Ada Apa Dengan Ah Huat White Coffee? (Part 2)


Kalau malas buat entri panjang, biasanya akan ada entri makanan/minuman. Nah kopi putih tin jenama Ah Huat perisa original. Dua tahun lepas pernah buat entri perisa hazel nut, kali ni imej apek agak menarik (manga style) dengan hype "Huat ah!".


Rasa generik kopi putih dalam tin, cukup lemak, cukup manis, harga pun tak berapa premium, tapi mahal sedikit daripada kopi tin Nescafe, Pokka atau Wonda. Jika ada tiga jenama tadi, jenama Ah Huat ni mungkin berada di tangga yang tercorot dalam senarai beli.

_____
AADI: Akan cuba target, kopi putih Ipoh, aku lupa apa jenama.

Wordless Wednesday: T-Shirt Tengkorak (Part 6)




_____
AADI: Manjada Lazada...

Zoom G5 Atau Line 6 Pod HD300?


Kesinambungan entri Hepi;) Pemuzika semalam. Ikut perjanjian sebelum Zoom G5 ini ditukar (swap) dengan Pod HD300 aku, kedua-dua pihak diberi masa seminggu untuk memandu-uji dan membiasakan diri. Jika kedua-dua pihak berpuas-hati dan setuju, barulah transaksi diteruskan, Jika tidak, akan dipulangkan semula.


Sebelum aku mengambil keputusan memilih Pod HD300 hampir lima tahun lepas semasa YES 2012, G5 merupakan pilihan utama aku. Hanya kalah kerana Pod HD300 disertakan dengan hadiah percuma beg Line 6 FG5 sedangkan G5 tiada apa-apa hadiah percuma ditawarkan. Harga runcit beg FG5 pun dah RM200+, kira lagi berbaloi kan?


Pertama sekali yang aku perasan ialah dari segi kualiti bunyi, memang sama dengan *MS-50G. Mungkin disebabkan teknologi yang digunakan adalah sama (chip ZFX-IV).


Mengekalkan tradisi energizer pada model G7/G9, ciri-ciri tidak ada pada model G1/G2/G3. Kalau tak silap model-model terkini G3n/G3Xn/G5n juga tidak memiliki tube booster, kenapa?


Unit ini masih menggunakan firmware v1.10, jadi aku update kepada v1.20 yang diperolehi daripada website Zoom.

Dipendekkan cerita... Kelebihan berbanding Pod HD300:
  1. Kuantiti modeling amp yang lebih banyak 22 jenis, yang penting ada acoustic simulator.
  2. Senang diedit, kalau dah biasa dengan pedal-pedal Zoom, tak sampai 10 minit boleh serasi.
  3. Effect-chain boleh disusun ikut suka hati.
  4. Ada drum machine
  5. Ada tube booster, boleh boost volume dan tone, sesuai untuk solo.
  6. Editor software yang lebih mesra pengguna.

Kelemahan berbanding Pod HD300:
  1. Hanya ada satu output XLR, ada dua pada Pod HD300 (stereo).
  2. Tiada modeling khas untuk bass, Pod HD300 ada Flip-Top (Ampeg Portaflex).
  3. Expression pedal (Z-pedal) yang pada pendapat aku kurang tegap, kadang-kadang boleh "terkehel".
  4. LCD besar yang senang rosak, antara masalah yang selalu dihadapi oleh rakan-rakan yang menggunakan G3/G3X/G5. Unit ini pun sudah ada menunjukkan masalah pada LCD pertama dan ketiga.
Mungkin disebabkan masalah (2) dan (3) tersebut, varian terkini G3n/G3Xn/G5n tidak lagi menggunakan LCD yang besar, begitu juga dengan teknologi Z-pedal.

Jadi aku membuat keputusan untuk tidak memilih unit G5 ini dan kembali kepada Pod HD300 kerana:
  1. Modeling Treadplate (Mesa/Boogie Dual Rectifier), Angel F-Ball (ENGL Fireball 100) dan Solo (Soldano SLO100) pada Pod HD300 lebih umph!~ (high definition) dan serasi dengan muzik yang aku mainkan.
  2. Expression pedal pada Pod HD300 lebih tegap.
  3. Unit Pod HD300 aku masih nampak baru walaupun sudah berusia hampir lima tahun, berbanding unit G5 ini yang nampak bermusim.
_____
AADI: Tunggu hujung minggu baru dapat tukar.

Sessi Hepi;) Pemuzika


Sessi yang tak berapa jamming pada petang Sabtu lepas (12/8/2017) lebih kepada sessi pandu-uji beberapa gajet aku yang ingin dilepaskan untuk dana-dana *GLTL. Selain ahli Hepi;) sessi juga disertai oleh dua orang ahli Pemuzika.


Item pertama, Line 6 Pod HD300 yang ingin ditukar (swap) dengan Zoom G5. Dipandu-uji terus menggunakan kabinet Laney IRT-X. Tempoh percubaan tambahan seminggu diberi kepada dua-dua pihak sebelum membuat keputusan. Mungkin aku boleh buat entri berasingan pasal G5 ni nanti.


Item kedua, amp Peavey Vypyr 30 (bersama-sama Sanpera I). Semenjak IRT-X tadi menjadi rig utama yang lebih mesra logistik, Vypyr 30 ni tidak lagi digunakan. Mencari tuan baru yang lebih memerlukan amp yang cukup kuat untuk studio jamming (walaupun hanya 30 Watts).


Item ketiga, Epiphone 1958 Explorer Korina (Korina). Selepas dilema dalam entri lepas, macam dah tawar hati nak lepaskan Korina ni. Tapi kalau ada yang betul-betul berminat, aku akan kenakan nilai yang lebih tinggi daripada sebelum ini, nasiblah~

*Kita tunggu hujung bulan nanti.

_____
AADI: Macam sayang pula nak tukar Pod HD300 tu.

Sudden GAS: Vox MV50 AC


Seperti biasa, setiap kali amp head kecil (tube, solid state or hybrid) diiklankan, aku pasti akan terGAS. Kali ni terGAS dengan Vox MV50, terutamanya model AC.

Imej: Gear Otaku.
Kabinet? Tak ada masalah, sebab aku masih ada kabinet V110NT yang sekarang ini digunakan bersama-sama HT-5RH.

Cuma harganya agak kurang menarik, mungkin boleh fikirkan jenama/model lain sebagai alternatif seperti:
  1. Peavey 6505 Piranha
  2. Orange Micro Dark
  3. Joyo Bantamp (Zombie/Meteor/Atomic/Jackman).
  4. Hotone Heart Attack
Tapi masih boleh bermuhasabah dan bersabar sebab ada GAS lain yang belum selesai.

_____
AADI: Tunggu jualan akhir tahun.

Newsted - Heavy Metal Music


Album studio pertama dan satu-satunya album daripada band Newsted (dieja NEWST∃D), yang diterajui oleh tak lain tak bukan Jasonic (Jason Newstead), diperolehi daripada Rock At Large beberapa minggu lepas bersama-sama kompilasi Soundtrack Of My Life.


Dah lama aku cari album ni semenjak ia dirilis hampir empat tahun lepas, sebab nak dengar macam mana muzik metal acuan Jason. Di eBay harganya agak tidak berbaloi, dan sebelum ini (kalau tak silap) Rock At Large cuma ada versi piring hitam, terima kasih kerana membawa masuk versi CD.


Vokal raspy Jason memang ngam dengan lagu-lagu dalam album ni. Riff-riff thrash dan heavy ala Metallica era AJFA (dan mungkin DM atau HTSD) pun ada terasa, yang mellow ala era Load/Reload pun ada. Bunyi bass lebih menonjol seakan-akan bass Lemmy Motorhead, dan kalau tak silap ada juga solo bass, tak perlu dibincangkan kenapa.

Kerja gitar (Mike Mushok?) pun menarik, solo-solo ringkas tapi ada umph tersendiri tanpa perlu ada efek wah-wah, hehehe...


Sayangnya Newsted tak bertahan lama, dibubarkan tahun lepas atas sebab-sebab tertentu, Jason ni kan penuh misteri. Aku rasa jika album ni di-mainstream-kan, cukup promosi, ia mungkin menjadi pesaing hebat muzik thrash/heavy semasa.

_____
AADI: King of the underdogs...

Wordless Wednesday: Sepetang Di Batang Oya (Part 3)




_____
AADI: Serenity...

MUP Busking Listrik


Bersempena Merdeka Fun Run & Fun Ride 2017 4-6/8/2017 bertempat di Paragon Steet Mall, Bintulu, Kelab Pencinta Muzik dan Kesenian Bintulu (PEMUZIKA) membuka booth mereka untuk pendaftaran ahli-ahli baru selain persembahan busking secara listrik (electric) oleh ahli-ahli kelab.

Selain ahli-ahli PEMUZIKA, beberapa band tempatan seperti Pro-X, NV Unity, MUP diberikan slot untuk membuat persembahan. Kutipan semasa persembahan akan disalurkan ke tabung kelab.

Johnny (Squier J5) live debut.
Kami memilih slot sebelah malam atas sebab-sebab genre muzik yang kami mainkan. Malam pertama (Jumaat) adalah secara impromptu, MUP turut disertai oleh Azroy dan Herman NV Unity. Herman yang satu lagi (Adi) tidak dapat hadir atas sebab komitmen lain.


Sedikit sebanyak terGAS dengan amp Boss Katana 50 (tilted one) yang digunakan. Mungkin boleh masuk senarai pembelian hujung tahun, bersainglah kau dengan Blackstar ID:Core 100 nanti.

Sebenarnya ini merupakan sessi melepas geram sebab kami tak turut serta Battle Merdeka 2017 yang dijadualkan pada petang Sabtu *keesokan harinya.


Malam kedua (Sabtu) lebih formal kerana ketiga-tiga mengenakan t-shirt Sarawak Metal Regime, kecuali Bob Kandar yang memakai jersi Fun Run kerana terlibat. Sessi agak pendek sedikit disebabkan Bob Kandar agak penat dan pening-pening selepas menyertai larian Fun Run beberapa jam sebelumnya.

Post-mortem busking listrik:
  1. Perlu ada lagu-lagu berentak mid-tempo yang agak crowd-friendly dan santai.
  2. Less is more, guna Zoom MS-50G pun dah cukup. Kalau perlu guna amp sendiri, mungkin aku akan guna Peavey Vypyr 30 bersama-sama Sanpera I.
*Oh ya, dikhabarkan Battle Merdeka 2017 dibatalkan atas sebab penyertaan yang tidak memberangsangkan (kan aku kata dah~).

Kredit gambar daripada Herman NV Unity dan Murad (Barangkali Marus).

_____
AADI: Ok, serius dah lama tak main lagu Coming Home.

IDK Gig Rig #4


Mendapat idea untuk mengasimilasikan IRT-Pulse sebagai nadi utama gigrig selepas menonton video Youtube ini.


Suis kaki FS1 untuk remote bypass, MS-50G untuk front-amp effects (tuner, compressor, drive, noise reductions) dan Time Machine sebagai delay (duh~) disusun di atas Pedaltrain-longkang, cukup-cukup muat.

Walaupun bunyinya hebat (literally, musically, arrogantly), tapi rig ini ada kelemahan? Selain perlukan bekalan kuasa luar, IRT-Pulse kurang sesuai diletak pada pedalboard, kerana ruang tube/valve agak mudah terdedah kepada kotoran, habuk dan paling teruk kalau tertumpah air.


Oleh sebab itu, rig ini tidak sesuai dijadikan sebagai gigrig, lebih sesuai digunakan di rumah atau studio jamming. Jadi *malam ini aku hanya akan menggunakan MS-50G secara tunggal atau gigrig Boss.

_____
AADI: *Eh? Ada gig MUP malam ni?

Ada Apa Dengan Wonda Extra Presso?


Kononnya hari ni nak buat entri Newsted, tapi termalaslah pula. Buat entri kopi tin lagi senang...


Terjumpa kopi Wonda perisa baru (dah lama dah) extra presso. Jika dalam banyak-banyak perisa Wonda, aku rasa inilah rasa signature untuk kopi Wonda, hence the hype "signature brew".

Pahit, tapi tak sampai pahit tahap espresso (siapa pernah minum espresso akan faham), cukup-cukup manis, tak begitu lemak. Tapi jika anda ada masalah lepas minum kopi (pening, palau, sakit kepala), jangan minum kopi ini.

_____
AADI: Espresso, bukan expresso.

Wordless Wednesday: Battle Merdeka 2017



Imej cilok.
_____
AADI: MUP tak join sebab tak setuju dengan syarat-syarat.

Children Of Bodom - I Worship Chaos (Limited Digipak)


Pancingan daripada Rock At Large yang diperolehi sehari sebelum Hari Raya bersama-sama album Dominator. Album studio kesembilan dan boleh dikira album terkini Children Of Bodom - I Worship Chaos.

Cover mesti ada imej maskot the reaper.
Dulu dah berhenti follow COB ni, habis semua diskografi aku jual pra-Projek Mega 2011 (yeah, mentioning it again). Sekarang cuba kayuh pelan-pelan kumpul balik, untuk rilisan lama boleh cuba korek katalog estock/musicMagpie.


Dah tinggal 4-piece, Roope Latvala dah dipencenkan beberapa bulan sebelum album ini dirakam. Pernah menggunakan khidmat Antti Wirman (adik kepada keyboardist - Janne) sebagai gitaris bermusim semasa tour menggantikan tugas Latvala. Tapi kenapa tak tarik terus?

Untuk versi limited digipak ini disertakan dengan DVD bonus dokumentari Making of - I Worship Chaos berdurasi 16+ minit yang pernah ditonton beberapa tahun lepas melalui Youtube.



Kecuali Laiho (yang dah lama ber-slang Amerika), ahli-ahli lain; Seppala, Raatikainen dan Wirman sudah kurang kepelatan "Finglish" mereka berbanding semasa dalam dokumentari Chaos Ridden Years.

Oh ya, ada tiga lagu bonus cover - Mistress Of Taboo (Plasmatic), Danger Zone (Kenny Loggins) dan Black Winter Day (Amorphis). Danger Zone tu paling ketara, kerana mengingatkan aku pada filem Top Gun. Tapi lagi best kalau pressing Jepun, sebab ada cover lagu Cruel Summer (Bananarama), tiada dalam rilisan deluxe ini.

Akan cuba memancing Halo Of Blood selepas ini.

_____
AADI: Selamat berbulan Ogos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (64) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (1) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (247) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (22) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (60) console games (5) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (31) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (63) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (75) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (185) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (15) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar service (18) guitar talk (64) guitar/bass (624) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (55) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (5) iron maiden (133) irt-pulse (1) isu semasa (227) j5 (5) jackson (31) jamming (122) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (280) konsert (82) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (11) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (39) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (324) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (71) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (61) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (271) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (11) pic of the day (49) pick (50) pickups (96) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (91) ratm (1) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (43) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (15) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (13) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (84) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (16) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (68) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (226) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger