Nightwish - Endless Form Most Beautiful


Album studio kelapan Nightwish rilisan tahun 2015 Endless Form Most Beautiful akhirnya berjaya diperolehi. Sekian lama aku mencari album ni dalam pasaran tempatan, namun tidak ketemu, mencuba eBay tapi semua masih mahal. Terima kasih kepada Rock At Large kerana membawa masuk versi 2-CD digibook pada harga yang masih munasabah.


Album pertama Nightwish yang mengetengahkan Floor Jansen (After Forever, ReVamp) sebagai vokalis utama menggantikan Annette Olzon (ok, lupakan cerita Tarja Turunen yang dah lebih sedekad berlalu). Bab Jansen masuk Nightwish ni memang aku dah jangkakan sebelum album ni diriliskan (pasca Showtime, Storytime) lagi.


Oh ya, tak lupa juga Troy Donockley yang secara rasminya juga telah menjadi ahli keenam Nightwish, pada album-album sebelum ini beliau hanyalah sebagai pemuzik jemputan. Tiupan seruling Celtic-nya sekian lama menjadi trademark muzik Nightwish.

Sejak aku mengikuti Nightwish mulai dari album Once, rilisan mereka tidak pernah mengecewakan. Baik era Turunen, Olzon (Dark Passion Play, Imaginaerum), hinggalah era Jansen, semuanya tahap masterpiece. Respek kepada Tuomas Holopainen yang menjadi mastermind dan tunggak utama Nightwish.


Album kali ni berkonsepkan sains, kehidupan dan teori evolusi daripada Charles Darwin dan Richard Dawkins (spoken words pada permulaan album adalah suara beliau). Daripada album ni juga aku kenal siapa itu Sharbat Gula (hahaha baru tau siapa namanya, sebelum ini cuma kenal gambar), peminat Nat-Geo pasti kenal.

Dan seperti album-album Nightwish sebelum ini, elemen orkestra dan koir memang tepu, tapi tidak sampai menenggelamkan elemen metal.


CD kedua merupakan versi instrumental, lagu yang sama seperti CD pertama tapi tanpa vokal, sesuai untuk dipasang sebagai runut bunyi.

Menjawab komen Deaf dalam entri HammerWish mengenai line-up Nightwish:
  1. Line-up mereka yang paling mantap setakat ini dan lebih ke-Eropah-an sebab ada Englishman (Donockley) dan Dutch lady (Jansen) selain ahli Finnish yang asal. Cuma agak sedikit kecewa sebab tak berpeluang untuk menonton konsert mereka di Singapore tahun lepas.
  2. Aku tak ada masalah dengan vokal Floor Jansen, dah biasa dengar sejak zaman After Forever. Vokal Jansen ni lebih dinamik, boleh mendayu-dayu, boleh juga hampir tahap growl metal.
  3. Walaupun masih dikreditkan sebagai ahli, tapi Jukka Nevalainen tidak terlibat dalam pembikinan album ni kerana "cuti sakit", tugas tukang pukul digalas oleh Kai Hahto (Wintersun) berterusan sehingga tour.
  4. Kurang solo-solo gitar menyengat Emppu Vuorinen, mungkin dibayangi solo kibod Holopainen dan seruling Donockley.
  5. Ah, hampir lupa nak komen pasal idolaku Bang Marco (Hietala), kali ni vokalnya tak berapa menonjol. Hanya menjadi vokal runut, kecuali untuk lagu terakhir baru ada vokalnya yang jelas.
Jika anda nak layan metal, tapi pada masa yang sama tidak mahu menjengkelkan rakan serumah/sepejabat anda yang mainstream, muzik Nightwish merupakan jawapannya. Tapi kalau mat metal kental, rasanya tak dapat terima muzik Nightwish ni.

[Added 22/02/2017] Aku lupa aku pernah baca ulasan album ni dalam blog Dissecting The Euphony, silalah singgah.

_____
AADI: Lepas ni nak cari DVD Showtime, Storytime.

4 komen:

deaf-angel said...

Aku suka Floor Jansen ni. Aku cuma tahu kewujudan minah ni bila dia masuk Nightwish.
Tapi aku ada satu kawan sekerja yang tahu dia pasal kawan kerja aku ni dengar muzik2 seperti After Forever gitu.
Floor Jansen aku suka imej heavy metal dia.
Dan dia memang corakkan imej heavy metal.
dan dia dahsyat nyanyi live. Dia macam pro giler ah atas pentas.

Rafi said...

Nightwish dgn floor jansen mmg aku tak penah dengar lagi.nanti nak layan kt youtube

berteromber said...

tak follow...so aku blur bila orang cerita pasal Nightwish...

D'arsil said...

ada juga ku dengar2 dalam youtube muzik dorang ni layan juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (65) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (1) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (247) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (22) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (60) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (26) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (31) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (63) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (76) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (185) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (133) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (15) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar service (18) guitar talk (64) guitar/bass (625) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (55) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (5) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (5) jackson (31) jamming (122) jamtank (22) jim dunlop (50) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (280) konsert (83) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (11) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (325) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (72) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (271) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (49) pick (50) pickups (98) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (91) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (44) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (15) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (13) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (85) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (16) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (68) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (226) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger