Foo Fighters - Self-Titled


Lagi hasil borongan eBay dari estock_deutschland (lagi?), kali ni album debut Foo Fighters yang bertajuk Foo Fighters (self-titled aka album pistol) sebagai pelengkap koleksi yang diperolehi dengan harga €4.36 (RM18.05).


CD ni dipesan serentak bersama-sama CD Nirvana Unplugged minggu lepas, tapi polisi estock_duetschland menghantar CD secara berasingan walaupun dipesan serentak. Seperti biasa, walaupun berstatus terpakai (used) tapi fizikalnya masih nampak baru.

Album yang (suatu ketika dahulu) boleh dikatakan sebagai pengubat rindu peminat Nirvana selepas kematian Kurt Cobain kerana Dave Grohl meneruskan legasi Nirvana menerusi kumpulan dan muzik baru. Aku pada mulanya agak terkejut bila Grohl dapat membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemain gitar dan vokalis yang hebat seakan-akan keluar dari kepompong Nirvana.


Seperti yang pernah aku merapu sebelum ni, aku hanya minat tiga album pertama Foo Fighters; Foo Fighters, The Colour And The Shape dan There Is Nothing Left To Loose. Album keempat One By One dan seterusnya macam tak dapat masuk dengan jiwa aku. Tapi aku masih minat Grohl dan Foo Fighters.

Koleksi kaset yang tinggal di kampung.
Kalau nak cerita pasal memori album ni memang agak lucu, ia dikeluarkan sekitar tahun 1995 tapi aku layan awal 1996. Waktu tu aku di tingkatan 5 dan bakal menghadapi SPM tapi terjerumus dalam kancah "cinta monyet", lagu-lagu dalam album ni (bersama album-album Nirvana) merupakan pengubat hati yang luka dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran (teruknya emo aku waktu tu~).

Aku rasa Metuk Ulau Project pernah cover lagu Big Me semasa sessi jamming beberapa tahun lepas, tapi aku lupa sessi yang mana satu...

_____
Ada apa: Cuba untuk mengenali semula lagu-lagu Foo Fighters selepas album ketiga...

Search Awie - Bikin Wilayah


Setelah merapu dalam entri ni dan diprovokasi secukup rasa dalam entri Speedrider, akhirnya nasib menyebelahi aku...


Aku terjumpa CD audio album Search (bersama Awie) yang boleh dikatakan agak "rare" iaitu Bikin Wilayah, di premis Victoria Music Centre, Amcorp Mall, Selasa lepas (singgah PJ lepas balik dari berkursus di Melaka) dengan harga RM19.90, aku rasa kalau di premis Speedy Video harganya pasti sekitar RM12.90 atau RM9.90 waktu promosi, tapi tak kisahlah.

Aku tak pasti sama ada ia versi asal (1st pressing) ataupun versi cetakan semula seperti album-album Search/Wings keluaran Sony BMG yang lain. Ulasan pasal album ni rasanya tak payah aku ceritakan di sini, anda boleh baca entri Speedrider dalam link yang diberikan di atas tadi.


Cuma memori di sebalik album ni kembali segar dalam ingatan. Penghujung tahun 1998 merupakan era aku bertungkus-lumus menaikkan semula CGPA yang agak teruk pada semester sebelumnya semasa menuntut di USM Penang. Lagu-lagu dalam album ni (bersama-sama album Wings Orang Asing dan Mencari Asal Usul) merupakan peneman menyiapkan "kerja rumah" tutorial kimia organik dari malam hingga waktu sahur (waktu tu bulan puasa).

Entri Mini: Kaamatan Dan Gawai


Imej cilok.
Selamat menyambut Tadau Kaamatan (30-31 Mei) dan Gawai Dayak (1-2 Jun) kepada pembaca dan pengikut AADI di seluruh Borneo tak kira apapun bangsa dan kaum anda, kita 1Borneo sama-sama meraikannya.

_____
Ada apa: Hari ni Bintulu dah lengang...

Wordless Wednesday: MnSO4.4H2O




_____
Ada apa: My everyday chemical...

Melaka, Aku Datang Lagi...


Berkunjung ke Melaka untuk berkursus ICT di Cawangan Melaka selama dua hari (27-28/5/2013). Seperti biasa, sekarang ni memang aku agak keberatan kalau nak berkursus jauh-jauh, kes tak nak berjauhan dengan Lil'Ijau.

Imej cilok.
Menginap di King's Hotel Ayer Keroh (nasib baik air di hotel ni jernih) yang disediakan oleh pihak penganjur, semuanya sama seperti kursus bulan September tahun lepas.

Imej cilok.
Dalam masa yang singkat ni pastinya tak ada masa nak meronda-ronda Bandar Melaka, lebih-lebih lagi nak singgah Pusat Muzik Reco. Tapi dah rancang nak menonton wayang Fast 6 malam esok bersama Encik Isabella.

_____
Ada apa: Sepatutnya kursus ni diberikan kepada staff yang baru berkecimpung dunia ICT.

Smartphone Vs Dumbphone


Tatkala orang lain sibuk mencari smartphone (telefon pintar), aku dan Mrs. Ijau sibuk mencari dumbphone (telefon bodoh?)...


Mrs. Ijau memilih Samsung Keystone 2 GT-E1205M yang hanya berharga RM60 untuk dijadikan telefon utama (panggilan dan sms).

Masih relevan lagikah dumbphone dalam era informasi di hujung jari sekarang ni? Itu terpulang kepada anda untuk menentukannya.


Tapi pada pendapat aku, adalah lebih mudah dan pantas membuat atau menerima panggilan menggunakan dumbphone yang kecil berbanding smartphone atau tablet.

Lagipun dumbphone sebegini agak lasak dan boleh bertahan beberapa hari sebelum dicas semula. Sebab itu aku masih lagi setia dengan Sony Ericsson K618i yang telah berkhidmat sejak 2007.


Memang serasi digandingkan dengan Galaxy Tab 2 Mrs. Ijau yang bertemakan warna putih. Giliran aku? Entahlah, aku masih sibuk dengan GAS gajet kegitaran yang tak sudah-sudah, macam tak ada bajet nak beli smartphone/dumbphone... Oh ya, lagipun Ninetology Stealth kan ada.

_____
Ada apa: Mencari Sony Ericsson siri Cyber-shot/Walkman model pra-Android.

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 18)


Gambar headstock gitar lagi?


Masih terbawa-bawa dengan angin "malas" wordless wednesday semalam, ada idea (banyak) tapi masih agak malas untuk menaip entri panjang-panjang.

Aku rasa Dr. Ben (atau Mus Speedrider) patut perkenalkan semula kempem "cabaran 1 hari = 1 entri = 1 Malaysia" macam penghujung 2009 dulu. Barulah terkial-kial mencari idea dan masa untuk menaip entri harian selama 30 hari.

_____
Ada apa: Gibson or Gibsun?

Wordless Wednesday: Cheap USB Sound




_____
Ada apa: Super Save rules!

BC Rich Beast Junior?


Terjumpa gitar mainan ni di Kuching Sentral minggu lepas (pasar raya yang sama tempat aku beli Saxbys), memang betul-betul replika BC Rich Beast, dari badan hingga ke headstock.


Aku bukannya peminat gitar-gitar BC Rich, kalau gitar berbentuk ekstrim aku lebih suka model-model daripada Jackson seperti Kelly, Rhoads dan King V.

Berbalik kepada gambar di atas, nak belikan untuk Lil'Ijau? Hah! Awal-awal lagi Mrs. Ijau dah komplen "tak sesuai~", hehehe...

_____
Ada apa: Kalau keychain mungkin aku beli...

Sessi Mencari Ilham Di REG Studio


Sabtu 18/3/2013 - Setelah agak berpuas hati dengan sessi rakaman di rumah beberapa minggu lepas, aku dan Azrol bercadang untuk mencuba lagu tersebut (codename: Project Madness) secara live di studio jamming untuk sessi mencari ilham tambahan dan percambahan idea.

Makin serasi dengan X-11.
Kami memilih REG Studio disebabkan 36 Studio mengadakan aktiviti pada petang tersebut iaitu gig tertutup Tribute To Chi Cheng Of Deftones (dibatalkan pada saat-saat akhir kerana tiada sambutan?).

Kali ni hanya bermain secara 3-piece, Korawk balik kampung manakala Bob Kandar tidak dapat hadir atas masalah peribadi dan diganti oleh Rashid Malim (tidak sempat digambar).


Seperti dipersetujui, selepas Love & Peace Gig, aku akan menggalas tugas sebagai penggentel bass (menggunakan Silver Wings) supaya dapat memberi laluan kepada Korawk untuk mengganas dengan GRG270 yang dah disumbat Petrucci Set.

Cukup dengan dua buah pedal bass iaitu VXL dan ODB-3.
Bassline untuk lagu ni memang sengaja diringkaskan supaya mudah untuk aku fokus kepada vokal (bila dah ada lirik nanti) sambil bermain bass. Serius, menyanyi sambil main bass memang lebih mencabar berbanding bermain gitar, kerana setiap kesilapan chords/notes memang akan ketara.


Selain Rashid Malim, kami juga mendapat bantuan dan bimbingan seorang otai iaitu saudara Ahmad, drummer kumpulan reggae TheDaunPisang (yang juga seorang peminat Iron Maiden) untuk mendapatkan drumroll yang sesuai dengan lagu Project Madness.

Daripada sessi ni, beberapa idea baru ditambah dan ada yang terpaksa dibuang (mungkin boleh dijadikan lagu lain) terutamanya disebabkan perbezaan tempo yang ketara. Mungkin hujung minggu nanti akan masuk studio lagi untuk memperhalusi lagi idea-idea yang ada (masih menanti pembentangan tugasan bahagian Korawk).

_____
Ada apa: Kenapa tiba-tiba sewa studio jadi mahal?

Nirvana - MTV Unplugged In New York


Suatu ketika dahulu aku pernah ada CD audio Nirvana album MTV Unplugged in New York ni yang juga diperolehi melalui eBay. Tapi awal 2011 semua diskografi Nirvana yang aku ada dah di"let-go" kepada seorang rakan sepermetalan di Bintulu.


Tapi disebabkan album ni merupakan album pertama yang memperkenalkan aku kepada Nirvana, atas faktor nostalgia aku mendapatkannya semula. Dan seperti biasa, estock_deutschland menjadi tempat untuk mendapatkannya dengan harga yang murah (in this case €3.34 = RM13.82) beserta pengeposan percuma.


Kalau rajin mungkin aku akan cuba kumpul semula diskografi album studio Nirvana dalam bentuk CD audio, lagipun harga esotck_deutschland memang mengiurkan, hehehe... Cerita lama pasal album ni boleh baca dalam entri ni.

_____
Ada apa: Oh me~

Ada Apa Dengan Mizone?


Terjumpa sebotol minuman isotonik import yang agak menarik berjenama Mizone di sebuah pasar raya berdekatan dengan Sun Yun Music House.


Terdapat dua jenis perisa Mizone di pasar raya tersebut, satu daripadanya ialah mangga kweni (kuini?) yang satu lagi aku lupa (mungkin oren kot?). Aku suka isotonik jenis tidak berkarbonat sebegini (sama seperti Gatorade dan Boost), kerana ia enak dinikmati sama ada dalam keadaan sejuk mahupun suam, amat sesuai sebagai bekal untuk pemanduan jarak jauh.

Rasanya pun amat sederhana, lebih kurang macam rasa Spritzer Pop tanpa karbonat. Diproduksi oleh PT Tirta Investama, Kelantan Klaten, Indonesia dan memiliki logo halal Majelis Ulama Indonesia. Harganya sekitar RM2.xx untuk sebotol berisipadu 500 ml, ia masih lagi murah dan berbaloi.

_____
Ada apa: "Mizone jadi 100% kamu" slogannya...

AADI @ 100k!


Setelah bersiaran selama enam tahun (atau empat tahun selepas "penjenamaan semula"), akhirnya hari ini odometer AADI (pageviews) mencecah angka 100k! Secara rasminya blog AADI dah boleh masuk dalam kategori blog "100k Club" macam berteromber.

Komentar tegar.
Aik? Enam tahun baru baru nak dapat 100k pageviews? Ya, sebab AADI ni secara amnya bukanlah blog umum, ia merupakan blog perhobian yang hanya relevan dibaca oleh mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama (muzik metal, koleksi CD/DVD, gitar, makanan). Dan akupun bukannya jenis yang suka mencanangkan di Facebook atau Tweeter setiap kali AADI ada entri baru. Bagi aku, biarlah AADI menjadi sebuah blog yang low-profile seperti seadanya...

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang menyenaraikan pautan (link) AADI dalam blog mereka. Tanpa anda, rakan kepada rakan bloggers lain tidak akan mengetahui kewujudan AADI. Dan tak lupa kepada komentar tegar (seperti yang tersenarai di sebelah kiri) yang tak putus-putus memberikan komen dan komplen yang positif mahupun negatif setiap kali ada entri baru. Komen-komen sebeginilah yang menambahkan motivasi aku untuk rajin berblog


Aku cadangkan kepada rakan-rakan bloggers lain yang mana blog mereka telah mencapai tahap 100k pageviews untuk meletakkan logo "100k Club" dalam senarai badges and awards blog anda (kalau ada).

_____
Ada apa: Blog on!

Locking Nut Cap Ayam


Bungkusan eBay ni diterima semalam, beralamat dari Hong Kong. Kali ni bukan berisi CD ataupun DVD, tapi berisi alat ganti kegitaran.


Ia berisi *dua unit locking nut (43 mm) untuk gitar yang mempunyai sistem Floyd Rose. Ia bukanlah berjenama Floyd Rose Original (FRO) mahupun Special (FRS), tapi hanyalah generic locking nut (tiada jenama aka "cap ayam") compatible untuk menggantikan locking nut pada Mirage aku yang bermasalah (loose) beberapa minggu lepas seperti dalam entri ni.


Setelah buntu mencari alat ganti secara online di Malaysia (ada, tapi mahal), aku mencarinya di eBay dan terjumpa beberapa seller dari China dan Hong Kong yang ada menjual alat ganti kegitaran pada harga borong (wholesale), sama macam kes kabel daisy chain dalam entri ni.

Dua unit locking nut ni harganya tak sampai pun RM30 termasuk pos, berbanding harga yang dijual di Malaysia sekitar RM40-60 untuk seunit locking nut FRS belum masuk kos pos (kalau FRO harga macam ni aku tak kisah).


Bila dibuka locking nut asal, ada secebis kayu halus yang digunakan sebagai shimming. Mungkin aku akan guna (atau tidak) shimming ni bergantung kepada ketinggian locking nut baru. Bro Yus (Yustech) sila komen kalau cara aku buka locking nut ni salah.

Atas FRS, bawah cap ayam.
Dengan mata kasar, terdapat perbezaan material antara kedua-dua locking nut ni. Material locking nut baru ni nampak seperti material yang digunakan pada sistem Edge-III Replacement aku dulu. Harap-harap ia setahan material locking nut FRS. Kalau tak tahan pun tak kisah sebab cap ayam dan harganya murah taklah nanti aku menyumpah-nyumpah, tapi kalau lebih tahan lagi bagus!


Walaupun ia bukanlah perfect fit (dalam 95-98% fit dengan shimming asal) tapi sekurang-kurangnya Mirage aku dapat digunakan semula. Dan setakat sessi pandu-uji malam tadi, talaan (tuning) pada gitar ni masih sama selepas penggunaan tremolo/whammy yang agak kasar, dalam bahasa teknikal gitar "stays in tune". Maknanya locking nut ni memang betul-betul "mengunci" tali gitar dengan ketat.

*Ya dua unit, seunit sebagai stok simpanan (backup). Tengah browse alat ganti kegitaran lain daripada seller yang sama...

Entri Mini: Selamat Hari Guru


AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru seluruh dunia terutamanya kepada guru/mentor/jurulatih/pensyarah yang pernah mengajar dan membimbing aku semasa aku berada di Tadika Kampung Pimping, SK Pangiran Jaya Kampung Pimping, SUIS Kampung Pimping, SMK Membakut, Universiti Sains Malaysia dan dalam kehidupan harian dan kerjaya secara amnya.

_____
Ada apa: Makin lama makin sayang dengan Mirage ni.

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Notis? (Part 5)




_____
Ada apa: Tengok sajalah...

Ada Apa Dengan Saxbys?


Saxbys, satu lagi minuman ringan ala Australia Ostorlia yang popular selain Bundaberg. Jenama yang pernah muncul dalam entri Krenmaut beberapa tahun lepas.

Sars? Wabak SARS?
Aku terjumpa Saxbys beberapa perisa di sebuah pasaraya di Kuching Sentral minggu lepas, antaranya root beer, sarsaparilla dan ginger beer. Seperti biasa, sebotol akan dibeli untuk entri AADI dan aku memilih perisa root beer.


Dibuat oleh Saxbys Soft Drinks Pty. Ltd. New South Wales, Australia. Diimport oleh Pahlawan Marketing Sdn. Bhd. Balakong, Selangor DE.

Rasanya? Tak jauh beza dengan root beer Bundaberg, sama pekat, sama manis dan sama pahit/kelat. Dengan harga RM3.xx untuk sebotol 375 ml, lebih kurang harga sebotol Bundaberg pada isipadu yang sama.

_____
Ada apa: Tak boleh minum selalu (sebab mahal dan susah nak cari).

Happy Birthday Lil'Ijau!


Hari ni setahun yang lepas, puteriku Lil'Ijau dilahirkan. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar Lil'Ijau dah setahun usianya.

[image removed]

Bila membelek kembali gambar-gambarnya dari selepas dilahirkan hingga semalam memang mengasyikkan. Dan dalam masa setahun ni, aku perhatikan memang ada beberapa perangai yang "diwarisi" dari ayahnya hehehe...

Mungkin ada pembaca bertanya kenapa "Lil'Ijau"? Sebenarnya aku tak suka letak nama sebenar ahli keluargaku dalam AADI ni, itu polisi aku. Memadailah dengan gantinama seperti Ehem-ehem (pre-TTBK), Mrs. Ijau dan Lil'Ijau.

_____
Ada apa: Dan selamat Hari Ibu kepada Mrs. Ijau :)

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah? (Part 3)


Juga belum ada tajuk rasmi, cuma menggunakan Instromadness (instrumental + intro + madness) sebagai working title, dirakam secara amatur track-by-track menggunakan perisian Audacity.


All guitar and bass tracks by Ijau except 2nd solo @0:58 by Azrol.

Mungkin ia boleh dijadikan intro trademark Metuk Ulau Project untuk gig yang akan datang menggantikan intro Caught Somewhere In Time yang dah biasa dimainkan.

Masih menunggu hasil kerja daripada Korawk.

_____
Ada apa: Mana nak cari idea buat lirik?

Ada Apa Dengan Sunstar Pineapple?


[Nanasmania] Hahaha! Entri nanasmania kembali lagi! Kali ni nanas dalam tin jenama Sunstar.


Packed for Lanc Corporation Sdn. Bhd. Rawang Selangor, made in Thailand. Aik? Setahu aku Sunstar ni kalau kari lembu dan kuah sate dalam tin memang buatan Malaysia.

Rasa? Isi nanas agak lembut (lembik?) dan manis secukup rasa, tapi bagi aku setakat ni Lee Pineapple dan cap ayam Ayam Brand masih lagi menjadi penanda aras untuk nanas dalam tin paling sedap.

_____
Ada apa: Nanas Johor rules?

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Mountain Dew?




_____
Ada apa: Cerita gempak, tapi rasa macam ice-pong...

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah? (Part 2)


Atas permintaan, ini ada sedikit sampel bunyi-bunyian yang dirakam secara amatur menggunakan perisian Audacity dalam entri yang lepas. Belum ada tajuk rasmi, cuma dinamakan sebagai Project Madness sebagai working title...

Guitar - Azrol, Bass - Ijau, Drums - drum machine on G2.1Nu.

Harap maaf kalau bunyinya agak kasar dan tempo berterabur, memang kelam-kabut main lagu yang agak thrashy ni...


_____
Ada apa: Hehehe macam bunyi Abang Mus?

PRU13: Pilihlah...


Hari mengundi telah tiba, kekalkan demonstrasi demokrasi...

Jom pilih burger daging Sugar Bun.
_____
Ada apa: Lebih mahal berbanding dua tahun lepas.

Ada Apa Dengan Projek Rakaman Di Rumah?


Aku dan Azrol memulakan projek rakaman di rumah (home recording) secara terus ke PC menggunakan interface USB yang ada pada G2.1Nu dan Pod HD300, inilah kelebihan yang ada pada multi-effects berbanding stompbox. Sekiranya tiada arah melintang, lagu yang dirakam ini bakal dipersembahkan untuk gig Metuk Ulau Project yang akan datang (khabarnya bulan Julai).


LX12, Micro Crush dan headphone Sony MDR-XD100 digunakan sebagai monitor. Dan keempat-empat axes aku digunakan semasa rakaman untuk mendapatkan variasi bunyi. Kebanyakkan riff dirakam menggunakan HD300, manakala G2.1Nu lebih digunakan untuk rhythm patterns dan metronome (fungsi yang tiada pada HD300).

Walaupun disertakan dengan DAW software Cubase LE 5 (G2.1Nu) dan RiffWorks Line 6 Edition (HD300, downloaded), tapi aku lebih selesa dan senang menggunakan Audacity yang lebih ringkas. Lagipun aku dah biasa menggunakan Audacity ni sejak zaman edit ringtone handphone Nokia 6600 lagi.


Semuanya disebabkan "cabaran" daripada rakan-rakan sepermetalan Bintulu yang berkata "bila lagi MUP nak main lagu sendiri? Asyik-asyik cover song saja...". Hah! Ini kalilah MUP main thrash! Main lagu berkelajuan 80-180bpm! Jauh di luar zone selesa MUP yang biasa main genre NWOBHM. Harap-harap Bob Kandar dapat kejar dan tak semput main drum nanti.

Sample sound? Tunggu dah siap edit nanti baru aku upload...

_____
Ada apa: Menunggu Korawk untuk membentangkan tugasan menulis lirik...

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 17)


My current axes...

Eh? No more Ibanez?
  1. Charvel So-Cal Style 1 HH (Calypso) - Stage guitar, yang selalu digunakan semasa gig disebabkan keselasaan, FR yang tegap dan mojo warna hijau, IDK sig Mark III maaa~
  2. Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (Goldie) - Jamming guitar, bila malas nak main tremolo, juga kadang-kadang digunakan untuk Eb dan D tuning.
  3. ESP LTD F-54 (Silver Wings) - Bass, mesti ada bass dalam axology.
  4. ESP LTD M-103FM (Mirage) - Workhorse/bedroom guitar, gitar yang selalu digunakan di rumah untuk praktis sebelum jamming dan mencari ilham buat lagu sendiri (dalam proses).
Oh ya, perlu diingat... Memiliki lebih daripada satu gitar tidak bermakna aku handal bermain gitar.

Entri Mini: RIP Jeff Hanneman


[Added on 2:50 pm] Oh ya, boleh dikatakan hampir semua status Facebook rakan-rakan dan geng-geng bloggers ber"kepala-logam" hari ni berkaitan dengan pemergian Jeff Hanneman.

Cilok imej dari blog berteromber (yang cilok gambar ESP)
Aku? Aku tidak mengikuti Slayer, tapi sebagai seorang "kepala-logam", peminat thrash metal dan juga pengguna ESP (walaupun cuma LTD), pemergian beliau juga agak terasa...

Metuk Ulau Project tribute to Hanneman/Slayer? Mungkin, jika ada permintaan daripada ahli-ahli MUP lain, aku oke je~ asalkan bukan aku yang vokal, mungkin Korawk boleh kot?

_____
Ada apa: Mencari alasan untuk menambah #5

Ada Apa Dengan Kabel? (Part 3)


Bungkusan yang diterima Selasa lepas beralamat dari Singapura dan dipesan melalui eBay. Ia ada kaitan dengan projek DIY pedalboard dalam entri semalam.


Berisi sebungkus kabel daisy chain berjenama Viloos (cap ayam kot?). Aku dah ada beberapa kabel daisy chain ni (Rockcable, Behringer) tetapi kesemuanya mempunyai kepala lurus (straight).


Aku memerlukan kabel daisy chain jenis kepala bersudut (angled) yang lebih menjimatkan ruang pada pedalboard/pedalcase berbanding kepala lurus.

Harga? Tak sampai pun RM20 (with free postage) hehehe~

_____
Ada apa: Lepas ni nak order 3-way.

Wordless Wednesday: DIY Pedalboard Project




_____
Ada apa: Selamat hari bekerja, kepada mereka yang tak cuti...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger