Pasca YES Reco (Part 2)


Satu lagi perolehan saki baki stok jualan akhir tahun 2014 (YES) daripada Pusat Muzik Reco, sebuah pedal wah klasik yang berbaloi - Vox V845.


Pedal wah termurah dan berkualiti setakat yang aku tahu (Behringer Hellbabe?). Walaupun murah, tapi ia adalah Vox, dan aku boleh dikirakan peminat jenama Vox.


Ia tidak disertakan dengan bateri 9V (bateri beli sendiri) dan untuk mengakses ruangan bateri terpaksa buka keempat-empat skru. Juga boleh dikuasakan dengan 9V AC adapter.


Litar yang ringkas dengan chip inductor utama Vox L1A. Pedal V845 ni tak "true bypass", aku tak berkira pun pasal kes true bypass atau buffered ni.


Sebelum ini hanya menggunakan modeling wah Vetta, Chrome (Vox), Weeper (Dunlop) pada Pod HD300. V845 ini pula akan dimasukkan dalam gigrig utama, untuk 2015 ni cuba berjinak-jinak bereksperimentasi menggunakan wah.

Tapi serius, kaki aku belum serasi bermain wah, hahaha... Sedih™

_____
Ada apa: Wah wah wah~

Wordless Wednesday: Ziggurat Vertigo




More info here.

_____
Ada apa: Lain cerita, sehari suntuk tak boleh bangun...

Sekitar BCM Weekend Market


Berkesempatan untuk singgah di BCM Weekend Market bersama Azrol selepas sessi jamming Sabtu lepas.

Pasar mingguan ala pasar malam anjuran Bintulu City Mall (BCM) diadakan setiap petang Sabtu dan Ahad bermula 3.00 petang di kawasan Bintulu City Mall (duh~). Dan kalau tak silap Sabtu lepas merupakan operasi sulungnya, walaupun dalam suasana hujan renyai-renyai.

Bass tersebut.
Seperti perasmian Car Boot Sale beberapa bulan lepas, kali ni juga Bintulu Buskers dijemput untuk membuat persembahan.

Murad, alter-ego Barangkali Marus.
Aku perasan ada beberapa peniaga merupakan geng-geng Car Boot Sale, adakah Car Boot Sale masih aktif di Terminal Bas 1Malaysia atau akan berpindah ke sini?


Dan seperti berpakej, komuniti Bintulu Pet Lovers (BPL) juga ada membuat "gathering" di sini walaupun tidak ramai yang datang, mungkin disebabkan pengaruh cuaca.

Wanna touch some pussies? Hahaha~
Seperti Car Boot Sale, bagi aku tiada apa yang menarik atau "rare" dijual di BCM Weekend Market ni. Makanan yang dijual pun agak biasa-biasa dan boleh didapati di pasar malam lain.


Nasuki Malim menghiburkan pengunjung yang datang dengan aksi silap mata belon buih gergasi di depan khemah Bintulu Buskers. Malangnya faktor cuaca juga sedikit sebanyak mengganggu persembahan beliau.


Ha~ Inilah sebenarnya tujuan utama aku datang, untuk mematerai urusniaga pertukaran (trade) beberapa barangan muzik dengan seorang rakan seMUUV yang tidak asing lagi iaitu Pak Mustar (alter-ego?), yang juga kebetulan mungkin akan menyertai persembahan Bintulu Buskers pada petang itu.

Aku terpaksa balik agak awal sekitar 5.30 petang setelah mendapat khidmat pesanan ringkas mengatakan tempoh perintah berkurung (curfew?) aku hampir tiba.

_____
Ada apa: Mall? Seriously, MALL? Pfft!

Sudden GAS: Ibanez KIKOSP


Info daripada NAMM, website Ibanez dan sumber "dalaman" - untuk 2015 Ibanez mengeluarkan gitar signature Kiko Loureiro versi "GIO" - KIKOSP.

Apa yang menarik, KIKOSP ini didatangkan dalam kemasan warna hijau iaitu transparent emerald sunburst (TEB) selain transparent red burst (TRB).

Cilok imej Ibanez.
Daripada info "dalaman" yang boleh dipercayai tadi, selain spesifikasi GIO (walaupun tidak tercatat pada headstock atau nama model), gitar ini juga akan dipasarkan pada harga GIO.

Harga GIO? Warna hijau? Hmmm... GASed? Cuma standard tremolo bridge sahaja yang aku kurang berkenan, lagi bagus letak fixed bridge terus.

_____
Ada apa: Versi Premium pun dah ada warna hijau.

Pasca YES Reco


Seperti tahun lepas, masih lagi berpeluang memiliki barangan saki-baki stok jualan akhir tahun 2014 (YES) daripada Pusat Muzik Reco walaupun tempoh YES sudah tamat. Barangan berikut diterima Isnin lepas.

Harga tertera bukan harga YES.
Sebuah metronome Korg MA-1, setin pick Dunlop Kirk Hammett signature (KH01T088) dan tali gitar Good Strings (hehehe) sebagai penggenap bayaran.


Aku perlukan sebuah metronome untuk praktis tempo solo-solo ringkas, semenjak menyahut cabaran Azrol untuk mencuba beberapa solo-trade lagu-lagu "playsafe".


Juga boleh digunakan bersama-sama headphone untuk mode senyap, atau disambung pada input aux pada multi-effects, amp atau mixer. Tema warna merah/hitam serasi dengan amp Micro Cube GX. Saiz dan dimensinya lebih kurang sama seperti tuner Korg GA-1.


Pick tin Kirk Hammett pula dibeli semata-mata sebagai koleksi sepeti pick tin Papahet. Makin bertambah koleksi pick aku...

Masih ada lagi beberapa barangan (sedikit) saki-baki stok jualan akhir tahun di Pusat Muzik Reco, amat sesuai bagi mereka yang ingin membelanjakan bonus, hahaha!

_____
Ada apa: Another Korg stuff...

Waterworld...


Bukan entri ulasan filem 1995 dengan tajuk yang sama lakonan Kevin Costner.

Dalam perancangan memang kami sekeluarga akan bercuti balik Sabah minggu depan menggunakan jalan darat (trans-Borneo), tapi agak was-was kerana ada info mengatakan jalan terputus di daerah Limbang disebabkan banjir.

Cilok gambar Facebook abang aku.
Pagi tadi pula dengar berita kawasan Pedalaman Bawah Sabah (Sipitang, Beaufort, Membakut, dll) pula mula banjir, dan kampung aku (Pimping) tidak terkecuali.

Sejak semalam lagi abang sulung aku dah memuatnaik ke Facebook gambar-gambar banjir sekitar jalan utama kampung aku. Dan gambar di atas situasi sekitar pukul 10.00 pagi tadi, belum ada lagi tanda-tanda air akan surut...

Bersambung?

_____
Ada apa: Seingat aku, kali terakhir banjir sebegini di kampung aku adalah pada tahun 80an.

Wordless Wednesday: Perodua Cup



This cup...
_____
Ada apa: Free coffee, and refill...

Sessi Jamming C#


Sabtu lepas merupakan sessi jamming pertama untuk tahun 2015, masih lagi secara 3-piece Hepi;) dan juga masih setia dengan 36 Studio. Seperti yang telah dirancang, aku dan Azrol bereksperimentasi dengan talaan rendah sehingga tiga semitone C# standard (sepatutnya drop-C# sahaja).


Pod HD300 digunakan untuk bunyi modeling California Treadplate (Mesa Rectifier) yang lebih afdal sesuai untuk talaan rendah. Aku perasan modeling Treadplate lebih menyerlah untuk talaan rendah berbanding standard.


Borhan, tauke 36 Studio yang juga merupakan drummer Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) menggantikan Bob Kandar yang terpaksa balik awal atas urusan bisnes.

Azrol dengan Eclipse?
Azrol sebenarnya merupakan peminat metalcore/deathcore dan NWOAHM (especially Trivium, Unearth, All That Remains, All Shall Perish), jadi sekali-sekala bagi peluang ikut selera "generasi-Y"nya. Antara sebab aku tergerak hati untuk mendengar muzik Trivium.

Untuk sessi ni, kami mencuba lagu Strife yang pada asalnya memang guna drop-C#. Jika melekat, mungkin lepas ini akan terus menggunakan talaan rendah sama ada C# ataupun D, termasuk untuk lagu-lagu "playsafe". Video? Tunggulah nanti bila dah asah betul-betul barulah rakam, hehehe...

_____
Ada apa: C# juga sesuai untuk beberapa lagu Blaze Bayley.

Ada Apa Dengan Nescafe Latte Caramel?


Ya, cerita kopi lagi...

Kalau tak silap, Nescafe memperkenalkan Latte Caramel (yang aku gelar kopi Aizat) tahun lepas, disasarkan khusus untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak minum kopi.
"Never liked coffee? Now it's time to love it! NESCAFÉ Latte Caramel comes with no harshness, no bitterness."
- hype Nescafe.

Kebelakangan ni aku ada masalah untuk minum kopi (kecuali kopi sejuk/ais), kadang-kadang kalau tak kena waktu boleh *palau dibuatnya. Jadi aku cuba bereksperimen dengan kopi-kopi jenis "lite" sebegini.


Walaupun aromanya memikat, sehebat aroma Nescafe bancuh (3-in-1) yang lain, tapi rasanya tidak sehebat aromanya. Bila diminum, terasa agak "menyesal", seperti meminum kopi yang telah dicairkan. Rasa latte/caramel pun tidaklah begitu menyerlah. Tapi mungkin ulasan aku ini adalah daripada perspektif peminum kopi kasual dan bukannya golongan sasaran.

*Palau = pening-pening (istilah Borneo).

_____
Ada apa: Nestle, please bring back Nescafe Body Partner Breakfast coffee.

Ada Apa Dengan Ah Huat White Coffee?


Dah lama aku intai kopi putih jenama Ah Huat ni. Jika versi versi bancuh (3-in-1) ada banyak perisa, tapi untuk versi tin aku cuma jumpa dua perisa; original dan hazelnut. Aku memilih perisa hazelnut untuk dibuat entri AADI.


Harganya standard harga kopi tin sekitar RM1.80-2.20 setin. Rasa kopinya agak "lembut", tidak se"keras" kopi jenama Pokka, Wonda atau Alicafe. dan ditambah dengan perisa hazelnut, menaikan rasa kopinya ke suatu tahap yang berbeza.

Bagi mereka yang was-was, jenama Ah Huat ni merupakan produk Power Root (M) Sdn. Bhd. adik-beradik dengan Alicafe. Kenapa Ah Huat itu aku tak pasti, mungkin Power Root ingin meneroka pasaran dan menarik minat pengguna berbangsa Tiong Hua.

_____
Ada apa: Untuk versi bancuh baru cuba dua perisa.

Wordless Wednesday: Sangkar Terjerat



Makanan rapu...
_____
Ada apa: Portdy, penganjur tak ada lagu Sangkar Cinta, jadi aku bantai Jerat Percintaan.

Sangkar Cinta?


Sangkar Cinta (Ziana Zain), in standard tune...


Ayuh kalau-oke~


_____
Ada apa: Hampir 20 tahun lagu ni ye?

TRS Male Coupler Jack


Dah lama aku mencari TRS male coupler jack macam ni, untuk menggantikan patch cable. Setelah gagal menjumpainya di pasaran tempatan, eBay dan Amazon pula menjadi sasaran...

Buat masa ni, hanya perlukan tiga unit.
Selain menjimatkan "ruang" dalam Pedaltrain (atau pedalcase) ia juga nampak kemas berbanding kabel-kabel berserabut.

Gambar hiasan, gitaris Manggas yang punya.
Cuma kelemahannya, ia hanya sesuai digunakan untuk menyambung dua pedal "adik-beradik" daripada jenama (atau dimensi) yang sama. Contohnya pedal-pedal Boss. Jika berlainan jenama atau dimensi, perlukan sedikit pengubahsuaian.

_____
Ada apa: I need one more Boss pedal :)

Ada Apa Dengan Endless Forms Most Beautiful?


Looking forward for this new Nightwish's eighth studio album, release date: 27/3/2015.

Endless Forms Most Beautiful.jpg
Cool cover art, source Wikipedia.
Dengan vokalis Floor Jansen (ReVamp, After Forever), pasti album kali ni lebih epik. Hai abang Marco~


"11 Finns and a Brit..." so says that high-tower Dutch lady.

Mat Salleh ni kalau buat album, Fuh! Memang serius sampai tahap sanggup redah salji. Harap semua episod "the making" dalam Youtube boleh dikompilasikan jadi bonus DVD.

By the way, love their Suomi slang...

_____
Ada apa: Darwinism?

Takafishmane


Setelah mendapat respon positif daripada "bakal pembeli yang berpotensi" (selepas diiklankan dalam blog GKC), baru ada mood untuk memulakan eksperimen projek memasang preamp Fishman Presys menggantikan preamp TS-1N pada Taka (Takamine ED20C) yang bermasalah.

Perbandingan saiz.

Disebabkan saiz yang berbeza, lubang kaviti asal terpaksa dibesarkan. Dan dimensi/ukuran cut-out template boleh didapati daripada website Fishman.


Cuma ada gergaji "jigsaw" murahan sahaja untuk potongan kasar, potongan halus dilakukan dengan pisau secara berhati-hati macam buat ukiran kayu (kekangan perkakasan, sedih™).


Pikap piezo Fishman ni namanya Sonicore, agak tebal sedikit berbanding piezo asal. Jadi bridge dan action makin tinggi beberapa nanometer, tapi tak mengapa (parap-parap).


Berkesempatan "mencuri masa" untuk membersihkan fretboard dengan produk-produk Jim Dunlop; 01 Cleaner & Prep, 02 Deep Conditioner dan 65 Polish & Cleaner.


Tali gitar yang digunakan adalah Good Strings (duh~), antara harta rampasan perang daripada Pusat Muzik Reco tempoh hari. Jangan pandang remeh pada jenama ni, ia merupakan adik-beradik jenama Alice, antara jenama tali gitar yang tahan, lembut dan ekonomi.


Onboard tuner pada Presys ni walaupun tidak sesensitif Pitchclip atau Pitchhawk, tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada tak ada langsung, kan?

Ok, sebenarnya untuk projek ini, hampir semua yang dilakukan merupakan kali pertama, seperti memasang tali gitar akustik, memotong/mengerat tepi badan gitar, memasang preamp/piezo akustik. Dan alhamdulillah syukur, tiada kesilapan berlaku walaupun mengambil masa 3-4 jam untuk siap (amatur).

Malam nanti nak tunggu respon "bakal pembeli yang berpotensi" tu. Pi mai pi mai tang tu, geng-geng MUUV juga, bukannya orang lain...

_____
Ada apa: Credits to Yustech GT blog, as references.

Wordless Wednesday: Brightest Flame Burns Quickest




_____
Ada apa: Bajet gila, hahaha...

Blaze Bayley - The Night That Will Not Die


Album live Blaze Bayley yang kesekian... Entah, kedua kot selepas As Live As It Gets. Album live yang mengetengahkan lagu-lagu dari zaman Iron Maiden sehingga album terkini (ketika itu) The Man Who Would Not Die. Dirakam di Z7, Pratteln, Switzerland pada 13 Disember 2008 (mengikut info dalam inlay).

Swine reaper?
Kali ni diperolehi bukan melalui eBay tetapi daripada Blaze Bayley Official Webshop dengan diskaun 20% sempena Black Friday (£10.88 @ ~RM58 termasuk pos, pos tu yang buat mahal). Kebetulan aku belum ada album ni dan Soundtrack Of My Life, yang mungkin akan diperolehi dalam masa terdekat kerana masih ada 20% diskaun sempena tahun baru 2015.


Selain diskaun 20%, album ni juga ditandatangani sendiri Blaze Bayley! Antara sebab aku terus mendapatkannya setelah mendapat info daripada Facebook Blaze Bayley.


Ok, vokal Blaze memang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam album ni. Pertama kali aku dengar lagu-lagu era Iron Maiden seperti Futureal, Lord Of The Flies, Edge Of Darkness dan Man On The Edge dalam versi Blaze Bayley tanpa "vibe" Iron Maiden (double pedal drums, no galloping bass, no fancy licks) tetapi masih mengekalkan "feel" versi asal.


Begitu juga dengan lagu-lagu dari era BLAZE (Silicon Messiah, Blood & Believe, Tenth Dimension) bagi aku tiada cacat cela. Tapi yang pasti, lagu yang paling aku minat pastinya Smile Back At Death (Ridley Scott's Gladiator in a song) dan While You Were Gone (tribute to his late wife) yang dinyanyikan dengan penuh emosi.


CD ni diterima sehari sebelum bercuti Krismas, dapat juga dijadikan hiburan semasa pemanduan jarak jauh balik Dalat. Serius, dengar lagu metal kental (sambil karaoke) dapat mengelakkan diri daripada mengantuk semasa memandu, tapi Mrs. dan Lil'Ijau pula sedap tidur bila dengar lagu-lagu macam ni, pelik...

_____
Ada apa: Terasa nak down-tune gitar semata-mata nak cuba main lagu-lagu Blaze Bayley ni.

Boost Metal With Muff Top


Harta rampasan perang jualan akhir tahun (YES) 2014 seterusnya ialah Electro-Harmonix Metal Muff with Top Boost, diperolehi daripada Music Master Studio (SS2, PJ) diterima beberapa minggu lepas.


Seperti entri GAS tahun lepas, pada mulanya ingin mendapatkan semula Pocket Metal Muff (versi nano), tapi disebabkan harga yang ditawarkan agak sukar ditepis (lebih kurang harga Metal Zone MT-2) maka aku memilih terus Metal Muff versi abang long.


Tombol yang agak "ringkas" VOL, 3EQ, DIST, dan dengan tambahan tombol TOP BOOST untuk frekuensi berbeza supaya bunyi boleh memotong melalui campuran (cut through mix? Hahaha!), sesuai untuk booster semasa solo (kalau pandai solo lah~).


Bla bla bla... Rasa malas pula nak buat ulasan pasal pedal ni, lagipun blog AADI ni sebenarnya memang temberang kalau bab-bab kegitaran, hahaha!

Bateri Mike Matthews.
Metal rules?
Tapi sememangnya aku GAS dengan pedal-pedal distortion jenis metal ni. Kalau boleh nak cuba semua pedal yang menjadi penanda aras seperti Metal Muff, Metal Zone, Metal Cat, Death Metal dan Fullbore Metal. Setakat ni cuma Fullbore sahaja yang belum pernah dicuba...


Harapnya aku dapat mengawal GAS untuk 2015 ni.

_____
Ada apa: Memotong melalui campuran? Pffft!~

2014 Yang...


Hari kedua 2015 baru ada peluang buat entri, sedikit imbasan AADI 2014 (isu semasa berkaitan 2014 tak perlu aku sentuh, ia telah diulas oleh blogger lain dan media massa).

Tupa blacen rock santai
Tahun 2014 merupakan tahun yang agak dorman untuk Metuk Ulau Project, tiada satu gig atau persembahan awam disertai, hanya setakat sessi jamming sekerat-sekerat dan JOTB sahaja.

Walau bagaimanapun, aku dan Azrol masih aktif berjamming sekurang-kurangnya sekali sebulan, praktis lagu sendiri dan beberapa lagu cover baru walaupun hanya secara duo atau sebagai entiti Hepi;)

Owh that "British" sound...
Juga masih rancak memdapatkan gajet kegitaran untuk memuaskan *nafsu GAS. Antaranya amp Micro Terror dan kabinet V110NT, dan beberapa buah pedal; DS-1, JH-1, Satchurator, JF-11, DD-3, Death Metal, Pitchblack Poly, MS-70CDR dan Metal Muff.

Tak lupa sebuah bass baru SR300 (menggantikan F-54) dan sebuah gitar akustik terpakai ED20C yang ditukarganti (trade) dengan beberapa buah pedal.


Hobi eBayholic beli CD audio masih mendatar (maintain), tiada terkurang atau terlebih. Piring hitam? Mana-mana pihak yang ingin meracun aku dengan hobi ini, seseungguhnya anda tidak akan berjaya kerana GAS terhadap hobi kegitaran masih membara...

_____
Ada apa: 2015? Walaupun dah ada perancangan perhobian, tapi biarlah ia masih dalam proses "perancangan".

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger