Ada Apa Dengan Big Power?


Setakat ni kalau terjumpa minuman tenaga ciplak ala Redbull biasanya akan berlogo imej lembu/kerbau. Contohnya Carabao, Krating Daeng, Wild Cow dan Rexbull, mungkin faktor taurina (taurine) kot? Tapi kali ni terjumpa pula yang berlogo imej singa, walaupun rekabentuk dan tema warna masih seperti Redbull.


Big Power keluaran Pitaberry Sdn. Bhd. ini lebih puas diminum kerana didatangkan dalam tin berisipadu 300 ml, tapi pada julat harga yang sama seperti jenama-jenama lain yang disebut di atas tadi yang biasanya hanya berisipadu 250 ml ke bawah.

_____
AADI: Rindu jenama Booster Blitz.

Wordless Wednesday: AADI @ 300k!




_____
AADI: New achievement unlocked, macam main game pula.

Hepi;) @ Glam Rock Nite


Jumaat 24/11/2017 - Persembahan Hepi;) menjadi gimik pembukaan majlis makan malam tahunan kelab, sesuai dengan temanya tahun ini "Glam Rock Nite".

BB - bassist boroi.
Dengan soundcheck Enter Sandman (instrumental) dan persembahan medley lagu-lagu Wings Opera-Bujang-Jerangkung (playsafe) sudah cukup menghangatkan suasana majlis yang sememangnya sedia hangat dek kipas dewan tidak dipasang atas alasan takut dekorasi berterbangan (apa daa~).

Ok, sebelum Deaf-Angel bertanya, ada sedikit sneak-peek video persembahan yang dicilok daripada Facebook Azrol.


Sila abaikan rambut rebonding itu...

Aku tak ada gambar-gambar semasa kejadian, mungkin nanti akan cuba dapatkan daripada juru kamera rasmi kelab. Jika ada, akan tambah di bawah perenggan ini kelak. Rock on! \m/

_____
AADI: Pakai t-shirt ESP walaupun guna bass Ibanez.

Ksatria Merah


Dr. J D-59 Lancelot merupakan pedal distortion jenis klasik (bukan metallic) diperolehi daripada Amplitude Music minggu lepas bersama-sama D-53 Sparrow, dengan diskaun akhir tahun sebanyak *62%.


Aku tak pasti kenapa ia dipanggil Lancelot, setahu aku Lancelot ini seorang daripada ksatria meja bulat King Arthur. Bunyi distortionnya adalah dalam julat Boss DS-1, Vox Satchurator dan Joyo Crunch Distortion sebagai perbandingan.


*Mungkin sebab tombol MORE ini pecah ia berdiskaun 62% berbanding 50% pada pedal-pedal Dr. J lain. Fungsi bonus pada pedal ini ialah fungsi BOOST/MORE/STRONGER yang boleh ditentukan kedudukannya dengan suis mini, sama ada sebelum distortion (more gain) atau selepas distortion (more volume).


Memiliki tiga tombol TONE, GAIN dan OUTPUT sama seperti distortion klasik yang lain. Suis mini diatas tombol OUTPUT adalah untuk memilih jenis clipping sama ada MOSFET atau DIODE. Tak pasti arah mana satu MOSFET/DIODE, tapi sebelah kiri outputnya lebih kuat dengan distortion lebih fokus kepada MID frequency, manakala sebelah kanan pula kurang output, gain lebih berpasir, dan EQ yang agak scooped.


Isi perut sama seperti Sparrow, kemas dan cukup untuk memuatkan sebiji bateri 9V yang hanya dilapik dengan sekeping lapisan plastik supaya tidak bersentuhan dengan papan litar.


Walaupun dikategorikan sebagai distortion jenis klasik, tapi ia cukup keras untuk memainkan lagu-lagu bergenre NWOBHM dan early thrash metal. Juga boleh digunakan sebagai pedal booster sahaja (distortion off) untuk pedal distortion lain. Sesuai untuk menaikkan ego dengan volume yang lebih kuat berbanding gitaris yang lain secara tiba-tiba.

Akan dijadikan sebagai pedal backup semasa jamming atau gig. Atau mungkin juga diintegrasikan dalam pedalboard/gigrig sebagai booster.

_____
AADI: Satu lagi pedal Dr. J dalam perjalanan.

DragonForce - Inhuman Rampage


Setelah teracun dengan muzik DragonForce melalui CD/DVD In The Line Of Fire... Larger Than Live, aku mula mencari rilisan mereka dalam katalog estock musicMagpie. Terjumpa album studio ketiga mereka Inhuman Rampage dengan harga tersenyum £2.45+1.50 (RM23.58).


Aku kenal nama DragonForce melalui album Ultra Beatdown dan bukannya album ini. Tapi tak mengapa, mendengar album ini pun pasti akan menaikkan adrenalin kerana hampir kesemua lagu bertempo laju kecuali lagu terakhir yang agak ballad.


Album yang memperkenalkan dunia dengan lagu Through The Fire And Flames yang kult, lebih-lebih lagi kepada peminat Guitar Hero III: Legends Of Rock. Hype kerja gitar Li dan Totman memang gila-gila.


Dengan line-up lama ZP Theart (vokal), Dave Mackintosh (drums) dan Adrian Lambert (bass), aku lebih suka line-up terkini lebih-lebih lagi dengan karekter bassist Fred Leclercq.

Tak banyak yang aku dapat ulas, sebab akupun baru mengikuti DragonForce ni. Nanti kalau ada apa-apa rapuan terbaru untuk album ini, mungkin aku akan tambah di bawah perenggan ini.

_____
AADI: Membelek katalog Rock At Large pula.

Wordless Wednesday: Another Drain Cover




_____
AADI: Bigger!

IDK Dr. J Gig Rig


Sessi jamming persediaan untuk persembahan hujung minggu ini, yang diadakan pada petang Sabtu lepas bertukar menjadi sessi pandu uji, kerana Bob Kandar terpaksa tarik diri saat-saat akhir kerana ada urusan keluarga yang lebih penting.


Oh ya, *persembahan hujung minggu ini ialah untuk majlis makan malam (ala hari keluarga) dengan tema "Rock Nite". Kami menggunakan moniker Hepi;) dan bukan MUP kerana hanya bermain secara 3-piece, kebetulan aku, Bob dan Azrol merupakan sebahagian daripada "keluarga" tadi.

Seperti biasa, sessi sebegini dijadikan platform untuk mencuba barangan terbaru, contohnya gigrig bass terkini aku; Tommy (SR300) - WGV-601 wireless - MS-60B - Sparrow - PA system.


MS-60B hanya digunakan untuk fungsi compressor (M Comp), bass overdrive (Muff) dan noise gate (ZNR) sahaja, manakala fungsi preamp (dan DI) diambil alih oleh Sparrow. Kualiti bunyi Sparrow ini dapat menandingi VXL yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.

Setelah berpuas hati dengan prestasi Sparrow ini, maka GAS untuk mendapatkan Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion dapat diredakan.


Azrol pula memandu-uji Neon aku yang kini bernadi Sentient/Pegasus secara terus ke amp Vypyr 30. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pikap ini amat cemerlang dengan teknologi modeling, pemprosesan bunyi dan pedal distortion (Dr. J Lancelot). Ulasan Lancelot mungkin akan dibuat dalam entri berasingan.

*Diberi slot persembahan selama 15 minit, cadangan setlist yang pendek, Enter Sandman (instrumental) untuk sessi soundcheck pembuka majlis dan medley Wings klasik (Opera Hidup, Bujang Senang, Jerangkung Dalam Almari), agak playsafe. Manakala Kabus dijadikan lagu encore (jika perlu).

_____
AADI: Nak cari rambut palsu lepas ni.

Ada Apa Dengan Ah Huat White Coffee? (Part 3)


Berlabel hijau, mengekalkan imej apek manga style dengan hype "Huat ah!" seperti label coklat untuk perisa original.


Kopi putih berperisa hazel nut, sebenarnya aku pernah buat entri untuk perisa ini dua tahun lepas. Tapi ketika itu tinnya masih menggunakan imej apek yang tidak menarik, dan seolah-olah disasarkan pada golongan masyarakat tertentu.

_____
AADI: Agak premium berbanding Nescafe, Pokka dan Wonda.

Burung Pipit


Pancingan pertama untuk jualan akhir tahun (YES) 2017 ialah dua buah pedal jenama Dr. J; D-53 Sparrow driver & DI for bass dan D-59 Lancelot distortion masing-masing dengan diskaun YES 50% dan 62%. Diperolehi daripada Amplitude Music (JL Guitars), rasanya sebelum ini aku belum pernah lagi bertransaksi dengan Amplitude. Untuk entri ini aku akan fokus pada Sparrow sahaja, Lancelot akan dibuat entri berasingan kelak.


Setelah menyesal menjual Hartke VXL (Bass Attack ver. 1) dua tahun lepas, pedal jenis preamp/driver/DI untuk bass antara yang termasuk dalam senarai GAS tahunan. Tahun ini ingin mensasarkan sama ada Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion. Manakala MXR M80, Tech21 SansAmp dan Eden WTDI seperti dalam entri ini terkeluar senarai kerana harga yang premium.


Sparrow pula tersenarai sebagai #3, alternatif sekiranya kedua-dua pedal Hartke dan EHX tadi tidak mampu dapat diperolehi. Dan disebabkan diskaun 50% YES tadi, Sparrow melonjak menjadi #1 kerana berbaloi per harga, yang kini semurah pedal-pedal Joyo biasa (Dr. J merupakan pedal boutique keluaran Joyo).


Tiada fungsi tambahan yang fancy seperti attenuation/pad, phantom power atau parallel output, cuma ada fungsi asas DI seperti XLR (balanced) output dan suis ground lift. Dan sebagai unit DI spesifik untuk bass, aku rasa fungsi-fungsi asas ini sudah mencukupi, selebihnya Samson S-Direct ada sebagai backup.


Boleh guna sama ada bateri 9V atau adapter standard 9V, no phantom as mentioned earlier. Bateri agak leceh, kena buka empat skru. Ruang agak terhad hanya sekeping plastik melindung papan litar daripada bersentuhan dengan bateri, lagipun pedal ni kecil, dimensi cuma 3.5" x 3" x ~2". Untuk jangka masa panjang, adapter merupakan pilihan terbaik.

Pedal preamp/drive/DI untuk bass sebegini ada banyak kegunaan. Dalam kes aku, ia akan digunakan sebagai amplifier maya untuk bass rig aku yang mana output XLRnya akan disambung terus ke FOH/PA system studio. Walaupun tidak se"umph" menggunakan amplifier khusus untuk bass, tapi tak ada rotan, akar pun jadilah...

Ulasan padat oleh Premier Guitar.

_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimum semasa sessi jamming petang ini.

Ada Apa Dengan Lipton Teh Halia?


Ikut pengalaman aku, teh tarik segera jenis 3-in-1 yang bagus dan sedap agak susah dijumpai berbanding kopi.


Tertarik untuk mencuba teh halia jenama Lipton. Sebelum ini kalau teh halia cuma pernah cuba jenis serbuk (halia) yang ditambah dalam teh tarik (atau O) yang dibancuh sendiri. Tapi kali ini lebih senang kerana kedua-dua sudah dipra-campurkan.

Rasa? Not bad, walaupun rasa halianya tidaklah sepedas yang dijangka, tapi bolehlah untuk teh jenis segera 3-in-1. Rasa teh jenama besar seperti Lipton atau Boh memang tidak dapat dinafikan, memang spot-on. Bolehlah untuk alternatif minuman pagi di pejabat tatkala bosan dengan kopi.

_____
AADI: Tiada efek halia (kalau faham) dikesan setakat ini.

Wordless Wednesday: Dr. J In The House




_____
AADI: Pancingan sulung YES 2017.

Duncanised Neon


Modifikasi yang telah dirancang lebih awal, Neon dibelanja dengan set Seymour Duncan progressive metal Sentient/Pegasus. Pegasus telah dimiliki sejak tahun lepas, masih belum memiliki perumah yang sesuai setelah keluar masuk Mirage dan Johnny. Manakala Sentient baru sahaja diperolehi minggu lepas, semata-mata untuk melengkapkan projek ini.


Pemasangan dilakukan Sabtu lepas, mengambil masa dalam setengah jam. Pendawaian gitar jenis superstrat lebih mudah kerana pikap-pikap hanya perlu dipateri pada terminal suis berbanding pada potentiometer seperti gitar-gitar Les Paul dan Explorer. Atau adakah aku yang semakin kompeten?


Seperti yang dijangkakan, pikap asal ESP designed LH-150 merupakan jenama G&B yang dilabel semula. LH-150 pikap yang bagus, output tinggi dan agak berbaloi untuk gitar-gitar LTD 200-series ke bawah. Tapi tentu ada sebab kenapa pikap seperti DiMarzio, Seymour Duncan, EMG, Tesla, Entwistle, dll menjadi pilihan, kan?


Routing kaviti pikap yang agak kemas, cuma cat shielding hitam agak sememeh sikit. Masih mengekalkan komponen asal kecuali kapasitor "Chiclets" yang telah diganti dengan Sprague Orange Drop 22nF, kebetulan ada beberapa unit benda ini dalam stok peribadi (tajaan Yustech GT, terima kasih).


Dirancang untuk menggunakan suis 5-arah Gotoh DM-50, dengan opsyen parallel dan split pada posisi 2 dan 4 untuk variasi tona. Tapi bila memikirkan fungsi gitar ini sebagai gitar pentas (seperti Calypso) yang sepatutnya seringkas yang mungkin, biarlah suis 3-arah asal digunakan.


Dalam kesempatan yang ada, bahagian headstock dilekatkan dengan sticker florescence hijau sebagai bindings DIY, sama tema dengan warna badannya. Aku pasti ia tak akan bertahan lama, kah kah kah...

Quick test, karekter bunyi Sentient agak PAF-ish dengan tambahan treble yang tinggi, kena laraskan sedikit tombol tone untuk mendapatkan signature sound "bulat" ala Dave Murray. Pegasus pula memang sesuai digunakan bersama-sama teknologi amp modelling, disebabkan outputnya yang medium, setiap respon picking terasa jelas. Akan dipandu-uji seoptimumnya pada sessi jamming akan datang.

_____
AADI: Tapi LTD tak akan menjadi ESP/E-II/Edwards.

Moody Monday: Selamat Hari Pocky


Baru tau yang Sabtu lepas 11/11/2017 merupakan Hari Pocky (selain online revolution Lazada).


Kebetulan aku ada beberapa kotak stok Pocky, jadi apa salahnya dibuatkan entri moody untuk hari ini. "Gaya jantan gedik sebenar..." - hype seperti entri perisa green tea dua tahun lepas.

_____
AADI: #pockyday2017

Sentient Pickup?


Apabila model ini muncul kembali dalam pasaran, maka pembeliannya tidak dapat dielakkan kerana telah terGAS sejak tahun lepas. Sebuah pikap Seymour Duncan generasi baru untuk posisi neck - Sentient.


"Whether run clean or through the filthiest of high gain channels, the 6-string Sentient neck offers the articulation demanded by modern metal players." - hype website Seymour Duncan.


Diperolehi daripada Kakis Store melalui perantaraan Facebook Jamtank, tempat yang sama aku memperolehi pikap-pikap Seymour Duncan sebelum ini; Pegasus dan Invader.


Pastinya akan digandingkan dengan model Pegasus yang baru sahaja dikeluarkan daripada Johnny minggu lepas. Sebagai sebuah set progressive metal, ia dirancang akan dipasang pada Neon yang kini menjadi gitar pentas utama aku.

Selamat 111117.

_____
Ada apa: Invader mungkin akan menjadi mangsa GLTL.

Ada Apa Dengan Nestum Cereal Milk?


Mungkin ini produk terbaru Nestle, sebab aku tak pernah tengok sebelum ini. Minuman bijirin Nestum dalam format yang sama seperti Nescafe Smoovlatte (isipadu dan harga).


Rasanya memang rasa Nestum yang selalu kita makan/minum, ia sebenarnya susu dengan pepejal terampai (suspended solids) bijirin yang banyak. Disebabkan itu, ia sedikit mengenyangkan selepas diminum, comfort drinks macam soya V-Soy?

Amat sesuai untuk minuman pagi (sarapan) on-the-go, walaupun sebenarnya lebih sedap dihidang sejuk. Juga sesuai untuk minuman penghilang dahaga dan lapar ketika pemanduan jarak jauh.

_____
AADI: Alternatif untuk Milo.

Wordless Wednesday: Mark III Versus Mark V




_____
AADI: Mark IV?

King Diamond - The Graveyard


Sebelum ini aku ingatkan album The Graveyard rilisan 2000an selepas album House Of God, rupa-rupanya ia jauh lebih awal iaitu 1996, lebih awal daripada Voodoo. Nampak sangat aku kantoi di situ, kah kah kah...


Ini merupakan versi remastered 2009 oleh gitaris Andy La Rocque, diperolehi daripada Rock At Large beberapa minggu lepas bersama-sama Legacy Of Kings. Kalau versi asal, imej batu nisan salib tu lain sedikit. Tapi kenapa mesti digipak?


Aku tak pernah ada album The Graveyard sebelum ini, tapi beberapa lagu pernah dimiliki dalam bentuk MP3. Muziknya sudah ada lenggok seperti album Voodoo dan House Of God berbanding album-album sebelumnya Spider's Lullaby dan The Eye.


Konsep dan jalan cerita album ni tak perlulah aku ulas, anda boleh membacanya melalui Wikipedia. Tetapi gaya dan cara King Diamond menceritakannya melalui lagu memang epik. Begitu juga dengan muziknya yang melodik dan masih menyeramkan dalam masa yang sama.

_____
AADI: Next target, The Puppet Master.

Un-Pimped My Telecaster (Part 2)


Sekali lagi, Johnny dipasangkan semula dengan pikap asal HBJ5(N/B)-DB. Set hibrid DiMarzio Evolution dan Seymour Duncan Pegasus sebelum ini dikeluarkan untuk projek akan datang. Masih mengekalkan konfigurasi pot 1 VOLUME + 1 TONE, tanpa push-pull.


Selain itu sticker silver carbon fibre pada pickguard logam juga dibuka (selalu sangat terkopek) untuk menyerlahkan kembali "mirror finished" yang menjadi trademark signature Telecaster John 5 ini. Tak lupa juga dibelanja dengan set tali gitar baru SIT 9-42 dan ditala pada talaan standard.

_____
AADI: Dah lama tak main standard.

Zoom Expression


Benda yang dipesan melalui Gapnap sepatutnya sampai Jumaat minggu lepas (sebelum Gig Terjun), tapi sampai Isnin berikutnya atas sebab-sebab syarikat penghantar dah tak berapa laju.


Zoom FP02M expression pedal, M untuk metal, ya casisnya diperbuat daripada logam, sedikit tahan lasak berbanding model lama FP02 daripada plastik.


Menggunakan kabel patch stereo (TRS) untuk sambungan kepada apa-apa peranti yang serasi dengan pedal ini. Dalam kes aku, ia akan digunakan bersama-sama Digitech RP360.


Digunakan sebagai pedal ekspresi (duh~) untuk mengawal parameter yang telah diset pada setiap patch. Selain mengawal VOLUME output, ia juga boleh diset untuk mengawal GAIN distortion/drive, nilai MODULATIONS/DELAY/REVERB dan dijadikan sebagai pedal WAH.


Jenguk isi perut, hanya mekanisme ringkas. Aku rasa gear tu disambung kepada potentiometer jenis optikal berbanding mekanikal.

Kelebihan - murah berbanding pedal ekspresi jenama lain yang kebanyakkannya melebihi RM300.

Kelemahan - potentiometer yang digunakan adalah jenis log dan bukannya linear. Jadi nilai parameter yang dikawal agak melonjak dan tidak sekata/linear. Mungkin ada setting dalaman kot?

_____
AADI: Kalaulah dapat guna dengan Zoom MS-50G kan bagus.

HammerFall - Legacy Of Kings


Kebelakangan ini jadi trend untuk mendapatkan album-album HammerFall melalui Rock At Large, contohnya (r)Evolution dan Built To Last. Kali ini album studio kedua mereka Legacy Of Kings menjadi pilihan, diperolehi beberapa minggu lepas bersama-sama The Graveyard.


Jika album pertama Glory To The Brave (aku cuma ada versi AsiaLink) memperkenalkan HammerFall, album kedua ini pula mematerikan nama mereka dalam persada muzik metal antarabangsa - a new force to be reckoned with.


Aku kategorikan super album kerana hampir semua lagu-lagu best, termasuk lagu Back To Back (Pretty Maid cover) yang juga dimuatkan dalam kompilasi Masterpieces mereka. Lagu kegemaran dalam album ini pastinya Heading The Call, Legacy Of Kings, Let The Hammer Fall dan anthem At The End Of Rainbow.

Imej silhouettes tu teringat inlay The Final Frontier.
Album terakhir bersama-sama Patrick Raffling, selepas ini digantikan oleh Anders Johannson yang lebih popular.

Sekarang tinggal album Renegade dan Glory To The Brave saja lagi untuk melengkapkan diskografi album studio HammerFall aku. Lepas tu bolehlah cuba layan band power metal lain, kah kah kah...

_____
AADI: Teringin juga nak cover lagu HammerFall.

Wordless Wednesday: Micro Knife





_____
AADI: Peneman Ninja Wallet.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger