Ada Apa Dengan Fallout 76?


Sejak sehari yang lepas apabila semua platform media sosial Bethesda Softworks mula menampilkan imej "Please Stand By", akhirnya kita disajikan dengan trailer rasmi Fallout 76.



Seluruh komuniti Fallout di laman-laman sosial dan forum gempar dan berbelah bagi dengan pengumuman ini. Kenapa ia dinamakan Fallout 76 (merujuk kepada Vault 76) dan bukan Fallout 5? Adakah ia game prekuel kepada siri-siri Fallout sebelum ini, spin-off seperti Fallout Shelter atau bakal menjadi MMO?

Deja vu entri tiga tahun lepas. Info lanjut dan tarikh rilisan rasmi kena tunggu semasa E3 Showcase 10 Jun nanti.

_____
AADI: West Virginia?

Wordless Wednesday: Rebat GST?




_____
AADI: Aku anggap sebagai rebat.

Ada Apa Dengan Tong Garden, Popcorn Cheese?


Cuba mencari perisa dark chocolate untuk "diseludup" masuk sebagai bekalan menonton filem Solo: A Star Wars Story di AGC Bintulu malam semalam. Malangnya tidak ketemu, yang ada hanyalah perisa karamel dan keju.


Perisa karamel mejadi bekalan ke pawagam, manakala perisa keju ini dinikmati di rumah. Pada pendapat aku, popcorn dan keju bukanlah gabungan yang ideal, popcorn sepatutnya digabungkan dengan makanan manis ala nickname Android (kalau faham).


Ternyata perisa keju ini memiliki rasa yang agak lucu (funny taste?). Batch pertama yang masuk mulut seakan-akan ingin diluahkan semula. Tetapi atas dasar eksperimentasi (dan tidak membazir), ia ditelan jua. Jika anda dapat lali dengan rasa keju yang lucu tadi, dan bila rasa manis lebih mendominasi, lama-kelamaan tanpa disedari, sebungkus ini habis jua akhirnya.

_____
AADI: Tidak berani untuk mencuba perisa rumpai laut (seaweed).

Nylon Maiden Vs The Iron Maidens


Bila dua gitaris idola anda dari genre yang berbeza bergabung, meletop!




Masing-masing menggunakan gitar signature mereka Ortega TZSM dan Ibanez JIVA10. Katanya sessi ini adalah secara spontan tanpa sebarang rehearsal. Jelas ketara keriangan pada wajah mereka, kah kah kah... I know that feelings, bila jumpa geng sekepala jamming lagu Maiden.

_____
AADI: Pemangkin belajar versi akustik, keluarkan semula Celeb.

Wordless Wednesday: Dark Night (Part 2)




_____
AADI: Sekali lagi, malam yang kelam.

Karamel Dan Halia


Lebih tiga tahun AADI tiada entri Bundaberg. Harganya sekitar RM5.xx sebotol merupakan faktor utama untuk tidak membelinya. Tapi bulan puasa ini teringin pula bersungkei (iftar/buka puasa) dengan Bundaberg. Dan bernasib baik kebetulan di pasar raya F perisa bir halia (ginger beer) dilelong pada harga *RM1.50 sebotol kerana sudah dekat tarikh luput.


Popcorm karamel Tong Garden pula kes tak sempat beli popcorn semasa menonton Deadpool 2 di Ashtar Galactic Cinema malam sebelumnya. Rasa karamelnya memang spot-on seperti popcorn yang selalu dijual di pawagam. Harganya sekitar RM3.xx sebungkus (separuh daripadanya berisi oksigen, seperti biasa) walaupun premium tapi masih murah berbanding harga popcorm pawagam.

Mungkin akan menyeludup masuk popcorn Tong Garden ke dalam pawagam untuk filem seterusnya, hehehe...

_____
AADI: *Perisa lain masih pada harga biasa.

PRDM So-Cal


Kali terakhir ia dipasang tali baru lebih dua tahun lepas dengan jenama Curt Mangan (9-42), kemudian dipasang dengan tali kitar semula D'Addario EXL120 (9-42) yang dikeluarkan daripada ex-Johnny sekitar November tahun lepas.


Malam tadi ia dipasang dengan GHS Progressives PRDM Dave Mustaine ex-signature (10-52) yang juga merupakan unit terakhir daripada lima yang diperolehi melalui Strings By Mail tahun lepas.

Ditala pada talaan C-standard kerana malas nak melaras spring tremolo di belakang yang sebelum ini serasi dengan saiz 9-42 pada talaan E-standard. Mungkin akan ditala D-standard atau drop-C# pada masa akan datang mengikut keperluan.

Sudah terbiasa memasang secara songsang untuk gitar-gitar yang memiliki sistem Floyd Rose. Selain malas memotong ball-end, kaedah sebegini juga dapat mengelakkan kecederaan terkena hujung tali yang tajam pada machine head.

_____
AADI: Dean Markley LTHB, opsyen 10-52 yang lebih ekonomi.

Salam Ramadhan 1439H


Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan...


Beberapa hari AADI tiada entri, bukan tak ada idea, idea tu ada (King Diamond, Blaze Bayley, gitar baru), cuma masa mengadap komputer untuk perkara-perkara peribadi semakin berkurangan kebelakangan ini. Seperti biasa alasan utama ialah kerjaya dan keluarga.

Walau bagaimanapun, AADI mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Ada masa nanti pastinya akan ada entri-entri bertag Ramadhan special.

_____
AADI: Teringin nak sungkei Bundaberg.

For All - Roy Khan


Semasa menonton beberapa video klip persembahan live Kamelot bersempena album terbaru mereka The Shadow Theory di YouTube, disarankan pula dengan video ini:



Daripada komen, ramai yang beranggapan ini adalah April Fool, kerana video ini dimuat naik pada 1 April yang lepas, tetapi selepas ditanya pak Google, ya, he's back!

Walaupun liriknya agak ketuhanan, tapi mendengar kembali suara Roy Khan yang mendayu-dayu selepas tujuh tahun meninggalkan Kamelot, hati kecil aku berkata "Yes!".

_____
AADI: Akan kembali bersama Conception.

Flashback Friday: A Doctor (Back) In The House


Ketepikan faktor politik dan cerita PRU14, AADI akan cuba neutral dan sebolehnya tidak akan bercerita mengenai politik. Tapi secara profesionalnya, beliaulah boss besar aku sekarang.


Ironinya, buku ini walaupun sudah berusia tujuh tahun(?) dalam simpanan, tapi sampai sekarang ia belum habis dibaca. Nampak sangat aku ini jenis malas membaca (kantoi).

Juga pernah terjumpa buku ini (versi soft cover) dijual dengan harga RM50++ di sebuah kedai buku di Bintulu Times Square.

_____
AADI: Sejahtera Malaysia.

Wordless Wednesday: Dark Avengers (Part 2)




_____
AADI: Sekali lagi, Batman lompat parti. Selamat mengundi.

Jatuh Malam


Ada beberapa gitar dalam *stok Dead Eye Guitars dilelong untuk menghabiskan stok lama yang tak terjual dan yang berkategori B-stock. Satu daripadanya ialah Epiphone Les Paul Nightfall ini.


Menurut DEG, gitar ini telah tergantung dan tidak terjual sejak 2011, mungkin disebabkan langsung tiada entri dalam blog DEG (kalau adapun cuma model Midnight Vine) membuatkan orang tidak tahu kewujudannya.

Ritual pertama dilakukan selepas membuka kotak ialah memeriksa kerosakan atau kecacatan pada gitar. Nah! Ada dua lekukan (dents) pada bahagian belakang berdekatan dengan kaviti spring tremolo. Selepas disiasat ia merupakan kesan daripada hentakan tremolo bar atau strap lock yang ada di belakang gitar bersama-sama manual dan aksesori lain semasa dalam kotak.


Kalau dulu-dulu (macam kes ini dan ini), memang ada rasa nak menangis kalau ada kerosakan sebegini terjadi semasa proses penghantaran. Sekarang agak berserah dan bersahaja, lagipun gitar ini B-stock dan lekuk tadi berada di belakang, tempat yang selalu kena tali pinggang.


Aksesori yang datang sekali, tremolo arm, strap lock jenama Epiphone (culprit), manual, poster dan sticker Epiphone. Disertakan juga tiga bungkus tali gitar D'Addario, satu unit untuk menggantikan tali yang dah karat pada gitar ini, dua unit adalah "hutang" daripada transaksi lama.


Fizikalnya tipikal seperti Les Paul Studio Goth, tetapi dengan tambahan sistem Floyd Rose Special dan pikap EMG-HZ (H4/H4A). Agak berat sedikit (4.2 kg) berbanding Goldie (4.0 kg). Keseluruhan gitar ini adalah berwarna hitam, termasuk fretboard adalah daripada kayu ebony, amat susah untuk mendapatkan gambar yang jelas. Tidak syak lagi ia merupakan sebuah gitar metal, boleh menandingi LTD Black Metal Series.


Agak pelik sebuah gitar Les Paul dengan sistem Floyd Rose, suatu ketika dahulu aku tak boleh terima kombinasi begini. Sekarang bila dah biasa guna floating bridge, ia bukanlah masalah besar.

Bahagian belakang neck dan headstock adalah satin dan bukan glossy seperti Les Paul biasa. Kombinasi kayu adalah mahogany (body), maple (neck) dan ebony (fretboard) berbanding Les Paul tipikal mahogany (body), maple cap (top), mahogany (neck), rosewood (fretboard).


Daripada nombor siri gitar ini 1010150843 (Oktober 2010) ia hampir seusia dengan Goldie aku (September 2010) cuma berbeza kilang, Goldie merupakan keluaran Gibson Qingdao Plant manakala gitar ini tidak diketauhi kilangnya. Oh ya, model Nighfall ini merupakan model "Limited Edition Custom Shop" sama seperti Goldie.


Ruang kaviti pikap yang agak bersih. Pikap-pikap EMG-HZ adalah versi hardwired to self-destruct (dipateri) dan bukannya jenis aftermarket yang memiliki sistem solderless.


FRS yang digunakan adalah jenis recessed, ini menyebabkan sudut antara neck dan badan agak rata/lurus seperti superstrat, berbanding sudut tipikal Les Paul yang menggunakan TOM bridge. Kelebihannya, lebih mudah mendapatkan action yang rendah. Kelemahannya, pikap akan menjadi terlalu dekat dengan tali.

Pematerian kemas walaupun susunan wayar agak caca marba. Ruang kaviti untuk elektronik juga bersih seperti kaviti pikap di atas. Yang ini aku biarkan dulu, nanti bila dah rajin baru buat pendawaian baru.


Sebagai gitar B-stock, ada beberapa "kecacatan" pada gitar ini, antaranya:
  1. Setup asal memang teruk, action terlalu tinggi.
  2. FRS stud bolt tidak dibenamkan dengan rata, treble-side lebih tinggi daripada bass-side, antara penyebab action yang tinggi - perlu sedikit kerja kayu.
  3. Banyak calar-calar halus (hairline) pada badan gitar, warna hitam begini memang sangat mudah calar.
  4. Pot dan output jack yang longgar.
  5. Besi fret ke-13 ada sedikit "luka" berdekatan dengan tali ketiga, akan terasa sangkut/rintangan sedikit ketika bending pada lokasi tersebut.
  6. Pertukangan kayu yang teruk pada fretboard selepas fret ke-19 seolah-olah terlepas pandang.
Cabarannnya, memang banyak kerja yang diperlukan untuk menjadikan gitar ini IDK-approved dan "sesedap" gitar-gitar lain. Mungkin akan dilakukan secara berperingkat, dimulai dengan merendahkan action...

Diberikan gelaran yang mudah, iaitu NIGHTFALL sahaja, mengingatkan aku kepada lagu Blind Guardian dengan tajuk yang sama. Juga mengingatkan aku kepada ex-Les Pirate.

Bersambung...

_____
AADI: *Sasaran asal dalah DN520K, tapi sudah dikebas orang sehari lebih awal.

Flashback Friday: Dystopia KL, Setahun Yang Lepas


Nah, sudah setahun berlalu. Kembali mengimbau kenangan dalam entri ini, entri prekuelnya, entri Berteromber, entri Mus Speedrider dan entri D'Arsil. You've been great, we've been Megadeth-ed!


Tahun ini tiada perancangan untuk "melancong". Alasannya, tidak dapat berjauhan dengan keluarga terutamanya Ijau Jr., manakala "nombor tiga" bakal hadir bulan Ogos kelak, insya-Allah. Nasib baiklah aku bukan peminat Helloween, kalau tak memang berputih mata jugalah...


Ok, kebetulan hari ini juga merupakan hari Star Wars sedunia, May the 4th be with you gitu~ Filem Solo pun tak lama lagi, harapnya ia sehebat Rogue One.

_____
AADI: Megadeth bakal sibuk touring di Eropah.

Kotak Epiphone Lagi


Tatkala Gibson nak bankrupt...


TERpancing pula Epiphone, kah kah kah~

_____
AADI: GLTL.

Wordless Wednesday: Phone Pryer




_____
AADI: Backdated entry.

Trivium - Vengeance Falls


Seperti yang selalu dicanangkan dalam entri-entri berkaitan Trivium, album inilah yang membuatkan aku melekat dengan muzik mereka. Walaupun sudah mengenali nama Trivium sejak era Roadrunner United, tapi ketika itu aku tak pandang pun Trivium. Sehinggalah diprovok oleh Azrol yang sememangnya peminat tegar Trivium melalui lagu Anthem (album The Crusade).


Album studio keenam Trivium ini merupakan rilisan tahun 2013, tapi hanya sekitar penghujung tahun 2014 barulah aku melayannya, itupun selepas TERtonton video klip lagu Strife di YouTube.



Antara lagu pertama yang aku belajar menggunakan talaan rendah C# seperti dalam entri ini. Tapi rupa-rupanya lagi senang guna drop-C#. Mungkin akan cuba dimasukkan semula dalam setlist MUP selepas hiatus nanti.


Muzik Trivium dalam album ini lebih mudah dihadam, lebih komersil, memorable tunes dan kurang vokal terais-terais (teriak). Boleh aku kategorikan sebagai super album kerana hampir semua lagu memang layan, walaupun bagi aku Silence In The Snow lebih ampuh kerana tiada langsung vokal terais, kah kah kah...

Vokal Heafy dalam album ini seolah-olah memiliki aura David Draiman di dalamnya (Draiman merupakan penerbit album ini) dan tidak lagi dibayangi Hetfield wannabe seperti dalam album The Crusade dan Shogun.


Cover art album ini juga pada pendapat aku merupakan cover album Trivium paling epik setakat ini. Mengingatkan aku pada babak dalam game Command & Conquer 3: Tiberium Wars ketika kapsul zone trooper turun daripada orbit.


Mulai album ini juga, Matt Heafy menggunakan gitar signature Epiphone MKH Les Paul Custom. Walaupun mampu ber-Gibson, tapi Heafy tetap memilih Epiphone. Alasannya, supaya peminat Trivium mampu memiliki gitar yang sama digunakan oleh Heafy di studio mahupun semasa konsert. Variant terbaru SnØfall antara Epiphone yang teringin untuk dimiliki (selain Jotun).

Sekarang cuma tinggal album In Waves dan The Sin And The Sentence sahaja lagi untuk melengkapkan diskografi Trivium aku.

Juga boleh baca ulasan blog D'Arsil.

_____
AADI: Selamat berbulan Mei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (83) 58 explorer (22) 7-string (10) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (26) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (148) amplitude music (3) amplug (4) andy james (4) angker (2) anime (51) anniversary (81) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (131) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (64) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (15) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (291) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (26) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (59) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) borneo ugtv (2) boss (62) botb (20) bottlecapt (3) brado guitars (4) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (59) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (65) children of bodom (21) ck music (55) cog (10) coke (5) coklat (5) cola (5) compilation (63) conception (2) console games (11) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (43) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) dgr (3) digipak (41) digitech (23) dimarzio (46) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) ec-257 (7) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (27) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (25) emo (209) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (127) erectus (8) ernie ball (23) esp/ltd (180) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (13) fallout (14) family (50) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (15) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (28) gibson (16) gig (101) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (2) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (11) guitar parts (68) guitar service (33) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (203) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (68) imitation (3) in flames (4) instagram (22) inverno (19) iron maiden (144) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (242) j5 (13) jackson (42) jamming (140) jamtank (32) jepak (9) jim dunlop (62) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (11) js music (3) js32 king v (9) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (302) kazanna (1) kempen (34) kerja (74) kerly (2) kesihatan (41) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (24) king's studio (2) kkdn (6) koleksi (299) konsert (91) kopi (28) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (34) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (21) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (51) lil (33) limbang (7) limited edition (33) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (88) m-50fr (23) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (382) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (59) melaka (13) membakut (44) memori (332) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (13) mooer (1) motorhead (9) movie (55) mr diy (2) mrs (60) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (133) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) muww (1) mxr (10) my music (8) nanasmania (26) naruto (1) nat-geo (4) nestle (37) new album (28) new gear (193) newsted (3) nightfall (9) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (88) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (26) nylon maiden (2) of string (20) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (35) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (310) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (8) phones (12) pic of the day (58) pick (61) pickup swap (62) pickups (143) planet waves (12) playstation (11) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (6) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (4) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (72) ramli sarip (3) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (74) revamp (2) rex (1) rg331m (16) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (7) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (16) seymour duncan (35) shopee (12) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (13) singapore (52) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (1) skull strings (3) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (59) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (35) stagg (12) star wars (15) stewmac (6) sticker (6) strap (17) street jam (2) strings (127) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (13) super album (94) superlux (3) susu (6) sv guitars (3) swee lee (6) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (45) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (33) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (14) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (11) trade (22) transformers (4) travel (125) tribute (43) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (316) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (112) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger