Kebetulan si rakan ni sejak tahun lepas dah mengintai BC-2 aku, berkali-kali memujuk aku menjualnya pada "harga kawan-kawan". Tapi bila aku tau dia ada ST-2 yang tak berapa digunakan, maka berlakulah tawaran pertukaran suka sama suka di situ.
Seperti BC-2, ST-2 ini juga lebih kepada simulasi amp yang dinamik berbanding sebuah pedal distortion. Jika BC-2 bunyi amp Vox combo, ST-2 pula bunyi amp Marshall stack. Dengan melaras tombol SOUND, pelbagai bunyi ikonik amp Marshall dapat disimulasikan, daripada crunch Plexi hinggalah high gain JCM/JVM (kot?).
Suka tengok demo Pete Thorn.
Banyak dah pedal-pedal Boss keluar masuk dalam axology aku, tapi yang pasti mesti ada tiga pedal Boss yang utama pada gigrig BCB-30 - distortion, chorus, delay. Dan ST-2 ini menjadi distortion utama menggantikan BC-2. When all else failed, this is my go-to "real men use three pedals" rig.
_____
AADI: *Puasa beli pedal selagi urusan #7 belum selesai.
2 komen:
Aku akhirnya game baca posting2 ko dari now backtrack bulan 6 lepas.
Love the National geographic travel post dan photos, love that gig yang pakai baju melayu, love that Korina, love the Huat Ah post nanti aku nak carik minum, dan love the cd reviews too..
serius deaf, kalau tak kontrol memang aku boleh buat 1 hari = 1 entri, tengah banyak idea buat entri...
Post a Comment