Teknologi Yang Semakin Murah (Dan Kecil)


USB drive (thumb drive, pen drive, flash drive or whatever you wanna call it) pertama yang aku beli sekitar 2003 hanya berkapasiti 16MB, waktu tu harganya fuh RM100+. Sekarang 16GB pun tak sampai RM20, dan makin kecil...

SanDisk Cruzer Fit SDCZ33.
Yang ni pun dibeli semata-mata untuk digunakan dalam sistem multimedia Alza, isi mp3 banyak-banyak untuk hiburan pemanduan jarak jauh. Kapasiti 16GB pun dah lebih daripada cukup, sebab tu tak beli yang 32GB ataupun lebih besar.


USB drive aku yang masih berfungsi (dari kiri) - SanDisk Cruzer Facet 16GB (2014), PenDrive Mini 2GB (2007), Apacer 16GB (2012), Sony Walkman NWZ-B152F 2GB (2011), Pretec Summer 2GB (2006).
    Ada beberapa lagi gajet kecil-kecilan yang menggunakan interface USB (selain USB drive) ada dalam arkib peribadi, mungkin aku buat entri lain.

    _____
    Ada apa: Timdrip, sebutan kampungan.

    Ada Apa Dengan Heaven And Earth Jasmine Green Tea?


    Satu daripada teh hijau jasmin (selain jenama Seasons) yang rasanya seakan-akan rasa teh hijau jasmin jenama *Rex.


    Walaupun rasa teh hijaunya tak berapa pekat, tapi bau jasminnya agak kuat (harum), boleh jadi aroma terapi sambil minum.

    Sesuai menjadi minuman harian, tapi harganya sedikit premium berbanding teh hijau jasmin jenama Pokka dan Drinho kegemaranku...

    _____
    Ada apa: *Masih belum jumpa teh hijau jasmin jenama Rex di Bintulu.

    Sudden GAS: Ibanez DN520K


    Sekali lagi terGAS semula dengan Ibanez DN520K SSB (silver stream burst). Pernah menjadi gitar idaman sebelum ber-Goldie.

    Imej Dead Eye Guitars.
    Beberapa tahun lepas (dalam entri 2012) aku pernah bersemuka dengan gitar ni yang merupakan B-stock DEG ketika itu.


    Malangnya, model ni dan kesemua siri Dark Stone (DN) sudah tiada lagi dalam katalog Ibanez sejak beberapa tahun lepas, discontinued. Lucky~

    _____
    Ada apa: Bawa bertenang, pasti reda...

    Makmal Tona Vox


    Memperolehi sebuah lagi pedal multi-efek terpakai (used) Vox ToneLab EX dari Kuching melalui perantaraan Jamtank. Hanya pedal, adapter dan manual pengguna (cetakan semula) sahaja dibekalkan, tiada kotak asal.


    Diperolehi hasil pertukaran (swap/trade) dengan tiga buah pedal stompbox aku iaitu Echohead, Reaction HUSH dan Bass Squeeze. Berjaya juga mengurangkan pedal-pedal stompbox yang tidak digunakan..

    12AX7 tu betul-betul berfungsi atau hanya kosmetik?
    Ia menggunakan teknologi Valvetronix, jadi kualiti bunyinya lebih kurang sama seperti amp VT40+. Walaupun tidak berdefinisi tinggi seperti Pod HD300, tapi dengan setting yang bersesuaian, ia sudah cukup versatile untuk persembahan live.

    Retro technology?
    Dengan antara muka (interface) yang penuh dengan tombol analog, lebih mudah dan pantas untuk diedit berbanding punat digital pada Pod HD300 atau RP360. Tapi hanya memiliki dua mode; bank dan stompbox, ia tidak memiliki mode looper.


    Perisian ToneLab EX Sound Librarian yang dimuat turun kelihatan agak mengelirukan. Dapatkah patches diedit terus melalui perisian ini atau sekadar paparan setting sahaja?

    Kelebihan?
    1. Patches mudah diedit.
    2. Empat patches per bank, ada 50 bank kesemuanya (separuh boleh diedit, selebihnya read-only).
    3. Memiliki output LINE untuk disambung terus ke FOH/PA system tanpa perlu DI.
    4. Dua speaker kecil.
    5. Tuner sensitif dan persis, teknologi Korg Pitchblack?
    6. Ada banyak song presets (tapi tiada preset The Trooper seperti ToneLab ST).
    Kelemahan?
    1. Tiada looper.
    2. Memerlukan adapter 12V 1,0A centre positive, agak sukar mencari adapter gantian.
    3. Perisian Sound Librarian yang mengelirukan.
    4. Efek yang terhad untuk modulation, delay dan reverb.
    Perbandingan saiz.
    Dengan keadaan yang agak kurang kasih sayang (7/10 cosmetic) tapi masih berfungsi 100% ia sesuai dijadikan multi-efek belasahan. Tapi saiz dan beratnya masih menjadi kekangan dari segi logistik, RP360 masih menang. Tapi tak mengapa (parap-parap) worst case scenario, ia boleh dijual semula untuk GLTL...

    _____
    Ada apa: 5-6 tahun lepas pernah terGAS model ToneLab ST.

    Air Mata Robin Williams


    Ok, boleh praktis lagu ni untuk setlist MUP akan datang...


    Bakal digandingkan (back-to-back) dengan Tears Of The Dragon.

    ____
    Ada apa: Serius, dua-dua solo memang beremosi

    Wordless Wednesday: Budaya Menyampah




    _____
    Ada apa: Menyampah = membuat sampah?

    Youthanickmenza


    Mula-mula ingat nak buat entri tribute Nick Menza menggunakan album Risk, kerana album Risk ni antara album yang taraf "soundtrack of my life".


    Tapi bila belek inlay, aiseh... Ni dah zaman Jimmy DeGrasso bukan Nick Menza, belek album lain pula.


    Ok, album yang aku diminati yang ada kerja pukul Menza ialah Youthanasia, aku siap beli album ni dua kali (#1, #2). Walaupun bukan taraf "soundtrack of my life", tapi aku mula kenal Megadeth melalui album ni. Antara sebab kenapa Rust In Peace tidak terpilih.

    Sekali imbas macam Ku Hamit.
    Cerita-cerita tribute boleh singgah ke blog Rafi Xyrus dan Berteromber, aku tak ada apa nak tulis. Tapi yang pasti teknik pukulan drum tom-tom merupakan trademark Menza yang aku perasan, contohnya lagu Reckoning Day (ala Ma Deuce), Addicted To Chaos dan Trust (Cryptic Writings).

    Thanks for the megabeat...

    _____
    Ada apa: Nick! Nick! Nick! (ending lagu cover Paranoid)

    Pusing Keliling Digitech


    Seperti yang telah diGASkan sejak awal tahun, aku perlukan sebuah multi-efek yang kompak yang memiliki fungsi looper, sambungan USB, tegap buatannya (bukan plastik) dan mudah dibawa untuk sessi jamming atau gig (Pod HD300 yang ada sekarang terlalu besar dan berat).


    Setelah membandingkan dengan *saingannya dari segi kualiti/fungsi per harga (dan bajet), maka aku memilih Digitech RP360. Diperolehi daripada Dead Eye Guitars (DEG) berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan SC-2 dan ID:Core 10 minggu sebelumnya.


    Pakej RP360 tidak dibekalkan dengan manual, CD mahupun kabel USB (jimat kos?). Tapi tak mengapa (parap-parap), manual dan perisian Nexus boleh dimuat turun daripada website Digitech.


    Rekabentuknya agak berbeza berbanding siri-siri RP terdahulu, lebih kemas dan ringkas. Cuma paparan LCD agak kecil.


    Ada orang kata ia merupakan Digitech GSP1101 dalam bentuk floorboard, mungkin disebabkan teknologi Audio DNA2 yang digunakan adalaha sama. Seperti Pod HD300, ia juga memiliki tiga mode - preset, stompbox dan looper (40 saat).

    Update version 2.0.0.0

    Dengan perisian Nexus, mengedit patches lebih mudah berbanding mengedit terus daripada konsul RP90. Ia juga lebih mudah difahami berbanding perisian Pod HD300 Edit.

    Seperti Zoom G3/G5, kedudukan pedal/amp bebas disusun dan ditempatkan sesuka hati dalam signal-chain, tidak seperti siri-siri RP sebelumnya.

    Perbandingan saiz.
    Telahpun dipandu uji semasa sessi jamming minggu lepas, aku dapati bunyinya lebih "kaw" jika disambung terus ke FOH/PA system berbanding amp gitar. Mungkin disebabkan opsyen "cabinet simulation" akan dipadamkan jika memilih output amp.

    *Saingan yang tumpas, Boss ME-25, Vox ToneLab ST dan Zoom G3X.

    _____
    Ada apa: Kembali megah dalam khemah multi-efek.

    Ada Apa Dengan Tropicana Frutz? (Part 2)


    Entri lepas perisa epal, entri kali ni perisa oren...


    Sekali teguk, terasa macam minuman oren berkarbonat (F&N, Fanta, dll). Tapi bila dah habis sebotol baru perasan, rasa (jus) orennya lebih kaw.

    Komen peribadi yang sama seperti perisa epal, isipadunya sedikit, tak puas minum. Kalau ada botol berisipadu 500 ml atau 1 liter kan lagi bagus.

    _____
    Ada apa: Bila jus bertemu soda.

    Di Sebalik Tabir Jepak Mini Gig


    Sambungan entri Jepak Mini Gig awal bulan lepas (selepas 18 hari, hahaha), beberapa gambar yang ada dalam Zenfon aku sebelum dan selepas persembahan MUP.


    Aku tiba sekitar pukul 10.00 pagi, tersesat sekejap kerana tak biasa dengan jalan dan lorong di Kampung Jepak. Waktu aku sampai di lokasi, band kedua sedang membuat persembahan, aku lupa band apa.


    Kalau tak silap ini persembahan band ketiga atau keempat, Nawaitu band. Kelihatan kelibat ex-gitar hibrid si Korawk di situ digunakan oleh Lan COG (kanan).


    Pra persembahan MUP, Bob Kandar sedang menala dan soundcheck drum. Drumset Ludwig dan hampir semua simbal adalah daripada jenama Meinl.


    Amp-amp yang digunakan untuk gig ni agak "over-par" berbanding lokasi. Contohnya, amp #1 ialah Randall KH120RHS Kirk Hammett signature dengan kabinet serasi KH412.


    Amp #2 juga adalah Randall model RG1503H dengan kabinet serasi RG412. Tapi sayang, seperti KH120 di atas tadi, ia tidak digunakan seoptimumnya kerana hanya clean channel digunakan.


    Amp #3 Marshall MG102DFX yang sebenarnya merupakan amp backup, atau untuk kegunaan band yang ada tiga gitaris seperti MUP. Aku memilih amp ni semasa persembahan MUP kerana dah biasa menggunakannya ketika di 36 Studio dahulu.


    Amp bass Orange CR100BXT, abang long kepada CR50BXT yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.


    Amp bass backup Peavey MAX112, pernah digunakan semasa sessi jamming Tupa Blacen beberapa tahun lepas.


    Rehat pukul 12.00 tengahari sehinggah 1.00 petang untuk memberi laluan rehat Zohor, kebetulan surau di belakang tempat kejadian. Ya, MUP ada dua kali persembahan #1 sebelum rehat (2+ lagu), dan #2 selepas rehat (4+ lagu).

    Cuaca mendung kemudiannya hujan renyai-renyai, air mula masuk ke kawasan gelanggang sedikit demi sedikit...


    Project Band yang membuat persembahan selepas persembahan #2 MUP. Keadaan pentas sedikit sempit disebabkan kawasan sekeliling yang basah dek hujan. But the show must go on.


    Gambar terakhir sebelum aku balik (sekitar pukul 3.00 petang), terpancar wajah ceria pengarang Pentagran Di Atas Pusara merangkap bassist MUP sambil memuat naik video dan gambar kejadian ke media sosial.

    Dikhabarkan sessi gig berlangsung sehingga lewat petang dengan persembahan beberapa buah band lagi, kemuncaknya persembahan geng-geng otai daripada Pro-X Band (Bintulu Rockers Re-Union).

    _____
    Ada apa: Stage Of The Beast boleh lawan tak?

    Wordless Wednesday: Play-grounded





    Vandalism, vandalism never changes...
    _____
    Ada apa: Kesian Lil'Ijau tak dapat nak main.

    Team Batman Marrybrown (Part 2)


    Ok, walaupun musim BvS dah basi, dipotong oleh musim Civil War, tapi aku masih ada idea nak buat entri hari ni...


    Aku ingatkan pinggan BvS dalam entri lepas tu satu-satunya merchandise BvS di Marrybrown...

    "Don't choose, get both!" eh?
    Rupa-rupanya ada lagi merchandise baru iaitu beg bermantel (cape) dengan dua imej/warna pilihan Batman (hitam/kelabu) dan Superman (merah/biru). Berharga RM4.90 setiap satu dengan setiap pembelian apa-apa produk Marrybrown.

    Nope, I chose Batman!
    Sebagai peminat Batman, pastinya aku memilih beg Batman. Lagipun warna lebih "muram" berbanding Superman yang ceria.

    Dagu tak nampak macam Batfleck pun.
    Entahlah, rasanya bukan aku guna pun beg ni, saiz kecil macam A4, mungkin sebagai koleksi saja kot? Paling cikai pun boleh guna untuk bawa kabel gitar semasa jamming.

    _____
    Ada apa: #TeamStark

    Sepagi Di Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu


    Bersempena Hari Guru, entri kali ni ada kaitan dengan keguruan. Sabtu lepas (14/5/2016) Taska Penyayang Mama menganjurkan lawatan murid-murid dan ibu bapa ke Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu.


    Aku dan Mrs. Ijau turut serta menemankan Lil'Ijau, lagipun bukan selalu dapat peluang melawat balai bomba. Sebelum ini aku cuma pernah melawat rumah kelab (club house) bomba Bintulu beberapa tahun lepas dan bukannya balai.


    Aktiviti bermula seawal 8.30 pagi, permulaan yang agak "dingin" disebabkan hujan lebat sejak pukul 7.00 pagi. Sebenarnya balai bomba ni tak berapa jauh dari tempat aku kerja, tiap-tiap pagi sekitar pukul 8.30-9.00 pasti akan terdengar siren jentera bomba untuk kawat rutin (role-call) harian.


    Taska Lil'Ijau ni tak ramai murid, kalau tak silap tak sampai 15 orang. Jadi taklah terlalu bersesak-sesak (crowded) semasa lawatan. Lagipun ditemankan oleh ibu bapa, tugas memantau dan mengawasi murid-murid semasa lawatan tidaklah dibebankan sepenuhnya kepada guru dan pengusaha taska.


    Bukan selalu dapat tengok jentera bomba dibuka (deployed) pada jarak dekat sebegini. Bagi aku yang peminat kultus "post-apocalypse", benda pertama yang menjadi tumpuan ialah kapak bomba (firemen's axe) tu.


    Begitu juga sebelah sini, mata aku terus fokus pada gergaji berantai (chainsaw) berbanding peralatan lain, hahaha...


    Mengimbau kembali zaman rajin berpengakap dulu. Waktu tu ikatan sheepshank (dan variannya man-'owar) merupakan kegemaran dan tak mungkin aku lupa, kes nak dapatkan lencana Usaha.


    Bomba juga ada kenderaan EMR (emergency medical rescue) ala ambulans, tapi hanya untuk kes-kes pertolongan cemas (fisrt aid). Peralatan medikal di dalamnya tidaklah sekritikal ambulans hospital, St. John atau Pertahanan Awam.


    Mengikut kata pegawai yang bertugas, dua jenis jentera bomba ni - HAZMAT/CBRNE (kiri) dan decontamination (kanan) cuma ada dua di Malaysia, satu di Bintulu dan satu di Melaka.


    HAZMAT - hazardous materials. CBRNE - chemical, biological, radiological, nuclear, explosive.


    Mungkin disebabkan industri berat yang ada di Bintulu ni terutamanya yang melibatkan minyak dan gas, kedua-dua jentera ini ditempatkan di Bintulu. Yang di Melaka tu aku tak pasti. Rugi rasanya sebab tak tangkap gambar semasa kedua-dua jentera ini dibuka (deployed). Seronok, nampak macam dalam game Command & Conquer: Generals.


    Paling seronok budak-budak taska (ditemani guru taska) dibawa naik jentera bomba pusing-pusing sekitar kawasan Parkcity, dan bersiren! Hahaha... Mak bapak pula tinggal di balai, sedih...


    Juga ada demonstrasi memadam api menggunakan air daripada jentera bomba (walaupun tiada api). Yelah, nak tunjuk dengan budak-budak je... Budak-budak taska umur sebegini kalau bagi demo lebih seronok berbanding taklimat.


    Sebagai seorang ahli HAZMAT dan ERT (emergency response team) di tempat kerja, walaupun dah biasa dengan benda-benda OSH sebegini, tapi masih lagi menyeronokkan bila dikongsi bersama keluarga.

    Waktu kanak-kanak dulu pun (sebelum aku kenal sains) memang aku bercita-cita nak jadi ahli bomba. Jadi aku dapat bayangkan keseronokan budak-budak taska ni dapat melawat balai bomba. Sedikit sebanyak dapat menanamkan perasaan hormat dan respek pada kareer kebombaan ni.

    Oh ya, selamat Hari Guru.

    _____
    Ada apa: Dua hari ni Lil'Ijau tak habis-habis cerita pasal bomba saja...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

    Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

    Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

    Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

    -IDK-

    Indeks Awan Label

    12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (64) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (1) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (247) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (22) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (60) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (31) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (63) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (185) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (15) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar service (18) guitar talk (64) guitar/bass (624) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (55) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (5) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (5) jackson (31) jamming (122) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (280) konsert (82) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (11) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (39) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (324) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (71) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (271) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (49) pick (50) pickups (96) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (91) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (15) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (13) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (16) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (68) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (226) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
     
    |  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger