Kali ni Blackstar Fly 3 Bass menjadi
Tidak seperti amp kecil lain, contohnya Micro Crush yang lebih untuk perhiasan dan koleksi, Fly 3 Bass ni agak praktikal. Walaupun kalah dari segi saiz dan kuasa (hanya 3 Watt), tapi fungsi dan bunyinya setaraf dengan amp praktis lain berkuasa 10 Watt.
Ada dua channel, clean dan OD (overdrive) yang boleh dilaras secukup rasa dengan tombol GAIN. Compressor (COMP.) fungsi bonus yang jarang ada pada amp praktis lain. Manakala tombol kecil SUB menghasilkan bunyi sub-sonic tambahan, boleh membuatkan anda tidak percaya bahawa amp sekecil ni boleh menghasilkan bunyi bass yang mendebarkan dada.
Memerlukan enam biji bateri bersaiz AA (disertakan) untuk fungsi mudah-alih seperti busking. Juga boleh menggunakan adapter 6.5 Volt yang dijual berasingan. Kan lebih bagus kalau ia dicipta serasi dengan voltan adapter pedal (9 Volt, centre negative) yang lebih mudah diperolehi.
Sekarang ni tak perlu amp bass besar kalau nak jamming. Selain menggunakan MS-60B terus ke PA system atau IRT-X, Fly 3 Bass ni pun boleh digunakan sedemikian dengan menggunakan output EM. OUT & HEADPHONE untuk bass rig yang paling ringkas.
Pembelian sampingan merupakan empat unit tali gitar high-E (0.09"), tiga merupakan jenama Alice dan satu D'Addario. Seperti biasa ia merupakan backup sekiranya tali high-E putus.
_____
AADI: Harapnya tiada GAS barangan bass tahun ni.
1 comment
Comel la blackstar kecik tu
Post a Comment