April - International Guitar Month


Mengakhiri entri bulan April yang juga merupakan bulan gitar antarabangsa (international guitar month) dengan entri merapu gitar-gitar yang dimiliki.

ToneLab EX dah jual.
#1 Epiphone 1957 Les Paul Goldtop
Nickname: Goldie
S/N: 10091506687
Buatan: China (2010)
Dimiliki sejak: 28/04/2011
Nadi: Epiphone ProBucker set
Karekteristik: Limited edition, gitar "kahwin", sebelum ini kuat dipengaruhi oleh Goldtop Adrian Smith, tapi semenjak dipasang ProBucker, ia menjadi alternatif sekiranya ingin lari sebentar daripada dunia gitar berpikap jenis high output. Paling serasi disambung terus kepada amp berbanding melalui pemproses bunyi.
Talaan: E standard, drop-D
Gauges: 10-46


#2 ESP LTD M-103FM
Nickname: Mirage
S/N: IW11060781
Buatan: Indonesia (2011)
Dimiliki sejak: 24/11/2011
Nadi: Seymour Duncan Hotrails + Coolrails + Invader
Karekteristik: Gitar harian yang sentiasa berada di atas stand supaya senang dicapai, tatkala gitar-gitar lain disimpan dalam gigbag/hardcase. Gitar utama semasa jamming, tapi jadi backup bila ada persembahan awam.
Talaan: E standard
Gauges: 9-42


#3 Charvel So-Cal Style 1 HH
Nickname: Calypso
S/N: 002255
Buatan: USA (2008)
Dimiliki sejak: 14/09/2012
Nadi: Stock DiMarzio Evolution + Tone Zone
Karekteristik: Prized possession, gitar pentas (gig, BOTB), selesa, ergonomik dan feel paling best setakat ini. Mempunyai "mojo" yang tersendiri, sedikit-sebanyak memberikan keyakinan semasa persembahan awam berbanding gitar lain. Ya, juga ada pengaruh Jackson Adrian Smith San Dimas DK di situ.
Talaan: Eb standard
Gauges: 9-46

Pedal-pedal semua tu dah dijual.
#4 Ibanez Sound Gear SR300
Nickname: Tommy
S/N: I131117556
Buatan: Indonesia (2013)
Dimiliki sejak: 19/02/2014
Nadi: Stock Ibanez pickups + preamp
Karekteristik: Bass, perlu ada bass dalam axology, bila dah terlalu ramai gitaris tapi tak ada siapa nak main bass, inilah jawapannya. Bentuk SR-series yang tirus dan ringan, selesa dan ergonomik digalas. Dan bukan senang nak cari bass warna hijau kan?
Tuning: E/Eb/D standard, mengikut keperluan
Gauges: 45-105

Gambar lama, masih bernadi EMG 81/60
#5 Epiphone 1958 Explorer Korina
Nickname: Korina
S/N: U07021945
Buatan: Korea (2007)
Dimiliki sejak: 11/09/2015
Nadi: DiMarzio PAF 36th Anniversary + Super Distortion
Karekteristik: Pembelian eksesif dan menjadi gitar "kelima" tatkala kuota hanya empat. Agak kurang selesa dimainkan dengan fizikal aku sekarang (faktor perut boroi). Disebabkan itu, ia hanya dijadikan sebagai gitar koleksi. Worst-case scenario mungkin akan dipasang semula dengan pikap asal dan dilepaskan untuk memberi *laluan kepada gitar lain.
Talaan: D standard
Gauges: 10-52

*Kuota empat buah gitar sekarang telahpun dibubarkan, jadi lepas ini mungkin akan ada penambahan ahli baru.

_____
AADI: Yahoo!

Ada Apa Dengan Cool Tea? (Part 2)


Entri yang terperap dalam draf sejak hujung tahun lepas.


Terjumpa dua perisa baru untuk Mamee Bev Cool Tea - kekwa (chrysanthemum) dan teh hijau. Dijual dengan harga promosi (ketika itu) RM0.98 untuk sebotol 500 ml di pasar raya F.

Rasa? Kalau teh herba perisa teh hijau agak pelik, tapi perisa kekwa boleh diterima. Walau apapun, aku lebih suka perisa asli seperti dalam entri ni.

_____
AADI: Sekarang rajin beli versi 6-pack (tin 325 ml).

Creep & Crawl - The Reptile Expo


Ini sebenarnya aktiviti impromptu minggu lepas, kononnya nak bawa anak-anak main kereta letrik di Commerce Square Bintulu, tapi 50% ruangnya telah diambil alih oleh ekspo ni...


Tiket masuk RM5.00 seorang, bawah 4 tahun percuma. Masuklah jawabnya, bukan selalu kan? Ekspo haiwan peliharaan jenis eksotik yang majoritinya terdiri daripada reptilia, amfibia dan adalah seekor dua haiwan peliharaan yang biasa-biasa.

Aku letak gambar dululah, nama-nama binatang yang ada tu yang aku ingat sahaja, sebab aku tak gambar/salin sticker nama pada tepi sangkar/akuarium. Selebihnya nanti aku edit kemudian.

1) Bahagian gecko - terdiri daripada salamander, cicak, iguana hinggalah sebesar biawak dragon (bukan komodo). Tapi sayang, tak ada sesumpah (chameleon) dan buaya, muahahaha...

Coastal giant salamander - Dicamptodon tenebrosus.
Leopard gecko - Eublepharis macularius.



Bearded dragons - Pogona vitticeps.
Blue-tongue skink - Tiliqua nigrolutea.
Frilled neck lizard - Chlamydosaurus kingii.


Mega gecko! Muahahaha...
2) Bahagian ular - hampir semuanya adalah jenis ular sawa (phyton, boa) dan masih kecil, tiada pun yang matang.





3) Bahagian kura-kura dan labi-labi - tak banyak, ada 4-5 spesies sahaja.


Alligator snapping turtle - Macrochelys temminckii.
Albino soft-shell turtle - Pelodiscus sinensis.
4) Lain-lain - Yang bukan kategori reptilia ada juga beberapa spesies, contohnya beberapa ekor katak, araknid (labah-labah), monyet kecil marmoset, anjing (duh~) dan arnab (double duh~).

Marmoset - Callithrix jacchus.
Pendapat aku, yang ada latar belakang biologi terutamanya zoologi, tengok pelbagai genus dan spesies haiwan eksotik sebegini memang menarik perhatian. Tapi kalau dari segi hobi memelihara haiwan (pet), kosnya memang tinggi dan rutin penjagaan yang agak leceh. Baik pelihara kucing kampung...

_____
AADI: Nama saintifik tu minta bantuan Pak Google.

Wordless Wednesday: Protect Your PC, Low Cost Style...




_____
AADI: Lazada jual RM18 je seunit~

Ada Apa Dengan Warrior Energy Drinks?


Terjumpa satu lagi jenama minuman tenaga (energy drinks) yang agak baru dalam pasaran Malaysia - Warrior, dengan hype vitamin C + ginseng dan imej yang ohsem (thread plate background gitu~).


Minuman ni jenis berkarbonat dan setakat ni aku baru jumpa dua jenis perisa; lemon dan strawberi. Lupa nak salin nama syarikat dan/atau pengedar, tapi minuman ni buatan Thailand, harga pun murah tak sampai RM2.00 untuk setin 325 ml ni di pasar raya F.

Rasanya? Mengingatkan aku kepada rasa minuman tenaga jenama Booster Blitz (aka air cap kuda), cuma karbonatnya agak "keras" berbanding Booster Blitz yang lebih fuzzy dan kimochi~

_____
AADI: Sekarang dah tak jumpa Booster Blitz.

Sudden GAS: Bass Preamp Pedal (Part 3)


Beberapa hari lepas, CK Music mengumumkan telah membawa masuk satu daripada gajet yang tersenarai dalam GAS 2017 aku iaitu Hartke Bass Attack 2 di Facebook dan Instagram mereka.

Tapi sedih, harga runcitnya melebihi RM500, dan seperti yang aku katakan dalam entri ni, alternatif lain akan diburu (atau tunggu dan tengok harga Year End Sale?).

_____
AADI: Cuba memburu Dr. J Sparrow?

Flashback Friday: Antara Adi Herman, Metuk Ulau Dan Project


Semalam Facebook kata (friendversary) yang aku dah berkawan dengan Adi Herman selama tujun tahun. Ada apa dengan Adi Herman?


Berkenalan dengan Adi sekitar awal 2010 semasa ingin mendapatkan split CD Manggas/Maar - Sabahan Underground Militia melalui distronya Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) - blognya dah tak aktif tapi MUUV Facebook page still kicking. Ya dari sinilah juga datangnya idea nama Metuk Ulau Project (dieja Projekt, ketika itu).


Selain tauke distro, aku juga dapat tau yang Adi ni aktif dalam beberapa band pelbagai genre di Bintulu - Regiment Of Kid-Do-Wrong, Tresno, Busseg, Bintulu Buskers (to name a few). Kemudian bila ada masa, aku ajak Adi jamming di Hepi;) makeshift studio (ketika itu belum ada gitaris tetap).

Hujung tahun 2010 juga aku mula kenal Nas Korawk (dah lupa macam mana boleh kenal). Agak on/off jamming dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang clash hanya seorang saja yang dapat datang.

Studio Amazika dalam kenangan.
Sehinggalah tahun 2011 datang idea gila-gila untuk Hepi;) berkolaborasi bersama-sama Adi/Korawk dan mengaktifkan kembali moniker Metuk Ulau Projekt, memainkan lagu-lagu cover heavy metal klasik terutamanya lagu-lagu Iron Maiden. Dan selebihnya merupakan sejarah MUP.

Erectus & COG.
Awal 2012, bila dah mula menyertai gig, melalui Adi juga, aku dapat berkenalan dengan beberapa band lain, penggiat muzik dan orang kuat scene underground Bintulu - Ana & The Scene, Bintulu Buskers, Erectus, COG, Barangkali Marus, Borhan (ex-tauke 36 Studio), Chef Rizal, dll.

36 Studio baru buka - Al-fatihah arwah Alifh.
Selain multi-instrumental player (gitar, bass, oud/gambus, keyboard), Adi juga seorang poet (penyajak?), penulis cerpen, dengan kata lain - orang sastera. Dalam blognya Molotov Cocktailz juga sering diselitkan dengan entri-entri sajak/puisi. Ada beberapa sajak/pusi Adi aku dah cilok jadikan lirik lagu projek - tapi masih belum siap-siap projeknya, kah kah kah...

The Book Of Adi Herman.
Antara masterpiece Adi setakat ini, antologi cerpen Pentagram Di Atas Pusara, yang katanya menjadi buruan rakan-rakan bloggers. Dengar khabar, ada satu buku lagi dah rilis, tapi aku lupa tajuk...

Kesimpulannya, kalau aku tak kenal Adi Herman, pasti aku tidak akan terlibat dalam scene underground Bintulu seperti sekarang, tak akan ada "kami Metuk Ulau Project, just another cover band, and this is madness!" atau "Scream for me Bintulu!". Yang pasti dia bukan "hanya seorang pemain bass" :)

_____
AADI: Terima kasih ADI.

Wordless Wednesday: Charles Xavier




_____
AADI: Kalau faham...

Blind Guardian - Beyond The Red Mirror (Limited Edition)


Album studio ke-10 Blind Guardian rilisan tahun 2015, tapi pembeliannya tertangguh hampir dua tahun. Harga di eBay jika termasuk kos pos masih mahal tak berbaloi, terima kasih kepada Rock At Large kerana membawanya masuk.


Apa yang "special edition" sangat berbanding versi biasa? Selain cover art yang berlainan, ia juga didatangkan dalam bentuk media book (digipak in disguise) dan sebuah lagu bonus Distant Memories. Album konsep dengan lapan sub-cerita, dan katanya merupakan sekuel kepada album kelima mereka iaitu Imagination From The Other Side.


Seperti album At The Edge Of Time, lagu-lagu dalam album ni best, cuma terlalu banyak elemen koir dan orkestra membuatkannya tepu ke arah melodic metal berbanding speed/power metal. Antara perubahan elemen muzik yang ketara berbanding material 80-90an mereka.


Ya, tambah sikit-sikit elemen orkestra memang boleh menaikkan atmosfera/runut lagu tersebut, tapi kalau dah tepu dah jadi macam Nightwish pula (atau Metallica S&M). Tapi yang pasti, vokal Hansi Kursch langsung tak berubah, tidak dipengaruhi faktor usia, yang ini patut dipuji.

_____
AADI: Meriki kompilasi Memories Of A Time To Come di eBay.

HammerFall - (r)Evolution


Seperti yang aku katakan dalam entri Built To Last, album (r)Evolution merupakan target seterusnya. Terima kasih kepada iaitu Rock At Large (kedai CD/DVD/LP Dr. Bentara kita) kerana membawa masuk album ni, tak perlu aku bersusah-payah membelinya menerusi eBay (yang masih mahal).


Album studio kesembilan HammerFall ini kembali menggunakan khidmat Andreas Marschall sebagai pelukis cover album. Pada pendapat aku, tema cover ni mungkin ada kaitan dengan album sebelum ini iaitu Infected satu-satunya album HammerFall (setakat ini) yang tidak menggunakan imej Hector sebagai cover.


Album terakhir bersama tukang pukul Anders Johannsen yang pencen selepas tamat proses album ni.

Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs - ada lagu straight forward power metal (Hector's Hymn, We Won't Back Down), ada lagu anthem (Live Life Loud) dan diselitkan power ballad (Winter Is Coming). Formula metal yang tidak akan mengecewakan peminat, tak perlulah nak bereksperimen dengan menambah elemen orkestra yang ke laut.


Kini hanya tinggal tiga album pertama HammerFall sahaja (*Glory To The Brave, Legacy Of Kings, Renegade) yang belum ada untuk melengkapkan diskografi album-album studio HammerFall.

_____
AADI: *Walaupun sebenarnya aku dah ada versi AsiaLink.

Peti Gitar Cap Buaya


Dah lama teringin nak dapatkan hardcase Gator GC-ELECTRIC-A ni. Kalau beli online harganya sekitar RM3XX, tapi disebabkan saiznya, bila ditambah dengan kos penghantaran ke Sarawak, sudah agak tidak berbaloi.


Kebetulan beberapa minggu lepas Zoso Music (Kuching) ada jualan penghabisan stok dan hardcase ni antara yang tersenarai. Harga selepas diskaun ditambah dengan kos penghantaran ke Bintulu (guna bas ekspress) adalah lebih kurang sama dengan harga online tadi.


Berurusan dengan krew Zoso Music Bintulu untuk proses pesanan dan pembayaran, hardcase ni tiba dan dituntut dua hari kemudian. Meskipun penghabisan stok, hardcase ni merupakan batch baru (inspected on 13/10/2016), good to know...


Fungsi utama adalah tempat penyimpanan Calypso (So-Cal Style 1 HH), dan juga persediaan untuk travelling (jika perlu). Model ni memang khas untuk saiz Stratocaster/Telecaster (dan mungkin superstrat lain), memang perfect fit untuk gitar hijau ni. Materialnya juga lebih tahan berbanding hardcase ular sawa yang aku pernah ada dulu.


Malangnya, bukan semua superstrat boleh muat hardcase ni, Mirage (M-103FM) tidak muat, headstocknya agak panjang. Dan aku berpendapat, siri-siri LTD lain seperti H-series dan MH-series juga tidak akan muat kerana dimensi yang lebih kurang sama dengan M-series.

Tapi kalau korek entri lama, Jackson Dinky macam Dinky Bro Adam (DK2FS) boleh muat hardcase jenis ni, selamatlah kalau ada Dinky/Soloist. Ibanez RG/S series aku tak pasti, tapi rasanya boleh muat kot?

_____
AADI: Selamat bulan April.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger