Let-Go: Francesco


Mengakhiri bulan Januari dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Francesco (BC Rich Warlock PFG Signature 5) yang bakal berpindah milik kepada seorang rakan pemuzik yang namanya semakin meningkat naik di Bintulu sebagai bassist bermusim (seasonist) bagi beberapa buah band, termasuk MUP.


Bass ini berada dalam axology hanya 3-4 bulan, pernah dibawa jamming sekali sahaja, belum memiliki nilai-nilai nostalgik. Waktu dibelipun hanya secara pembelian ria (joybuy), jadi aku tidak terasa keberatan untuk melepaskannya. Yang penting balik modal dan berjaya mengurangkan ahli dalam axology, antara sasaran kegitaran tahun ini.

Semoga semakin ohsem dengan bass tersebut.

_____
AADI: Mungkin akan pencen main bass.

Sessi Jamming Lepas Gian (Part 2)


Selasa 22/1/2019 - Sessi jamming lepas gian lagi, kali ini bertempat di Soundwave, antara studio jamming yang agak hype dalam kalangan kaki jamming Bintulu mutakhir ini. Dan ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Selain studio jamming, Soundwave juga menjual alat-ganti kegitaran dan menyediakan servis membaiki alat muzik (mostly guitars).

Amp Kardon? Ada kaitan dengan Harman-Kardon?
Agak jarang aku bawa So-Cal keluar untuk jamming sejak ada alternatif lain (namely Neon), tapi untuk sessi kali ini dibawa atas permintaan oleh Bro Jawank.

Sebab utama, ingin menggandingkannya dengan gitar Charvel terpakai yang baru diperolehinya melalui Jamtank. Biasalah equipment baru, kena bawa jamming untuk dipandu-uji seoptimumnya.


Gitar yang dimaksudkan ialah model San Dimas Style 1 HH. Ini merupakan model keluaran tahun 2016 (Mexico) kerana menggunakan suis 3-way blade dan memiliki tombol TONE berbanding San Dimas lama (US/Japan) yang menggunakan suis 3-way toggle dan ada tombol VOLUME sahaja, sama seperti So-Cal aku.

Kelihatan juga strap Mono Betty di situ.
Bro Jawank ni kaki gitar juga, tapi untuk di Bintulu hanya rig ringkas yang dibawa - Mooer Red Truck. Gitar-gitar lain yang dibawa ke Bintulu - Fender Telecaster, Gibson Les Paul Studio (patah) dan PRS SE Custom 22.

Abang Kandar si tukang pukul.
Sebagai sessi lepas gian, tiada apa-apa yang menarik selain main lagu-lagu playsafe dan memperhalusi lagi cover Caught Somewhere In Time. Bassist yang dijemput tidak dapat hadir kerana lambat balik kerja selain masalah cuaca (hujan lebat). Serius, kalau main lagu maiden, bass perlu letup-letup, tak ada bass memang senang ke laut.


Oh ya, studio ni juga pernah digunakan oleh band Estranged sebagai tempat rehearsal sebelum persembahan mereka semasa Bintulu Bike Week 2018 bulan Oktober lepas.

Perancangan MUP untuk tahun ini, hanya teruskan sebagai "just another cover band", macam malas dah nak buat lagu sendiri tatkala trend band Bintulu lain berebut buat demo/EP. Selain kekangan masa, faktor line-up yang berubah-ubah juga sedikit sebanyak membantutkan mood.

_____
AADI: In standard tune, setelah sekian lama guna Eb.

Wordless Wednesday: Photobook




_____
AADI: Ditaja oleh DiGi.

Ada Apa Dengan Nescafe Americano?


Terjumpa satu lagi Nescafe tin edisi terhad - Americano (label biru), di kedai runcit stesen minyak Shell. Biasanya edisi terhad begini hanya dijumpai di premis-premis seperti stesen minyak atau kedai runcit 24-jam.


Tiada apa-apa yang menarik pasal Americano ini, selain kopi susu tanpa gula (unsweetened) seolah-olah meneguk Nescafe cold brew black tapi tanpa rasa lucu (funny taste) karamel/madu. Jika ditambah rasa manis, mungkin rasanya seperti rasa Nescafe tin standard.

Rasa yang pelik-pelik macam ni biasanya kali pertama dan terakhir ia dibeli.

_____
AADI: Flat white masih menang setakat ini.

Antara Epiphone Dan Gibson (Part 3)


Tombol asal Goldie dah lama rosak (ada yang pecah) akibat selalu bertukar-tukar pikap potentiometer, paling teruk bila bertukar daripada saiz Alpha kepada saiz CTS. Sekarang menggunakan tombol "speed knobs" hitam Lazada.


Begitu juga dengan switch washer (aka poker chip) asal yang terbelah dua semasa menukarnya dengan yang hitam dalam entri ini.


Untuk memuaskan hati, Goldie dibelanja dengan switch washer dan tombol "top hat" jenama Gibson. Diperolehi daripada Swee Lee Malaysia dengan pengeposan percuma (via Citylink Express).


Ya tombol "top hat" warna amber Gibson ini memang perfect fit untuk pot CTS, selain mengembalikan tema asalnya sebagai Les Paul 1957 Goldtop (kecuali pikap). Tapi ia tetap sebuah Epiphone dan tidak mungkin akan menjadi Gibson.

_____
AADI: Epi pun Epi lah~

Sessi Jamming Lepas Gian


Selasa 8/1/2019 - Sessi jamming pertama untuk 2019. Kali terakhir jamming semasa bulan Oktober tahun lepas, iaitu persediaan untuk Bintulu Bike Week 2018. Kali ini dibelanja jamming oleh Bro Jawank dengan alasan ingin "melepas gian", hahaha~

Bro Jawank dengan PRS SE Custom 22.
Sekarang susah cari masa yang sesuai untuk jamming, alasan standard, jaga/layan anak-anak. Kalau nak jamming juga, kena rancang sekurang-kurangnya 2-3 hari lebih awal sebab senang nak atur masa (dan bagi alasan pada orang rumah).


Sessi ini merupakan platform untuk aku memandu-uji Francesco (BC Rich PFG Signature 5) yang belum pernah keluar rumah sejak ia diperolehi beberapa bulan lepas. Serius, agak janggal menggunakan bass bertali lima dan dengan skala yang lebih panjang, 35" berbanding 34" pada Tommy.

Bob Kandar the tukang pukul.
Hanya bermain secara 3-piece, rakan-rakan lain ada yang bekerja syif dan ada yang tidak dapat memberikan komitmen. Lokasi jamming kali ini ialah di Studio Riego yang agak tersembunyi lokasinya.

Sebagai sessi melepas gian, hanya sebuah lagu cover dijadikan eksperimen, iaitu Caught Somewhere In Time secara penuh yang sebelum ini hanya dimainkan sebagai intro sahaja. Selebihnya merupakan lagu-lagu playsafe. Lagu CSIT agak mencabar kerana progresif dan panjang (7+ minit). Jika menjadi, ia akan dimasukkan dalam setlist rasmi.

Oh ya, bass putih tadi sudah ada yang melamar, jika jadi lepaskan sajalah.

_____
AADI: "Just another cover band" lagi...

Wordless Wednesday: Small Sonic




_____
AADI: Best sound for pair of 2" speakers.

Vox YES 2018


Satu-satunya pancingan jualan akhir tahun (YES) 2018 daripada CK Music. Tiada perolehan tahap "big guns" seperti tahun lepas, hanya Vox amPlug Night Train dan Vox AC Clip Tune (tuner lagi?) untuk kali ini.


AC Clip Tune - merupakan tuner kromatik jenis klip yang termurah dalam katalog CK Music. Ia dibeli untuk menggantikan tuner PitchHawk-G yang mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah.


Walaupun berjenama Vox, aku pasti ia menggunakan teknologi tuner Korg (Vox dan Korg adik-beradik), dan antara-mukanya tak jauh beza dengan PitchHawk-G. Tuner begini lebih versatile kerana memiliki fungsi FLAT/CAPO yang tiada pada Sledgehammer Pro.

amPlug Night Train (discontinued) - bila sudah diterima baru perasan ia merupakan amPlug generasi pertama dan bukannya generasi kedua (amPlug2), patutpun murah. Dibeli untuk menggantikan amPlug2 Classic Rock yang sudah rosak.


Sebagai amPlug generasi pertama, tiada built-in effects (chorus/delay/reverb) seperti yang ada pada amPlug2. Hanya ada ON (BRIGHT channel) dan FX (THICK channel) selain tiga tombol standard (GAIN/TONE/VOLUME).

Seperti amp Night Train, BRIGHT adalah clean channel yang juga sesuai menjadi platform pedal. THICK pula walaupun tidak seganas dirty channel yang ada pada amPlug2 Classic Rock atau Metal, tapi cukup high gain untuk memainkan riff-riff rock/metal tanpa bantuan overdrive.

_____
AADI: Vox camp.

Classic Rock Goldie Reloaded


Selepas berjaya memperolehinya semula beberapa minggu lepas, kombo pikap DiMarzio PAF 36th Anniversary + Super Distortion (aka classic rock set) dipasang semula pada Goldie menggantikan set Tesla Plasma-X1 yang hanya bertahan dua minggu (tak sempat pun dibawa jamming).


Ini merupakan kali ketiga set yang sama dipasang pada Goldie (pertama, kedua) dan setelah beberapa kali pengalaman bertukar-tukar pasangan pikap (Plasma-2, LiquiFire/Crunch Lab, ProBucker, Sentient/Pegasus, H4/H4A, Plasma-X1), ternyata inilah set paling ampuh untuk Goldie, serius!


Isi perut masih mengekalkan 50's wiring tetapi kembali menggunakan kapasitor asal Mallory 22nF berbanding Roederstein 22nF sebelum ini. Set Plasma-X1 tadi mungkin akan dipasang pada gitar lain ataupun dijual semula untuk dana-dana GLTL.

_____
AADI: "DP103 lemak berkrim, DP100 pedas berapi".

Ada Apa Dengan Yeo's, Justea? (Part 2)


Kebelakangan ini produk makanan dan minuman yang berasaskan matcha seolah-olah semakin hype. Yeo's Justea juga tidak terlepas daripada hype ini dengan minuman matcha latte.


Minuman teh hijau matcha dengan tambahan susu (atau krimer). Aroma dan rasa matcha agak mentah lebih kurang macam sayur petola(?), agak sukar diterima tekak aku yang jenis tak makan sayur karnivor.

_____
AADI: Tiada kaitan dengan perkataan "macha" (Tamil origin).

Throwback Thursday: Darjah Satu


Teringat komen Bert dalam entri WW tahun 2015. Ya betul, sedar tak sedar minggu lepas dah masuk darjah satu anak dara aku Lil'Ijau.


Adiknya Ijau Jr. juga mula bersekolah TASKA tahun ini. Sebenarnya lebih risau melepaskan adiknya (yang didiagnosis memiliki ciri-ciri ASD) ke TASKA berbanding kakaknya tiga tahun lepas.

_____
AADI: Terasa dah tua.

Perginya Jejak Wira


Minggu lepas dihubungi lagi oleh pembeli koleksi komik Raja Rimba (entri ini) untuk urusniaga batch seterusnya iaitu koleksi Jejak Wira.


Rasanya hanya terlepas 5-6 isu dan alhamdulillah kesemuanya juga masih elok selepas 20+ tahun dalam simpanan, tiada yang berlubang dimakan anai-anai.


Seperti koleksi Raja Rimba, koleksi ini juga berjaya dijual dengan anggaran 95-97% daripada anggaran kos asal, sudah kira cukup bagus pada pendapat aku. Dengan dana-dana yang diperolehi, cukup untuk mendapatkan seunit pedal Boss NS-2 (sebagai rujukan nilai). Hobi lama menjana dana hobi baru.

_____
AADI: Next, Dewata Raya.

X2N 2019


Entri pertama untuk 2019 (deja vu entri tahun lepas), menyambung kembali mood jualan akhir tahun (YES) dengan perolehan sebuah pikap DiMarzio X2N (DP102). Ini merupakan pancingan YES 2018, diperolehi daripada Gapnap dengan diskaun hujung tahun yang sukar untuk ditepis.


Antara model DiMarzio yang mula-mula aku kenali selain Super Distortion (DP100). Mungkin disebabkan reputasinya sebagai pikap beroutput paling tinggi dalam katalog DiMarzio. Buat masa ini ia disimpan dalam stok sehingga ada gitar perumah yang sesuai. Atau menjadi pelaburan, waktu gawat nanti boleh dijual semula dengan harga runcit, kah kah kah!~

Up the DiMarzio! \m/

_____
AADI: Selamat tahun baru 2019.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger