Megadeth - Youthanasia


Seperti album Megadeth lain yang pernah menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011, kali ni giliran album Youthanasia pula terpilih untuk pembelian semula, tak lain tak bukan diperolehi daripada eBay seller estock_deutschland dengan harga tersenyum €3.11 (RM14.65) dengan pengeposan percuma.


Oh ya, ada sedikit kerosakan pada jewel case album ni (bukan jewel case asal), tapi tak mengapa parap parap sebab aku ada beberapa keping jewel case kosong untuk gantian. Yang penting CD dan inlay tidak mengalami sebarang kerosakan. Ia masih nampak baru walaupun versi yang aku perolehi ni merupakan cetakan pertama 1994 (UK pressing), fuh~ dah 20 tahun rupanya.


Bagi aku, album ni antara album Megadeth yang ada nilai-nilai nostalgia selain album Risk, kerana aku mula mengenali Megadeth menerusi album ni, seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri 2009 ni (gaya penulisan ketika itu agak berbeza). Cerita selebihnya tak perlulah aku taip semula...

_____
Ada apa: A Tout Le Monde tetap berhantu...

Peavey 1x12 Cabinet Project


Minggu lepas Bob Kandar memperolehi combo amp Peavey ni (unknown model, maybe early Bandit) secara picking dengan harga yang amat murah disebabkan amp ni dah rosak.


Bob cuba menghantar amp asal ke premis membaiki alatan elektrik, tapi ia dah rosak teruk (beyond repair). Jadi Bob mengambil keputusan untuk menukarkannya menjadi amp cabinet 1x12 (cab). Dan menjadi tugas aku untuk mencari dan memperolehi amp head kecil (low wattage, tube) untuk digandingkan dengan cab ni nanti.


Tapi sayangnya speaker (driver) yang digunakan bukanlah speaker 12" Peavey asal (Blue Marvel, Sheffield atau rakan-rakan), tapi telah digantikan dengan speaker 12" jenama Alfa Liner (jenama speaker untuk sistem bunyi kereta) dengan impedance 4 ohm.

Agak susah untuk mencari amp head kecil yang boleh support impedance 4 ohm, kebanyakkan hanya support 16 dan 8 ohm sahaja. Setakat ini yang aku boleh fikirkan, murah dan senang diperolehi ialah Orange Micro Terror.

_____
Ada apa: Jadi amp rasmi HSE.

Wordless Wednesday: Nescafe 75 Years




_____
Ada apa: Dah jarang minum kopi...

Kaset KLMJ


Antara koleksi kaset-kaset (ori) yang dah lama terperap dalam arkib aku di kampung dan dibawa ke Bintulu atas dasar KLMJ dan nilai nostalgik.


Koleksi kaset aku taklah seberapa (jika dibandingkan dengan bloggers lain) kerana aku hanya mula membeli kaset sendiri selepas PMR (circa 1994). Sebelumnya aku hanya meminjam kaset rakan ataupun memiliki kaset versi copy dubbing.

Seingat aku, kaset Nirvana Eternal Legacy antara kaset pertama yang aku beli. Jika dikecualikan kaset-kaset yang berada di luar kotak (yang diperolehi semasa operasi mencari kaset lelong dalam entri ni), kaset terakhir yang aku beli ialah Roadrunner United awal tahun 2006. Selepas itu, aku mula fokus kepada audio CD.


Hampir semua kaset-kaset yang aku ada ni dah dinaiktaraf kepada versi CD audio (kecuali beberapa yang dah dilelong semula). Sekarang aku teringin sangat nak cari album pertama Awie solo dalam bentuk CD audio. Jika rakan-rakan bloggers ada menjumpainya dijual di mana-mana premis sekitar Malaysia ni, sila maklumkan aku.

Tapi yang pasti, aku tak terbabit dalam fenomena piring hitam (vinyl), kerana ia melibatkan tahap kesabaran dan pelaburan yang tinggi. Kumpul audio CD pun dah sekian pelaburannya...

_____
Ada apa: KLMJ = kenangan lalu/lama mengusik jiwa.

Sepagi Di Kuala Penyu


Ini saki-baki gambar dalam K618i aku yang primitif semasa bercuti balik kampung beberapa minggu lepas.

Kali ni aku membawa keluarga untuk ronda-ronda mengelilingi daerah Kuala Penyu, perjalanan dari Membakut kemudian masuk Jalan Limbawang, seterusnya ke Pekan Kuala Penyu dan kembali semula ke Membakut melalui jalan Kampung Palu-Palu/Binsulok (A2, A7, SA71).



Dah agak lama aku tak ke Kuala Penyu, kali terakhir rasanya sekitar 2001-2002, dah sedekad lebih rupanya. Ketika itu masih lagi menggunakan perkhidmatan feri untuk melintasi Sungai Sitompok dari Pekan Kuala Penyu ke Kampung Palu-Palu (vice-versa).



Kini sudah ada jambatan merentasi sungai tersebut yang telah mula beroperasi sekitar awal tahun 2012 (sumber). Seperti biasa, dengan adanya jambatan merentasi sungai menggantikan perkhidmatan feri dapat menjimatkan masa penduduk setempat lebih-lebih lagi jika ada kecemasan.

Cuma aku tak sempat nak tangkap gambar ketika berada di Pekan Kuala Penyu yang KLMJ. Mungkin aku akan cuba semasa cuti balik kampung raya nanti.

_____
Ada apa: Bukan macam Rantau Abang.

Sepetang Di Kedai Rakyat 1Malaysia


Satu lagi entri "tribute to Beaufort", tapi lokasi dalam entri ni bukanlah di pekan Beaufort, tapi di simpang tiga di Jalan Limbawang (Google Maps) menuju Menumbok/Kuala Penyu yang terletak 4-5 km dari pekan Beaufort.


Walaupun di Pekan Membakut juga terdapat sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), tapi kebetulan waktu ni kami sekeluarga baru balik dari pekan Beaufort dan singgah di KR1M ni untuk membeli barangan harian dan sedikit bekalan makanan untuk perjalanan trans-Borneo balik Bintulu keesokan harinya.


Seperti biasa, majoriti barangan yang dijual di sini berjenama "1Malaysia" yang rata-ratanya (pada pendapat aku) merupakan barangan yang dijenamakan semula dan dijual pada harga yang agak rendah.



Jika betul barangan tersebut telah dijenamakan semula, maka kualitinya sudah pasti tidak jauh berbeza seperti kualiti jenama asal. Jadi tak perlu risau dengan cliche "barang murah kualiti rendah". Contohnya, minuman coklat malt yang rasanya seakan-akan Vico.



Lepas ni aku akan cuba buat entri ulasan barangan makanan berjenama 1Malaysia. Masalahnya, aku masih belum jumpa lagi KR1M di area Bintulu *sigh~* Nasib baiklah di Mukah ada satu KR1M, boleh singgah jika bercuti balik Dalat.

Lain cerita, banjir di pekan Beaufort telah beransur surut (info berita TV). Cuma agak terkilan bila tengok visual beberapa pekerja membersihkan premis yang antaranya merupakan premis yang selalu aku kunjungi.

_____
Ada apa: Berger?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 19)


Jika semalam hanya parody, hari ni yang betul-betul punya. Tapi sebelum itu, seperti biasa sneakpeek tunjuk headstock dulu...

Hijau?
Ya, kembali semula kepada Ibanez selepas hampir setahun tanpa Ibanez, dan kali ni juga kembali memilih bass daripada siri Soundgear (SR). Sebelum ini pernah memiliki dua Soundgear Gio iaitu Crows (GSR190J) dan Clover (GSR200EX).

Ya, memang hijau.
Mesti ada sekurang-kurangnya satu bass dalam axology, walaupun pernah terfikir untuk mengisi slot kosong dengan gitar superstrat lain (DKA-M?).

_____
Ada apa: IDK Sig Mark IV.

Wordless Wednesday: IDK Sig Mark IV Parody




_____
Ada apa: Real Mark IV on the way...

Sepetang Di Pekan Beaufort (Part 2)


Ni kira entri "tribute to Beaufort" yang dilanda banjir sejak Khamis lepas...

Belek-belek gambar dalam telefon bimbit aku K618i yang primitif, terjumpa beberapa gambar di pekan Beaufort semasa bercuti balik kampung tiga minggu lepas.


Aku suka tengok keretapi melintas, dengan bunyi amaran auto-gate turun beserta lampu merah kelip-kelip, terasa macam cliche drama Jepun (entri lama).


Lokasinya di bulatan limau berdekatan dengan Jambatan Sungai Padas (Google Maps). Sarawak tak ada keretapi, kalau ada pun setakat "keretapi balau" di Dalat seperti dalam entri Barangkali Marus ni.


Aku doakan sanak-saudara dan rakan-rakan yang dilanda musibah banjir di daerah Beaufort, Tenom dan Keningau semuanya dalam keadaan selamat dan agar tabah menghadapai dugaanNya.

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringin nak makan soto dan rojak Beaufort...

Hepi Sound And Entertainment


Hepi Sound And Entertainment (HSE?) merupakan SME kelolaan Bob Kandar dan Zul (rakan kongsi Bob) yang menyediakan perkhidmatan sewaan PA system dan karaoke untuk majlis keraian dan perkahwinan di sekitar bandar Bintulu dan kawasan-kawasan berdekatan (Kg. Baru, Sinong, Kemunting, Jepak, Assyakirin).


Mengambil nama sempena nama band 3-piece kami iaitu Hepi;) dan makeshift studio suatu ketika dahulu. Rasanya dah agak lama Bob berkecimpung dalam bidang ni, tapi mula bergerak aktif secara rasmi semenjak tahun lepas.

Baru-baru ini Bob ada menaiktaraf PA system yang sedia ada dengan beberapa peralatan tambahan. Antaranya wireless mic, compressor, crossover dan dua buah subwoofer. Yang pasti sistem ini akan sentiasa mengalami penambahbaikan dan berevolusi dari masa ke semasa.


Receiver wireless microphone Iva yang baru diperolehi beberapa minggu lepas diletakkan di atas sebuah VCD player JVC yang klasik sebagai perbandingan saiz.

Jumaat lepas (14/2/2014) Kelab Sukan dan Rekreasi jabatan kami mengadakan acara makan malam tahunan yang dipanggil Malam Kimia, dan acara sebegini merupakan platform untuk Bob mencuba peralatan yang baru diperolehi secara optimum.


Satu daripada subwoofer Behringer Eurolive VP1800S yang baru diperolehi, memang besar dengan driver/speaker 18" dan berat tak payahlah nak cerita. Nasib baik ada syarikat logistik seperti Eignretep yang dapat membawanya ke Bintulu (dari Penang) dengan kos yang ekonomi.


Subwoofer yang kedua, ia juga boleh dijadikan tapak untuk menggantung speaker satellite seperti gambar di atas.

Malam sebelum majlis (Khamis, 13/2/2014), aku dan Azrol sempat membuat sessi soundcheck (secara guitar-duo) PA system yang telah dipasang. Aku menggunakan Mirage dan MS-50G yang disambung terus kepada ke mixer manakala Azrol menggunakan amp Vox VT40+.


Ya, Bob juga berjaya mendapatkan semula ex-Vox VT40+ (beserta VFS5) aku yang sebelum ini dimiliki oleh Korawk. Disebabkan amp ni tidak memiliki sambungan LINE OUT, satu-satunya cara untuk menyambungkannya kepada mixer ialah dengan menggunakan mikrofon (mic'ed).

Mikrofon yang digunakan tu pun ex-Wharfedale Pro DM4.0S aku. Ada lagi beberapa barangan aku yang telah bertukar milik menjadi aset HSE, antaranya; CR50BXT, Xenyx 502, FX600 dan PSU-HSB-ALL.


Guitar clinic parody - Bob Kandar konon-kononnya berlakon belajar gitar daripada Azrol.

Setelah berbincang dengan Bob, mungkin perancangan HSE akan datang ialah untuk menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan muzik untuk kugiran live band yang biasanya menjadi alternatif kepada karaoke setiap kali majlis perkahwinan.

Akan dibincangkan dengan lebih terperinci lagi dalam entri lain...

Entri Mini: Beaufort Banjir Lagi


Baru saja tiga minggu lepas ketika bercuti balik kampung aku pergi ke pekan Beaufort beberapa kali. Dari Membakut ke Beaufort bukanlah jauh sangat, dalam 20 km atau 15 minit pemanduan santai.

Imej cilok dari Internet.
Sejak Khamis lepas, daerah Beaufort dilanda banjir teruk terutamanya pekan Beaufort. Fenomena banjir di pekan Beaufort ni sebenarnya perkara biasa akibat limpahan Sungai Padas yang merentasinya. Tapi kali ni aku tengok di TV lebih teruk daripada banjir tahunan.

Nasib baiklah ada jambatan kedua dibina merentasi Sungai Padas ni di area Bingkul, sebagai "Beaufort bypass" dan laluan alternatif dari Kota Kinabalu ke Sipitang (or vice-versa), kalau tak memang terputuslah laluan trans-Borneo.

_____
Ada apa: Orang kampung aku panggil "Bofut" atau "Buput".

Hari Ini, Tiga Tahun Yang Lepas


Seperti tahun lepas, ini merupakan entri hari ini dalam sejarah. Bukan, bukan entri pasal pasca hari Valentine...


Pejam celik dah tiga tahun peristiwa ni berlalu, dan setakat ni belum ada lagi tanda-tanda ia bakal berulang lagi. Paling cepat nak dapat info, rajin-rajinlah baca blog Deaf-Angel selain forum dan website Iron Maiden.

Lain cerita, Megadeth pula baru saja menangguhkan jadual konsert mereka di Indonesia dan Filipina yang sepatutnya bulan Mac kepada bulan Ogos (sumber), katanya selepas Ramadhan. Harap-harap adalah nanti promoter dari Malaysia yang dapat sangkutkan satu konsert di KL, dah kebetulan mereka ada di rantau Asia Tenggara ketika itu.

_____
Ada apa: Macam kes Metallica tahun lepas.

Sepagi Di Klinik 1Malaysia


Klinik 1Malaysia ni terletak di blok komersil simpang empat Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut (Google Maps), tak berapa jauh dari rumah Jairo.


Rasanya klinik ni baru saja dibuka sebab waktu aku balik raya Ogos lepas masih belum wujud lagi. Aku mengunjunginya ketika bercuti balik kampung dua minggu lepas, membawa Lil'Ijau dan Mrs. Ijau yang batuk selesema.


Sebelum ni jika ada masalah-masalah kesihatan yang biasa (demam, selesema, batuk, kecederaan ringan), penduduk terpaksa ke klinik kesihatan kerajaan di Pekan Membakut (6-8 km) ataupun ke klinik-klinik swasta di Pekan Beaufort (18-20 km) untuk mendapatkan rawatan.

Dan aku bersyukur kerana Klinik 1Malaysia ni di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya sub-kontrak dengan pihak ketiga.

_____
Ada apa: Adi Herman, Barangkali Marus, di Bintulu ni area mana yang ada Klinik 1Malaysia?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 11)


Dah agak lama aku tak memesan barangan daripada yNot Studio (MMO Music Net), kali terakhir merupakan Stagg UPC-424 pada awal tahun 2012 (fuh, dah dua tahun tak beli barang daripada Engbok).


Semalam menerima tiga buah kotak besar beralamat daripada MMO Music Net (yNot Studio la tu) yang dihantar oleh syarikat logistik Eignretep Sdn. Bhd. sebelum cuti CNY. Walaupun dijangkakan sampai selepas sebulan, tapi paling mengejutkan apabila ia tiba lebih awal daripada jangkaan iaitu hanya dua minggu.


Beberapa minggu lepas Bob Kandar telah menaiktaraf barangan PA system Hepi Sound And Entertainment (untuk sewaan) dengan tambahan mikrofon UX-4P Iva. Kali ni Bob memesan lagi barangan tambahan berjenama Behringer iaitu crossover CX2310, compressor MDX1600 dan dua buah subwoofer VP1800S.

Super-X Pro CX2310 crossover.
Autocom Pro-XL MDX1600 compressor.
Ini merupakan pengalaman pertama kami menggunakan compressor dan crossover, memang sepanjang malam tadi aku mentelaah ilmu dan mengorek segala info daripada Internet (mostly forums) mengenai penggunaan compressor dan crossover ni.

Petang nanti nak cuba soundcheck PA system guna barang-barang baru ni untuk kegunaan Malam Kimia 2013 (ya 2013 bukan 2014, tertangguh) yang dijadualkan malam esok. Tapi kali ni tiada persembahan Hepi;) mahupun Metuk Ulau Project.

_____
Ada apa: Untuk sewaan, sekurang-kurangnya ada masyuk~

Wordless Wednesday: Gardenia Sabah




_____
Ada apa: Pernah kecoh suatu ketika dahulu, rujuk entri blog LRMKHS Jairo ni.

2014 GAS: Jackson JS32 DKA-M Dinky


Antara model terbaru Jackson yang diperkenalkan semasa NAMM 2014 baru-baru ini, bakal berada di pasaran pada bulan Mac atau April kot? (sumber).

Image linked from Bax-Shop.
Personal Pros
  • JS-series - aka entry series, aka cheap, estimated around RM1.5k (macam ex-Kelly Kelly aku).
  • DK2M wannabe - almost 95% DK2M appearance (one of my "final fantasy") with 1/3 of it's price.
  • Dinky - say no to extreme shapes (Warrior, Kelly, King V, Rhoads).
  • Maple fretboard - I like maple fretboard guitars (dah ada dua; Mirage, Calypso).
  • Sharkfin inlays - very very Jackson-ish.
Image linked from Music Radar.
Personal Cons
  • In-house Floyd Rose bridge (Jackson brand?) - sudah pasti kualitinya seperti Floyd Rose Special (FRS), material yang rapuh, senang rosak dan loose. Bila dah rosak, buat sakit hati.
  • Another superstrat? - walaupun dah ada satu slot kosong, tapi perlukah adanya sebuah lagi superstrat dalam axology aku? Sekarang aku lebih perlukan sebuah bass.
_____
Ada apa: Ini semua gimik belaka...

Tandas Angker CIQS Tedungan, Limbang


Ada sebuah tandas awam yang agak angker di pos kawalan CIQS (Custom, Immigration, Quarantine, Security) Tedungan, Limbang, Sarawak - bersempadan dengan pos Kuala Lurah, Brunei DS.


Tandas awam ni terletak berdekatan dengan kawasan kompleks kediaman imigresen (Google Maps) bersebelahan dengan surau dan kantin, dan bukannya di laluan utama kenderaan keluar-masuk. Ini merupakan kali kedua aku menggunakan tandas ni, kali pertama kalau tak silap tahun 2011.


Walaupun keadaan tandas bersih dan tiada unsur-unsur vandalisme, tapi lantai, mangkuk tandas, urinal dan sinki agak berdebu seperti telah lama tidak digunakan (nasib baik bekalan air masih ada), keadaan yang masih sama seperti ketika aku singgah beberapa tahun lepas.


Adakah ia jarang atau tidak pernah digunakan walaupun ia berlabel "tandas awam"? Ataupun mungkin juga disebabkan lokasinya yang bukan di laluan utama membuatkannya jarang digunakan? Tapi, bila aku melangkah keluar, aku ternampak notis yang agak pelik ni dengan anak panah menunjuk ke bawah.



Oh patutpun tandas ni nampak seperti tidak digunakan, rupanya ada notis "jangan ganggu". Harap maaflah kepada Jabatan Kesihatan sekiranya kunjungan aku mengganggu proses kajian anda.

Aku tak pasti kajian apa yang dijalankan, mungkin kajian paranormal kot? Ataupun notis ni sebenarnya notis tempat lain tapi ditampal di sini oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab?

_____
Ada apa: Tempat persembunyian Ryujin Juwara kot?

Let-Go: Silver Wings


Dah lama tak ada entry "let-go" kan? Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI, entri "let-go" barangan muzik sebegini bukanlah fenomena yang baru.


Kali ni bass aku Silver Wings (LTD F-54) pula menjadi mangsa, berpindah milik kepada seorang rakan sekampung semasa cuti minggu lepas, melalui perantaraan Jairo. Antara barangan kegitaran lain yang telah di"let-go" tanpa entri ialah Buffalo MO-BA, MT-2 Metal Zone dan FX-600.

Kenapa? Sindrom "gali lobang tutup lobang" beb...

_____
Ada apa: Dah ada satu slot kosong - bolehlah berangan seketika.

Metallica - Master Of Puppets (Part 2)


Untuk cerita lama mengenai album Master Of Puppets, boleh baca entri tahun 2009 ni.


Album-album Metallica juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011. Satu-satunya album Metallica yang "terselamat" ketika itu ialah Ride The Lightning, disebabkan ia merupakan pemberian/pertukaran dengan mhagnoth (mana pi mamat blog akaijenuh ni?) dan bukannya dibeli, coz I won't sell a gift.

Seperti album lain yang menjalani proses pembelian semula, ia diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga kurang tersengih €5.68 (RM26.59) beserta pengeposan percuma. Walaupun terdapat versi cetakan 2007 yang lebih murah, tapi aku tetap memilih versi cetakan 1989 ni (German pressing), sama seperti yang pernah aku miliki dahulu.

_____
Ada apa: Pounding out aggression, turns into obsession.

2014 GAS: Boss Distortion DS-1X


Pedal jenis stompbox terbaru (model kitar semula?) daripada Boss yang diperkenalkan semasa NAMM 2014 baru-baru ini - Distortion DS-1X.
"Special Edition BOSS Pedal with Premium Tone" - hype from Boss website.
Image linked from Guitaristic Blog
Tapi ia bergantung kepada harga, jika lebih mahal daripada Metal Zone MT-2, secara otomatik akan ditendang keluar daripada senarai GAS (tapi aku pasti ia semahal Adaptive Distortion DA-2 disebabkan teknologi MDP/DSP yang digunakan).

[Updated @ 8.30 pm] Baru sekejap tadi dapat info harga pasaran untuk DS-1X ni daripada sumber yang boleh dipercayai. Aku agak terkejut kerana harganya lebih mahal daripada DA-2. Jadi, bye bye beautiful la~

Ada baiknya jika aku mendapatkan semula DS-1 klasik ataupun Vox Satchurator yang sekarang dah turun harga (lebih murah daripada harga YES 2013).

_____
Ada apa: Sekarang aku lebih suka distorsi klasik (high mids) berbanding distorsi metal (scooped mids).

Wordless Wednesday: Prickly Heat Powder



More info here.
_____
Ada apa: Masih boleh didapati di pasar raya dan farmasi.

Bon Jovi - Cross Road: The Best Of Bon Jovi


Album kompilasi pertama Bon Jovi Cross Road: The Best Of Bon Jovi (14 classic grooves). Seperti biasa diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga tersenyum €3.26 (RM15.25) termasuk pengeposan percuma.

(C) 1994 Polygram Records, Inc. (US pressing)
Aku ni bukanlah peminat tegar Bon Jovi seperti Berteromber, Portdy dan Deaf-Angel (tambahan daripada komen Berteromber), jadi aku tak tau nak cerita lebih-lebih pasal album kompilasi ni dan Bon Jovi secara amnya. Tapi bila dah nama the best of pastinya lagu-lagu di dalamnya semua best.


Kali pertama dengar album ni semasa di tingkatan 4 (circa 1995), pinjam kaset member. Waktu tu lagu Always tengah "meletop". Bila dengar kembali lagu-lagu dalam album ni terutamanya Someday I'll Be Saturday Night memang teringat kembali zaman-zaman nakal di tingkatan 4 dan juga keghairahan pertama kali main game Doom.

Suatu ketika dahulu aku pernah ada CD audio album ni tapi versi lanun. Sekarang dengan adanya versi original ni, kira aku dah menebus "kesalahan" selain menambah koleksi Bon Jovi aku yang tak seberapa.

_____
Ada apa: Pencarian album-album kompilasi terbaik diteruskan...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 13)


Bungkusan yang beralamat daripada CK Music ni dituntut sendiri di pejabat pos Bintulu Sabtu minggu lepas, serentak dengan bungkusan mikrofon Iva Bob Kandar dalam entri ni.

Akhirnya, ada juga harta rampasan perang dari CK Music sempena Year End Sale 2013, itupun setelah hampir sebulan dalam status "pending" pesanan belum diproses.

Aku tak tau apa masalah webshop CK Music sekarang ni, tak ada orang pantau segala pesanan ke? Btw, thanks to Bro Ici (the same guy who sold me Hartke 10TP8 driver) sebab selesaikan masalah ni.


Ia berisi sebuah amp Vox Mini3 G2 dengan kotak putih yang kurang menarik tapi ringkas. Amp mini berkuasa 3 Watt (hence the name Mini3) yang boleh dikuasakan menggunakan bateri AA atapun AC adapter 12V yang dibekalkan.


Amp Mini3 G2 ni ada tiga jenis rekabentuk; ivory, black dan classic (link). Aku memilih rekabentuk classic untuk dipadankan dengan amp Pathfinder Bass PFB-10, lagipun aku suka rekabentuk retro begini. Ini merupakan model generasi kedua (hence G2) atau mark II dengan kelebihan bassilator circuitry yang kononnya memantapkan bunyi low end (bass) berbanding generasi pertama.

Panel yang ringkas dan mudah difahami.
Sebenarnya aku rindukan amp Roland Micro-Cube aku, yang telah dijual kepada anak rakan sekerja yang baru berkecimpung dalam dunia kegitaran pertengahan tahun lepas, kadang-kadang rasa menyesal pula.

Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan.


Sebagai sebuah modelling amp, terdapat 10+1 jenis modelling - BTQ CLEAN (Hiwatt?), BLACK 2x12 (Fender Blackface?), TWEED 4x10 (Fender Bassman?), AC15 (Vox AC15), AC30TB (Vox AC30 Top Boost), UK '70S (Marshall Plexi?), UK '80S (Marshall JCM800?), UK '90S (Marshall JCM900?), CALI METAL (Mesa/Boogie Rectifier?), US HIGAIN (Peavey 5150?) dan LINE.

LINE amat berguna untuk amplifikasi secara terus tanpa sebarang modelling, sesuai untuk kegunaan gitar akustik/letrik (piezo), keyboard, ataupun jika anda menggunakan efek daripada multi-fx pedal atau stompbox.

Seperti siri Valvetronix, ia buatan Vietnam.
Kelebihan:
  1. Rekabentuk klasik dan retro, it's a Vox!
  2. Boleh guna bateri (AAx6), mudah alih - amat sesuai untuk busking di tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik.
  3. 10+1 amp modelling, lebih banyak daripada Micro-Cube. Memang cukup untuk merangkumi pelbagai jenis genre muzik.
  4. Dua input (gitar, mic) - satu amplifier untuk dua buah instrument (kombinasi gitar/mic, gitar/gitar, gitar/keyboard, keyboard/mic, dll).
  5. Butang TAP untuk mengawal masa/tempo DELAY/REVERB secara manual.
  6. Lebih murah daripada Micro-Cube.
Disebabkan amp ni merupakan jenis modelling amp, ia memang boleh digunakan untuk main muzik metal (untuk menjawab soalan Ezaidi MBA dalam entri ni) - boleh pilih antara UK '90S, CALI METAL dan US HIGAIN untuk modelling metal citarasa anda.


Ruangan bateri yang boleh diakses dengan membuka penutup yang melekat menggunakan velcro. Nampak lebih "low-tech" berbanding Micro-Cube.

Kelemahan:
  1. Amp modelling, EFFECT, DELAY/REVERB yang ala kadar (taklah sampai tahap seperti Pod HD300) mungkin teknologi yang digunakan sama seperti yang ada pada StompLab atau Valvetronix - agak berpatutanlah dengan harganya.
  2. Menggunakan AC adapter 12V (disertakan) dan bukan 9V, agak susah untuk mencari gantian sekiranya adapter rosak.
  3. Badan yang kurang "tegap" jika dibandingkan dengan Micro-Cube.
  4. Hanya ada tuner untuk note E sahaja (bab ni Orange Micro Crush menang).

Aku juga memesan dua kotak tali gitar jenama Martin & Co. Darco (9-42), antara tali gitar kegemaranku disebabkan lembut seperti Ernie Ball, tahan lama (dengan penjagaan yang betul) dan yang penting disebabkan ia murah (dengan harga YES, ia lebih murah daripada jenama Alice).


Kesimpulannya, jika anda seorang gitaris berkelana (terutama yang suka busking) amp sebegini wajib ada dalam axology anda (ayat racun untuk Adi Herman).

_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Vox.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (611) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (315) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (22) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger