HammerFall - Steel Meets Steel (Limited Deluxe Edition)


Ya, eBay dan estock_deutschland lagi... Kali ni terpancing album kompilasi CD berkembar HammerFall Steel Meets Steel - Ten Years Of Glory (limited deluxe edition).


eBay purchase info
  • Purchased from: estock_deutschland
  • Location: Germany UK?
  • Condition: used
  • Price paid: €5.81 + free postage (RM24.15)
  • Ordered: 12/4/2013
  • Received: 29/4/2013
  • Label: (P) + (C) 2007 Nuclear Blast GmbH
  • Made in: Germany
Rata-rata harga unit baru album kompilasi ni di eBay adalah sekitar RM50 dan ke atas (belum termasuk kos pengeposan). Kali ni bernasib baik sebab dapat dengan harga yang berbaloi, walaupun berstatus terpakai tapi kondisi album ni masih baru 9/10.

Kenapa limited edition selalunya dalam bentuk digipak?
Walaupun aku tak berapa mengikuti sangat perkembangan HammerFall ni tapi aku suka muzik mereka, mungkin disebabkan aku meminati genre sebegini. HammerFall merupakan kumpulan heavy/power metal kedua yang aku kenali (selepas Manowar) yang memuatkan elemen "sword & sorcery" dalam lagu-lagu mereka.

Sebelum ini aku cuma ada beberapa album mereka versi AsiaLink dan beberapa fail MP3 sedut. Mungkin selepas ini, aku akan cuba mengumpul diskografi rasmi HammerFall secara berperingkat.

Pose berendam dalam air - Wings Rimba Bara wannabe!
Tracklist

Disc 1
  1. The Abyss
  2. Last Man Standing
  3. HammerFall v2.0.07
  4. The Dragon Lies Bleeding
  5. Steel Meets Steel
  6. Glory To The Brave
  7. Heeding The Call
  8. At The End Of The Rainbow
  9. Legacy Of Kings
  10. Let The Hammer Fall (live)
  11. Templars Of Steel
  12. Renegade
  13. Always Will Be
  14. Keep The Flame Burning
  15. Riders Of The Storm
Disc 2
  1. Hearts On Fire
  2. Crimson Thunder
  3. Hero's Return
  4. Blood Bound
  5. Secrets
  6. Fury Of The Wild
  7. Never, Ever
  8. Threshold
  9. Natural High
  10. Dark Wings, Dark Words
  11. The Fire Burns Forever
  12. Restless Soul
    Bonus Tracks
  13. The Metal Age (live)
  14. Stone Cold (live)
  15. HammerFall v2.0.07 (MPEG video)

Untuk mereka yang suka tapi tak berapa mengikuti HammerFall (seperti aku) atau baru mula berjinak-jinak dengan muzik mereka, album kompilasi sebegini merupakan langkah pertama. Yang pasti, vokal Joacim Cans tetap mantap walaupun semasa persembahan live (antara gaya vokal yang aku cuba "tiru"?).

_____
Ada apa: Next target, Masterpieces.

Goldie Turns Two


Semalam (27/4/2013) genap dua tahun Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (aka Goldie) berada dalam axology aku.


Sepanjang tahun pertama yang lepas, agak jarang aku menggunakan Goldie untuk jamming dan gig semenjak ada Calypso yang lebih mesra-pentas (selesa, ringan, hijau). Goldie ni lebih digunakan untuk berlatih dan eksperimentasi menggunakan tuning alternatif (drop-D, D-tuning, C-tuning) di rumah.

_____
Ada apa: Rekod bertahan paling lama setakat ni (bagi mereka yang faham)...

Cheap Gigrig


Menyusun pedal-pedal "murahan" yang aku ada untuk dijadikan gigrig #2 (aka cheap gigrig)...


Signal chain (from right to left): Guitar -> JF-01 -> JF-03 -> FX600 -> MO-BA -> amp (or PA/mixer via DI).

Disusun pada Pedaltrain-Nano untuk sementara waktu, esok aku akan mulakan projek membuat pedalboard sendiri (DIY) untuk gigrig #2 ni.

_____
Ada apa: Pedaltrain-Nano lepas ni akan digunakan untuk gigrig #1.

Silver Forest Bass


Dah nak dekat sebulan baru aku sempat buat entri ringkas bergambar pasal bass baru aku ni.

Kotak yang beralamat dari Crinson Music ini diterima pada 1/4/2013 lepas. Pastinya berisi sebuah bass ESP (sebenarnya LTD je) untuk menggantikan Silverado aku yang dah di"let-go" seminggu sebelumnya. Ikut pengalaman tahun lepas, mesti ada sebuah bass dalam axology aku. You won't know when you'll need it badly.

Ironinya, empat buah bass aku sebelum ini semuanya Ibanez (GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20) dan kali ni aku keluar dari khemah tidak memilih Ibanez...


ESP LTD F-54 SS (silver satin) - Ini merupakan model paling cikai kasta bawah untuk bass daripada F-series (Forest), dan mulai 2013 ia tidak lagi disenaraikan dalam website ESP tapi masih ada dalam website ESP UK (click link for specifications).


Bass berbentuk Forest sebegini dipopularkan oleh Tom Araya, Henkka Blacksmith, James MacDonough, Dorris Yeh, Orion, Apollyon dan Jairo(?).

F-54 ni merupakan buatan China sekitar April 2008 (berdasarkan nombor siri), model F-1xx dan ke atas mungkin buatan Indonesia.

34" scale.
Sememangnya bass F-series (F-104) pernah menjadi idamanku suatu ketika dahulu, waktu aku baru mula-mula berkecimpung dalam dunia bass.

Standard LTD 12th fret model mark.
Silver satin (SS) finish.
Kelebihan
  1. Ringan, lebih ringan daripada Mirage aku.
  2. Non-glossy silver satin finish.
  3. Mempunyai preamp ESP ATB-1 active tone boost.
  4. Hanya mempunyai satu pikap sahaja (juga menjadi kelemahan).
  5. Full 24-fret.
  6. Matching headstock.
ESP SB-4 solitary passive pickup, ESP DB-4 Bridge
Kelemahan
  1. Ada sedikit cela pada kemasan (finish) cat.
  2. Hanya mempunyai satu pikap sahaja, memang "worst-case scenario" kalau pikap ni rosak waktu tengah jamming atau gig.
  3. ATB-1 yang tak berapa boost, tak boleh lawan preamp Phat-II Ibanez.
  4. Ruang bateri yang susah diakses, perlu dibuka dengan pemutar skru.
Kaviti untuk elektronik.
Dengan sedikit modifikasi (tambah sticker COBHC), mungkin boleh nampak seperti macam bass Henkka Blacksmith.

Ruang bateri yang ringkas.
ESP ATB-1 Active Tone Boost.
Preamp ESP ATB-1 (kotak hitam) yang ada pada bass ni macam ala kadar sahaja, cukup-cukup untuk boost bunyi bass. Tidak seperti preamp Phat-II yang ada pada kebanyakan bass Ibanez kasta bawah.

Tanpa preamp ni, aku rasa bunyinya lebih teruk daripada bass yang tidak mempunyai preamp disebabkan isipadu kayu yang kurang (sebab tu ringan). Kalau ada rezeki lebih, teringin juga nak gantikannya dengan preamp AT2 (made in *Yustechland), tak perlu tukar pikap, hanya perlu tukar preamp.

Oh ya, juga disertakan dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) iaitu kabel Fender Californian 10 kaki (~3 meter) dengan warna kegemaran surf green, dan hadiah percuma sebungkus tali gitar berjenama D'Addario (of course in 9-42, my favourite gauge).


Sebelum ini aku memiliki kabel yang sama tapi versi 15 kaki (~5 meter), selepas menggunakannya beberapa kali semasa jamming dan gig, aku rasa ia agak terlalu panjang untuk perantaraan gitar dan pedal. Sebab itu aku memesan versi 10 kaki yang lebih sesuai. Versi 15 kaki agak sesuai digunakan untuk perantaraan pedal dan amp, atau jika hanya menggunakan amp (direct) tanpa sebarang pedal efek.

Failed pose.
Nickname? SILVER WINGS, enough said. Sempena tajuk lagu Bruce Dickinson. Harap-harap tiada lagi "gali lobang tutup lobang" untuk bass.

Selepas ini ada sedikit rombakan pada line-up Metuk Ulau Project, Korawk akan kembali menjadi gitaris manakala aku pula menggalas tugas bassist. Sebab itu perlu ada bass dalam axology aku seperti yang aku nyatakan pada awal entri. Masa untuk Silver Wings beraksi...

_____
Ada apa: *Bro Yus, if you're reading this entry, I'll contact you later about the AT2.

Chorusing The Boss


GASsing for chorus pedal (CC-1 dah letgo), pastinya harus berjemana Boss untuk digandingkan bersama MT-2. Cuma dilema untuk memilih CH-1 atau CE-5.



Model baru MO-2 juga agak menarik...

_____
Ada apa: Sivaji the Boss!

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Velvet? (Part 2)



Pancaindera, Mingguan Malaysia 14/4/2013
_____
Ada apa: Juga ada cerita pasal Wings di muka surat 14 dan 15.

Nightwish - Once (Limited Edition)


Bungkusan eBay dari Jerman ni diterima Isnin lepas (15/4/2013). Ia sepatutnya sampai serentak bersama-sama CD After Forever, kerana dipesan dalam satu invois daripada penjual yang sama (estock_deutschland). Mungkin agaknya polisi mereka tidak menyediakan khidmat "combine shipment" sama seperti redtagmarket, tapi tak kisahlah sebab pengeposan percuma (free postage).


Ia berisi CD audio album studio kelima Nightwish iaitu Once (yang juga merupakan album studio terakhir Nightwish bersama-sama Tarja Turunen). Album ni dinyatakan sebagai versi "limited edition" tapi aku tak tau apa yang limited sangat pasal versi ni (tak ada lagu bonus).

eBay purchase info
  • Purchased from: estock_deutschland
  • Location: Germany
  • Condition: used
  • Price paid: €4.08 + free postage (RM17.23)
  • Ordered: 24/3/2013
  • Received: 15/4/2013
  • Label: (P) + (C) 2004 Nuclear Blast GmbH
  • Made in: Germany
With plastic slipcase.
Tracklist
  1. Dark Chest Of Wonders
  2. Wish I Had An Angel
  3. Nemo
  4. Planet Hell
  5. Creek Mary's Blood
  6. The Siren
  7. Dead Gardens
  8. Romanticide
  9. Ghost Love Score
  10. Kuolema Tekee Taiteilijan (bahasa Suomi)
  11. Higher Than Hope

Album inilah yang memperkenalkan aku kepada kumpulan Nightwish (seterusnya Marco Hietala dan Tarot), menerusi videoclip lagu Wish I Had An Angel yang ditonton melalui Yahoo! sekitar awal 2005.

Album yang boleh dikategorikan sebagai super album kerana hampir semua lagu-lagu di dalamnya memang best (kecuali lagu bahasa Suomi tu, kes tak faham). Lagu kegemaranku pastinya Wish I Had An Angel dan Nemo. Lagu-lagu yang pasti mengembalikan nostalgia tahun-tahun terbazir (wasted years) terakhir aku berada di Penang (circa 2004-2005).


Sebenarnya aku dah ada album ni tapi versi Asialink, sama seperti empat album pertama Nightwish yang lain (*Angels Fall First, Ocean Born, Wishmaster dan *Century Child). Kalau versi Asialink rasanya tak layak dibuat entri, yang pernah ada entri hanyalah Highest Hope (kompilasi), Dark Passion Play dan Imaginaerum.

*Ada versi "pirates of eBay" dalam entri ni.

_____
Ada apa: Mencuba nasib mengintai DVD End Of An Era kalau-kalau ada yang murah.

Akhirnya Aku Berada Di Zon Logam


Bungkusan yang dituntut sendiri di kaunter Poslaju Bintulu petang semalam (19/4/2013) beralamat dari Crinson Music, Shah Alam.

Di dalamnya berisi sebuah pedal jenis stompbox yang memang aku terGAS untuk memilikinya sejak 2010, tetapi dana-dana untuk membelinya selalu saja dirampas untuk membeli benda lain terutamanya multi-effect.

Setelah terGAS hampir tiga tahun, akhirnya kali ni aku "berjaya" memilikinya...


Tak lain tak bukan pedal Boss MT-2 Metal Zone. Sepanjang minggu lepas aku dalam dilema untuk memilih tiga buah pedal metal sama ada Metal Zone, Metal Muff ataupun Fullbore Metal. Setelah membuat kajian tempatan, akhirnya aku memilih Metal Zone atas sebab-sebab berikut:
  1. Paling murah antara ketiga-tiga pedal.
  2. Permukaan untuk dipijak lebih luas iaitu 19.25 cm² berbanding 3.15 cm² pada Muff dan Fullbore.
  3. Kebarangkalian untuk terpijak tombol amatlah rendah.
  4. Ruangan bateri yang senang diakses.
  5. Dah lama terGAS untuk memilikinya.
  6. It's a Boss!

Rasanya tak perlu aku buat ulasan mengenai pedal ni, di luar sana (internet) ada berlambak ulasan sama ada positif dan juga negatif mengenainya. Memang tidak dinafikan MT-2 merupakan antara pedal Boss yang paling popular masuk tahap lagenda seperti DS-1 (bukan DSAI), dan boleh dikatakan "wajib" dimiliki oleh setiap gitaris metal.


Dengan empat tombol EQ (HIGH, LOW, MIDDLE, MID FREQ) terdapat pelbagai kombinasi bunyi metal boleh dihasilkan. Terpulang kepada pengguna untuk mencari "sweet spot" masing-masing. My "sweet spot" so far (in o'clock format) - LEVEL (12-2), HIGH (12), LOW (3), MIDDLE (11), MID FREQ (3), DIST (2).

Dah keluar kem multi-effects? Tak, sekarang aku menghuni kedua-dua kem stompbox dan multi-effects (G2.1Nu, Pod HD300). Ikut pengalaman, kedua-dua multi-effects dan stompbox akan digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian sama ada di bilik tidur gitar, untuk rakaman terus ke PC, jamming di studio sewa ataupun beraksi di pentas gig.

_____
Ada apa: Finally, I'm in the "Zone".

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 4)


Dah lama tak buat entri pasal Pusat Muzik Reco (or just Reco), kali terakhir aku memesan barang dari Reco sekitar bulan Ogos tahun lepas tetapi tidak diarkibkan dalam bentuk entri AADI (beli strap Planet Waves Joe Satriani untuk si Korawk).

Semalam menerima bungkusan dari Reco, sepatutnya diterima hari Rabu tapi disebabkan hari Isnin lepas Melaka cuti maka barang dipos pada hari Selasa. Aku tak kisah pun sebab benda yang dipesan ni bukanlah benda yang penting.

Pick Papa Het?

Sebenarnya ia berisi dua buah suis untuk gitar (3/5-way blade switches). Dua keping pick Dunlop "cap buaya" tu seperti biasa adalah untuk menggenapkan bayaran.


Ini merupakan suis-suis yang tak berjenama yang dijadikan sebagai stok (dan alat ganti) untuk projek-projek kegitaran yang akan datang. Harga pun sekitar RM17-20 seunit, nak beli yang berjenama seperti DiMarzio EP1105 dalam entri ni agak mahal sekitar RM60-70 seunit.

Sedang mencari premis yang ada menjual alat-alat ganti kegitaran (selain Nonuz)...

_____
Ada apa: Untuk projek tak perlulah mahal-mahal...

Chop's Vintage Modified Telecaster Custom II


Sabtu lepas Chop Sudir (vokalis/gitaris Ana & The Scene) menghantar gitarnya iaitu Squire Vintage Modified Telecaster Custom II (huh~ pendekkan jadi VMTC2) untuk aku tolong "tengok-tengokkan" dan baikpulih sekiranya perlu. Katanya kedua-dua tombol volume bermasalah tak boleh nak buat volume swell.


Dengan kemasan butterscotch mengingatkan aku kepada Telecaster Papa Het yang digunakan untuk lagu-lagu yang agak twangy (seperti lagu ni). Chop menggelar gitar ni dengan nama "Telescotch".


Tidak seperti Telecaster biasa, VMTC2 ni dilengkapi dengan pikap jenis soapbar iaitu Duncan Designed P90-2 beserta tombol volume dan tone yang berasingan untuk setiap pikap (macam Les Paul).

Disebabkan sebelum ini Chop dah biasa menggunakan GAX30 dan Standard Telecaster yang kedua-duanya memiliki satu tombol volume dan tone. Jadi memang agak janggal dan kelam-kabut jika menggunakan gitar yang memiliki dua tombol volume dan tone, lebih-lebih lagi ketika persembahan live seperti Love & Peace Gig minggu lepas.


Sebenarnya tiada apa masalah dengan tombol volume gitar ni, disebabkan Chop suka menggunakan kedua-dua pikap sekaligus (center position) maka cara volume swell agak berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan hanya satu pikap (neck atau bridge).


Aku tak suka gitar jenis Telecaster, antara sebab utama ialah disebabkan headstock Telecaster yang hodoh tidak menepati citarasa aku (orang putih kata "not my taste").


Satu lagi sebab kenapa aku tak suka gitar Telecaster (atau gitar lain yang mempunyai bridge yang sama seperti gambar di atas) ialah disebabkan skru/nut saddle yang tertonjol selepas action direndahkan. Sememangnya agak kurang selesa untuk membuat palm mute dengan keadaan sebegini. Aku lebih suka fixed bridge jenis tune-o-matic (TOM).

Tiada apa-apa proses baik-pulih dijalankan kerana semua bahagian elektronik berfungsi dengan baik. Hanya beberapa pelarasan dilakukan - merendahkan action, melaraskan truss rod, mengemaskan lilitan tali gitar pada tuner dan sedikit pembersihan.

_____
Ada apa: Telecaster (copy) LTD nampak menarik.

Wordless Wednesday: Custom SG Bass




_____
Ada apa: Kenapalah dipotong "tanduk" sebelah kanan tu? Dah hilang identiti SG.

After Forever - Self-Titled


Entri CD eBay lagi, bungkusan dari Jerman ni diterima Jumaat minggu lepas (12/4/2013). Ya, tak lain tak bukan dari seller estock_deutschland yang terkenal dengan "free postage worldwide" (Berteromber dan Takilala pastinya selalu memborong CD dari seller ni).


Bungkusan ni berisi CD audio dalam bentuk digipak album studio kelima dan terakhir kumpulan symphonic metal dari Belanda iaitu After Forever (Wiki) dengan tajuk album yang sama (aka self-titled).

Selepas dibubarkan pada tahun 2009, kebanyakan album dan EP After Forever menjadi "collector's item" dan masuk tahap "rare", ini menyebabkan harganya melonjak mahal. Pastinya aku tidak melepaskan peluang sekiranya terjumpa apa-apa album After Forever pada harga yang murah di eBay. Setakat ni aku cuma ada kompilasi Mea Culpa.

eBay purchase info
  • Purchased from: estock_deutschland
  • Location: Germany
  • Condition: used (tapi masih seperti baru)
  • Price paid: €3.01 + free postage (RM12.71)
  • Ordered: 24/3/2013
  • Received: 12/4/2013
  • Label: (P) + (C) 2007 Nuclear Blash GmbH
  • Made in: Germany

Tracklist
  1. Discord
  2. Evoke
  3. Transitory
  4. Energize Me
  5. Equally Destructive
  6. Withering Time
  7. De-Energized
  8. Cry With A Smile
  9. Envision
  10. Who Am I
  11. Dreamflight
  12. Empty Memories
    Bonus Track
  13. Lonely
Lagu-lagu standard symphonic metal, lebih kurang macam Nightwish, cuba dengan tambahan suara "growl" dalam beberapa lagu.


Suara merdu Floor Jansen antara yang mula-mula memperkenalkan aku kepada genre symphonic metal (pada ketika itu aku anggap gothic metal) sebelum aku mengenali Tarja Turunen dan Nightwish.

Seperti yang aku harapkan dalam entri ni, agar Jansen akan menjadi penyanyi tetap Nightwish (bukannya sementara) selepas ini menggantikan Anette Olzon. Nightwish dan Jansen, pastinya suatu kolaborasi yang menarik...

_____
Ada apa: Setelah selamanya...

Floyd Rose Special Dilemma (Part 2)


Floyd Rose Special (FRS) pada Mirage aku buat hal lagi, kali ni pada area locking nut... Jika sebelum ni masalahnya ialah hex-key bolt loose, tapi kali ni alur skru untuk hex-key bolt pula yang loose. Macam kes lurah skru saddle yang loose beberapa bulan lepas.

Alur skru yang loose (lubang tengah).
Akibatnya aku tidak dapat "mengunci" tali D/G pada locking nut ni. Walau bagaimanapun gitar ni masih boleh digunakan jika FRS/tremolo tidak dikacau (ditarik/ditolak). Sekurang-kurangnya ia masih boleh lagi digunakan sebagai "bedroom guitar" sementara menunggu alat ganti yang baru. Kalau dah terlebih geram, mau saja aku ganti dengan set Floyd Rose Original (FRO).
ESP/LTD M-103FM sememangnya sebuah gitar yang bagus, hanya ketahanan material pada FRS yang lemah seperti kes ni yang menyebabkannya agak mengjengkelkan (annoying).
Selepas ni, gitar yang mempunyai FRS memang akan terkeluar secara automatik sekiranya terGAS untuk memiliki gitar tersebut. Hanya akan memilih FRO, Floyd Rose 1000 (FR1k) ataupun varian Edge/ZR Ibanez (jika kembali masuk kem Ibanez). Atau susah-susah pilih gitar fixed-bridge sahaja...

_____
Ada apa: Mujurlah Calypso aku menggunakan FRO.

Ozzy Osbourne - Blizzard Of Ozz (Expanded Edition)


Seperti Holy Diver dalam entri semalam, CD audio terpakai album Blizzard Of Ozz Pakcik Ozzy ni juga diperolehi dari LYN Street Mart pada harga yang amat berpatutan.


(P)(C) 2011 Sony Music Entertainment, adakah versi "expanded edition" ni merupakan versi "30th anniversary"?

Selain cerita "bass/drum asal beberapa lagu telah dipadam dan digantikan dengan bass/drum yang dimainkan semula oleh Mike Bordin dan Rob Trujillo (Wiki)" (sama seperti cetakan 2002), album ni juga mempunyai tiga bonus track iaitu You Looking At Me, Looking At You (non-LP B-side), Goodbye To Romance (2010 guitar & vocal mix) dan RR (outtake from Blizzard of Ozz sessions). Cetakan versi 1995 boleh baca entri Berteromber ni.


Seperti Dio/RJD, aku juga mula mengenali lagu-lagu Pakcik Ozzy (pasca Black Sabbath) ni melalui Braingell Radio. Untuk album ni lagu-lagu kegeramanku ialah Crazy Train (antara riff-riff gitar pertama yang aku pelajari), Goodbye To Romance dan Mr. Crowley.

Bertambah lagi koleksi album Pakcik Ozzy...

_____
Ada apa: All aboard! Hahahaha!~

Dio - Holy Diver (Collector's Edition)


Lanjutan entri malas Rabu lepas - pasal CD audio album pertama Dio iaitu Holy Diver (penyelam suci?). Album Ozzy Osbourne Blizzard Of Ozz tu aku cerita dalam entri lainlah.

CD ni (dan Blizzard Of Ozz) merupakan CD terpakai, diperolehi dari LYN Street Mart pada harga yang amat berpatutan. Sebelum ni aku tercari-cari album ni di eBay tapi tak pernah jumpa yang mempunyai harga berpatutan, sama ada baru ataupun terpakai.


(P)(C) 2005 Mercury Records Limited, a Universal Music Company. Walaupun album ni dikeluarkan pada tahun 1983, tapi CD versi "Collector's Edition Remastered & Reloaded" ni merupakan keluaran tahun 2005, sama seperti versi dalam entri krenmaut ni dan bukannya versi yang agak klasik seperti yang Berteromber ada. Rasanya tak perlu aku ulas pasal album ni, baca saja ulasan daripada otai-otai yang disebut tadi.


Aku tidak mengenali lagu-lagu Dio (mahupun Ronnie James Dio) sehinggalah awal 2000 menerusi Braingell Radio, walaupun sebelumnya dah biasa dengar lagu-lagu klasik RJD semasa dalam Rainbow (Temple Of The King, Man On A Silver Mountain) dan Black Sabbath (Heaven And Hell, Die Young) tanpa mengenali siapakah penyanyinya.

Untuk album Holy Diver ni lagu paling aku minat ialah Don't Talk To Strangers yang sebelumnya aku kenali menerusi album The Forgotten Tales cover dari Blind Guardian. Tapi boleh dikatakan semua lagu dalam album ni memang best tahap super album, kecuali lagu Gypsy dan Invisible yang pada pendapat aku hanyalah "filler".

Mungkin suatu hari nanti Metuk Ulau Project akan cover lagu Dio/RJD sebagai "belated tribute".

_____
Ada apa: Apa kejadahnya maksud "penyelam suci" ni?

Mirage: Back To Stock Config


Gitar ESP LTD M-103FM aku (aka Mirage) antara yang selalu menjadi mangsa platform eksperimen...


Tak sampai sebulan selepas diperolehi, ia sudah dimodifikasi dengan pikap Tesla Plasma-1 (neck), VR-1 (mid), VR-Extreme (bridge), waktu tu memang tengah "hype" dengan pikap Tesla.

Beberapa bulan kemudian pikap Tesla ni keluar (de-Teslarised) dan masuk semula (re-Teslarised) atas sebab-sebab peribadi.


Ia pernah juga dipasang dengan pikap Bill Lawrence L-500XL secara tunggal (solitary) dan ternyata konfigurasi tunggal sebegini memang tidak sesuai untuk gitar yang jenis versatile.


Selain pertukaran pikap, ia juga beberapa kali menghadapi masalah pada sistem Floyd Rose Special (FRS) antaranya locking nut dan saddle loose. Tak lupa juga DR Neon dan eksperimen cahaya gelap.


Setelah bosan dengan karekteristik pikap-pikap Tesla dan Bill Lawrence, aku mengambil keputusan untuk memasang semula pikap asal (stock pickups) gitar ni iaitu ESP LH-150 (humbucker) dan LS-120 (single) pada malam yang sama selepas selesai memasang Petrucci Set pada gitar 1Malaysia si Korawk minggu lepas.


Ternyata pikap-pikap LH-150/LS-120 ni merupakan pikap yang bagus, ia memiliki karekteristik yang aku cari-cari selama ini. Mungkin disebabkan "hype" pikap Tesla pada waktu aku memperolehi gitar ni dahulu membuatkan aku tak pandang langsung pada pikap-pikap asal ni.

Tak hairanlah kenapa Bro Sub memuji pikap-pikap sama yang ada pada gitarnya iaitu M-53, serta mengekalkannya dan tidak digantikan dengan Seymour Duncan seperti kebanyakkan gitar-gitar lainnya.

_____
Ada apa: Ada siapa-siapa berminat nak beli pikap Tesla terpakai?

Wordless Wednesday: Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 11)




_____
Ada apa: Album yang lebih kurang seusia denganku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (65) art200 (3) artis tempatan (118) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (249) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (26) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (34) digitech (19) dimarzio (31) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (79) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (185) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (133) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (49) guitar service (20) guitar talk (64) guitar/bass (628) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (229) j5 (7) jackson (31) jamming (123) jamtank (22) jim dunlop (53) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (257) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (36) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (12) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (29) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (328) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (19) new album (27) new gear (157) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (47) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (273) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (52) pickups (100) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (44) revamp (2) rex (1) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (18) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (1) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (16) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (86) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (9) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (18) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (231) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger