Metuk Ulau Project At Jammed Of The Beast Episode #1


Gambar-gambar tambahan semasa Jammed Of The Beast minggu lepas, yang lebih bias spesifik semasa persembahan Metuk Ulau Project bukan Metuk Ulau Projekt Klasik (MUP-K).


Bob Kandar yang datang agak awal berharapkan MUP dapat main awal, kerana ada urusan keluarga pada sebelah petang (biasalah bila dah berkeluarga). Tapi sedihnya slot MUP hanya bermula sekitar 4.00 petang dan Bob Kandar hanya sempat bermain untuk 2-3 lagu sahaja. Tempatnya kemudian digantikan oleh Rashid Malim (MUP-K/COG).


Rashid tak sabar-sabar menunggu giliran MUP-K dan MUP, siap prektis memukul snare Pearl M1440 Piccolo (yang diperolehi dalam entri ni). Yang juga digunakan semasa tayangan umum Sarawak lawan Pahang (part 1, part 2).


Seperti yang aku ceritakan dalam entri yang lepas, bila tiba slot MUP aku memang dah hilang mood, dan kalau MUP tak jadi jamming petang tu pun aku tak kisah. Tapi memandangkan sessi ni juga sebenarnya merupakan "bachelor party" tidak rasmi Tuan Besar Korawk, the show must go on...

Disebabkan tiada siapa nak main bass, aku menggunakan patch "octobass" pada Pod HD300 aku untuk cover julat bunyi-bunyian bass.


Azrol kembali menggunakan X-11 yang telah dibaikpulih setelah terperap hampir sebulan (BBW2013 lepas dia guna Mirage aku) kerana mengalami masalah saddle untuk kali kedua.


Korawk pula tidak menggunakan gitar 1Malaysia (Petruccised GRG270) untuk sessi ni, tetapi menggunakan gitar hibrid (Teslarised Samick Hybrid Les Paul).

Walaupun dah ada setlist dan lirik, tapi terasa hanya beberapa buah lagu sahaja yang sempat dimainkan. Mungkin disebabkan faktor mengejar masa (dan hilang mojo mood). Sessi kali ni terasa agak kelam kabut, dan mungkin sessi jamming MUP paling teruk (di 36 Studio) setakat ni.


Pukulan drum yang agak berbeza untuk lagu Tears Of The Dragon, seakan-akan seperti versi Eb. Kelihatan tauke 36 Studio tersenyum tawar di belakang sana.


Chef Rezal (theonce, Now@Days) juga turut serta memainkan bass secara impromptu untuk beberapa lagu (Smells Like Teen Shit, Warriors Ride On The Chariots).


Tuan Besar Korawk yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada hujung bulan November ni berharap akan ada lagi sessi JOTB yang teratur pada masa yang akan datang. Selamat berusaha dan semoga maju jaya...

Daripada 10-12 lagu yang disenaraikan dalam setlist, aku rasa hanya 6-7 buah lagu sahaja yang sempat dimainkan; Warriors Ride On The Chariots* (main dua kali - sekali versi Bob Kandar, sekali versi Rashid), Seek Creeping Puppets* medley, Paranoid*, The Trooper*, Smells Like Teen Shit dan Tears Of The Dragon.

_____
Ada apa: *Korawk sebagai vokalis.

Wordless Wednesday: Green Mayoneses



Copied/edited from Guitar Porn Facebook page.
_____
Ada apa: Official website.

Goyang Bang Jali


Khas untuk anda yang bernama Jali...


_____
Ada apa: Goyangnya bikin hepi~

Sekitar Jammed Of The Beast Episode #1


Ulasan ringkas bergambar sekitar Jammed Of The Beast Episode #1 yang diadakan di 36 Studio Sabtu lepas (26/10/2013). Sessi yang dalam perancangan bermula sekitar 11.00 pagi ditunda sehingga 1.00 petang kerana masalah teknikal. Dan notis penundaan di Facebook pada malam sebelumnya tidak sempat dibaca oleh semua pengunjung menyebabkan ada di antara mereka yang telah datang seawal 11.00 pagi (kesian).

Aku dan Azrol sampai sekitar 1.15 petang, dan agak terkejut kerana ramai yang telah menunggu di sekitar kaki lima kedai runcit (bawah studio) kebanyakkannya berseragam hitam, suasana seakan-akan mini gig.

1. Erectus

Aktiviti jamming bermula sekitar 1.30 petang, slot pertama dimulakan oleh Erectus, disebabkan hanya mereka (pada pendapat aku) yang dah cukup korum ketika itu walaupun mereka dijadualkan untuk slot keempat.



Penganjur (Tuan Besar Korawk) juga lambat datang kerana bergegas ke lapangan terbang Bintulu menghantar Apai Rijal (Gamer Sayur) yang terpaksa balik Malaya kerana urusan keluarga (takziah). Oleh kerana itu, persembahan Erectus tidak sempat dirakamkan dalam bentuk video.

2. Busseg




3. Metuk Ulau Projekt (aka MUP Klasik)

The classic line-up...




4. Metuk Ulau Project

Secara peribadi, bila dah sampai masa untuk slot MUP aku dah tak ada mood nak jamming. Selain faktor persekitaran (jamming dan gig adalah dua situasi yang berbeza) dan karenah bandmates, menunggu lama juga sedikit sebanyak menjadi punca kehilangan mood.




Heavy metal lyric sheet...

5. Adapting To Genocide

Semasa persembahan Adapting To Genocide (sekitar 4.30 petang), aku tiada di studio kerana berada di makmal/pejabat untuk menyelesaikan tugas rasmi hujung minggu. Tugas fotografi diserahkan kepada Azrol.



Disebabkan ruang yang terhad, moshing tidak dibenarkan...

6. My Eyes See Ghost

Alex and Co.



Aku tidak mengikuti aktiviti jamming ni sehingga selesai, kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 6.00 petang, masa untuk kembali ke dunia kekeluargaan (limit aku biasanya sampai pukul 5.00 petang).

Pemerhatian, pendapat dan kesimpulan.
  1. Objektif utama (seperti yang dinyatakan dalam entri ni) tidak tercapai, hanya 2-3 jam pertama sahaja agak meriah, selebihnya...
  2. Sessi jamming yang dianggap sebagai gig oleh sesetengah pengunjung, studio jadi crowded.
  3. Masih ada yang minum minuman keras di kawasan studio walaupun telah ditegah oleh tauke studio.
  4. Masih ramai yang gagal dari segi soundcheck (mengambil masa yang lama), walaupun ada di antara mereka dah selalu buat persembahan live. Contoh mudah; full gain pada pedal + full gain pada amp = humming tak ingat dunia.
  5. Ada juga yang gagal dari segi persediaan; persediaan fizikal - peralatan; lupa pick, kabel tambahan, bateri, adapter pedal mahupun persediaan mental - tak bersedia dengan setlist, tak berlatih di rumah, lupa lirik (termasuklah aku, kerana dah hilang mood).
  6. Tiada penguatkuasaan masa oleh penganjur mahupun pihak studio. Dengan kata lain, ada band yang main lama (termasuk soundcheck yang lama) dan ada band yang terpaksa main ala kadar kerana mengejar masa.
  7. Masih ada potong memotong slot, walaupun telah ada tentatif (kurang rasmi) - sekali lagi, tiada penguatkuasaan penganjur.
  8. Tiada ulasan mengenai muzik (mungkin akan diulas oleh blogger lain), sebab apa yang aku dengar sepanjang sessi hanyalah bunyi ketukan drum dan distorsi gitar yang bingit (nasib baik aku ada bawa ear-plugs).
Diharap episod-episod JOTB yang akan datang akan lebih teratur dan kurang crowded.

_____
Ada apa: Apalah ertinya jamming jika semua nak full blast?

Jammed Of The Beast Episode #1 (Part 2)


Aktiviti dijangka bermula sekitar 1.00 petang ini, dan mungkin berlarutan sehingga lewat petang...

Ni poster gila si Korawk la apa lagi...
Itupun aku rasa Burzum tak sempat main sebab studio tutup awal - tauke studio dan geng-geng MUUV pergi ke Dewan Suarah untuk menonton skrin besar perlawanan bolasepak Sarawak lawan Pahang (seperti minggu lepas).

_____
Ada apa: Varg Vikernes nak datang Bintulu?

Ada Apa Dengan Boost Sport Drink? (Part 2)


Jika tahun lepas ada entri mengenai minuman berjenama Boost ni dengan perisa lemon, kali ni (entri ni pun dah lama terperap dalam bentuk draft) dengan dua perisa lain iaitu - original dan blueberry.

Perisa original pilihan Naruto Kepunden.
Perisa blueberry pilihan Livin La Vida Yoda.
Perisa original tak jauh beza dengan Gatorade grapefruit (yang dulunya ada gambar Nicol David). Manakala perisa blueberry walaupun agak menyegarkan, tapi janggal rasanya meminum cecair berwarna biru. Tengok sekalipun dah nampak macam cecair pencuci kereta (car shampoo).

Website rasmi.

_____
Ada apa: Alternatif kepada minuman isotonik yang berkarbonat.

Antara Kiko, Ibanez Dan Gitar Hijau


Kiko Loureiro with his custom Ibanez SA.

Image linked from SevenString.org forum.
Ibanez patut buat banyak gitar RG/RGA/S/SA-series dengan kemasan (finish) hijau macam ni tau~

_____
Ada apa: Kemasan STGSB pun belum masuk pasaran Malaysia.

Wordless Wednesday: No Testing Tester




_____
Ada apa: Jadi, apalah fungsi botol yang berlabel "TESTER" tu? Perhiasan?

Metallica - Cunning Stunts DVD


Eh? Masih mood Metallica? Hahaha... Kebetulan semalam genap dua bulan semenjak konsert Metallica Stadium Merdeka. Dan kebetulan juga menerima bungkusan eBay berisi sebuah DVD konsert Metallica - Cunning Stunts.


Diperolehi daripada seller estock_espana (yup, kali ni bukan estock_deutschland, walaupun sebenarnya orang yang sama) dengan harga tersenyum €6.79 EUR (RM30.63) dengan pengeposan percuma. Kira masih berbaloi untuk DVD berganda (double DVD), walaupun berstatus terpakai dan boxset dah kemek sikit, tetapi isi dan DVD masih baru tanpa sebarang calar.


Konsert live "full house" yang dirakamkan pada 9-10/5/1997 di Fort Worth, Texas (era perantaraan Load dan Reload) bagi aku antara konsert Metallica yang paling gempak selepas Live Shit kerana mereka masih lagi berperangai (attitude) Metallica 80an dengan kata-kata mencarut, ludah sana-sini, di samping persembahan yang bertenaga dan muzik yang tidak sumbang (walaupun dah berambut pendek). Tak lupa juga pentas yang unik, memang ngam untuk Metallica.


Suatu ketika dahulu sekitar 1999 aku pernah ada VCD konsert ni (versi Jack Sparrow) yang terpaksa dibeli dua kali (rip-off! VCD1, VCD2 dijual secara berasingan). Bila menonton semula konsert ni memang teringat memori putus cinta dengan junior USM suka dan duka kehidupan seorang student USM ketika itu.

Badan Papahet James masih "teruna" belum ada sebarang tattoo.
Pasal konsert rasanya tak perlulah aku buat ulasan, pastinya peminat Metallica di kalangan bloggers dah tengok dan tahu apa yang berlaku semasa konsert ni lebih-lebih lagi gimik semasa lagu Enter Sandman. Tak sia-sia ia dinamakan Stunning Cunts Cunning Stunts.

_____
Ada apa: We don't give a shit!

Jammed Of The Beast Episode #1


Kesinambungan projek si Korawk yang terbengkalai hampir dua tahun (entri ni)...

Cilok dari Facebook MUUV.
Antara band yang dijadualkan beraksi:
  1. Metuk Ulau Project dan Metuk Ulau Projekt (classic line-up)
  2. Busseg
  3. Erectus
  4. My Eyes See Ghost
  5. Adapting To Genocide
Ini hanyalah sessi jamming biasa sahaja (bukan gig), tapi pada skala yang agak besar... Entahlah, ini semua idea gila si Korawk. Sessi ini juga (katanya) akan dirakamkan secara audio dan video untuk simpanan arkib MUUV.

_____
Ada apa: Penampilan istimewa Tahi Suci.

Goldie Speed Knobs


Sambungan entri semalam...

Empat tombol "speed knobs" dah dipasang pada Goldie aku. Seperti namanya, tombol jenis ni lebih tork dan laju dipulas berbanding jenis top hat. Dengan kata lain, dapat melaras output volume/tone dengan lebih pantas.


Pickguard dah dibuka sekali lagi, sebab dah mula terasa janggal bila guna pickguard (walaupun H dah pasang balik pickguard pada Goldtopnya). Lagipun warna keemasan lebih menyerlah tanpa pickguard.

Dah tak nampak lagi ciri-ciri asal "1957 Goldtop" pada gitar ni - strap button dah tukar (Hennessey), pikap dah tukar (DiMarzio DP103/DP100), pickguard dah buka, tombol pun dah tukar...

_____
Ada apa: Dah lama Goldie tak beraksi di studio jamming mahupun pentas gig.

Speed Knobs, Metal Pickup Rings


Barangan yang diperolehi melalui eBay tetapi lambat sampai, dah lebih sebulan dari tarikh penghantaran barulah barangan ni sampai, siap aku dah buka kes "non-receipt dispute" kat Resolution Center Paypal.


Barangan kecil-kecilan sahaja, alat ganti gitar - speed knobs dan pickup ring jenis logam. Diperolehi dengan harga US$3.65+2.99 (RM21.88 with free postage) daripada seller 谭 建国 beralamat dari Hong Kong, seller yang menjual alat ganti kegitaran dan elektronik pada harga borong.


Aku bercadang untuk menggantikan knobs jenis top-hat yang ada pada Goldie dengan speed knobs, manakala pickup ring logam untuk menggantikan pickup ring plastik pada Mirage. Tapi aku belum ada kelapangan dan mood untuk memulakan projek...

_____
Ada apa: Pimp my...

Wordless Wednesday: Dordenon




_____
Ada apa: Nasib baik bukan Dordemon.

Calypso's Mod: Push/Pull Pot And Carbon Fibre Sticker


Sabtu (12/10/2013) - Setelah memikirkan faktor kos, aku mengambil keputusan untuk mengekalkan pikap-pikap DiMarzio yang ada pada Calypso aku (DP158/DP155) dan hanya menggantikan potentiometer (pot) yang ada kepada jenis push/pull.

Popo sebagai snek bekalan.
Dalam kesempatan yang ada, aku juga akan melekatkan sticker carbon fibre (CF) yang diperolehi daripada kedai aksesori kereta pada pickguard gitar, supaya ia nampak "garang" (bak kata Yustech GT) dari segi penampilan dan tidak lagi menjadi sekeping pickguard plastik berwarna hitam yang membosankan.


Nampaknya memasang pikap dan memateri komponen pada gitar yang mempunyai pickguard adalah lebih senang...

Guna dawai galvani untuk pembumian.
Push/pull pot yang digunakan ialah DiMarzio EP1201PP (500k audio taper) yang diperolehi daripada Dead Eye Guitars beberapa hari sebelumnya. Dah alang-alang guna pikap DiMarzio, biarlah potnya juga DiMarzio.

Hasil kerja yang boleh dikatakan agak amatur.
Tidak seperti pendawaian Goldie yang menggunakan push/pull pot untuk opsyen series-parallel, push/pull pot pada Calypso ni menggunakan pendawaian jenis *coil split. Pikap-pikap humbucker yang ada sekarang mempunyai opsyen untuk menjadi single coil. Dengan kata lain, sekarang ada enam jenis kombinasi bunyi, berbanding tiga sebelumnya.


Backplate penutup spring tremolo juga aku lekatkan dengan sticker CF untuk dipadankan dengan tema CF di bahagian hadapan. Proses keseluruhan (termasuk melekat sticker dan rehat makan Popo) mengambil masa selama empat jam dengan sekali pengulangan akibat kesilapan pematerian.

Sekarang Calypso aku tidak lagi terbatas sebagai sebuah gitar "hot-rod" semata-mata, kerana kini ia boleh memainkan bunyi single coil (on alder body, very Stratocaster~) terutama untuk clean channel dan simulasi akustik - amat berguna untuk sebuah gitar pentas (stage guitar) yang serba-guna.

*More infos on coil tapping/splitting - Fender, Wikipedia.

_____
Ada apa: Sticker CF masih ada baki, rasa-rasa nak lekat pada Mirage...

Iron Maiden - En Vivo! (Part 2)


Jika setahun lepas dah dapat versi DVD, kali ni dapat versi CD audio pula. Inilah hasil usaha merajinkan diri menyemak stok terbaru estock_deutschland (hampir tiap-tiap hari)...


Terjumpa album live Iron Maiden En Vivo! berharga €7.02 (RM31.56), dengan pantas aku terus tekan butang "buy now" sebelum disambar orang lain. Dan amat bertuah kerana fizikal CD ni masih lagi baru. Harga pasaran Malaysia untuk CD audio import sebegini boleh mencecah sehingga RM60 (contohnya RM51.90 untuk album Maiden England '88).

H memang bergaya dengan Goldtop.
Grafik pada CD lebih kurang sama tema dengan versi DVD. Inlay yang penuh dengan info, lirik dan gambar-gambar semasa konsert di Santiago, Chile, sempena The Final Frontier World Tour 2011. Mungkin ada gambar yang sama seperti dalam buku On Board Flight 666 (aku belum bandingkan lagi).

Aku suka pose Murray ni, smells like teen spirit...
Ia hanyalah sebagai pelengkap koleksi dan hampir sama sahaja seperti album-album live Iron Maiden yang lain, dengan tambahan beberapa lagu baru daripada album The Final Frontier - Satellite 15, The Final Frontier, El Dorado, The Talisman, Coming Home dan When The Wild Wind Blows. Tapi dari segi khazanah memori, ia mengingatkan kembali nostalgia semasa menonton konsert mereka di Singapore dua tahun lepas.

_____
Ada apa: Next target, Death On The Road DVD.

Ada Apa Dengan Showtime, Storytime?


Nightwish bakal mengeluarkan DVD live bertajuk Showtime, Storytime yang dirakam semasa mereka menjadi headliner Wacken Open Air 2013.


Pada pendapat aku, suara Floor Jansen lebih "natural" berbanding Tarja Turunen yang terlalu operatik, dan juga lebih "matang" berbanding Anette Olzon yang agak gedik (sesuai untuk lagu pop/mainstream). Dan yang paling penting penampilan Jansen lebih metal berbanding Turunen dan Olzon, hahaha! (mungkin dah terbiasa dengan Jansen semasa dalam After Forever).

Dan mulai semalam (9/10/2013) Jansen telah menjadi penyanyi tetap Nightwish secara rasminya (sumber) dan bukan lagi sebagai seasonist, hell yeah! - Seperti mana yang aku jangkakan dalam entri ni.

_____
Ada apa: Abang Marco (Hietala) dah guna Warwick Buzzard wooo~ Infinity dan Vampyre dah tolak tepi ke bang?

Wordless Wednesday: Pusat Rawatan Cinta




_____
Ada apa: Gambar kitar semula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (64) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (1) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (247) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (22) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (60) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (31) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (63) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (185) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (15) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar service (18) guitar talk (64) guitar/bass (624) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (55) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (5) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (5) jackson (31) jamming (122) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (280) konsert (82) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (11) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (39) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (324) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (71) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (271) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (49) pick (50) pickups (96) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (91) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (15) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (13) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (16) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (68) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (226) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger