Third Eye On The Road


Dash cam - aksesori yang berguna semasa pemanduan terutama ketika *perjalanan jauh. Tahun lepas aku ada beli versi cap ayam murahan Lazada yang katanya HD1080, tapi kualiti rakaman amat tidak memuaskan hati.


Awal bulan ini aku menggantikannya dengan 70Mai (versi global English) yang lebih praktikal, mudah dan gambar berkualiti tinggi per harga (sub RM150). Calon lain yang tewas ialah Blaupunkt BP 2.0/2.1. Tak perlulah aku nak ulas panjang-panjang, tengok video di bawah sudah cukup.


Dalam kesempatan ini AADI ingin mengucapkan Tadau Tagazo Do Kaamatan (30-31hb Mei) dan Gayu Guru Gerai Nyamai (1-2hb Jun) kepada rakan-rakan Borneo yang menyambutnya. Aku? Mungkin ketika entri ini disiarkan (scheduled entry) aku sedang dalam perjalanan balik kampung untuk beraya...

*Berguna juga jika ingin buat vlog tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan.

_____
AADI: Gawai Raya.

Wordless Wednesday: Kotak




_____
AADI: Sarkastik?

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 6)


Untuk tahun keenam berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017, 2018), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah.


Alhamdulillah untuk tahun ini kuponnya bertambah menjadi lima. Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: Tutup kilang.

Ada Apa Dengan Eureka Gourmet Popcorn, Classic Caramel?


Eureka, satu daripada jenama popcorn premium yang sudah sekian lama ingin dicuba tetapi harga runcitnya yang premium (RM6.00+ untuk sebungkus bersaiz keropok Twisties) membantutkan perolehan.


Untuk entri ini ia berjaya diperolehi disebabkan diskaun menjadi RM4.00+ tak tahu sama ada promosi perayaan atau ingin menghabiskan stok (tarikh luput lama lagi). Ada beberapa perisa, untuk permulaan ini perisa karamel klasik dicuba.

Buatan Malaysia oleh Jacc4our Sdn. Bhd. Shah Alam. Serasi dengan harga premiumnya, emping yang agak besar dan hampir seragam bentuk bulatnya, juga kurang yang pecah/hancur dalam bungkusan. Rasa karamelnya pun cukup manis cukup pahit, boleh lawan popcorn Tong Garden.

Kesimpulan, jika ia berharga RM4.00+ masih boleh dikira berbaloi.

_____
AADI: Popcorn pawagam lagi mahal.

Wordless Wednesday - 404 Error




_____
AADI: T-shirt untuk geek.

Bazaar Ramadhan - Kidurong (Part 2)


Kali terakhir buat entri bazaar Ramadhan tiga tahun lepas. Sesungguhnya sudah beberapa tahun tidak teruja untuk menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan di Bintulu atas beberapa alasan - traffic jam, parking, hygienic issues, etc... Kecuali kalau Mrs. Ijau bagi signal "cuti memasak".

Gambar daripada dash cam.
Semalam sempat singgah di bazaar Ramadhan Kidurong (part 1, entri 2010). Tahun ini lokasinya di Taman Millenium Bintulu - agak strategik, senang parking, bersih, kurang asap dan paling "menghairankan" agak sunyi (dari segi bunyi) walaupun ramai pengunjung. Mungkin disebabkan lokasinya di dalam taman yang agak jauh daripada jalan utama.


Terjumpalah beberapa juadah kegemaran, dan hero utamanya ialah cendol pulut. Kalau tak silap, mungkin penjaja adalah orang yang sama pernah berniaga di BCBS, puas hati sebab pulutnya banyak. Juadah lain dalam gambar tak payah ceritalah...

_____
AADI: Malas dah nak snap gambar makanan di bazaar.

Salam Ramadhan 1440H


Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan...


Ramadhan ke-10 (sembilan sebenarnya, entri backdated) baru ada entri. Selain tak ada idea (memang tak ada modal), masa mengadap komputer untuk perkara-perkara peribadi semakin berkurangan kebelakangan ini. Seperti biasa alasan utama ialah kerjaya dan keluarga.

Walau bagaimanapun, AADI mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Ada masa nanti pastinya akan ada entri-entri bertag Ramadhan special.

_____
AADI: Salin format entri tahun lepas.

Richter Gregoletto


Menerima emel kod diskaun 15% terhad daripada Richter Strap pertengahan April lepas bersempena apa entah. Dengan pantas mengambil peluang untuk mendapatkan #1502PG Paolo Gregoletto signature bass strap, satu daripada strap yang pernah tewas semasa promo Black Friday tahun lepas kerana aku memilih #1517MKH.


Diterima semalam, mengambil masa dua minggu untuk tiba menggunakan pos EMS (sub Poslaju). Tapi fizikal kotak yang diterima agak menyedihkan, mujurlah isi di dalam bukanlah benda mudah pecah.


Kandungan di dalam lebih kemas, strap digulung dalam plastik dan disertakan juga dengan sticker Richter Germany, sesuai untuk dilekat pada hardcase gitar.


Secara keseluruhan ia hampir sama seperti #1517MKH, dengan material utama ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium tanpa sebarang initial. Perbezaan yang ketara hanyalah lebarnya iaitu 9 cm berbanding 6 cm pada MKH dan warna logo oni yang keemasan berbanding putih pada MKH.


Harganya pula mahal 11% berbanding MKH. Tapi tanpa dengan kedua-dua diskaun 15% dan pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25) tadi, sudah pasti harganya amat tidak berbaloi.

PG gold vs MKH white.
Aku rasa Trivium mula menggunakan logo Ibaraki oni ini semasa album Silence In The Snow (betulkan kalau aku salah), dan ia seperti menjadi maskot rasmi Trivium.


Secara teori, dengan permukaan 9 cm yang lebih lebar berbanding 6 cm pada MKH, ia lebih sesuai untuk menggalas gitar yang lebih berat. Kalaulah aku masih memiliki Francesco, memang sepadanlah kan kedua-duanya signature Paolo Gregoletto? Tapi dah jual, kah kah kah...

_____
AADI: Makin banyak strap, makin dilema.

Lagi-Lagi May The 4th


Hari yang kononnya hari Star Wars sedunia, May the 4th be with you gitu~ Dah agak tawar hati dengan franchise Star Wars selepas Solo dan The Last Jedi.


Aku juga tidak menaruh harapan tinggi pada The Rise Of Skywalker hujung tahun ini, cukuplah untuk tontonan kasual sahaja...


Rey nampak kurang tembam :) berbanding Episode VIII.

Lain cerita - Nah, sudah dua tahun berlalu. Kembali mengimbau kenangan dalam entri ini, entri prekuelnya, entri Berteromber, entri Mus Speedrider dan entri D'Arsil. You've been great, we've been Megadeth-ed!


Tahun ini tiada perancangan untuk "melancong" ke *mana-mana. Jika tiba-tiba ada band kegemaran singgah KL buat konsert, awal-awal aku give-up. Alasannya, tidak dapat berjauhan dengan keluarga terutamanya Ijau Jr., manakala "si nombor tiga" (known only as Arlo in AADI) pun sudah sembilan bulan umurnya...

_____
AADI: *Kecuali pergi sekeluarga.

Ada Apa Dengan Asian Story Bandung?


Selain kurma, minuman bandung juga agak sinonim dengan juadah bulan Ramadhan, contohnya ini dan ini. Beberapa hari lepas terjumpa minuman perisa bandung ini di pasar raya F.


Pada mulanya agak was-was untuk membelinya kerana tak pernah dengar jenama Asian Story, tapi selepas dibelek-belek, ia merupakan produk buatan Pokka.

Rasanya? Hmmm... Sama seperti air bandung (sirap ros + susu sejat) bancuhan sendiri, kah kah kah!~ Tapi dengan harga RM2.00 untuk sekotak 1 liter, cukup lemak, cukup manis, kira berbaloilah.

_____
AADI: Air mendung.

Wordless Wednesday: Thank You RDJ




Entri 2010, sila baca komen Berteromber :)
_____
AADI: I am, inevitable *snap*~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (83) 58 explorer (22) 7-string (10) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (27) adrian smith (15) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (148) amplitude music (3) amplug (4) andy james (4) angker (2) anime (51) anniversary (83) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (132) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (5) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (64) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (15) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (294) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (27) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (59) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) borneo ugtv (2) boss (63) botb (21) bottlecapt (3) brado guitars (5) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (59) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (66) children of bodom (21) ck music (55) cog (10) coke (5) coklat (5) cola (5) compilation (63) conception (2) console games (12) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (43) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) dgr (3) digipak (42) digitech (23) dimarzio (46) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) ec-257 (8) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (27) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (25) emo (212) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (127) erectus (8) ernie ball (24) esp/ltd (182) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (13) fallout (14) family (52) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (16) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (21) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (15) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (28) gibson (16) gig (101) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (2) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (11) guitar parts (68) guitar service (33) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (204) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (68) imitation (3) in flames (4) instagram (23) inverno (19) iron maiden (145) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (242) j5 (13) jackson (43) jamming (141) jamtank (35) jepak (9) jim dunlop (63) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (12) js music (3) js32 king v (9) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (33) kawan (304) kazanna (1) kempen (34) kerja (74) kerly (2) kesihatan (42) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (24) king's studio (3) kkdn (6) koleksi (299) konsert (91) kopi (28) korg (52) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (34) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (22) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (54) lil (34) limbang (7) limited edition (33) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (89) m-50fr (24) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (384) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (59) melaka (13) membakut (44) memori (333) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (13) mooer (1) motorhead (9) movie (57) mr diy (2) mrs (61) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (133) music bliss (11) music master (41) music nomad (1) muuv (57) muww (1) mxr (11) my music (8) nanasmania (26) naruto (1) nat-geo (4) nestle (37) new album (28) new gear (195) newsted (3) nightfall (9) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (92) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (27) nylon maiden (2) of string (20) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (35) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (313) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (38) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (8) phones (12) pic of the day (60) pick (61) pickup swap (62) pickups (143) planet waves (12) playstation (11) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (3) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (7) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (4) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (72) ramli sarip (3) rammstein (1) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (74) revamp (2) rex (1) rg331m (16) rg350m (14) rg370ahmz (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (6) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (7) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) sdx (1) search (16) seymour duncan (35) shopee (12) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (13) singapore (52) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (1) skull strings (3) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (60) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (35) stagg (12) star wars (15) stewmac (6) sticker (6) strap (17) street jam (2) strings (128) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (13) super album (94) superlux (3) susu (6) sv guitars (3) swee lee (6) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (47) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (2) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (3) the cranberries (2) the guitar addict (33) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (15) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (11) trade (22) transformers (4) travel (125) tribute (44) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (4) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (322) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (114) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger