Chorusing The Analog Way


MXR M234 Analog Chorus, pedal yang diperolehi hasil pertukaran (swap/trade) dengan pedal Vox Time Machine melalui perantaraan Jamtank Facebook. Pedal masih berkeadaan baru (9/10) tanpa calar, cuma sayang tanpa kotak asal dan manual. Warna biru metaliknya juga agak mengasyikkan.


Selain tiga tombol LEVEL, RATE, DEPTH yang biasa ada pada pedal chorus lain (contohnya Boss CH-1), pedal ini juga memiliki tombol tambahan LOW dan HIGH untuk melaras bunyi chorus sama ada lebih/kurang bassy atau trebly. Fungsi bonus yang membuatkannya juga sesuai digunakan bersama-sama gitar bass.


Disebabkan ia jenis analog, ia juga sesuai digunakan bersama-sama distortion, di hadapan amp atau melalui effects-loop untuk bunyi distortion rock klasik 80an (imagine Somewhere In Time sound).

Pertukaran yang berbaloi.

_____
AADI: Masuk khemah MXR lagi.

Nestle Bliss Mania (Part 2)


Minuman yogurt Nestle Bliss ini dijual secara lelong kerana sudah hampir tempoh luput, empat botol pada harga RM11.00, kalau harga biasa sekitar RM5.00-6.00 sebotol 1 liter. Aku memilih perisa buah campuran berbanding perisa buah tunggal.

  1. Buah-buahan tropika campuran - terdiri daripada nanas, markisa (passion fruit), pisang, biabas guava dan epal, rasa nanas lebih kuat berbanding rasa buah lain.
  2. Epal pisang - pernah menjadi perisa "edisi terhad" beberapa tahun lepas seperti dalam entri ini.
  3. Epal kiwi - rasa yang agak lucu (funny taste?) kelat-kelat dan masam kiwi digabungkan dengan rasa manis epal.
  4. Pic mangga - ok, ini perisa kegemaran dalam keempat-empat botol yang dibeli, rasa eksotik gabungan pic (peach) dan mangga paling menanglah!
_____
AADI: Tapi perisa kurma gula Melaka lagi epik.

Skull Korina


Sebelum karatnya melarat (karat-larat, it rhymes) ada baiknya tali gitar Skull Strings ini dipasang pada gitar. Kali ini Korina menjadi calon kerana talinya belum pernah ditukar sejak Ogos tahun lepas.


Saiz 10-52 ini agak sesuai untuk gitar berskala 24.75" berbanding 25.5" yang lebih sesuai dengan saiz 10-46. Kebelakangan ini saiz 9-42 sudah tidak sesuai untuk talaan yang biasa dimainkan (Eb standard) terasa lembut menggelebeh, ataupun adakah jari-jemariku yang sudah kuat?


Getah rambut? Ia merupakan "FretWarps" DIY berfungsi sebagai string dampener (peredam tali?), juga ada pada Johnny seperti dalam entri ini. Mungkin akan dapatkan seunit FretWraps Gruv Gear supaya nampak lebih trendy dan hipster, kah kah kah...

_____
AADI: Ada lagi seunit, harap tidak berkarat semasa dalam simpanan.

Wordless Wednesday: Kelab Doktor Muda




_____
AADI: Rajin temankan anak tonton di Astro Ceria.

Gerhana Penuh Hati Si Korawk


Setiap kali gitar ni dihantar untuk diservis (seperti entri ini dan ini) terasa agak sedih, kerana suatu ketika ia pernah menjadi gitar aku (ex-Dark Moon).


Servis kali ini untuk "dicuci" dan dipasangkan dengan set tali baru, D'Addario 9-42 set terakhir daripada kotak. Tak sampai hati aku nak letak gambar sebelum diservis - tali karat, hardware karat, berdebu tebal, bertahi cicak(?) dan residu-residu manusia.

Bateri pikap pun tidak pernah ditukar sejak setahun yang lepas, membuatkan output pikap EMG semakin lemah, pulas full gain pada amp pun bunyi cuma tahap crunchy saja. Tukar bateri, barulah outputnya ada umph!

Lagi sedih bila dengar cerita gitar ini akan berpindah milik selepas diservis. Apa dah jadi Korawk?

_____
AADI: Kalaulah waktu itu sudah tiada "kouta-4" seperti sekarang.

Moody Monday: Tak Ada BOTB Tahun Ini?


22/9/2015 - BOTB BIKF2015.


25/9/2016 - BOTB Sebauh.


25/9/2017? - Bo liao~

_____
AADI: Tapi MUP mungkin ada persembahan awam lain.

Audioslave - Self-Titled


Album peneman Sonic Highways yang diperolehi daripada Inverno Music Station sebulan yang lepas. Dah lama album ni tersenarai dalam giliran pembelian eStock musicMagpie (sejak sebelum kematian CC lagi), tapi selalu dipotong oleh album-album lain yang lebih penting (Trivium, Foo Fighters, dll).


Ok, aku tak follow Audioslave (apatah lagi Soundgarden, tapi kalau RATM tu adalah sikit-sikit), cuma ada beberapa lagu mereka yang memiliki nilai-nilai nostalgik, antaranya Like A Stone daripada album ini dan Be Yourself daripada album Out Of Exile.


Selain vokal CC yang "pelik", faktor kerja gitar Tom Morello juga memainkan kekuatan album ini. Selebihnya biarlah peminat Audioslave yang komen.



Oh ya, MUP pernah cover lagu ni (fronted by Adi Herman) semasa Gig Raya Warung Deli beberapa bulan lepas.

_____
AADI: Salam Maal Hijrah.

Wordless Wednesday: Smokeless




_____
AADI: Syukur dah 13 tahun berhenti.

DragonForce - In The Line Of Fire... Larger Than Live (CD/DVD Digipak)


Pembelian sampingan bersama-sama Master Of Evil daripada Rock At Large minggu lepas. Album live konsert DragonForce CD/DVD In The Line Of Fire... Larger Than Live yang dirakam semasa Loud Park Festival, Saitama Super Arena, Jepun pada 18/10/2014 dan dirilis tahun berikutnya.


Aku agak menyesal kerana lambat mengikuti DF ni, padahal muzik mereka amat sedang untuk dihadam jika anda peminat genre speed/power metal. Kalau tak silap aku mula mengenali DF sekitar 2008-2009 ketika era Ultra Beatdown, pernah disedut tapi entah kenapa tak terlayan ketika itu (sama seperti kes The Hunter dan Shogun).


Untuk format CD, terdapat 11 lagu termasuk lagu bonus Defenders, versi DVD pula hanya ada 10 lagu yang diselang-selikan dengan dokumentari - cerita di sebalik tabir konsert, suntingan album live ini, sedikit latar belakang dan hobi ahli DF, kehidupan harian semasa tour dan cerita kelengkapan (rig rundown).


Sebelum ini aku lebih mengenali Herman Li, Sam Totman dan Fred Leclercq (macam mana nak sebut?) menerusi signature equipment Ibanez (EGEN, STM) dan ESP (FL-600) mereka berbanding kumpulan DF itu sendiri. Dan inilah rasanya kali pertama aku layan DF secara penuh, kah kah kah...


Apa yang menarik mengenai DF ni pada pemerhatian aku, walaupun mereka berpengkalan di London, tapi ahli kumpulan mereka (untuk line-up DVD ini) agak 1Eropah antarabangsa. Kecuali Marc Hudson yang betul-betul British, Li dan Totman yang berasal dari Hong Kong dan New Zealand, ahli-ahli lain memiliki kerakyatan Eropah lain - Leclercq (Perancis), Gee Anzalone (Itali), Vadim Pruzhanov (Ukraine).



Penonton Jepun memang berdisiplin dan sporting, sepanjang konsert tiada kelibat telefon pintar dijunjung. Ya, kalau adapun hanya 2-3 sahaja daripada beribu-ribu penonton, terasa macam konsert tahun 2004 dan bukannya 2014.

Rata-rata usia ahli DF ini adalah sebaya dengan aku. Maka perangai dan zaman kanak-kanak/remaja mereka (seperti yang diceritakan dalam DVD) adalah lebih kurang sama seperti aku - paling ketara hampir kesemua mereka ini adalah gamers.

Dan selepas melayan rilisan ini, aku dengan rasminya menjadi peminat DF. Maka pencarian rilisan-rilisan lain mereka pun bermula...

_____
AADI: Loghat Herman Li pelat macam Bruce Lee, typical Hongkie.

DiMarzio, Jim Dunlop, Tengkorak Dan Gapnap


Setelah "bermastautin" lebih dua tahun di perantauan, kini Gapnap kembali. Walaupun sudah tidak lagi bersama Music Master Studio, kini bergerak solo secara part-time/freelance. Welcome back Gap!


Selain melepaskan barangan stok lama pada harga penghabisan stok, Gapnap juga menawarkan barangan stok baru (mostly accessories) pada harga pengenalan yang pasti membuatkan pelanggan lama (seperti aku) tersenyum.


DiMarzio Evolution neck DP158FW F-spaced dengan bobbin putih ini merupakan pembelian utama untuk batch kali ini. Walaupun bukan versi runcit (aftermarket) dan tanpa kotak, tapi unit ini masih baru dan belum pernah digunakan. Pada harga 60-70% lebih murah daripada harga runcit, ia merupakan perolehan yang berbaloi-baloi.


Berdasarkan pengalaman beberapa tahun menggunakan Evolution pada Calypso (Charvel So-Cal), pikap ini amat menonjol untuk persembahan live, terutama ketika solo (contoh). Sebenarnya dalam keghairahan masuk khemah Seymour Duncan dan EMG, aku masih setia dalam khemah DiMarzio.


Pembelian sampingan merupakan sedozen pick Jim Dunlop Max Grip bersaiz Jazz III. Ini merupakan jenama/model/saiz pick kegemaranku setakat ini. Dengan tiga material yang berbeza; nylon (merah), stiffo (hitam) dan carbon fibre (kelabu).

Pirate or poisonous?
Pembelian sampingan kedua ialah dua pek tali gitar jenama Skull Strings bersaiz 10-52. Dah lama nak cuba jenama Skull Strings ni, tapi harga runcitnya yang premium RM40+ (setaraf dengan D'Addario NYXL dan Ernie Ball Coated Slinky) biasanya membantutkan keputusan.


Sedih, nampaknya sumpahan "sindrom Ernie Ball" juga terkena pada Skull Strings ni, satu set daripadanya memiliki tali GBE yang berkarat. Nasib baiklah ia diperolehi dengan harga penghabisan stok, kalau harga runcit, kena karat macam ni, rasa nak menangis pun ada, kah kah kah...

Maka, secara rasminya, Skull Strings masuk dalam senarai hitam jenama gitar yang perlu dihindari. Tiba-tiba teringat entri Yustech.

_____
AADI: Selamat Hari Malaysia!

Ada Apa Dengan Mamee Karipap?


Apa? Mamee Monster perisa karipap edisi terhad? Selepas nampak iklannya di Facebook, aku terus mencari Mamee perisa karipap ni.


Aku dan Lil'Ijau sememangnya peminat tegar Mamee Monster (like father, like daughter). Selalunya aku beli perisa ayam atau BBQ paket besar sekitar RM3.40 yang berisi 10+ paket kecil untuk makanan jajan anak-beranak (selain keropok Twisties, Cheezels atau Double Decker) sambil tengok TV.

Rasa? Serius, memang rasa karipap, hahaha... Maksud aku rasanya seperti kari inti karipap. Dan aku perasan meenya juga lebih rangup dan rapuh berbanding mee perisa ayam/BBQ yang selalu dimakan. Mungkin ini mengimitasi kerangupan dan kerapuhan kulit karipap kot? Kah kah kah...

_____
AADI: Pernah makan karipap inti oksigen?

Setan Dan Naga


Lagi batch daripada kedai CD/DVD Dr. Bentara kita Rock At Large, bungkusannya diterima semalam berisi dua album daripada Denner/Shermann dan DragonForce.


Master Of Evil tu sebelum ini hanya ada versi piring hitam dalam katalog RAL, bila ada versi CD masuk aku terus rembat. Album live CD/DVD In The Live Of Fire pula sebagai peneman, itu pun sebab album terawal HammerFall dah dibeli orang.

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan kelak.

_____
AADI: Tak menyesal beli DragonForce tu.

Wordless Wednesday: Tong Sampah Perhiasan




_____
AADI: Teringat entri lama.

Foo Fighters - Sonic Highways


Pertama sekali aku berterima kasih sebab Pak Grohl dan rakan-rakan tak singgah di KL untuk konsert jelajah mereka kali ini. Hanya Bangkok dan Singapura menjadi persinggahan mereka untuk rantau Asia Tenggara. Kalau tak, aku pasti akan menyesal sebab tak dapat pergi.


Ok, agak terlambat untuk mendapatkan album studio kelapan FF keluaran tahun 2014, kerana FF mutakhir ini dalam proses menunggu tarikh rilisan rasmi album kesembilan mereka Concrete And Gold dalam beberapa minggu lagi.

Diperolehi daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) penghujung Julai lepas melalui promosi dua CD untuk RM50 (bersama CD Audioslave) di Facebook mereka.


Seperti album sebelumnya Wasting Light, album ini dirilis dalam pakej slipgate. Aku tak berapa suka format digipak, tapi format slipgate sebegini lagi menyampah, terasa agak murahan (feels cheap), susah nak keluar/masukkan CD, senang rosak dan kalau rosak juga, memang bye-bye lah.

Album ini pada pendapat aku mudah dihadam berbanding tiga album limbo ketika aku berhenti mengikuti FF (OBO, IYH, EPS&G). Kembali mengikuti FF kerana respek dengan tindakan Dave Grohl, patah kaki pun masih nekad menghiburkan peminat dan tak batalkan konsert.


Lagu kegemaran pastinya Congregation, Something For Nothing (ada riff seakan-akan Holy Diver), dan Outside (bass terasa lenggok Lounge Act). Dengan adanya dua lagu berentak perlahan dan santai Subterranean dan I Am A River membuatkan album ini terasa seperti FF penghujung 90an (era TINLTL).

Dalam masa yang sama agak ketara kematangan FF dari segi vokal Grohl dan muzik FF itu sendiri; 3-amigos attack (Grohl/Shiflett/Smear) dan kolaborasi dengan beberapa artis lain.

_____
AADI: Muka depan, struktur ikonik Amerika dalam satu imej.

Ada Apa Dengan Rexbull?


Kali ni terjumpa pula Rexbull, minuman tenaga dengan taurin. Seperti yang anda teka, ia mengimitasi minuman tenaga Red Bull, selain Wild Cow, Carabao dan Krateng Daeng yang juga menggunakan bovine sebagai logo.


Tapi kelebihan Rexbull ni dari segi harga, untuk tin 250 ml ini harganya murah beberapa sen daripada harga Red Bull.

Kebelakangan ni aku perasan jenama Rex mula mengimitasi beberapa minuman terkenal. Lil'Ijau rajin beli minuman Rexberry (formerly known as Rexbena), alternatif kepada Ribena. Mungkin aku akan buat entri lain kelak.

_____
AADI: Tiada kaitan dengan Rexbull male enhancement pills.

Sessi Jamming Hepi;) KKB


Hepi;) diajak oleh Azri, seorang rakan gitaris dari band NV Unity (tuan punya gitar ini dan ini) untuk jamming di Kelab Kidurong Bintulu (KKB) malam Ahad lepas. Kali terakhir aku ke sini penghujung tahun 2009 waktu Karnival Keluarga Petronas Bintulu 2009, yang malamnya ada konsert Amy Search.


Selain tempat untuk bersukan dan aktiviti riadah lain, KKB juga menyediakan studio jamming untuk ahli. Menggunakan "tiket" Azri sebagai ahli kelab untuk menyewa studio jamming KKB ni. Ruang studio agak luas, equipment bagus, cuma dinding tidak memiliki sebarang "rawatan" akustik, menyebabkan suasana bergema.


Tama drumset, dua amp gitar Marshall MG101CFX, amp bass Laney RB4 (model lama), amp keyboard (juga sesuai untuk modeling multi-fx) Laney AH80 dan PA system Yamaha dan Behringer. Kecuali drumset yang agak basic, equipment lain boleh menandingi apa yang ada di 36 Studio suatu ketika dahulu.


Sessi pun secara impromptu, petang rancang, malam jamming. Jadi tiada apa-apa persediaan atau latihan sebelum sessi. Dihentam dengan lagu-lagu yang biasa dimainkan, kecuali dua lagu (cover) baru; We Rock (Dio) dan Numb (Linkin Park) yang menjadi walaupun tanpa latihan.


Equipment aku jenis grab and go - guna Johnny (Squier J5 Tele) yang dipasang semula dengan pikap asal beberapa hari lepas dan gigrig RMU3P (real men use three pedals) dengan Boss ST-2 sebagai distortion utama.

Ya, dengan pikap asal, Johnny ini juga menyerlah sebagai gitar hard rock atau metal, it's a John 5 signature after all. Cuma inilah kali pertama aku menggalas gitar ini yang beratnya 4.7 kg untuk sessi dua jam, memang lenguh bahu dibuatnya.

_____
AADI: Lain kali bawa gitar ringan dan multi-fx.

Wordless Wednesday: Quality Versus Quantity



Lil's modded Uzi versus the other kid's dual-wield 9mm.
_____
AADI: Gamers melihatnya daripada perspektif yang berbeza.

Un-Pimp My Telecaster


Atas sebab-sebab tertentu, set pikap Classic Rock DiMarzio (Super Distortion + PAF 36th Anniversary) yang dipasang pada Johnny (Squier J5 Telecaster) bulan Mei lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal iaitu HBJ5N-DB (neck, alnico) dan HBJ5B-DB (bridge, ceramic).


Reka bentuk kedua-duanya pula seakan-akan reka bentuk pikap-pikap DiMarzio. Daripada apa yang aku Google pasal pikap HBJ5B-DB, ia merupakan imitasi(?) pikap Fender Enforcer seperti yang ada pada Telecaster John 5 versi Fender.



Sebelum dipasang DiMarzio, aku tidak berkesempatan mencuba kedua-dua pikap J5 ini bersama-sama pot B500k. Mungkinkah pot asal A250k penyebab bunyinya agak "gelap" (dark/gloomy)? Akupun tak pasti, yang itu perlukan jawapan teknikal daripada Yustech.


Masih menggunakan konfigurasi pot kegemaran iaitu 1 VOLUME + 1 TONE berbanding konfigurasi asal 2 VOLUME. Pot yang digunakan adalah jenama Gotoh dikitar-semula daripada gitar-gitar servis sebelum ini, walaupun hodoh berserabut timah lama, tapi masih berfungsi 100%.


Pot push/pull tidak digunakan sebab pikap J5 ini hanya ada dua wayar. Kali ni aku menggunakan kapasitor Mallory (.022uF) berbanding Sprague Orange Drop seperti projek-projek sebelum ini.


Setakat ini hanya dipandu-uji dengan Amplug2 Classic Rock terus ke headphone HD-330. Terkejut juga sebab bunyinya jauh berbeza berbanding ketika mula-mula dimiliki. Paling ketara lebih treble dan output, seolah-olah potensi penuh pikap-pikap ini terserlah dengan pot yang sesuai. These pickups will stay...

_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming malam ini.

Alat Ganti Elektronik Gitar Gaya Lazada


Kalau dulu benda macam ni selalunya aku beli melalui eBay, sekarang dah ada opsyen lebih berbaloi melalui Lazada.


Masih dari tanah besar China dengan pengeposan percuma. Cuma kelebihan Lazada berbanding eBay ialah penggunaan matawang kita MYR dan banyak opsyen kaedah pembayaran.

Kalau eBay, bayar guna Paypal lah jawabnya, itupun bergantung pula pada forex semasa. Kebanyakkan seller eBay dari China biasanya guna USD berbanding RMB.


Barangan pendawaian dalaman gitar elektrik, dua set pra-wayar untuk Stratocaster (1x volume pot, 2x tone pot, 5-way blade switch, output jack). Pra-wayar macam ni lebih ekonomi berbanding beli komponen-komponen tadi secara berasingan.


Lima unit pot B500k bersaiz penuh, ikut pengalaman saiz penuh 1" lebih tahan berbanding saiz kecil 0.5". Wayar bersadur (shielded?) panjang 9', wayar sebegini lebih menjimatkan ruang semasa pematerian pikap/suis/pot/jack berbanding kaedah dua wayar.


Dan tiga set strap button jenis cendawan (mushroom) dalam tiga warna berlainan - krom, nikel dan emas - untuk menggantikan strap button yang sudah longgar atau jenis yang tidak sesuai dengan hujung strap.

Ramai dah rakan-rakan sepergitaran dari Bintulu mula merujuk aku jika ada masalah pendawaian gitar atau servis tukar pikap, antara sebab utama aku menyimpan stok barangan sebegini selain untuk kegunaan sendiri.

_____
AADI: Aku perlukan pateri dan timah yang berkualiti.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger