Selamat Hari Kemerdekaan


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56.


Tahun ni agak bermakna kerana akhirnya aku telah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka yang bersejarah pada bulan kemerdekaan ni. Kalau bukan pasal konsert Metallica minggu lepas, entah bilalah aku akan berpeluang menjejakkan kaki di sini...

_____
Ada apa: Dah kibarkan Jalur Gemilang?

Sessi Traimming Kabus BRRU


Ahad, 25/8/2013 - Sessi traimming (training + jamming) rasmi yang pertama bertempat di 36 Studio, persiapan untuk gig Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) yang dijadualkan 14-15/9/2013 nanti. Mungkin ini merupakan kali pertama lagu Kabus (cover Metalian) berkumandang di 36 Studio.

Imej cilok dari Facebook BRRU.
Untuk gig kali ni line-up agak berbeza kerana disertai oleh Bro Adam (gitar) dan Ezwani (bass), macam segan pula nak guna nama Metuk Ulau Project sebab tak cukup korum asal (tidak disertai oleh Korawk atau Adi Herman).

Apa-apapun, kembali dengan line-up tiga gitaris ala "three amigos".

_____
Ada apa: Scream ice cream for me (again) Bintulu? \m/

Fusion F4-15 Gig Bag


TERbeli pembelian sampingan (collateral purchase?) semasa mengunjungi Yamaha Beatspot, Midvalley Megamall minggu lepas. Sebuah gigbag berjenama Fusion, model F4-15 G E BG, spesifikasi boleh rujuk website rasmi.


Diperolehi dengan harga RM9x setelah diskaun 20% (masih murah berbanding harga promo online USD39). Padding beg ni tidaklah begitu tebal (10 mm) tetapi ia cukup tegap, tumpat dan keras untuk melindungi gitar di dalamnya. Can't resist that green theme though...


Kedudukan zip yang tidak sampai ke bawah adalah satu petanda gigbag yang bagus. Ini kerana sekiranya zip rosak (worst case scenario) semasa kita menggalas, sekurang-kurangnya gitar di dalam tidak akan jatuh terus ke lantai.

Ia juga memiliki dua ruang simpanan sisi untuk menempatkan kabel, strap, ataupun helaian lirik (kalau tak hafal).


Cukup panjang dan muat untuk menampung gitar superstrat yang memiliki headstock yang panjang dan tirus (pointy) seperti Mirage aku yang tidak muat pada gigbag bau buaya. Cuma ia tidak memiliki velcro untuk menahan neck gitar seperti yang ada pada gigbag Airline OGB dan Warwick Rockbag.


Gigbag ini akan digunakan bersama-sama Goldie kerana Mirage telahpun dipadankan dengan gigbag OGB Airline (or maybe vice-versa?), manakala Calypso pula memang telah didatangkan sekali dengan gigbag Charvel.

_____
Ada apa: Malangnya model ini tidak ada dijual di Beatspot.

Wordless Wednesday: SFC American Breakfast




_____
Ada apa: Penangan lapar pasca konsert Metallica malam sebelumnya...

Sepagi Di Midvalley Megamall


Khamis, 22/8/2013 - Setelah berMetallica malam tadi, hari ni masa untuk balik Bintulu. Flight balik ke Bintulu pukul 4.55 petang nanti dan aku dan Bro Eden ada masa untuk ronda-ronda KL sehingga pukul 2.00 petang.

Aku memang dah rancang nak menonton wayang Elysium di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Midvalley Megamall, kerana setelah menyemak jadual tayangan hanya GSC Midvalley yang ada menayangkan filem tersebut seawal 11.00 pagi, GSC lain hanya ada tayangan selepas 1.00 petang (tak sempat nak balik nanti).


Dah agak lama aku tidak menjejakkan kaki di Midvalley ni, kali terakhir kalau tak silap 2008. Mungkin disebabkan faktor kekerapan laluan komuter dari KL Sentral ke sini agak rendah, dan ada alternatif lain yang lebih mudah untuk dikunjungi (Suria KLCC, Berjaya Times Square, dll).

Tetapi segalanya tidak seperti yang dirancang, kami tiba di Midvalley sekitar 11.30 pagi (disebabkan faktor pada perenggan atas tadi). Walaupun sempat sekiranya ingin membeli tiket wayang, tapi tidak seronok jika sudah terlepas 10-20 minit masa tayangan. Jadi aku teruskan dengan plan B - iaitu untuk mengunjungi premis Guitar Collection (GC) yang berada pada paras yang sama dengan pawagam.


Sebelum ini aku hanya pernah mengunjungi premis GC yang berada di Sunway Pyramid beberapa tahun lepas. Premis GC di Midvalley ni agak unik kedudukannya, kerana berada di tingkat mezzanine.

Kedatangan kami disambut agak tawar oleh patron premis yang kelihatan agak "sibuk" bermain tablet/smartphone dan "very typical music shop patron attitude" - tak macam Music Master, anda akan dilayan seperti NTVIP (not too very important person) kan Gapster kan? Tiada pembelian besar berlaku di premis ni, hanya mampu membeli aksesori kecil-kecilan seperti strap, strings dan picks sahaja. Btw, can't get my eyes off the EC-series.

Oh ya, juga sempat singgah sekejap di premis Rock Corner yang masih pada aras yang sama dengan pawagam, untuk mencari CD album Super Collider (seperti kemerapuan dalam entri semalam) sebelum turun kembali ke tingkat bawah.


Target seterusnya pula ialah premis Yamaha Beatspot, sebenarnya Bro Eden yang ajak masuk sebab nak tengok keyboard dan digital drums Yamaha. Tidak seperti patron GC, patron Beatspot ni peramah dan berbudi bahasa, walaupun agak kurang pengetahuan mengenai alat muzik (boleh dimaafkan) - tak tahu apa itu bentuk Les Paul ataupun single-cut - sehinggalah aku tunjuk sebuah Cort Zenox yang tergantung di area showcase.

Selain alatan muzik berjenama Yamaha, premis Beatspot juga pengedar untuk jenama Laney. Di premis ni pula aku TERbeli satu benda kegitaran (collateral purchase), akan diceritakan dalam entri berasingan kelak.

Jam hampir menunjukkan pukul 1.00 petang, masa untuk kembali ke KL Sentral untuk makan tengahari, sebelum berlepas ke LCCT sekitar 2.00 petang menaiki ERL.

_____
Ada apa: Berada di KL tak sampai pun 24 jam, Metallica punya pasal.

Megadeth - Super Collider


Kita redakan kehangatan pasca konsert Metallica Stadium Merdeka dengan perolehan album terbaru Abang Mus & Co. (Megadeth) iaitu Super Collider. Semenjak seminggu sebelum raya lepas aku mencari album ni di sekitar premis Speedy Video di Miri dan juga KK, namun gagal.


Diperolehi di premis Rock Corner, Midvalley Megamall dengan harga RM45.90, rasanya harga standard untuk cetakan Malaysia (Universal Music Sdn. Bhd.), kalau versi imported mungkin melebihi paras RM50 seperti harga Maiden England '88.


Setelah mendengarnya untuk pertama kali (melalui PC) aku agak kecewa kerana hanya lagu Kingmaker sahaja yang agak thrashy. Kemudian bermula dengan lagu Super Collider dan lagu-lagu seterusnya, kelajuan tempo mula menurun, sedikit sebanyak menghilangkan mood untuk mendengar.

Abang Mus guna syampu apa?
Tapi ironinya, setelah CD ni dilayan 2-3 round dalam Imago aku dengan volume yang optimum (bukan maksimum) sambil menghayati riff-riff dan lirik, terasa best lah pula. Lebih-lebih lagi lagu Forget To Remember dan Cold Sweat, lagu-lagu yang agak catchy dan berkebarangkalian untuk di"cover".

Ulasan penuh mengenai album ni, boleh lawati entri blog Krenmaut.

_____
Ada apa: Good job Abang Mus, you've been great...

Metallica: Selamat... Thank You (Part 3)


Sambungan entri yang lepas...

Selesai urusan check-in di Tune Hotel, 30 minit kemudian bergegas pula kembali ke stadium. Kali ni bersama-sama Bro Eden bersesak-sesak di dalam monorail, biasalah waktu puncak orang balik kerja.


Tiba di stadium sekitar 6.45 petang, sempat meronda-ronda gerai t-shirt dan barangan bootleg lain. Geng-geng bloggers yang lain dah masuk ke dalam stadium, terpaksalah berusaha mencari mereka nanti.


Aku memang tak pernah ada t-shirt Metallica sebelum ni, jadi aku memakai t-shirt "Seven" ESP Guitars. Masih tak lari daripada tema Metallica (since Hetfield and Hammett endorsing ESP). Oh ya, aku tak jumpa gerai yang ada menjual Ribena Mobile, oleh itu 100 Plus menjadi pengganti.


Macam tak ada peluang nak mendekati gerai official tour merchandise ni, hanya sempat menjenguk dari jauh. Bukannya dapat nak beli, duit dalam poket aku hanya cukup-cukup untuk belanja tambang dan makan sahaja (kalau esok lain cerita, sebab esoknya 22/8/2013 dapat gaji).


Sekitar 7.30 malam akupun mula masuk pintu tiket murahan PPRT, manakala Bro Eden menuju pintu masuk tiket RM350. Duduk sekali dengan Ezaidi MBA dan seorang lagi kenalan baru yang aku dah lupa namanya, mencari kedudukan yang sesuai sementara kawasan belum sesak.


Manakala Portdy tidak dapat dijumpai walaupun telah diberikan info "duduk barisan bawah, bahagian tengah, pakai baju GNR". Waktu ni lah ayat lawak "hello bro, cari aku kat bawah ni, yang pakai baju Metallica hitam" mula diperkenalkan.


Sambil layan berborak, tiba-tiba Cromok mula membuat persembahan. Aku ingat-ingat lupa lagu yang mereka mainkan, akupun bukanlah peminat tegar Cromok (cuma ada album kompilasi sahaja sebagai rujukan). Cuma agak mengecewakan bila skrin besar tidak dipasang semasa persembahan Cromok. Adakah "sewa" skrin besar hanya dibayar untuk persembahan Metallica?

Best FREE seats in town.
Aku mula berdiri bila skrin besar mula memainkan babak Tuco Benedicto Pacifico Juan Maria Ramirez sedang berlari ke hulu-hilir di kawasan perkuburan Sad Hill mencari batu nisan yang bertanda Arch Stanton diiringi dengan muzik latar Ecstasy Of Gold, menandakan Metallica akan keluar sekejap lagi.

Seperti konsert Iron Maiden Singapore, aku lebih tumpukan perhatian pada pentas dan skrin besar serta enjoy menikmati suasana atmosfera konsert yang serba gamat. Sebab itu tak banyak gambar aku snap semasa konsert sedang berlangsung.

Terdapat empat skrin besar, dua di kiri/kanan pentas dan dua lagi di tengah padang. Manakala sebuah skrin gergasi HD di belakang, lebih kurang macam setting dalam DVD The Big 4.


Begitu juga dengan juru kamera dan penerbit, setiap sudut yang diambil juga lebih kurang sama seperti dalam DVD The Big 4 (tak macam juru kamera bodoh semasa konsert Iron Maiden Singapore dulu). Aku rasa krew kamera yang bertugas ni memang krew rasmi Metallica kot?


Sistem bunyi memang mengagumkan, memang jelas dan kuat walaupun kami berada di kawasan tiket PPRT nun jauh 100 meter di belakang. Setiap bunyi gitar Hetfield/Hammett, bass letup-letup Trujillo dan ketukan drum serta simbal Ulrich memang jelas. Cuma aku perasan ada sedikit bunyi "kureng" bila note/chords rendah gitar dimainkan (untuk lagu-lagu drop-D atau D-tuning).

Bagi mereka yang tak biasa dengan bunyi bising, sistem bunyi pada malam tu memang boleh masuk tahap bingit, tapi apalah ertinya konsert metal jika bunyi tak bingit dan full-blast kan?


Rasanya untuk cerita dan pengalaman lain dari sudut pandangan penghuni tiket PPRT lebih kurang sama seperti yang ada dalam entri blog Metal Brain Asylum ni (dan juga entri blog DarkShah ataupun Transformer United ni), jadi tak perlulah aku ulang babak-babak menarik dan pelik sepanjang konsert.

My friend of misery.
Yang pasti aku hanya duduk semasa Hammett sedang solo intermission dan semasa lagu Nothing Else Matters sahaja. Selebihnya berdiri sambil berkoir, berkaraoke, sing-a-long whatever you wanna call it. Hanggukan headbang aku sepanjang konsert masih terkawal, begitu juga dengan suara, mungkin sebab dah biasa teriak-teriak waktu jamming, jadi tiada sindrom pasca-konsert dikesan selain daripada penat kaki (banyak menapak).


Konsert berakhir sekitar 11.00 malam, tapi masih ramai yang lepak di dalam stadium mungkin untuk berehat menghilangkan lelah sambil-sambil sessi fotografi dan suai-kenal bersama peminat lain. Aku cuba mencari Portdy selepas habis konsert tapi malangnya dia dah keluar stadium.


Keluar saja dari stadium, jalan memang sesak teruk. Dalam kesesakan sempat juga menjenguk beberapa gerai yang menjual t-shirt bootleg mula menurunkan harga jualan mereka, daripada harga RM35 (sebelum konsert) sehingga ada yang melelong sehelai t-shirt serendah RM10 untuk menghabiskan stok. Sempat juga membeli beberapa helai t-shirt sebagai kenang-kenangan (sebab aku tak ada t-shirt Metallica), cuma saiz XXL agak sukar diperolehi (diskriminasi saiz).


Berjumpa kembali dengan Bro Eden di tempat yang telah ditetapkan (depan kaunter tiket) sebelum berjalan kaki mencari port yang sesuai untuk menahan teksi. Teksi berdekatan area stadium mula cekik darah, berapa ramai pemandu teksi aku sindir dan kutuk bila mengenakan cas RM30-35 untuk ke Tune Hotel. Akhirnya dapat juga teksi yang betul-betul menggunakan meter, itupun di depan stesen minyak Petron berdekatan Hotel Mandarin Court. Cas yang dikenakan menggunakan meter tak sampai pun RM10 termasuk cas tambahan tengah malam.


Tiba di hotel sekitar 12.40 malam. Waktu ni baru aku perasan yang aku belum makan dari tengahari, santapan terakhir aku hanyalah roti prata semasa dalam flight. Kes malas nak keluar mencari makanan, aku hanya membeli roti Gardenia di premis 7-Eleven bersebelahan lobi hotel untuk mengalas perut yang lapar.
Pendapat peribadi - Metallica masih lagi bertenaga untuk berkonsert hampir dua jam walaupun sudah berumur, pukulan drum Ulrich yang kadang-kadang "ter" pun boleh dimaafkan hehehe... Begitu juga dengan solo Hammett mahupun suara Hetfield yang kadang-kadang "ter" juga memang tak perasan sebab dah enjoy jerit nyanyi koir sama-sama.
Peluang untuk menonton konsert Metallica (dan band metal nama besar lain) secara live bukannya selalu ada, lebih-lebih lagi di negara sendiri. Kebarangkalian mereka akan membuat konsert di Malaysia lagi mungkin ada. Tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin 2-3 tahun lagi kot selepas album baru. Itupun jika mereka masih lagi punyai kudrat. Apa-apapun, sebagai peminat Metallica yang tak seberapa tegar, aku ingin mengucapkan you've been great, we've been Metallica "selamat... thank you Metallica!".

_____
Ada apa: What's next? Iron Maiden in KL?

Metallica: Selamat... Thank You (Part 2)


Rabu, 21/8/2013 - Bertolak ke Lapangan Terbang Bintulu seawal 11.00 pagi dihantar oleh Bob Kandar, untuk menaiki flight Malaysia Airlines (MAS) MH2743 yang dijadualkan berlepas pukul 1.35 petang.


Dah lebih tiga tahun aku tak naik MAS, dan dalam tempoh yang sama dah lama aku tak turun KLIA. Kebetulan aku bernasib baik sebab dapat tempah tiket MAS pada harga lebih murah daripada tiket semasa Air Asia (sebab tu aku naik MAS).

Sejurus menjejakkan kaki di KLIA, tanpa melengahkan masa aku terus menaiki ERL untuk segera sampai ke KL. Setibanya di KL Sentral, bergegas pula menyeberang ke stesen monorail. Terasa macam dalam rancangan The Amazing Race pula.


Tiba di Stadium Merdeka sekitar 5.10 petang. Ya, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Stadium Merdeka yang bersejarah ni, dan kebetulan pada bulan kemerdekaan pula tu.

Ketika ini kawasan stadium telahpun dibanjiri oleh ratusan (ribuan?) manusia yang rata-ratanya berseragam hitam. A familiar sight, seolah-olah deja vu ketika konsert Iron Maiden Singapore beberapa tahun lepas. Agak segan pula rasanya sebab aku memakai t-shirt hitam dengan logo "Borneo Wildlife" hahaha... (Okela, daripada t-shirt GNR kan?)


Setelah selesai urusan tuntutan tiket di kaunter Ticket Charge, aku mula menghubungi beberapa bloggers antaranya Ezaidi MBA dan Portdy. Hanya sempat berjumpa dan berborak seketika bersama MBA sambil mengisi borang soal-selidik yang diberikan secara rawak oleh pihak penganjur.


Daripada soal-selidik, aku berpendapat pihak penganjur ingin mengetahui dan mendapatkan statistik adakah berbaloi untuk mengadakan acara besar sebegini pada masa akan datang. Dengan mengisi borang ini, aku (dan MBA) diberikan saguhati botol minuman plastik.

Setengah jam kemudian aku bergegas pula ke Tune Hotel (Jalan TAR) untuk check-in dan bertemu dengan Bro Eden (gitaris otai kugiran Daun Pisang merangkap tauke REG studio) yang telah sekian lama menunggu di lobi disebabkan Bro Eden datang lebih awal dengan flight Air Asia sebelah pagi.

Btw, hanya Bro Eden sahaja geng aku dari Bintulu (walaupun tiket kami berlainan kasta).

Bersambung...

_____
Ada apa: Rakan-rakan yang nak pi Singapore dah bersedia?

Metallica: Selamat... Thank You


Selamat tiba di Bintulu sekitar pukul 8.00 malam tadi, masih jet-lag dan penat tak cukup rehat sejak semalam sentiasa on-the-move mengejar masa dari lokasi ke lokasi. Masih belum ada mood nak buat entri mengenai konsert Metallica Stadium Merdeka.


Sekiranya ingin tahu cerita konsert dari sudut pandangan tiket murahan PPRT, bolehlah lawati entri blog Metal Brain Asylum dan JDU393 ni. Manakala untuk gambar-gambar eksklusif boleh lawati entri blog Dead Eye Guitars.


Hanya sempat berjumpa dengan Ezaidi (tauke blog Metal Brain Asylum) dan layan karaoke bersama-sama. Cuma agak terkilan sebab tak sempat jumpa Portdy, walaupun aku pasti dia berada sekitar 5-7 meter daripada tempat duduk aku dan Ezaidi

Pic copied from somewhere on the net.
Pic of the day - Kepada rakan-rakan yang tak dapat pergi tengok konsert malam tadi (kecuali yang nak tengok kat Singapore), gambar provokasi di atas khas untuk anda supaya anda tak rasa menyesal sebab tak pergi.

_____
Ada apa: Bak kata Kirk Hammett "Selamat... Thank you!"

Wordless Wednesday: Off To Never Never Land



Hahaha!
_____
Ada apa: Portdy, MBA, ada mini gathering ke?

2013 YES GAS: Zoom MS-70CDR


Lari sekejap daripada kehangatan viral Metallica Stadium Merdeka (esok!).

TerGAS dengan keluarga terbaru Zoom multi-stomp series iaitu MS-70CDR. Tidak seperti MS-50G yang amp modelling, MS-70CDR ni hanya fokus kepada efek-efek chorus, delay dan reverb sahaja (hence the acronym CDR).

Imej cilok dari website CK Music.
Kena tunggu Year End Sale CK Music hujung tahun nanti, jika harga MS-70CDR ni sama atau lebih mahal berbanding harga MS-50G, maka lebih berbaloi untuk aku memilih MS-50G (atau G3X terus).

Sempat memandu-uji MS-50G dalam entri ni.

_____
Ada apa: MS-60B pun nampak menarik juga.

Metallica - S&M DVD (Part 2)


Meneruskan lagi entri viral Metallica Stadium Merdeka (dua hari lagi). Kali ni DVD album S&M yang diperolehi dengan harga RM29.90 di premis Speedy Video, Suria Sabah semasa aku bercuti raya minggu lepas.

Dibeli untuk menggantikan DVD sebelum ini yang telah dihadiahkan (secara impromptu) sebagai hadiah perpisahan kepada seorang rakan (Encik Isabella) sempena perpindahannya ke Cawangan Melaka pertengahan 2011 lepas.


Seperti biasa, tak perlulah aku merapu mengenai DVD atau menceritakan semula memori di sebaliknya. Apa-apa boleh rujuk entri yang lepas.

Cuma pendapat peribadi aku, S&M ni merupakan konsert terakhir Metallica yang berkualiti (dari segi muzik dan vokal) selepas Cunning Stunts dan Live Shit. Konsert-konsert seterusnya macam ala kadar saja...


Nampaknya DVD ni merupakan batch baru kerana memiliki sticker Perakuan B KDN berformat baru, lebih kecil berbanding format lama yang panjang. Mungkin sebab tu kot harganya murah RM10 berbanding batch lama.

_____
Ada apa: Master Of Puppets versi dondang sayang.

Solder Of Fortune


Selepas menonton video StewMac dalam entri ni, aku memerlukan sebuah pemateri (soldering iron) yang baru.

Dua pemateri yang aku ada sekarang agak bermasalah. Pemateri pertama lambat panas manakala yang kedua pula arus bocor, agak menjengkelkan setiap kali memateri terpaksa pakai alas atau sarung tangan, kalau tak memang akan terkena renjatan elektrik berarus rendah.


Pemateri baru ni walaupun "cap ayam" dan agak murah (tak sampai RM20), tapi ia buatan Malaysia serta memiliki sticker SIRIM, dan yang paling penting ia menggunakan palam tiga pin (grounded). Arus bocor bukanlah satu kekangan lagi selepas ini. Dua pemateri sebelum ini hanya menggunakan palam dua pin dan tiada sticker SIRIM.

Dengan kuasa 40W agak cukup untuk kegunaan amatur seperti aku. Aku harap selepas ini kerja-kerja pematerian pikap gitar lebih menyeronokkan.

_____
Ada apa: Lepas ni nak cari ragum meja.

Metallica - Load


Aku jangkakan bungkusan ni sampai seminggu sebelum cuti raya, tapi baru semalam ia sampai. Bungkusan eBay berisi CD audio pastinya daripada estock_deutschland, kali ni berisi album Load Metallica yang diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM13.13) termasuk pengeposan percuma.

Dan yang membuatkan aku lebih tersenyum bila mendapati kondisinya masih baru (new but unsealed) belum ada sebarang kesan calar baik pada CD mahupun pada inlay.

Blood & Semen III.
Aku pernah ada CD album ni suatu ketika dahulu, tapi ia juga mengalami nasib yang sama seperti album-album Metallica lain (seperti Garage Inc.), dilelong untuk mendapatkan dana-dana segera pasca Projek Mega 2011.

Dan untuk mengembalikan nostalgia (seperti cerita dalam entri ni), dan kebetulan viral Metallica Stadium Merdeka minggu depan, aku mendapatkan semula album ni dan mungkin beberapa lagi album Metallica lain secara berperingkat (melalui estock_deutschland).

_____
Ada apa: Off to find the hero of the day...

Iron Maiden - Maiden England '88


Pada mulanya ingin mencari album Super Collider di premis Speedy Video, Bintang Mall (Miri) semasa ronda-ronda pra-balik raya minggu lepas. Namun album tersebut gagal dijumpai, tapi terjumpa pula album live Maiden England '88 ni (imported version).


Ironmaideninya, kualiti rakaman bunyi untuk album ni memang bagus walaupun ia dirakam menggunakan teknologi 25 tahun yang lepas. Tapi tak mustahil ia telah di"remixed-and-remastered"kan dengan teknologi yang ada pada masa kini. Versi DVD akan diusahakan kemudian, mungkin melalui eBay.

Yang menarik ialah pada CD1, menyajikan lagu-lagu yang jarang dimainkan secara live (pada masa kini) seperti The Prisoner, Still Live, Die With Your Boots On dan Infinite Dreams. Berbanding lagu-lagu yang ada pada CD2 yang rata-ratanya merupakan lagu live wajib Maiden (kecuali SSOTSS).

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Next target - En Vivo!

Wordless Wednesday: Taman Firdaus




_____
Ada apa: Dan kepadaNya jua kita akan kembali...

Kembali Ke Bintulu (Part 13)


Selamat tiba di Bintulu petang tadi setelah bercuti raya selama seminggu di Membakut. Kekangan masa dan teknologi menyebabkan aku tak dapat mampu membuat entri blog semasa bercuti.

Sangkut tiga jam di sempadan.
Selamat kembali ke alam realiti, selepas raya ni ada beberapa situasi "post-raya chaos" yang bakal ditempuh, antaranya:
Hari ni raya keenam, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SHRAMZB kepada pengikut setia blog AADI sama ada komentar tegar, pembaca senyap mahupun spesies blogwalker.

_____
Ada apa: Esok kerja...

Wordless Wednesday: Samurai Burger




_____
Ada apa: Entri provokasi? Hehehe...

Fight Fire With Firestop


Dengan suasana tempat kerja aku yang menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), sudah menjadi kebiasaan untuk aku bersedia dengan sebarang kemungkinan (tapi taklah sampai tahap doomsday preppers). Selain peti pertolongan kecemasan (first aid), alat pemadam api juga antara yang perlu ada di rumah ataupun dalam kenderaan.

AADI menyarankan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api, sebaiknya jenis serbuk kering (ABC) ataupun karbon dioksida (CO2). Tapi sekiranya tidak mampu, alat pemadam api mudah alih jenis aerosol seperti Firestop di bawah amat disarankan. Pemadam api jenis aerosol ni biasanya boleh didapati dengan harga RM20-50 mengikut jenama dan isipadu.


Selain mudah alih boleh disimpan di rumah atau dalam kenderaan, ia juga boleh digunakan berkali-kali (selagi ada isi dan tekanan aerosol), tidak seperti alat pemadam api serbuk kering yang ada dalam Imago aku (Perodua standard) yang hanya boleh digunakan sekali. Ia juga senang digunakan, kecuali anda tidak pernah menggunakan produk beraerosol seperti deodoran, cat semburan ataupun racun serangga.

Sekurang-kurangnya kita boleh mengawal (sebaiknya memadamkan) kebakaran kecil daripada merebak menjadi kebakaran besar. Jadikanlah peristiwa kebakaran besar Kampung Datuk di Sibu beberapa bulan lepas sebagai iktibar.

_____
Ada apa: Lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ni...

Ada Apa Dengan Kelly? (Part 5)


Menerima info terbaru melalui Twitter dan Facebook mengenai beberapa model terbaru Jackson JS-series untuk 2013. Dan seperti biasa, model Kelly pastinya menarik perhatianku berbanding model lain (Kelly, cintaku terhalang lagi?).


Antara penambahbaikan untuk versi 2013 ni berbanding versi terdahulu ialah:
  • Black hardware (old: chrome hardware)
  • Zebra pickups (old: CVR covered pickup)
  • Neck and headstock bindings (old: no bindings)
Tapi malangnya, versi 2013 tidak lagi didatangkan dengan gigbag Jackson bomb seperti ex-Kelly-Kelly aku dahulu (potong bajet ke?). Ini merupakan Jackson ketiga yang terGAS selepas Adrian Smith's SDX dan KEXMG.


Juga menarik perhatian ialah model JS32 King V dengan kemasan baru putih ber"bevel" hitam. Kalau matching headstock kan best?

Tapi yang pastinya memiliki gitar berbentuk ekstrim ni memang leceh dari segi penjagaan berbanding superstrat ataupun singlecut.

_____
Ada apa: GAS je...

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 6)


Akan memulakan perjalanan balik ke Membakut sebentar lagi sempena cuti hari raya. Pada kebiasaan pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) sebelum ini, aku akan memilih 10 CD audio (mostly metal) sebagai bekalan pemanduan.


Untuk kali ni aku hanya berbekalkan lima sahaja - Let Go, From Fear To Eternity, RiskBikin Wilayah dan Metallica (aka black album). Aku rasa cukuplah dengan lima album ni, memandangkan pemanduan kali ni tidak sama seperti sebelumnya (baby on board).

Kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca AADI yang juga ingin memulakan perjalanan balik kampung dalam beberapa hari ni, pandulah dengan selamat, ingat orang yang tersayang dan disayangi.

_____
Ada apa: Jangan sesekali dengar lagu Highway Star, Fuel atau 1320 semasa memandu.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 11)


Stok pikap DiMarzio yang baru sampai pagi tadi datangnya dari Music Master Studio, pastinya untuk projek dalam entri ni.

D-Activator Bridge (DP220), F-spaced version.
Disebabkan pembeli berpotensi pikap Bill Lawrence L-500XL pula tiba-tiba berubah fikiran tak jadi beli, kini aku dalam dilema sama ada ingin menggunakan DP220 ni ataupun L-500XL sebagai pikap bridge pada Mirage aku.

Apa-apapun, tunggu lepas habis cuti raya barulah projek ni akan bermula.

_____
Ada apa: Pikap raya?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger