The IRT Pulse-Addict (Part 2)


Mencuba IRT-Pulse sebagai USB interface untuk rakaman terus ke PC, menggunakan perisian Audacity sebagai perakam dan penyunting bunyi.


Jika input stereo dipilih, IRT-Pulse akan membahagikan bunyi kepada bunyi mentah (clean/dry) pada channel kiri, manakala bunyi distorsi (drive/wet) pada channel kanan. Jika input mono dipilih, IRT-pulse hanya akan menyalurkan bunyi mentah sahaja.


Dirakam terus dari gitar (Calypso, Eb tuning) ke IRT-Pulse tanpa ada apa-apa efek tambahan atau pasca-EQ. *Please forgive my sloppy playing though...

Bunyi mentah tadi boleh diamplifikasikan semula menggunakan fungsi RE-AMP pada IRT-Pulse dengan setting yang berbeza mengikut selera, atau apa-apa perisian yang boleh menyunting bunyi pasca-rakaman (yang ni aku kena belajar lagi).


Lepas ni mungkin akan mencuba bersama-sama HT-5RH melalui effects-loop sebagai pre-amp berasingan (aka 3rd channel on HT-5RH) atau front-end distortion pada amp lain.

_____
AADI: *Antara sebab aku jarang upload demo, kah kah kah~

Sessi Jamming-Soundcheck Tanpa Amp


Pada mulanya nak buat sessi jamming santai Sabtu lepas di Hepi;) makeshift studio, tapi atas sebab-sebab jadual kerja bertindih (Azrol baru sampai, Bob Kandar dah nak balik) ia hanya dijadikan sessi soundcheck dan pandu-uji gajet-gajet yang baru diperolehi...


Sessi pertama (bersama Bob Kandar) - Mencuba Ironheart IRT-Pulse sebagai pre-amp terus ke PA system, footswitch (daripada amp HT-5RH) memang serasi dengan FS1 digunakan sebagai butang bypass.

Ironinya, pikap Probucker pada Goldie memang "enak" dimainkan dengan IRT-Pulse ni. Karekter pikap Probucker hanya akan terserlah apabila dimainkan terus ke amp (atau pre-amp dalam kes ni) berbanding melalui pemprosesan bunyi (amp simulator, modelling, multi-effects).


Sessi kedua (bersama Azrol) - Dah lama aku teringin memandu-uji amp Fly 3 Bass dengan setup sebegini. Emulated output (headphone) disambung terus ke input CD/tape pada mixer menggunakan kabel stereo. Boleh dikirakan Fly 3 Bass ni dijadikan sebagai pre-amp.

Dengan setup sebegini dah cukup mantap untuk sessi jamming makeshift studio akan datang. Markah bonus sebab Fly 3 Bass ada built-in overdrive dan compressor, tak perlu pedal tambahan.

Kesimpulannya, studio jamming perlu ada PA system yang mantap untuk menyokong bunyi-bunyian jika shit-happens amp gitar/bass rosak.

_____
AADI: Lain kali nak bawa kabinet IRT-X.

Ada Apa Dengan Rauch Happy Day?


Terjumpa minuman jus berjenama Rauch Happy Day di pasaraya NWM (premis yang selalu bawa barang makanan import) dengan harga promosi penghabisan stok RM2.99 untuk sekotak UHT 1 liter. Aku memilih perisa "100% multivitamins" yang terdiri daripada jus buah-buahan campur.

Frucht, Familie & Natur. Seit 1919
Tak pasti sama ada buatan Austria, Hungary atau Serbia, sebab ketiga-tiga kilangnya ditulis pada belakang kotak. Tapi tulisannya lebih banyak dalam bahasa Jerman berbanding bahasa Inggeris, jadi aku anggap ia buatan Austria.

Rasa? Agak masam sedikit berbanding jus buah-buahan eksotik Fontana.

_____
AADI: Teringin nak minum Bundaberg.

Rewiring Azrol's KIKOSP


Tombol volume pada KIKOSP Azrol ni longgar, jadi bila terlalu asyik main volume swell, terpulas sekali dengan volume pot di bahagian dalam. Maka habislah wayar-wayar pada volume pot putus sana-sini...


Waktu diterima tahun lepas, rasanya aku tak sempat jenguk isi perut KIKOSP ni. Kaviti standard pertukangan Gio, baik China ataupun Indonesia, memang kemas dan halus berbanding kaviti pada LTD EC-256. Wayar-wayar yang berserabut aku ehsankan sikit dengan mengikatnya supaya nampak kemas (estatika).


KIKOSP ni dipasang dengan tali saiz 12-54 (fuh!) dengan talaan drop-B atau standard C. Dengar khabar Azrol sekarang main dengan geng-geng Erectus, sebab tu guna talaan rendah sebegini.

Pematerian semula mengambil masa *kejap je*...

_____
AADI: Tercabar dengan warna hijau itu.

The IRT-Pulse Addict!


Satu daripada gajet kegitaran yang tersenarai dalam entri GAS 2017 awal tahun, berjaya diperolehi dari Bandar Singa. Terima kasih kepada Bro Sub (The Guitar Addict) kerana menjadikan impianku suatu kenyataan.


Pakejnya terdiri daripada kiub IRT-Pulse, adapter 12V, manual dan beg kecil Laney sebagai "gig bag". Ia merupakan unit yang sama dalam entri ni.


Spesifikasinya tak perlulah aku ceritakan di sini, boleh rujuk website rasmi Laney atau satu daripada ulasan mengenainya pada website Sound On Sound atau Mixdown Mag.


Ia boleh digunakan sebagai pre-amp, booster, USB recording interface, atau semudah sebuah stompbox distortion dengan bunyi tube yang sebenar (bukan emulasi) terus ke amp gitar lain atau PA system.


Aku mungkin lebih menggunakannya sebagai pre-amp, digandingkan dengan kerabatnya IRT-X cabinet sebagai power amp, untuk melengkapkan kombinasinya sebagai sebuah rig Laney Ironheart.


Perantaraannya boleh diletakkan beberapa pedal modulation (CH-1) dan/atau delay (DD-3, Time Machine). Manakala apa-apa jenis overdrive dan/atau compressor boleh diletak sebelumnya.



Untuk sessi jamming (atau live), aku bercadang menggunakan setup seperti video di atas. Cuma pedal-pedal jenis modulation/delay dan DI box akan digantikan dengan RP360 untuk menjimatkan ruang.

Ada tiga biji LED merah di bawahnya.
Seperti biasa, akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming kelak. Begitu juga dengan fungsinya sebagai USB interface (with re-amp capabilities) akan dibuat entri berasingan (jika ada masa dan kudrat).

Terima kasih sekali lagi Bro Sub, rock on! \m/

_____
AADI: Masuk khemah Laney pula.

Ada Apa Dengan Barbican? (Part 3)


Dah lama teringin mencuba Barbican perisa lain selain epal dan lemon yang pernah dibuat entri beberapa tahun lepas. Kali ini aku mencuba perisa pomegranate (delima?).


Batch kali ni sudah ada pengimport rasmi, Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn. Bhd. Mungkin sebab itu harganya agak murah sedikit berbanding batch sebelum-sebelum ini.

Aku tak berapa biasa dengan rasa pomegranate ni, jadi nak kata manis/harum tu agak subjektif. Cuma ia bukanlah minuman yang sesuai diminum secara terbuka. Bukan apa, bak komen Ezaidi MBA dalam entri lepas "jangan mendatangkan syak" hahaha~

_____
AADI: Juga terjumpa dengan Bundaberg perisa baru.

Wordless Wednesday: Go-Amateur




_____
AADI: Go-Pro parody.

Hammer Guardian


Dua album yang tak berapa terkini daripada kumpulan power metal (antara yang) terbaik dari Jerman dan Sweden, diperolehi daripada Rock At Large, kedai CD/LP Dr. Bentara kita yang baru saja diterima pagi tadi.


Album studio ke-10 (2015) Blind Guardian Beyond The Red Mirror dalam versi limited digibook. Agak lama aku tak layan Blind Guardian, kali terakhir waktu album At The Edge Of Time hampir enam tahun lepas, itu pun aku tak berapa hadam lagu-lagunya berbanding era 90an dan awal 2000an.

Dan album studio ke-9 (2014) HammerFall (r)Evolution. Antara album yang selalu terlepas dan melepas daripada dibeli.

Ok, nanti aku buat entri berasingan...

_____
AADI: Dua-dua dah ada versi siput sedut.

Tidur Dalam Kontena


Entri ni sepatutnya aku pos minggu lepas, tapi... Tapi tak mengapa (parap-parap).

Sejak perasan kewujudan Capsule by Container Hotel yang terletak di tingkat bawah KLIA2 ni tahun lepas, teringin juga nak mencuba kerana konsepnya yang unik - tidur dalam kontena.


Sejurus selesai urusan rasmi di Putrajaya Isnin dua minggu lepas, aku terus ke KLIA2 tak singgah ke laut (laut mana?), flight aku balik Bintulu keesokan paginya seawal pukul 7.15, pastinya boarding sekitar pukul 6.30-6.45 pagi. Jadi, hotel kontena dipilih supaya tidak kelam kabut keesokan pagi dan jadi gelandangan di KLIA2 bukanlah sesuatu yang aku suka.


Pertama sekali, ia bukanlah seperti yang aku jangkakan iaitu menyewa sebuah bilik bersaiz kontena trak. Rupa-rupanya kontena telah diubah suai menjadi beberapa keranda ruangan tidur (kapsul?) seperti sarang lebah.

Ada opsyen single bed atau double bed (queen), male/female dorm atau sharing yang dikira mengikut kadar sewa per jam (3, 6, 9, 12 jam gitu). Aku tiba KLIA2 sekitar 5.00 petang jadi aku sewa 12 jam single bed.


Inilah dia ruang tidur anda untuk saiz single bed, ruangnya cukup-cukup untuk tidur sahaja. Tingginya pun cukup-cukup untuk duduk. Kalau yang jenis claustrophobic tu minta maaflah. Juga agak kurang privasi kerana setiap kapsul hanya berpintukan tirai PVC.


Nak mandi atau kincinvera? Ada ruang mandi dan tandas ala asrama, dengan pintu koboi. Siapa-siapa yang pernah tinggal asrama, pasti akan terkenang kembali waktu itu...


Ruang nampak luas/panjang disebabkan efek cermin, padahal cuma ada empat faucet. Cecair sabun dan syampu ada disediakan di dalam setiap ruangan mandi. Cecair sabun tangan dan pengering rambut juga ada disediakan.


Ruang santai, terdapat banyak buku-buku (tebal) jika anda suka membaca sambil menunggu mata mengantuk. Dengan pemandangan luar kawasan bas ekspress.


Aku dapat bayangkan beginilah keadannya jika kita tinggal di dalam nuclear bunker (fallout shelter), atau kalau lebih sci-fi sikit, macam tinggal dalam kapal angkasa selam.

Pros:
  1. Konsep retro-futuristic dan steampunk, sesuai untuk mereka yang jenis travel light dan on-the-go.
  2. Tempat tidur yang selesa, lebih bagus daripada anda bergelandangan di KLIA2.
  3. Lokasi yang strategik, sesuai untuk mereka yang menunggu flight awal pagi atau dalam transit/connecting flight.
Cons:
  1. Sempit, claustrophobic.
  2. Kurang privasi.
  3. Kurang sesuai untuk yang berkeluarga.
  4. Sewa yang boleh dikatakan kurang berbaloi per ruang/privasi, mungkin lebih berbaloi jika sewanya 40-50% lebih murah berbanding kadar semasa.
Jika ada peluang lagi selepas ini, mungkin aku akan cuba Plaza Premium Lounge di tingkat 2M untuk lebih privasi.

_____
AADI: Oklah, aku mengaku agak serik, kah kah kah~

Seminggu Tanpa Entri


Seminggu tanpa entri blog eh? Mungkin ini rekod terbaru aku sejak 2009.

Bukan pasal sibuk main PS4, sebenarnya PS4 pun tak tersentuh 2-3 minggu gara-gara tak bertidur malam menjaga Ijau Jr. yang ada asthma.

Gambar hiasan (sumber).
Beberapa hari lepas balik dari Putrajaya, aku pula yang sakit... Aku ni jenis yang agak jarang dapat sakit, tapi bila dah sakit, lama juga hampir seminggu dapat MC. Daripada demam selesema, batuk-batuk, hinggalah sakit yang melibatkan paru-paru.

Alhamdulillah lepas terapi antibiotik, barulah ada mood mengadap PC.

_____
AADI: Sekarang ni musim demam.

Multi-Stomping The Guitar


Berjaya memperoleh sekali lagi Zoom Multi-Stomp MS-50G pada harga yang *menarik daripada Drum Asia Studio melalui perantaraan Jamtank. Unit masih baru, tapi tidak disertakan dengan kotak, bateri dan manual, hanya pedal seketul.


Tiga tahun lepas aku pernah ada pedal ni, tetapi ditukar (trade) dengan MXR M104 Distortion+. Biasalah, bila dah terlajak baru rasa menyesal. Nak beli baru harga pasaran semasa untuk MS-50G sudah mencecah tahap RM5xx berbanding RM3xx ketika ia mula diperkenalkan beberapa tahun lepas.


Unit ni masih lagi version 1.00 (batch lama) perlu firmware update kepada version 2.01 untuk penggunaan optimum.

_____
AADI: *Diskaun 50% harga penghabisan stok.

Sepetang Di DPulze Cyberjaya


Ada urusan rasmi di Putrajaya pada Isnin lepas (aka *Projek Putrajaya). Serius, dah lebih 10 tahun berkhidmat, rasanya belum pernah aku turun Putrajaya (dan Cyberjaya). Lagipun ibu pejabat kami berada di Petaling Jaya nun.


Tiba sehari sebelumnya dan bermalam di Tune Hotels DPulze Cyberjaya (terima kasih Dr. Bentara atas cadangan), sekurang-kurangnya sebelah petang bolehlah jalan-jalan di DPulze dan melayan perasaan "forever alone" dengan menonton wayang di TGV pada sebelah malam.


Kualiti bilik Tune Hotels makin meningkat berbanding semasa aku menginap ni Tune Hotels Jalan TAR semasa konsert Metallica tiga tahun lepas - tuala, air-con dan Wi-Fi sekarang adalah sebahagian daripada pakej.


Apa yang aku perhatikan, DPulze ni banyak premis dan gerai makanan jenis franchise, banyak jenama franchise yang sebelum ni aku tak pernah dengar namanya ada di sini. Satu lagi yang aku perasan, ramai pengunjung warga Arab dan Afrika.


Ok ada premis Yamaha Beatspot di sini, tapi aku segan nak masuk. Bukan apa, takut TERbeli benda yang bukan-bukan...


Pawagam TGV memang grand, harga tiket pun grand, tapi tak mengapa (parap-parap) jika kualiti audio dan video tip-top, RM19 memang bebaloi. Sebab itu aku memilih Hacksaw Ridge tayangan 8.10 malam.

Image linked from somewhere.
Ya filem ni boleh dikatakan tahap dah basi, tapi aku suka filem-filem berlatar belakangkan WWII, dan menontonnya di pawagam seperti TGV ni merupakan suatu kepuasan. Cuma watak Desmond Doss kurang sesuai diberikan kepada Andrew Garfield, selalu sangat tersengih kerang busuk.


Sayangnya tayangan filem Logan hanya bermula pada 2/3/2017 (tiga hari kemudian). Bagi kami di Bintulu yang sudah tiada pawagam, poster sebegini seolah-olah mengejek "hahaha pada muka~".

_____
AADI: *Btw, projek apa? Tunggulah kalau berjaya barulah boleh cerita...

Dah Lapan Tahun...


Masuk bulan Mac genap lapan tahun aku terjerumus dalam hobi bergitar. Sedihnya, aku masih berada pada tahap yang sama, hanya tau open chords, power chords, dan basic scales/licks. Perkembangan yang boleh dibanggakan tahun lepas hanyalah setakat pengalaman beberapa persembahan umum dan BOTB (tiru ayat tahun lepas).

BOTB Sebauh.
Mungkin selepas ini akan cuba beranikan diri untuk cover beberapa lagu Megadeth bersempena dengan konsert mereka bulan Mei nanti. Seperti moto tahun lepas, harapnya tahun 2017 dunia kegitaranku akan menjadi lebih ringkas tapi gempak berbanding tahun-tahun sebelumnya...

_____
AADI: Maaf, tak ada entri beberapa hari, baru balik dari Putrajaya, ada projek besar.

Wordless Wednesday: Projek Putrajaya




_____
AADI: Baru merasa jejak kaki di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) acoustic (10) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (128) amplitude music (3) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (122) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (46) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (62) console games (7) converse (3) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (33) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (3) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (226) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (83) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (30) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (141) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (40) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (18) footwear (2) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (76) gigrig (10) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (16) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (644) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (58) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (182) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (9) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (19) karisma (4) kaset (32) kawan (263) kazanna (1) kempen (35) kerja (74) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (20) kkdn (6) koleksi (288) konsert (84) kopi (22) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (16) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (5) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (339) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (24) new album (27) new gear (166) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (64) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (25) pedal/stompbox (281) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (106) planet waves (9) playstation (9) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (14) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (42) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (23) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (23) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) slipgate (4) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (25) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (4) tamil (11) tanglewood (10) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (20) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (7) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (243) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (105) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger