Moody Monday: Pentagram Di Atas Gold Mines


Letak video dulu, ulasan gig menyusul...


_____
AADI: Axemen lain semua geng Ibanez.

LX65R Not So Extreme


Mengambil peluang jualan pertengahan tahun 12.7 Lazada untuk mendapatkan amplifier Laney LX65R Extreme ini dengan diskaun 45%. Jika ditambah dengan kos penghantaran, ia masih lagi murah berbanding harga pasaran model LX35R.


Diperolehi daripada *Yamaha Music (LS Music Sdn. Bhd.) berbekalkan dana GLTL hasil jualan Boss GT-1 (dan sisa-sisa jualan ex-Mirage), jual multi-fx beli amp.


Diterima dalam fizikal yang boleh aku katakan 9/10, jangkaanku ia mungkin display unit, kerana tidak disertakan dengan kotak asal dan, juga agak berdebu (patutlah berani diskaun 45%). Sepatutnya klausa ini dinyatakan dalam deskripsi produk di Lazada.


Ini merupakan versi batch pertama (Mark I?) kerana masih lagi memiliki perkataan "extreme", ber"tattoo" dan penutup speaker grill logam. Aku pernah memiliki versi 12 Watt LX12 Extreme beberapa tahun lepas.

LX12 - versi kecil dan comel.
Penampilan batch terkini (Mark III?) lebih mirip siri Ironheart, tiada lagi perkataan "extreme", tiada "tattoo" dan penutup speaker fabrik. Tapi sebagai batch pertama, ia menggunakan speaker 12" Celestion Seventy 80 berbanding speaker 12" Laney HH untuk batch terkini.

LX65R batch terkini.
Bunyi clean channel LX65R ini paling cemerlang berbanding crunch channel yang ala kadar. Crunch channel hanya mendapat tona "extreme" selepas dipulas tombol CRUNCH selepas 8, bawah 7, hanya drive ala-ala kentut. Jika dipacu dengan overdrive/booster di hadapan, dalam kes ini aku gunakan TC Electronic Spark Booster (mid mode) sekitar 6-7 agak mantap untuk bunyi peribadi.

Kelebihan
  1. 65 Watt solid state, cukup kuat untuk jamming atau pentas kecil.
  2. Non-modelling amp, bunyi clean/drive Laney yang asli.
  3. EQ berasingan untuk setiap channel.
  4. Pertukaran channel menggunakan suis kaki.
  5. Built-in spring reverb.
  6. Speaker 12" Celestion Seventy 80.
  7. Ada effects loop (send/return), dan terletak di bahagian hadapan.
  8. Boleh ditambah lagi dengan external speaker lain (minimum impedance 8 Ohm). Dalam kes aku, boleh tambah kabinet Blackstar HT112 (16 Ohm) dan/atau Vox V110NT (16 Ohm).

Kelemahan
  1. Crunch channel yang tak berapa "extreme" untuk amp yang berlabel "extreme".
  2. Tidak disertakan dengan suis kaki FS-2 (sold separately), juga serasi dengan suis kaki jenama lain yang menggunakan jack TRS/stereo dan jenis latch (bukan momentary).

Dengan kuasa 65 Watt, amp ini bukanlah untuk kegunaan di rumah (HT-5RH ada), tapi untuk diusung ke studio jamming, persembahan awam seperti Sarawak Rock'n Mob atau atas pentas jika amp pentas tidak mencukupi. Akan digunakan bersama-sama pedal kegemaran dengan kaedah 4-kabel (4-cable method).


Mungkin juga boleh disewakan atas nama Hepi Sounds & Entertainment.

_____
AADI: *Laney, kini dipegang oleh Bentley Music.

Let-Go: Boss GT-1


Mengucapkan selamat tinggal kepada Boss GT-1 yang telah berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran juga *ahli MUP yang memerlukan sebuah multi-fx untuk kegunaan jamming dan gig.


Dimiliki hampir setahun setengah, pernah digunakan untuk Sarawak Rock'n Mob 2018 dan beberapa siri latihan/rehearsal sebelumnya, juga pernah dibawa jamming sekali dua.

Aku ada dua multi-fx utama iaitu Digitech RP360 dan GT-1 ini, aku perlu mengorbankan satu daripadanya untuk dana-dana GLTL. Dan GT-1 ini dipilih kerana masih nampak baru dan harga jualan semula hanyalah sekitar -16% berbanding harga semasa diperolehi.

_____
AADI: *Bukannya orang lain pun...

MUP Full Force 2019


Sabtu (20/7/2019) - Sessi jamming yang menyaksikan MUP kembali beraksi secara full force (5-piece) kerana disertai oleh kedua-dua Nas Korawk (yang telah ponteng beberapa sessi) dan Azrul. Jarang dapat peluang jamming 5-piece begini, lebih-lebih lagi dengan Azrul yang kebelakangan ini aktif touring bersama-sama Larrong.


Sessi jamming di King's Studio, studio yang hype di Bintulu mutakhir ini kerana sewa yang murah dengan equipment yang berbaloi seperti Z-Studio suatu ketika dahulu. Sessi ini sebagai persediaan untuk Isolated Gig Vol. 2 yang dijadualkan pada Ahad ini (28/7/2019).

MT-2 studio tu suatu ketika aku yang punya, hehehe...
Azrul menggalas gitar "baru"nya iaitu modified M-103FM (ex-Mirage) manakala Nuing masih setia dengan RG331M. Selain amp gitar dan bass yang overpower (Kustom KG, Fender Rumble), set drum studio ini juga agak mantap (aku lupa brand apa) Bob Kandar hanya perlu membawa double-pedal.

Korawk guna bass studio.
Oleh kerana studio ini hanya memilik dua amp gitar, untuk gitaris ketiga seperti aku ada beberapa opsyen; 1) kongsi input dengan amp lain, 2) terus ke PA system via DI atau 3) bawa amp sendiri. Aku memilih opsyen ketiga. Kebetulan aku baru memperolehi sebuah amp 12" beberapa hari sebelumnya, Laney LX65R Extreme (akan dibuat entri berasingan).


Oh ya, aku menggunakan So-Cal untuk sessi kali ini, alang-alang sebelum ditukar tali baru pada sebelah malamnya. Untuk gig kelak aku bercadang menggunakan Sarge (JS32 King V), tetapi dengan kehangatan Legacy Of The Beast Tour 2019 baru-baru ini, teringin pula nak bergaya ala Adrian Smith kah kah kah...


Akan ada sekali lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, mungkin full rehearsal. Setlist yang dipersetujui:
  1. Intro - CSIT
  2. Pentagram Di Atas Pusara (original MUP)
  3. Kabus
  4. Tears Of The Dragon
  5. 2 Minutes To Midnight
  6. The Trooper (encore)
_____
AADI: Harap vokal aku sihat sampai hujung minggu.

Wordless Wednesday: Introversion








_____
AADI: Am I an ambivert?

Sistem Tanpa Wayar Ekonomi (Part 2)


Sistem tanpa wayar untuk gitar Muslady Airbridge MP-1 ini diperolehi melalui Shopee dengan harga tak sampai RM100 termasuk kos penghantaran dari China. Aku pernah nampak rekabentuk Airbridge ini dengan pelbagai jenama selain Muslady, tetapi inilah paling murah berbanding jenama lain.


Takstar WGV-601 sebelum ini merupakan sistem wireless analog yang menggunakan frekuensi FM 364.80 MHz. Airbridge ini pula menggunakan sistem wireless digital frekuensi 2.4GHz, frekuensi yang biasa digunakan oleh peranti ICT (WiFi hotspot, wireless mouse, etc.).


Kelebihan
  1. Kedua-dua pemancar (transmitter) dan penerima (receiver) memiliki bateri cas semula dalaman yang dicas menggunakan port USB.
  2. Boleh dilaras 280 darjah untuk disepadankan dengan output jack gitar pelbagai sudut.
  3. Dengan saiz dan bateri dalaman, ia lebih senang dan mudah alih berbanding Takstar.
  4. Satu transmitter boleh diterima oleh beberapa receiver, jika disinkronasikan secara serentak.

Kelemahan
  1. *Material plastik yang nampak kurang tegap, terutamanya mekanisma berpusing itu sendiri pastinya akan rosak/patah jika terlanggar, tersadung atau terhentak.
  2. Dengan ketepuan peranti lain yang juga menggunakan frekuensi 2.4GHz, mungkin akan ada gangguan pada sistem ini atau peranti lain. Pernah mengganggu fungsi mouse wireless aku di rumah.

Setakat ini sudah dibawa jamming dan dipasang berterusan selama hampir 3 jam (selepas dicas penuh), bateri masih belum menunjukkan tanda-tanda Ultraman (kalau faham). Aku yakin untuk menggunakannya semasa gig hujung minggu ini, tapi perlu bersedia bawa kabel sebagai backup.


Dalam manual mengatakan jarak maksimum sekitar 100 kaki (~30 meter) kira dah lebih daripada cukup jauh untuk persembahan pentas besar. Begitu juga dengan latency bawah 12 ms yang langsung tidak ketara.

*Mungkin akan dimodifikasi dengan patch cable supaya badan transmitter dan receiver tidak dicucuk terus ke output jack gitar dan input jack pedal/amp.

_____
AADI: Walaupun mampu Boss WL-20, tapi agak tidak berbaloi ketika ini.

R+EJM Neon


Neon dibelanja dengan set GHS Nickel Rocker *Eric Johnson signature R+EJM (11-52) yang tersimpan dalam stok peribadi sejak tahun lepas.


*Ini model lama, Eric Johnson kini pengguna D'Addario. Kini model ini hanya dikenali sebagai Nickel Rocker custom medium, tetapi masih mengekalkan kod produk R+EJM (sama seperti kes PRDM Dave Mustaine).

Untuk menyeimbangi saiznya yang agak tebal/besar, ia ditala pada talaan D-standard. Dan akan cuba ditala drop-C# kemudian hari.

_____
AADI: Jarang main D-standard.

Ada Apa Dengan Eureka Gourmet Popcorn, Savoury Cheese?


Untuk entri ini perisa keju gurih dicuba pula, juga diperolehi kerana diskaun menjadi RM4.00+ seperti perisa klasik karamel.


Popcorn dan keju bukanlah gabungan yang ideal (pendapat peribadi), kerana rasanya agak lucu (funny taste) sama seperti popcorn keju Tong Garden.

Dan dah agak jarang layan popcorn, mungkin disebabkan dah jarang tengok wayang di pawagam (kalau faham). Untuk tahun ini hanya sempat menonton filem Avengers: Endgame sahaja setakat ini.

_____
AADI: Masih belum basikah Spiderman FFH?

Wordless Wednesday: Isolated Gig Vol. 2 Rundown



1245-1545hrs = metal slot! \m/
_____
AADI: Backdated.

EXL Sarge


Sarge (JS32 King V) dipasangkan dengan set tali baru D'Addario EXL110 (10-46) dan ditala Eb-standard, talaan rasmi MUP persediaan untuk gig hujung bulan ini.


Dan ini merupakan unit EXL110 terakhir dalam set tin 4-EXL110 yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco hampir tiga tahun lepas. Hanya tinggal seunit NYXL1046 yang percuma dengan set tin 4-EXL110 ini. Ya, tak karat dalam simpanan yang lama, itu antara kelebihan D'Addario.

_____
AADI: Perlu memborong stok 10-46 lagi.

Tali Gitar Gaya Pos (Part 7)


Empat set tali gitar berjenama GHS ini diperolehi daripada Guitar Collection melalui platform Shopee, clearance hampir 50% daripada harga asal. Terdiri daripada dua unit Big Core Santana BCM (11.5-56) dan dua unit Infinity Steel ISM (11-50).


Mungkin menghabiskan stok GHS mereka, kerana bukan lagi pengedar rasmi GHS di Malaysia, yang kini telah dipegang oleh CK Music.


Walaupun semuanya (mungkin) stok lama, tapi semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan. Tiada tompok karat dikesan, mungkin disebabkan ia dibungkus dengan plastik tambahan beserta gel silika.


Big Core Santana tak perlulah aku ceritakan lagi, sudah pernah dicuba beberapa kali (sini, sini dan sini). Tapi siri Infinity Steel (discontinued?) ini agak menarik, terdiri daripada tali tinggi GBE Sub-Zero Boomers (CR-series) dan tali bawah EAD Infinity Steel (IS-series) yang memiliki saduran berwarna hitam. Pasti sepadan dengan tema all-black Nightfall.

_____
AADI: Mungkin juga akan didagangkan semula.

Ada Apa Dengan Marigold HL Kurma?


Mungkin agak ketinggalan kapal, tatkala jenama lain berlumba-lumba memasarkan produk susu kurma sebelum/semasa bulan Ramadhan, tetapi untuk Marigold HL ni aku baru perasan ada dalam pasaran selepas musim raya (perasan, sebab aku selalu beli HL perisa biasa).


Rasa? Entahlah, rasanya agak pelik berbanding jenama susu kurma lain yang pernah dicuba sebelum ini (ini dan ini). Seakan-akan bukan rasa kurma, ataupun mungkinkah disebabkan rasa susunya yang kurang lemak (it's an HL after all). Apa-apapun, aku lebih suka HL asli berbanding HL yang berperisa (strawberi, coklat dan kurma).

_____
AADI: Minat HL sejak penghujung 90an.

Wordless Wednesday: Bila Bassist Ponteng






_____
AADI: Persediaan untuk gig akan datang.

Perampas Dana (Part 14)


Menghantar Imago aku untuk servis rutin dan tambahan Sabtu lepas, dah dua minggu Imago aku tersadai di rumah atas sebab-sebab berikut...


Masalah pertama ialah ekzos bocor, sama seperti tujuh tahun lepas, bocor disebabkan berkarat teruk pada bahagian tertentu. Nampaknya masalah ini rutin setiap 6-7 tahun, mungkin tahun 2025-2026 kelak aku harus bersedia...

Imej kitar semula.
Juga imej kitar semula.
Masalah kedua yang lebih kritikal ialah ketika membrek, kadang-kadang pendek/keras (normal) dan tiba-tiba panjang/lembut (abnormal). Jika anda seorang pemandu, pasti akan faham apa yang aku maksudkan.


Puncanya, pam utama cecair brek (brake master pump) yang bermasalah. Bila dipukalkan semua kos alat ganti dan servis, terpaksalah mengorbankan dana-dana perhobian. Lebih-lebih lagi hasil jualan Mirage dan SD-1 baru-baru ini, untuk menambah dana-dana khas yang telah diasingkan untuk servis.

Gambar hiasan, entri lama.
Tapi tak mengapa (parap-parap), asalkan Imago aku dapat beraksi semula setelah dua minggu tersadai, semua itu berbaloi... Aku sayang Imago aku, walaupun kategori kereta tua (bukan buruk ye) berusia 13 tahun, tetapi masih lagi comel.

_____
AADI: Nasib baik ada Silvia.

Pimp Your M-103FM


Antara tindakan utama Azrul selepas memiliki ex-Mirage aku (LTD M-103FM) ialah untuk menjadikannya sebuah gitar berprestasi tinggi. Azrul membekalkan aku dengan set bridge Gotoh GE1996T dan locking nut FGR-2-C untuk dipasang pada gitar ini.


Seymour Duncan Invader yang sebelum ini dipasang pada Cort X-11, juga dipindahkan ke gitar ini. Serasi dengan tugasnya sebagai gitar utama menggantikan X-11 tadi, katanya Azrul suka dengan respon unik pikap ini.


Daripada konfigurasi HSS kini menjadi H tunggal, sama seperti projek DiMarzio X2N sebelum ini. Lubang kaviti SS ditutup dengan sticker ESP/GC (diperolehi dalam entri ini), untuk nilai estatika dan tema jenama ESP (walaupun cuma LTD).


Stud-bolt, spring dan claw Floyd Rose Special (FRS) asal digunakan. Jika ditukar menggunakan barangan Gotoh, akan mengambil masa selain kekangan perkakasan khas. Selagi boleh pakai, teruskan...

Lupa snap gambar, kitar-semula gambar entri lama.
Mengekalkan templet sebelum ini, menggunakan suis tiga arah untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza untuk sebuah pikap yang memiliki 4-wayar konduktor - parallel/split/series.


Dengan konfigurasi begini, sekiranya output series agak melampau (it's the Invader after all), opsyen parallel ataupun split (singlecoil sound) sudah tersedia. Kapasitor Sprague Orange Drop 22pF juga dikekalkan.


Sama seperti material GE1996T, locking nut FGR-2-C juga telah terbukti tahan pukul pulas berbanding locking nut FRS R3. Lebih yakin untuk menguncinya dengan ketat. Dan untuk melengkapkan pakej, dipasangkan dengan set tali SIT Stings S1046 pada talaan Eb-standard.


Kini ia menjadi gitar utama Azrul dan digunakan bersama-sama *Larrong untuk dua gig di Miri Sabtu ini (semalam) iaitu Tareng Fest dan Miri Bike Week. Seperti harapanku sebelum ini, semoga gitar ini akan pergi lebih jauh bersama Azrul, berbanding hanya terperap di rumah (bedroom guitar) dan gitar sandaran (backup) jika masih bersama aku.


_____
AADI: Akan cuba men-GE1996T-kan Nightfall atau Neon selepas ini.

Audit Gigrig 2019


Audit pedal dan multi-effects (MFX) yang diasing-asingkan mengikut kategori gigrig - rig yang digunakan semasa gig atau persembahan awam, untuk jamming lain ceritanya.


1) One pedal mobile gigrig - bila gig yang hanya memerlukan dua jenis patch (rhythm, solo) biasanya aku akan bawa MS-50G (berbateri) sahaja. Jika gig yang memerlukan lebih daripada dua jenis patch tapi masih ringkas (clean, rhythm, solo), aku akan bawa GT-1 (berbateri, adapter PSA sebagai backup).

2) Wireless RP360 gigrig - gabungan antara Digitech RP360 bersama-sama Takstar WGV-601 wireless system di dalam pedal case Stagg UPC-424. Gigrig ini biasanya untuk gig/persembahan yang agak lama (>30 minit) di atas pentas yang luas, contohnya semasa Bintulu Bike Week tahun lepas.

3) Real-men-use-three-pedals (RMU3P) gigrig - yang terdiri daripada tiga pedal stompbox Boss iaitu SD-1, ST-2 dan CH-1 di dalam pedal board BCB-30. Ini sahaja stompbox Boss aku yang masih tinggal. Dan ketika entri ini disiarkan, SD-1 sudahpun berpindah milik kepada seorang rakan dari Kuching beberapa hari lepas.


4) Dan yang paling terkini, gigrig berpedal yang baru aku eksperimentasikan untuk 2019 terdiri daripada IRT-Pulse (thanks Bro Sub) bersama-sama Silencer, Spark Booster dan MS-70CDR. Rig ini agak versatile boleh digunakan bersama-sama amp (front or loop) dan terus ke mixer atau PA system kerana IRT-Pulse memiliki opsyen cab simulation.


Tetapi sebenarnya aku paling selesa menggunakan MFX, kerana sebagai frontman aku kena fokus dua benda sekaligus - gitar dan vokal. Biasanya aku jadikan bab gitar seringkas boleh (sebab ada gitaris utama) supaya boleh fokus lebih kepada vokal. Aku akan gabra bila terpaksa tap-dance (memijak beberapa stompbox) untuk pertukaran bunyi-bunyian gitar.

Inilah masalahnya bila masuk kedua-dua khemah stompbox dan MFX. Kena muhasabah diri untuk melepaskan mana-mana pedal yang tidak digunakan langsung, kecuali yang bertaraf pemberian/hadiah contohnya LT-Dual (terima kasih Bro Sub sekali lagi).

_____
AADI: Jual pedal beli amp?

Wordless Wednesday: White Rabbit Dan Bento




_____
AADI: Memori?

Let-Go: Mirage


Memulakan Julai dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Mirage (LTD M-103FM) yang merupakan gitar kedua senior dalam axology aku, dimiliki sejak 24/11/2011. Setelah hampir lapan tahun dalam axology dan beberapa kali percubaan untuk dilepaskan, akhirnya ia bertukar tangan jua, tapi ia tak lari ke mana...


Kini ia dimiliki oleh Azrul (MUP, Tahi Suci, Larrong, Erectus) yang sudah sekian lama serasi dengan gitar ini. Pernah digunakan beberapa kali oleh Azrul semasa persembahan MUP untuk Opening Season Gig 2012, Oktoberfest 2012, Bintulu Bike Week 2013, dan BOTB Sebauh 2016, tatkala belum ada gitar "proper" atau ketika gitar utamanya (Cort X-11 ketika itu) bermasalah.

Oktoberfest 2012, masih muda lagi.
Ia dilepaskan dalam keadaan asal kecuali tanpa pikap (pikap asal dah jual) dan segala modifikasi sebelum ini (pikap, bridge dan locking nut) telahpun dikeluarkan. Aku yakin gitar ini akan pergi jauh bersama-sama Azrul berbanding terperap di rumah. Lagipun aku dah ada Neon (M-50FR) yang lebih "serasi".


Dan untuk meneruskan legasinya sebagai gitar platform modifikasi, Azrul membekalkan set bridge dan locking nut Gotoh GE1996T dan Gotoh FGR-2-C bersama-sama pikap Seymour Duncan Invader (dikeluarkan daripada X-11 sebelum ini) untuk dipasang dan menjadikan M-103FM ini gitar berprestasi tinggi. Dan set SIT Strings S1046 untuk talaan Eb-standard sebagai pelengkap.

_____
AADI: Proses modifikasi akan dibuat entri berasingan kelak.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger