Tali Gitar Gaya Pos


Percubaan membeli tali gitar melalui website Strings By Mail, yang diperkenalkan melalui Jamtank. Diterima dua minggu selepas dipesan (sama macam CD eBay), masih dikira oklah sebab aku memilih opsyen pos ekonomi.


Ada beberapa jenama/siri/model yang dijual lebih murah berbanding harga pasaraan di Malaysia walaupun sudah ditambah dengan kos penghantaran. Juga terdapat beberapa saiz (gauge) pelik yang susah didapati (atau tiada langsung) di Malaysia.


Untuk permulaan ini aku ingin mencuba beberapa model D'Addario XL yang belum pernah aku guna sebelum ini iaitu EXL120+ Nickel Wound (9.5-44), EXL120BT Balanced Tension (9-40) dan EPS520 Pro Steels (9-42).

Juga ingin mencuba tali jenama SIT Power Wound S942 Extra Light (9-42), antara tali termurah dalam katalog. Sebelum ini cuma pernah sekali guna jenama SIT, tali asal yang dipasang pada Mirage.


Aku tak pasti kompeni mana yang mengedar jenama SIT di Malaysia, sebab jenama ni macam tak pernah aku jumpa di kedai-kedai alat muzik yang pernah aku lawati.

Kesimpulannnya, selepas ini aku akan membeli menerusi Strings By Mail untuk tali gitar bersaiz pelik atau jenama/model yang sukar diperolehi di Malaysia sahaja. Untuk jenama/model/saiz yang biasa digunakan dan mudah diperolehi, ada baiknya dibeli melalui penjual tempatan sebagai tanda sokongan kepada mereka dan juga ekonomi negara.

_____
Ada apa: Untuk stok peribadi dan servis gitar rakan-rakan.

Batch Kesembilan


Bungkusan yang diterima pagi tadi, batch kesembilan daripada Radin Music berisi cuma dua buah CD; Iron Maiden The Book Of Souls versi jewel case dan May Hakikat.


Bila dah dapat CD versi rilisan semula ni baru aku teringat, rupa-rupanya aku sudahpun ada album Hakikat ni versi special edition yang dibeli di Speedy Video 1Borneo beberapa tahun lepas, aiseh...

Kalau aku rajin, aku buat entri lain.

_____
Ada apa: Aku dah tak berapa kencang bab CD rilisan semula ni.

Jan Dan Epiphone


Sempat menjenguk beberapa video YouTube konsert TBOS Iron Maiden. Agak terkejut bila tengok Janick Gers guna Les Paul. Dah biasa tengok Jan guna Stratocaster, nampak pelik pula bila dia guna Les Paul (Black Beauty), Epiphone pula tu...

Image source.
Ok, mungkin disebabkan lagu If Eternity Should Fail tu guna drop-D, lebih senang nak tune gitar ber-TOM kot? Tapi apakah faktor Jan memilih Epiphone? Walaupun sudah pasti dia mampu ber-Gibson seperti H dan Davey.

Image source.
Bersemangat pula aku nak guna Goldie untuk persembahan hujung minggu nanti.

_____
Ada apa: Dalam buku On Board Flight 666 pun ada gambar Davey guna Epiphone.

Ada Apa Dengan Oishi? (Part 5)


Terjumpa satu lagi perisa baru (kot) untuk teh hijau berjenama Oishi, perisa laici... Laici? *Eeeh~* (macam ekspresi mak Gru dalam filem Despicable Me).


Bau laicinya memang kuat, kalau tertumpah memang akan semerbak bau laici. Sekali teguk memang rasa laici akan memonopoli deria rasa anda. Sehinggalah bila dah telan, baru ada terasa kelat-kelat teh hijau, awesome sensation...

Tapi kalau diberi pilihan, aku akan pilih perisa lemon madu.

_____
Ada apa: Kimochi Oishi~

Sedekad Di Bintulu


Hari ni genap 10 tahun aku bermastautin di Bintulu, dan secara tidak rasmi separuh hayatku telah dihabiskan di negeri orang berbanding negeri sendiri (Sabah). Sebelumnya, kira lapan tahun (1997-2005) aku berada di Penang - tiga tahun belajar, lima tahun bekerja.

Ok, aku tiba di Bintulu pada hari Ahad, 23/4/2006, hari yang sama Tun Ghafar Baba meninggal dunia. Bermalam di Mastama Inn, sebelum melapor diri di sebuah Jabatan Kerajaan pada hari berikutnya.

Imej cilok.
Serius, tanggapan pertama aku mengenai bandar Bintulu ketika mula-mula sampai memang agak negatif, seperti yang pernah diluahkan dalam blog ni suatu ketika dahulu (sebelum penjenamaan semula). Dan ada kalanya mencari ruang dan peluang untuk berpindah ke cawangan lain.

Tahun-tahun awal di Bintulu kehidupanku agak kurang stabil, susah untuk meneruskan hobi-hobi aku yang jenis "forever alone" seperti di Penang dulu (cinema, PC gaming). Atas kekangan bahasa juga agak sukar untuk aku bersosial.

Studio Amazika dalam kenangan.
Hanya selepas beberapa tahun kemudian (2009) bila dah berhobi gitar, barulah terasa dunia sosial aku agak berkembang sedikit.

Melalui Adi Herman dan Bob Kandar, aku dapat berkenalan dengan ramai pemuzik "bawah tanah" dan amatur lain di Bintulu - contohnya komuniti Metuk Ulau Underground Voices, Bintulu Buskers dan Bintulu Rockers Re-Union (geng kilauan emas, hahaha).


Bila dah selalu jamming, tertubuhlah sebuah kugiran bertema "just another cover band" yang gila-gila dan kemudiannya meletop selepas Oktoberfest 2012.

My greatest achievement in music so far...
Mungkin rezeki dan jodoh aku sudah ditakdirkan di Bintulu ni. Tapi kadang-kadang terfikir, kalau bukan di Bintulu, adakah gaya hidup aku masih sebegini? Oh ya, disebabkan blog AADI ni lebih kepada blog perhobian, jadi cerita 10 tahun berkaitan kerjaya, jodoh dan keluarga rasanya tak perlulah kan?

_____
Ada apa: Back home, I was nobody... But here, atleast I AM somebody.

Tomb Raider 20th Anniversary


Pejam celik rupa-rupanya francais/siri Tomb Raider dah 20 tahun ye?


Mula-mula aku main game Tomb Raider ketika tahun pertama di USM sekitar 1997 guna PC Pentium MMX 166MHz, 16MB EDO RAM, 1.7GB HDD, 8x CDROM drive fuh!~ Zaman tu Lara Croft masih petak-petak, tapi tetap enjoy main disebabkan faktor adventure dan puzzle.

Imej entri lama.
Selepas itu hampir setiap tahun aku mengikuti perkembangan sekuelnya; Dagger Of Xian, The Adventure Of Lara Croft, The Last Revelation, Chronicles (yang ni tak habis main), Angel Of Darkness, Legend, Anniversary dan Underworld. Sayangnya, versi reboot saja yang belum sempat diterokai (Rafi Xyrus dah khatam).

Imej entri lama.
Ok, CD/DVD versi ori saja aku letak gambar, yang versi "satu lagi tu" segan nak letak dalam blog, hehehe...

Entri Mini: Hari Bumi (Earth Day) Dan Hujan Ungu (Purple Rain)


Ok, hari ni juga merupakan hari bumi, tak payah cerita...


Dan bumi juga "menangis" dengan hujan ungu... Aku tak follow Prince, tapi beliau antara artis antarabangsa yang terawal aku kenali awal 80an selepas Michael Jackson, Cyndi Lauper, Lionel Richie dan Stevie Wonder (pengaruh sepupu).

_____
Ada apa: Ijau Jr. pula semalam masuk wad, cobaan~

Ada Apa Dengan Tropicana Frutz?


Kalau sebut jenama Tropicana pastinya terkenal dengan produk jus Twister-nya kan? Produk jus yang boleh menandingi Minute Maid Pulpy.


Ok, terjumpa pula satu lagi produk Tropicana iaitu Frutz, minuman buah berkarbonat jenis sparkling (macam Sparkling Ribena) dengan tambahan vitamin C. Setakat ni yang aku tau cuma ada dua perisa Frutz iaitu epal dan campuran oren.

Sekali teguk, rasanya seakan-akan F&N Zappel, tapi dengan rasa epal yang lebih kaw dan kandungan karbonat yang minima. Sesuai untuk anda yang baru nak belajar minum minuman berkarbonat tapi dengan kebaikan jus buah.

_____
Ada apa: Botol kecik, tak puas minum.

Wordless Wednesday: IDK Studio Setup And Signal Flow




_____
Ada apa: Kalau malas mengangkut, aku guna Vypyr 30 direct je~

Ada Apa Dengan Heaven And Earth Mango Tea?


Bila tak puas dengan tin 315 ml atau botol 500 ml, beli botol 1.5 liter terus, muahahah~

Abaikan background.
Aku perasan minuman teh hijau berjenama Heaven and Hell Earth ni mempunyai banyak perisa. Dalam banyak-banyak perisa yang ada, perisa teh mangga dan bunga kamomil (chamomile) ni memang mengasyikkan.

Selain teh hijau Pokka, Oishi dan Lipton, Heaven and Earth juga antara jenama minuman teh hijau yang selalu dibeli untuk pemanduan jarak jauh ataupun dekat.

_____
Ada apa: Produk keluaran syarikat Coca-Cola.

Sessi Traimming Jepak Mini Gig


Minggu lepas tak jadi jamming, diganti dengan minggu ni (semalam)...

Sessi traimming (training + jamming) pertama MUP untuk persiapan Jepak Mini Gig yang dijadualkan pada 1 Mei nanti. Mencari kembali keserasian yang dah lama ke laut, itu yang penting sebelum menetapkan setlist.

Imej cilok Facebook Bob Kandar.
Ya, bila ada tiga gitaris, kebarangkalian satu atau beberapa bunyi gitar tak "cut through the mix" (potong-melalui-campuran?) adalah tinggi. Nampaknya latihan pertama ialah mempelajari semula kaedah untuk membuang ego masing-masing dan membahagikan EQ supaya semua bunyi gitar dapat didengar dengan jelas ala Oktoberfest 2012.

_____
Ada apa: Korawk juga dibuli supaya berlatih solo...

Jepak Mini Gig


Kesinambungan sessi Tupa Blacen Rock Santai beberapa tahun lepas. Kali ni acaranya lebih kepada gig (mini) berbanding jamming santai dan masih kelolaan rakan-rakan daripada kugiran Mother Earth


Menurut Bob Kandar, kelengkapan (drumset, amp) yang akan digunakan adalah kelengkapan sendiri ahli kumpulan Mother Earth seperti sessi sebelum ini. Dan ada kebarangkalian kelengkapan PA system HSE juga akan digunakan.

Sessi kali ni agak sedikit mencabar bagi MUP, ia tidak akan disertai oleh gitaris utama Azrol kerana ada aktiviti lain yang lebih penting pada tarikh berkenaan. Line-up dan setlist akan dibincangkan kelak. Tapi, aku bercadang nak buat setlist parodi...

_____
Ada apa: Main atas gelanggang takraw?

Ada Apa Dengan Pokka Green Tea Jasmine?


Pokka ni merupakan satu daripada jenama minuman teh hijau berperisa jasmin kegemaranku selain Drinho. Boleh dikatakan dah jadi minuman rutin harian, pasti akan ada sekurang-kurangnya sekotak Pokka (atau Drinho) dalam peti sejuk di rumah.


Harganya berubah-ubah antara RM1.90 sehingga RM2.80 untuk sekotak 1 liter di pasar raya besar. Kalau kedai runcit biasa, stesen minyak atau premis 24 jam mungkin harganya boleh mencecah RM3.00+

Rasa teh hijau Pokka memang pekat, cukup-cukup manis dan aroma jasminnya pula agak kuat, antara sebab aku suka jenama ni berbanding teh hijau jasmin jenama lain. Bagi mereka yang tak biasa minum teh hijau jasmin, pasti akan terasa sedikit loya disebabkan aroma jasmin yang kuat tadi.

_____
Ada apa: Teh hijau jasmin jenama Rex lagi kaw-kaw~

Throwback Thursday: Pre-MUP Days


Entri tak ada idea, trobek (throwback) zaman-zaman pra-MUP.


Jamming di Hepi;) makeshift studio, sekitar Oktober 2010. Baru berkenal-kenalan dengan Adi Herman dan Korawk.


Waktu ni walaupun dah ada gitar (digunakan oleh Adi), tapi belum pandai main gitar. Baru berjinak-jinak menggentel bass...

Hehehe... Kadang-kadang malu juga bila baca entri-entri lama, terutamanya yang ada gambar trobek.

_____
Ada apa: Iceman wooo~

Wordless Wednesday: Nostalgic Kinos




_____
Ada apa: Kualiti mainan di dalamnya makin teruk.

Tin Wrigley's Lagi


Tahun lepas aku ada buat entri gula-gula getah Wrigley's dalam tin dengan rekabentuk retro bersempena sambutan 100 tahun mereka.


Kali ini terjumpa pula dengan rekabentuk yang agak kontemporari. Harganya aku dah lupa, tapi murah sedikit daripada versi 100 tahun.


Masih sama berisi tiga paket gula-gula getah Wrigley's jenis strip. Juga didatangkan dengan sticker entah apa-apa. Sticker tu jadi mangsa dilekat merata-rata oleh Lil'Ijau.

Sebenarnya aku berminat dengan bekas tin je, sesuai dijadikan tempat penyimpanan pick gitar, hehehe...

_____
Ada apa: Senaman muka?

Ada Apa Dengan Kopiko 78°C Coffee Latte?


Aku pernah minum kopi latte Kopiko 78°C ni di Kuching beberapa tahun lepas, tapi lupa pula nak gambar dan buat entri. Semalam terjumpa pula di pasara raya F dengan harga RM1.70 untuk botol berisipadu 250 ml.


Buatan Mayora PT Tirta Fresindo Jaya, Bogor, Indoesia. Diimport oleh Premium United Foods Sdn. Bhd. Shah Alam.

Rasanya memang marvelous (dengan ekspresi Jarjit Singh), kopinya pekat, lemak dan ada sedikit rasa bercoklat. Sesuai dinikmati sejuk dan bukannya pada suhu 78°C ok.

_____
Ada apa: 250 ml macam tak puas.

Sudden GAS: Randall RG13


GAS datang lagi, kali ni terGAS dengan Randall RG13... Sebuah hibrid pedal-preamp-DI-amplifier.


Sebagai pedal, ia memiliki tiga channel (CLEAN, GAIN, GAIN 2). Sebagai preamp, ia boleh disambung pada power amp, atau FOH/PA system melalui XLR balanced output (DI). Sebagai amp solid state, ia mempunyai output 1 watt (min 8 ohm speaker), juga memiliki effects loop. Dan lebih mudah-alih berbanding membawa sebuah amp head kecil.

Cuma ia tidak memiliki sambungan USB dan fitur re-amping untuk rakaman DAW seperti Laney IRT-Pulse.

Untuk GAS ini menjadi, aku perlu singkirkan beberapa peralatan yang tidak atau jarang digunakan...

_____
Ada apa: Mari GLTL~

Ada Apa Dengan F&N Seasons?


Jenama F&N Seasons ni dah lama ada di pasaran, rasanya awal 2000an dah ada. Waktu tu (setahu aku) Seasons antara yang terawal mengeluarkan minuman berperisa teh ais lemon, yang agak manis berbanding batch sekarang.


Kebelakangan ni aku perasan Seasons dah banyak buat teh buah alternatif menggantikan lemon, antaranya pic (iced peach tea) dan sekarang ada epal pula (iced apple tea). Kalau dah biasa dengan perisa teh lemon, rasa teh epal ni agak lucu sedikit. Lucu? Funny taste...

Tapi minuman teh sebegini memang sesuai dijadikan minuman alternatif pengganti kepada minuman berkarbonat. Lagi kurang manis, lagi bagus...

_____
Ada apa: Pokka pun ada buat banyak minuman teh buahan-buahan sebegini.

Antara Roto Dan Reco


Kononnya nak cari tali bass Rotosound SH77 (Steve Harris signature) seperti dalam entri minggu lepas. Tapi SH77 susah nak cari (dan bajet pun agak ketat), sebagai alternatif, dapat Roto Bass RB45 pun jadilah... Rotosound juga~

Ok, itu harga runcit.
Diperolehi secara impromptu daripada Pusat Muzik Reco, dapat sekeping pick Jim Dunlop Big Stubby sebagai pemberian mutual.

Orang kata tali bass ni pelaburan jangka panjang, jangan alang-alang kalau beli, sebab ada yang boleh bertahan sehingga 2-3 tahun. Tak macam tali gitar biasa yang ditukar setiap 4-6 bulan (ikut standard aku).

_____
Ada apa: Serius, ini kali pertama aku beli tali bass.

Wordless Wednesday: Tonton The Force Awakens (Astro Best) Sampai Muak



Imej cilok.
_____
Ada apa: Tunggu DVD percuma bulan depan.

MUP Full Force 2016


Sessi jamming Ahad lepas menyaksikan Metuk Ulau Project kembali beraksi secara full force (5-piece) kerana disertai oleh kedua-dua Nas Korawk dan Adi Herman. Jarang dah dapat peluang jamming 5-piece begini.


Korawk bersama Eclipse (EC-256) yang baru saja dipasang dengan tali baru Curt Mangan. Amp yang digunakan ialah Peavey Studio Pro 112 klasik, di"berat"kan dengan Digitech Death Metal dan Beta-Aivin DD-2.


Did I mentioned Adi Herman? Ya, dengan adanya Adi semasa sessi kali ni, maka lengkaplah MUP full force. Adi menggunakan bass rig aku SR300 dan MS-60B terus ke PA system melalui DI S-direct.


Sessi disokong oleh PA system milik Bob Kandar yang juga merupakan pengusaha khidmat sewaan PA system dan karaoke (Hepi Sound & Entertainment).


Azrol kali ni tanpa amp, hanya menggunakan G7.1ut disambung terus ke PA system. Membawa dua buah gitar X-11 dan GRG270. Kedua-duanya mengalami masalah pada akhir sessi - X-11 putus tali, input jack GRG270 pula bermasalah.


Rig aku pula seringkas mungkin, hanya menggunakan M-103FM terus ke Vypyr 30 tanpa perlu efek luaran. Patches yang disimpan dalam amp (based on 6505 and JSX modeling) dikawal menggunakan suis kaki Sanpera I.

Secara spontan lagu-lagu cover nostalgik seperti Wasted Years, Fear Of The Dark, Coming Home dan Tears Of The Dragon dimainkan semula. Serius, dah lama tak main lagu-lagu ni, ada yang aku dah lupa lirik.

Sessi kali ni sebenarnya adalah sessi pengenalan dan warm-up untuk projek yang bakal berlangsung bulan Mei nanti. Sempat juga berlatih satu lagu cover baru Speed Of Light, woohoo!~

*Imej cilok daripada Facebook Bob Kandar.

_____
Ada apa: Nanti bila dah kembali serasi, boleh down-tuned guna Eb, biasalah faktor usia...

Mangan Korawk's Eclipse


Sabtu lepas Korawk menghantar gitarnya LTD EC-256 (my ex-Dark Moon) untuk servis tukar tali baru, persiapan sessi jamming MUP keesokkan harinya. Tali yang lama dah putus di bahagian TOM sebab berkarat teruk.


Korawk memilih tali bersaiz 10-46 (yang secara mitosnya, sesuai untuk gitar berskala 24.75"), dan untuk saiz ini dalam stok aku cuma ada jenama Curt Mangan. Seperti saiz 9-42 yang dipasang pada Calypso bulan lepas, saiz 10-46 ini juga mempunyai karekteristik keras seperti D'Addario XL.


Sempat snap gambar sebelum ditukar tali dan dibersihkan (aku pantang tengok gitar kotor). Area TOM berkarat disebabkan posisi tangan ketika palm mute, dan ia tidak dilap selepas digunakan.

Gitar ni usianya baru setahun lebih tapi residu manusia pada fretboard, kotoran dan habuk pada badannya macam dah lima tahun terbiar dalam stor. Gambar-gambar kotoran lain tak sampai hati aku nak upload sekali, sedih...

_____
Ada apa: Macam mana kau jaga gitar ni Korawk?

Bagai Jerebu Yang Mendatang, Lalu Sendirian...


Jika tahun lepas kena banjir, tahun ni pula kena jerebu. Area Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut dan Beaufort dilanda jerebu teruk sejak minggu lepas disebabkan kebakaran hutan belukar lokal (bukan negara jiran).

Sumber imej, cilok Facebook.
Daripada cerita rakan-rakan dan dangsanak di Facebook, jerebu kali ni memang teruk, ada tempat yang mencecah IPU melebihi 200, amat tidak sihat! Sedih... Lagi sedih sebab tiada liputan TV sehinggalah hari ini, itupun beritanya macam ala kadar saja di sesetengah stesen TV. Kita tunggu berita esok pula.

Ayah aku bagitau, di kampung (Pimping, Membakut) jerebu hanya teruk waktu pagi, menjelang tengahari mula berkurangan, mungkin disebabkan jerebu ditiup bayu laut menuju ke pedalaman.

_____
Ada apa: Terima kasih kepada wartawan-wartawan media sosial.

Multi-Stomping The Bass


Semenjak kembali fokus kepada Bass, terkial-kial juga mencari efek bass yang ada amp modeling. Pada mulanya ingin mendapatkan B1on/B1Xon tetapi memilih MS-60B untuk lebih kompak dan mudah alih. Diperolehi dengan *harga penghabisan stok (unit terakhir) daripada MMO Music (yNot/Engbok).

Ini merupakan kali ketiga aku membeli pedal siri Multi-Stomp Zoom, sebelum ini pernah ada MS-50G dan MS-70CDR (kedua-duanya dah dijual).

Macam warna BC-2.
Kenapa amp modeling? Sebab aku dah tak ada amp bass. Dengan adanya teknologi amp modeling, setup bass rig aku boleh disambung terus ke PA system dengan bantuan DI unit. Dalam MS-60B ni ada enam jenis amp modeling - Ampeg SVT, Fender Bassman 100, Hartke HA3500, Aguilar DB 750, Markbass Little Mark dan Acoustic 360 - lebih daripada cukup.

*Harga pasaran untuk pedal-pedal siri Multi Stomp sekarang dah melebih RM400. Tak lama dahulu harganya hanyalah sekitar RM300-350. Harga penghabisan stok MMO Music sebenarnya murah sedikit daripada harga jualan akhir tahun, oklah tu.

_____
Ada apa: BFX-708 tuan asal nak beli balik.

Elyana - Jadi Diriku


Memulakan entri bulan April dengan CD album studio keempat Elyana - Jadi Diriku. Peneman kepada CD Dystopia yang diperolehi daripada batch kelapan Radin Music hampir sebulan yang lepas.


Album keluaran tahun 2007 ni walaupun masih mengekalkan tema alternative rock seperti album sebelumnya (Bicara Mata Ini) tapi penampilan imej, solekan, rambut dan pakaian Elyana dalam cover dan inlay album ni dah nampak macam album artis pop pula (dah habis kontrak duta Converse?).


Selain lagu-lagu hits radio seperti Kalis Rindu, Molek dan Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), album ini juga memuatkan sebuah lagu rakaman semula Niat 2008 dengan susunan muzik yang agak berbeza dan lebih flat berbanding versi asal (faktor usia?).


Seperti yang dijangkakan, lagu Main Tarik Tali tu biasalah, ada sedikit memori di sebaliknya, hehehe...


Tak sangka, dah dekat 10 tahun rupanya album ni. Apa berita atau perkembangan karier Elyana sebagai penyanyi sekarang ni ya?

Walaupun cuma berharga ~RM10, tapi CD dan inlay album ni lebih berkualiti (kertas tebal) berbanding kebanyakkan (bukan semua) CD rilisan semula yang sedang #trending sekarang ni.

_____
Ada apa: Main tarik tali gitar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) acoustic (9) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (128) amplitude music (3) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (122) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (45) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (62) console games (7) converse (3) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (33) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (3) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (226) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (83) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (30) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (141) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (18) footwear (2) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (76) gigrig (10) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (16) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (643) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (58) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (182) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (9) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (263) kazanna (1) kempen (35) kerja (74) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (19) kkdn (6) koleksi (288) konsert (84) kopi (22) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (15) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (5) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (339) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (24) new album (27) new gear (166) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (64) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (25) pedal/stompbox (281) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (106) planet waves (9) playstation (9) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (14) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (42) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (22) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (23) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) slipgate (4) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (25) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (4) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (20) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (242) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (105) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger