Double-locking bridge (Cort's in-house model) memang sama dengan bridge yang ada pada gitar Donny COG (VX-2V). Dari segi ketahanan aku rasa tak jauh beza berbanding Floyd Rose Special, setakat penggunaan biasa masih boleh tahan, asalkan jangan tiru aksi Herman Li dah la~

Kelemahan
  1. Kedudukan strap button pada cutaways agak janggal.
  2. Setup yang teruk (boleh diperbaiki).

Sempat mengintai isi perut gitar ni, nampaknya pendawaian dan pematerian yang agak kemas, thumps-up for Cort Indonesian luthiers.

Selepas proses setup dan tuning, aku hanya sempat mengambil beberapa gambar untuk entri ni dan memandu uji secara rawak sebelum ia dibawa untuk sessi jamming dan diserahkan kepada Azrol pada sebelah malamnya (entri ni).

Senyum ada makna tu...
_____
Ada apa: Welcome to Cort camp...

Kamelot - Silverthorn


Entri CD eBay kembali! Hahaha kali terakhir beli CD eBay bulan Disember lepas album The King Of Metal (Blaze Bayley). Tidak seperti beberapa tahun lepas (era eBayholic) hampir setiap bulan ada beberapa CD eBay yang sampai.

Oke, bungkusan dari UK kali ni berisi CD audio dalam bentuk digipak, album terbaru kumpulan Kamelot iaitu Silverthorn. Sebenarnya aku tak berapa suka digipak, aku lebih suka jewel case sebab senang nak jaga (dan ganti kalau rosak).

Cover art yang cantik, tak macam album sebelum ni.
eBay purchase info
  • Purchased from: ruslan11
  • Location: UK
  • Condition: new and sealed
  • Price paid: £4.29+2+2.50 (RM43.95) menang bid
  • Ordered: 18/2/2.13
  • Received: 1/3/2013
  • Label: (P) + (C) 2012 Steamhammer, A Division Of SPV GmbH.
  • Made in: Germany

Tracklist
  1. Manus Dei
  2. Sacrimony (Angel Of Afterlife)
  3. Ashes To Ashes
  4. Torn
  5. Song For Jolee
  6. Veritas
  7. My Confession
  8. Silverthorn
  9. Falling Like The Fahrenheit
  10. Solitaire
  11. Prodigal Son
    Part I - Funerale
    Part II - Burden Of Shame
    Part III - The Journey
  12. Continuum
Lagu-lagu yang ada sememangnya trademark Kamelot, concept album, melodic power metal, progressive, with some twist of orchestral. Setakat ni lagu kegemaran aku dalam album ni ialah Ashes To AshesFalling Like The Fahrenheit dan Solitaire.


Tommy Karevik, vokalis terbaru Kamelot menggantikan Roy Khan. Aku tak pasti sama ada imej Karevik ni sememangnya begini dari sebelum menyertai Kamelot (malas nak buat kajian), ataupun dipaksa terpaksa membayangi imej Roy Khan untuk mendapatkan "feel" Kamelot. Ironinya, vokal Karevik ni pun tak jauh beza dengan vokal Khan (just a little bit higher than Khan), pandai betul Thomas Youngblood cari pengganti.


Album yang meneruskan legasi Kamelot, walaupun dengan vokalis baru tapi muzik Kamelot tetap mantap. Tapi pada pendapat peribadi aku, album ni belum sampai tahap epik seperti Helena Trilogy (Karma, Epica dan The Black Halo).

_____
Ada apa: Cuma tinggal tiga album pertama sahaja yang belum ada dalam koleksi.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger