Kembalinya Si Kacang Merah


Berjaya memiliki semula si kacang merah Pod X3 dan FBV Express Mk II daripada pembeli asal yang juga rakan seMUUV, setelah diiklankan di Facebook sejak tahun lepas atas alasan tak reti guna tiada masa untuk setting.


Dua tahun lepas aku mengambil keputusan untuk menjual beberapa gajet dan alatan muzik (termasuk Pod X3 ni) untuk dana-dana kecemasan pra dan pasca kelahiran Lil'Ijau (selain menyalurkan baki dana untuk membiayai Calypso hehehe).


Diperolehi secara MOU dan dengan tambahan pertukaran (trade) amp Vox Mini3 G2 (masih bau kedai), disebabkan rakan tadi lebih perlukan amp (modelling) kecil berbanding multi-effects yang canggih.

_____
Ada apa: Ada persamaan nasib dengan DS-1 dan Satchurator.

Antara Darlie Dan Transformers (Part 2)


Selepas kole (mug) Lockdown dalam entri lepas, aku cuba mendapatkan dua lagi kole Darlie-Transformers versi putih dengan imej Bumblebee dan Optimus Prime.


Sanggup beli Darlie (dah ada enam kotak, cukup stok sampai hujung tahun) semata-mata nak kumpul kole, hahaha... Sekarang koleksi versi putih dah lengkap - Lockdown, Bumblebee dan Optimus Prime. Versi hitam macam malas nak kumpul, tapi tengoklah jika lepas raya masih ada di pasaran.


Semalam berkesempatan menonton filemnya di Star Cineplex, City Point. Untuk tidak menyebabkan *spoiler* kepada pembaca yang belum menontonnya, aku tidak akan buat ulasan mengenai filem tersebut.

Cuma secara peribadi, filem keempat ni terlalu banyak paradox. Dan seperti tiga filem sebelumnya, watak-watak utama manusia adalah jenis "superhuman", tahan pukul, urat dawai tulang besi.

_____
Ada apa: Toyota Land Cruiser di Hong Kong stereng sebelah kiri, fuh!

Antara Satchurator Dan Music Bliss


Vox Satchurator - antara pedal yang teringin untuk dimiliki sekali lagi (tapi taklah sampai tahap GAS) semenjak harganya tiba-tiba menjunam 35% pada awal tahun ni, lebih murah daripada harga Year End Sale 2013 yang hanya 20% diskaun.


Baru-baru ini aku perasan tiada lagi pedal-pedal signature Joe "Satch" Satriani (Satchurator, Time Machine, Big Bad Wah, Ice 9) disenaraikan dalam website Vox, adakah kontrak Satch dengan Vox dah tamat?

Menurut info daripada Bro Ichi (CK Music), semua pedal Joe Satriani dah discontinued dan stok di CK Music semuanya dah habis walaupun masih disenaraikan dalam katalog online mereka.


Aku cuba menghubungi premis-premis "dalam lingkungan" - Crinson Music, yNot Studio (MMO), Music Master, Pusat Muzik Reco - malangnya mereka juga tidak menyimpan stok Satchurator.

Setelah berusaha mencarinya "di luar lingkungan", akhirnya aku berjaya mendapatkannya daripada Music Bliss yang masih memiliki beberapa unit Satchurator dalam stok mereka dengan harga "menjunam 35%" tadi. Urusan juga berjalan dengan lancar - thanks Mr. Chan.


Daripada info yang aku perolehi, Music Bliss merupakan pengedar pedal-pedal "boutique" jenama seperti Fulltone, Xotic, Maxon dan T-Rex. Selepas ini Music Bliss mungkin akan disenaraikan dalam premis "dalam lingkungan".

Seperti yang aku pernah katakan sebelum ini, aku bukanlah peminat Satch walaupun aku memiliki beberapa barangan Satch yang lain (Planet Waves JS strap, JS picks). Dan hype "Joe Satriani" bukanlah faktor kenapa aku teringin memiliki semula pedal distortion ni (walaupun aku dah ada lima buah pedal jenis overdrive/distortion), tapi disebabkan faktor yang sama seperti pembelian semula Boss DS-1.

_____
Ada apa: Koleksi? Hehehe...

Mr. Smith The Destroyer


Tertarik dengan gambar-gambar semasa konsert Iron Maiden di Belgrade dalam entri blog KDHR Deaf-Angel, terutamanya gambar Adrian "H" Smith dengan Ibanez Destroyer merah. Sebagai seorang peminat H, info sebegini memang menarik perhatianku.

"Sooooo~ understand..."

Nampak seperti Destroyer model DT520GGB dengan sedikit perbezaan matching headstock dan bridge pickup (pastinya DiMarzio Super Distortion).

Entri lama.
Mungkin H ingin mengembalikan nostalgia dan "feel" Destroyer klasik seperti yang digunakan semasa era TNOTB dan POM. Siapa-siapa ada DVD The Early Days pasti akan perasan Destroyer ni.


Walaupun seorang endorser jenama Jackson (DK, SDX), tapi H juga selesa dan tanpa segan silu menggunakan gitar-gitar jenama lain (tidak seperti Phil Collen) semasa konsert. Antaranya Gibson 70's Les Paul Deluxe Goldtop (his favourite guitar?), Gibson SG dan Ibanez Destroyer. Kalau Fender Stratocaster tak payah ceritalah (Fender dan Jackson anak-beranak).

Seriously, Destroyer was a heavy guitar - physically and sonically.

*Imej-imej dengan "watermark" deaf-angel.blogspot.com dicilok dari blog KDHR Deaf-Angel tanpa kebenaran (hahaha~).

_____
Ada apa: Motivasi untuk kembali ke khemah Ibanez?

Wordless Wednesday: Standard Methods



More info here.
_____
Ada apa: Rujukan utama kerja-kerja harian.

Ada Apa Dengan Soyfresh Hershey's?


Jika beberapa hari lepas cerita pasal minuman kopi dalam tin, hari ni cerita pasal susu kacang soya.

Ahad lepas terjumpa Soyfresh berperisa coklat Hershey's ni di premis M dengan harga RM1.50 untuk sepaket 236 ml. Malangnya tiada versi 1 liter dijumpai di premis ni. Dibuat oleh Ace Canning Corporation Sdn. Bhd. (a member of the Lam Soon group).


Walaupun dengan hype "menggunakan serbuk koko Hersey's", tapi rasanya tak jauh beza seperti susu UHT Dutch Lady berperisa coklat. Membuatkan kita terlupa sebenarnya ia merupakan minuman berasaskan kacang soya dan bukannya tenusu, amat sesuai bagi mereka yang jenis perut tak ngam laktosa dan vegetarian.

Sebenarnya ada banyak entri draft pasal makanan, kalau boleh aku nak siarkan sebelum bermulanya Ramadhan. Kalau tak nanti ada yang komen pagi-pagi dah kecur air liur macam entri Ramadhan tahun-tahun lepas.

_____
Ada apa: Dr. Ben tak nak buat viral diari Ramadhan lagi?

Ada Apa Dengan Wonda Premium Coffee?


Wonda premium coffee, kopi dalam tin yang bakal menggegarkan takhta Nescafe. Didatangkan dalam tiga perisa; original, mocha dan latte.


Selepas mencuba ketiga-tiga perisa dan membandingkannya dengan Nescafe perisa yang sama, ternyata Wonda lebih lemak berkrim - sesuatu yang seperti sudah tiada dalam Nescafe. Tapi belum buat perbandingan dengan kopi tin jenama Pokka dan Sundrop.

Harga runcitnya juga murah dalam 10-20 sen daripada harga Nescafe. Secara peribadi, aku sukakan perisa latte untuk minuman santai, manakala original pula lebih sesuai untuk pemanduan jarak jauh.

(Saya tidak dibayar untuk entri ini - ia cuma pendapat peribadi).

_____
Ada apa: Dah jarang minum kopi...

Katrij Konsol Micro Genius


Penghujung 80an dan awal 90an dulu, bagi mereka yang tak mampu nak beli konsol Nintendo Entertainment System (NES) yang agak mahal, Micro Genius (klon Famicom) merupakan alternatif murahan. Pada masa yang sama masih lagi dapat memainkan katrij NES dengan bantuan 72-60 pin adapter/converter.


Minggu lepas aku terjumpa katrij Micro Genius ni dijual secara lambak di premis SK dengan harga RM2.99 seunit. Fuh! Macam-macam tajuk ada, ada di antaranya merupakan kegemaran aku dulu (bab ni kalau nak cerita memang panjang). Kalau aku masih ada Micro Genius (or compatible console) memang aku akan beli 2-3 unit katrij ni atas nilai-nilai nostalgia.

Dulu katrij sebegini harganya boleh mencecah ratusan ringgit. Seingat aku kita pernah bertermu dulu satu-satunya katrij yang pernah aku beli ialah Thundercade dengan harga RM30 (1994 kot). Selebihnya bergantung kepada budaya pinjam-meminjam katrij daripada abang Takilala dan rakan-rakan sekampung lain yang ada Micro Genius atau NES.

_____
Ada apa: Nasib baik tak ada Ninja Ryukenden.

Sepetang Di Batang Rajang


Pemandangan petang di tebing Batang Rajang berhadapan dengan Kingwood Hotel Sibu (tak jauh daripada terminal wharf ekspress).

Taken with primitive K618i.

Dah lama aku tak pergi Sibu, kali terakhir kalau tak silap penghujung 2011. Dua minggu lepas terpaksa ke Sibu untuk menghadiri taklimat di JKM Cawangan Sibu. Sekarang ni agak keberatan untuk menghadiri kursus, taklimat atau seminar di luar Bintulu. Biasalah bila dah berkeluarga...

_____
Ada apa: Sekiranya gig SMR/Defiled tidak dibatalkan, memang aku (sekeluarga) dah ke Sibu beberapa hari sebelumnya.

Wordless Wednesday: Blood Drunk! (Part 2)




Ada liputan RTM.
_____
Ada apa: Dah 12 kali...

Hi-Beam Mirage


Jumaat minggu lepas Mirage dipasangkan dengan set tali gitar baru, kali ni menggunakan DR String Hi-Beam lite (9-42) yang telah terperap dalam simpanan lebih daripada dua tahun.


Seperti versi Neon yang pernah digunakan sebelum ini, versi Hi-Beam ni juga tidak sekeras Super Bullets mahupun Pyramid, tapi boleh aku katakan sedang-sedang seperti Rotosound.


Dengan kesempatan yang ada, aku memasang locking nut Gotoh GHL-2-G yang diperolehi beberapa minggu lepas. Disebabkan ukuran yang tidak sama, aku tidak memasang string retainer yang disertakan dalam set dan menggunakan string retainer asal LTD.

Harap-harap tiada lagi masalah locking nut selepas ini.

_____
Ada apa: Lepas ni DR boleh dikeluarkan daripada senarai.

HammerFall - Chapter V: Unbent, Unbowed, Unbroken


Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFall - Chapter V: Unbent, Unbowed, Unbroken (aka 3U).


Aku sentiasa membelek katalog estock dengan kekerapan 2-3 kali seminggu, sekiranya ada album-album HammerFall dan band power/symphonic metal lain (yang aku kumpul, contohnya Manowar, Kamelot, Nightwish, Blind Guardian) disenaraikan dengan harga di bawah RM30, pasti akan aku rembat terus.

Album 3U ni diperolehi dengan harga tersenyum €5.06 (RM23.14) dengan fizikal yang seakan baru. (P)(C) 2005 Nuclear Blast GmbH - manufactured in Germany.


Menggunakan khidmat Samwise Didier (art director of Blizzard Entertainment) untuk lukisan cover art. Aku lebih suka hasil seni Samwise berbanding Andreas Marschall (Glory To The Brave, Legacy Of Kings, Renegade) yang agak "gloomy". Untuk album studio terbaru mereka (r)Evolution yang bakal diriliskan bulan Ogos/September nanti, HammerFall kembali menggunakan khidmat Marschall untuk cover art.

Album yang boleh aku katakan "straight forward, easy listening heavy metal " sebab dah kurang elemen double-pedal power metal (pendapat peribadi). Riff-riff yang senang hadam dan solo-solo gitar (mostly Elmgren) yang tak berapa nak gulung membuatkan album ni sesuai menjadi peneman semasa pemanduan jarak jauh.


Tak lupa juga sebuah lagu ballad Never, Ever, sebuah lagu instrumental Imperial dan faktor Cronos, vokalis jemputan untuk lagu ke-10; Knights Of The 21st Century ("Waargh!~ Aaargh!~ The prophecy~").

Teringat ketika mengunjungi kompleks Campbell's pertengahan 2005, kiri kanan premis CD/kaset mengiklankan poster album ni. Tapi ketika itu aku tak berapa mengikuti HammerFall, dan memilih untuk mendapatkan album Nightwish Once versi Asialink (versi mampu milik) daripada aunty Campbell's yang juga kebetulan keluaran tahun 2005 (dan aku rasa itulah kali terakhir aku ke Campbell's).

_____
Ada apa: Next target - Infected.

Selamat Hari Ayah (Part 3)


Bila kita dah jadi ayah, baru kita tahu begitu bermaknanya gelaran "ayah" itu...


Apa-apapun, selamat hari ayah kepada semua pengunjung dan pembaca AADI yang berstatus ayah :)

_____
Ada apa: Yang belum bertukar status tu, insya-Allah masa anda akan tiba...

Craft Beads From Hong Kong


Menerima bungkusan eBay dari Hong Kong beberapa hari lepas...


Diisytiharkan sebagai "craft beads" (manik-manik kraf?) pada borang CN 22 (customs declaration). Akupun mula-mula hairan, bila masa aku order manik dari Hong Kong?


Rupa-rupanya ia berisi alat ganti (elektronik) untuk gitar - seunit suis "toggle" tiga arah dan dua unit potentiometer (pot) B500k jenis push-pull - yang aku order beberapa minggu lepas.


Kedua-duanya cap ayam dan dimenangi secara bidaan dengan harga US$0.99 (RM3.31) untuk suis dan US$0.01 (RM0.03) untuk dua unit pot. Ditambah dengan kos pengeposan, ia masih lagi pada tahap amat murah berbanding harga runcit di Malaysia.

Akan disimpan sebagai stok peribadi atau jika ada menerima projek push-pull daripada rakan-rakan sepergitaran di Bintulu ni.

_____
Ada apa: Order DiMarzio/Switchcraft jika mampu...

Antara Darlie Dan Transformers


Jika entri Isnin lepas Solivite, kali ni giliran Darlie. Darlie juga ada promosi sempena filem Transformer: Age Of Extinction yang bakal ditayangkan hujung bulan ni. Percuma sebiji kole (mug) Transformers dengan setiap pembelian ubat gigi Darlie berkembar 225 gram.


Kebetulan kami sekeluarga memang menggunakan ubat gigi jenama Darlie "perisa" mineral salt. Tapi disebabkan nak dapat kole Transformers, terpaksa tukar selera sekejap guna double action ("perisa" biasa) hehehe...


Terdapat tiga kole Transformers berwarna putih dan tiga jenis kole berwarna hitam (percuma dengan "perisa" mild mint). Untuk kali pertama ni aku dapat kole dengan imej Lockdown yang diambil secara rawak oleh kasir (cashier) kaunter pasar raya F. Untuk kole seterusnya mungkin aku akan pilih sendiri.

Dengar-dengar, Oreo pun ada promosi percuma barangan Transformers...

_____
Ada apa: Macam nak buat kategori koleksi baru - kole/mug.

Wordless Wednesday: Konsert Bersih?



BH 4/6/2014
_____
Ada apa: Konsert indie sajakah yang bersih?

Entwistle-Tesla Hybrid Mirage


Sambungan entri ni (projek ni dibuat dua minggu lepas)...

Mirage aku mengalami modifikasi untuk kesekian kali... Entah dah lupa berapa kali dah Mirage ni jadi platform eksperimen/modifikasi pikap berbanding gitar lain.

Entwistle XS 62N dengan bobbin putih dipilih untuk digandingkan bersama Tesla Plasma-7 yang juga berwarna putih. Plasma-7 ni dah terperap lebih dua tahun dalam simpanan, warna putihnya pun sekarang dah agak pudar kekuningan, dah berbeza sikit tona berbanding putih pada XS 62N.


Aku pernah iklankan Plasma-7 ni di Lowyat.NET dan juga GKC, namun tiada siapa yang berminat. Juga pernah dirisik oleh Donny COG untuk gitar Cort VX-2Vnya tapi akhirnya memilih Seymour Duncan JB Model.


Antara pikap humbucker pasif beroutput tinggi dalam katalog Tesla selain VR-Extreme dan Plasma-2. Bila output tinggi tu biasanya sesuai untuk main hard rock dan metal. Dah lama teringin menggunakannya semenjak diperkenalkan oleh Bro Sub (his favourite Tesla bridge model).


Ukuran dimensi XS 62N ni cukup-cukup muat dalam kaviti (routing) singlecoil pada Mirage. Untuk singlecoil jenama/model lain agak besar terpaksa dilakukan sedikit kikisan seperti yang pernah terjadi pada pikap Tesla Plasma-1 dan VR-1 sebelum ini. Antara sebab aku tak jadi pasang DiMarzio Blue Velvet yang ada dalam stok peribadi.


Pendawaian untuk Mirage ni agak senang kerana hanya perlu memateri pada terminal suis lima arah sahaja tanpa perlu mengganggu pematerian pada pot volume dan tone. Seperti VR-Extreme sebelum ini, Plasma-7 dijadikan sebagai full humbucker, tidak perlu coil split pada posisi-4 suis seperti konfigurasi yang biasa terdapat pada Ibanez RG/S.

Nampak janggal?
Kali ni masa yang diambil untuk kerja-kerja pemasangan dan pematerian tidak sampai sejam tanpa sebarang kesilapan pematerian. Cuma semasa posisi-3 suis, pikap tengah terasa kurang output (out of phase?), dibetulkan pada malam berikutnya setelah mendapat cadangan, nasihat dan penyelesaian daripada YusTech (reversed magnet bar).

Disebabkan kedua-dua singlecoil XS 62N ni juga boleh dikatakan jenis output tinggi, perbezaan output dan volume tidak berapa ketara semasa transisi daripada humbucker kepada singlecoil. Dalam masa yang sama, masih mengekalkan bunyi unik "strat-ish" singlecoil.

Demo? Tak payahlah, ini semua entri temberang belaka...

_____
Ada apa: Tapi kalau aku rajin mungkin aku akan upload sesuatu dalam SoundCloud.

Antara Solivite Dan Transformers


Sebelum ini sempat mengumpul beberapa pin butang (button pin) Boboi Boy musim ketiga yang percuma dengan setiap pembelian pek Solivite 5x125 ml.


Kali ni Solivite kembali pula dengan kad 3D Transformers, bersempena dengan filem terbaru Transformers: Age Of Extinction yang bakal ditayangkan hujung bulan ini.


Terdapat 30 rekabentuk kad 3D Transformers, dan dalam setiap pek mengandungi dua keping kad yang diisi secara rawak (susah nak kumpul kalau macam ni).

_____
Ada apa: Kalau bab Transformers ni, ada baiknya kunjungi blog Transformers United.

Kacang Pengunci Gotoh


Terjemahan langsung daripada "Gotoh locking nut".

Salah label ni, patutnya GHL-2-G.
Menyahut cabaran cadangan Yustech dan Hisham D dalam entri dilema yang lepas. Setelah meredah katalog eBay, akhirnya aku terjumpa locking nut Gotoh GHL-2 yang dilelong dengan harga yang agak menarik US$15.00 (RM50.16) termasuk kos pengeposan (harga runcit di Malaysia sekitar RM100-120).

Gold set.
Set ini disertakan lengkap dengan penahan tali (string retainer), tiga keping shim berlainan ketebalan dan sebatang hex (Allen) key.


Entri Mikro: Selamat ulang tahun D-Day yang ke-70.
Entri lama.


Lebar nut pada Mirage aku berukuran 43 mm, sepatutnya lebih sesuai menggunakan model FGR-2 berbanding model GHL-2 yang berukuran 41 mm. Tapi disebabkan hanya model GHL-2 berwarna emas sahaja yang ada dilelong, hentam sajalah asalkan neck lebar berbanding nut, jangan sebaliknya...


Gitar-gitar ESP George Lynch pun lebih kurang begini keadaannya, lebar nut (43 mm) lebih kecil daripada lebar neck (45 mm). Cuba perhatikan gambar di bawah, nampak ada gap dalam 1 mm?

Imej Bmusic.
Secara teorinya dengan setup begini tali pertama dan keenam susah untuk "terkeluar" fret semasa bending - mungkin begitulah pendapat Mr. Scary kot?

Buat masa ni ia disimpan sebagai stok, guna locking nut cap ayam dulu. Atau kalau ada masa (tak malas) aku akan memasangnya semasa proses pemasangan tali gitar baru pada Mirage kelak.

_____
Ada apa: Beberapa hari ni pasti ada rancangan menarik berkaitan D-Day di saluran History, Nat-Geo dan Discovery.

Super Super Super


Memperolehi satu lagi pikap berjenama DiMarzio daripada Music Master Studio. Jika sebelum ni dah biasa dengan model kegemaran ramai Super Distortion (yang ada pada Goldie aku), kali ni aku ingin mencuba kembar gelapnya Super 3.

Jangan terpedaya dengan tanda harga.
Think of the Super 3 as a Super Distortion with more mid-range grind and chopped treble. If you play your amp with scooped mids and intense overdrive, this is your pickup. The Super 3 pickup’s smooth highs allow you to turn up your amp's treble and presence without fear of thinning out your sound, and the crunchy mids ensure you won't get lost in the mix. It's also a great pickup to use with distortion pedals — it drives them hard and allows full use of their tone controls
- hype daripada DiMarzio.

Jika Super Distortion adalah seorang Jedi, maka Super 3 adalah seorang Sith Lord, kuasa lebih kurang sama, cuma berbeza ideologi, hahaha~ (pandai-pandai memandai-mandai).

Ditambah dengan Air Norton dan Blue Velvet yang ada dalam stok peribadi, dah kira cukup set DiMarzio "all-round-metaller" untuk sebuah gitar berkonfigurasi HSH (next proejct?).

_____
Ada apa: Sila hubungi Music Master Studio untuk harga promosi.

Wordless Wednesday: Antara BH, Cadbury, Halal, JAKIM, KKM Dan JKM



BH 3/6/2014 - versi online.
_____
Ada apa: Dah kira selesai?

Ada Sesuatu Dari YusTech GT


Khamis minggu lepas menerima sebuah bungkusan beralamat daripada YusTech GT.

Secara harfiahnya, blog YusTech dan theguitaraddict (entri Master Beez) merupakan rujukan utama aku untuk kerja-kerja pematerian pada gitar selain skematik rasmi yang didapati daripada internet.

Banyak idea dan kaedah pendawaian dan pematerian baru yang dipelajari daripada blog-blog tersebut, kebanyakkannya telah dipraktikkan untuk kerja-kerja pemasangan pikap pada gitar sendiri mahupun gitar rakan-rakan seMUUV (past projects: Hybrid LP, GAX30, 428B-DT, VX-2V, GRG270, DK2FS).

Kad nama dan resit pun nampak pro.
Ok, berbalik kepada bungkusan tadi, pada mulanya aku hanya memesan beberapa barangan Switchcraft, tapi YusTech berbesar hati menambah beberapa barangan kecil yang boleh aku katakan sebagai "pek permulaan pematerian yang kemas" untuk dicuba - kursus pematerian jarak jauh? Hahaha... Terima kasih.


Beberapa produk Switchcraft, kapasitor pelbagai farad dan beberapa alat bantu pematerian kemas terutamanya terminal contact.

Mula-mula teringin juga nak baiki semula pendawaian dan pematerian yang pernah dilakukan pada Goldie dan Calypso menggunakan benda-benda di atas, tapi bak kata pepatah Inggeris - jangan baiki benda yang tak rosak. Tapi tengoklah nanti kalau aku rajin...

15, 22, 47nF. - Sprague? Roederstein?
Peralatan dan alat ganti yang aku ada pun agak terbatas, sebelum ni aku biasa mendapatkan alat ganti daripada Jo NoobAxe, Nonuz ataupun eBay. Mungkin lepas ni aku nak cuba cari peralatan khas daripada Stewart MacDonald (StewMac) contohnya ESP multi spanner dan The Key.

Tangan dah gatal nak main pateri dan pasang pikap...

_____
Ada apa: And I think I need a new multi-meter too...

Sepasang Entwistle XS 62N Putih


Menerima bungkusan daripada eBay seller findinstruments dari UK hari Selasa minggu lepas, dan kali ni bukan berisi CD audio tapi berisi sepasang pikap singlecoil berjenama Entwistle.

Pikap jenama Entwistle ni tidak mempunyai bungkusan runcit (retail packaging) kerana ia dijual secara pukal (bulk).


Pada mulanya terGAS untuk mendapatkan model ASN 57 seperti dalam entri beberapa minggu lepas, tapi atas sebab-sebab ekonomi dan output akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih model XS 62N.


Sepasang pikap untuk posisi neck dan middle yang pastinya akan dipasang menggantikan pasangan LS-120 pada Mirage aku. Kenapa bobbin putih? Itu akan dijelaskan dalam entri akan datang sudah terjawab dalam entri ni.


Pikap ni menggunakan magnet bar neodymium, magnet yang mempunyai medan yang kuat (per jisim) berbanding magnet jenis seramik ataupun alnico. Secara teorinya juga akan menghasilkan output yang tinggi tapi masih mengekalkan bunyi singlecoil.


Dengan menggunakan kutub nikel keras (hard nickel poles) yang boleh dilaras ketinggiannya, pikap ni nampak begitu "ganas" tapi kemas untuk sebuah pikap yang murah (1/5 daripada harga runcit DiMarzio Blue Velvet).

Pengalaman menggunakan model X1 pada ex-Tobi, membuatkan aku tidak menyangkal akan prestasi dan kualiti pikap berjenama Entwistle ni walaupun ia dikategorikan sebagai pikap yang murah. Mungkin jika ada peluang (dan gitar untuk dieksperimentasikan) aku akan cuba mendapatkan model lain pula (Darkstar, X3 atau Nemesis).

_____
Ada apa: Selamat berbulan Jun, dah setengah tahun 2014 berlalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) acoustic (9) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (128) amplitude music (3) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (122) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (45) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (62) console games (7) converse (3) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (33) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (3) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (226) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (83) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (30) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (141) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (18) footwear (2) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (76) gigrig (10) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (16) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (643) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (58) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (182) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (9) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (263) kazanna (1) kempen (35) kerja (74) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (19) kkdn (6) koleksi (288) konsert (84) kopi (22) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (15) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (5) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (339) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (24) new album (27) new gear (166) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (64) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (25) pedal/stompbox (281) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (106) planet waves (9) playstation (9) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (14) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (42) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (22) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (23) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) slipgate (4) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (25) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (4) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (20) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (242) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (105) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger