2018 yang...


Hari terakhir 2018 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) Jamming dan kugiran - Highlights untuk tahun 2018 pastinya sessi "jamming gergasi" Sarawak Rock & Mob yang julung-julung kali diadakan di Sarawak dan kedua di Malaysia selepas Perlis. Harap ia akan menjadi acara muzika tahunan Bintulu, jika diadakan di bandar lain (Kuching, Miri, Sibu, dll.) agak susah untuk turut serta.


Juga menyertai Mini Mob bersempena Majlis Konvokesyen IKM Bintulu. Format yang sama, cuma pada skala yang kecil... Dan pertama kali dianjurkan oleh IPTA di Malaysia.


MUP? Ada sedikit ketegangan line-up, mungkin disebabkan komitmen dengan band projek lain, selain aku yang hiatus panjang kerana cuti paternity. Masih ada persembahan awam walaupun tidak serancak sebelumnya, MUP dah tak laku... Hanya ada satu persembahan awam rasmi, iaitu semasa Bintulu Gig Empire, bersempena Bintulu Bike Week 2018.

Featuring Asri Copkids and Jawank.
Yang tidak rasmi (MUP & friends) ada semasa Gig Santai Rock & Mob dan Mini Mob IKM & Friends.

Featuring Bro Asri, Bro Ijam dan Azroy.
Naga menangis di IKM Bintulu.
Berkenalan dengan seorang kenalan FB Jamtank yang baru berpindah ke Bintulu atas urusan kerjaya - Bro Jawank, gitaris yang hebat dan kadang-kadang menjadi seasonist untuk MUP. Harapnya tahun depan kurang sibuk, boleh ajak join gig lagi.

2) Kegitaran - Dua buah gitar diperolehi tahun ini - Epiphone Les Paul Nightfall (Nightfall) dan bass BC Rich Warlock PFG Signature 5 (Francesco), menjadikan koleksi dalam axology aku bertambah menjadi sembilan(!) kouta empat dah lama bubar, kah kah kah...



Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - GT-1, MS-70CDR #2, LT-Metal dan GCB95. Amp? Kabinet HT-112 dan Micro Terror #2.


Banyak juga yang berjaya dilepaskan untuk GLTL, antaranya; Johnny, Lancelot, Sparrow, Pod HD300, Vypyr 30, Fly 3 UJ, Fly 3 Bass, PB-Mini, MT-2 #2 dan DD-3.


A post shared by Ijau D. Koceng (@kucinghijau) on

3) Guitar techie - Seperti tahun lepas, tahun ini juga didatangi oleh rakan-rakan dan rakan kepada rakan yang menghantar gitar mereka kepada aku untuk diservis tukar pikap, pendawaian semula, cuci dan tengok-tengok apa yang patut. Antaranya - RG331M, 50's Strat replica, Warnell HSS, GSR copy, X-11, RG7321 dan RG331M sekali lagi.


Untuk gitar peribadi, masih bermain-main dengan pikap; Neon - DiMarzio Evolution/D-Activator, Korina - EMG 81/85, Goldie - Tesla Plasma-X1.


4) CD/DVD - Masih berlangsung, kebanyakkannya daripada Rock At Large, Inverno Music Station dan Radin Music. Aku ingatkan dah surut, tapi bila belek-belek entri lama, nah! Prima Domestika, TBOS: Live Chapter, The Puppet Master, Renegade, Vengeance Falls, Abigail II, The Redemption Of William Black, Maximum Overload, Silence In The Snow, Repentless, Crush, Halo Of Blood, A Sense Of Purpose, Immortalized dan Happenstance. Ada juga CD yang belum dibuatkan entri iaitu Medicine, Plagues Of Babylon, Painkiller dan Redeemer Of Souls.


5) PS4 gamer - Memang tiada aktiviti gaming untuk tahun ini, konsol yang adapun dah berdebu. Faktor utama ialah masa, banyak masa diluangkan untuk menguruskan anak-anak. Nak jual rasa sayang pula, biarkan saja jadi pemain cakera Blu-ray.


6) Peribadi - Aku dah jarang cerita pasal perkara peribadi dalam AADI, tapi yang paling menggembirakan tahun ini ialah ketika menyambut kelahiran puteraku pada 7/8/2018 (yang aku gelar sebagai Arlo untuk gantinama dalam AADI).

Serius, bila dah anak tiga (Lil'Ijau, Ijau Junior, Arlo), hampir tiada masa untuk berhobi dan menghadap PC untuk berblog. Tahun depan (lusa) Lil dah darjah satu, Junior yang ASD pula masuk taska, makin padat jadual harian...

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2019 menjadi tahun yang ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian kita semua.

_____
AADI: Rehat~

Ada Apa Dengan Nescafe Cold Brew Black?


Perisa kedua Cold Brew yang dijumpai selepas latte, setakat ini hanya dijumpai dijual di Kedai Mesra Petronas. Belum lagi terjumpa dijual di pasar raya atau kedai runcit biasa.


Aku menjangkakan rasanya seperti Nescafe black ice (tin label putih/perak) iaitu rasa kopi O trademark Nescafe, tapi jauh meleset kerana ada sedikit rasa eksotik seperti karamel atau madu, dan hype "kurang manis" membuatkannya sedikit sukar untuk diterima tekak aku.

_____
AADI: Dibru sejuk?

Wordless Wednesday: Birthday Comes Early (Part 3)




_____
AADI: Quality tools.

Duncanised Nuing's RG331M


Mulanya RG331M ini dihantar Nuing untuk servis sebelum cuti sekolah (dan bakal diambil selepas cuti) dengan menggunakan klausa "Dan aku memberi jaminan kalau ada masalah, boleh bawa semula untuk pembetulan" seperti dalam entri ini.


Juga untuk dipasangkan set tali baru Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) yang dibekalkan sendiri oleh Nuing. Bungkusan Ernie Ball ni nampak lain sedikit, lebih metalik, mungkinkah batch baru?


Selepas diperiksa, masalah utamanya ialah suis 3-arah yang rosak penangan oksidasi dan bukannya masalah pendawaian. Dipasangkan dengan suis baru Proline Alpha yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, masalah selesai.


Ketika inilah Nuing teracun pula dengan set progressive metal Seymour Duncan (Sentient/Pegasus) aku, walaupun dipromot dengan jualan akhir tahun jenama DiMarzio.


Setelah rundingan dan persetujuan kedua-dua pihak, ia ditukar (trade) dengan set classic rock DiMarzio (PAF 36th/Super Distortion) yang dipasang bulan Mac lepas, dengan tambahan sedikit tunai. Sememangnya aku "rindukan" set classic rock ini, kini kembali pulang ke pangkuan...


Seperti yang dijangka, karekteristik Sentient/Pegasus ini agak nyaring (bright) pada gitar superstrat berkayu basswood (pernah dipasang pada Neon), berbanding kelam/tebal (dark/fat) pada gitar singlecut berkayu mahogany (pernah dipasang pada Goldie dan Nightfall). Mitos tona-kayu sememangnya benar...


Nightfall yang sebelum ini menjadi perumah Sentient/Pegasus kini dipasang semula dengan pikap asal iaitu set EMG-HZ H4/H4A yang baru saja dikeluarkan daripada Goldie minggu lepas.

Biasanya untuk perenggan terakhir ni aku hilang/kehabisan idea... Dengan perolehan semula classic rock set tadi, teringin memasangnya kembali pada Goldie, dilema.

_____
AADI: Tidak lagi memiliki gitar berpikap Seymour Duncan.

Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 4)




_____
AADI: Itu bukan vibrator/dildo ya~

Richter Heafy


Satu-satunya perolehan bersempena Black Friday untuk tahun ini. Bungkusan dari Jerman yang berisi strap gitar daripada Richter Strap, spesifik model Matt Heafy signature #1517MKH. Mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk sampai.


Diperolehi menerusi website Richter Strap dengan diskaun 15% bersempena Black Friday dan yang penting pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25). Tanpa kedua-dua diskaun dan pengeposan percuma tadi mungkin aku tidak tergerak hati untuk memesannya. Harga? Dengan diskaun tadi, harganya murah sedikit berbanding harga pasaran strap Mono Betty.


Material utamanya ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium dan initial MKH. Lebarnya 6 cm dan panjang maksimum sehingga 145 cm, cukup panjang untuk pakai ala londeh.


Ada lagi beberapa strap Richter signature yang menarik, tapi harganya agak premium. Model mampu milik lain yang tewas ialah #1440MKH, #1502PG (Paolo Gregoletto) dan #1566-#1568 (Motörhead).


Ia lebih menyerlah jika dipakai bersama-sama gitar Les Paul berbanding gitar lain. MKH merupakan artis Epiphone, sudah pasti ia afdal dipakai bersama-sama Goldie atau Nightfall.


Strap kulit begini lebih kepada estatika/kosmetik berbanding ergonomik. Tapi ada satu perasaan yang pelik (maybe prestige) bila menggalas gitar dengan strap kulit berbanding material lain.

Tapi pastikan ada mekanisma pengunci tambahan untuk strap anda (strap-lock). Strap mahal pun tak guna kalau terlepas daripada strap button dan gitar anda menjunam mencium lantai, aku pernah melaluinya...

_____
AADI: Bercadang untuk buat strap sendiri.

Teslarised Goldie


Ya, pastinya set pikap Tesla Plasma-X1 chrome yang diperolehi beberapa hari lepas dipasang pada Goldie. Setelah beberapa kali bertukar-tukar pasangan pikap, ironinya Goldie kembali full-circle menggunakan jenama Tesla.


Antara faktor utama pemilihan Plasma-X1 chrome ialah *penampilan dan nilai estatika, sesuai dengan tema chrome hardware yang lain. Kalau aku cerita faktor tona pula, biasanya temberang saja yang lebih, kah kah kah... Set EMG-HZ H4/H4-A sebelum ini disimpan dalam arkib.


Kali ini aku memilih pendawaian jenis 50's untuk sedikit kelainan berbanding pendawaian moden. Menggunakan potentiometer CTS Allparts 500k dan kapasitor Roederstein 22nF yang ada dalam stok.

Tajaan YusTech.
Kapasitor panjang sebegini lebih sesuai untuk pendawaian 50's berbanding Sprague Orange Drop. Dibiarkan secara full humbucker, tiada opsyen push-pull untuk coil-split atau series/parallel yang leceh untuk dipateri.

Nampak lebih menyerlah bila dibuka pickguard.
Juga dibelanja dengan set tali baru D'Addario EXL115 (11-49) dan ditala pada talaan Eb-standard (atau drop-C# jika perlu). Gitar yang jarang digunakan biasanya hanya bertukar tali setahun sekali.

Sekali-sekala Goldie patut diberi peluang beraksi semasa persembahan awam kan? Kalau ada Sarawak Rock'n Mob tahun depan, mungkin boleh dipertimbangkan...

_____
AADI: *Mulanya ingin memasang set Entwistle Dark Star.

Wordless Wednesday: Tommy Oliver



#ggpr
_____
AADI: Ada saiz gergasi 5XL.

Ada Sesuatu Daripada SV Guitars (Part 2)


Bungkusan dari Kota Singa ini datang serentak dengan bungkusan dari Hong Kong dalam entri semalam. Ini merupakan kali kedua berurusan dengan SV Guitars, kali pertama tujuh tahun lepas. Berisi pikap jenama Tesla, ya pikap gitar lagi...


Juga pembelian impulsif selepas terGAS untuk mendapatkan semula pikap jenama Tesla seperti yang ditaip dalam entri minggu lepas. Dan kebetulan ada diskaun 50% untuk pikap jenama Tesla, terus memesan dua unit Plasma-X1 chrome, masing-masing untuk posisi neck dan bridge.


Selepas Ashportal dan Hashtag Music, tiada lagi yang menyambung legasi mereka membawa masuk jenama Tesla ini ke Malaysia. Opsyen terdekat ialah SV Guitar yang merupakan pengedar rasmi di Singapura.

Tiada vibration damper percuma untuk batch kali ini
Kredit kepada Mike dan SV Team untuk urus niaga yang lancar, hanya mengambil masa lima hari untuk sampai ke Bintulu selepas pembayaran.

Ya, jenama Tesla masih wujud, cuma website sudah tidak global (.com) sebaliknya kembali ke Korea (.co.kr).

_____
AADI: Sudah pasti akan dipasang pada Goldie.

Sepasang Bintang Gelap Zebra


Kalau ikut rekod, ini merupakan pembelian sulung eBay untuk tahun ini. Kali terakhir ber-eBay adalah bulan September tahun lepas iaitu CD Inhuman Rampage. Masalah dengan musicMagpie/estock sedikit sebanyak menghilangkan mood untuk ber-eBay (Bert pastinya tahu).


Bungkusan dari Hong Kong berisi set pikap Entwistle Dark Star zebra, ia merupakan pembelian impulsif, walaupun sebenarnya sudah berada dalam senarai lihat (watch list) sejak tahun lepas. Disertakan sekali dengan pickup ring untuk gitar jenis archtop (Les Paul).

Kod warna wayar ikut Seymour Duncan.
Entwistle memang terkenal dengan harga yang ekonomi berbanding jenama besar lain. Harga sepasang Dark Star ini lebih kurang harga seunit Dark Star jika dipesan dari seller UK. Mungkinkah ia unit bulk untuk third party builder? Harapnya bukan pikap rebranding lah~


Sedikit demo ohsem oleh tech-blogger kita iaitu Bro Yus of Yustech. Serius bro, aku sampai sekarang masih terkial-kial main lick intro lagu Holy Wars tu. Persoalannya, gitar manakah yang bakal menjadi perumah eksperimentasi set pikap ini?

_____
AADI: Atau jual semula.

Micro Tangerine Reloaded


Pembelian yang bukannya disebabkan jualan akhir tahun (YES) ataupun Black Friday, kerana tiada diskaun hujung tahun untuk produk Orange di Malaysia.


Berisi amp head Orange Micro Terror, diperolehi melalui Gapnap berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan beberapa pedal stompbox yang tidak diperlukan.


Diperolehi untuk projek komuniti yang akan datang, selain koleksi untuk kepuasan diri. Sekarang ini lebih relevan membelanjakan dana-dana GLTL untuk amp berbanding pedal.

Perbandingan saiz.
Pernah memilikinya sekitar tahun 2014, tetapi tahun berikutnya ditukar (trade) dengan set EMG 81/60 dengan seorang kenalan dari Labuan. Walaupun pernah terGAS dengan versi Micro Dark, tetapi harganya yang kurang munasabah membuatkan aku kembali *memilih Micro Terror.

Versi 2014.
Versi baru ini ada sedikit perbezaan, selain kotak yang berbeza grafik, perbezaan utama ialah impedens output minimum speakernya 8 ohm berbanding 4 ohm pada versi lama.

"A 4 Ohm load can be connected but may cause the amplifier to overheat if used for prolonged periods at high volumes. In this case the amp should be switched off and allowed to cool."
- Hype daripada website Orange.
Versi 2014.
Bakal digandingkan dengan kabinet Vox V110NT (10") atau Blackstar HT-112 (12"), kedua-duanya berimpedens 16 ohm. Dan jika ingin full-blast, mungkin aku boleh gabungkan kedua-dua kabinet tadi secara selari (parallel) supaya impedensnya 8 ohm - projek DIY akan datang.


Pembelian sampingan merupakan dua unit tali gitar Ernie Ball dan Dunlop bersaiz 10-52. Ironinya kedua-dua jenama ini antara jenama yang... Tapi tak mengapa (parap-parap) sebab jenama-jenama ini sahaja yang ada saiz 10-52 ketika proses pembelian berlangsung.

*Vox MV50 AC juga antara calon yang kecundang.

_____
AADI: Atau kalau ada bajet lebih, mensasarkan kabinet PPC108.

Throwback Thursday: Tesla Pickups


Masih ingat dengan pikap jenama Tesla?

AH-1 set.
Plasma-2 gold set & VR-Extreme.
Plasma-1 & VR-1.
Plasma-7.
Plasma-X1 zebra set.
Plasma-RS1 set.
Antara jenama yang menjadi bahan eksperimen trial-and-error belajar proses pematerian pikap gitar. Ironinya, tiada satupun model yang masih melekat pada gitar-gitar aku. Kesemuanya telah di-GLTL-kan untuk mengejar jenama lain.

Mungkin akan cuba mendapatkannya semula...

_____
AADI: Recommended by The Guitar Addict.

Ada Apa Dengan Nescafe Cold Brew Latte?


Terjumpa perisa yang ini pula, aku tak pasti sama ada ia edisi terhad (tiada ditulis) seperti perisa flat white, ataupun hanya perisa latte biasa (label crème) yang diberi wajah baru.


Reka bentuk label yang agak retro, tapi rasanya lebih kurang Nescafe latte biasa. Itupun aku tak dapat nak pastikan 100% sebab waktu aku minum ni hidung masih selesema, deria ada kureng sikit.

_____
AADI: Nanti cuba lagi.

Santana Korina


Terapi hujung minggu, Korina dibelanja dengan GHS Big Core Santana BCM (11.5-56). Sebelum ini ia dipasang dengan GHS PRDM (10-52) pada bulan Mac lepas.


Sebagai rujukan peribadi, saiz sekitar 11-49/10-52 merupakan saiz yang optimum untuk gitar-gitar berskala 24.75". Jika menggunakan saiz 10-46 dan ke bawah tiga tali terbawah terasa terlalu lembut/longgar untuk talaan yang selalu digunakan (Eb-standard/drop-C#).

_____
AADI: Selamat berbulan Disember.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (78) 58 explorer (20) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (23) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (146) amplitude music (3) amplug (4) andy james (3) angker (2) anime (51) anniversary (80) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (128) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (62) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (14) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (280) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (25) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (57) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) boss (60) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (56) bumi putra rockers (3) bundaberg (14) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (61) children of bodom (21) ck music (55) cog (7) coke (5) coklat (4) cola (4) compilation (63) conception (2) console games (10) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (38) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (41) digitech (21) dimarzio (44) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (71) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (25) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (24) emo (205) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (120) erectus (5) ernie ball (22) esp/ltd (166) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (14) family (47) fear factory (3) fender (16) filler entry (48) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (2) fotografi (30) fozzy (1) fund-snatcher (14) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (14) gax010ltd (9) geeksup (2) ghs (25) gibson (16) gig (91) gigrig (12) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (6) green tea (17) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (10) guitar parts (66) guitar service (32) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (28) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (196) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (67) imitation (3) in flames (4) instagram (19) inverno (19) iron maiden (143) irt-pulse (4) isolated gig (3) isu semasa (240) j5 (13) jackson (37) jamming (138) jamtank (30) jepak (9) jim dunlop (60) joe satriani (14) jotb (13) joyo (20) jr (10) js music (3) js32 king v (4) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (290) kazanna (1) kempen (34) kerja (73) kerly (2) kesihatan (40) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (24) kkdn (6) koleksi (299) konsert (90) kopi (27) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (33) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (3) laney (27) larrong (4) lawas (4) lazada (18) lefthanded (5) lemon tea (12) letgo (46) lil (32) limbang (5) limited edition (32) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (84) m-50fr (21) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (372) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (2) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (58) melaka (13) membakut (44) memori (326) mercyful fate (11) metallica (78) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (11) mooer (1) motorhead (9) movie (55) mr diy (2) mrs (59) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (121) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (36) new album (28) new gear (187) newsted (3) nightfall (8) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (8) nogas (3) nonsense (83) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (25) nylon maiden (2) of string (19) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (34) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (306) pedaltrain (13) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (7) phones (12) pic of the day (57) pick (60) pickup swap (60) pickups (136) planet waves (12) playstation (10) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (5) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (3) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (46) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (71) ramli sarip (2) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (67) revamp (2) rex (1) rg331m (9) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (31) shopee (9) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (6) silvia (10) singapore (51) single/ep (7) sipitang (1) sit (7) skull strings (2) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (55) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (1) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (31) stagg (12) star wars (14) stewmac (6) sticker (6) strap (16) street jam (2) strings (116) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (12) super album (94) superlux (3) susu (3) sv guitars (3) swee lee (4) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (44) tahi suci (6) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (32) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (13) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (4) tour de brunei (44) toys (6) trade (20) transformers (4) travel (123) tribute (42) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (299) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (4) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (111) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger