Wordless Wednesday: Dark Avengers




_____
Ada apa: Batman dah lompat parti...

Antara Red Bull Dan Raya


Dah seperti kebetulan tema AADI untuk minggu ni lebih kepada minuman tenaga (energy drinks), daripada Sting, M7 Drive dan kini jenama minuman tenaga nombor satu di Malaysia - Red Bull, dengan tin khas edisi Hari Raya yang nampak menarik.


Mungkin ini entri terakhir sebelum raya, lepas ni akan mula sibuk dengan perjalanan balik kampung dan persiapan menyambut Aidilfitri. Tapi kalau aku ada masa (curi-curi), tak mustahil akan ada entri sebelum atau semasa raya.

Apa-apapun, AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (beberapa hari lebih awal) kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca, aktif atau senyap - maaf dipohon sekiranya ada artikel dan entri dalam AADI ini pernah menyinggung perasaan anda.

_____
Ada apa: #shramzb

Antara Oreo Dan Transformers


Mungkin dah agak basi untuk buat entri berkaitan topik Transformers: Age Of Extinction, lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasa hampa dengan jalan ceritanya (termasuk aku). Tapi tak mengapa (parap parap), disebabkan hari ni tak ada idea untuk buat entri, teruskan sajalah dengan topik basi.


Selain Solivite dan Darlie, Oreo juga tidak ketinggalan untuk cuba meningkatkan penjualan produk mereka dengan hype Transformers. Cuma Oreo mengambil langkah mudah (seperti Solivite) dengan hanya memberikan sekeping poster dan dua keping sticker sahaja percuma dengan setiap pembelian pek berkembar Oreo.


Poster nampak tak menarik langsung, sticker tadi pula boleh ditampal pada poster, lebih kurang macam sticker zaman Kalkitos dan Panini yang popular sekitar 80an dulu. Tapi rasanya benda percuma jenis poster dan sticker macam ni akan jadi mainan anak, tak lama kemudian bakal masuk tong sampah...

_____
Ada apa: Oreo masuk dalam "senarai"?

Wordless Wednesday: Dark Night




_____
Ada apa: Malam yang gelap...

Ada Apa Dengan M7 Drive?


Masih dalam kategori minuman tenaga (energy drink) seperti entri Sting semalam. Kali ni terjumpa minuman tenaga berjenama M7 Drive.


Ia merupakan minuman tenaga jenis tidak berkarbonat tidak seperti Sting. Apa yang tak berapa menarik, ia merupakan edisi terhad (limited edition) disebabkan ada gambar Aaron Aziz (okela daripada letak gambar Mawi).

Diperolehi di premis BB dengan harga RM2.50 untuk setin 250 ml, harga agak standard untuk minuman tenaga dalam tin. Dibuat oleh Mutiara Food & Drinks (M) Sdn. Bhd. Johor Bahru.

Tiada apa yang menarik dari segi rasa, disebabkan rasanya yang seakan-akan Carabao atau Krating Daeng (rasa standard Red Bull). Tapi cara yang agak menarik untuk menikmatinya ialah dengan menuangnya dalam gelas kaca dan ditambah ais dengan nisbah 1:1 atau 3:2, secara tidak langsung dapat mencairkannya dan sesuai dinikmati sebagai juadah berbuka puasa.

Airnya juga agak funky kerana berwarna hijau seperti darah Predator Gardenia Hijau atau F&N Tutti Fruitade (sorry, lupa snap gambar).

_____
Ada apa: #thatchromecan

Ada Apa Dengan Sting?


Sting - dah lama aku intai minuman ni sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas, baru berkesempatan mencubanya minggu lepas. Untuk permulaan ni aku mencuba perisa strawberry.

Pada mulanya ingin dijadikan minuman juadah berbuka pada petang Ahad minggu lepas, tapi akhirnya menjadi peneman berjaga menonton perlawanan akhir Piala Dunia.

Corak yang menarik.
Dibuat oleh Permanis Sdn. Bhd. (geng Pepsi) dengan harga (promosi?) RM1.90 untuk setin 250 ml, agak berbaloi untuk kategori minuman tenaga yang biasanya dalam julat RM2.00-2.80 berisipadu sama.

Ia minuman tenaga jenis berkarbonat seperti Booster Blitz (aka air cap kuda). Dan seperti Booster Blitz, ia lebih sesuai diminum sejuk disedut menggunakan straw berbanding diteguk terus.

Sesuai dijadikan minuman ketika pemanduan jarak jauh. Tapi jika diberi pilihan, aku lebih suka minuman tenaga tidak berkarbonat seperti Gatorade, Boost atau Mizone.

_____
Ada apa: Dah susah nak cari Booster Blitz.

Coming Home... MH17






"Coming home far away, as the vapour trails alight, where I've been tonight, you know I will not stay..."

_____
Ada apa: #prayforMH17

Falling Sparrow (Part 2)


Soviet-era SA-11 ground-to-air missile? - Aljazeera.

SA-11 - Image linked from DTN blog.

_____
Ada apa: Teringat babak F/A-18 Hornet dalam filem Behind Enemy Lines (hero Owen Wilson).

Ada Apa Ais Krim Potong King's?


Ais krim potong jenama King's antara kegemaran aku dan Mrs. Ijau suatu ketika dahulu, setiap kali balik kerja biasanya akan singgah di premis M untuk membeli ais krim ni.


Terdapat banyak perisa, tapi kegemaranku ialah perisa yam (keladi) dan black glutinous rice (pulut hitam). Selalunya beli satu tapi kali ni beli versi multipack yang berisi enam potong ais krim, yang dijadikan juadah pencuci mulut selepas berbuka puasa.


Tapi semenjak "accident of birth" tahun lepas, Mrs. Ijau dah susah nak makan dan minum benda-benda sejuk, apatah lagi benda-benda berais.

Sekarang ni dah tak ada geng nak makan ais krim potong, Lil'Ijau pun belum pandai makan ais krim bertangkai macam ni (kalau ais krim kontena lain cerita). Setiap kali makan ais krim ni teringat zaman-zaman "susah" selepas berstatus v2.0 beberapa tahun lepas.

_____
Ada apa: King's bawah F&N, F&N ada masuk dalam "senarai"?

Wordless Wednesday: Tri-Polar 5th Anniversarry




More info.

_____
Ada apa: Connect pun belum terbeli lagi...

Manowar - Hail To England


Pagi semalam aku perasan seperti ada masalah dengan akaun estock, segala CD estock_deutschland yang tersenarai dalam watch items aku semuanya hilang. Mungkinkah estock_deutschland sedang bercuti (sempena kemenangan Jerman?) atau akaunnya digantung oleh eBay?

Sebelah petang pula, aku menerima bungkusan eBay berisi audio CD Manowar (pastinya daripada estock) dengan album studio mereka yang ketiga bertajuk Hail To England.


(P)(C) 1984 Geffen Records, Inc. Distributed by BMG, printed in Germany. Diperolehi dengan harga agak tersenyum €4.39 (RM20.04) dengan pengeposan percuma.

Sebelum ni aku cuma pernah ada mp3 tiga buah lagu daripada album ni yang dimuat-turun ketika zaman Napster awal 2000 dulu iaitu Blood Of My Enemies, Kill With Power dan Army Of Darkness The Immortals. Jadi, cuma tiga buah lagu ni sahaja yang benar-benar mengembalikan nostalgia, selebihnya agak asing bagiku.


Rasanya tak perlulah aku ulas album ni, ia aku anggap sebagai pelengkap koleksi diskografi album studio Manowar yang hampir lengkap. Kini cuma tinggal Into Glory Ride sahaja yang belum aku dimiliki (koleksi aku sehingga Warriors Of The World sahaja). Untuk ulasan pakar boleh baca entri Krenmaut atau entri Berteromber versi 2010 dan versi 2014.

_____
Ada apa: Kill with power... Die! Die!... Hahahaha! Die! Die! Die!

Antara W810i Dan K618i


Mendapatkan telefon bimbit Sony Ericsson W810i melalui Lelong.my untuk menggantikan telefon utama aku K618i yang baru-baru ini dah nazak setelah bertahan selama tujuh tahun lebih. K618i ni memang banyak berjasa terutamanya sebagai modem 3G ketika harga modem USB masih mahal.

W810i dan K618i.
Walaupun orang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan telefon pintar, tapi bagi aku telefon yang tak berapa pintar memiliki pad kekunci (keypad) adalah lebih praktikal untuk dijadikan telefon utama.

Ia juga lebih pantas diakses dan dikemudi dengan sebelah tangan sahaja contohnya ketika sedang memandu. Untuk fungsi online (selain panggilan dan SMS) itu tugas telefon sekunder, A369.

Battle scars.
Kalau boleh memang aku nak cari model yang sama (atau K610) sebagai pengganti, tapi malangnya hanya W810i sahaja yang dapat dijumpai dengan ciri-ciri dan layout yang seakan sama dengan K618i pada harga yang tersenyum. Walaupun tanpa teknologi 3G, W810i ni masih menang dari segi music player (Walkman ooo~) dan kamera auto-fokus + LED flash.

_____
Ada apa: K618i ni akan disimpan dalam arkib bersama-sama 3210, 3610 dan 6600.

M109 Wannabe


Tatkala pedal Joyo Ironman Series sedang hangat diperkatakan, aku pula mendapatkan pedal Joyo versi klasik, model JF-11 6 Bands EQ.


Diperolehi daripada Music Master Studio (thanks Gap) yang juga merupakan pengedar utama jenama Joyo di Malaysia.


Pedal ni merupakan klon pedal MXR M109 6-Band Graphic EQ, tapi pada harga 40-50% lebih murah berbanding M109 (harga runcit M109 RM380).


Apa-apa pedal jenis EQ agak serbaguna, dua daripadanya (yang aku praktikkan) ialah midrange scoop untuk mendapatkan bunyi "metallic" daripada pedal distortion biasa (namely JF-03) dan juga sebagai midrange boost untuk solo (huh, macamlah aku pandai solo).


Midrange boost.

Ini merupakan pedal Joyo ketiga yang aku miliki selepas JF-01 dan JF-03. Setakat ini pedal-pedal Joyo tidak pernah menghampakan, cuma decal sahaja yang kurang menarik (aku suka decal Biyang Baby Boom Series).

_____
Ada apa: Ada lagi bakal menyusul...

Demons & Wizards - Touched By The Crimson King (Limited Edition)


Hasil usaha rajin membelek katalog estock_deutschland, terjumpa album kedua Demons & Wizards (band projek Jon Schaffer dan Hansi Kursch) bertajuk Touched By The Crinson King versi limited edition digipak.


(P) & (C) 2005 Demons & Wizards, under exclusive license to Steamhammer, a division of SPV GmbH, made in Germany. Diperolehi dengan harga tersenyum €3.34 (RM15.29) seperti biasa dengan pengeposan percuma. Walaupun berstatus terpakai (used), tapi fizikalnya masih nampak 95% baru.


Seperti album pertama (self-titled) mereka yang telah dimiliki penghujung 2009 dulu (zaman rancak eBayholic), album kedua ni juga masih mengekalkan formula yang sama iaitu gabungan gitar rancak Iced Earth (demons) dan vokal berlapis Blind Guardian (wizards).


Satu kelemahan pakej jenis digipak berlipat-lipat dengan slipcase ni ia tidak sesuai untuk dipasang dalam kereta, kerana agak leceh untuk membukanya semasa sedang memandu (kecuali dah siap-siap letak dalam kocek CD).

Tracklist
CD1
  1. Crimson King
  2. Beneath These Waves
  3. Terror Train
  4. Seize The Day
  5. The Gunslinger
  6. Love's Tragedy Asunder
  7. Wicked Witch
  8. Durian Dorian
  9. Down Where I Am
  10. Immigrant Song (Led Zeppelin cover)
CD2 (bonus CD for limited edition)
  1. Lunar Lament
  2. Wicked Witch (slow version)
  3. Spatial Architects
  4. Beneath These Wave (edit)
Inlay sama seperti versi biasa.
Jika album ni merupakan album studio Iced Earth atau Blind Guardian berasingan sepenuhnya (bukan gabungan) dengan trademark muzik/vokal mereka sendiri, pasti album ini boleh aku kategorikan sebagai super album. Tapi rasanya minat aku lebih kepada Blind Guardian berbanding Iced Earth...

More info please visit official page.

_____
Ada apa: Belum terbeli album kompilasi Blind Guardian.

Wordless Wednesday: Senandung Labah-Labah




_____
Ada apa: Tiada niat menghidupkan viral.

Ada Apa Dengan Drinho? (Part 2)


Jika sebelum ini biasanya aku membeli teh lemon jenama Yeo's, sekarang dah ada alternatif murahan lain daripada jenama Drinho. Ia juga lebih murah (beberapa sen) daripada harga semasa Yeo's, sekotak 1 liter dijual dengan harga RM2.00-2.20 (harga Bintulu).


Rasanya pula agak kelat dan masam berbanding Yeo's, perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rasa sebegini. Jika terasa kreatif, boleh tambah 100 plus, Revive atau air soda lain dengan nisbah secukup rasa... Voila! Instant "imitation" Long Island tea (hehehe).


Beberapa tahun lepas ia cuma boleh didapati dalam versi tin 300 ml (gambar ni tersadai dalam draft sejak 2012), sekarang dah ada versi kotak 1 liter lebih puas amat sesuai dikongsi sebagai minuman berbuka puasa (iftar, sungkei) bersama keluarga. Juga boleh didapati dalam versi kotak 250 ml dengan harga RM1.20-1.50, tapi lebih berbaloi beli versi kotak 1 liter.

_____
Ada apa: Aku paling suka produk teh hijau jasmine Drinho.

Antara Satchurator Dan DS-1


Secara harfiahnya, kedua-dua pedal Satchurator dan DS-1 merupakan "pedal yang sama". Joe Satriani pun pernah (dan mungkin masih) menggunakan DS-1 sebagai pedal distortion utama.

Dengan tombol-tombol pada kedudukan yang sama, bunyi kedua-dua pedal ni memang tak jauh berbeza (pada pendengaran aku yang amatur) menggunakan amp Laney LX12 (clean channel, noon EQs) dengan volume tahap bilik tidur.


Tapi ikut pengalaman, karekter sebenar kedua-dua pedal ni akan lebih menonjol pada tahap volume yang tinggi (gig level). Dan suis MORE merupakan kelebihan yang ada pada Satchurator, amat sesuai sebagai VOLUME/GAIN boost semasa solo (macamlah aku pandai solo, huh~).

Walau bagaimanapun, ketika ini DS-1 merupakan pedal distortion utama (workhorse), manakala Satchurator lebih kepada koleksi (simpan, sebab dah discontinued).

Trivia: Kedua-dua pedal ni pernah dimiliki suatu ketika dahulu (Satchurator #1, DS-1 #1) disebabkan ketika itu aku masih naive, kedua-duanya di"letgo" untuk mengejar sesuatu yang lebih "metallic".

_____
Ada apa: Belum lagi dibandingkan dengan JF-03.

Ada Apa Dengan RM7.00?


Sudah menjadi kebiasaanku untuk membayar zakat fitrah seawal mungkin...

Hmmm masih tiga keping.
Setelah dua tahun berturut-turut dengan nilai RM6.50 (2013, 2012), tahun ni nilai zakat fitrah untuk negeri Sarawak ialah RM7.00, mungkin bukan lagi antara yang termurah di Malaysia. Berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda tahun ni?

Entri Mini: Sharifah Aini, Harum Dalam Kenangan


Takziah dan alfatihah buat Datuk Sharifah Aini, agak terkejut juga bila baca status rakan-rakan Facebook semasa bersahur (sambil menonton Brazil lawan Colombia) pagi tadi.

Imej cilok daripada blog PC Kokak.
Bagi mereka yang membesar sekitar 70an dan 80an, pastinya lagu-lagu Kak Pah sedikit sebanyak meninggalkan nostalgia (tak caya cuba tanya Berteromber). Lagu yang pasti mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak ialah lagu *Terbang Helang. Walaupun lagu tu lagu Melayu, tapi sebutan perkataan "akhirnya" tetap dengan makhraj Arab yang betul.

Kehilangannya pasti akan dirasai, lebih-lebih lagi ketika lagu Hari Yang Mulia, Suasana Hari Raya dan Nostalgia Aidilfitri berkumandang kelak.

_____
Ada apa: *Itu belum lagu kuda lagi.

Children Of Bodom - Holiday At Lake Bodom, 15 Years Of Wasted Youth


Suatu ketika dahulu aku pernah memiliki diskografi Children Of Bodom yang (agak) lengkap sehingga album Blooddrunk (album terkini ketika itu), tapi semuanya telah dijual kepada seorang kenalan Facebook dari Sandakan (yang juga peminat tegar COB) sebahagian daripada korban pra Projek Mega 2011.


Untuk mengembalikan nostalgia COB, aku mendapatkan album kompilasi COB iaitu Holiday At Lake Bodom, 15 Years Of Wasted Youth daripada (tak lain tak bukan) estock_deutchland dengan harga tak tersenyum €6.93 (RM31.66) dengan pengeposan percuma - listed as brand new (but unsealed?).

(C) & (P) 2012 Spin-Farm Oy, a Universal Music company, made in EU. Kompilasi yang mengandungi lagu-lagu hits mereka sehingga album Relentless Reckless Forever, termasuk dua buah lagu (cover) baru.

Tracklist
  1. Hate Crew Deathroll
  2. Shovel Knockout
  3. Hate Me
  4. Everytime I Die
  5. Needled 24/7
  6. I'm Shipping Up To Boston (Dropkick Murphys cover)
  7. Sixpounder
  8. Warheart
  9. Roundtrip To Hell And Back
  10. Trashed, Lost & Strungout
  11. Living Dead Beat
  12. Deadnight Warrior
  13. Blooddrunk
  14. Follow The Reaper
  15. Are You Dead Yet?
  16. Silent Night, Bodom Night
  17. Jessie's Girl (Rick Springfield cover)
  18. In Your Face
  19. Angels Don't Grill Kill
  20. Downfall
Sayangnya tiada lagu Bodom After Midnight dalam kompilasi ni, antara lagu kegemaranku daripada album Follow The Reaper.


Juga didatangkan dengan DVD (bonus?) yang mengandungi dokumentari 15 Years Of Wasted Youth (boleh cari di Youtube) dan video muzik lagu Shovel Knockout. Mereka ni (kecuali veteran Latvala) rata-ratanya dalam lingkungan umur sebaya aku, jadi bila menonton dokumentari ni dah agak masak dengan perangai gila-gila mereka, lebih kurang seperti dalam dokumentari DVD Chaos Ridden Years.

COB sememangnya menghasilkan muzik yang menarik, aku suka faktor keyboardist Janne yang memberikan elemen symphonic pada muzik death metal COB. Cuma dari dulu aku tak berapa suka vokal Alexi. Tapi "solo duel" antara Alexi dan Janne merupakan sesuatu yang mengujakan setiap kali mendengar lagu-lagu COB, dan itulah trademark COB yang aku kenal.

Mungkin jika ada album-album COB disenaraikan di estock_deutschland dengan harga yang tersenyum, mungkin aku akan cuba kumpul semula diskografi mereka.

_____
Ada apa: Bab berkaitan Henkka tak perlulah aku ceritakan sekali lagi.

Ada Apa Dengan Soyfresh Hershey's? (Part 2)


Jika minggu lepas perisa coklat, kali ni perisa mocha.


Juga diperolehi di premis M dengan harga yang sama. Kali ni aku ada juga terjumpa versi 1 liter untuk kedua-dua perisa (coklat dan mocha), tapi harganya agak premium RM5.XX (macam harga Milo kotak 1 liter) membuatkan niat agak terbantut untuk membeli.

Rasanya? Tidak seperti perisa coklat, perisa mocha ni tidak dapat menyembunyikan rasa soya - lebih kurang macam susu kacang soya campur dengan Nescafe kotak (bukan tin). Dan disebabkan ia berasaskan soya, ia sesuai sebagai alternatif kepada susu bagi mereka yang kuat kentut/berak lepas minum susu.

_____
Ada apa: Sesuai untuk minuman ketika sahur.

Wordless Wednesday: Asepso, The Antiseptic Soap



More info.
_____
Ada apa: Bau yang kureng.

Antara Julai, Ramadhan Dan Piala Dunia


Dah masuk bulan Julai, 2014 dah separuh jalan. Menarik sepanjang bulan Julai...

1) Ramadhan - Dah masuk hari ketiga baru ada entri AADI berkaitan Ramadhan, masih belum terlambat untuk aku ucapkan ahlan wasahlan ya Ramadhan mubarak kepada geng bloggers, pembaca dan pengikut AADI. Tahun ini mungkin tiada entri berkaitan bazaar Ramadhan, aku akan cuba untuk tidak membazaarkan diri kerana terbawa-bawa dengan kekecewaan tahun lepas.

Image linked from somewhere on the net.
2) Piala Dunia 2014 - Aku bukanlah peminat bola sepak (walaupun aku bukan kaki bangku), aku hanya akan menonton perlawanan sekiranya ada kelapangan, selebihnya tengok keputusan perlawanan melalui Google. Tak sokong mana-mana pasukan spesifik (mungkin sokong underdog). Tapi bulan Ramadhan ni kalau perlawanan pukul 4.00 pagi biasanya akan ditonton semasa bersahur (imsak di Bintulu 4.50 pagi). Tak ada pesta vuvuzela kali ni ye?

Image linked from somewhere on the net.

Entri Mikro: Blaze Bayley just liked my photo on Instagram! Fuh~ Terharu beb!




3) Raya - Tahun ni dah plan balik Sabah melalui jalan udara (guna kemudahan tiket tahunan), malas nak memandu jarak jauh trans-Borneo (aka tour de Brunei). Walaupun jambatan dah siap, tapi masalah birokrasi dangsanak kitani masih belum dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas di sempadan Malaysia-Brunei setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah.

_____
Ada apa: Scream for me Brazil!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger