Wordless Wednesday: Maggi Big Kari




_____
Ada apa: Aaron Aziz wannabe?

Foo Fighters - One By One


Aku pernah meninggalkan Foo Fighters selepas album There Is Nothing Left To Loose kerana aku rasakan agak susah nak hadam lagu-lagu mereka dalam album One By One (yang ketika itu pernah dimiliki dalam versi lanun).


Dengan adanya eBay seller seperti estock_deutschland yang menjual CD audio pada harga yang tersenyum serta pengeposan percuma, membuatkan semangat untuk mengumpul diskografi artis atau band yang pernah (dan masih) diminati berputik kembali. Contohnya album ni yang diperolehi dengan harga €3.01 (RM14.13).

Bonus DVD.
Jika Mustaine is Megadeth, maka Grohl is Foo Fighters... Tak kisahlah bertukar-tukar line-up asalkan teraju utama masih kekal.

(P)(C) 2002 Roswell Records Inc. The RCA Records Label is a unit of BMG, made in the EU. Walaupun tertulis 2002, sebenarnya ini merupakan rilisan 2010 (daripada info estock). Rilisan ni disertakan dengan bonus DVD yang memiliki klip video beberapa lagu dalam album ni serta beberapa video "di sebalik tabir".

Masa untuk menikmati semula muzik Foo Fighters, harapnya sekarang aku boleh hadam lagu-lagu dalam album ni berbanding 11-12 tahun lepas. Selebihnya andalah yang sambung cerita...

_____
Ada apa: Next, In Your Honor.

Goldie Turns Three


Semalam (27/4/2014) genap tiga tahun Goldie berada dalam axology aku. Disebabkan ia merupakan gitar Projek Mega 2011 (almost), senang nak ingat dah berapa tahun aku bergelar suami, hehehe...


Kebelakangan ni aku agak jarang menggunakan Goldie sama ada di rumah mahupun jamming, lebih selesa rasanya menggunakan superstrat - Mirage dan Calypso - untuk jamming dan live gig. Biasanya hanya akan digunakan untuk berlatih talaan alternatif (drop-D, D-tuning).

Golden overhaul part 2.
Baru-baru ni aku perasan Goldie yang bernadi PAF 36th Anniversary dan Super Distortion lebih sesuai digunakan terus kepada amp tanpa sebarang efek (kecuali overdrive sebagai booster). Lebih-lebih lagi Micro Terror atau Marshall MG (36 Studio) berbanding melalui multi-effects dan modelling, seperti sessi jamming semalam.

_____
Ada apa: Kurang sesuai untuk chuggah-chuggah...

Micro MG Terror


Meluangkan masa untuk jamming secara 3-piece di 36 Studio sekitar 8.00-9.30 malam tadi bersama Azrol dan Rashid COG (Bob Kandar cuti memancing). Sebenarnya tujuan sessi tadi adalah untuk mengeksperimentasikan Micro Terror disambung dengan speaker amp MG102DFX studio (instant 2x12" cab), selain berlatih beberapa lagu cover baru.


Menggunakan Goldie dengan bantuan JF-03 sebagai volume booster (itupun jarang-jarang guna) disambung terus kepada Micro Terror. Disebakan Goldie mempunyai tombol volume berasingan untuk setiap pikap, neck digunakan untuk clean (~5% volume, parallel push/pull) manakala bridge untuk distortion. Dengan kata lain untuk clean-distortion hanya dikawal menggunakan suis pikap.

Setting amp - VOLUME pada kedudukan 9-10 (o'clock), TONE 12, GAIN 1-2 - Surprised! Ia dah cukup kuat untuk mengatasi bunyi ketukan snare piccolo Rashid yang tak ingat dunia. Distortion asli amp memang "mengaum" tak perlu distortion pedal, sesuai untuk classic rock dan NWOBHM.

Cuma, aku rasa ketahanan (endurance) amp ni agak diragui, ia tidak dicipta untuk kegunaan jamming ataupun live gig. Sebab itu aku tak berani menggunakannya secara full blast (VOLUME/GAIN) dan pada jangka masa yang lebih daripada sejam secara berterusan.

_____
Ada apa: Believe the hype.

Marshall In A Stompbox


The Jackhammer JH-1 - Pedal jenis stompbox daripada Marshall. Pernah terGAS beberapa tahun lepas, kali ni terGAS semula setelah diiklankan (dan diracun secara peribadi) oleh Dead Eye Guitars.


Dan GAS semakin menjadi-jadi setelah mengetahui harganya telah jauh susut (±40%) berbanding beberapa tahun lepas. Sekarang harganya tak jauh beza dengan harga Boss DS-1.


Ia merupakan dua pedal dalam satu - overdrive dan distortion, jadi ia agak versatile berbanding DS-1 lebih-lebih lagi dengan adanya tombol FREQ dan CONTOUR (mid scoop).

RIP Jim Marshall.
Juga disertakan dengan empat keping pick Dunlop dan sekeping pick Ibanez Paul Gilbert sebagai pemberian mutual (aka free gift).


Jika anda tak mampu untuk mendapatkan sebuah amp Marshall lagenda (Bluesbreaker, Plexi, JCM), pedal ni merupakan alternatif murahan yang patut dipertimbangkan sekiranya agak leceh menggunakan digital modelling.

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Marshall.

_____
Ada apa: Fourth distortion pedal.

Bruce Dickinson - Scream For Me Brazil


Satu lagi perolehan berbaloi-baloi daripada estock_deutschland dengan harga malar tersenyum €4.02 (RM18.83) termasuk pengeposan percuma. Album live Kapten Bruce (Dickinson) kita - Scream For Me Brazil, yang dirakam semasa konsert The Chemical Wedding World Tour di Sao Paolo, Brazil 1999.

Cover art yang cikai, hahaha~
(P)(C) 1999 Duellist Holdings Ltd. under exclusive license to Air Raid Records Ltd. (Duellist? Air Raid? Sounds very Brucy hahaha...)


Dengan line-up power Adrian Smith dan geng Tribe Of Gypsies - Roy Z, Eddie Cassillas dan Dave Ingrahams, sudah pasti muzik mereka agak berbeza dan lebih "berat" berbanding Iron Maiden, lebih-lebih lagi untuk lagu-lagu daripada album The Chemical Wedding yang banyak guna talaan rendah (drop D?).

H dengan aksi duck face.
Dengar cerita, selepas konsert ni H dan Kapten menyertai semula Iron Maiden pada penghujung tahun yang sama (1999). Kapten kata kalau H tak masuk, dia pun tak nak masuk... Good point.

The shredder, Roy Z.
Jika dibandingkan dari segi kepantasan solo, Roy Z ni lebih hebat dan mantap berbanding H. Tapi H bukanlah gitaris jenis shredder jika dibuat perbandingan. Kedua-dua mereka mempunyai gaya permainan yang berbeza, secara tidak langsung membuatkan gabungan muzik mereka menjadi lebih unik.


Walaupun cover art album ni agak cikai ringkas (gambar ikan piranha tunjuk gigi je), tapi inlay 24 muka suratnya berwarna-warni penuh dengan gambar-gambar semasa konsert (tak perlulah tunjuk semua, kan?).

Kualiti bunyi dalam album ni lebih "superior" berbanding bunyi yang ada dalam DVD 2 Anthology. Jeritan penonton jelas kedengaran, manakala solo H/Roy diselang-selikan di sebelah kiri dan kanan (stereo).

Sebagai pelengkap koleksi, apa-apa rilisan Bruce Dickinson akan cuba dikumpulkan. Selepas ini mungkin akan mencari Alive In Studio A.

_____
Ada apa: Tahun ni belum ada lagi laungan "ice cream for me Bintulu..."

BC Rich Mockingbird Junior?


Sebelum ni Mrs. Ijau selalu berpesan kepada aku seboleh-bolehnya tidak membeli mainan berbentuk alat muzik untuk anak. Tapi bila Lil'Ijau dibawa jalan-jalan di Pekan Dalat oleh nenek dan makciknya Sabtu lepas, inilah yang terjadi...

Bentuk Mockingbird (bentuk kegemaran Jairo).
Mengikut cerita makciknya, Lil'Ijau sendiri yang memilih mainan ni berbanding mainan jenis lain. Aku hanya mampu tersengih manakala Mrs. Ijau pula mula tepuk dahi (kes makcik dibodek oleh anak saudara, hahaha). Oh my girl...

Walaupun guna tali tangsi (nylon), tapi bila tune sikit-sikit bolehlah dapat bunyi macam ukulele.

_____
Ada apa: Entri tahun lepas bentuk Beast.

Wordless Wednesday: Wild Cow?




_____
Ada apa: Red Bull Parody?

Selamat Hari Bumi?


Sambutan Earth Day (Hari Bumi?) rasanya kurang diketahui berbanding Earth Hour (tapi Earth Hour pun berapa kerat saja yang ambil tahu).


Kebetulan, macam mana kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" di tempat anda? Masih diteruskan atau suam-suam kuku atau sudah dilupakan?

_____
Ada apa: Masih palau drive-lag...

Wireless 3G Sharing


Cara terbaik untuk berkongsi bandwidth Celcom Broadband (postpaid) aku yang agak *besar secara wireless kepada peranti lain yang ada di rumah - S10-2, Tab 2.0, Stealth dan A369.

TL-MR3020.
Juga sesuai untuk dibawa berkursus, melancong ataupun semasa cuti balik kampung kerana saiznya yang kompak dan mudah alih. Selain adapter yang sedia ada, ia juga boleh dikuasakan menggunakan pencucuh rokok elektrik kereta dan juga bateri (powerbank).

_____
Ada apa: *Waktu rajin sedut-menyedut dulu 5GB sekejap saja habis...

Kaul Music Fest 2014


Kebetulan minggu ni aku balik Dalat, jadi sesuai rasanya aku mempromosikan Kaul Music Fest - Battle Of The Bands anjuran REG Studio yang bakal berlangsung Sabtu minggu depan (26/4/2014) bersempena dengan Pesta Kaul Mukah 2014.

Imej cilok dari Facebook REG Studio.
Dengan tema rock kapak, setiap kumpulan yang menyertai BOTB ni wajib memainkan sebuah lagu era rock kapak 80-90an. Markah bonus juga akan diberikan kepada kumpulan yang memakai pakaian "cosplay" era tersebut. Juga dikhabarkan Abang Rom ROTTW akan menjadi seorang daripada juri.

Pihak penganjur (Bro Eden) ada menjemput Metuk Ulau Project untuk menyertai BOTB ni. Tapi disebabkan lokasinya di luar Bintulu serta komitmen ahli terhadap keluarga dan kerjaya, faham-faham sajalah...

_____
Ada apa: Kalau tak, sudah pasti lagu Kabus berkumandang di Mukah.

Roadrunner United - The All-Star Sessions


Entah kenapa aku terbuat entri ni, mungkin sebab kekeringan idea kot...


Versi kaset diperolehi daripada dB Music, Komtar (kedai Aunty Alice) penghujung tahun 2005, rasanya kaset ni cuma pernah dipasang sekali sahaja semenjak ia dibeli (kes tiada pemain kaset). Versi CD pula diperolehi beberapa tahun lepas daripada LYN Street Mart seperti dalam entri ni.

More info at Wikipedia.

_____
Ada apa: Kalau ada yang berminat, aku boleh letgo kedua-duanya.

Wordless Wednesday: Vox Babies




_____
Ada apa: Di rumah tak perlu amp besar...

King Diamond - Abigail


Album yang dipesan semasa kehangatan entri viralnya (hangatlah sangat) bulan lepas. Diperolehi daripada estock_deutschland (of course) dengan harga kurang tersengih €5.92 (RM28.21).


Berisi CD audio album studio kedua King Diamond Abigail versi remastered 1997, dengan tambahan tiga lagu bonus versi "rough mix". Antara album meletop King Diamond dan boleh aku kategorikan sebagai super album.

Sebelum ini aku cuma ada beberapa mp3 dan versi kaset dubbing (bersama album Them dan Conspiracy) yang diperolehi daripada Aunty Campbell's melalui perantaran rakan IRC awal 2000an dulu. Mungkin ramai rakan sepermetalan mengenali King Diamond (as a band) menerusi album ni berbanding album pertama Fatal Portrait kan?

Cerita selebihnya bolehlah jenguk blog Xyrus Zone.

_____
Ada apa: Nak cari versi 25th Anniversary pula lepas ni.

Sekitar Sessi Jamming Tupa Blacen Rock Santai


Dah dekat seminggu (6/4/2014) baru aku nak buat entri pasal sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai ni. Sessi jamming santai anjuran Bob Kandar dan Razib (vokalis Mother Earth), sebenarnya akupun tak banyak info mengenai sessi jamming ni, yang aku tau Bob suruh aku, Azrol datang ke Dewan Balairaya Kampung Jepak pukul 12.00 tengahari (bawa sekali rakan Azrol untuk diaudisi).


Peralatan PA system yang digunakan adalah aset Hepi Sound And Entertainment, manakala drumset, amp gitar dan bass adalah peralatan peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Sessi jamming bermula secara rasminya sekitar 1.00 petang.

Drumset Ludwig.
Pada mulanya dijadualkan tiga buah band Unity Band, Mother Earth dan Hepi;) untuk beraksi, tapi Unity Band tidak dapat hadir disebabkan masalah-masalah yang tidak dijelaskan. Dan sessi jamming ini agak tertutup, yang datang hanyalah ahli kumpulan, rakan-rakan dan beberapa orang penduduk Kampung Jepak yang tinggal berhampiran dewan.


Sempat mencuba sekejap rig ringkas Micro Terror aku bersama-sama GI100 sebelum sessi bermula. Rig ni amat sesuai digunakan bersama-sama Goldie disebabkan ia mempunyai volume berasingan untuk setiap pikap (neck untuk clean, bridge untuk distortion).


Amp utama untuk sessi ini ialah Marshall MG102FX (sama seperti yang digunakan di 36 Studio) disambung ke PA system menggunakan Behringer DI20.

Cilok dari Facebook Razib.
Cuma ini sajalah gambar Hepi;) yang ada, tiada gambar lain semasa kami jamming. Untuk sessi kali ni aku main bass, bermain secara 3-piece +1 memainkan lagu-lagu cover Wings.

Mother Earth sedang beraksi.

Gitaris utama Mother Earth dengan Les Paul Custom dan beberapa ketul stompbox. Ya, itu Gibson bukan Epiphone.


Gitaris kedua Mother Earth dengan gaya rockstar (sebenarnya sedang terkial-kial dengan setting amp). Amp Valvetronix VT40+ (my ex) digunakan sebagai monitor kerana bunyi gitar telah di-DI-kan daripada Zoom G2 ke PA system melalui Moen MO-BA (also my ex).

Pada pendapat aku, sessi jamming ni lebih kepada eksperimentasi penggunaan DI unit yang pelbagai; Behringer DI20, GI100, Moen MO-BA dan tak lupa Hartke VXL untuk bass. Kesimpulannya, jangan bimbang sekiranya amp gitar/bass anda ciput untuk main live jika anda disokong oleh PA system yang lengkap.

_____
Ada apa: Tupa blacen tu pun aku tak tau apa maksudnya...

Simulasi Kabinet 4x12" Maya?


Gajet kegitaran yang diperolehi kali ni ialah Behringer Ultra-G GI100, diterima Jumaat minggu lepas (4/4/2014) daripada Music Master Studio. Ia merupakan varian DI100 yang dicipta khas untuk men-DI-kan gitar terus ke mixer atau power amp. Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia live sound, DI unit amat berguna (tapi, apa itu DI unit?).

Mojo warna merah Red Box 5 dan JDX.
Diperolehi untuk kegunaan bersama Hepi Sound And Entertainment (HSE), seminggu sebelumnya pun Bob Kandar telah memperolehi Behringer DI20 juga daripada Music Master. Kedua-dua DI Behringer ni bersama-sama dua lagi DI unit yang telah sedia ada (Hartke VXL dan Moen MO-BA) akan telah digunakan semasa sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai Ahad lepas.

Dua pad -20dB berupaya mengekang isyarat sehingga -40dB.

Virtual 4x12" Cab Simulation (simulasi kabinet 4x12" maya?) hasil kolaborasi dengan Jurgen Rath, antara sebab aku memilih GI100 berbanding DI100, amat sesuai digunakan bersama-sama rig Orange Micro Terror. Dengan kata lain, bunyi yang diterima pada mixer adalah bunyi kabinet 4x12" maya walaupun rig sebenar hanya menggunakan kabinet cikai 1x8" atau dalam kes Micro Terror menggunakan 1x12".

Output tak sambung, kantoi~
Contoh diagram penggunaan GI100:

Image linked from Pop Music.
Perlu diingat, DI unit sebegini hanya berguna semasa persembahan live ataupun rakaman (bunyi asli amp). Jika anda menggunakan modelling, multi-effects moden (contoh Zoom G3/G3X/G5, Line 6 Pod HD300/400/500) ataupun amp yang sudah tersedia DI/line output (Orange Crush Pix CR50BXT, Peavey Bandit 112), maka DI unit sebegini tidak diperlukan.

Setelah menggunakannya, bunyi on/off kabinet 4x12" maya ni taklah ketara sangat perbezaannya. Mungkin telinga aku kot? Kalau cukup perlalatan (dan masa) mungkin aku akan cuba rakam perbezaan bunyi dan letak dalam Soundcloud aku.

_____
Ada apa: Erk... Apa aku merapu ni?

Manowar - Warriors Of The World


Bungkusan yang diterima serentak bersama-sama Nativity In Black dan ...And Justice For All dua minggu lepas, tak lain tak bukan daripada estock_deutschland.


Warriors Of The World, album studio kesembilan Manowar yang boleh aku kira masih seronok untuk didengar, album selepas ini Gods Of War dah mula ke laut (jika anda faham). Dalam album ni pun sebenarnya dah ada tanda-tanda nak ke laut.

RIP Scott Columbus.
Diperolehi dengan dengan harga agak tersenyum €5.48 (RM25.73), merupakan cetakan pertama dan bukannya versi 10th anniversary atau gold edition. (P)(C) 2002 Ragnar Production Ltd. under license to Nuclear Blast GmbH. Manufactured in Germany.

Daripada pengalaman aku bermain eBay, album ni antara album Manowar yang susah nak jumpa dengan harga yang murah. Kalau jumpa tu, memang rezekilah. Belek punya belek aku lupa yang aku pernah ada album ni versi Asialink, tapi dah lelong.

Maaf, tiada Jalur Gemilang.
Lagu-lagunya (kecuali lagu cover Nessun Dorma dan An American Trilogy) masih berlirik standard Manowar - fight, metal, steel, hail, kill, die, blood, crown, king, sword, hammer - dan tak lari daripada tema Norse - Vikings, Valhalla, Valkyrie, Odin, Thor, Ragnar Lothbrok etc. Rasanya tak payahlah aku buat ulasan untuk album ni, ulasan pakar bolehlah baca entri blog Krenmaut.

Cuma album ni mengingatkan aku kepada tahun kemelesetan aku (2002) semasa di Penang. Tahun yang penuh dengan dugaan dari segi kerjaya, kewangan dan masalah peribadi. Tahun yang membuatkan aku mengenal erti kebuluran, gelandangan dan mengemis.

Linked from somewhere on the net.
Entri ni boleh juga dikira sebagai tribute AADI kepada The Ultimate Warrior. Cerita aku lebih kurang sama seperti cerita Berteromber. Jadi, tak kira siapapun anda dan di mana jua anda berada, kita semua juga adalah pahlawan dunia (dunia blog?).

_____
Ada apa: We fight for freedom again...

Wicked Wordless Wednesday




_____
Ada apa: Cerita entri lama.

Audisi Gitaris Baru?


Azrol mencalonkan seorang rakannya dari Kidurong untuk diaudisi, bukan sebagai pengganti tapi gitaris kedua - lagi ramai lagi meriah, kan? Menurut Azrol, skill mereka berdua seakan-akan setaraf (yang ni aku nak tengok).

Kami menggunakan sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai di Dewan Balairaya Kampung Jepak Ahad lepas (akan ada entri lain) sebagai platform audisi.


Daripada kelengkapan yang dibawa, aku dapat rasakan rakan Azrol ni (walaupun pemalu) merupakan seorang gitaris yang serius. Gitar yang digunakan ialah Charvel Desolation DC-1 FR dengan pikap EMG 81/85 sebagai nadi.


Juga seorang penghuni kem stompbox, berketul-ketul pedal jenis stompbox dilekatkan pada Pedaltrain Jr. Dalam banyak-banyak pedal yang ada, Blackstar HT Metal tu membuatkan aku ternganga. Bekerja di sektor minyak dan gas di kawasan Kidurong, jadi tidak hairanlah dengan kelengkapan yang agak mewah.

Katanya sebelum ni biasa main dengan tuning drop-D dan drop-C, jarang main standard. Tapi senang-senang saja dapat main lagu Sejati dan beberapa lagu mainstream Metallica semasa audisi, cuma lagu-lagu Iron Maiden dan Bruce Dickinson (solo) agak asing baginya...

_____
Ada apa: Hasil audisi? Lulus.

Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath


Seperti yang telah dikomen dalam entri Berteromber bulan Februari lepas, akhirnya tiba giliran CD kompilasi ini diperolehi. Tak lain tak bukan daripada estock_deutschland dengan harga senyum tawar €4.97 (RM23.46).


(P)(C) 1994 Sony Music Entertainment Inc. Made in Austria. Fizikalnya agak bermusim, jewel case ada retak sedikit tapi isi dalaman masih ok. Untuk ulasan pakar, boleh rujuk entri Berteromber versi 2009.

Sebelum ni aku cuma ada mp3 untuk beberapa lagu dalam album ni - Paranoid (Megadeth), Sabbath Bloody Sabbath (Bruce Dickinson, Godspeed) dan NIB (Ugly Kid Joe). Semasa Bintulu Music Fest tahun lepas, Metuk Ulau Project ada cover lagu Paranoid dengan tempo Megadeth tapi Azrol masih lagi mengekalkan solo Iommi.

_____
Ada apa: Ya, versi ni ada lagu Solitude.

Hepi;) Live In Jepak?


Bakal beraksi di Dewan Balairaya Kampung Jepak esok, menggunakan moniker Hepi;) kerana hanya bermain secara 3-piece. Juga akan disertai oleh Unity Band, Mother Earth dan Rusty Blade. Sessi ni hanyalah sessi jamming santai (seperti Jammed Of The Beast) dan bukannya gig.

No Mohaideen?
Peralatan yang digunakan adalah daripada inventori Hepi Sound & Entertainment (HSE) dengan sokongan kelengkapan (amp & drumset) peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Disebabkan temanya agak rock, jadi lebih kepada cover lagu-lagu Wings (sesuai untuk 3-piece).

_____
Ada apa: Setlist parody...

Metallica - ...And Justice For All (Part 2)


Proses pembelian semula album-album Metallica yang pernah dilelong pasca Projek Mega 2011 diteruskan lagi, kali ni giliran album ...And Justice For All.


Diperolehi seperti biasa daripada estock_deutschland dengan harga kurang tersenyum €4.99 (RM23.56). Kali ni merupakan cetakan 2007 berbanding cetakan 1998 yang ada dalam entri 2011 ni.

_____
Ada apa: Aku boleh agak apa yang akan dikomen oleh Adi Herman.

Semangat (Blogging) Yang Hilang...


Jika diperhatikan pada ruangan widget sirkulasi blog pilihan AADI (atau widget yang sama pada blog geng-geng bloggers yang lain), aku dapati terdapat beberapa blog rakan-rakan yang sudah lama tidak dikemaskini (update), atau dengan kata lain sudah dorman (tidak aktif) kerana tiada entri terkini.

Ada juga yang sudah tutup akaun, contohnya blog G4M3R S4YUR (Apai Rijal) dan Noise Of Borneo (zine kelolaan si Korawk).


Kadang-kadang sedih juga bila mengenangkan, kerana ada di antara blog-blog tersebut suatu ketika dahulu pernah menjadi blog yang kencang dan tegar. Pada pendapat aku, blog yang tidak dikemaskini lebih daripada setahun pasti pemiliknya sudah tidak berminat lagi dalam dunia blog.

Mungkin disebabkan kekangan masa dan kehidupan berkeluarga (aku faham) membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif berblog. Apa-apapun terima kasih kepada pemilik blog-blog tersebut, kerana ada di antaranya yang pernah menjadi ilham kepada AADI.
AADI? Selagi aku ada masa menghadap komputer atau apa-apa peranti yang memiliki pautan internet, aku akan cuba buat entri walaupun seperenggan atau secikai-cikai Wordless Wednesday, insya-Allah.
Kepada bloggers otai tegar yang masih bertahan; Berteromber, Deaf, Dr. Ben, Portdy, Speedrider, Bro Sub - dan bloggers kencang kenalan baru; Adi dan Marus (as a blogger), Faizal, Rafi, Ezaidi, PC Kokak, TJ, Jengkemut, D'Arsil dan lain-lain yang aku tak sempat nak taip - teruskan usaha anda, kita blogging sampai tua, hahaha!

_____
Ada apa: Rasanya waktu konsert-konsert rock/metal besar sahaja dapat buat mini-gathering bloggers.

Wordless Wednesday: Non-Metal Mood




_____
Ada apa: Chris Cuevas FTW!

T-Shirt Tengkorak (Part 4)


T-shirt tengkorak dalam entri hari ni aku rasa jauh lebih bagus dari segi cetakan, kualiti fabrik dan harga berbanding t-shirt tengkorak "Freeze 'Em All" dalam entri semalam.


Ia merupakan t-shirt rasmi gig Mukah Metal Legions 2014 yang berlangsung Ahad lepas (30/3/2014) ditunda sehari untuk memberi laluan kepada PRK DUN Balingian.

Walaupun aku tidak menghadiri gig ni (kalau kena musim aku balik Dalat kan best), tetapi inilah cara aku menyokong gig tersebut. Lagipun ada dua band underground otai Bintulu turut serta dalam gig ni - Curse Of God (COG) dan Erectus.

Depan.
Walaupun hanya menggunakan dua warna untuk cetakan (merah dan putih), tetapi ketelitian pada imej memang diutamakan. Percaya atau tidak, t-shirt ini dijual dengan harga RM35 sahaja (cetakan terhad). Diperolehi daripada penganjur melalui perantaraan Rudi Makhluk Mitos (drummer Erectus) dan Rashid Malim (drummer COG).

Belakang.
Akan tetapi band COG terpaksa tarik diri beberapa hari sebelum gig disebabkan masalah kesihatan pada Donny (gitaris/vokalis) di samping masalah-masalah kecil dalaman band. Fuh~ untuk rekod, memang COG ni selalu kena "curse".

Bangla mari, 2XL tiada diskriminasi saiz.
Untuk t-shirt dengan rekabentuk yang menarik dan menggunakan tag Gildan pada harga RM35 adalah sesuatu yang agak overkill. Jika ia dijual dengan harga RM55 pun masih berbaloi.

Pada pendapat aku, tujuan utama pembikinan t-shirt sebegini adalah lebih kepada faktor nostalgia, memori dan koleksi (sama seperti t-shirt Sarawak Metal Regime) berbanding mengaut keuntungan, untung mungkin ada tapi taklah berlipat ganda.

_____
Ada apa: Sesuai dipakai semasa balik Mukah/Dalat.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger