Time To Be King! (Korawk's Version)


Berkesempatan mengunjungi majlis persandingan Nas Korawk sekitar pukul 11.30 pagi tadi yang berlangsung di Dewan Suarah, Mukah (majlis *pernikahan telah diadakan semalam).


Kebetulan hari ni aku dan keluarga balik kampung Mrs. Ijau di Dalat (another 30 minutes drive from Mukah) bertolak dari Bintulu seawal 8.00 pagi.

Dan nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan terjumpa rombongan konvoi Adi Herman dan beberapa rakan MUUV lain yang juga menuju destinasi yang sama, akhirnya jadi rombongan besar dari Bintulu!

Untuk Korawk, lagu ini ditujukan khas untuk anda, aku pernah "menyanyikannya" beberapa tahun lepas, kini tiba giliran anda pula...


Laporan penuh mungkin akan ada liputannya dalam blog Molotov Cocktailz (tak lama lagi).

_____
Ada apa: *Dinikahkan oleh juru nikah yang sama...

Fallout 3 Mode


Sejak beberapa minggu lepas, sekali lagi keinginan untuk bermain PC game kembali - Fallout 3 menjadi pilihan untuk dimainkan semula (dengan karekter berlainan). Kali terakhir aku bermain PC game waktu Far Cry 3 sekitar bulan Mac yang lepas.

Linked from somewhere on the net.
Fallout 3 ni jugalah yang telah memecahkan rekod "paling lama bermain PC game tanpa henti" aku - 15 jam! Hehehe... Sebelum ni rekod bertahan sepuluh tahun dipegang oleh game Half-Life (circa 1998), iaitu 13 jam (zaman student USM ni).

Tapi sekarang ni hanya dapat main ala kadar sahaja, tak dapat nak main lebih-lebih, paling lama pun dapat main 3-4 jam sehari (mungkin 5-6 jam pada hujung minggu). Biasalah bila dah berkeluarga ni, tanggungjawab kena jaga, hobi-hobi yang ada tu harus dikurangkan dari segi kuantiti dan masa, tapi bukan ditinggalkan terus (ingat tu Korawk!).

Padahal, ini semua alasan malas nak buat entri hehehe...

_____
Ada apa: War, war never changes...

Wordless Wednesday: Cap Manok




_____
Ada apa: Kegemaran si Korawk (yang bakal jadi raja Sabtu ni).

Awe In One Picks


Antara pick (plectrum) yang pelik dalam koleksi aku ialah pick berjenama Awe In One (AIO). Mula mengetahui jenama AIO ni disebabkan iklan Fiffy Natasya yang (pada ketika itu) menjadi duta The Guitar Store mempromosikan Cort VX-2X dan pick AIO ni (sekarang dah habis kontrak kot?).


Dan mula memilikinya sebagai penggenap bayaran semasa perolehan Pocket Metal Muff dari Music Master Studio awal tahun 2012 - terdiri daripada dua keping Folk Debut dan sekeping Rock Lick.

Walaupun saiznya lebih kurang sama seperti saiz pick normal, tapi bentuknya agak pelik dan memang janggal dipegang walaupun sebenarnya agak selesa kerana genggaman/kepitan yang ketat disebabkan corak dan tulisan yang ada pada permukaannya.


Set kedua diperolehi semasa lawatan sambil belajar ke Music Master bulan Februari lepas. Juga sebagai penggenap bayaran perolehan UPC-688. Tapi kali ni bukan dari siri Folk Debut ataupun Rock Lick, tetapi siri Profound 1 (versi tin) yang lebih kecil saiznya. Profound 1 versi plastik pula diperolehi beberapa bulan lepas juga sebagai penggenap bayaran untuk perolehan Air Norton.


Kedua-dua versi Profound 1 plastik dan tin mengandungi lima keping pick yang mempunyai ketebalan yang sama tetapi dibuat daripada material yang berbeza (info lebih lanjut di sini).

Walaupun kebelakangan ni aku dah kurang janggal menggunakan pick bersaiz kecil (saiz Jim Dunlop Jazz), tapi mungkin ia hanya akan terperap dalam simpanan untuk beberapa bulan (tahun?) memandangkan aku masih mempunyai banyak pick "normal" yang lain.

_____
Ada apa: Fiffy Natasya?

Mirage Turns Two


Sekali lagi, Mirage aku (LTD M-103FM) berjaya bertahan dalam axology untuk tahun yang kedua hari ini. Seperti tahun lepas, aku juga pernah terfikir untuk me"let-go"nya (gali lobang tutup lobang le~) tapi tak jadi disebabkan tiada pembeli (di Bintulu ni tak ramai yang minat LTD berbanding Ibanez).


Mirage ni lebih berfungsi sebagai gitar bilik (bedroom guitar, bukan Bedroom Gitaris) digunakan untuk berlatih dan rakaman DIY disebabkan pikap-pikap singlecoil yang ada. Contohnya, klip Instromadness di bawah ni - intro ala Pull Me Under dirakam menggunakan singlecoil.


Untuk persembahan live/gig aku lebih selesa menggunakan Calypso (Charvel So-Cal) atas sebab-sebab keselesaan, ketegapan tremolo dan "mojo" warna hijau. Mirage ni biasanya akan dibawa semasa gig sebagai gitar backup untuk aku ataupun Azrol (when shit happens).

Menarik sepanjang 2013:

Dan seelok-eloknya selepas ini, aku akan cuba berusaha supaya tidak terfikir lagi untuk menjualnya (dah rasa sayang eh~). Kalau nak tambah #5 tu lain cerita...

_____
Ada apa: Upgrade FRS to Gotoh?

Ada Apa Dengan 2013 CK Music Year End Sale?


Acara tahunan CK Music yang sentiasa ditunggu - Year End Sale (YES), bermula hari ini sehingga 31/12/2013.

Image linked from CK Music web.
Setelah meneliti isi kandungan katalog (versi PDF boleh dimuat turun di sini), ada beberapa barangan yang harganya lebih mahal berbanding YES tahun lepas, dan ada juga barangan yang tidak lagi disenaraikan.

Untuk tahun ni, rasanya tiada barangan "besar" yang aku terGAS, mungkin hanya barang "kecil-kecilan" sahaja - mungkin Zoom MS-60B/70CDR kot?

Tahun ni juga agak hambar sebab Bang Mizan dah tak kerja dengan CK Music lagi, jadi agak sukar untuk berkomunikasi secara terus dengan staff CK Music lain.

_____
Ada apa: Zoom G1on/G1Xon pun ada tersenarai.

Hari TV Sedunia


Semenjak tahun 1996, setiap 21hb November diwartakan sebagai Hari TV Sedunia (World TV Day) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ironinya, selepas 17 tahun, baru semalam aku mengetahui tentang kewujudan Hari TV Sedunia ni (itupun sebab tengok berita RTM TV1), hahaha!~

TV kegemaran Takilala.
Kalau nak cerita pasal TV memang panjang jadinya entri ni, lebih-lebih lagi bagi kita yang membesar sekitar era 80an. Selain menonton siaran-siaran TV (yang cuma ada 2-3 saluran), ia juga digunakan sebagai monitor untuk VHS dan konsul permainan Nintendo (atau klon murahan Micro Genius).

Cerita selebihnya korang sajalah yang sambung. Apa-apapun, selamat menyambut Hari TV Sedunia...

_____
Ada apa: Masih ingat lagu tema The Greatest American Hero?

King Diamond - Voodoo


Album yang menjadi peneman pemanduan semasa berulang-alik dari rumah ke hospital (semasa Mrs. Ijau masuk wad) sepanjang minggu lepas, King Diamond - Voodoo. Berkaraoke lagu-lagu dalam album ni semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas memang epik! Lagi epik jika vokal bertukar-tukar seperti vokal King Diamond, hah!


Tahun 2009 dahulu aku pernah membebel pasal album ni dan beberapa album King Diamond lain (entri ni), jadi tak perlulah aku membebel sekali lagi. Cuma kebetulan Rafi Xyrus ada bercerita pasal Mercyful Fate dan King Diamond dalam entri Melissa Saila beberapa hari lepas.

Bagi aku, Voodoo antara album terbaik King Diamond bertaraf super album seperti House Of God. Guitar works Andy LaRocque dan Herb Simonsen dalam album ni memang masyuk! Tak lupa juga "cameo" solo oleh Dimebag Darrel dalam lagu Voodoo.

Mungkin selepas ni projek melengkapkan diskografi King Diamond (versi CD) bakal bermula.

_____
Ada apa: This is no Abigail, this child will survive...

Wordless Wednesday: Chris Benoit




_____
Ada apa: Benwah...

Accident Of Birth


Accident of Birth is a heavy metal album released in 1997 by Bruce Dickinson. It was published by Zomba Music.
This is the second album made in collaboration with guitarist/producer Roy Z and is therefore much different from Bruce's previous Skunkworks album. He was also assisted by another former Iron Maiden member Adrian Smith and the two would later return to the band in early 1999. Thanks to the slightly bigger success of this album, Bruce would work with Roy Z in the future on his solo albums (including his latest, Tyranny of Souls).

- Hype from Wikipedia

Entri tahun 2009.
Walaupun aku ada album ni tapi semenjak dah ada album kompilasi The Best Of, amat jarang aku dengar album-album studio Bruce Dickinson yang lain (kecuali Tyranny Of Souls).


Sebenarnya, masih lagi mood sedih mengenangkan nasib Mrs. Ijau yang terpaksa di"accident of birth"kan Jumaat lepas. Alhamdulillah, Mrs. Ijau dah beransur pulih fizikal dan mental.

_____
Ada apa: Tiada apa-apa...

Ada Apa Dengan Saxby's? (Part 2)


Beberapa bulan lepas hanya sempat mencuba root beer keluaran Saxby's, kali ni berkesempatan mencuba ginger beer. Diperolehi di pasaraya NK (Mukah) dengan harga RM3.xx untuk sebotol berisipadu 375 ml.


Seperti root beer, rasa ginger beer keluaran Saxby's ni juga tak jauh beza dengan rasa ginger beer keluaran Bundaberg. Mungkinkah orang-orang Australia memang sukakan perisa ginger beer sebegini agaknya?

_____
Ada apa: Dah lama tak minum Fontana.

Power! Pengurusan Wang Ringgit Anda


Buku keluaran Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) diperolehi dengan harga RM5.00 semasa taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi beberapa hari lepas.


Walaupun belum lagi masuk tahap boros berbelanja, tapi dengan kandungan taklimat dan buku ni sedikit sebanyak menyedarkan aku untuk membezakan antara keperluan dan kemaluan kemahuan sebelum membelanjakan dana-dana yang ada - terutamanya yang berkaitan dengan perhobian.

Antara faktor yang diambil kira setiap kali GAS melanda...

_____
Ada apa: Dah nak dekat Year End Sale (YES) ni.

Wordless Wednesday: Kitar Semula Kenderaan Anda



Entri 17/10/2010.
Entri 30/10/2010.
_____
Ada apa: Kitar semula entri anda...

Antara Ibanez, TMNT Dan Nita Strauss


Custom Ibanez RG Prestige kepunyaan Nita Strauss, gitaris Critical Hit dan The Iron Maidens (jangan lupa THE dan S), dengan grafik TMNT yang menarik.

Image linked from Guitar Noize.
Menggunakan pikap DiMarzio Super 3 dan Evolution (DP152/DP158) berwarna hijau dan ungu, nampak serasi dengan grafik TMNT tu. Nita sememangnya peminat Evolution, racun nak pasang semula Evolution pada Calypso aku...

Agak-agaknya, kenapa Nita memilih TMNT?

_____
Ada apa: Entri penghilang kebosanan...

Undead Son


Undead Son is the only single release from Tarot's sixth studio album Suffer Our Pleasures (info Wiki). Aku ada kedua-dua single dan juga album yang ada mengandungi lagu ni.

Imej daripada entri tahun 2009 (belum ada watermark)
Imej daripada entri tahun 2010 (juga belum ada watermark).
Juga ada versi live konsert yang terdapat dalam album Undead Indeed (ulasan; part 1, part 2, part 3).

WTS - please refer this entry.

Undead Son - (M. Hietala, J. Tolsa, Z. Hietala)
I hear, I speak, counted the words all of my life.
I see, I dream, if world's a womb, I'd be the knife.
I run, I flee, your fingers just won't leave my head.
I hear you speak for those I left for dead.

I hear, I speak, the tongues are forked, the ears distort.
I see, I dream, your world's a horde against my fort.
I run, I flee, the vermin stalk within my walls.
I hear them speak their dirt within my halls.

Mother help your... UNDEAD SON
Let go of your... UNDEAD SON
Mother help your... UNDEAD SON
Let me go... UNDEAD SON

I walk, I'm dead, I'm slowly eaten from inside.
I walk this walk, been walking since I died.
Sebenarnya entri ni ada kaitan dengan entri panik bulan lepas. Nampaknya kali ni belum ada rezeki, aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah...

_____
Ada apa: AADI akan "bercuti" untuk beberapa hari...

Re-DiMarzioed Calypso


Keinginan untuk mencuba pikap jenama/model lain pada Calypso membuatkan aku menggantikan kombo DiMarzio stok yang ada - Evolution dan Tone Zone (DP158/DP155) dengan kombo DiMarzio Air Norton dan D-Activator (DP193/DP220) yang ada dalam stok peribadi.

Stock Evolution + Tone Zone.
Aku juga mengeluarkan push/pull pot EP1201PP yang dipasang beberapa minggu lepas dan kembali menggunakan pot asal (CTS 450G) yang lebih tegap, aku hanya perlukan full humbucker pada gitar ni dan tak perlu split-coil sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas (stage guitar) - simplicity.

Aftermarket Air Norton + D-Activator.
Kedua-dua pikap ni kurang berbau jeruk, tidak seperti PAF 36th Anniversary dan Super Distortion (DP103/DP100) dalam entri ni. Pikap asal akan disimpan dalam stok peribadi, macam sayang nak jual sebab pikap DiMarzio yang ada label pada bobbin memang masuk tahap "rare". Mungkin akan dipasang pada gitar lain (sekiranya ada).


Pemasangan hanya mengambil masa setengah jam tanpa sebarang pengulangan disebabkan pikap, pot dan suis dipasang pada pickguard, memudahkan kerja-kerja pematerian selain pendawaian yang ringkas.


Sekarang pikap-pikap pada Calypso ni tidak lagi memiliki label "DiMarzio" dan nampak lebih low-profile, hehehe...

Bunyi? Bab ni susah aku nak terangkan, cuma daripada pendengaran layman aku, DP220 ni lebih treble dan nyaring berbanding DP155, dan pastinya lebih sesuai untuk high-gain distortion aka metal (antara sebab utama aku memilih pikap ni). DP193 pula bunyinya agak "bulat" dan PAF-ish seakan-akan DP103.

Akan cuba di"pandu-uji" dengan amp besar studio sekiranya ada sessi jamming untuk menikmati prestasi bunyi-bunyian secara optimum.

_____
Ada apa: Nanti dah bosan, boleh tukar pikap lagi, hehehe...

Wordless Wednesday: Makan Selimut




_____
Ada apa: Nasib baik bukan "Selipar".

Lawrencing The Mirage (Reloaded)


Hampir setahun lepas (Doomsday shitwork), aku pernah memasang pikap Bill Lawrence L-500XL secara tunggal (solitary) pada Mirage aku, tapi beberapa bulan kemudian dipasang semula dengan pikap asal ESP LS-120/LH-150.


Sabtu lepas, aku merajinkan diri memasang semula L-500XL pada Mirage menggantikan humbucker LH-150 tanpa mengganggu singlecoil LS-120 yang ada (sekarang aku dah suka bunyi singlecoil, mostly for clean strumming).

Bunyi? Entah... Tapi aku rasa L-500XL ni lebih treble berbanding LH-150. Mungkinkah ia sesuai untuk badan gitar berkayu basswood? Atau mungkin telinga layman aku yang tak dapat membezakan dua bunyi humbucker yang berbeza.

Pendawaian ketika guna pikap Tesla.
Seperti sebelumnya, Mirage merupakan platform untuk aku bereksperimentasi dengan beberapa jenis pikap disebabkan ruang kaviti yang luas dan pendawaiannya yang agak mudah, hanya perlu memateri wayar pikap pada suis tanpa mengganggu bahagian lain (tidak seperti pendawaian pada Goldie, kompleks dan sempit).

Tengoklah lepas ni kalau aku tak suka bunyi L-500XL, mungkin aku akan pasang semula LH-150 atau mencuba Tesla Plasma-7 atau DiMarzio D-Activator yang ada dalam stok aku.

Entri Mini: Deepavali dan Maal Hijrah 1435H


Agak belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat Deepavali dan Maal Hijrah 1435H kepada pengunjung AADI.

Imej cilok.
Sekadar gambar hiasan - Imej Wikipedia.
Cuma aku agak kecewa kerana tahun ni sekali lagi Enthiran (dan Ra.One) dijadikan filem utama Deepavali. Apa-apapun CH202 masih ada untuk menonton filem-filem Tamil hebat yang lain (aku tak minat filem Hindustan).

_____
Ada apa: Ingin cuba-cuba berhijrah ke khemah Seymour Duncan.

Megadeth - Countdown To Extinction (Part 2)


Satu lagi album Megadeth yang mengalami proses pembelian semula iaitu Countdown To Extinction. Suatu ketika dahulu aku pernah ada album ni versi CD, tetapi ia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa lelongan untuk dana-dana segera pasca Projek Mega 2011.


Sekali lagi seller eBay estock_deutschland menjadi sumber pencarian album-album untuk koleksi pada harga yang membuatkan anda tersenyum di samping pengeposan percuma. Album ni diperolehi dengan harga €3.67 (RM16.34) dengan jewel case dan CD masih nampak baru, cuma inlay sahaja yang nampak bermusim (not bad for a 1992 pressing).

_____
Ada apa: Lepas ni akan cuba cover lagu Symphony Of Destruction, pasti!

Sudden GAS: Boss Vocal Performer VE-5


Benda-benda macam ni boleh membuatkan aku terasa GAS - Boss Vocal Performer VE-5 (adik bongsu VE-20). Vokal pun perlu efek kan? Barulah epik!



Aku pernah bereksperimen guna Behringer FX600 yang disambung pada mikrofon untuk efek vokal, memang menjadi, tapi agak kurang praktikal.

Seperti biasa, ia hanyalah "sudden GAS" yang mungkin akan reda dengan sendirinya jika tidak dilayan...

_____
Ada apa: Alternatif lain mungkin Digitech Live FX atau Live-3.

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 13)


Menerima sebuah bungkusan ABX Express petang semalam, beralamat daripada Music Master Studio.

Sekali lagi pembelian pikap berjenama DiMarzio, walaupun dalam hati beberapa kali teringin pula melompat masuk ke khemah Seymour Duncan ataupun EMG (Tesla dan Bill Lawrence dah masuk).

Iklan - Music Master masih lagi mempromosikan pikap-pikap berjenama DiMarzio terpilih pada harga RM299 (humbucker) dan RM199 (singlecoil) selagi stok masih ada, seperti yang terdapat pada website rasmi mereka. Juga terdapat promosi Bare Knuckle Pickup (BKP) sekiranya anda suka pikap jenis premium.


Dekat hujung tahun ni semangat membeli-belah (secara online) makin menjadi-jadi. Tanda-tanda ingin menyambut raya YES (Year End Sale).


DiMarzio Air Norton (DP193), menambahkan lagi koleksi stok peribadi DiMarzio aku selepas D Activator dan Blue Velvet yang diperolehi beberapa bulan lepas.

Mungkin juga aku akan menyediakan perkhidmatan memasang pikap gitar selepas ini, khas untuk rakan-rakan gitaris di Bintulu, pada kadar yang berpatutan (aka harga kawan-kawan).


Sebagai pembelian sampingan dan penggenap bayaran, kali ini disertakan dengan tali gitar Dunlop bersaiz 9-46 (kebelakangan ni aku dah mula suka 9-46 berbanding 9-42) dan sebungkus pick (lima keping) Awe-In-One Profound 1.

_____
Ada apa: Thanks to Gapnap the Gapster for another smooth transaction.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger