Seperti album Megadeth lain yang pernah menjadi mangsa lelongan pasca
Projek Mega 2011, kali ni giliran album
Youthanasia pula terpilih untuk pembelian semula, tak lain tak bukan diperolehi daripada eBay seller estock_deutschland dengan harga tersenyum €3.11 (RM14.65) dengan pengeposan percuma.
Oh ya, ada sedikit kerosakan pada jewel case album ni (bukan jewel case asal), tapi
tak mengapa parap parap sebab aku ada beberapa keping jewel case kosong untuk gantian. Yang penting CD dan inlay tidak mengalami sebarang kerosakan. Ia masih nampak baru walaupun versi yang aku perolehi ni merupakan cetakan pertama 1994 (UK pressing), fuh~ dah 20 tahun rupanya.
Bagi aku, album ni antara album Megadeth yang ada nilai-nilai nostalgia selain album
Risk, kerana aku mula mengenali Megadeth menerusi album ni, seperti yang aku pernah ceritakan dalam
entri 2009 ni (gaya penulisan ketika itu agak berbeza). Cerita selebihnya tak perlulah aku taip semula...
_____
Ada apa:
A Tout Le Monde tetap berhantu...
7 komen:
haha...kebetulan bukannya viral...
aku tengah draf pasal Youthanasia...minggu depan aku post...
aku punya versi limited edition hidden treasure... entah smana ntah aku simpan dalam kotak kasut mana ntah
Kenapa semua orang menggunakan frasa " ketika itu gaya penulisan agak berbeza" while comparing with their previous entry?
By the way ...album ini adalah KILLER album !
Youthanasia masa mula2 keluar, EMI Malaysia siap ada jaket kadbod hitam yang cantik sangat untuk kaset dan cd untuk tutup tu cover yang kontroversi.
Jadi tu jam nak beli, beli yang EMI Malaysia nye.
Dah tu limited edition hidden treasures dabel cd, beli lagi..
DIADEM!!! haha
Countdown & youthanasia antara all time fav megadeth album..pasal line up klasik paling terbaik
aku suka dengan kulit albumnya
berteromber:
menunggu...
jengkemut:
aku skrg ni nak kumpul normal version dulu, nanti dah complete barulah cari remastered version dll
portdy:
sebab itulah kenyataannya... dulu2 gaya penulisan lebih rebelious dan spontan
deaf:
hahaha komen yg sama seperti entri 2009
rafi:
megadeth = mustaine
d'arsil:
cover yg tiada vic
Post a Comment