Wordless Wednesday: Anemometer




_____
Ada apa: Mesin untuk mencari Nemo?

Baju Raya: Sarawak Metal Regime T-Shirt


Baju raya aku tahun ni, t-shirt Sarawak Metal Regime. Selain aku, ramai lagi rakan MUUV pakat-pakat beli t-shirt ni disebabkan rekaannya yang unik, antaranya Korawk, Adi Herman, Rashid COG dan Bob Kandar.


Projek t-shirt ni diusahakan oleh gitaris kumpulan Larrong (Xudin) yang berpusat di Sibu. Diambil sendiri oleh Korawk Ahad lepas.

Tag Fruit of the Loom, XXL - tiada diskriminasi saiz!
Rekaan belakang.
Rekaan belakang agak kurang menyerlah berbanding hadapan, mungkin disebabkan tulisannya tidak mempunyai kontras atau bayang-bayang seperti tulisan di hadapan.


Berlatarbelakangkan bendera lama Sarawak (circa 1960's) dan dengan tambahan maskot kenyalang metal (tiru Garudamon?) sedikit-sebanyak mengalihkan perhatian daripada inverted-cross pada bendera tersebut.

Bagi aku, ia bukanlah t-shirt yang sesuai dipakai harian (tak jadi nak pakai waktu raya) sama seperti t-shirt ESP dalam entri ni. Tapi yang best bila pakat ramai-ramai pakai t-shirt ni pergi tengok gig, konsert atau bola, pasti boria gempak! Akan terasa camaraderie di kalangan metalhead Sarawak.

_____
Ada apa: Balik raya nanti nak cari versi Sabah pula.

H-S Config, With Split Humbucker In Mid Position?


Selain bernafsu bercadang meng"aktif"kan Mirage aku dengan pikap EMG seperti entri lepas, alternatif murah lain ialah untuk menggunakan pikap pasif juga dengan konfigurasi H-S (no mid pickup) dan menggunakan suis tiga arah DiMarzio EP1105.

DiMarzio EP1105.
Bagaimana untuk menjadikan split humbucker (bridge) pada kedudukan tengah? Adakah ia boleh dilakukan dengan suis EP1105 ni? Selain bertanyakan Yustech, aku berusaha mencari info di internet dan terjumpa rajah seperti di bawah. Btw, only applicable for passive pickups.

Copied from somewhere on the net.
Sambil menunggu input daripada Yustech, dengan meneliti rajah di atas, aku rasa ia boleh dilakukan dengan sedikit modifikasi pada pendawaian pikap singlecoil (most singlecoils have 2-wire leads).

Kenapa H-S? Mirage pada asalnya berkonfigurasi H-S-S, tapi aku jarang guna pikap tengah. Disebabkan dah biasa dengan konfigurasi H-H (Goldie, Calypso) dan dengan cara picking aku yang agak agresif, pikap tengah kadang-kadang menjadi penghalang (selalu sangkut).

Agresif la sangat~
Jika pikap pasif, memang banyak pilihan dan "lubang-lubang" untuk mendapatkannya dengan harga tersenyum yang berbaloi. Dan setakat ni DiMarzio D-Activator (DP220) merupakan humbucker pilihan teratas dalam senarai (secara teorinya, sesuai dengan basswood body dan maple fretboard, ala RG3XXV).

Sekadar gambar hiasan.
Singlecoil untuk neck masih belum terfikir model apa yang sesuai, tapi aku memang bercadang untuk memilih DiMarzio jenis true singlecoil dan bukannya jenis stack atau rail.

Persoalannya, nak eksen aktif atau teruskan tradisi pasif?

Bersambung...

_____
Ada apa: Total DiMarzio camper?

Ada Apa Dengan RM6.50? (Part 2)


Sarawak masih lagi mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun lepas iaitu RM6.50 meskipun dengan kenaikan harga barang makanan.

Tiga keping, bila lagi nak empat?
Seperti tahun lepas, aku rasa kadar zakat fitrah di Sarawak antara yang termurah di Malaysia. Berapa pula kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
Ada apa: "Hari ini Tuan Sadiq Segaraga hendak memberi zakat..."

Sudden GAS: EMG Pickups


Bisikan *nafsu untuk memodifikasi Mirage aku kembali lagi, kali ni aku bercadang untuk meng"aktif"kannya dengan pikap EMG berkonfigurasi H-S.

EMG 85 (kenapa bukan EMG 81?)
EMG SA
Kenapa aktif? Variasi, untuk mendapatkan bunyi metal yang agak berbeza daripada dua gitar aku yang berpaksikan pikap-pikap pasif DiMarzio - PAF 36th Anniversary + Super Distortion pada Goldie dan Evolution + Tone Zone pada Calypso.

Kenapa EMG? Kelebihan pikap-pikap EMG berbanding pikap aktif yang lain seperti Seymour Duncan Blackouts dan Tesla AH-series ialah solderless install system. Dengan sistem ni tak perlu bersusah payah bermain dengan pateri.


Bersambung...

All images linked from EMG website.

_____
Ada apa: *Patutnya bulan puasa ni bulan mengawal nafsu...

Antara Goldtop, Pickguard Dan Adrian Smith


Aku mula membuka pickguard Goldie sekitar bulan Oktober tahun lepas supaya kemasan emas (goldtop) 100% menyerlah.

Without pickguard.
Tetapi malam tadi aku memasang semula pickguard, supaya kembali nampak klasik Les Paul dan juga disebabkan entri Deaf-Angel ni.

With pickguard.
Seperti gitaris lain, aku juga tidak terlepas daripada terpengaruh dengan apa yang digunakan oleh gitaris idolaku - in my case, H (aka Adrian Smith).

Tapi bila dah tengok gambar-gambar terkini konsert Iron Maiden di Eropah dalam entri Deaf-Angel, double-confirmed memang H dah pasang pickguard pada Goldtopnya.

Hehehe... Nampak lebih mirip kepada Goldtop Doug Aldrich berbanding Goldtop H.

_____
Ada apa: Dua daripada axology aku memang dipengaruhi oleh H - Goldie dan Calypso.

Wordless Wednesday: Lemon Drop




_____
Ada apa: Lemon tree...

Headbangers Ball


Hari ni aku tak ada idea nak buat entri...

Layan headbang sampai jatuh stage.

_____
Ada apa: MBA suka la ni...

Ada Apa Dengan Ayam Minyak Bijan?


Petang tadi giliran aku pula memasak juadah berbuka puasa. Selalunya Mrs. Ijau yang masak dan aku menjaga Lil'Ijau, tapi hari ni bertukar syif.


Seperti kes ayam 100 plus dalam entri ni, resepi yang dimasak petang tadi pun kira eksperimentasi tambah itu ini masak ala Jamie Oliver. Konon-konon nak masak sizzling tapi kurang kepakaran, jadi main hentam sajalah.

Disajikan bersama dengan kentang goreng bakar (masak tanpa minyak). Bila dah masuk waktu berbuka puasa (sungkei, iftar) baru terasa minyak bijan terlebih banyak berbanding bahan-bahan lain, jadi aku namakan juadah ni ayam minyak bijan "AADI style".

_____
Ada apa: Tahap filler entry.

Metalian - Kabus


Kesinambungan daripada entri santai bersama otai XYZ minggu lepas.

Jika diberi syarat "wajib main/cover satu lagu dari era rock 80an", aku memilih lagu Kabus daripada kumpulan Metalian.


Direkomen oleh pakar rock kangkang 80an kita iaitu Berteromber, untuk mendapatkan sedikit kelainan dan "rarity" berbanding lagu-lagu kumpulan bernama besar yang masih wujud sehingga kini (Search, Lefthanded, Wings, May, dll).

Antara lagu lain yang direkomen, Langsuir Liar - Rusty Blade (too common) dan Peperangan - D'Febians (klon Creeping Death?).

_____
Ada apa: Macam ada vibe lagu Prowler (Iron Maiden).

Metallica - Garage Inc. (Part 2)


Bungkusan eBay dari UK yang baru sahaja diterima sebentar tadi (sebenarnya hari ni tak ada idea nak buat entri), berisi CD audio diperolehi semestinya daripada seller estock_deutschland. Kali ni album kompilasi Metallica iaitu Garage Inc. menjadi pilihan, adakah ia viral Metallica Stadium Merdeka?


Tahun 2009 lepas (zaman eBayholic), aku pernah memiliki album ni (entri ni), tapi ia telah berpindah milik kepada seorang rakan sepermetalan Bintulu sekitar 2011. Disebabkan masalah kewangan (pasca Projek Mega 2011) yang belum stabil, banyak koleksi CD audio aku terpaksa dilelong untuk mendapatkan dana-dana segera bagi memenuhi keperluan rumahtangga.

Antara yang menjadi mangsa - Metallica (kecuali S&M dan Ride The Lightning), Megadeth (kecuali Peace Sells, But Who's Buying?, Rust In Peace, Risk, United Abominations dan Endgame), Nirvana, Motorhead, Children Of Bodom, Fear Factory, In Flames, Dream Theater, Joe Satriani dan Skid Row.

Ni baru sold-out namanya!
Tapi dengan adanya seller estock_deutschland yang menawarkan harga tersenyum (album ni diperolehi dengan harga €3.91 @ RM16.90), aku cuba untuk mengumpul semula koleksi-koleksi yang telah dilelong secara merangkak-rangkak berperingkat terutamanya Metallica, Megadeth dan Nirvana.

Cerita nostalgia di sebalik album ni tak payahlah aku ceritakan semula, boleh rujuk entri yang lepas.

_____
Ada apa: The Metallicats!

Ada Apa Dengan Connect?


Dah lama tak mengikuti perkembangan kumpulan rock Ostorlia Australia Sick Puppies ni. Album (EP) unplugged mereka Polar Opposite pun aku tak "cekidaut" lagi. Tup-tup sekarang dah ada album baru bertajuk Connect yang dirilis secara rasminya pada 16/7/2013 yang lepas.

Image linked somewhere from the net.
Dengar khabar album kali ni Emma Anzai juga menyanyi untuk beberapa buah lagu, rentetan daripada peminat Sick Puppies yang mahupan Emma menyanyi selepas lagu White Balloons dalam album Tri-Polar.


Ya, akupun sekali-sekala layan juga genre lain seperti alternative rock dan pop (Belinda Carlisle dan Nassier Wahab sebagai contoh), taklah metal sepanjang masa. Harap-harap Polar Opposite ada tersenarai estock_deutschland. Nanti nak cuba sedut sessi pra-dengar album Connect ni.

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Sick Puppies atau Facebook mereka.

_____
Ada apa: Oh Emma~

Wordless Wednesday: Pick, FRS Saddle Dan Nonuz




_____
Ada apa: Saddle untuk baiki X-11.

Ada Apa Dengan Bazaar Ramadhan 1434H?


Dah masuk Ramadhan keenam baru ada mood nak buat entri pasal Ramadhan. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan ahlan wasahlan ya Ramadhan mubarak kepada pembaca AADI, semoga Ramadhan kali ni lebih baik berbanding sebelumnya.

Untuk tahun ni aku agak malas nak buat entri pasal bazaar Ramadhan yang ada di Bintulu (tempat lain belum pasti), ni semua disebabkan kekecewaan dengan harga juadah yang dijual melonjak naik berbanding tahun lepas.


Contoh paling senang roti jala dalam gambar di atas, kebiasaannya roti jala dijual RM1.00 untuk tiga biji, sekarang hanya dua biji. Begitu juga dengan nasi-nasi istimewa seperti nasi lalapan, nasi ayam, nasi lemak, nasi briyani, nasi Arab yang rata-ratanya naik harga RM1.00 berbanding tahun lepas.

Contoh lain, apam balik biasa (diameter 10-12") sebiji RM2.00, opsyen tambah jagung jadi RM3.00! WTF? Tambahan 2-3 sudu kernel jagung harga naik RM1.00? Bukankah kebiasaannya apam balik memang ada jagung?

Dan banyak lagi juadah-juadah yang membuatkan aku kecewa, tak kurang juga strategi pemasaran putar-alam macam kes apam balik tadi. Mungkin ada yang bagi alasan barangan mentah (gula, minyak, dll) naik harga, tapi kalau ikut logik berapa sen sangatlah naiknya barang mentah tu per kilogram berbanding harga juadah naik RM1.00 untuk hanya beberapa gram? Itu belum lagi cerita pasal ayam...

Cuma aku respek dengan peniaga Briyani Raja yang masih mengekalkan harga seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu RM8.00 tanpa mengurangkan kuantiti mahupun kualiti briyani mereka, syabas!

_____
Ada apa: Masih mencari nasi lemak kukus pandan...

Pematerian Yang Kemas


Mempelahari sesuatu yang baru melalui website Stewart MacDonald (or rather their YouTube channel), cara mendapatkan pematerian yang kemas pada komponen elektronik (khasnya untuk kegitaran).


Nampaknya aku kena beli pateri baru la lepas ni, dua pateri yang ada sekarang satu dah lambat panas, satu lagi arus bocor...

_____
Ada apa: Bro Yus, pateri 40W dah kira cukup kan?

Sepetang Bersama Marco Ferrarese


Khamis 11/7/2013 - Sempat meluangkan masa ditemuramah oleh Marco Ferrarese (aka Monkeyrockworld) sebagai seorang daripada koresponden (mewakili Metuk Ulau Project) untuk tesisnya yang bertajuk "Heavy metal and punk subcultures in Malaysia and Singapore" bertempat di 36 Studio sekitar 10.00 malam (bukannya petang pun~).


Isi kandungan temuramah rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini, kerana ia adalah sebahagian daripada kajian tesis dan mungkin data/info tersebut agak sulit dan peribadi.

Beberapa minggu sebelumnya aku dihubungi oleh Jairo supaya membantu Marco ketika berada di Sarawak (khususnya di Bintulu). Aku menyarankan agar tugas "liaison officer" diberikan kepada Adi Herman disebabkan pengetahuan Adi mengenai dunia muzik bawah tanah Bintulu lebih mendalam.

Foto ehsan 36 Studio.
Beberapa sessi temuramah bersama kumpulan muzik bawah tanah tempatan diatur oleh Adi. Malam sebelumnya (Rabu) Marco menemurah ahli kumpulan My Eyes See Ghost dan Erectus, dan malam berikutnya (Jumaat) Busseg dan Curse Of God.

[Edited @ 19/7/2013 8.00 pm] Cerita lebih lanjut ada dalam blog Molotov Cocktailz.

Selepas Bintulu, Marco akan meneruskan perjalan ke Miri dan seterusnya ke Sabah (KK, Beaufort, Keningau, Sandakan) untuk siri temuramah bersama mat-mat metal di sana.

_____
Ada apa: We both missed Penang, can't argue with that...

Metallica Stadium Merdeka? (Part 2)


Sambungan entri minggu lepas...

Lingkup...
Taip panjang-panjang pun tak guna, kadang-kadang geram terkilan juga tengok status Facebook rakan-rakan sejak minggu lepas, berapi-api update status nak pergi tengok Metallica.

Siap ada yang dah buat tentatif lagi nak pergi-balik bila, ambil flight mana, bergelandangan di LCCT, dll... Tapi akhirnya tak pergi juga, asalan paling standard - tak ada bajet.

Tak apa, nanti dah sampai stadium boleh geng dengan MBA dan Dark Shah.

_____
Ada apa: Metallengkap!

Santai Bersama Otai XYZ


Geng-geng Hepi;) sempat meluangkan masa lepak santai bersama otai-otai rock Bintulu daripada kumpulan XYZ (dan beberapa otai lain termasuk Tada dan Bro Adam) di Bara Studio.


Sambil-sambil jamming santai layan blues, juga sempat membincangkan sedikit mengenai konsert gig *Bintulu Rockers Reunion yang bakal diadakan pada bulan September nanti.

Gig yang bakal mengembalikan nostalgia dan memperkenalkan semula kumpulan-kumpulan rock tempatan yang pernah sekitar "mengganas" di Bintulu era 80-90an dahulu.


Metuk Ulau Project juga dijemput membuat persembahan untuk gig kali ni, disebabkan MUP selalu cover lagu-lagu old school heavy metal (terutamanya Iron Maiden).

Dan untuk gig kali ni, MUP akan disertai oleh seorang gitaris otai, tak lain tak bukan Bro Adam.

_____
Ada apa: *More info about this gig coming soon...

Wordless Wednesday: Metallingkup!



Pertama Ramadhan ini...
_____
Ada apa: Tiru tajuk Dark Shah.

Metukulucifer Atau Metukulaullica?


Oke seperti yang dijanjikan, entri bias berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project semasa gig YOLO tempoh hari.


Seperti yang aku nyatakan dalam entri ni, ada sedikit rombakan line-up untuk gig kali ni. Aku dan Korawk bertukar posisi - aku menggalas tugas sebagai bassist (menggunakan Silver Wings) manakala Korawk sebagai vokal utama dan gitaris kedua.


Bukan apa, nak bagi peluang Korawk untuk beraksi dengan gitar 1Malaysianya (Ibanez GRG270) yang dah dipasang dengan pikap DiMarzio Petrucci set.

X-11 beraksi lagi!
Setlist
  1. Project Madness
  2. Warriors Ride On The Chariots
  3. Seek Creeping Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Dimulakan dengan lagu Project Madness (working title, final title may differ) lagu sendiri MUP hasil nukilan aku dan Azrol yang masih belum ada lirik, dimainkan secara instrumental sebagai intro persembahan.


Lagu kedua merupakan lagu cover Metalucifer iaitu Warriors Ride On The Chariots. Lagu yang disarankan oleh Korawk untuk dicover oleh MUP sebulan sebelum gig.


Tapi yang amat menyedihkan, vokalis tidak hafal lirik lagu sehingga saat-saat akhir, dan terpaksa mempertaruhkan maruah diri dengan membawa helaian lirik, hahaha...

Warriors Ride On The Chariots - featuring Korawk as vocalist.

Lagu ketiga merupakan lagu medley Seek Creeping Puppets sempena demam Metallica nusantara bulan depan. Bak kata Korawk "...lagu ini ditujukan untuk mereka yang tak pergi Metallica".


Bahagian Seek dinyanyikan oleh Korawk, manakala selebihnya by yours truly... Sekali-sekala MUP cover Metallica enjoy juga kan?


Seperti lagu Chariots, medley Seek Creeping Puppets ni juga turut dinyanyikan beramai-ramai oleh penonton yang rata-ratanya merupakan rakan-rakan MUUV dan 3-series club yang dipelopori oleh Adi Herman.


Sambutan penonton yang agak mengejutkan, tak sangka lagu-lagu Metallica masih diminati di Bintulu tak kira peringkat umur.


Rakan sepermetalan Olee dari Eternal Zine yang headbang tak ingat dunia dari mula lagu medley sampai habis (f*cking 7.00+ minutes!) esok pagi pasti sakit tengkuk.


Tahniah kepada Bob Kandar yang akhirnya dapat memainkan medley Seek Creeping Puppets dengan jayanya walaupun sebelum ni (semasa jamming) pernah putus asa sebab hilang keyakinan diri memainkan lagu Metallica.


Dan untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang inginkan lagu Iron Maiden, maka keluarlah lagu The Trooper sebagai encore. Bagi mereka, mungkin agak janggal gig MUP tanpa lagu cover Iron Maiden kot?


Akibat solo maut yang berbisa, tali gitar X-11 Azrol putus semasa solo lagu The Trooper. Walau bagaimanapun lagu tetap diteruskan sampai habis walaupun tanpa solo. Soalan, kenapa Korawk tak ganti solo?


Pendapat peribadi? Sambutan penonton kali ni lebih meriah berbanding Oktoberfest. Mungkin disebabkan lokasi yang sempit dan dihadiri oleh dari pelbagai peringkat umur (daripada budak sekolah hinggalah kepada bapa orang).

Video persembahan link daripada Facebook Korawk, dirakam menggunakan Zoom Q3HD.

_____
Ada apa: Next, Bintulu 80's Rockers Reunion Concert.

Sekitar Gig You Only Live Once


Sabtu (6/7/2013) - Sekitar gig You Only Live Once (YOLO), lokasi gig pada mulanya dijadualkan di Danau Alai tetapi berpindah ke Telaga Kumang disebabkan masalah-masalah dalaman lokasi asal.

Ini hanyalah laporan ringkas dan bias, laporan penuh mungkin akan disiarkan oleh blog Molotov Cocktailz ataupun Barangkali Marus.


Gig kali ni dianjurkan oleh rakan-rakan junior dari kumpulan My Eye See Ghost yang bernaung di bawah panji-panji Bintulu Independent Music Movement (BIMM).

Ada Kuraia Manggas.
Daripada senarai kumpulan yang bakal membuat persembahan, rata-rata majoritinya merupakan kumpulan remaja-remaja 15-25 tahun, suatu perkembangan yang agak "sihat" untuk senario muzik bawah tanah Bintulu.


Kalau diikutkan jadual, Metuk Ulau Project merupakan kumpulan kelapan membuat persembahan (dijangkakan sekitar 4.00-5.00 petang), tapi kami meminta supaya persembahan kami diawalkan kerana Bob Kandar akan masuk syif kerja pukul 4.00 petang.

TOYS menyanyikan lagu Doraemon?
Pasangan bahagia yang sentiasa ada di mana-mana gig Bintulu.
Dengan suasana dalaman yang penuh dengan asap rokok membuatkan aku tak tahan nak lepak lama-lama. Masuk sekejap, lima minit kemudian pasti aku akan keluar. Begitu juga dengan aksi mosh-pit penonton-penonton remaja yang agak agresif, agak sukar mendekati pentas untuk mendapatkan liputan.


Saudara Barangkali Marus yang agak rasta menjadi pengacara majlis, walaupun datang agak lewat disebabkan urusan kerja tetapi tetap datang untuk memeriahkan suasana.


Ini projek rakan-rakan dari Bintulu Buskers iaitu projek Buku Jalanan Bintulu (seperti dalam entri ni). Mengumpul petisyen daripada pengunjung mengenai pendapat mereka tentang projek tersebut.

Aku terpaksa balik rumah sebelum pukul 4.00 petang atas urusan keluarga (dah janji dengan Mrs. Ijau ajak jalan-jalan), kamera ciput aku diserahkan kepada Korawk untuk merakamkan beberapa gambar persembahan Erectus.



Aku tak ada idea nak tulis apa pasal persembahan Erectus ni sebab aku dah balik. Tapi seperti biasa, persembahan Erectus memang mantap dengan gimik gitar cabang-cabang. Antara pelopor muzik bawah tanah ekstrim Bintulu. Dengar-dengar mereka ada cover lagu The Pursuit Of Vikings.

Bro Sallem of Erectus.
Err, mana gambar-gambar persembahan MUP? Nantilah aku buat entri berasingan...

_____
Ada apa: Dah beli tiket Metallica?

Suffocated Saturday: Metukulaullica!


Selesai aktiviti menyemputkan nafas di Telaga Kumang petang tadi sempena gig You Only Live Once (aka YOLO gig).

Headbanging tak ingat dunia, hahaha! Salute~
Setlist Metuk Ulau Project kali ni:
  1. Project Madness - lagu projek (yang masih belum ada lirik)
  2. Warriors Ride On The Chariots (Metallucifer cover)
  3. Seek-Creeping-Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Entri bias penuh menyusul kemudian bila dah hilang semput. Seriously, memang aku tak tahan lepak lama-lama di dalam tempat yang penuh dengan asap rokok.

_____
Ada apa: Gig baca lirik, epic fail...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (67) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (252) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (51) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (28) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (35) digitech (19) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (80) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (135) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (73) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (51) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (635) hammerfall (13) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (180) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (8) jackson (32) jamming (123) jamtank (23) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kakis store (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (261) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (18) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (331) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (305) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (1) moody monday (10) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (103) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (22) new album (27) new gear (160) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (274) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickups (102) planet waves (8) playstation (8) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (47) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (19) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (20) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (2) snark (9) so-cal (48) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (17) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (11) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (90) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (10) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (9) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (235) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger