Wordless Wednesday: End 2014 Jamming Rig



D-tuned?
_____
Ada apa: 2014, tahun yang dorman untuk MUP.

Modern Talking - Back For Good


Perolehan CD daripada estock_deutschland kali ni merupakan yang terakhir untuk tahun 2014 dan termasuk dalam kategori "guilty pleasure", Modern Talking - Back For Good.


Album ketujuh mereka selepas menyepi lebih sedekad (unexpected reunion?). Album keluaran 1998 ini merupakan album kompilasi lagu-lagu terbaik Modern Talking "versi baru" dengan tambahan empat lagu baru.

Diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM13.43), keseluruhan pakej CD nampak baru, cuma inlay sahaja yang aku kurang berpuas hati. Grafik dan imejnya seakan-akan diimbas (scanned) dan dicetak semula tanpa edit. Lebih teruk daripada imej inlay Fear Of The Dark 1998 Malaysia pressing.


Pada mulanya aku syak CD pirate Jack Sparrow, tapi setelah meneliti aspek lain termasuk kualiti dan nombor siri pada CD, ia merupakan cetakan asli. Dan yang menariknya, CD ini merupakan buatan Israel di bawah label Hed Arzi Music, hahaha...

Aku bukanlah peminat Modern Talking dan tak layak untuk berbicara mengenai album ini. Tapi seperti album-album "guilty pleasure" yang lain, ia diperolehi atas dasar memori, nilai nostalgik dan "emotionally attached". Lagu-lagu dalam album ni mengingatkan aku pada tiga era yang berbeza;
  1. Pertengahan 80an - zaman sekolah rendah, selalu dengar lagu-lagu Modern Talking dipasang oleh sepupu aku Cimca (abang Takilala).
  2. Awal 90an - zaman sekolah menengah, lagu-lagu Modern Talking antara yang selalu dipasang oleh driver bas (van) sekolah.
  3. Penghujung 90an - aku pernah memiliki album ni dalam bentuk kaset (versi Jack Sparrow pasar malam) semasa aku menuntut di USM dulu, dibeli semata-mata mengembalikan nostalgia (1) dan (2) tadi.

Fuh! Rambut...

Aku yakin Modern Talking ni memang era Berteromber.

_____
Ada apa: Penggunaan falsetto yang menarik selepas Bee Gees dan King Diamond.

XPDC - MdLey Rugged


Seperti album Ella USA, album kompilasi XPDC MdLey Rugged (tak tau kenapa medley dieja sedemikian) ini juga diperolehi hasil bantuan saudara Portdy setelah membaca komen aku dalam entri Kita Peng-Yu blog Berteromber.

Inverno Mahkota Perit Parade?
(P)(C) 2005 XPDC Production, Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records) Malaysia. Tapi masih dengan standard CD Malaysia dengan inlay sekeping lipat dua yang kurang memuaskan hati.

Aku bukanlah peminat tegar XPDC (seriously, sehingga kini aku cuma ada album medley ni), tapi disebabkan lagu-lagu XPDC selalu berkumandang semasa aku menuntut di USM dulu (ramai rakan-rakan USM aku suka XPDC, pengaruh Majalah Ujang kot?).

Apabila mendengarnya kembali, secara tidak langsung pasti akan mengembalikan nostalgia era tersebut. Lebih-lebih lagu balada seperti Hentian Ini, Titian Perjalanan, Aku Masih Di Sini, Nafisa dan Teman.


Album ini merupakan album Melayu pertama yang aku dengar sebagai peneman pemanduan jarak jauh ketika mula-mula memiliki kereta dahulu (2006) selain album-album artis barat dan Jepun (anime). Ketika itu, aku hanya memiliki versi CD-R yang disalin (CD-copy) daripada CD original rakan sekerja peminat XPDC.

Walaupun dinyanyikan sepenuhnya oleh Ali, tapi beliau dapat menyanyikan lagu-lagu yang pada asalnya untuk julat vokal Mael dengan begitu baik (mungkin ada perubahan key @ transpose kot). Muzik? Memang berat, memang metal, memang chuggah-chuggah! Seperti yang dikatakan (apa nak dikata?) oleh rakan-rakan peminat XPDC - metal di Malaysia menjadi mainstream disebabkan XPDC.

Pada rakan-rakan peminat tegar XPDC, jika anda ada album ni, aku tunggu ulasan anda...

_____
Ada apa: Credits to Bapak Nemut-Nemut.

26 Disember 2004


Bila tengok Buletin Utama sebentar tadi baru teringat sesuatu... 10 tahun yang lepas, hari ini, waktu tu aku masih menetap di Penang (Sungai Dua, Gelugor).

Pagi-pagi lagi rakanku yang berada di Butterworth menghantar SMS mengatakan ada gegaran dirasai di kawasannya. Aku tidak mengendahan SMS tersebut kerana masih mamai (pagi Ahad beb).

Linked from somewhere on the net.
Sebelah petang pula, selepas menonton filem Kung Fu Hustle di premis Mega Pavilion (sekarang Cathay Cineplexes), Kompleks Bukit Jambul, seorang lagi rakan yang dijumpai ketika itu memberitahu bahawa di area Batu Feringghi ada "bencana alam".

Kebetulan sebelum balik aku menapau membeli nasi kandar di restoran Pandan Hijau, sempat jugalah menjenguk Berita Wilayah TV1 yang sedang bersiaran ketika itu menunjukkan kerosakan yang dialami di area Batu Feringghi dan Balik Pulau.

Jika bukan disebabkan info rakan-rakan tadi dan berita TV pasti aku akan terpinga-pinga kerana tak sampai lima minit selepas beredar dari restoran, aku dihubungi oleh abang aku menerusi telefon bertanyakan di mana aku berada...

_____
Ada apa: Tapi Kung Fu Hustle memang lawak epik!

Christmas 2014


Selamat Hari Natal, Krismas (atau apa sahaja istilahnya) kepada rakan-rakan bloggers dan pengikut blog AADI yang menyambutnya...


Masa untuk cuti-cuti 1Malaysia balik kampung meraikan Krismas bersama keluarga Mrs. Ijau (in-laws) di Dalat.

_____
Ada apa: No present for Christmas, sorry...

Wordless Wednesday: Daymare Before Christmas, Three Years Ago...



24/12/2011
Gambar cilok.
_____
Ada apa: Menunggu versi "re-visited" MUP.

Hepi;) Disember 2014


Rasanya seperti sudah lama tidak jamming sebagai entiti 3-piece Hepi;). Jumaat minggu lepas dapat juga meluangkan masa ber"hepi-hepi" jamming di 36 Studio.

Bob Kandar kembali selepas berkabung hampir dua bulan.
Beberapa bulan kebelakangan ini cuma dapat jamming secara duo (kes melepas gian) bersama-sama Azrol sebulan sekali, praktis beberapa lagu cover daripada album Menakluk Kosmos (Gurindam Mahsyar, Komplikasi Pramaya) dan beberapa lagu classic rock lain.

Bersama MUP? Entahlah, agak payah untuk mencukupkan korum jamming sebagai entiti MUP.


Azrol tetap konsisten kerana walaupun kurang aktif bersama Hepi;) atau MUP, tetapi masih aktif bersama Ana & The Scene (ATS) untuk persembahan dalam mahupun luar Bintulu.


Aku? Lagu-lagu "playsafe" (those Iron Maiden stuff) pun dah jadi "un-safe" habis semua berterabur, mungkin disebabkan lama tak main lagu-lagu tersebut kerana fokus kepada lagu-lagu cover baru. Vokal pun dah tak dapat tarik tahap "air-raid siren" macam dulu-dulu. Mungkin faktor usia...

Berkebarangkalian ini merupakan sessi jamming terakhir untuk tahun 2014, tahun yang agak dorman dan kurang produktif...

Gambar-gambar © dicilok daripada Facebook Bob Kandar.

_____
Ada apa: Faktor usia...

One Last Time?


Meluangkan masa untuk menonton filem ketiga trilogi The Hobbit - The Battle Of The Five Armies malam semalam di Star Cineplex, City Point.


Ironinya, hanya filem ketiga ini sahaja yang aku tonton di pawagam. Filem pertama An Unexpected Journey tengok versi sedut manakala filem kedua The Desolation Of Smaug layan DVD versi Jack Sparrow.

Tidak seperti trilogi LOTR sedekad yang lepas, yang wajib ditonton semasa tayangan perdana (premier show) dengan jiwa yang berkobar-kobar.

Entri lama.
Entahlah kenapa trilogi The Hobbit ni kurang epik dan impak (pendapat peribadi) berbanding LOTR. Agaknya mungkin faktor usia (aku) kot... Selebihnya, tak perlulah aku *spoiler*kan.

#OneLastTime

_____
Ada apa: Tapi sekurang-kurangnya watak Bilbo lebih maskulin berbanding Frodo, keh keh keh...

Antara MS-70CDR Dan Music Bliss


Harta rampasan perang kedua jualan akhir tahun (YES) 2014 ialah Zoom MS-70CDR Multistomp Chorus/Delay/Reverb pedal.


Seperti tahun lepas, tahun ini ia masih tidak disenaraikan dalam katalog YES Pusat Muzik Reco. Oleh sebab itu aku mendapatkannya daripada Music Bliss yang juga merupakan premis terlibat dalam kempen YES CK Music.


Pedal ini sebenarnya menggantikan MS-50G yang telah menjadi satu daripada item pertukaran (trade) dengan Taka bulan lepas.


Tidak seperti MS-50G, MS-70CDR ini tidak mempunyai distortion/drive pedal dan amp modeling, tetapi hanya fokus kepada efek-efek selepas pre-amp iaitu chorus, delay dan reverb sahaja (hence the acronym CDR) dan kuantitinya lebih banyak berbanding yang terdapat pada MS-50G. Pedal yang amat sesuai digunakan pada effects loop "send-return" sesebuah amp (jika ada).


Jika anda merasakan pedal stompbox jenis chorus, delay, reverb jenama-jenama besar seperti Boss, MXR, Electro-Harmonix, Vox, Korg, TC Electronic, dll agak mahal (memang mahal pun), pedal ini merupakan alternatif yang agak ekonomi dan berkualiti.

_____
Ada apa: Ia juga boleh digunakan untuk efek bass, +1 for that!

Ada Apa Dengan Pokka Premium Milk Coffee?


Jika minggu lepas versi teh susu, minggu ni versi kopi susu pula - Pokka premium milk coffee.


Rasanya lebih kurang sama seperti kopi Pokka dalam tin, cuma harganya agak premium (duh~). Tapi jika diikutkan harga per isipadu, yang dalam botol ni lebih berbaloi (RM3.00 per 500ml) berbanding tin (RM1.80 per 240ml) - you do the math.

_____
Ada apa: Pokka green tea jasmine belum terbuat entri lagi.

Wordless Wednesday: Metal Rules




_____
Ada apa: Bukan Metal Brain Asylum ye...

Poli Hitam Kelam


Harta rampasan perang pertama untuk jualan akhir tahunPB-03) polyphonic pedal tuner, yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco beberapa minggu lepas. Korg sememangnya sinonim dengan penghasilan tuner yang jitu, pantas dan sensitif.


Ya sememangnya aku sudah memiliki beberapa buah tuner jenis clip-op (Korg Pitchclip, Korg PitchHawk-G, D'Addario NS Micro) dan jenis candybar (Korg GA-1), tapi inilah tuner pertama aku jenis pedal. Ironinya hampir semua tuner yang aku ada adalah berjenama Korg.


Rasanya tak perlulah aku ceritakan macam mana tuner ni berfungsi, kan? Tengok video di bawah ni pun dah cukup.


Semasa menala, tiada signal yang melaluinya (muted), oleh itu pedal ni juga sesuai dijadikan sebagai makeshift circuit breaker (pemutus litar?). Rasanya anda boleh fikirkan kegunaan praktikal circuit breaker semasa gig atau persembahan awam.


Satu lagi kelebihan yang ada pada Pitchblack Poly ni (yang mungkin juga ada pada pedal tuner jenama lain), ia mampu menerima arus masuk yang besar melebihi 600mA dan juga boleh menyalurkannya keluar (relay) kepada pedal lain dengan arus 200mA, arus yang sesuai untuk pedal sensitif kepada arus seperti Boss dan Digitech.

Spesifikasi lain boleh layari website rasmi atau baca manualnya.

_____
Ada apa: Kenapa perlu banyak tuner?

Buku Si Eli


Semenjak dapat akses percuma (preview) kepada saluran Fox Action Movies (ch434) dan beberapa saluran baru Astro, dapat juga layan beberapa filem aksi lama dan yang tak berapa baru yang sebelum ini tidak sempat/pernah ditonton di mana-mana medium (pawagam, VCD/DVD, TV, sedut).


Satu daripadanya ialah The Book Of Eli, sejak minggu lepas aku mengejar siarannya kerana minggu sebelumnya hanya sempat menonton sekerat-sekerat kerana waktu siaran yang tidak mesra keluarga. Baru malam tadi berjaya menontonnya dari awal sampai habis.

Ok, dalam entri ni bukanlah niat aku nak buat ulasan mengenai filem tersebut, tapi yang pasti apa-apa filem (aksi) yang dibintangi oleh Denzel Washington pastinya hebat.


Sebagai seorang peminat genre post-apocalypse (dan filem aksi amnya), latar belakang filem ini mempunyai persamaan dengan game dalam siri Fallout - post-nuclear war, civilization crumbles, survival, in search of lost (pre-war) knowledge - aku rasa pengarah filem ni Hughes bersaudara juga merupakan peminat siri Fallout.


Terasa nak main semula game Fallout 3 atau Fallout New Vegas dengan watak ala Eli (African American, skills; unarmed, melee weapons, small guns).

Pada babak akhir filem ni (semasa Lombardi meletakkan buku di atas rak), terselit metafora yang amat bermakna - walaupun dunia dan tamadun musnah, agama samawi dan ilmu wahyu tetap terpelihara.

All images linked from somewhere on the net.

_____
Ada apa: Oh ya, kalau Portdy mesti dia akan cerita pasal Mila Kunis.

Burnley Soldering Paste


Tak sangka pula pes ringkas macam ni dapat membuatkan kerja-kerja pematerian menjadi lebih senang dan kemas...


_____
Ada apa: Belum terjumpa lagi website rasmi produk ni.

Ada Apa Dengan Pokka Premium Milk Tea?


Minuman teh susu agak susah diperolehi dalam bentuk tin atau botol berbanding kopi susu. Mungkin disebabkan teh susu mempunyai jangka hayat "shelf life" yang pendek dan tidak dapat disimpan lama. Hanya terdapat beberapa jenama sahaja yang mengeluarkan minuman teh susu, antaranya Pokka.


Mengikut pengalaman aku, berbanding kopi susu (Nescafe, Alicafe, Wonda, dll), tiada minuman teh susu segera botol atau tin yang dapat menandingi teh susu sama ada versi tarik, atau versi ais yang dibuat segar (freshly made).

Begitu juga dengan teh susu Pokka ni, walaupun ia berkategori premium kerana harganya pun agak premium (duh~) RM2.80-3.20 sebotol, tetapi rasanya tidaklah sepremium mana, terasa seperti teh susu jenis bancuh segera 3-in-1 jenama tertentu. Berbeza pula dengan versi kopi (Pokka Premium Milk Coffee) akan menyusul kemudian dalam entri lain.

_____
Ada apa: Minuman teh lemon lagi best.

2014 YES GAS: Electro-Harmonix Metal Muff


Electro-Harmonix (EHX) Metal Muff - beberapa tahun lepas aku pernah memiliki versi usu (Pocket Metal Muff). Tetapi ia telah di"letgo" beberapa bulan kemudian kepada seorang rakan Facebook melalui sistem pertukaran (trade).


Lagipun ketika itu aku lebih selesa menggunakan multi-fx (namely G2Nu) berbanding efek jenis stompbox, sebab itu hampir semua stompbox yang aku miliki telah di"letgo".

Imej TheGuitarAddict.
Seperti kes DS-1 dan Satchurator, kini terGAS kembali untuk memilikinya. Tapi kali ni mungkin ada baiknya aku mencuba versi abang ngah (Micro Metal Muff) atau versi abang long (Metal Muff Top Boost) terus, memandangkan tawaran jualan akhir tahun yang sukar ditepis...

_____
Ada apa: Muffin.

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Notis? (Part 6)




_____
Ada apa: Bon Jovi eh?

Autopsi Joyo Crunch Distortion


Terbaca beberapa info menarik mengenai pedal Joyo Crunch Distortion (JF-03), iaitu sebuah klon MI Audio Crunch Box (klasik) daripada beberapa forum kepedalan di internet.


Info daripada website rasmi MI Audio mengatakan terdapat satu lagi tombol dalaman yang digelar "INTERNAL PRESENCE CONTROL – for adjusting the ‘shape’ of the Crunch Box’s sonic footprint" di dalam pedal Crunch Box.

Imej MI Audio.

Demo GSMexico.

Dah tak ada kerja malam tadi, sempat juga menjenguk...


Ya, terdapat satu tombol kecil pada bahagian belakang papan litar, mungkin inilah tombol PRESENCE yang dimaksudkan.

Close-up, that yellow mini knob.
Belum berkesempatan untuk membuat perbezaan bunyi dengan melaras tombol PRESENCE. Buat masa ini aku menggunakan DS-1 sebagai pedal distortion utama (Satchurator disimpan untuk koleksi). Mungkin sekali-sekala perlu bawa pedal JF-03 semasa jamming untuk perbandingan bunyi dengan DS-1 pada volume yang tinggi...

_____
Ada apa: Nak bunyi lebih metallic, guna Death Metal.

Fishman Presys Acoustic Preamp


Memperolehi set preamp akustik Fishman Presys (OEM-PSY-101) daripada eBay. Presys ni merupakan model OEM dan tidak dijual secara runcit, tapi masih mudah didapati secara borong (wholesale/bulk) secara online.


Disebabkan preamp asal pada Taka (Takamine ED20C) bermasalah, aku mula mencari preamp gantian. Ternyata dalam eBay ada banyak preamp gantian "cap ayam" pada harga yang amat murah (~RM20). Tapi dah alang-alang terjumpa preamp berjenama Fishman dijual pada harga tersenyum berbaloi, rembat Fishman teruslah...

Image source.
Buat masa ni, aku belum ada mood (dan perkakasan, terutamanya jigsaw) untuk menukar dan memasang Presys ni pada Taka. Lebih-lebih lagi disebabkan faktor dimensi preamp asal TS-1N yang agak panjang berbanding Presys.

Jika dipasang dengan Presys, pasti ada sedikit kaviti lebihan yang akan mencacatkan penampilan gitar tersebut. Aku perlu mencari idea dan alternatif bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lepas ni nak cuba hubungi Yustech atau Nonuz untuk nasihat pakar.


Worst case scenario, mungkin aku akan cari preamp lain yang berdimensi lebih kurang sama dengan TS-1N (cap ayam pun cap ayamlah). Manakala Presys kelak mungkin akan diiklankan di GKC, Facebook, Mudah atau LYN.

_____
Ada apa: Atau biarkan saja Taka tanpa elektronik.

Vox amPlug 2 Metal


Satu daripada harta rampasan perang jualan akhir tahun daripada Pusat Muzik Reco semasa "Black Friday" minggu lepas. Walaupun dipesan oleh seorang rakan seMUUV, tapi setelah mendapat kebenaran untuk "memandu-uji"nya sebelum ia dituntut malam nanti, dapatlah juga modal buat entri untuk kali ni.

RM150 tu harga runcit.
Akupun sebenarnya pernah terGAS untuk mendapatkan amPlug 2 Metal (seperti dalam entri ni). Tapi kebetulan rakan ni juga berminat dengan amPlug yang sama, dapat jugalah dijadikan mangsa bahan ujikaji percubaan (trial) - kalau best, aku akan membelinya semasa "pusingan kedua" nanti. Kalau tak, faham-faham sajalah, hehehe... (Pok, if you're reading this, sorry~)


Input jack yang boleh dilaras pada empat darjah kedudukan (45°, 90°, 135° dan 180°) merupakan perbezaan utama antara amPlug 2 ni dengan amPlug generasi pertama yang memiliki input jack statik. Memiliki tiga tombol untuk melaras GAIN, TONE, VOLUME, juga memiliki tiga jenis preset modulation; CHORUS, DELAY, REVERB.


Dari segi bunyi, ia tak jauh beza daripada bunyi modelling US METAL (Rectifier) yang ada pada Vox StompLab, Valvetronix+ dan Korg Pandora Mini, mungkin disebabkan ia berkongsi teknologi yang sama kot? (Korg adik-beradik Vox). Walaupun tidak setanding dengan bunyi Rectifier yang ada pada Line 6 Pod HD-series, tapi untuk kegunaan santai atau warm-up sebelum gig, ia sudah mencukupi.

Yes, made in Japan.
Pendapat peribadi - Beli jika anda (1) suka gajet kecil-kecilan, (2) suka setup ringkas terus ke headphone tanpa sebarang pedal (3) seorang pengumpul (collector) barangan Vox. Jangan beli jika anda (1) mengharapkan kualiti bunyi berdefinasi tinggi seperti Line 6 Pod HD-series (2) dah ada efek mobile lain yang boleh digunakan bersama-sama headphone - seperti Pandora Mini, Pocket Pod atau amPhone.


Disebabkan aku sudahpun memiliki Pandora Mini yang memiliki modelling Rectifier yang lebih kurang sama kualiti bunyinya, jadi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya pada "pusingan kedua" nanti.

_____
Ada apa: Ulasan temberang je ni...

Wordless Wednesday: Advance Wireless System



Assalamualaikum, TV Al-Hijrah 16/11/2014
_____
Ada apa: Ada sesiapa kenal siapa "artis" tersebut?

Creedence Clearwater Revival - At The Movies


Pada mulanya nak masukkan dalam entri guilty pleasure, tapi tak jadi sebab Creedence Clearwater Revival (CCR or just Creedence) adalah sebuah band rock... Yes classic rock at it's best, John Fogerty's vocal was epic.


Aku dah target kompilasi CCR (unofficial) 3CD dalam katalog estock_deutschland, tapi ia telah dibeli beberapa minit (Berteromber kot?) selepas aku klik masuk dalam "watch list", kompilasi At The Movies ni pula menjadi pilihan kedua, seperti biasa diperolehi dengan harga tersenyum €3.09 (RM13.36).

Kompilasi ni merupakan himpunan lagu-lagu CCR yang pernah menjadi lagu latarbelakang dalam filem-filem (pra-1999) seperti An American Werewolf In London, The Waterboy, Twister, Michael, Blade, Forrest Gump, dll. Biasanya lagu-lagu CCR ni sering dikaitkan dengan filem-filem cliche Perang Vietnam.

(P)(C) 2000, Fantasy Inc. Made in Germany.
Menurut Wikipedia, album kompilasi ni merupakan keluaran tahun 1985, tapi versi yang aku perolehi ni merupakan versi tahun 2000 dengan tambahan lima buah lagu.

Sebenarnya walaupun aku selalu dengar lagu-lagu CCR, tapi tidak mengenali nama kumpulan ini sehinggalah aku menonton filem Die Hard 4.0, babak McClane tengah kutuk Farrell sebab tak pernah kenal CCR, waktu tu lagu Fortunate Son sedang dimainkan oleh stesen radio.

Les Paul Custom wooo...
Awal 80an dulu, waktu abang sulung aku selalu pasang kaset lagu-lagu Mat Salleh seperti Air Supply, Bee Gees, ABBA, The Carpenters, Jackson 5 dan CCR. Mendengar kembali lagu-lagu CCR pastinya menggamet memori zaman kanak-kanak.

_____
Ada apa: Lookin' Out My Back Door versi cover Children Of Bodom memang lawak.

Moody Monday: Perampas Dana (Part 10) Versi Year End Sale


Tidak seperti tiga tahun lepas, kali ini ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada hari sebelumnya.


Mungkin juga disebabkan kealpaan diri menggunakan "jus" berlebihan semasa membersihkan ruangan kabin semalam tanpa menghidupkan enjin.

Oleh sebab itu, dana-dana yang bakal disalurkan untuk memuaskan nafsu barangan Year End Sale 2014 terpaksa dirampas tanpa belas kasihan, melepaslah seketul pedal wah.

_____
Ada apa: December to remember...

Black Friday Haul From Reco


Pusingan pertama bersempena Year End Sale 2014. Barangan diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, kebetulan pula ia diterima pada hari Black Friday.

Abaikan harga pada label, itu harga runcit bukan harga YES.
Hanya pedal tuner Pitchblack Poly sahaja yang aku punya, tuner PitchHawk-G (aku dah ada) dan amPlug 2 Metal merupakan pesanan tumpangan daripada rakan MUUV. Manakala tali gitar akustik jenama Good Strings (duh~) sebagai penggenap bayaran.

Bila dah cuba "pandu uji" amPlug tu, macam hilang pula rasa GAS...

_____
Ada apa: Credits to Miss Ng of Reco.

Ada Apa Dengan Alicafe Latte Dan Caramel?


Terjumpa dengan Alicafe tin klasik (bukan Alicafe tin dengan tongkat ali) di pasaraya BB dengan dua perisa baru(?) - latte dan caramel. Rekabentuk tinnya pun nampak menarik, agak ceria, urban dan "remaja" (youthful).


Dibuat oleh pawarut Power Root (M) Sdn. Bhd. Jenama Alicafe ni boleh dikatakan dah masuk tahap "household brand" seperti Nescafe, Maggi, dll. Terima kasih kepada Astro dan Akademi Fantatsia.

Rasa? Perisa caramel pada pendapat aku agak sedap, terasa lemak karamelnya berbanding perisa latte yang tak jauh beza macam rasa Alicafe klasik. Dengan harga runcit sekitar RM1.80-2.20 untuk setin berisipadu 240 ml, kira agak berpatutan dan boleh bersaing dengan kopi tin jenama lain seperti Nescafe dan Wonda.

_____
Ada apa: Jenama Pokka belum terbuat entri.

Wordless Wednesday: Buah Tunjuk Langit?



Skypoint fruit?
_____
Ada apa: Takziah buat Korawk.

Ada Apa Dengan 2014 CK Music Year End Sale?


Jualan akhir tahun CK Music kembali lagi, bermula semalam sehingga akhir tahun (kebetulan hari ni sindrom Tony Stark). Katalog jualan versi PDF boleh dimuat-turun di sini.

Imej CK Music.
Tapi semenjak YES tahun lepas, disebabkan tiada staff CK Music yang berkelapangan melayan pesanan dan karenah pembeli atas talian seperti aku (owh I miss Bro Amizan), adalah lebih mudah rasanya berurusan dengan outlet YES lain yang terlibat, contohnya Pusat Muzik Reco, atau mencuba nasib di Music Bliss dan Amplitude Music.

Imej cilok.
Dan seperti tahun lepas juga, tiada lagi rasa GAS terhadap gajet tahap "big guns", hanya berminat dengan gajet dan aksesori kecil-kecilan seperti amPlug 2, Pitchblack Poly (tuner lagi?) dan/atau mungkin sebuah metronome kecil.

_____
Ada apa: Korawk, side order?

Mirage Turns Three


Seperti Goldie, tahun ini juga Mirage aku (LTD M-103FM) genap tiga tahun berada dalam axology. Dan seperti cerita tahun lepas, bila dah lama berada dalam axology dan digunakan hampir setiap hari (as a bedroom guitar), rasa sayang pun makin menebal...

Flamed maple veneer.
Sebelum menservis gitar Cort X-11 kepunyaan Azrol bulan lepas, sempat membandingkan kedua-dua superstrat ni. Feel dan berat hampir sama, dua-dua guna kayu basswood, cuma neck X-11 lebih nipis (senipis neck Ibanez RG) berbanding Mirage yang agak bulat.


Selain sebagai bedroom guitar, ia juga dijadikan sebagai gitar sokongan (backup guitar) semasa gig atau persembahan awam sekiranya gitar utama aku ataupun X-11 Azrol bermasalah (shit happens), contohnya semasa Bintulu Bike Week 2013.


Sekarang Mirage telah dipasang semula dengan pikap asal setelah berkali-kali dieksperimentasikan dengan pelbagai jenis pikap (Tesla, Bill Lawrence, Entwistle). Selepas ini, rasanya lebih berbaloi jika aku upgrade bridge (from fragile Floyd Rose Special to Gotoh GE1996T) berbanding tukar pikap.

_____
Ada apa: Yes, that Hammett vibe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (65) 58 explorer (9) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (49) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (87) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (131) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (610) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (175) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (73) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (315) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (46) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (21) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger