Sudden GAS: Telecaster


Waktu mula-mula terjerumus berhobi gitar elektrik awal 2009 dulu, aku memang tak suka bentuk telecaster (terutamanya headstock), bunghok bebeno ghuponyo... Ketika itu, semua nak metal, bentuk mesti ganas, mesti ada bucu tajam (cikai-cikai pun "tanduk" RG).

Imej Dead Eye Guitars.
Tapi bila bentuk telecaster mula nampak menarik dan mengiurkan, adakah itu tanda-tanda dah tua? Atau adakah ia hukum karma? Paling teruk lagi bila terGAS pula untuk memiliki sebuah telecaster...

Tapi seperti biasa, GAS sebegini jika dibawa bertenang dan bermuhasabah diri pasti akan reda sendirinya.

Fakta menarik, idea untuk riff lagu Project Madness datang semasa bermain-main dengan Telecaster Chop Sudir (Squier VM Custom II).

_____
Ada apa: Dah 3-4 hari "diganggu" oleh panggilan telemarketing.

Ada Apa Dengan Umbro Isotonic Drink?


Ok, tin minuman ini menarik perhatian aku, logonya macam pernah tengok. Rupa-rupanya Umbro - Umbro isotonic drink (powered by Isomax). Umbro pun sekarang dah buat minuman? Tapi minuman yang ada kaitan dengan kesukanan, oklah tu untuk jenama sukan global.


Buatan Malaysia, dikilangkan di bawah lesen oleh Ace Canning Corporation Sdn. Bhd. Shah Alam. Menggunakan resepi Isomax, jadi sudah pasti rasanya lebih kurang rasa Isomax untuk perisa asli (biru), manakala perisa buah campuran (hijau) pula seakan ada rasa beri, beri apa? Aku tak pasti, beri duit kot?

Tapi yang menarik ialah harganya, hanya RM1.00 untuk setin 325 ml. Dah 3-4 premis aku tengok harganya sama. Adakah ia sekadar harga pengenalan atau harga runcit terus?

_____
Ada apa: Akan tergugat pasaran 100 Plus.

Wordless Wednesday: Who Is Who?



Sumber
_____
Ada apa: Cerita lama...

Boss Of The Bass


Setelah agak menyesal menjual Hartke VXL beberapa bulan lepas, aku mula mencari pedal pengganti. Dan kali ini aku memilih jalan ke arah multi-effects, dengan harapan selepas ini ia tidak beranak-pinak seperti pedal jenis stompbox.


Bernasib baik terjumpa multi-effects Boss ME-50B terpakai (used) yang dijual pada harga kasih sayang. Dengan berbekalkan dana-dananya hasil jualan (GLTL) beberapa pedal stompbox Boss yang tidak digunakan, aku berjaya memiliki barang lagenda (stuff or legend) ni.

Tiada kotak, manual asal dan adapter disertakan, hanya unit ini seadanya dengan fizikal yang masih memuaskan. Calar-calar, karat dan kotor sikit tu tak mengapa yang penting masih 100% berfungsi, it's a Boss after all...


Tombol-tombol yang banyak sebegini biasanya memeningkan. Tapi jika dianggap seperti susunan 3-4 pedal stompbox, terasa lebih mesra pengguna dan mudah dilaras.

Dua mode; manual dan preset, aku lebih suka guna mode manual, terasa seperti main stompbox sebiji-sebiji kemudian save sebagai personal presets.


Dengan pengalaman yang tak seberapa, ternyata efek paling berguna semasa main bass ialah compressor dan bukannya overdrive/distortion mahupun modulation lain. Ada lima jenis compressor/limiter, aku suka D-COMP, menurut manual (yang dimuat-turun) ia adalah modeling MXR M102 Dyna Comp.


Sayangnya ME-50B ni tidak memiliki amp modeling, yang ada cuma MASTER preamp (4-band EQ + LEVEL) dan DRIVE/SYNTH. Bahagian ni aku suka guna BASS DRIVER - modeling Tech21 Sansamp Bass Driver DI. Bahagian DELAY/MODULATION jarang guna. Jadi tak payah cerita.


Expression pedal yang tegap, selain untuk volume dan wah, ia juga boleh digunakan untuk parameter lain antaranya kick-drum - boleh buat macam bunyi mallet ketuk bass drum.


Ada satu fungsi tersembunyi di bahagian belakang - NOISE SUPPRESSOR - one knob to rule them all, macam Rocktron HUSH.


Seperti ME-series yang lain, ME-50B juga boleh guna bateri AAx6, tapi tak mengapa (parap-parap) sebab aku ada adapter Boss PSA.

Setelah digunakan untuk satu sessi jamming, selain tiada modeling amp, kelemahan lain yang ketara ialah tiada USB (model lama) dan direct ouput atau DI untuk disambung terus ke PA system atau mixer.


Mungkin ME-50B ni dicipta sebagai unit efek sokongan kepada rig bass biasa (amped rig) kot? Tapi sebab aku dah tak ada amp (SW35 dah lari ke Labuan), terpaksa guna DI box berasingan - Samson S-direct atau Behringer DI20 (HSE punya) - untuk sambung ke PA system.


Pak Marco pun katanya guna benda ni semasa rakaman album EFMB.

Untuk bass rig aku, dengan adanya ME-50B harapnya selepas ini tak perlu lagi ada penambahan pedal. Kalau nak tambah pun, mungkin cari amp bass (lagi?).

_____
Ada apa: Ingin mencari versi gitar, ME-50 (ME-70/80 terlalu besar).

Ada Apa Dengan Fontana? (Part 8)


Fontana perisa buah delima (pomegranate). Dah lama tak buat entri Fontana, kali terakhir hampir empat tahun lepas.


Entri ni sebenarnya pun dah hampir setahun dalam bentuk draft. Akupun dah lupa macam mana rasanya Fontana delima ni, hahaha... Tapi kalau tak silap lebih kurang rasa macam beri (berries), tapi entah beri apa, beri duit kot?

_____
Ada apa: Fontana nanas tetap menjadi pujaan hatiku.

Ada Apa Dengan Lucozade Sport?


Terjumpa satu lagi minuman isotonik tanpa karbonat berperisa oren di pasaraya F. Dengan hype "UK No. 1 isotonic drink" sudah cukup membuatkan aku ingin mencubanya.


Buatan Malaysia oleh Cocoaland Industry Sdn. Bhd. Rawang, di bawah lesen Lucozade Ribena Suntory Ltd, London. Dijual dengan harga RM2.50 untuk sebotol berisipadu 500 ml, boleh dikirakan lebih murah daripada Gatorade.

Rasanya? Sekali teguk aku rasa nak ketawa. Kenapa? Sebab aku seperti meminum oren bancuh Sunquick, hahaha! Pertama dan terakhir...

_____
Ada apa: Orang UK suka minum oren bancuh eh?

Pasca YES Reco (Part 3)


Pembelian kegitaran pertama untuk 2016, masih dapat diskaun jualan akhir tahun (YES) walaupun benda ni tidak tersenarai dalam katalog YES Pusat Muzik Reco - Samson S-direct direct injection (DI) box


Antara DI box yang termurah dalam pasaran tempatan. Satu perkara pelik/mistik pasal DI box ni, bila kita dah tak ada (dah jual) DI box, biasanya waktu itulah ia akan diperlukan. Serius! Bukan sekali, tapi dah dua kali aku mengalami situasi yang sama.


Sebelum ini aku pernah ada DI box Behringer Ultra-G GI100, pedal Hartke VXL juga mempunyai fungsi DI. Tapi kedua-duanya dah dijual (GLTL) untuk mendanakan benda lain. Nak beli semula GI100 tapi harganya dah melonjak naik tak munasabah berbanding dua tahun lepas.


Walaupun tidak secanggih GI100 yang ada simulasi kabinet maya 4x12, tapi tak mengapa (parap-parap) fungsi selebihnya masih sama. Oklah daripada tak ada langsung DI box.

Post-2015 bass rig, ampless...
Sekarang bass rig aku dah tak ada preamp pedal dan amp (Soundwave 35 aku dah dibeli rakan dari Labuan). Harapkan preamp Ibanez EQB-IIID pada Tommy (SR300) saja, dan S-direct ni akan disambung terus pada PA system, penyelamat ketika sessi jamming Hepi;)

_____
Ada apa: Memang menyesal jual VXL, kena cari bass preamp baru.

Wordless Wednesday: Nemo Singapore





_____
Ada apa: Oh how I wish...

Elyana - Bicara Mata Ini


Satu daripada CD batch keenam Radin Music Centre yang diterima minggu lepas, album studio ketiga Elyana - Bicara Mata Ini. Selain memiliki nilai nostalgik, harga (RM9.90) serta *faktor Elyana itu sendiri antara penyebab aku mendapatkan album ini.

Duta Converse kena tunjuk kasut...
Mungkin disebabkan lagu-lagu yang lebih pop rock, catchy dan bertemakan remaja ditambah dengan penampilan baru ala Avril Lavigne (era Let-Go) membuatkan album ni lebih meletop berbanding dua album sebelumnya. Masih ingat lagu Niat?


Album ni keluaran 2005, tahun terakhir aku di Penang. Lagu-lagu yang bertajuk radikal seperti Pakai Kanta Mata, Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu selalu berkumandang di radio ketika itu. Ada juga sebuah lagu cover Penantian nyanyian asal kumpulan Harmoni (Zubir Ali).

Nah kau! Buka inlay CD boleh jadi poster
*Pertengahan 2000an dulu, selain Nora Danish aku juga crush dengan Elyana ni (hahaha malu nak mengaku sebenarnya). Lebih-lebih lagi dengan watak Opie dalam siri Dunia Baru yang ranggi dan sikit tomboy macam awek Kg. Baru aku dulu.



_____
Ada apa: Drama Renjis pun kadang-kadang terlayan juga.

Ada Apa Dengan F&N Nenas?


Dah lama tak buat entri berkaitan nanas (aka nanasmania).


Edisi terhad minuman ringan F&N berperisa nenas (ejaan yang betul ikut DBP ialah nanas). Berapa lamakah ia akan terhad?

Pada siapa yang biasa minum perisa Zesty Zappel, rasanya tak jauh berbeza. Mula-mula teguk akan ada rasa macam Zappel, kemudian baru ada rasa nanas, magis kan? Tapi tak boleh minum selalu, terlalu manis...

_____
Ada apa: Jom tengok Nightwish malam ni.

HUSH... Diam!


Perolehan hujung tahun 2015 terakhir, sebuah pedal noise reduction berjenama Rocktron (lagi) daripada Guitar Collection. Kebetulan pedal-pedal Rocktron ada diskaun 50% penghabisan stok, tidak seperti Tri-Wah yang masih diskaun 40% ketika itu.

HUSH ni ada macam-macam versi, Aku memilih versi Reaction HUSH berbanding HUSH The Pedal kerana saiznya. Malangnya tiada versi MicroHUSH dijual, kalau tak memang akan pilih sekecil yang mungkin.


Pedal jenis noise reduction sebegini perlu ada untuk mengurangkan bunyi-bunyian berdesir-berdengung (hissing-humming) yang tidak diingini pada rantaian pedal-pedal stompbox atau pada effects-loop HT5-RH.

One knob to rule them all.
Nak dapatkan ISP Decimator II memang tak mampu (mampu, tapi tak berbaloi), alternatif lain ialah Boss NS-2 atau EHX Silencer. Tapi dari segi harga, dengan 50% diskaun, Reaction HUSH paling berbaloi.

Ruang penyimpanan bateri yang pelik
Selain untuk kegitaran, pedal ni juga boleh digunakan pada FOH atau PA system. Antara gajet yang amat berguna untuk juru audio selain DI box. Cuma sayangnya ia tidak dapat digunakan untuk mengurangkan bunyi-bunyian *boss atau supervisor yang suka membebel.

_____
Ada apa: *Tapi kalau ketuk guna HUSH ni mungkin dia boleh senyap sekejap...

Sembilan Tahun Ber-Blogger


Rupa-rupanya dah sembilan tahun aku ber-Blogger (formerly known as Blogspot), kalau campur lagi zaman blog Friendster dulu dah jadi 12-13 tahun. Ok, sebelum ada pakar terhebat pertikaikan matematik, dalam profile aku ada tulis "On Blogger since January 2007".

Soalannya, masih relevan lagikah medium blog?


1) Gaya penulisan - Sejak 2010, aku cuba untuk menggunakan ejaan, istilah dan tatabahasa yang betul dalam penulisan blog, kononnya nak sahut kempen Rais Yatim (ketika itu) untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kelebihannya, jika guna Google Translate, terjemahan kepada bahasa lain hampir 100% tepat.

Tapi sekarang kempen tu entah ke mana? RTM sendiri pun dah rojak, sampaikan lagu-lagu patriotik/kenegaraan yang liriknya ke laut pun boleh masuk TV, contohnya lagu "bersalut coklat" di bawah ni.


2) Geng bas sekolah - Ramai dah yang dahulunya kencang berblog sekarang dah pencen, ada juga yang dah lost-contact terus. Tapi Bert, Deaf, Bro Sub dan Pak Nemut sejak aku mengenali mereka awal 2009 antara yang masih kental aktif berblog sehingga kini.

I miss the old layout...
Ada lagi beberapa geng lain yang masih aktif, tapi aku perasan dah kurang frekuensi. Kepada geng-geng bloggers kenalan baru yang sedang kencang berblog, teruskan usaha anda #gambarre #kipidap #dongibap #karipap #papsmear

You're awesome as VT Rajendar.
3) Kekangan dan cabaran - Aku tahu kekangan masa merupakan faktor utama, selain itu mencari idea "apa yang mahu diceritakan" tapi masih bersesuaian dengan tema blog juga merupakan cabaran. Tak kurang juga faktor media sosial lain yang lebih trendy/hip membuatkan medium blog mula dilupakan. Maka kembali kepada soalan mula-mula tadi, masih relevan lagikah medium blog?

Penulis blog bernafsu (passionate blog writer).

_____
Ada apa: Pagi-pagi dah cakap ayam jantan (talk cock).

Juara Juara Rock


Sebelum ini, aku cuma kenal dua daripada lima band dalam album Juara Juara Rock ni iaitu D'Febians dan May, selebihnya aku cuma pernah dengar nama sahaja (80an dulu kan banyak band rock). Dan aku rasa hanya May yang masih bertahan sehingga kini kan? Bandi Amuk tak kira sebab bukan guna entiti Febians.


Tiga tahun lepas Bert memperkenalkan aku lagu Kabus (Metalian) sebagai cadangan untuk lagu semasa Bintulu Rockers Re-Union 2013. Lagu yang diambil daripada album Juara Juara Rock ni. Sekarang lagu Kabus menjadi antara lagu wajib MUP atau Hepi;) ketika jamming, pernah juga dimainkan secara live semasa Bintulu Bike Week 2013 dan Battle Of The Band tahun lepas.


Selebihnya malaslah aku nak ulas, nanti ada pulak komen-komen daripada pakar terhebat suruh aku hubungi pihak Sony Music.

Tapi tak mengapa (parap-parap), belanja satu lagu...



_____
Ada apa: Lepas ni akan cuba cover lagu Metalian Tetap Di Sini pula...

Wordless Wednesday: Post-2015 Bass Rig




_____
Ada apa: Menyesal let-go VXL, nak cari pengganti, mungkin WTDI.

Wings - Masterpiece


CD kompilasi Masterpiece ni dijadualkan untuk batch ketujuh, tapi Pak Radin tersalah masuk batch keenam, sepatutnya CD kompilasi Exists.


Tapi tak mengapa (parap-parap), sebagai koleksi diskografi Wings, kompilasi ni patut ada, harga pun taklah kapitalis, RM20 je...


Ada satu lagu khas untuk kompilasi ni iaitu Pesona Sanubari. Bak kata geng-geng blogger, lagu rare. Lagu Perhentian pula adalah versi reggae album Opera Dalam Kenangan dan bukan versi album Silver.


Lebih info dan bacaan lanjut mengenai kompilasi ni boleh singgah blog Mus Speedrider dan blog Arena Muzika.

_____
Ada apa: JS Kevin = Silhouette.

Batch Keenam


Batch keenam daripada Radin Music Centre diterima kelmarin. Seperti biasa, setiap batch aku tetapkan maksimum tiga buah CD sahaja, jangan banyak-banyak, nanti *tabalurut.


Rilisan JJR1 tepat pada masanya, jadi masuk bakul sekali lah~ Selebihnya seperti pembelian sampingan (collateral purchase).

_____
Ada apa: *Terbelurut, terlerai, sort-of chain reaction, macam tarik renda.

GAS 2016...


Dah masuk hari ke-10 tahun 2016, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS...

1) Compact multi-effects - Tahun ni aku akan cuba untuk tidak membeli pedal jenis stompbox dan kembali menggunakan multi-effects.

Imej Dead Eye Guitars.
Pod HD300 masih ada, tapi dengan gaya hidup muzika kami sekarang (jamming, gig, BOTB), ia agak membebankan dari segi logistik. Mungkin akan cuba dapatkan multi-effects bersaiz kompak (baru atau terpakai) seperti Boss ME-25, Vox ToneLab ST atau Zoom G3X.

2) Gitar hijau - Katalog ESP 2016 memang #jilake, ada LTD M-400 warna hijau!


M-400 dark green metallic, dengar-dengar EC-401 juga akan ada warna hijau military green satin. Tapi kenapa 400-series dan bukannya 200/100-series? Tapi tak mengapa (parap-parap), GAS ini boleh dielakkan dengan bermuhasabah diri.

3) Sony PlayStation 4 - Ah! Perkele dengan kedua-dua benda di atas, 2016 aku paling GAS nak dapatkan PS4, semata-mata nak main Fallout 4!


Dah hampir 20 tahun jadi PC gamer (since 1997), rasanya dah tiba masa aku masuk khemah console. Serius, nak upgrade gaming PC aku sekarang ni supaya boleh main Fallout 4 (with minimum requirements) kosnya lebih tinggi daripada sebuah konsol PS4.


Pros and cons...


Not bad, upgrading my gaming PC would cost me twice or more.

_____
Ada apa: Kenapa tak pilih XBOX macam Rafi Xyrus?

amPlug 2 For My Birthday


Ok, hari jadi aku minggu lepas Mrs. Ijau hadiahkan Vox amPlug 2 Classic Rock. Jika tahun-tahun sebelumnya dapat tuner Korg (Pitchclip, PitchHawk-G), kali ni ubah selera walaupun masih dalam lingkungan kegitaran.


Diperolehi daripada Pusat Muzik Reco sebelum cuti tahun baru, masih lagi pada harga jualan akhir tahun (YES). Tapi mahal sedikit berbanding harga tahun lepas, faham-faham sajalah.


Dah lama terGAS untuk memiliki amPlug sejak versi pertama lagi, tak lama dahulu pun pernah belikan amPlug 2 Metal untuk seorang rakan, sempat juga mencubanya, tapi tak tergerak hati untuk memilikinya sendiri.

Nippon mari.
Jika versi Metal adalah emulasi bunyi amp Mesa Rectifier, versi Classic Rock ni pula emulasi bunyi amp Marshall tak pasti model apa (JCM800 kot?). Bunyi yang sesuai dengan genre muzik yang selalu dimainkan (NWOBHM, 80's rock).



Dengan tiga mode (clean, crunch, high gain) dan tiga efek (chorus, delay, reverb), amPlug ni memang seringkas-ringkas rig, lebih ringkas daripada Pandora Mini - just plug in headphone and rock on! Sesuai untuk lepas gian tengah-tengah malam atau warm-up sebelum gig.


Seperti biasa, ada pembelian sampingan, satu set patch cable Cort dan input jack cover.

_____
Ada apa: Patutnya minta DiMarzio PAF 36th Anniversary, tapi dah ada.

Ada Apa Dengan Nescafe Mountain Wash?


Nescafe cuci gunung? De-stress, de-caf, de-licious... De-Maio?


Jika Latte Caramel (kopi Aizat) adalah untuk mereka yang baru belajar minum kopi, Mountain Wash ni pula untuk mereka yang dah biasa minum kopi, tapi bermasalah selepas meminum kopi, macam aku (faktor usia?). Katanya tanpa kafein (decaffeinate).

Rasanya sama seperti Nescafe 3-in-1 label merah, cuma aku perasan tiada kesan sampingan selepas meminumnya berbanding kopi yang biasa aku minum. Cara aku menikmatinya, dibancuh dengan air panas sehingga 3/4 penuh kole (mug), kemudian penuhkan dengan susu Marigold HL, marvelous!~

_____
Ada apa: Kalau kopi jenis sejuk atau berais, aku tak ada masalah.

Sessi Jamming 4-Piece Hepi;)


Sessi jamming pertama untuk 2016 berlangsung Ahad lepas, ada sedikit kelainan kerana Hepi;) kini adalah band 4-piece!

Seperti biasa, apa-apa barangan terbaru akan dicuba seoptimumnya semasa sessi jamming. Kali ini ingin mencuba Rocktron Tri-Wah, Blackstar LT-Dual dan EMG 81/SA (Marshall EH-1 tak bawa).

Delay Beta-Aivin kepunyaan si Korawk.
Sementara menunggu bandmates lain datang, berpeluang untuk membandingkan LT-Dual dengan SC-2. Ternyata kedua-duanya mempunyai bunyi yang lebih kurang sama (emulasi bunyi HT-5RH), cuma LT-Dual ni lebih tebal (bassy) manakala SC-2 lebih hi-fi, mungkin kerana SC-2 mempunyai dua EQ berasingan (bass/treble) manakala LT-Dual cuma ada tone dan ISF.


Keputusannya, aku memilih SC-2 sebagai distortion utama aku berbanding LT-Dual kerana:
  1. Kedudukan dan jarak kedua-dua butang pada LT-Dual menyebabkan ia agak sukar untuk dipijak terutama jika dipasang pada Pedaltrain.
  2. LT-Dual merupakan hadiah daripada Bro Sub, tak sampai hati nak tengok pedal ni dapat battle scars nanti, hehehe.
  3. SC-2 true bypass, sebenarnya aku tak berkira sangat pasal true bypass ni.
Stacked Peaveys.
Untuk penggunaan efek luaran, aku memilih clean Brit modelling (Vox AC) pada Vypyr 30, bypass effects, flat-EQs. Studio Pro 112 (Korawk punya) akan digunakan oleh gitaris ketiga. Ah? Gitaris ketiga?

Ibanez, LTD dan Cort.
Ya gitaris ketiga, kali ni Hepi;) disertai oleh Azroy Hammett, bersenjatakan Ibanez JEM7V (replica) dan Vox StompLab 1G. Bagi mereka yang mengikut AADI sejak 2009 pastinya pernah baca entri-entri jamming bersama Azroy.

Throwback, entri 2009, si baju hijau masih slim :)
Gandingan Azroy dan Azrol (Double A?) ni memang gila-gila dan kelam-kabut. Tapi kalau dapat kawal kedua-duanya, serius, memang serasi dan harmonik (layan lagu-lagu Lefthanded). Sebab itu aku putus asa beralih main bass dan membiarkan kedua-dua mereka ber-duel.

Aku tak pasti dapat atau tidak tarik Azroy ni masuk MUP. Tapi kalau setakat Hepi;) tiada masalah sebab Azroy merupakan gitaris asal Hepi;)

Permulaan yang baik untuk 2016.

_____
Ada apa: Hujung minggu ni sambung lagi...

Wordless Wednesday: Entangled Into Infinity



Image: Blaze Bayley Brasil
_____
Ada apa: Cabaran untuk mendapatkannya ketika mana ringgit masih lagi teruk.

Nightwish Singapore


Dah lama nak buat entri merapu pasal konsert Nightwish di Singapura 18 Januari nanti. Sejak diumumkan beberapa bulan lepas, baru hari ni teringat nak merapu. Katanya konsert pertama di Singapura dan satu-satunya konsert di Asia Tenggara bersempena tour album mereka *EFMB (panjang nak taip).


Agak terkilan juga sebab tak dapat pergi, bukan sebab gagal untuk merancang, tapi alasan standard, keluargamu yang utama (family first). Kalau masih bujang tu lain cerita, atau kalau ada konsert di KL, boleh dipertimbangkan semula.

Nightwish ni satu daripada lima band yang aku teringin nak tengok konsert mereka secara live selain Iron Maiden (Singapore 2011), Metallica (KL 2013), Megadeth dan Kamelot. Walaupun bukan tahap follow berabis, tapi dalam Nightwish ni ada dua idola/ikon yang berpengaruh dalam kehidupan metal aku iaitu Marco Hietala dan Floor Jansen.

_____
Ada apa: *Album ni pun aku tak beli lagi...

Peavey 1x12 Cabinet Project (Part 2)


Entri pertama untuk 2016 - Projek DIY kabinet 1x12 yang tertangguh telahpun diselesaikan sebelum cuti Maulid/Natal dua minggu lepas. Jika projek kabinet tahun lepas adalah untuk ex-Micro Terror, projek kali ni adalah untuk HT-5RH - menggunakan speaker 12" Peavey Blue Marvel yang ada pada Vypyr 30.


Untuk kabel speaker, tak perlu kabel yang canggih seperti kabel instrument yang jenis shielded. Yang penting ia mampu dan tahan mengalirkan arus(?) yang tinggi. Wayar merah-hitam (the Red and the Black, get it?) bersaiz besar sebegini dengan panjang 1 meter sudah memadai.


Terjumpa benda ni (speaker lug?) dijual di pasar raya F. Dengan adanya benda ni membuatkan kerja DIY menjadi lebih mudah. Dipateri terus pada kabel merah-hitam tadi.


Dengan speaker lug tadi, penyambungan pada terminal speaker lebih mudah. Untuk mengelakkan impedens speaker menjadi berlebihan/berkurangan, kabel asal (biru-kuning) daripada amp mesti dicabut.


Dan disebabkan speaker Blue Marvel tadi berimpedens 8 ohm, maka input jack perlulah dicucuk pada output 8 ohm amp HT-5RH. Blue Marvel ni katanya boleh menerima beban sehingga 75-80 Watt, jadi apalah sangat dengan 5 watt daripada HT-5RH ni kan?


Sambungan terus sebegini tanpa perlu kerja-kerja pematerian. Cuma perlu berhati-hati supaya kabel tidak tercabut (contohnya dilanggar kucing) semasa amp sedang digunakan. Kaedah supaya kabel lebih kemas, rapi dan kalis-tercabut akan difikirkan kemudian.

Dengan setup sebegini, fungsi Vypyr 30 (pre/power-amp) boleh diabaikan kerana hanya speaker sahaja yang digunakan. Dan sekiranya ingin menggunakan semula Vypyr 30, cuma perlu cabut speaker lug tadi (merah-hitam) dan pasang semula lug asal (biru-kuning), as simple as that.


Dipandu-uji dengan M-103FM (Mirage) bernadi EMG 81/SA terus kepada amp (tanpa sebarang pedal efek).

Hasilnya? Serius, bunyi yang dihasilkan lebih padu, mantap dan bassy berbanding semasa digunakan bersama-sama kabinet Vox V110NT (10"). Karekter sebenar HT-5RH terserlah dengan speaker 12" (kalau guna 2x12 atau 4x12 macam mana agaknya ye?), dan aku jamin ia cukup bising kuat untuk *dibawa jamming.

Dengan setup sebegini, dapat "berjimat" daripada mendapatkan sebuah kabinet speaker Blackstar HT112 atau HT408 (RM5xx-7xx) walaupun GAS tu masih ada sedikit.

_____
Ada apa: *Kalau rajin nak angkut kedua-dua Vypyr 30 dan HT-5RH.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger