Wordless Wednesday: Lost In The Vox (Part 2)




_____
Ada apa: Dah kena penangan Vox...

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 8)


Bungkusan agak besar ni dituntut sendiri di pejabat pos Bintulu Sabtu lepas dan beralamat daripada Pusat Muzik Reco (lagi).

Ini bukanlah kesinambungan harta rampasan perang Year End Sale 2013 daripada Reco seperti bungkusan-bungkusan sebelumnya, kerana ia tidak disenaraikan sebagai barangan YES.


Ia berisi satu set sistem mikrofon tanpa wayar (wireless microphone) berjenama Iva model UX-4P. Sebenarnya benda ni dipesan oleh Bob Kandar sebagai gajet tambahan untuk bisnes sampingan beliau iaitu sewaan karaoke dan PA system yang sedang dinaiktaraf.


Antara sebab Bob Kandar memilih model ni kerana ia mempunyai dua unit mikrofon berbanding satu unit pada set jenama/model lain - Samson, Wharfedale Pro, Line 6, dll - selain memikirkan faktor ekonomi (jenama lain mahal woo~).

Oleh sebab ia adalah hak milik Bob Kandar, aku tak sampai hati nak buka bungkusan plastik yang selebihnya, biarlah tuan punya saja yang membukanya. Dengan kata lain, tiada ulasan teknikal mahupun peribadi AADI mengenai benda ni.


Oh ya, juga mendapat dua keping pick Ibanez heavy dan Dunlop Ultex Hetfileld Black Fang (lagi) kali ni bukan sebagai penggenap bayaran, tetapi sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada Reco.

_____
Ada apa: Ada lagi projek besar Bob Kandar bakal menyusul...

IDK Sig Wannabe Mark IV (Part 3)


Baru saja minggu lepas aku buat entri pasal warna/kemasan terbaru untuk Ibanez SR300 iaitu metallic forest (MFT), semalam pula menerima gambar "beracun" daripada tauke Dead Eye Guitars (DEG).

Image courtesy of DEG.
Lokasinya di sebuah premis menjual alat muzik terkemuka di Ibu Negara. Maknanya benda ni memang sudah ada di Malaysia. Oh man!~ (dengan nada bunyi ala Swiper).

Seriously, this kind of teasing really bothers me (in a good way, that is).

_____
Ada apa: Mark I, Mark II, Mark III.

Tonton Riddick Sampai Muak


Aku tidak berkesempatan menonton filem ketiga dalam siri The Chronicles Of Riddick yang bertajuk Riddick (just Riddick) di pawagam tahun lepas. Dulu aku seorang kaki wayang, sekarang ni agak susah meneruskan status tersebut atas beberapa faktor yang tak perlu aku huraikan.

Bila Astro mula mengiklankan filem ini untuk "disewa" selama 48 jam dalam channel Astro Best, aku tidak teragak-agak untuk menyewanya (aku memang suka filem bergenre sci-fi). Cuma aku rasa sedikit terkilan sebab filem ini tidak terdapat dalam versi HD.

Image linked from somewhere on the net.
Setelah menontonya beberapa kali sampai muak (2-3 kali penuh, 5-6 kali sekerat-sekerat) dalam tempoh sewaan 48 jam, dan untuk mengurangkan "spoiler" kepada mereka yang belum menontonnya (duh~), aku senaraikan tiga ulasan pendek mengenai filem ni:
  1. Plot, feel dan latar belakang yang bagus, membawa semula filem ni kepada suasana "backwater strayed planet" (planet called "Not Furya" hahaha) seperti filem Pitch Black, dan tidak di-Star Wars-kan seperti filem The Chronicles Of Riddick.
  2. Aku harapkan sesuatu yang epik daripada watak Diaz (lakonan Dave Batista). Tapi sayang, Diaz hanyalah watak yang gah dengan hype Batista sahaja. Aku rasa watak William J. Johns dalam filem Pitch Black lagi epik.
  3. Walaupun memiliki teknologi hebat boleh bina kapal angkasa merentasi cakerawala, tapi pemburu upahan dalam filem ni masih lagi menggunakan senjata api "low-tech" berpeluru konvensional - 9mm pistol, level action shotgun, assault rifle, sniper rifle - kecuali beberapa unit plasma/lightning gun. Mungkin mereka tidak mempunyai teknologi senjata yang canggih seperti Necromonger kot?
Diaz - Imej cilok Riddick Wikia.
Lepas ni jika ada lagi filem-filem menarik (sci-fi or action) diiklankan dalam Astro Best, mungkin aku akan menyewanya. Dengan harga sewaan RM10.60 boleh tonton berkali-kali sampai muak dalam tempoh 48 jam, aku rasa amat berbaloi (lagi-lagi kalau filem tu ada versi HD).

_____
Ada apa: Dah lama aku tak sedut filem, demi untuk menjimatkan bandwidth.

Wordless Wednesday: Sekitar BRRU Rock Nite 2013 (Part 2)




_____
Ada apa: Skip terus ke @3:28 la, hehehe~

Sekitar Jammed Of The Beast Episode #2


Sessi jamming beramai-ramai kelolaan Korawk telah masuk musim kedua dengan Jammed Of The Beast Episode #2 (JOTB#2), diadakan Sabtu lepas (18/1/2014). Seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan. Walaupun dijadualkan bermula 11.00 pagi, tapi atas sebab-sebab teknikal sessi hanya bermula selepas 12.30 tengahari.


Notis yang terang dan jelas menyatakan ini hanyalah sessi jamming dan bukannya gig, tapi masih ada komen-komen bengap di Facebook mengatakan penonton yang datang tak rock sebab duduk diam kaku tak ada headbanging, moshing dan sebagainya. Apa kau ingat ni studio bapak kau?

Imej cilok Facebook 36 Studio.
Metuk Ulau Project menjadi warm-up band untuk JOTB#2 ni. Sessi kali ni tidak disertai oleh Adi Herman dan Bob Kandar atas masalah keluarga dan komitmen kerjaya. Walau bagaimanapun MUP disertai oleh Rashid "COG" Malim (MUP co-founder, 2nd drummer) dan juga Arep, rakan seperjuangan Adi Herman dalam Tresno yang bergilir-gilir secara tag-team menjadi tukang pukul untuk sessi kali ni.

Imej cilok Arep Facebook MUUV.
Walaupun dah ada setlist yang dipersetujui beberapa hari sebelumnya, terdapat beberapa lagu yang kurang menjadi terutamanya lagu-lagu 90s alternatives seperti Wonderwall, Big Me dan Animal Instinct. Mungkin disebabkan line-up yang agak impromptu dan kekurangan latihan (atau tiada komitmen?).

New Zooms debut. JOTB#1 setlist?
Selain Mirage, aku hanya menggunakan MS-50G untuk sessi kali ni (no heavy artillery involved) dan juga H1 untuk rakaman. Tapi sayangnya aku lupa on suis AUTO LEVEL pada belakang H1 ni. Maknanya semua rakaman bunyinya pasti teruk kerana rakaman bingit dibuat tanpa compression... Hehehe, rookie mistake.


Band kedua yang berjamming ialah Ana & The Scene (ATS), antara band indie/alternative yang terkenal di Bintulu. Chop Sudir (vokalis/gitaris) beraksi dengan Squier VMTC2 yang telah dipasang tali gitar baru beberapa hari lepas.


Azrol? Yup, Azrol secara rasminya telah menjadi gitaris pinjaman bermusim (seasonist) ATS untuk masa-masa tertentu. Bassist Zul juga agak konsisten memainkan bassline.

ATS memainkan lapan buah lagu, empat lagu sendiri; Sari Rasa, Sekejap Masa Lagi, Di Sebalik Cahaya, Someday - dan empat lagu cover; lagu band Padi (aku lupa apa tajuk), High And Dry, Everlong, For Whom The Bell Tolls (featuring yours truly on vocals). Aik? ATS main metal? Sesuatu yang agak rare...


Mizie, drummer ATS yang sungguh bersemangat dan berdisiplin. Menggunakan mp3 lagu asal yang dipasang pada smartphone (via earphone) sebagai "metronome" untuk mengawal beat supaya tak terlalu laju atau lambat ketika memainkan lagu-lagu cover.


Sebenarnya aku agak cemburu dengan ahli kumpulan ATS ni, semuanya nampak bersemangat dan menunjukkan 100% komitmen (termasuk Azrol walaupun hanya seasonist).

Aku harap ciri-ciri seperti itu juga ada pada ahli kumpulan MUP yang lain. Tak perlulah komitmen sampai tahap macam artis, cukuplah dengan kesungguhan apabila diberikan tugasan berlatih lagu cover baru mahupun feedback dan idea untuk membuat lagu/lirik sendiri. Taklah nanti asyik "playsafe" main lagu-lagu yang sama saja ketika jamming, gig mahupun persembahan awam.

Staff 36 Studio dan "penganjur" sedang khusyuk layan ATS.

Band ketiga ialah My Eyes See Ghost, band deathcore muda remaja berpotensi yang menampakkan kesungguhan dan komitmen walaupun dengan kekangan material dan equipment. Ini dapat dilihat menerusi lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk Fear The Titans.

Walaupun aku tak layan sangat genre deathcore, tapi sebagai seorang peminat muzik rock/metal secara amnya - nah inilah generasi pelapis yang bakal meneruskan perjuangan metal di Bintulu.

Aku terpaksa balik awal kerana kuota masa hanya terhad sehingga jam 4.00 petang, selepas itu masa diperuntukkan untuk bersama keluarga. Jadi aku tak sempat menonton persembahan Nogas, Erectus dan Rotting Christ (parody).


Sebelum terlupa, sessi JOTB#2 kali ni juga merupakan "unofficial soft launching" split EP Curse Of God (COG) dan Erectus yang bertajuk Vaiehell Beheading Ritual. Info lanjut boleh lawat Facebook MUUV atau hubungi Adi Herman/Korawk.

JOTB#3 dengar-dengar Korawk nak jemput Megadeth.

_____
Ada apa: Sessi kali ni juga nampak agak teratur dan terkawal berbanding sessi sebelumnya.

Def Leppard - Vault


Baru-baru ni Berteromber ada bercerita pasal Def Leppard dalam entri blognya. Secara serius, aku bukanlah peminat Def Leppard yang tegar, aku tak pernah ada material mereka kecuali album kompilasi Best Of (versi Jack Sparrow) dan beberapa mp3.

Antara penyebab untuk aku mendapatkan album kompilasi Def Leppard ni - Vault: Def Leppard Greatest Hits (1980-1995), diterima Khamis minggu lepas pastinya daripada estock_deutschland.


(P)(C) 1995 Mercury Records Ltd. (London) diperolehi dengan harga tersenyum €3.13 (RM14.79) termasuk pengeposan percuma. Versi yang aku perolehi ni merupakan versi rilisan Eropah dengan CD bonus "Limited Edition Live CD (recorded at Don Valley, Sheffield)".


Tracklist
  1. Pour Some Sugar On Me
  2. Photograph
  3. Love Bites
  4. Let's Get Rocked
  5. Two Steps Behind
  6. Animal
  7. Heaven Is
  8. Rocket
  9. When Love & Hate Collide
  10. Action
  11. Make Love Like A Man
  12. Armageddon It
  13. Have You Ever Needed Someone So Bad
  14. Rock Of Ages
  15. Hysteria
  16. Bringin' On The Heartbreak
Limited Edition Live CD (recorded at Don Valley, Sheffield)
  1. Let's Get Rocked
  2. Armageddon It
  3. Foolin'
  4. Rocket
  5. Two Steps Behind
  6. Pour Some Sugar On Me
  7. Rock Of Ages
  8. Love Bites
  9. Photograph
Ada beberapa lagu mereka dari zaman penghujung 80an dan awal 90an yang memang memiliki "nostalgic value" mengingatkan kembali zaman-zaman meningkat remaja, lagu-lagu ballad seperti Love Bites, Two Steps Behind, When Love & Hate Collide, Have You Ever Needed Someone So Bad, Hysteria dan Bringin' On The Heartbreak yang selalu berkumandang di radio tempatan berbahasa Inggeris ketika itu.


Sehinggalah aku menonton filem Hysteria - The Story Of Def Leppard (aku lupa sama ada menerusi TV ataupun VCD) pada awal 2000an, barulah sedikit sebanyak aku mengetahui latar belakang dan kisah Def Leppard ni (terutamanya kisah tragis Rick Allen).

Yang selebihnya biarlah peminat tegar Def Leppard yang komen.

_____
Ada apa: I'll be two steps behind...

IDK Sig Wannabe Mark IV (Part 2)


Ini bukan model baru, tapi pilihan warna baru untuk bass Ibanez SR300 yang digelar metallic forest (MFT). Akhirnya setelah beberapa tahun, barulah ada warna hijau... GAS?




Harap-harap suatu hari nanti warna MFT ni akan ada pada siri-siri Roadgear (RG), Saber (S) ataupun Darkstone (DN).

All images linked from Ikebe-Gakki website.

_____
Ada apa: Kembali kepada Ibanez?

Jazz Light Chop's Telescotch


Malam tadi Chop Sudir (vokalis/gitaris Ana & The Scene) menghantar "Telescotch"nya (Squier Vintage Modified Telecaster Custom II aka VMTC2) untuk dipasang dengan tali gitar baru. Antara persiapan Chop untuk JOTB#2 esok.


Chop memilih untuk menggunakan D'Addario berbanding jenama-jenama lain yang ada dalam stok peribadi aku (Ernie Ball, DR, GHS, Dunlop).

Dan disebabkan kebanyakan stok tali gitar yang aku ada bersaiz hibrid 9-46, aku menggunakan lima tali pertama EBGDA yang ada pada Jazz Light Gauge EJ21 (12-16-24-32-42-52) dan menggunakan tali tambahan bersaiz 9 (backup) sebagai tali pertama... Voila! Instant 9-42 set.


Gunakan grafit (yang ada pada pensel 2B) sebagai "pelincir" supaya tali gitar kurang bergesel dengan logam pada saddle. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kebarangkalian tali putus akibat pergeselan. Aku dah lupa di mana aku belajar teknik ni, sama ada blog Bro Sub ataupun Youtube Stew-Mac.


Begitu juga pada nut, teknik ni selalu aku praktikkan setiap kali menukar tali gitar baru tak kisah nut jenis plastik, tulang, sintetik ataupun logam (locking nut Floyd Rose).

Tak lupa sedikit "cucian"... Dah terbiasa, rutin aku untuk membersihkan habuk dan residu jemari manusia yang tertinggal pada fretboard setiap kali memasang tali baru.

_____
Ada apa: MUP main alternatives, tapi ATS main metal? Hahahe pelik dan terbalik kali ni...

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 7)


Bungkusan poslaju beralamat daripada Pusat Muzik Reco (lagi) ni diterima Isnin lepas (13/1/2014) pastinya berisi harta rampasan perang Year End Sale (YES) 2013. Ya, Reco masih menjadi premis pilihan untuk YES 2013 atas sebab-sebab yang telah dijelaskan dalam entri sebelum-sebelum ni.

Walaupun tempoh promosi YES sudah tamat, tapi disebabkan Reco masih ada beberapa unit stok lebihan daripada promosi YES yang lepas, maka aku masih berpeluang mendapatkannya pada harga YES. Thanks again Miss Ng for smooth transaction.


Ia berisi Zoom H1 Handy Recorder, gajet yang amat berguna untuk merakam bunyi-bunyian (audio) secara terus kepada format digital (WAV atau MP3). Ia merupakan GAS tahun 2012 yang tidak kesampaian kerana dana-dana perhobian ketika itu dah habis disalurkan untuk Pod HD300.

Recorder, manual, bateri AA, SD card 2GB.
TerGAS untuk mendapatkannya setelah mendengar kualiti rakaman audio Zoom Q3HD kepunyaan Korawk yang digunakan untuk merakam beberapa sessi gig dan jamming (terutamanya ketika Oktoberfest 2012).

Kesemua recorder Zoom jenis audio dan video, mempunyai preamp/compressor yang akan melaraskan paras bunyi secara automatik supaya tidak pecah (distorted) semasa merakam bunyi-bunyian yang hingar dan bingit. Dan disebabkan aku tidak perlukan video untuk diarkib, maka aku memilih H1 sahaja.


Firmware telah diupdate kepada versi 2.0, membolehkan recorder ni berfungsi sebagai mikrofon USB yang boleh merakam terus bunyi-bunyian ke komputer menggunakan perisian Steinberg Wavelab LE yang disertakan atau perisian DAW lain kegemaran anda (aku suka guna Audacity).

Sesuatu yang amat perlu untuk membuat rakaman (vokal) di rumah tanpa perlu membeli gajet tambahan seperti USB audio interface untuk mikrofon konvensional.


Mikrofon stereo XY ikonik Zoom - teknologi sama seperti yang terdapat pada recorder utama Zoom iaitu H4n. Membolehkan bunyi-bunyian dirakam secara stereo bla bla bla... Bab-bab teknikal dan spesifikasi boleh baca di sini.


Seperti biasa, tambahan beberapa keping pick untuk menggenapkan bayaran. Kali ni aku memesan secara spesifik pick Dunlop Hetfield Black Fang PH112 (yang pada asasnya merupakan siri Ultex).

Dengan adanya recorder H1 ni, ia akan digunakan untuk merakam setiap sessi jamming dan gig (menggantikan Walkman NWZ-B152F yang digunakan sebelum ini) untuk kegunaan post-mortem dan diarkibkan.

_____
Ada apa: Accessory pack APH-1 mungkin akan diusahakan kemudian.

Wordless Wednesday: Seventh Blogger's Anniversary



Tujuh eh? Sekadar gambar hiasan, imej cilok.
Get your own free Blogoversary button!

_____
Ada apa: Sedikit sejarah AADI boleh baca entri ni.

Syahadah Tokyo


Sepatutnya pagi tadi aku menyertai kontinjen Jabatan di Esplanade Bintulu sempena sambutan Maulidur Rasul seperti tahun-tahun lepas (1434H, 1433H, 1432H, 1431H). Tetapi terpaksa berada di rumah untuk menjaga anak dan menemankan Mrs. Ijau yang sakit pening, muntah-muntah, cirit-birit (food poisoning). Sedikit cerita sambutan Maulidur Rasul di Bintulu boleh baca entri blog Barangkali Marus.


Sambil jaga anak, berkesempanan menonton siaran ulangan dokumentari Syahadah Tokyo yang disiarkan di TV9 pukul 9.00 pagi tadi (siaran perdana 31/12/2013 lepas tak sempat tengok). Tak sangka ramai tokoh Islam di Tokyo yang ditemuramah dalam rancangan ni mendapat hidayah semasa berada di luar negara (Timur Tengah, Afrika).

Satu fakta yang menarik dalam dokumentari tersebut mengatakan secara bancian hanya 35% penduduk Jepun yang betul-betul mempunyai pegangan agama (tak kisah Shinto, Buddha, Kristian, Islam, dll), selebihnya merupakan athiest, hidup tanpa pegangan agama (free thinkers?) - adakah disebabkan kehidupan mereka yang terlalu moden?

Bagi aku, hidayah itu datang apabila berkenalan dan berkahwin dengan Mrs. Ijau yang merupakan seorang saudara baru (melafaz syahadah pada 2008). Walaupun dilahirkan Islam, tapi selama ini (zaman bujang) aku memang leka dan lalai dalam bab-bab agama. Mungkin itulah hikmah berkahwin dengan saudara baru.

_____
Ada apa: Salam Maulidur Rasul 1435H.

Freddie Mercury - In Memoriam (The Very Best)


Aik? Aku tak pernah pun order album kompilasi Freddie Mercury ni? CD seterusnya dalam senarai pembelian aku daripada estock_deutschland sepatutnya Megadeth album Cryptic Writings. Ini mesti kes salah isi CD atau bungkusan tertukar label alamat dengan pembeli asal CD ni.


Lepas ni aku nak hubungi seller apa kes. Kalau dia suruh hantar balik memang aku tak nak... Ikut pengalaman aku, kos pos bungkusan macam ni ke UK lebih kurang RM20-30, dah lebih mahal daripada harga CD Megadeth yang aku order tu...

_____
Ada apa: Kalau dapat CD album kompilasi Queen takde hal~

Antara Imago Dan Koridor Pembangunan Bintulu


Antara perkara rutin untuk Imago aku sebelum balik kampung trans-Borneo melalui jalan darat (aka tour de Brunei) ialah servis berkaitan tayar - balancing, rotation, alignment. Kali ni aku kembali menghantarnya untuk servis di premis Metro Tyres, Parkcity.


Setelah diteliti, ada tanda-tanda dana perhobian aku bakal dirampas untuk membeli tayar baru (senasib macam TJ). Terdapat satu bonggolan pada tayar (bulges/bubbles), ni mesti kes terlanggar lubang di bulatan Assyakirin beberapa hari lepas (nasib baik rim tak bengkok).

Kalau setakat untuk pemanduan berulang-alik ke tempat kerja dan ronda-ronda sekitar Bintulu aku tak kisah pun benda ni, tapi bila memikirkan untuk pemanduan jarak jauh - safety first.

Tak dapat lari daripada vandalisme.
Sementara menunggu giliran Imago aku untuk diservis, sempat menjenguk sebuah taman yang aku rasa agak lengang tidak jauh daripada Metro Tyres - taman Koridor Pembangunan Bintulu(?) dengan senibina ikonik Cina.


Sebenarnya dah lama taman ni siap, tapi baru kali ni aku berpeluang menjejakkan kaki kerana setiap kali aku melimpas melalui taman ni, suasananya agak lengang seperti kawasan perkuburan. Ataupun ia menjadi tumpuan ramai pada masa-masa tertentu sahaja? Seperti Pantai Temasya dan Promenade (Bintulu Waterfront).

Aku harap wartawan smeteter Barangkali Marus akan buat liputan dan laporan mengenai taman ni (ye Cik Marus?).

_____
Ada apa: Boleh buat tempat rakaman videoklip karaoke ni.

Jammed Of The Beast Episode #2


Sekali lagi idea gila si Korawk untuk menganjurkan sessi jamming beramai-ramai - Jammed Of The Beast Episode #2.

Imej cilok.
Aku harap sessi kali ni "penganjur" dapat mengawal masa dan keadaan/situasi supaya tidak ada band yang main lebih masa, tidak potong-memotong slot dan tidak ada yang melanggar peraturan am studio seperti sessi yang lepas. Jika tidak, keistimewaan untuk menganjurkan sessi jamming beramai-ramai seperti ini akan ditarik balik oleh pengurusan studio.

_____
Ada apa: Tema Metuk Ulau Project untuk sessi ni ialah "90's grunge and alternatives".

Wordless Wednesday: Korg R Us



Clockwise: PC-1, AW-3G, PX-mini, GA-1.
_____
Ada apa: Pernah memiliki AX3000G suatu ketika dahulu.

Manowar - Louder Than Hell


Masih dikategorikan sebagai pembelian eBay 2013, diterima pagi tadi. Ya, pastinya beralamat daripada estock_deutschland lagi. Bungkusan kali ni berisi CD audio album studio kelapan Manowar - Louder Than Hell.


Diperolehi dengan harga tersenyum €4.34 (RM20.14), ini merupakan versi cetakan pertama (C)(P) 1996 Geffen Records, keadaannya jewel case nampak sedikit bermusim (seasoned) tapi tiada cacat cela pada inlay dan CD.


Pada pendapat aku, ini merupakan album Manowar "terakhir" yang betul-betul heavy metal, album-album selepas ini Warriors Of The World dan seterusnya Gods Of War dah agak cair metalnya kerana banyak bunyi-bunyian orkestra. Mungkin kemasukan semula Scott Columbus (RIP) untuk album ni juga antara faktor yang perlu diambil kira. Album terbaru mereka The Lord Of Steel tak pasti la pula, sebab belum dengar lagi...

Kecuali dua buah lagu instrumental Today Is A Good Day To Die dan My Spirit Lives On, kesemua lagu-lagu dalam album ni memang masyuk dan layan, termasuk ballad Courage. Disebabkan itu, album ni boleh aku kategorikan sebagai super album.

Lukisan Ken Kelly memang ohsem!
Antara album yang dilayan berabis (versi kaset) ketika bulan-bulan pertama aku menjejakkan kaki di USM pertengahan 1997. Ketika itu (naively) aku berpendapat Manowar adalah lebih heavy daripada Metallica (ironinya, dua-dua mengalami sindrom kecairan metal). Oh ya, dengan album ini juga aku berjaya me"metal"kan rakan sebilik aku yang agak nerd, hahaha...

Trivia
  • Versi kaset (Malaysian pressing) yang aku miliki tajuknya hanya Louder sahaja, kes censorship. Begitu juga dengan beberapa lirik dalam lagu yang ditapis, antara lirik yang aku perasan tiada dalam inlay kaset "had to punch my teacher out" untuk lagu Return Of The Warlord.
  • Aku juga pernah memiliki CD album ni versi AsiaLink beberapa tahun lepas tapi dah dilelong (good riddance).
[Edited 8/1/2014] Klik untuk ulasan album ni dalam versi Krenmaut.
_____
Ada apa: Battles are fought by those with the courage to believe...

Antara G2.1Nu dan MS-50G


Meluangkan masa malam tadi untuk menyalin beberapa patches kegemaran daripada G2.1Nu masuk ke MS-50G. Disebabkan MS-50G ni tidak serasi dengan perisian Edit & Share Zoom, maka proses penyalinan terpaksa dilakukan secara manual (main pulas-pulas tombol le~).


Selama aku menggunakan G2.1Nu (dan G2Nu sebelumnya) ada beberapa patches kegemaran yang selalu digunakan semasa jamming dan gig. Antaranya beberapa patches daripada G2.1DM (Mustaine) dan selebihnya patches yang diedit sendiri (mostly Iron Maiden sounds) mengikut pengalaman menggunakan G-series sejak 2009.

Walaupun menggunakan chip yang berbeza - ZFX-3 pada G2.1Nu dan ZFX-IV pada MS-50G (chip teknologi G3/G5), tapi bunyi yang dihasilkan oleh kedua-duanya taklah berbeza sangat. Cuma mengedit patches pada MS-50G (secara manual) jauh lebih mudah berbanding G2.1Nu.

_____
Ada apa: Masih setia dalam khemah Zoom.

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 6)


Harta rampasan perang terakhir (kot?) untuk Year End Sale 2013 dituntut sendiri di pejabat pos Jumaat lepas yang juga kebetulan hari jadiku (kira hadiah hari jadi la ni).

Dan seperti Pathfinder Bass 10 yang diperolehi beberapa minggu lepas, bungkusan kali ni juga tidak diperolehi daripada CK Music (atas alasan yang sama), tetapi diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, Melaka.

Thanks to Miss Ng of Reco for another smooth transactions.


Berisi dua gajet kegitaran, satu daripadanya ialah Korg PitchHawk-G yang telah diceritakan dalam entri semalam. Satu lagi ialah Zoom Multi-Stomp MS-50G, antara pedal efek yang aku telah terGAS sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas.


Seperti biasa, disertakan juga dengan beberapa keping pick sebagai penggenap bayaran. Dunlop Ultex memang antara pick kegemaranku, pick Peavey tu bentuknnya nampak peliklah.


Pedal yang aku perolehi ni telahpun dikemaskini perisiannya kepada versi 2.0, dengan tambahan beberapa efek dan amp model berbanding sebelumnya.

Semasa YES 2012, aku pernah membeli dan mencuba pedal yang sama selepas dipesan oleh seorang rakan muzik amatur. Pada ketika itu aku rasa macam tak berbaloi memilikinya disebabkan aku sudah ada G2.1Nu dan kemudiannya Pod HD300. Untuk ulasan ringkas mengenai MS-50G ni bolehlah baca dalam entri tersebut.


Faktor logistik merupakan faktor utama kenapa aku membeli pedal ni (selain faktor koleksi). Ia akan dijadikan gigrig utama (efek yang dibawa semasa gig) menggantikan G2.1Nu dan gigrig #1.

Dengan adanya pedal ni, aku tidak perlu lagi membawa beg tambahan (untuk efek dan adapter) kerana ia muat dalam poket gigbag gitar. Dengan kata lain, menjadi seorang minimalist. Lagipun buat malu je bawa efek besar-besar tapi hanya main powerchords hehehe~ (tu belum lagi kes terkial-kial mencari setting semasa soundcheck).

_____
Ada apa: My simplest gigrig ever, I'm travelling light...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger