T-Shirt Tengkorak (Part 3)


T-shirt bootleg Metallica yang diperolehi daripada Gotik Shirt Label melalui perantaraan Cimca (abang Takilala) sebagai tukang borong dan ejen (reseller).


Dengan niat nak tolong bisnes kroni (Cimca dan Takilala ni sepupu aku) aku order sehelai t-shirt "Freeze 'Em All" berbanding pelbagai corak dan rekabentuk nama band tempatan dan antarabangsa yang diiklankan.

Depan.
Belakang.

Aku tak pasti frasa "The Official T-Shirt" tu merujuk kepada apa, mungkin jenama t-shirt kot, sebab tak mungkin ia merujuk kepada produk rasmi Metallica kan?

Cuma aku agak kecewa dengan kualiti fabrik yang digunakan agak nipis, terasa di bawah par berbanding harga. Ia senipis t-shirt bootleg Metallica "Never" (tag Four Square) yang aku beli dengan harga RM10 di gerai tepi jalan semasa konsert Metallica Stadium Merdeka tahun lepas. Dengan harga runcit RM55, aku rasa dah boleh dapat t-shirt berfabrik tebal dengan tag Gildan ataupun Fruit Of The Loom seperti t-shirt Sarawak Metal Regime.

_____
Ada apa: Pertama dan terakhir la ni...

Fakta Menarik Bersin?


Aku lupa dalam suratkhabar nama aku terjumpa artikel ni. Sekali baca membuatkan aku tersengih, lebih-lebih lagi fakta terakhir tu.


"Jika membuka mata ketika bersin, biji mata boleh terkeluar" - ini sebenarnya lebih kepada mitos dan bukannya fakta kerana telah dibuktikan oleh Adam Savage dalam Mythbusters (aku ada tengok episod ni).

_____
Ada apa: Sama macam kes tinju-gusti dalam entri ni.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2014? (Part 2)


Tidak seperti tahun lepas, tahun ni kami sekeluarga sempat bergelap sejam disebabkan tahun ni Lil'Ijau tidur awal. Hanya bertemankan cahaya daripada TV LCD dan lampu tidur Lil'Ijau.

Kempen ni sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menjimatkan elektrik (bagi mereka yang mengeluh pasal tariff elektrik) semata-mata. Kalau ikutkan logik, berapalah sangat tenaga elektrik yang dapat dijimatkan dalam masa sejam berbanding penggunaan bulanan kan?

Sekadar gambar hiasan.
Ia lebih kepada komitmen, sokongan moral dan simbolik kepada kempen menyelamatkan bumi daripada pemanasan global.
"...encouraging individuals, communities, households and businesses to turn off their non-essential lights for one hour as a symbol for their commitment to the planet" - read more on Wikipedia.
Kalau tak suka dengan sesuatu kempen atau mempunyai pendapat yang berbeza, tak payahlah ikut serta kempen tersebut. Ia lebih mudah dan aman daripada mengkritik mereka yang turut serta. Lebih kurang macam kempem boikot-memboikot jugalah.



Oh ya, dengar khabar Bintulu Busker ada menyertai sambutan Earth Hour 2014 ni di Parkcity Mall. Kita nantikan laporan daripada Barangkali Marus ataupun entri rasmi blog Bintulu Busker.

_____
Ada apa: Adi ada join kah?

Boss DS-1 Reloaded


Memperolehi DS-1 secara impromptu daripada Music Master (thanks Gapster!) yang akan dijadikan sebagai pedal distortion utama aku menggantikan MT-2 yang telah dibeli oleh seorang ahli muzik otai Bintulu (geng BRRU) beberapa bulan lepas.


Juga memilihnya kerana kecewa dengan harga DS-1X (seperti terGAS dalam entri ni) yang 4-5 kali ganda lebih mahal berbanding DS-1 klasik.

Walaupun bunyi DS-1 tidaklah se"metallic" MT-2, tapi tak mengapa (parap-parap) kerana ia memiliki kelebihannya tersendiri.

Selain berfungsi sebagai distortion, ia juga boleh digunakan sebagai volume/gain booster untuk distortion pada amp (contohnya Micro Terror). Oh ya, ini merupakan kali kedua aku mendapatkan DS-1, kali pertama hampir empat tahun lepas.

_____
Ada apa: Pedal distortion lain yang aku ada ialah JF-03 dan CM-1.

Antara Cort VX-2V, Curse Of God Dan Mukah Metal Legions 2014


Semenjak menjadi "guitar-tech tak bertauliah" Metuk Ulau Underground Voices (MUUV), ada kalanya aku diberikan tugas (berbayar) menservis gitar rakan-rakan seMUUV.


Kali ini ditugaskan untuk menukar tali serta menala semula gitar Cort VX-2V kepunyaan Donny, gitaris/vokalis kumpulan Curse Of God (COG) yang bakal digunakan untuk gig Mukah Metal Legions 2014 pada hujung minggu nanti.


Aku tak pasti jenama tali gitar yang dibekalkan, buatan China mungkin adik-beradik jenama Good Strings dan Alice. Pertukaran daripada saiz 10-46 kepada 9-42 bermakna terdapat sedikit pelarasan perlu dibuat pada spring tremolo gitar ni. Sekurang-kurangnya tremolo pada VX-2V ni masih kukuh berbanding yang ada pada X-11 Azrol.

Tak lupa juga sedikit cucian dan gilapan pada fretboard dan badan gitar.

_____
Ada apa: Setakat servis kecil-kecilan bolehlah...

Wordless Wednesday: Black (Royale) Mood



More info.
_____
Ada apa: #RememberingMH370

Falling Sparrow


Falling Sparrow, lagu kesembilan dalam album studio kedua Masterplan - Aeronautics.




Mungkin album ni akan menjadi playlist aku untuk seminggu ni...

_____
Ada apa: Tribute to MH370.

Kembalinya Kucing-Kucing Sejuk


Kedua-dua pedal Danelectro Cool Cat yang aku ada ni mempunyai cerita yang menyedihkan, CC-1 (chorus) pernah dijual kepada seorang rakan ahli muzik Bintulu (yang kini telah berpindah ke Kuching) hampir setahun yang lalu.

Manakala CM-1 (metal) hampir-hampir dibeli, tetapi pembeli telah membatalkan hasratnya pada saat-saat akhir dengan alasan tak ada duit (alasan kuno) setelah di"booked" sebulan lebih awal (hangin satu badan!).


Baru-baru ini aku membeli semula CC-1 daripada rakan tersebut (atas dasar koleksi) setelah melihatnya diiklankan di Facebook beberapa bulan lepas. Sebelum ia dibeli orang lain lebih baik aku bertindak.

Satu kelebihan CC-1 yang aku perasan setelah membaca entri Bro Sub, ia sesuai digunakan pada julat frekuensi bass berbanding Boss CH-1 yang agak tenggelam. Manakala CM-1 dengan suku GAIN (lebih daripada suku, dah jadi distortion) amat sesuai berfungsi sebagai overdrive untuk bass. Dan kini kedua-dua pedal Cool Cat digunakan eksklusif untuk rig bass bersama-sama VXL.


Rig sebegini sebenarnya pernah digunakan suatu ketika dahulu (circa 2011, era awal MUP jamming di Z-Studio) tapi untuk gitar.

Mungkin jenama Danelectro agak asing di kalangan rakan-rakan ahli muzik, sebab itu ia tidak dipandang sangat. Padahal ia jenama yang bagus, senang cerita dengan kualiti pedal Boss pada harga pedal Behringer (untuk siri Cool Cat sahaja, bukan Fab). Cuma kelemahannya terletak pada kedudukan tombol-tombol yang menjengkelkan kerana susah diakses dan dilaras.

_____
Ada apa: Tahun ni mungkin lebih fokus kepada bass.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2014?


Kenapa (aku rasa) kempen Earth Hour 2014 yang bakal berlangsung minggu depan (29/3/2014) seperti kurang publisiti di Malaysia?


Adakah disebabkan isu semasa (MH370, PRK DUN, dll) yang melanda negara menenggelamkan kempen ini?

_____
Ada apa: Ataupun aku yang masih "di bawah tempurung"?

Kita Kasi Picah Ini Olen!


Sambungan entri lepas, setup ringkas sebegini memang menghasilkan bunyi yang cukup kuat untuk jamming kecil-kecilan (akan ada entri lain), walaupun amp head yang digunakan hanya berkuasa 20 watt.


Signal chain: So-Cal (aka Calypso) -> JF-01 (booster) -> Micro Terror head -> makeshift 1x12" cab (4 ohm, 300 watt max).

Distortion yang dihasilkan oleh amp pun memang agak "British" (high mid range), dan ketepuan distortion boleh ditambah dengan menggunakan overdrive sebagai booster volume (atau gain jika perlu).


Cuma bunyi treble agak kurang mungkin disebabkan speaker Alfa Linear yang digunakan bukanlah speaker yang sesuai untuk instrument (speaker audio kereta).

Mungkin selepas ini aku akan cuba mendapatkan DI box yang boleh digunakan antara head dan cab contohnya GI100, yang mempunyai 4x12" speaker emulation (Red Box 5 atau JDX Reactor mahal liao~) supaya dapat digunakan semasa persembahan live bersama HSE tanpa perlu "full blast" pada amp. Dan pada masa yang sama masih mengekalkan bunyi "British" Orange (bukan modelling).

_____
Ada apa: Dah masuk kem "British" - Vox, Orange, Laney (and maybe Marshall?).

Antara Ibanez, TMNT Dan Nita Strauss (Part 2)


Hari ni macam tak ada idea, cuma terblog entri ni (sambungan part 1?) selepas membaca entri mengenai Nita Strauss dalam blog *Rock Guitar Daily.

*Linked image.
Tidak seperti Courtney Cox, aku mengenali Strauss menerusi Ibanez dan DiMarzio (she's an endorsee of both brands) dan bukan melalui The Iron Maidens atau band lain - Critical Hit, Femme Fatale, Consume The Fire, Jermaine Jackson - secara amnya.

Katanya idola Nita ialah John Petrucci dan Steve Vai, dan bukannya Dave Murray. Jadi tak hairanlah kenapa Nita memilih kombinasi Ibanez dan DiMarzio.

*[edited 30/05/2023: linked removed per Blogger's guideline]
_____
Ada apa: Dan Nita lebih comel daripada Courtney, hahaha...

Wordless Wednesday - Khayalan Illusi






_____
Ada apa: Baca entri blog KDHR atau Krenmaut untuk ulasan.

Micro Tangerine (Part 2)


Bungkusan ni diterima Jumaat dua minggu lepas (7/3/2014) beralamat daripada Crinson Music, Shah Alam, yang sepatutnya tiba sehari sebelumnya.

Kebelakangan ni aku sedikit kecewa dengan perkhidmatan poslaju yang sudah tidak lagi menepati piagam mereka (next day delivery). Aku tak pasti sama ada masalah ni cuma terjadi di poslaju Bintulu ataupun secara amnya.


Berbekalkan baki daripada pembelian Tommy beberapa minggu lepas, dan dengan suntikan dana hasil daripada jualan beberapa gajet yang tidak digunakan (mostly pedals), kali ni aku memperolehi Orange Micro Terror (amp head only) yang bakal digandingkan dengan kabinet projek Peavey 1x12".


Amp head ni memang kecil, sesuai dengan namanya "micro" dan lebih kecil daripada jangkaanku (telefon kuno K618i sebagai perbandingan saiz), beratnya pun tak sampai sekilo. Spesifikasi amp ni tak payahlah aku ceritakan di sini, boleh rujuk website Orange Amplification.


Resit dan juga beberapa pick Planet Waves sebagai penggenap bayaran dan pemberian mutual daripada tauke Crinson. Dah lama aku tak guna pick Planet Waves ni semenjak menggunakan pick Nonuz custom dan Dunlop Tortex/Ultex.

Skodeng tube 12AX7.
Amp ni merupakan jenis hibrid, menggunakan teknologi tube/valve pada bahagian pre amp, manakala teknologi solid state (keadaan pepejal?) pada bahagian power amp. Lebih kurang macam teknologi yang digunakan oleh Vox Valvetronix.


Impedens minimum 4 ohm, agak universal sebab kita boleh guna sama ada speaker/kabinet yang mempunyai impedens 16, 8 dan 4 ohm. Cuma sedikit mengecewakan ialah ia dikuasakan oleh adapter DC 15V 2A berpolariti positif tengah, agak sukar untuk mencari adapter berspesifikasi begini sekiranya adapter asal rosak.


Tak lupa pose bersama sepupunya Micro Crush Pix (aka si Oren Kecik). Seperti Micro Crush Pix, Micro Terror ni juga lebih kepada amp koleksi berbanding kegunaan praktikal disebabkan saiznya yang comel.


Setup ringkas yang digunakan untuk sessi "pandu uji" amp ni; Calypso -> JF-01 (TS808 clone) -> Micro Terror head -> 1x12" makeshift cab (4 ohm, 300 watt). Amp ni jenis single channel, jadi bunyi clean dan overdrive ditentukan oleh ketepuan gain pada amp dan output volume pada gitar anda.

Betul kata Bro Sub, bunyi overdrive/distortion yang best (in this case "British growl") adalah daripada amp, bukannya pedal. Pedal overdrive JF-01 yang digunakan hanyalah sebagai booster.

Walaupun hanya 20 watt, tapi bunyi yang dijanakan memang cukup kuat. Dengan menggunakan kabinet 1x12" yang ada, aku hanya boleh memulas tomboh volume dalam 10-20% sahaja (full gain), lebih daripada itu memang tak sesuai untuk rumah yang ada budak kecil. Tak hairanlah jika dalam Youtube ada yang sambung amp ni dengan kabinet 4x12" dan cukup kuat untuk jamming.

_____
Ada apa: Ada masa nanti mungkin aku akan cuba "full blast" semasa jamming di makeshift reloaded studio.

HammerFall - Masterpieces


Antara album HammerFall (dan album metal secara amnya) yang tersenarai dalam senarai "most wanted" yang akhirnya diperolehi tak lain tak bukan daripada eBay seller estock_deutschland, dengan harga yang agak menarik €5.97 (RM28.07) termasuk pengeposan percuma.


Sudah menjadi kebiasaan HammerFall untuk menyelitkan sekurang-kurangnya sebuah lagu cover dalam setiap album/singles/EP mereka. 15 buah lagu cover telah dikompilasikan menjadi sebuah album istimewa dan dengan tambahan tiga buah lagu cover lagi (bertanda *) yang belum pernah dirilis dalam mana-mana album mereka terdahulu.


Tracklist
  1. Child Of The Damned (Warlord)
  2. Ravenlord (Stormwitch)
  3. Eternal Dark (Picture)
  4. Back To Back (Pretty Maids)
  5. I Want Out (Helloween)
  6. Man On The Silver Mountain (Rainbow)
  7. Head Over Heels (Accept)
  8. Run With The Devil (Heavy Load)
  9. We're Gonna Make It (Twisted Sister)
  10. Breaking The Law (Judas Priest)
  11. Angel Of Mercy (Chastain)
  12. Rising Force (YJM Rising Force)
  13. Detroit Rock City (KISS)
  14. Crazy Nights (Loudness)
  15. Nar Vindarna Viskar Mitt Namn (Roger Pontare)
  16. Flight Of The Warrior (Riot)*
  17. Youth Gone Wild (Skid Row)*
  18. Aphasia (Europe)*
Jika disuruh pilih satu lagu sahaja dalam album ni, aku akan pilih lagu Man On The Silver Mountain kerana versi HammerFall agak berat dengan tempo yang sederhana laju, tetapi pada masa yang sama vokal Cans masih lagi mengekalkan julat vokal asal RJD.

Elmgren tu ada iras-iras Kane C&C.
Sekali-sekala cover lagu band/orang lain best juga kan? Sama macam album Skeleton In The Closet Children Of Bodom.

Trivia yang menarik
  1. Cover art album yang menarik, logo/metafora/simbolik band yang dicover, contoh; bendera banzai (Loudness), kepala labu (Helloween), pisau cukur (Judas Priest) dan selebihnya boleh baca dalam Wikipedia.
  2. Kai Hansen dan Udo Dirkschneider terlibat secara langsung dalam lagu-lagu I Want Out dan Head Over Heels.
  3. Untuk lagu Breaking The Law, semua ahli HammerFall "melanggar undang-undang" dengan bertukar instrument/tugas sesama sendiri - Dronjak (vokal), Cans/Rosen (gitar), Elmgren (drums), Rafling (bass).
Dengar-dengar tahun 2014 ni HammerFall bakal meriliskan album baru.

_____
Ada apa: Next target - Infected.

Unmercyful Fate


Masih lagi dalam viral tema King Diamond/Mercyful Fate seminggu ni, walaupun entri ni agak jauh menyimpang daripada landasan muzik KD/MF.


Gambar ni sebenarnya gambar lama, tahun 2007. Ketika Imago aku (yang baru berusia setahun) memiliki sticker "Mercyful Fate" buatan sendiri (DIY). Kalau tak silap sticker ni pun baru 5-6 bulan ditampal.


Ni gara-gara rakan serumah (housemate) pinjam Imago aku terlanggar pili bomba semasa berundur daripada tempat letak kenderaan dalam kesibukan kami berpindah rumah.

Memang takdir tanpa belas kasihan (unmercyful fate) lah Imago aku ketika itu. Nasib baik juga rakan serumah tadi bertanggungjawab sepenuhnya (kopak juga RM250 untuk pembaikan) sebelum aku masuk fasa rage merciless.

_____
Ada apa: Sekarang ia telah digantikan dengan sticker Sarawak Metal Force.

The Best Of Mercyful Fate (Reloaded)


Dalam ruangan komen entri semalam, aku ada kata hari ni nak rehat buat entri mengenai King Diamond/Mercyful Fate kan? I lied~ muahahaha... Alang-alang biar penuh seminggu ni (lima hari) dengan entri KD/MF (viral yang tak menjadi walaupun Berteromber mula merasai simptomnya).


Hampir empat tahun lepas (2010) aku ada buat entri ulasan ringkas mengenai album kompilasi The Best Of Mercyful Fate ni, jadi kali ni tak payahlah aku buat ulasan sekali lagi. Cuma dah kebetulan sejak minggu lepas terkena viral KD/MF, aku mula mengorek arkib KD/MF yang aku ada. Hasilnya album kompilasi ni menjadi hiburan semasa pemanduan berulang-alik ke tempat kerja.


Memang menggamet memori bila mendengar lagu-lagu Mercyful Fate ni, lebih-lebih lagi lagu Nuns Have No Fun yang funky. Jika berkaraoke/sing-a-long dengan lagu-lagu KD/MF, harus ikut segala pertukaran vokal termasuk jeritan falsetto. Cuma sayangnya tiada lagu Melissa, walaupun hampir semua lagu-lagu dalam album Melissa ada dalam kompilasi ni.

_____
Ada apa: I don't always listen to black metal, but when I do, it's Mercyful Fate.

Mercyful Fate - Into The Unknown


Nampaknya tiada rakan-rakan bloggers yang terkena viral King Diamond/Mercyful Fate kecuali Dr. Ben, itupun mungkin secara kebetulan sahaja. Tapi tak mengapa (parap parap) aku teruskan entri viral KD/MF dengan kaset album kelima Mercyful Fate - Into The Unknown (satu daripada kaset KLMJ).


Kaset yang dibeli di premis dB Music Centre, Komtar (kedai Aunty Alice) pada 06/11/2000. Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan muzik KD/MF dan akan cuma mendapatkan apa saja material rilisan mereka yang dijumpai. (P)(C) 1996 Metal Blade Records Inc. Diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Rock Records & Tapes.


Disebabkan kaset ni merupakan cetakan Malaysia, beberapa tajuk lagu yang kurang sesuai telah ditapis contohnya lagu pertama Lucifer yang hanya ditulis ........ (sebelum adanya kemudahan internet aku agak musykil tajuk lagu ni) dan lagu kelima pada side B Kutulu (The Mad Arab, Part 2) yang hanya ditulis sebagai Kutulu...

Sekali dengar album ni, terutama lagu kedua The Uninvited Guest akan lebih terasa seperti lagu King Diamond (band) berbanding Mercyful Fate, yang membezakan hanyalah solo-solo Shermann/Denner yang agak berbeza dengan solo LaRocque.

Versi CD audio? Mungkin aku akan cuba lengkapkan diskografi King Diamond terlebih dahulu berbanding Mercyful Fate.

_____
Ada apa: Apa cerita dB Music Centre agaknya sekarang ni?

Wordless Wednesday - The Dark Sides




_____
Ada apa: Muahahahaha!~ Makan budak!

Metallicyful Fate


Entri tak ada idea dan video ni pun boleh kira lama...


Berbanding King Diamond yang dikenali menerusi rakan IRC, Mercyful Fate pula dikenali menerusi lagu cover/medley Mercyful Fate yang ada dalam album Garage Inc. Metallica.


Beberapa tahun kemudian, barulah aku tahu yang King Diamond (as a band, and the man) dan Mercyful Fate ni ada kaitan, hehehe... Yelah waktu tu agak naive, belum ada Wikipedia, info internet pun sesuatu yang agak premium dan terhad ketika itu (perlu ke cyber cafe, tapi main IRC pula).

Kepada Rafi Xyrus, entri macam ni pun boleh dikaitkan dengan KD/MF kan? Tapi saja nak merebakkan viral KD/MF, muahahaha!

_____
Ada apa: Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghh!~ (Diamond style)

King Diamond - The Eye


Setelah terperangkap (istilah Dr. Ben) dengan muzik King Diamond melalui album House Of God, aku mula mencari album-album King Diamond (dan juga Mercyful Fate) terdahulu.

Sebelum terperangkap dengan Voodoo, aku terperangkap dengan album kelima King Diamond - The Eye.


The Eye juga pernah diulas secara ringkas dalam entri tahun 2009 ni (dengan gaya penulisan yang agak berbeza ketika itu ayat ni lagi). Walau apapun ceritanya, versi kaset tetap ada memorinya tersendiri.

Selebihnya, korang sajalah yang cerita...

_____
Ada apa: Instrumental Insanity LaRocque memang berhantu.

D'Addario NS Micro Tuner


Ok, kepada mereka yang biasa jamming mahupun selalu membuat persembahan awam (seperti gig), satu benda perlu ada iaitu tuner, lebih-lebih lagi tuner jenis clip. Tuner jenis ini lebih praktikal dan mudah alih berbanding tuner jenis candybar ataupun tuner jenis pedal (termasuklah yang ada pada multi-effects).


Sebab itu aku memperolehi sebuah tuner lagi, D'Addario NS Micro Tuner (NSMT). Ia merupakan pembelian sampingan bersama-sama pembelian bass Ibanez SR300 (aka Tommy) beberapa minggu lepas. Kebetulan semalam Bro Sub pun ada buat entri mengenai tuner ni.
"The feature packed tuner your audience will never see. The tuner features a reversible screen, multi-colour display and metronome in a house that blends with aesthetics of any instrument. It's so small, convenient and accurate, you'll want one for every instrument you own!" - hype from label.


D'Addario dan Planet Waves merupakan jenama adik-beradik, tapi tuner ni menggunakan jenama D'Addario berbanding Planet Waves. Harga? Mahal sedikit berbanding tuner jenama Snark.

Tuner utama aku sekarang ialah PitchHawk-G menggantikan Snark SN-8 yang dah hilang, entah tercicir semasa jamming ataupun hilang selepas dimain oleh Lil'Ijau. Pitchclip hijau pula dah rosak satu daripada LEDnya, tapi masih boleh digunakan.


Perbandingan saiz dengan bateri CR2032 yang digunakan. Walaupun ia agak mikro, tapi fungsinya tidaklah seringkas Pitchclip, kerana ia juga memiliki fungsi metronome di samping paparan LED yang berwarna-warni. Tetapi tidak memiliki fungsi FLAT/CAPO seperti yang ada pada PitchHawk-G.

Bersembunyi di belakang headstock Mirage.
Kelebihan
  1. Paparan LED berwarna-warni (red - over flat/sharp, yellow - almost there, green - in tune).
  2. Tindakbalas tuner mengesan getaran yang cepat untuk kedua-dua frekuensi gitar dan bass.
  3. Kecil (mikro) senang disembunyikan di belakang headstock.
Kelemahan
  1. Kecil (mikro) lebih senang hilang, terlepas pandang.
  2. Bukannya jenis clip-on (kepit), ada kebarangkalian terlepas sekiranya kuncian longgar.
  3. Agak kurang relevan untuk dikongsi dengan gitar lain, lebih sesuai digunakan untuk sebuah gitar sahaja.
Pendapat peribadi, untuk talaan yang lebih jitu, ada baiknya guna PitchHawk-G. NSMT ni lebih sesuai digunakan sebagai tuner pada saat-saat akhir ataupun untuk talaan halus (fine-tuning, untuk gitar yang mempunyai floating bridge) semasa jamming/gig selepas talaan kasar dibuat sebelumnya.

_____
Ada apa: Manalah perginya tuner Snark aku tu...

King Diamond - House Of God


House Of God, album King Diamond pertama yang aku perolehi setelah diperkenalkan oleh rakan mIRC pada awal 2000an dulu. Cerita merapu seterusnya mengenai album ni boleh baca entri 2009 ni, seperti biasa gaya penulisan ketika itu amat berbeza (ayat provokasi untuk Portdy).


Konsep dan jalan cerita album ni tak perlulah aku ulas, anda boleh membacanya melalui Wikipedia. Bermula dengan album ni, aku mula mengorek album-album angker King Diamond dan Mercyful Fate yang lain. Mendengar lagu-lagu King Diamond juga sedikit-sebanyak membantu menaiktaraf gaya vokal aku (tak mampu tarik pitch tinggi, guna falsetto).

Tahun ni aku akan cuba naiktaraf dan lengkapkan diskografi King Diamond (dan mungkin juga Mercyful Fate), jika ada rakan-rakan yang nak sambung entri viral berkaitan King Diamond, dipersilakan...

_____
Ada apa: Bukan Curse Of God.

IDK Sig Mark IV?


Kotak yang dituntut sendiri di premis Citylink Express Bintulu pada tengahari Rabu beberapa minggu lepas (19/2/2014). Beralamat daripada Crinson Music, Shah Alam, dan dihantar sehari sebelumnya.

Ya, jual bass lama untuk beli bass baru, gali lobang tutup lobang... Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI, fenomena sebegini bukanlah baru.

Ok, dah dua minggu baru nak buat entri ulasan bass baru ni. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelumnya, aku kembali masuk kem Ibanez selepas hampir setahun tanpa Ibanez dalam axology.


Ibanez SR300 MFT (metallic forest) - SR300 merupakan model terbawah dalam siri Soundgear (SR), bawah daripada SR300 dah masuk versi Gio (GSR). Walaupun SR300 bukanlah model baru dalam siri Soundgear, tetapi kemasan hijau "metallic forest" ni merupakan kemasan terbaru untuk tahun 2014, warna seakan-akan MXR Carbon Copy. Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Ibanez.


Bila kabel asal/stok tak boleh diharap.
Pakej disertakan dengan manual, beberapa tag (EQB-IIID, strung with D'Addario, Ibanez QC check), allen keys dan kabel. Juga disertakan dengan beberapa keping pick Dunlop Hetfield Black Fang (lagi) sebagai pemberian mutual oleh tauke Crinson Music. Manakala kabel Ibanez Series DS dan D'Addario NS Micro Tuner tu merupakan pembelian sampingan.

Standard SDGR headstock.
Seperti beberapa model Ibanez lain, penutup truss rod adalah jenis yang senang diakses (swiveling), tak payah buka skru penutup jika hendak melaras truss rod, hanya tolak penutup plastik ke tepi. Apa itu truss rod? Truss rod ni adik-beradik kepada fishing rod.

34" scale, full 24 medium frets.
Mengikut pengalaman, mesti ada sebuah bass dalam axology, tak dapat nak jangka bila ia akan digunakan. Aku perlukan sebuah bass yang ringan, selesa, ergonomik, mempunyai elektronik (dan bunyi) yang mantap, bentuk yang agak sesuai untuk semua keadaan dan masih dalam kategori mampu milik.

Setelah membuat penilaian atas beberapa jenama/model bass, aku memilih SR300. Dan secara kebetulan tahun 2014 ada kemasan berwarna hijau, yang juga merupakan suatu ciri bonus. Aku hampir-hampir memesan SR300 berwarna putih (pearl white) ataupun SR305 warna hitam (iron pewter).

CAP EXF-N2 pickups with EQB-IIID 3-band EQ
Pikap-pikap CAP EXF-N2 boleh dikatakan pikap yang agak versatile, ia tidak terlalu punchy seperti yang ada pada ICB200EX (DCS4) dan GSR200EX (PPD4), ia juga boleh menghasilkan bunyi bottom end yang agak lembut seperti pikap jazz bass.

Accu-cast B120 bridge.
Accu-cast B120 bridge lebih tegap, moden dan senang dilaras berbanding bridge yang ada pada bass-bass aku sebelum ini; B10 bridge pada GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20 dan DB-4 bridge pada F-54. Daripada warna-warni pada ball-end sudah pasti tali stok yang digunakan adalah berjenama D'Addario.

Made in Indonesia, November 2013.
Buatan Indonesia bernombor siri I131117556, walaupun bass ni adalah model 2014, tetapi ia dihasilkan pada bulan November 2013.

SR4 5-piece maple/rosewood neck.
Gabungan lima keping kayu maple/rosewood secara bertindih untuk memastikan neck bass ni tegap dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan kenipisan neck SR4 siri Soundgear. Sambungan bolt-on juga agak ergonomik seperti AANJ yang ada pada gitar-gitar siri Roadgear (RG).


Kedudukan ruang bateri yang agak berbeza berbanding bateri PHAT-II yang ada pada ICB200EX dan GSR200EX.

Pendawaian yang kemas.
Antara sebab utama kenapa aku memilih Soundgear berbanding bass jenama/model lain pada julat harga yang sama (selain faktor warna hijau) ialah disebabkan elektronik yang ada - Ibanez EQB-IIID 3-band EQ (bass, mid, treble), yang lebih canggih dan versatile berbanding PHAT-II. Bunyi-bunyi dapat dilaras terus daripada bass tanpa perlu melaras pada pedal, preamp ataupun amp (jika perlu, lain cerita).

+1 on "not for retail sale".
Kelemahan? Setakat ni aku cuma perasan satu saja kelemahan bass ni - tali bass asal/stok yang dipasang (D'Addario) memiliki gauge yang kecil, agak menggelebeh jika ditala pada talaan rendah seperti Eb dan D tuning (boleh diatasi dengan melaraskan ketinggian action pada bridge). Tapi jika anda suka bunyi-bunyian bass "ketung-ketung" ala gallop Steve Harris, tak perlu laras, senang-senang saja dapat bunyi macam tu.

Seperti entri-entri ulasan gitar/bass dan gajet baru yang ada dalam AADI sebelum ini, ulasan dalam entri ni pun semuanya temberang belaka. Jadi tak perlulah tanya pasal demo audio/video sebab aku bukannya pandai sangat main bass, setakat patuk-patuk manuk bolehlah.

Nickname? Aku akan menggelarnya TOMMY, sempena Tommy (Oliver) The Green Ranger. Secara tidak rasmi ia juga merupakan self-proclaim IDK signature Mark IV (hehehe).

_____
Ada apa: Fuh~ Tommy The Green Ranger, KLMJ sungguh!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger